61 2012
?????? ?? ????? 2012 58 DUNIA Coli ada 600 tahun dulu » Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan ?????? S ejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu. Penemuan mengejutkan Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabilawanita meminggirkan korset ketat. Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula. Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan. Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). “Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 s e rp ihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit. “Empat tekstil linen menyamai coli zamanmodendengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya. Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai. Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. AP Lelaki hilang semua jari kena jangkitan tikus ????????? Seorang lelaki dari Oregon yang dijangkiti penyakit jangkitan tikus yang jarang berlaku, kehilangan semua jari tangan dan kaki, dibenarkan keluar dari hospital, kata pihak berkuasa pusat perubatan berkenaan semalam. Paul Gaylord, 59, menghabiskan masa kira-kira sebulan di unit rawatan rapi dan bergantung kepada alat sokongan hayat selepas dijangkiti penyakit dikenali Bubonic Plague ketika cuba mengeluarkan tikus dari mulut kucing miliknya 2 Jun lalu. Kucing yang tercekik itu menggigit tangan dan mencakar Gaylord, menyebabkan bakteria pada bangkai tikus terbabit menjangkitinya. Penyakit itu menyebabkan kelenjar limfa membengkak dan anggota dijangkiti menjadi busuk dalam tempoh singkat. Jika tidak mendapat rawatan segera, pesakit boleh mati dalam tempoh empat hari. REUTERS INFO Penyakit menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Anggota dijangkiti menjadi busuk dalam tempoh singkat. Pesakit boleh mati dalam tempoh empat hari jika tidak dapat rawatan. Bubonic Plague Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008. [FOTO AP]
?????? ?? ????? 2012 32 NASIONAL TPM pengerusi mesyuarat khas air Selangor Tesco beri bubur lambuk percuma » Pasar raya turut sama meriahkan Ramadan ???? ???? ????? ???? ??? syedazwan@bharian.com.my ?????? T esco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan mengedarkan 22,000 bungkus ‘bubur lambuk cukup rasa' secara percuma kepada orang ramai di seluruh negara sempena Ramadan ini. Pengedaran bubur lambuk dengan kerjasama Maggi akan dilaksanakan di 44 pasar raya Tesco di seluruh negara pada 26 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos ini kecuali di Tesco Paradigm Mall dan Tesco KSL City. Pengarah Pemasaran Tesco Stores, Vivian Yap, berkata pengedaran bubur lambuk percuma adalah sebahagian program tanggungjawab sosial pihaknya sempena sambutan Ramadan. Katanya, program gotongroyong yang membabitkan chef dari Maggi dan kakitangan Tesco bertujuan memeriahkan sambutan Ramadan dalam kalangan pelanggannya, khususnya umat Islam. Bubur turut diedarkan kepada pasukan beruniform “Bubur lambuk akan diedarkan kepada pasukan beruniform seperti polis. Setiap lokasi mengedarkan 500 bungkus bubur lambuk dengan tiga lokasi iaitu Tesco Sungai Petani (26 Julai), Tesco Kepong (1 Ogos) dan Tesco Shah Alam (8 Ogos) mengedarkan sehingga 1,500 paket bubur lambuk cukup rasa percuma,” katanya kepada BH, semalam. Mengulas lanjut, Vivian berkata, selain pengedaran bubur lambuk percuma, Tesco juga memberikan sumbangan baju raya dan wang tunai RM100 kepada anak yatim di Tesco Kepong, Seri Alam dan Kota Bharu pada 1 Ogos depan. Katanya, bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri, Tesco juga menganjurkan karnival perusahaan kecil sederhana (PKS) membabitkan 52 pengusaha PKS dan 250 produk tempatan dari 26 Julai hingga 8Ogos depan di rangkaian pasar rayanya. Pelbagai aktiviti sambut Ramadan “Tesco akan mengedarkan baucer istimewa kepada 250,000 ahli Clubcard Tesco beragama Islam membeli barangan persiapan raya dengan nilai diskaun mencecah 10 peratus,” katanya. Beliau juga menambah Tesco akan mengadakan bazar Ramadan di 20 pasar raya terpilih, selain menganjurkan pertandingan mewarna pada 4 dan 18 Ogos depan. FAKTA NOMBOR 22,000 bungkus bubur lambuk cukup rasa percuma diedarkan Tesco di 44 pasar raya di seluruh negara pada 26 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos ?????Tan SriMuhyiddinYassin akanmempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet mengenai masalah bekalan air di Selangor bagi mengetahui masalah sebenar. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berhubung masalah bekalan air di Selangor. “Saya akan panggil Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk beri maklumat secara terperinci dan akan lihat peranan kerajaan negeri serta syarikat pembekal air,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Mesra Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pesara Kerajaan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam. Beliau berkata soal itu akan dibincangkan dengan teliti kerana ia membabitkan kepentingan awam dan untuk mengelak salah faham mengenai peranan Kerajaan Pusat dalam isu itu. BERNAMA ??
Miliki landskap geologi luar biasa, masyarakat mesra sambut tetamu ??????? Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Kepulauan Oki ‘permata tersembunyi' Gerbang Laut hasil hakisan ombak, Kepulauan Oki, Jepun. Pokok Cidar Jepun berusia 800 tahun menjadi tempat suci komuniti Oki. ?????? ?? ????? 2012 40 RENCANA O ki Islands, Jepun adalah kepulauan yang terbentuk daripada letusan gunung berapi purba yang terletak di Lautan Jepun. Kepulauan ini adalah misi terakhir tahun ini mewakili Jaringan Geopark Global UNESCO untuk menilai wilayah yang bercadang menjadi geopark global. Kepulauan Oki terdiri daripada empat pulau besar iaitu Dogo, Nakanoshima, Chiburijima, Nishinoshima dan lebih 150 pulau kecil yang tidak berpenghuni. Terdapat 21,000 penduduk di kepulauan ini dan kebanyakannya nelayan dan petani. Kepulauan yang kurang dilawati ini dianggap ‘permata tersembunyi'menyimpan pelbagai rahsia alam. Perhubungan dengan tanah besar Jepun hanya melalui feri dan satu penerbangan sehari dari Osaka. Bagi orang Jepun, kepulauan Oki dilihat sebagai perkampungan nelayan yang kecil di persisiran pantai dan terkenal dengan makanan lautnya. Oki juga dikenali dengan penduduknya yang mengekalkan kepercayaan dan tradisi lama masyarakat Jepun yang kini hampir pupus di tanah besar Jepun. Kebanyakan perkampungan di kepulauan ini terpisah antara satu sama lain oleh lautan dan pergunungan, sehingga pengaruh luar masih kurang meresap ke masyarakatnya. Dalam misi menilai kepulauan Oki, saya ditemani seorang lagi rakan Dr Kristin Rangnes dari sebuah geopark di Norway. Misi sebelum ini ialah di Idrjia dan Karavanke di Slovenia, Qeshm di Iran dan Lushan di China. Keindahan landskap Bagi saya, kepulauan Oki sangat luar biasa dari perspektif landskap geologi dan kepelbagaian biologi. Disebabkan beberapa letusan gunung berapi, sebahagian daripada pantainya terlindung di antara satu pulau dengan yang lain sehingga membolehkan komuniti Oki membina kawasan yang sesuai untuk penempatan. Pantai berbatu yang terdedah dengan ombak besar Lautan Jepun pula tidak sesuai dihuni, tetapi mempamerkan keindahan landskap ukiran hakisan pantai yang luar biasa. Tebing curam, gerbang dan gua laut serta tiang laut menghasilkan panorama pantai yang mempersonakan. Sejarah geologi kepulauan Oki sangat menarik dari perspektif kepelbagaian biologi. Pada peringkat awal, pulau ini berada di kawasan sejuk bersama-sama Semenanjung Korea. Beberapa juta tahun lampau, pulau ini teranjak ke Selatan akibat pembukaan Lautan Jepun sehingga menjadi sebahagian daripada daratan kepulauan Jepun. Hanya sekitar 10,000 tahun lampau, ais mencair menyebabkan paras laut meningkat. Oki terpisah dan menjadi kepulauan terasing dengan tanah besar Jepun. Kelainan ekosistem dan kepelbagaian biologi kepulauan ini sangat menarik. Pada satu kepulauan kecil, kita dapat perhatikan tumbuhan yang biasanya hidup di kawasan gunung dan di kawasan pinggir pantai hidup bersama. Tumbuhan kawasan sejuk dan kawasan panas berada di tempat yang sama. ‘Galapagus Jepun' Ahli biologi juga telah menemui banyak tumbuhan dan haiwan yang endemik atau hanya berada di kepulauan Oki ini. Ahli sains di kepulauan ini menyebut Oki adalah 'Galapagus Jepun'. Bagi kami, keunikan paling terserlah di kepulauan Oki adalah keistimewaan penduduknya. Mereka menunjukkan ciri masyarakat pulau yang unik serta mengamalkan pelbagai tradisi untuk hidup berdikari. Hubungan komuniti amat erat dan percaya mereka memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan hidupnya. Mereka adalah kelompok masyarakat ceria, menyintai pulau mereka dan sangat menghargai tetamu. Jelas terserlah kegembiraan ketika tiba dan kesedihan ketika pulang di setiap wajah warga Oki yang menyambut kami. Ketika kami meninggalkan pulau Nishinoshima, komuniti di sini mengikat riben di feri yang kami naiki dan terus memegangnya sehingga kami berlayar jauh. Ia seolah-olah tidak membenarkan kami meninggalkan pulau itu. Tetamu yang datang ke Malaysia masih mempunyai persepsi, komuniti kita ceria menyambut dan menerima tetamu, dan sentiasa melemparkan senyuman. Saya ragui apakah persepsi ini masih boleh dipertahankan. Di kepulauan Oki, kami pelajari warisan paling istimewa untuk sesebuah negara bangsa iaitu penduduknya yang menyintai tanah air dan menyambut tetamu dengan hati terbuka. INFO Terdiri daripada empat pulau besar iaitu Dogo, Nakanoshima, Chiburijima, Nishinoshima dan lebih 150 pulau kecil yang tidak berpenghuni. Terdapat 21,000 penduduk dan kebanyakannya bekerja nelayan dan petani. Kepulauan Oki
11 ?? ????? 2012 ??????
Kekayaan alamsemulajadidankepelbagaian etnik sertabudayamemberi kelebihankepada Sabah membangunkan sektor pelancongan sebagai antara penyumbang utama Keluaran DalamNegara Kasar (KDNK) negeri ini. Usahabersepadukerajaannegerimenerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Kementerian Pelancongan pada peringkat Pusat membolehkan sektor itudibangunkansecaraagresif sehingga berjaya mencatat pulangan RM4.98 bilion tahun lalu. Kedatangan 2.84 juta pelancong tahun lalu berbanding 2.5 juta orang pada 2010 adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negeri itu, selaras peningkatan minat pelancong, khususnya dari China, Korea Selatan, Brunei dan Eropah. Selain Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan dan Taman Tunku Abdul Rahman, banyak lagi tarikan disediakan kepada pelancong termasuk untuk peminat golf, penggemar hidupan liar dan alam semulajadi serta program berbentuk kebudayaan. Langkah kerajaan negeri menganjurkan pelbagai acara termasuk sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun bagi memaparkan kebudayaan tradisi pelbagai subetnik Kadazandusun juga sebahagian daripada pendekatan memajukan pelancongan Sabah. Satu lagi usaha kerajaan memperkenalkan negeri ini ialah menerusi penganjuran program tahunan Festival Budaya Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF)yangpada tahun ini diadakan pada 8 hingga 17 Julai lalu. Negara yang mengambil bahagian termasukRepublikCzech, Poland, Finland, Latvia, Thailand, Sri Lanka,Filipina,Brunei, Korea Selatan, Timor Timur, Kuwait, Mesir, Papua New Guinea, Kazakhstan, Mexico, Taiwan, Uzbekistan, China, Indonesia dan Maghribi. Pelancong Australia, Scott McGrath, 32, dan isterinya, Lisa, 30, yang kebetulan menyaksikan perarakan SIFF di Lintasan Deasoka di tengah-tengahbandar rayabaru-baru ini, kagumdengan kepelbagaian budaya serta keindahan alam semula jadi dimiliki Sabah. “Keindahan kawasan pergunungan dan aktiviti kayak di Sungai Padas, Beaufortmemberipengalamanmengujakanbuatkami,”kata pasangan itu. Satu lagi kelebihan Sabah ialah menerusi program inap desa yang diiktiraf terbaik di negara ini berikutan permintaan tinggi program itu di kalangan pelancong yang meminati percutian sambil menyelami cara hidup masyarakat setempat. Industri inap desa di Sabah mencatat peningkatan memberangsangkan dengan perolehanRM3.54 juta tahun lalu, berbanding RM2.46 juta pada 2010 manakala kedatangan pelancongmeningkatkepada34,578orangberbanding 17,528 orang pada 2010. Lebih agresif maju sektor pelancongan Memperkasa pertanian sabah bergerak maju Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bharian.com.my P elbagai program berasaskan pertanian dilaksanakan di Sabah, seiring hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan sektor berkenaan berkembang sebagai antara penyumbang utama ekonomi negeri. Ini ditambah dengan kedudukan sektor pertanian sebagai sebagai salah satu antara tiga sektor teras Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri, selain pembuatan dan pelancongan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah sebagai peneraju sektor pertanian di negeri ini, terbabit memastikan projek berimpak tinggi yang dikenal pasti menerusi projek permulaan (EPP) dilaksanakan oleh sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara usaha digerakkan ialah mewujudkan jelapang padidengan30,000hektar tanah di Sabah dikenal pasti untuk tujuan itu secara berperingkat. Tahun lalu, seluas 40,353 hektar tanah di Sabah ditanam padi dengan hasil purata 83,000 tan padi iaitu 30 peratus tahap sara diri beras di negeri ini. Selain itu, tiga pusat pengeluaran benih padi diwujudkan bagi menampung permintaan benih padi berkualiti dan mencukupi. Bagi tanaman komoditi, Sabah adalah penanam dan pengeluar terbesar kelapa sawit dengan eksport minyak sawit mentah (CPO) mencecah 1.22 juta tanpadanilai RM3.85bilion tahun lalu. Potensi sektor pertanian di negeri ini terus diakui apabila beberapa produk pertanian seperti teh Sabah, kopi Tenom, limau bali Tenom, sayur tanah tinggiKundasangdan salakSandakan mendapat pengiktirafan produk berkualiti denganmemperoleh Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM). Komoditi perikanan juga mempunyai potensi besar khususnya ikanhidup, denganpasaranantarabangsamembabitkan China dan Hong Kong dianggar bernilaiRM35 juta, tahundepan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri menetapkan tiga sasaranutama iaitu: Meningkatkan sumbangan sektor pertanian terhadap PendapatanNegara Kasar (PNK) sebanyak RM28.9 bilion bagi mencapai RM49.10 bilion; Mewujudkan 74,600 peluang pekerjaan; dan Meningkatkanpendapatan petani antaraduahingga empat kali gandaberbandingpendapatan semasamenjelang 2020. Pendekatan dilaksanakan berhasil apabila pada 2010, hasil eksport menerusi pertanian, penternakan dan perikanan mencecahRM17.92bilion iaitu41 peratus jumlah eksport negeri, kedua terbesar selepasminyak. Berdasarkan kajianUnit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, program pengkulturan rumpai laut dan penternakan ikan dalam sangkar di Sabah boleh mendatangkan pulangan RM2.8 bilion kepada negara, dengan menyediakan 22,800 peluang pekerjaanmenjelang 2020. Sesuai dengan kesuburan buminya, sektor pertanian Sabah berpotensi besar untuk terus diterokai bagi membolehkannyakekal sebagai antara pemangkinpertumbuhanekonomi Negeri di Bawah Bayu. 12 ≤ » Projek agro berimpak tinggi diperbanyak, jana ekonomi − Jumaat 20 Julai 2012 faKta nombor 2.84 juta kedatangan pelancong 2011 2.93 juta sasaran pelancong 2012 Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman memetik kubis sebagai gimik pelancaran Pesta Kubis di Ranau pada 27 November 2004. Musamerasmikan Sabah Bio Tech Blueprint bagi meningkatkan ekonomi dan taraf rakyat negeri ini.
?? ????? 2012 ?????? 15 NASIONAL Media Prima lancar #MYSyg » Galak rakyat berkongsi kisah, cerita menarik kehidupan ???? ???? ?????????? ????? mnasaruddin@bharian.com.my ???????? ???? M edia Prima Berhad (Media Prima) semalam, melancarkan kempen My Sayang (#MYSyg) sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Pengerusinya, Datuk Johan Jaafar, berkata penganjuran julung kali itu bertujuan menggalak rakyat berkongsi kisah atau cerita menarik mengenai kehidupan mereka. Hantar kisah kehidupan Katanya, menerusi kempen itu rakyat boleh menghantar penyertaan berkisarkan kehidupan mereka melalui rakaman video, teks atau bergambar berdasarkan kreativiti masingmasing. “Kita (Media Prima) sentiasa menyokong sebarang penghasilan industri kandungan kreatif dan (kempen) ini salah satu daripada usaha kami mencungkil serta mengetengahkan bakat tempatan. “Saluran Media Prima disaksikan lebih 24 juta penonton setiap hari, malah kisah anda nanti akan kami hebahkan ke serata dunia melalui platform media digital,” katanya ketika melancarkan Kempen #MYSyg di Sri Pentas di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Bersama, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif News Straits Times Press (M) Berhad, Mohammad Azlan Abdullah. Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Mohamad Ariff Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian RadioMedia Prima, Seelan Paul. Penyertaan melalui laman web Penyertaan secara rakaman video, teks dan gambar boleh dihantar melalui laman web www.mysyg.com.my. Bagi penyertaan kategori video, setiap rakaman tidak boleh melebihi tiga minit manakala teks pula tidak melebihi 150 patah perkataan. Gambar unik dan kreatif Sementara itu bagi penyertaan bergambar, peserta boleh menghantar ekspresi wajah unik atau gambar kreatif. Sebanyak lima penyertaan terbaik bagi setiap kategori dipilih melalui 70 peratus undian awam dan 30 peratus undian juri profesional. Lima kategori bertuah daripada setiap kategori dan pemenang keseluruhan berpeluang memenangi hadiah istimewa yang akan diumumkan kelak. Penyertaan boleh dihantar hingga 15 Ogos depan dan keputusan pemenang kempen #MYSyg akan diumumkan pada 15 September. Johan (tiga dari kiri) melancarkan kempen #MYSyg di Sri Pentas, sambil disaksikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin (dua dari kanan), semalam. [FOTO CHAN WAI YEW/FOTO] ??????? ?????? Rakyat yang setia kepada negara perlu menentang usaha pihak tertentu yang sering memburuk-burukkan nama Malaysia hanya kerana berbeza ideologi politik atau soal peribadi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat perlu bersatu menentang golongan seperti itu yang mengaku taat setia, tetapi menghina Malaysia di luar negara. “Ada tokoh politik mengaku setia, cintakan negara tetapi apabila di luar, memburuk-burukkan dan menghina negara sendiri. “Kita boleh berbeza pendapat tetapi bukan atas nama negara. Kalau tidak setuju, pada perkara dasar saja, soal cabang jangan dibangkitkan. “Masalah peribadi dengan mana-mana pemimpin tetap soal peribadi, jangan politikkan semua perkara di Malaysia,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup konvoi motosikal kuasa tinggi diketuainya bagi menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Litar Datuk Sagor, di sini semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pegawai Daerah Perak Tengah, Roslan Mat Lodin. Konvoi berkenaan melalui 10 daerah bermula di Kerian dan berakhir di Perak Tengah, mengedarkan 100,000 Jalur Gemilang sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Baru-baru ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beberapa gambaran buruk mengenai Malaysia disiarkan media Indonesia turut disumbangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ramai rakan di negara jiran itu. Sementara itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak ghairah mengibar bendera parti hingga lupa mengibar dan menyerlahkan lagi Jalur Gemilang terutama sepanjang dua bulan kempen Kibar Jalur Gemilang dari 17 Julai hingga 16 September ini. Beliau berkata, rakyat perlu menterjemahkan kesetiaan kepada negara dengan mengetepikan sementara perbezaan ideologi politik. ‘Jangan kutuk negara kerana beza ideologi' Ahmad Zahid menyempurnakan majlis penutup konvoi motosikal kuasa tinggi di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, semalam. [FOTO BERNAMA] PKNK jual semua saham FELDA Global ???? ?????? Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) akan menjual semua saham FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam masa terdekat. Ia bagi mematuhi arahan Menteri Besar yang juga Pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kelmarin. Sumber memberitahu BH, PKNK tidak berpolitik dalam isu berkenaan, sebaliknya hanya memikirkan cara mencari keuntungan yang akan memberi faedah kepada Kedah. “PKNK akur jika pengerusi mahukan demikian dan akan menjual saham berkenaan mengikut kesesuaian,” katanya di sini, semalam. Semalam, BH melaporkan kerajaan negeri mengakui mengarahkan PKNK menjual 500,000 unit saham FGV bagi menunjukkan pendirian kerajaan negeri selari dengan pakatan pembangkang. Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung isu saham FGV. Sementara itu, Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang, berkata kerajaan negeri tidak perlu terikut-ikut gesaan pakatan pembangkang yang mahu semua saham FGV dijual kerana keputusan membeli saham itu adalah tepat. “PKNK perlu mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri daripada terus berpolitik tanpa had. “Dalam semangat 1Malaysia, kerajaan negeri berhak berkongsi pencapaian FELDA dan menikmati kejayaan pentadbiran Barisan Nasional (BN),” katanya. Baru-baru ini, PKNK dilaporkan membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham. FAKTA NOMBOR 500,000 unit saham FGV yang dibeli PKNK ????? ???????Media Prima Berhad (MPB) akan mengadakan Dialog Sri Pentas membicarakan mengenai seni, budaya dan media, hari ini. Menurut kenyataan MPB, program pertama yang diadakan di Theatrette Sri Pentas pada jam 5 petang itu bertujuan mendekatkan karyawan dengan tokoh ilmuan, pemikir dan pemain industri. Dialog bulanan berjudul ‘Filem Malaysia: Kualiti atau Kuantiti' dan ahli panel adalah Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Dr Hatta Azad Khan; Pengarah Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin dan pengkritik filem, Ku Seman Ku Hussein. MPB anjur dialog seni
201242
?? ????? 2012 ?????? 37 NASIONAL Bekas pegawai bank dipenjara 42 bulan » Bekas kapten didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Mengaku Tuhan, nabi ???? ?????? ????? ?? ????? bhizar@bharian.com.my ???? ????? S eorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin. Didakwa ejek agama Islam Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan ‘aku mengaku aku Allah' dan ‘aku ini Nabi akhir zaman'. Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam. Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduhmengejutkanmahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya. “Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi. Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak. Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah. Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat. Tertuduhdalamreaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat. Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula. ????? ??????? Seorang bekas pegawai bank dipenjara 42 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku salah terhadap tuduhan cuba merompak, menggunakan pistol palsu dan memiliki senjata berbahaya. Hakim Mahmud Abdullah menjatuhkanhukumanpenjara 18 bulan bagi tuduhan cuba merompak, penjara 24 bulan (menggunakan pistol palsu) dan penjara tiga bulan (memiliki senjata berbahaya iaitu dua pisau dan dua senjata renjatan elektrik) terhadap Eugene Khoo Kah Chong, 37. Mahmud memerintahkan hukuman penjara 18 bulan dan 24 bulan berjalan berasingan manakala hukuman serentak bagi tuduhan memiliki senjata, bermula dari tarikh tertuduh ditahan 6 Mac lalu. Rompak guna pistol palsu Bagi tuduhan pertama, Kah Chong dituduh cuba merompak Lau SimYoon, 35, manakala bagi tuduhan kedua, dia dituduh menggunakan pistol palsu ketika cuba merompak wanita itu di tepi Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, jam 1 tengah hari, 6 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala bagi tuduhan menggunakan pistol palsu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 32 (2) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun. Bagi tuduhan ketiga, beliau didakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam di tepi Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI di sini, pada hari dan tarikh sama. Roslan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di Ayer Keroh, semalam. [FOTO BERNAMA] FAKTA NOMBOR 42 bulan hukuman penjara bagi tuduhan cuba merompak, menggunakan pistol palsu dan memiliki senjata berbahaya.
SDC gerbang pembangunan bersepadu Pelaburan semakin meningkat − jumaat 20 julai 2012 Oleh amin Ridzuan ishak aminridzuan@bharian.com.my S abah berada di landasan betul dalam menjayakan matlamat menjadi negeri perindustrian menjelang 2015. Di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Sabah mencatat pelbagai perkem bangan positif khususnya menerusi peningkatan pelaburan tahun lalu walaupun keadaan ekonomi global agak tidak menentu. Lebih membanggakan, Sabah mencatat pelaburan berjumlah RM1.5 bilion dalam sektor pembua tan tahun lalu mengatasi RM940 juta direkodkan pada 2010. Sektor pemprosesan makanan mencatatpelaburantertinggidengan RM629 juta, diikuti produk kimia (RM202 juta), minyak sawit mentah (RM127 juta), produk logam (RM40 juta), pembuatan peralatan pen gangkutan (RM28 juta) dan industri biomass (RM26 juta). Keadaan Sabah yang mesra pela bur membolehkannya menerima pelaburan dalam pelbagai sektor mencecah RM13.7 bilion. Rentak positif itu diteruskan apa bila Negeri di Bawah Bayu menerima kemasukan pelaburan berjumlah RM10.2 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Musa menyifatkannya sebagai perkembangan memberangsangkan yang membuktikan kemampuan Sabah mewujudkan persekitaran pelaburan kondusif. “Perkembangan sektor perin dustrian dengan sendirinya mewujudkan peluang pekerjaan yang memanfaatkan masyarakat setempat. “Ini penting kerana kita mahu rakyat Sabah bekerja di tempat sendiri dan memiliki kemahiran supaya dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga. “Di akhirnya, rantaian ini akan membolehkan Sabah menjadi antara negeri utama di bidang perindustrian dan dilengkapi pekerja mahir,” katanya. Jumlah pelaburan dalam sektor pembuatandiyakini terusmeningkat kerana pelabur selesa dengan suasa na aman dan stabil di Sabah, selain perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini. Keyakinan itu juga bersandarkan strategi kerajaan negeri menerusi pelbagai inisiatif, penyediaan kemu dahan dan kawasan yang memberi keselesaan kepada pelabur. Antara inisiatifnya adalah pem bangunanTamanPerindustrianKota Kinabalu (KKIP) yang menempatkan pelabur dan agensi kerajaan negeri bagi memudahkan dua pihak berke naan berurusan. KKIP yang berkeluasan 3,366 hektar di Sepanggar, mempunyai pelbagai kemudahan mesra pela bur seperti jalan raya selesa serta berhampiran Pelabuhan Kontena Kota Kinabalu. Kerajaan negeri turut memba ngunkan kawasan perindustrian baru seperti Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu bagi memajukan sektor pembuatan di pantai timur Sabah. Tempias pembangunan POIC turut dinikmati sektor hartanah apa bila projek hartanah berhampiran kawasan itu melonjak. Seperti kerap disebut Musa, matlamat utama setiap program pembangunan ialah untuk memu dahkan hidup rakyat, seiring gaga san 1Malaysia ilham Perdana Men teri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.' » Catat jumlah perlaburan RM1.5b dalam sektor pembuatan tahun lalu Sabah bergerak maju 13≤ Selepas empat tahun dimulakan, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) menampakkan perkembangan posi tif menerusi pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi yang mampu merancakkan ekonomi Sabah. Selainusahagigihkerajaannegeri, sokongan Kerajaan Pusat menerusi pengagihan dana tambahan turut membantu mempercepatkan pe laksanaannya selaras program trans formasi ekonomi yang menyasarkan pertumbuhan besar ke arah menca pai sasaran negara berpendapatan tinggi. Antara projek sudah disiapkan ialah Pusat Kraftangan Sabah di Keningau yang dirasmikan Perda na Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pusat itu meliputi program pemba ngunankraftangantempatan, terma suk menyediakan program latihan, selainpromosidan jualankraftangan di dalam serta luar negara. Pembinaan pusat itu yang diil hamkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, adalah antara usaha memanfaatkan potensi kraf tangan tradisi etnik tempatan Sabah yang banyak diusahakan penduduk pedalaman dan luar bandar. Yayasan Sabah yang diama nahkan membangun dan mengurus pusat itu membelanjakan RM30 juta bagi membina bangunan, manakala kos menyediakan peralatan, mesin dan melaksanakan program latihan serta promosi bernilai RM20 juta dibiayai Kerajaan Pusat. Satu lagi kejayaan SDC di pedala man Sabah ialah pembukaan Pusat TernakanBersepaduKeningau (KILC) yang dibangunkan di kawasan seluas 834 hektar di Sook, membabitkan pelaburan bernilai RM763 juta. Ia adalah projek penternakan lembutenusuberskalabesarpertama di negara ini yang disasar mampu mengeluarkan purata enam juta liter susu segar setahun bagi memenuhi keperluan di Sabah, Brunei dan Semenanjung. Sektor perkilangan terus memberi sumbangan besar kepada KDNK hasil usaha bersepadu kerajaan negeri membawa pelabur khususnya menerusi sektor minyak dan gas” Datuk Wong Ken Thau Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Sabah (FSM) Pelabur yakin dengan kestabilan di Sabah dan banyak pertanyaan diterima daripada pelabur luar mengenai peluang dalam SDC” Datuk Dr Yaakub Johari Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaburan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDIA) Sabah memiliki pakej pelancongan lengkap kerana mempunyai pantai, gunung, hutan, hidupan liar dan alam semula jadi yang indah" Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmood, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Taman Perindustrian Kota Kinabalu. Musa melawat projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang menjadi pintu masuk utama ke negeri ini dan membantu meningkatkan jumlah pelaburan.
?????? ?? ????? 2012 6 NASIONAL Kuarantin jam FAKTA NOMBOR 5,000 pengusaha keli Afrika skala kecil dan besar di Malaysia 1,000 tan Umat Islam perlu ambil serius perkara yang berkaitan dengan makanan. Kita perlu pastikan sumbernya adalah suci dan bersih, iaitu bebas daripada sumber haram seperti babi atau yang memudaratkan” Harussani Zakaria, Mufti Perak Keli kampung Jenis ikan tropika Keli kayu (Clarias batrachus), keli bunga (Clarias macrocephalus) dan keli estotika (Clarias gariepinus) Panjang biasa 30 sentimeter Tubuh lonjong Berat sehingga 15 kilogram Makan sumber semula jadi seperti ikan kecil, cacing tanah, ulat pokok dan serangga Hidup di sungai, sawah padi serta kawasan berpaya Coklat keputihan atau kelabu keperangan Haram makan haiwan diberi bangkai, najis keli dihasilkan setiap tahun ????? ??????? Haram bagi umat Islam makan haiwan ternakan seperti ikan keli yang diberi makan bangkai, najis serta makanan mengandungi DNA babi tanpa menjalani proses istihalah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata mengikut hukum syarak, haiwan Jallalah seperti keli yang diberi memakan makanan seumpama itu perlu menjalani proses penyucian semula jadi itu melalui kaedah kurungan selama tiga hari. Katanya, kegagalan berbuat demikian menyebabkan haiwan ternakan dalam kategori Jallalah, termasuk keli yang diketahui memakan najis dan protein babi, tidak suci dan haram dimakan. “Umat Islam perlu ambil serius perkara yang berkaitan dengan makanan. Kita perlu pastikan sumbernya adalah suci dan bersih, iaitu bebas daripada sumber haram seperti babi atau yang memudaratkan. “Jika diketahui haiwan itu memakan sumber najis kotor, ia wajib melalui proses istihalah dengan mengurungnya selama tiga hari sebelum boleh dimakan atau dijual, khususnya kepada umat Islam,” katanya kepada BH. Ditanya mengenai kebarangkalian sumber dedak ikan keli import yang diberikan kepada ternakan itu mengandungi DNA babi, Harussani berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya. “Kita tak tahu mengenai kandungannya (bahan dedak ikan import), sebab itu langkah awal pernah kita sarankan kepada pengguna Islam adalah membuat pemilihan daripada mana sumber ikan itu dihasilkan dan siapa mengeluarkannya. “Jika ia hasil ternakan pengusaha Cina, India atau bukan Islam, kita minta elak beli daripada mereka,” katanya. ???? ???? ?????????? ????? mnasaruddin@bharian.com.my ????? ?????? I kan termasuk keli yang diternak menggunakan dedak import mengandungi DNA babi atau organ dalaman haiwan, mesti melalui proses istihalah atau dikuarantin tanpa diberi sebarang makanan selama 36 jam sebelum boleh dijual atau dimakan. Menurut kajian Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPPM), kegagalan melakukan proses itu boleh menyebabkan kebarangkalian orang ramai memakan keli mengandungi najis dan DNA babi adalah tinggi. Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan IPPM, Dr Wan Norhana Md Noordin, berkata IPPM menjalankan kajian itu bermula Julai hingga September tahun lalu atas permintaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mahu menentukan jangkamasa penyucian ternakan itu. Katanya, keputusan kajian selepas proses istihalah mendapati DNA babi tidak dikesan sama sekali dalam isi ikan berkenaan. “Tempoh kuarantin paling minimum bagi keli yang diberi makanan kotor dan mengandungi DNA babi adalah 36 jam,” katanya kepada BH. Wan Norhana berkata, kajian terhadap dedak makanan ternakan itu yang kebanyakannya diimport dari China, Thailand dan Taiwan juga mendapati ia mengandungi DNA babi. Selain dedak import, ada juga penternak menggunakan organ dalaman haiwan seperti isi perut, bulu, darah, tulang dan bangkai ayam atau babi untuk mempercepatkan pembesaran supaya boleh segera dijual. Sebab itu, katanya, penternak ikan terutama keli Afrika mesti melakukan proses istihalah dengan mengasingkan ternakan itu dalam kolam kurungan selama 36 jam tanpa diberi sebarang makanan bagi memastikan ia bebas daripada unsur najis, bangkai dan DNA babi. Keli Afrika atau nama saintifiknya clarias gariepinus adalah spesis ternakan yang popular di Malaysia dan tergolong dalam kategori haiwan jallalah yang suka memakan bahan kotoran, seperti najis, bangkai dan organ dalaman babi. Sementara itu, JAKIM dikatakan sedang dalam penelitian akhir mengenai hasil kajian IPPM sebelum mengambil tindakan lanjut. Sumber berkata, JAKIM sudah menerima hasil kajian itu, bulan lalu dan akan merujuknya kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk membuat sebarang keputusan. » Kaedah sucikan keli makan dedak ada najis, DNA babi 36
?????? ?? ????? 2012 68 SUKAN Kami perlukan Dempsey: Liverpool PSG harap Ibrahimovic Sepintas ????? Kelab berbelanja besar, Paris St Germain (PSG) mengorak langkah dalam usaha mereka mendominasi saingan Liga Perancis musim ini apabila sah menandatangani kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic daripada AC Milan, semalam. “Ibrahimovic sudah melengkapkan perpindahannya dari Milan dan menandatangani kontrak tiga tahun bersama kami,” demikian menurut kenyataan di laman web rasmi PSG. Meskipun PSG tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai nilai perpindahan itu, media Perancis menganggarkan ia bernilai lebih 20 juta euro (RM79.7 juta). “Saya mahu ucapkan terima kasih kepada PSG kerana menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai kenyataan. Reuters Macheda penyelamat » Menang tipis aksi pertama jelajah ?????? ??????? ???????? F ederico Macheda muncul wira Manchester United apabila jaringan tunggal olehnya membantu bekas juara liga Inggeris itu menc a t a t kemenangan tipis 1-0 ke atas AmaZulu , awal pagi semalam. Ia adalah permulaan kepada siri enam aksi jelajah pra-musim mereka di hadapan 50,000 penonton di Stadium Moses Mabhida. “Pemain saya keletihan sepanjang babak kedua yang tampak seimbang buat kedua-dua pasukan. Saya tetap gembira dengan keputusan ini dan sesuatu yang menarik dkemenangan daripada Mandela. “Saya turut beri peluang kepada beberapa pemain muda beraksi sepanjang perlawanan ini dengan dua atau tiga daripada mereka dilihat mampu menyinar. “Jesse Lingard mempunyai potensi besar manakala Scott Wootton mempamerkan aksi menarik di bahagian pertahanan,” kata pengurus United, Alex Ferguson. Ikon politik Afrika Selatan, Nelson Mandela terlebih dahulu diperingati dengan nyanyian lagu selamat hari lahir yang ke-94 buat bekas presiden negara itu sebelum sepak mula perlawanan. United akan bertemu Ajax Cape Town esok sebelum terbang ke China berdepan Shanghai Shenhua, kelab yang baru menandatangani bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba. AFP ?????? ???????? Liverpool, Brendan Rodgers berkata kelabnya kini mengadakan perbincangan dengan Fulham dalam proses untuk mendapatkan penyerang Amer ika Syarikat, Clint Dempsey. “Dia (Dempsey) adalah pemain yang kami perlukan. Kami berasakan dia seorang pemain yang cukup berbakat. “Pengarah urusan kelab (Ian Ayre) juga sudah menghubungi Fulham untuk melihat situasi itu. Begitulah perkembangan ketika ini,” kata Rodgers. Pengurus Liverpool itu berkata demikian semalam ketika mereka dalam rangka siri jelajah pra-musim di Amerika Syarikat dan Kanada. Rodgers turut menolak kemungkinan untuk perpindahan secara pinjaman membabitkan penyerangnya, Andy Carroll. “Untuk menimbang perjanjian pinjaman untuk seseorang pemain yang kelab sudah pun melabur 35 juta pound (RM173 juta) bukan sesuatu yang kami lihat ketika ini,” katanya. Namun, Rodgers berkata, jika ia membabitkan perpindahan kekal, dia akan menimbangkan mengikut kesesuaian harga yang ditawarkan kelab berminat. AP Macheda mnolak bola di celah kaki penjaga gol Amazulu, Tapuwa Kapini dalam saingan persahabatan di Stadium Moses-Mabhida, kelmarin. FAKTA NOMBOR 50,000 penonton saksi perlawanan Man United lawan AmaZulu Ibrahimovic (kanan) pada majlis ikat kontrak, kelmarin.
?????? ?? ????? 2012 4 NASIONAL Muhyiddin bersama sebahagian peserta yang hadir pada Majlis Konvensyen Pemimpin Muda Negara 2012 di Bangunan Parlimen, sambil diperhatikan Abu Zahar (kiri), semalam. [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] JI, komunis cuba serap » Bukit Aman kesan pengganas dalam parti pembangkang ???? ???? ?????? ????????? ??? ? ????? ????? bhnews@bharian.com.my ????? ?????? R isikan Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman mendapati elemen Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresap ke dalam parti pembangkang di negara ini. Malah, Ketua Penolong Pengarah bahagian itu, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, menjelaskan ada usaha mereka untuk menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Mohd Sofian menjelaskan pihaknya juga tahu beberapa pemimpin pembangkang sering berulang-alik ke Bangkok dan Selatan Thailand mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM). Bantuan kewangan “Gerakan ini mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing daripada segi bantuan kewangan, latihan serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya umum. “Tindakan mereka bertujuan melahirkan NGO tempatan yang sentiasa bermusuhan terhadap kerajaan yang boleh mencetuskan kucar kacir,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama' pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara 2012, di bangunan Parlimen, di sini semalam. Bangkit isu kontroversi Beliau berkata, polis bimbang dengan tindakan pembangkang dan segelintir NGO membangkitkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan. “Perhimpunan BERSIH 3.0, oren dan hijau adalah rancangan yang diatur khas sehingga PRU. Budaya kempen sepanjang tahun diamalkan di negara ini menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai maklumat politik,” katanya. Tindakan mereka bertujuan melahirkan NGO tempatan yang sentiasa bermusuhan terhadap kerajaan yang boleh mencetuskan kucar kacir” Mohd Sofian Md Makinuddin Ketua Penolong Pengarah Risikan Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Jamin tak hampakan generasi muda ????? ??????? Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan kepemimpinannya tidak akan menghampakan generasi muda. Malah, Perdana Menteri berikrar akan melaksanakan amanah diberikan rakyat dan golongan muda dengan bersungguh-sungguh ke arah masa depan lebih cerah. “Saya tahu kita ada kekurangan dan kelemahan di sana sini, namun kita akan memastikan berlakunya transformasi untuk menjadikan negara kita lebih cemerlang. “Kita akan pastikan dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan dan sebagai ketua kerajaan saya akan terus bekerja untuk rakyat, lebih penting lagi amanah diberikan kepada kami tidak akan dihampakan,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Sekretariat Pemimpin Muda im4u sempena Konvensyen Pemimpin Muda Negara 2012, di bangunan Parlimen, di sini semalam. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Kira-kira 500 peserta mewakili pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pertubuhan belia hadir pada majlis itu anjuran Parlimen Malaysia, Gagasan 1Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Sistem lebih terbuka Menyentuh mengenai konvensyen berkenaan, Perdana Menteri berkata, ia adalah julung kali diadakan di bangunan Parlimen bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai demokrasi berparlimen. “Di sini (Parlimen) kita sentiasa melakukan pembaharuan dan transformasi, kita mengamalkan sistem lebih terbuka untuk menjaga hak asasi manusia serta memastikan negara sentiasa selamat,” katanya. Terima pandangan Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pandangan golongan muda amat penting untuk membantu kerajaan dalam mengubah dasar, mengatur strategi serta merangka program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Timbalan Perdana Menteri berkata, generasi muda yang sentiasa dianggap sebagai pewaris negara turut berperanan penting untuk mencorakkan masa depan negara serta mengekalkan hubungan harmoni kepelbagaian kaum di negara ini. Katanya, kerajaan sentiasa bersedia untuk menerima pandangan golongan muda dalam bersama-sama memperkasakan hal ehwal kenegaraan bagi memastikan segala perancangan yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada semua pihak. “Golongan muda mempunyai tempat bukan saja sebagai warga tetapi pewaris kepemimpinan negara, golongan muda adalah penentu haluan dan masa depan negara. “Setiap anak muda ada keistimewaan, ada cita-cita ada sesuatu yang hendak mereka dibuat, teruskan usaha itu asalkan ia tidak menyalahi dari sisi hukum,” katanya.
29 ?? ????? 2012 ?????? Saksikan pesanan seterusnya di : sayapilihmalaysia Atau lawati : untuk waktu siaran, pertandingan serta pelbagai paparan menarik. SALURAN MASA RTM 1 - Berita Nasional RTM 2 - Berita Inggeris TV3 - Buletin Utama 8TV - Mandarin News TV9 - Berita TV9 NTV7 - 7 Edition Astro RIA - 6.00pm - 12.00pm Astro Awani - 9.00pm - 11.00pm Astro Vaanavil - 7.00 - 11.00pm Astro AEC Imbas kod QR untuk maklumat lanjut. © P i l i h P e r p a d u a n M e n g u n d i P i li h P il ih K e a m a n a n K e m a j u a n K e s t a b i la n
?????? ?? ????? 2012 44 NASIONAL Kawad uji ketangkasan anggota bomba » Program PKK mampu rapat hubungan antara pegawai, kakitangan Yahaya (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan PKK. [FOTO MUSTAFA NGAH MANSOR/BH] Anggota bomba menunjukkan kecekapan dan ketangkasan pada Pertandingan Kawad Kecekapan 2012 peringkat negeri. [FOTO MUSTAFA NGAH MANSOR/BH] INFO JBPM Zon Perak Selatan johan keseluruhan. 160 peserta menyertai pertandingan itu. Pertandingan Kawad Kecekapan 2012 ???? ??????? ???? ?????? bhnews@bharian.com.my K AWAD elemen asas, tetapi penting bagi sesebuah pasukan beruniform, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ini kerana, kawad memupuk disiplin individu dan kerjasama berpasukan yang tinggi untuk persediaan pegawai serta anggota berdepan pelbagai cabaran dan rint a n g a n d a l a m melaksanakan tugas. Dalam konteks pasukan bomba, kawad ada l ah p e r s e d i a an menghadapi apa juga kecemasan seperti kebakaran dan banjir yang memerlukan kecekapan serta ketangkasan anggotanya bertindak menyelamatkan mangsa dan harta benda. Justeru, Bahagian Latihan Bomba Perak mengadakan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2012 peringkat negeri dalam usaha membina kecekapan dan ketangkasan anggota pasukan itu untuk bertindak. Pertandingan selama tiga hari itu berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, selain perkarangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Dataran Teluk Batik dan hutan yang mencabar kekuatan minda dan fizikal 160 peserta mewakili empat zon iaitu barat, selatan, tengah dan utara. Sebanyak sembilan acara, iaitu lima berpasukan dan empat individu dipertandingkan sebagai persiapan ke pertandingan PKK Peringkat Kebangsaan 2012 dengan Perak selaku tuan rumah. Johan keseluruhan PPK disandang JBPM Zon Perak Selatan merangkumi enam balai bomba iaitu Tapah, Teluk Intan, Hutan Melintang, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim. Kejayaan itu selepas zon berkenaan menjadi johan dalam dua acara dan naib johan satu acara kategori berpasukan. Bagi kategori individu pula, zon berkenaan berjaya merangkul johan dan naib johan dalam dua acara. Ketua pasukan Zon Perak Selatan, Penguasa Bomba Jaafar Sidek Ali, 53, berkata kejayaan muncul johan keseluruhan menjadi satu sejarah bagi zon berkenaan. “Kejayaan manis ini hasil komitmen 40 anggota yang terbabit dalam pertandingan. Kejayaan ini juga membuktikan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap pasti akan membuahkan hasil cemerlang,” katanya kepada BH. Beliau berkata, pasukannya berlatih secara konsisten selama dua minggu dan berazam mahu mempertahankan gelaran itu pada PKK selepas ini. Sementara itu, Pengarah Bomba Perak, Yahaya Madis bangga dengan komitmen ditunjukkan Bahagian Latihan, pegawai dan anggota sehingga pertandingan dapat dilaksanakan dengan lancar. Beliau berkata, pertandingan bukan saja dapat memotivasikan pegawai pengurus, malah menguji tahap kecekapan dan ketangkasan peserta dalam melaksanakan tugasan sepanjang pertandingan berlangsung. Katanya, program seperti itu juga merapatkan hubungan antara pegawai dan semua anggota dan kakitangan yang bertugas di jabatan berkenaan. “Jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan bomba sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat termasuk mengurangkan kerenah birokrasi. “Pegawai dan anggota perlu meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan awam bagi menjamin kejayaan program transformasi kerajaan,” katanya.
59 ?? ????? 2012 ?????? r a y m o n d w e i l . c o m m a e s t r o c o l l e c t i o n
70 ≤SUKAN Sepintas AZIZULHASNI harap sentuhan Beasley untuk naik podium. ≤ BOLA SEPAK GB tanpa bintang Pasukan Great Britain (GB) menjadi antara pasukan lawan yang cuba dielakkan negara lain selepas berdekad tidak bertanding di Olimpik biarpun tanpa penyertaan bintang utamanya. Britain tampil dengan cara tersendiri selepas kali terakhir bertanding di Olimpik sejak 1960, namun masih ramai mengharapkan mereka terus tidak bertanding. Buat masa ini, England, Scotland, Wales dan Ireland Utara masing-masing keluar sebagai negara bola sepak sendiri. Pengurus GB, Stuart Pearce, bekas pertahanan England, sentiasa menekankan dia akan memilih 18 pemain dalam skuadnya berdasarkan merit dan menghadapi dilema tidak memilih pemain Scotland atau Ireland Utara. - AFP ≤ TENIS Lepchenko wakil AS Atlit Olimpik Amerika Syarikat (AS), Varvara Lepchenko menewaskan pemain pilihan kelapan, Chanelle Scheepers dari Afrika Selatan 6-4, 6-2 di gelanggang keras WTA untuk mara ke pusingan suku akhir kali ketiga buatnya musim ini. Lepchenko yang diletakkan pemain pilihan ke-44, akan menyertai Venus dan Serena Williams serta pesaing Carlsbad, Christina McHale yang akan terbang ke London minggu depan bagi acara tenis Olimpik yang bermula 28 Julai ini. Lepchenko mencecah suku akhir musim ini di Memphis pada Februari dan di gelanggang tanah liat biru di Madrid Masters, Mei lalu, di mana dia tewas kepada Agnieszka Radwanska. - AFP ≤ HEPTATLON Dobrynska jadi saingan utama Kiev: Juara heptatlon Olimpik 2008, Nataliya Dobrynska yang menjadi saingan utama kepada bintang Britain, Jessica Ennis, kini menumpukan perhatian kepada pemburuan emas di London selepas mengharungi tragedi kematian suami yang juga jurulatihnya akibat kanser. Pada 9 Mac lalu, Dobrynska, 30, meraikan kejayaan di arena Istanbul selepas dinobatkan juara tertutup dunia dan mencipta rekod pentatlon baru dunia yang menjadikannya wanita pertama mencecah 5,000 mata. Namun, selepas 15 hari, suaminya Dmitry Polyakov yang juga jurulatih peribadinya meninggal dunia pada umur 47 tahun akibat kanser. - AFP Oleh Syed Riduan Ahmad smriduantbharian.com.my l Kuala Lumpur M ampukah pingat pertama negara dijelmakan dari acara berbasikal di Olimpik London 2012? Jawapannya terletak di bahu lima pelumba yang menggalas cabaran negara di temasya sukan terbesar dunia itu - tiga dalam acara trek dan dua dari acara lebuh raya. Sandaran utama pasti menerusi acara keirin lelaki di mana Azizulhasni Awang menjadi pilihan utama ketua jurulatih, John Beasley untuk mengejutkan dunia dalam acara berkenaan - dengan sasarannya bukan sekadar pingat tetapi kilauan emas. Azizulhasni yang terpaksa melalui tempoh pemulihan beberapa bulan selepas betisnya ditusuk kayu velodrom ketika final keirin di » Azizul kekal jadi harapan kontinjen negara tuai emas Kayuhan buru nama − JUMAAT 20 JULAI 2012
?????? ?? ????? 2012 64 SUKAN Yuva tekad rampas emas 4x400m »‘Episod Palembang' hantui kuartet negara P Yuvaraaj (kanan) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam acara 4x400m Sukan SEA 2011, di Komplek Jakabaring Palembang. FAKTA NOMBOR 3:07.95s Catatan masa kuartet 4x400 meter Malaysia ketika menang emas Sukan SEA 2007 3:10.47s Catatan masa kuartet 4X400 meter Malaysia ketika menang emas Sukan SEA 2011 3:07.95s Catatan masa kuartet 4X400 meter Thailand ketika menang emas Sukan SEA 2009 ???? ??????? ???? hussain@bharian.com.my ????? ?????? “S iapa yang tidak sedih tapi kami tekad merampas semulapingat emas itu tahun depan,” kata P Yuvaraaj yang terpaksa memulangkan semula emas dimenanginya dalam acara 4x400 meter di Sukan SEA Palembang, tahun lalu. Dia terpaksaberbuat demikian selepas mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Myanmar Sabtu lalu melucutkan emas dimenangi selepas seorang daripada pelari yangmembentuk kuartet 4x400 meter - Yunus Lasaleh - disahkan positif doping dan mungkin dikenakan tindakan gantung dua tahun Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). “Saya, (S) Kannathasan dan Sehzuan (Ahmad Rosely) masih berjaya mengekalkan larian di bawah 48 saat dan saya percaya catatan ini masih terbaik di Asia Tenggara sekali gus memberi harapan tinggi kami merampas semula emas berkenaan. “Namun, kami perlu segera mencari pengganti Yunus bagi membentuk kuartet mantap. Memang ramai pelari berbakat tapi masalahnya mereka gagal catat masa konsisten ,” kata atlit kelahiran Sungai Petani, Kedah dan tampil kali kedua berlari di Sukan SEA selepas Laos 2009. Yuvaarajmengakui ‘Episod Palembang' yang membabitkan dirinya dan rakan-rakannya itu memang memalukan tetapi tidak mahu menyalahkan 100 peratus Yunus. “Saya yakin dia tidak mengambil bahan larangan itu. Jadi, saya sedih mengapa dia saja perlu dikenakan hukuman gantung, sebaliknya pegawai yang memberi suntikan kepadanya terlepas. Sepatutnya, pegawai terbabit juga perlu dikenakan hukuman sama,” katanya. yangmengakui akanmemulangkan emas itu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hujung bulan ini. Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Anthony Samy Silvarajoo berkata pihaknya baru menyerahkan laporan kes Yunus itu kepada IAAF.
31 2012
17 ?? ????? 2012 ??????
MOHD AZIZULHASNI AWANG − Tarikh lahir: 5 Januari 1988 − Asal: Dungun, Terengganu − Pencapaian: Emas pecut Sukan Remaja Asia 2006 Emas keirin Piala Dunia Trek Melbourne 2008, Beijing 2009 dan 2010, Cali 2010 Emas keirin Sukan Asia 2010 MOHAMMED ADIQ HUSAINIE OTHMAN − Tarikh lahir: 29 April 29 1991 − Asal: Terengganu − Pencapaian: Emas Sukma 2008 - Ujian masa individu elit Juara SIC Kencana 2010 Juara lebuhraya Kejuaraan Kebangsaan 2010 Juara litar Tanglin Halt 2011 Juara Peringkat 6 Jelajah Korea 2011 Juara Peringkat 1 Jelajah Brunei 2011 SUKAN≥ 71 ADIQ FATEHAH JOSIAH NG Piala Dunia Trek di Manchester, England Februari tahun lalu, dijangka akan kembali berada pada prestasi terbaiknya di London kali ini. Acara keirin wanita juga menjanjikan harapan menerusi pelumba wanita pertama negara ke Olimpik, Fatehah Mustapa yang hadir dngan reputasi juara keirin Asia selepas memenangi emas di Kejohanan Berbasikal Asia di Kuala Lumpur Februari lalu. Dalam acara pecut pula, pelumba berpengalaman, Josiah Ng diberi kepercayaan untuk mengejutkan jaguhjaguh pecut dunia walaupun pelumba kelahiran Filipina itu lebih banyak merakam kemenangan dalam acara keirin. Bagi acara lebuhraya pula, dua pelumba serba boleh, Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli yang banyak mendapat pendedahan di Australia dan Eropah, diharapmampu berada dalam kelompok terbaik untuk melakukan kejutan di garis penamat pada perlumbaan yang menampilkan ramai pelumba profesional. FATEHAH MUSTAPA − Tarikh lahir: 12 Mac 1989 − Asal: Terengganu − Pencapaian: Emas pecut dan ujian masa individu, pecut berpasukan Sukan Sea 2011 Emas keirin Kejohanan Berbasikal Asia 2012 AMIR MUSTAFA RUSLI − Tarikh lahir: 5 Februari 1987 − Asal: Terengganu − Pencapaian: Juara Peringkat 4 Jelajah Negeri Sembilan 2007 Juara Kriterium Mountbatten Singapura 2009 ATLIT BASIKAL MALAYSIA JOSIAH NG ONN LAM − Tarikh lahir: 2 Februari 1980 − Asal: Manila, Filipina. − Pencapaian: 2006: Gangsa, Piala Dunia UCI Manchester, UK, Tempat ke-2: Piala Dunia UCI, Sydney Australia. Tempat ke-2, Sukan Asia, Doha, Qatar) 2007: Pingat emas, GP Sid Patterson di Melbourne, Australia (pecut) Pingat gangsa GP Sid Patterson di Melbourne, Australia (keiren) 2009: Pingat gangsa Piala Dunia UCI, Australia. 2010: Pingat perak Sukan Asia, Guangzhou, China Pingat emas, Sukan Komanwel New Delhi, India. 2012: Pingat Emas Kejohanan Asia di Kuala Lumpur. Jurang kami dengan pelumba-pelumba lain agak besar tetapi itulah cabaran yang perlu kami hadapi. Kami hanya berdua dan perlu bekerja keras untuk berada dalam kelompok depan. Peluang saya cerah jika dapat melakukan pemecahan dan kekal hingga ke garisan penamat” Adiq Husainie, Pelumba basikal lebuh raya Acara keirin agak sukar, tetapi prestasi saya berada pada tahap terbaik ketika ini. Ini adalah kali pertama saya bertanding dalam acara sebesar ini. Mudah-mudahan, saya boleh berikan persembahan lebih baik daripada persembahan saya di Piala Dunia dan di Kejohanan Asia” Fatehah Mustapa, Pelumba basikal trek − Azizulhasni Awang (trek) − Josiah Ng (trek) − Fatehah Mustapa (trek) − Adiq Husainie (lebuh raya) − Amir Mustafa (lebuh raya) Apa kata atlit 20 JULAI 2012 JUMAAT
201262
Sepintas ?????? Iran kecam dakwaan Netanyahu ?????? Pengeluar kereta tutup kilang Pembantu Hillary Clinton ‘orang' Ikhwanul Muslim » Ahli Kongres Republikan dakwa Huma cuba pengaruh dasar AS Stesen televisyen Iran menolak dakwaan pembabitan negara itu dalam serangan bunuh diri yang menyasarkan pelancong Israel di Bulgaria yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang. Komentar di laman web televisyen itu semalam menyifatkan dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa yang lain sebagai mengarut dan sensasi. Ia menganggap dakwaan Israel itu sebagai cubaan mewujudkan kesangsian terhadap Iran dan sekutunya seperti Syria. Pegawai Israel dan media berkata angka kematian termasuk enam warga Israel dan dua rakyat tempatan. AP Pengeluar utama kereta India, Maruti Suzuki, menutup salah satu daripada dua kilangnya di negara itu selepas rusuhan yang dicetuskan pergaduhan di kalangan buruh mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan berpuluh lagi. Jurucakap syarikat itu, Puneep Dhawan, semalam berkata kilang berkenaan menghentikan pengeluaran malam kelmarin kerana kebakaran disebabkan pekerja yang merusuh. “Kilang itu terbakar di beberapa seksyen. Anda tidak boleh mengeluarkan sebarang kereta,” katanya. AP ?????????? L ima ahli Kongres Republikan termasuk wakil Minnesota, Michele Bachmann menuduh Timbalan Ketua Staff dan pembantu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton, Huma Abedin, 36, seorang Muslim, mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslim. Beliau juga didakwa cuba mempengaruhi ketuanya, Hillary Rodham Clinton mengubah dasar Amerika Syarikat. Bachmann dan empat anggota Kongres lain pertama kali membuat tuduhan terhadap Abedin dalam satu surat kepada Jabatan Negara bulan lalu. Sebagai bukti dakwaan beliau, Bachmann memetik satu artikel Kajian Undang-Undang Universiti Brigham Young menyebut bahawa satu pertubuhan diasaskan bapa Abedin beberapa tahun lalu menerima sokongan daripada sebuah kumpulan yang mempunyai hubungan sejarah dengan Ikhwanul Muslim. Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan bulan lalu selepas Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslim dilantik sebagai presiden baru Mesir, menggesa pemimpin Islam menghormati hak wanita dan mengekalkan keamanan dengan Israel. Ikhwanul Muslim adalah sebuah pergerakan politik Islam diasaskan di Mesir pada 1928 dan penentang kuat beberapa kerajaan Asia Barat yang disokong Amerika Syarikat, terutama Israel dan rejim sekular terdahulu di Mesir dan Tunisia. Bagaimanapun dalammasa beberapa jam, calon presiden Republikan 2008, Senator John McCain mempertahankan kesetiaan Abedin dan reputasi profesional beliau di dewan Senat. “Jarang saya datang ke institusi ini untuk membincangkan individu tertentu,” kata McCain dalam ucapan pembukaannya. “Tetapi saya faham betapa pedih rasanya apabila karektor, reputasi dan patriotisme seseorang diserang tanpa mengambil kira fakta atau keadilan. Ia adalah sebab saya bangkit hari ini untuk bercakap mempertahankan Huma Abedin,” katanya. Abedin dilahirkan di Kalamazoo, Michigan pada 1976 tetapi berpindah bersama keluarganya ke Arab Saudi ketika berusia dua tahun. Bapanya dilahirkan di India ketika pemerintahan British manakala ibunya adalah seorang rakyat Pakistan. AFP/Agensi Saya faham betapa pedih rasanya apabila karektor, reputasi dan patriotisme seseorang diserang tanpa mengambil kira fakta atau keadilan" Michele Bachmann, Ahli Kongres Republikan Hillary Clinton dilaporkan amat menyayangi Huma dan menganggap wanita itu seperti anggota keluarganya sendiri.
?? ????? 2012 ?????? 57 DUNIA ASEAN hampiri penyelesaian Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegtawa (kiri) berbincang dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hor Namhong di Phnom Penh semalam. [FOTO AFP] » Pertubuhan 10 negara nafi terus berbalah Britain runding undur tentera ????? ???? N egara Asia Tenggara hampir bersetuju dengan perjanjian menyelesaikan perbalahan di Laut China Selatan, kata diplomat Indonesia semalam selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai atasan Kemboja. Menteri Luar Indonesia, MartyNatalegawa, mengambil peranan sebagai orang tengah selepas ASEAN gagal mencapai kata sepakat mengenai perbalahan itu pada satu pertemuan di Phnom Penh minggu lalu. “Di sebalik semua perbezaan itu, ASEAN sebenarnya kekal bersatu,” kata Natalegawa kepada wartawan di ibu kota Kemboja itu, persinggahan ketiga usaha mencapai keamanan selepas Hanoi dan Manila kelmarin. Natalegawaberkata, beliau berusaha untuk mengenal pasti kedudukan asas ASEAN di Laut China Selatan yang akan menghilangkan anggapan pertubuhan 10 negara anggota itu sudah berpecah. “Kami sekarang di ambang mencapai persetujua n , ” k a t a Natalegawa. M e n t e r i L u a r Kemb o j a , H o r Namhong, yang kini mendapat giliran memegang jawatan pengerusiASEAN, memberitahu wartawan beliau berharap dapat mengumumkan kedudukan blok itu esok, yang tergantung sementara menantikan kelulusan semua menteri luar ASEAN. China mendakwa memiliki hampir semua laut yang kaya sumber itu menjadi lokasi laluan perkapalan pent ing, tetapi anggota ASEAN Filipina, Vietnam, Mal a y s i a d a n Brunei turut m e n u n t u t hak masingmasing di kawasan itu. Perbalahan negara anggota dengan Beijing menghalang ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama pada akhir pertemuan Jumaat lalu. AFP ????? Perdana Menteri Britain, David Cameron, mengadakan rundingan di ibu negara Afghanistan semalam dengan Presiden Hamid Karzai dan Perdana Menteri Pakistan,RajazPervez Ashraf, kata pegawai. Pertemuan pertama antara ketiga-tiga pemimpin berlangsung ketika Britain, bersama sekutunya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersiap sedia mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang akhir tahun 2014. “Pertemuan bertumpu kepada hubungan tiga pihak, keselamatan serantau, kempen memerangi keganasan dan proses damai Afghanistan,” kata jurucakap Karzai, Siamak Herawi, kepada AFP. Hubungan antara Afghanistan dan Pakistan tegang berikutan saling tidak mempercayai dan saling menyalahkan sesama sendiri kerana keganasan Taliban di kedua-dua negara. Kabul meminta Islamabad membantu menjadi orang tengah mencapai perjanjian damai dengan Taliban, yang pemimpinnya mempunyai hubungan rapat dengan Pakistan, tetapi militia berkata ia memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat dan enggan berunding dengan kerajaan Karzai. Cameron juga dijangka menandatangani perjanjian membina akademi latihan pegawai seperti Sandhurst di Britain ketika tentera Afghanistan mengambil alih tanggungjawab memerangi Taliban. AFP Kami sekarang di ambang mencapai persetujuan” Marty Natalegawa Menteri Luar Indonesia ISU LAUT CHINA SELATAN
Air mentah di semua empangan di Selangor penuh, tetapi air yang dirawat susut dan berkurang. Umpama tepung gandum banyak, tetapi roti tak ada. Salah siapa ya? - [LANGTEN:BHA11643] Akhirnya mak cik Saadiah Abdullah (balu anggota polis di Gerik), selesa dengan rumah barunya. Teman tumpang gembira mendengarnya. Alhamdulillah! - [YOPKIDAI:BHA03407] Sayangilah kedua-dua ibu bapa selagi mereka masih ada. Buat yang tiada, hanya doa yang dapat dikirimkan moga rohnya aman di sana. Mak, abah, akak amat merindui kalian. - [LIEZARA:BHA36337] Semua sekolah termasuk sekolah KAFA wajib ada telefon awam yang berfungsi untuk memudahkan pelajar yang sakit, tertinggal bas dan pelbagai masalah tak diduga. - [HEART:BHA02217] Kementerian Pelajaran beri perhatian serius terhadap kebenaran pelajar membawa telefon ke sekolah! Harap bertindak ikut rasional dan bukan atas desakan mana-mana pihak. - [JDOY:BHA32217] Salam. Sebagai menghormati kedatangan Ramadan alMubarak, teman menghentikan sementara segala aktiviti teman di ruangan ini. Selamat berpuasa. Terima kasih. [YOPKIDAI:BHA03407] Salam Ramadan al-Mubarak buat pembaca setia BH. Jalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan ketakwaan. Moga ibadah kita diterima Allah. - [UMMI71:BHA18123] Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak buat semua rakan BH. Sucikanlah diri kita semua dan buangkan sikap yang tidak baik agar puasa kita mendapat keberkatan. [JALAKLENTENG61:BHA29914] Ramadan di Malaysia pasti meriah dengan pelbagai menu dan juadah istimewa, umpama pesta makanan pula. Bersederhanalah ketika berbuka kerana membazir itu amalan syaitan. - [JOGOK656:BHA27332] Andai benar Ghaddar melakukan provokasi. Pemain Selangor tidak perlu guna tangan untuk membalas. [MARWAN88:BHA24522] Isu Ghaddar dan pemain Selangor. Kredibiliti FAM teruji lagi kerana apa juga keputusannya nanti bakal mengundang pro dan kontra antara kedua-dua pasukan. - [JOGOK656:BHA27332] Walaupun kawe menghormati permainan Negeri Sembilan tetapi rasanya semangat anda untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, mungkin lebur separuh jalan. Punah jang! - [YOPKIDAI:BHA03407] Selaku juara Liga Super, pasukan Kelantan harus mempamerkan yang terbaik ketika berdepan kelab QPR. Janganlah sampai mengalami nasib yang sama dengan Sabah. - [JALAKLENTENG61:BHA29914] Satu murid satu sukan, sukan di sekolah hidup atau aktif sepanjang tahun banyak bergantung prasarana sukan di sekolah dan guru sukan mencukupi. - [RUFFEY:BHA20234] Biasanya puak minoriti kena akur kehendak majoriti. Tapi Melayu memang hebat. Walaupun majoriti masih ikut telunjuk minoriti. Renungkanlah saudaraku. - [KENPACHI81:BHA32509] Kesal bila saluran radio Ikim. fm tidak jelas didengari. Inilah satu-satunya radio yang benarbenar mendidik jiwa. Mohon dipertingkatkan kualitinya. - [FIKIRLAH:BHA17759] ‘Opsyen' atau pilihan sepatutnya diberi kepada pencarum sama ada ingin mengeluarkan semua caruman pada usia 55 atau 60 tahun. - [JOGOK656:BHA27332] Harap Majlis Daerah Perak Tengah beri perhatian terhadap simpang di hadapan BSN yang agak berbahaya serta simpang lain di Bandar Seri Iskandar! - [JDOY:BHA32217] Kenapa anggota Balai Polis Gerik tidak tangkap orang dewasa yang membelasah seorang pelajar OKU di Kampung Tanjung Kala. Laporan polis sudah dibuat. - [NAS62:BHA36384] ⇨ ⇨ ⇨ ⇨ BH Daftar (Nama Gelaran) (No MyKad) SMS ke 32728 Komen disiarkan dalam ruangan ini adalah pandangan peribadi pembaca Berita Harian dan r@kanBH bukan menggambarkan pandangan akhbar ini BH Komen (Komen Anda) SMS ke 32728 BH Lapor (Keterangan Gambar) atau BH Komen (Keterangan Gambar) MMS ke mms@dapat.com Pastikan anda sudah aktifan MMS. Taip: ON BH MMS dan hantar ke 32728 CARA DAFTAR (Sekali Sahaja) CARA HANTAR KOMEN CARA KOMEN MMS 1 2 3 R@kan BH Ikuti dalam Penduduk Kota Bayuemas Klang patut menjadi contoh kerana mengamalkan slogan Jiran Sepakat Membawa Berkat ketika mengadakan majlis bagi merapatkan hubungan menjelang Ramadan. - [AWIBAYU:BHA15302] Shariman Md Lazim dan pasangannya, Norafidah Ibrahim bergambar kenangan bersama ahli keluarga ketika majlis perkahwinan mereka, baru-baru ini. Semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat. 20 JULAI 2012 − JUMAAT NASIONAL≥ 47 ≤ Bancian pendapat Wajarkah rakyat Malaysia menghantar terus bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengemukakan aduan rasmi berkaitan isu skuad B-22 Myanmar menggunakan pemain lebih umur pada Kelayakan Piala Asia B-22 di Yangon? A. Setuju B. Tidak ⇨ Taip BH Undi A atau BH Undi B dan hantar ke Dapat (32728) ⇨ Harga: Setiap SMS dihantar 15 sen, setiap SMS diterima 50 sen. ⇨ Undian dari 9 Julai 2012 hingga 22 Julai 2012 Keputusan undian terkini −Interaktif JUMLAH R@KANBH TERKINI 6 R@KANBH TERBARU 36,447 [IHSAN82: BHA36368] [APIT83: BHA36365] [MOLLEK1205: BHA36366] [ADIEB98: BHA36363] [KAUM1MALAYSIA: BHA36367] [DEGAWANCITY: BHA36364] s Laman web ≤ www.bharian.com.my ≤ www.bharian.com.my/m ≤ www.facebook.com/bhonline ≤ www.twitter.com/bharianmy ≤ www.youtube.com/BHonline1 ≤ rakanbh.bharian.com.my SMS-Alert Ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini? Langgani hari ini dengan menghantar SMS: Q Perkhidmatan SMS Alert dicaj RM5 sebulan. Anda akan menerima kirakira 5 SMS sehari Taip: ON BH Hantar: 26787 (Celcom, Maxis) 86% 14%
Ramai penunggang dan pembonceng motosikal tidak menggunakan topi keledar di pekan Ayer Tawar, Perak. Mana pemantauan pihak berkuasa? Likia, Ayer Tawar, Perak. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung mengu capkan terima kasih atas aduan ini. Balai Polis Ayer Tawar memang ada menerima aduan orang ramai mengenai ramai pe nunggang dan pembonceng moto sikal tidak memakai topi keledar. Polis sudah melakukan operasi dan sekatan jalan raya seawal jam 6 pagi selama dua hari mulai 12 Julai lalu di beberapa kawasan strategik dan persimpangan di pekan itu bagi mengambil tinda kan undangundang, selain mena sihati orang ramai supaya mema tuhi peraturan jalan raya. Operasi ini akan dijalankan dari semasa ke semasa hingga penunggang dan pembonceng motosikal sedar mengenai kepen tingan memakai topi keledar bagi menjaga keselamatan. Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Apakah perancangan yang mahu dilakukan Uni versiti Sultan Zainal Abi din (UniSZA) terhadap 80 hektar tanah pertanian yang diberi Kera jaan Terengganu. Johanna Abdul Rahim Kuala Terengganu Sebenar nya 12 hek tar daripa da tanah yang dibe ri kerajaan negeri kepada Fakulti Perta nian UniSZA itu su dah siap dipasang pa gar untuk tujuan pertanian, penternakan dan bioteknologi. Kerajaan memberikan tanah di Pasir Akar Hulu Besut kepada UniSZA menjalankan aktiviti penye lidikan membabitkan sektor berke naan. Kawasan itu sudah ditanam rumput dan boleh digunakan untuk tujuan penternakan dan pertanian. Usaha ini membuka peluang pela jar dan komuniti di kawasan itu menambah pengetahuan dalam pertanian moden bagi meningkat dan menambahkan hasil sektor berkenaan. Selain itu, pelba gai kaedah per tanian moden da lam bidang ter nakan dan bio teknologi akan dapat diperkem bangkan untuk dimanfaatkan penduduk dan UniSZA sendiri. Untuk peranca ngan jangka panjang yang lebih baik, UniSZA akan menubuhkan beberapa pusat kajian berasaskan pertanian integrasi se perti Pusat Biak Baka, Pusat Puyuh dan Pusat Pemuliharaan Herba. Datuk Dr Prof Alias Daud Naib Canselor UniSZA NASIONAL≥ 49 20 JULAI 2012 − JUMAAT Khidmat Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang mekanik, Mohd Zainal Zulkifli, 30, bagi membantu siasatan kes samun ibu Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pada 11 Julai lalu. Mereka yang mengetahui atau mengenali Mohd Zainal yang tinggal di Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. Tanah untuk tujuan pertanian, penternakan Adakah pengangkutan awammembantu memudahkan pergerakan anda ke sesuatu destinasi dan apakah cadangan untuk meningkatkan tahap dan imej pengangkutan awam yang ada sekarang? Fasiihah Samsudin - selalu naik bas, nak cadangkan buat satu lane khas untuk bas untuk elak kesesakan dan lambat sampai ke destinasi - xpuas hati... kenderaan awam di jalan TELUK INTAN- SABAK BERNAM sangat mengecewakan... menyusahkan warga emas untuk keluar ke pekan... Aimz Zaza Wilcha OKU terpinggir...OKU kena ada pengangkutan sendiri... pengangkutan awam untuk org normal je... Aci RoMy - perkhidmatan bas di Kota Kinabalu teruk sgt..ramai pemandu tak berdisiplin...suka memotong kiri (laluan kecemasan) membahayakan penumpang dan juga pengguna jln raya lain..minta pihak berkuasa lebih giatkan lagi pemantauan terhadap pemandu2 bas di Kota Kinabalu ini... Shahrul Faizal Jamaludin - kat Banting ni dah takde langsung pengangkutan bas menuju ke pekan2 kecil. 5 tahun yg lepas ada pulak. Kat sini kalau nak pi pekan naik teksi, kena tunggu 3+ jam. Kesian kat warga tua dan budak sekolah. Saiful Anuar Jamaludin - lagi tak memuaskan. Perkhidmatan bas dr banting - Tg Sepat sudah dihentikan. Walaupun teksi banyak, tapi hujung minggu nak pergi ke mana2, dr perjalanan tak sampai 1 jam jadi 4-5 jam. Semua teksi penuh. Ini dah menyusahkan org ramai. Semoga pihak berwajib memandang serius hal ini Adil Amin - bas mini di Kota Kinabalu teruk, dah lah tak ada aircond sesak berhimpit mcm ikan sardin. Muhamad Amin Kalau semua terminal bas diubahsuai Terminal Bersepadu Selatan lebih bagus... Bersistematik.. Nakamichi Izanami - kebanyakan bas hampir expired... Hisamuddin Abd Jalil - Pasal pengangkutan awam memperlambatkan kerja saya, saya terpaksa mengikat perut utk memiliki kenderaan sendiri... Mohamed Munzir Sistem pengangkutan kita masih jauh ketinggalan berbanding UK khususnya London,Eropah dan Jepun. Roy Lut Farid Shah - so far LRT STAR/ PUTRA/ MONOREL ok lah....cuma waktu kemuncak aje yg tension sikit...macam sardin rebut2...kan elok kalau ada staf monitor penumpang untuk Q ;) Ops tingkat kesedaran guna topi keledar Orang ramai yang ingin mencari kenalan lama, keluarga yang terpisah, agensi penguat kuasa yang ingin mencari saksi bagi penyelesaian kes dan perkara yang berkaitan dengannya supaya menghantar maklumat menerusi e-mel kepada suarakomuniti@bharian.com.my. Bantu siasatan kes samun Mohd Zainal UniSZA akan menubuhkan beberapa pusat kajian berasaskan pertanian integrasi. [GAMBAR HIASAN] Polis sudah melakukan operasi dan sekatan jalan raya seawal jam 6 pagi selama dua hari mulai 12 Julai lalu”
?????? ?? ????? 2012 5
51 ?? ????? 2012 ?????? LANGGANI SEKARANG! Lebih pakej langganan di http://subscription.nstp.com.my B. PILIH CARA PEMBAYARAN: Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Disertakan sekali bayaran berjumlah RM........................................................................................................................... yang dibayar kepada The New Straits Times Press (M) Berhad. *Cara Pembayaran: Tunai: No. Resit:: .............................................. Cek / Wang Pos No.: ........................................................ Untuk langganan menggunakan Kad Kredit sila layari: http://subscription.nstp.com.my Tandatangan: ................................................. Tarikh: ................................ *Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan): ................................................................................. *No Kad Pengenalan Baru/No Passport: ........................................................ Jantina: Lelaki Perempuan Status Perkahwinan: Bujang Berkahwin *Alamat (P.O Box tidak diterima): ................................................................................................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................................................................................................................................................... Poskod: ........................................... Negeri: ............................................ Negara: ............................................... Emel: .......................................................................... *No. Telefon: Rumah: ................................................. Pejabat: ......................................................... HP: .......................................................... Fax: ........................................... Pekerjaan: Profesional Pengurusan Kanan Pengurus Eksekutif Perkeranian Usahawan / Bekerja Sendiri Pelajar Surirumah Pencen Lain-lain (Sila nyatakan)...................................... Umur: 15-19 tahun 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 50 tahun dan ke atas Pendapatan Tahunan: RM30,000 ke bawah RM30,001 - RM60,000 RM 60,001 - RM 100,000 RM100,000 ke atas C. BUTIRAN LANGGANAN SAYA: Adakah anda pelanggan bagi mana-mana New Straits Times / New Sunday Times BH / BH Ahad Harian Metro / Metro Ahad akhbar yang dinyatakan di sini? Sinar Harian / Sinar AhadThe Star / Sunday Star Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia Kosmo / Kosmo Ahad JIKA ‘YA', Saya membayar kos langganan kepada: Vendor Suratkhabar:..................................................... Penerbit Suratkhabar Saya ingin menerima maklumat/maklumat terkini daripada The New Straits Times Press (M) Bhd dari masa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada berita terkini dan/ atau promosi terkini mengenai The New Straits Times Press (M) Bhd dan/atau kumpulan syarikat berkaitan dengannya. TERMA DAN SYARAT ? ??????? ??? ????? ??? ?????? ???? ????????? ???? ??????? ? ???? ???? ?????? ? ???????????? ?????? ????? ???? ?? ???? ??????? dari tarikh permohonan ini diterima. ? ??????? ????????? ??? ?????? ??? ????????? ?????? ??????? ??? ??????aan vendor penghantaran yang meliputi kawasan tersebut. Promosi ini tidak termasuk kos penghantaran. Segala kos penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan dan perlu di bayar secara terus kepada vendor. ? ???? ???? ????? ??????????? ??????? ????????? ?? ?????? ???????????? (6787) atau email ke subscribe@nstp.com.my.Atau layari http://www. subscription.nstp.com.my ? ??? ??????? ?????? ??? ??? ??????? ?? ?? ????? ? ? ??????, 31 Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur, Malaysia dan sila nyatakan “Unit Langganan, Jabatan Pengedaran” di belakang cek. ? ?????? ????????? ????? ???? ????????? ????? ?????????? ??? ?????? ??? New Straits Times Press (M) Bhd untuk mengambil, mengumpul, mengguna dan/atau mendedahkan data di atas berkenaan langganan pakej tersebut. ? ?????? ????????????????????????????? ? ????? ????? ??? ?????? ???? ????? terperinci. A. MAKLUMAT LANGGANAN B. BUTIRAN PERIBADI (*Ruangan wajib diisi): Ya! Saya ingin melanggan Pakej Edisi Akhbar + Edisi Digital BH. RM370 Pakej 12 bulan RM568 Hargabiasa: P e n j i m a t a n 3 5 % s e h i n g g a AHAD
?????? ?? ????? 2012 30 NASIONAL » Sejajar status Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020 ???? ???????? ????? ?? ????? bhnews@bharian.com.my ???? ????? S asaran Melaka bebas daripada penggunaan plastik pada masa depan akan berjaya jika rakyat menyokong kempen tanpa beg plastik ketika membeli-belah. Satu daripada usaha boleh dilaksanakan adalah dengan menyokong kempen “Melaka Tanpa Beg Plastik” yang diperluaskan daripada konsep Hari Tanpa Beg Plastik. Cadangan itu dikemukakan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Melaka (SKPPM) yang disertai 20 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sini, semalam. Pengarah SKPPM, Khairul Athiyah Roslan, berkata larangan penggunaan beg plastik ketika ini hanya dilaksanakan pada Sabtu. Kempen tidak berkesan Katanya, kempen itu belum cukup memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengamalkannya setiap hari. “Jika cadangan kami ini diterima, tidak mustahil Melaka mampu muncul negeri pertama yang melaksanakannya secara menyeluruh selari dengan wawasan kerajaan negeri mencapai status Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutupan program itu yang disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, DatukWira Othman Muhamad. SKPPM dianjurkan MPP Universiti Multimedia dan Bahagian Institut Pengajian Tinggi Jabatan Ketua Menteri di Auditorium Yayasan Melaka, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Sempena program itu, turut diadakan sesi perbincangan antara ahli MPP dengan tiga panel jemputan iaitu bekas Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Akbar Ali; Penolong Setiausaha Unit Kerajaan Tempatan, Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim dan Pengurus Tadbir dan Operasi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Zawawi Mat Kahar. Warga Melaka perlu henti guna beg plastik Puasa esok Kakitangan JAKIM membetulkan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadan di Putrajaya semalam. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi mengumumkan umat Islam mula berpuasa esok. [FOTO FARIZ ISWANDI ISMAIL/BH]
?????? ?? ????? 2012 8 NASIONAL Tender LRT tiada campur tangan PM » Tuduhan beri projek kepada pihak tertentu tidak berasas ????? ?????? D akwaan yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam pemberian projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang adalah tidak berasas. Sebaliknya, kerajaan masih dalam proses melaksanakan kajian usaha wajar projek bernilai berbilion ringgit itu, kata Pengurus Media Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA), Azhar Ghazali. “Sebagai Pengerusi bagi pemberian tender melebihi RM300 juta, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkewajipan menimbangkan semua cadangan dan memutuskan bersama dengan ahli jawatankuasa mengenai pemberian projek itu atau mendapatkan lebih banyak penjelasan jika perlu daripada tender berkenaan. Salah tafsir “Tidak adil menyalah tafsir proses yang wajar dengan menggunakan istilah seperti campur tangan sedangkan jawatankuasa itu diberikan kuasa membuat keputusan yang perlu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. PRASARANA, pengendali dan pemilik aset projek lanjutan Laluan LRT itu menyuarakan kebimbangan mengenai kenyataan yang dibuat media pelbagai pihak yang mengatakan kerajaan mengganggu proses pemberian kontrak lanjutan LRT laluan Ampang itu. Sambil menganggap dakwaan itu tidak adil, Azhar berkata, setakat ini tiada keputusanmuktamad dibuat mengenai pemberian kontrak itu. Pengumuman rasmi “Pengumuman rasmi pemberian projek itu akan dibuat Kementerian Kewangan apabila semua perkara berhubung kontrak itu dipertimbang dan dikaji,” katanya. PRASARANA yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, berkata proses penilaian tender, cadangan dan pemberian projek adalah prerogatif kementerian. Dalam proses penilaian tender, kecekapan teknikal setiap penender dikaji, manakala pemerhatian direkodkan sekiranya ada kelemahan yang didapati dalam penyerahan tender. Azhar berkata, proses pemberian kontrak itu tidak semestinya selesai dalam satu sesi perbincangan kerana ada kalanya penjelasan perlu diperoleh untuk memastikan semua perspektif diberi pertimbangan sewajarnya. Pada peringkat ini, katanya, kerajaan akan meneliti semua cadangan dibuat dan akan mendapatkan penjelasan selanjutnya. Pembida projek Kelmarin, syarikat kejuruteraan, George Kent (M) Bhd, menafikan menerima sebarang petanda mengenai pemberian projek Ampang bernilai RM960 juta itu. Konsortium George Kent yang membida bagi projek itu juga merangkumi China Railway Construction Corp dan Tewet GmbH, sebuah firma perundingan projek. Turut membida projek itu ialah konsortium Invensys-Balfour Beatty Rail-Ingress, kumpulan Posco-Sojitz-Daewoo International-Thales, Colas-CMC Engineering-Thales, Samsung-LG-Thales, SNC Lavalin-WW Engineering-Bombardier, SiemensScomi Engineering dan AnsaldoEmrail-Leighton. Najib hadiah jubah kepada imam ???????? Seramai 14,254 imam dan 138,746 ahli jawatankuasa masjid dan surau ditauliahkan solat Jumaat dihadiahkan kain bermutu tinggi pilihan Datuk Seri Najib Razak, untuk dibuat jubah. Selain itu, setiap masjid dan surau berkenaan turut menerima pemberian masing-masing 10 kilogram kurma dan air zam zam. Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri kepada wakil setiap negeri pada Majlis Perhimpunan PerdanaWargaImam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, semalam. “Sebab kita sudah sampaikan awal, saya berharap tok imam pakailah ( jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti,” katanya yang turut terharu dengan ucapan Imam Besar Masjid Zahir, Alor Setar, Roslan Abdul Halim. Dalam ucapannya, Roslan yang juga penerima Anugerah Tokoh Imam Kebangsaan 2011 menyatakan sokongan padu kepada kerajaan yang disifatkan begitu prihatin dengan kebajikan imam dan jawatankuasa masjid dan surau. Najib turut mengumumkan bilangan imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dinaikkan kepada 400 orang tahun ini, berbanding 111 tahun lalu. “Apabila saya tanya tok imam, baru saya dapat tahu ada yang tiada simpanan dalam Tabung Haji, ada yang sikit sangat RM100 RM200, ada yang tidak ingat banyak mana simpanan... sedih saya dengar. Sebab itulah tahun ini kita naikkan kepada 200 imam dan 200 ketua kampung. “Insya-Allah, kita akan teruskan program ini supaya semua imam berpeluang untuk menunaikan ibadat haji jika mereka tidak ada kemampuan berbuat demikian. Inilah komitmen kita,” katanya. Sambil menegaskan kebajikan imam yang menjadi nadi dan tunjang perkembangan syiar Islam sentiasa diberi perhatian, Najib berkata, amat penting untuk mereka ‘bergerak sederap bahu-membahu' dengan kerajaan untuk membantu negara mencapai Wawasan 2020. oleh golongan munafik yang khianat dan dengki untuk memfitnah serta merosakkan hubungan sesama umat Islam. Justeru, kerajaan sentiasa beristiqamah dan konsisten dalam perjuangan dengan berpegang kepada syariat Islam berdasarkan landasan dan prinsip maqasid syariah yang mengandungi lima perkara, iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta benda. “Agama mesti dibela. Akidah dan akhlak mesti dijaga. Syiar Islam mesti dikembangkan. Sesiapa yang mengancam akidah dan akhlak Islam, wajib kita tentang. “Lesbian, homoseksual dan pluralisme wajib kita tentang habis-habisan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama Perdana Menteri bertema ‘Masjid Diimarah, Imam Ditransformasi,' di sini, semalam yang dihadiri 11,000 imam dan ahli jawatankuasa masjid. Konsep tahaluf siyasi Najib berkata, sejak merdeka Malaysia aman dan semakin maju, manakala martabat dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan amat tinggi kerana kerajaan memenuhi tuntutan agama dengan mengamalkan konsep tahaluf siyasi, iaitu kerjasama dan integrasi yang digabungkan pendekatan wasatiyyah serta berjuang atas landasan maqasid syariah. Katanya, program transformasi bertepatan dengan firman Allah SWT mengenai islah, iaitu pembaharuan besar, malah jika proses islah dalam bidang ekonomi diteruskan, Malaysia mungkin menjadi negara Islam pertama dimartabatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Beliau turut menekankan pentingnya menjadi golongan muslihun yang mendahulukan perpaduan berasaskan keharmonian kaum dan agama, bukan mufsidun yang merosak dan memecah-belahkan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam, termasuk demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah. “Saya berusaha melalui saluran tertentu secara tertutup sebab ada hubungan rapat dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi), dan menyampaikan laporan sebenar kerana khuatir ribuan yang sudah membuat tempahan tidak dapat menunaikan haji angkara demonstrasi itu. “Alhamdulillah, ia dapat meyakinkan Kerajaan Arab Saudi,” katanya. Sebab kita sudah sampaikan awal, saya berharap tok imam pakailah kain baru ini pada 1 Syawal nanti” Najib Razak, Perdana Menteri Sebahagian hadirin Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara di Serdang, semalam. [FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD/BH] Kerajaan istiqamah pertahan 5 perkara ???? ???? ?
− Harga: Tidak dinyatakan − Terbitan: Jabatan Penerangan Malaysia − Halaman: 563 − Penilaian: ★★★★★ ≤ MPH 15 Julai 2012 Bukan Cereka − Doktor Umum - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Tun Dr Mahathir Mohamad − Tuhan Sedang Menguji Kita oleh Kazim Elias − Dulu Pencuci Kini Pengurus oleh Mohd Rafi Jalaluddin − Rahsia Simbol Yahudi: Membongkar Rahsia Simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar...oleh Ibnu Yaacob − Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman Cereka − Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik oleh Farisha Imani − Sebenarnya, Saya Isteri Dia oleh Zura Asyfar − Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniyah − Cinta High Class oleh Fatimah Sharya & Dr Farhan Hadi − Musuhku Suamiku oleh Zuera Rasiddin Sumber: MPH Midvalley Megamall,www.mphonline.com ≤ POPULAR 15 Julai 2012 Bukan Cereka − 1 Hari 1 Resipi: 365 Resipi Istimewa oleh Chef Hanieliza − Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa oleh Azhar Idrus − Art of Deception oleh Jerry D Gray − Tuhan Sedang Menguji Kita oleh Kazim Elias − Doktor Umum - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Cereka − Takdir Itu Milik Aku oleh Siti Rosmizah − Suami Aku Tak Romantik Tapi Autistik oleh Farisha Imani − Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniya − Aku Untukmu oleh Tulip Ungu − Hello, Mr Perfect! oleh Waniey Zakaria Sumber: Popular Book Co Sdn Bhd,www.popular.com.my 7 Hari Mencintaiku Oleh Latifah Arifin latifah@bharian.com.my N OVEL 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah pasti menepati cita rasa pembaca yang gemar kisah cinta yang bukan saja meruntun emosi, bahkan me ngundang linangan air mata yang ditonjolkan secara kemasmenerusi gaya penceritaan dan dialog ber kesan. Novel yang jualannya melebihi 50,000 naskhah itu turut terpilih sebagai calon akhir Anugerah Pilihan Pembaca PopularBerita Harian (BH) 2012. Serasi dengan tema cinta, Siti Rosmizah pernah mencetuskan fenomena tersendiri apabila tiga karya awalnya, iaitu Andai Itu Takdirnya, Cinta Kau dan Aku dan Lafazkan Kalimah Cintamu menda pat sambutan yang amat mengga lakkan. Pemilihan tajuk novel itu saja cukup memberi tanda tanya kepada pembaca yang pastinya gagal mencari jawapan mengenai kaitan di antara judulnya dengan jalan cerita, sekiranya tidak mem baca karya setebal 1,048 halaman » Kisah cinta meruntun emosi, linangan air mata ≤ SIRAH Srikandi yang Benar Srikandi-srikandi yang Benar tulisan Zahiruddin Zabidi menghimpunkan kisah tiga srikandi Islam tersohor, ibu kepada Rasulullah SAW, Aminah Abdul Wahab; puteri Baginda, Fatimah dan tokoh sufi, Rabiatul Adawiyah yang menyuntik kesedaran luar biasa tentang perjuangan dan kekuatan wanita. Aminah, wanita Quraisy yang tinggi status kedudukan dan keturunan yang diketahui sangat luhur hatinya bertemu jodoh dengan lelaki Quraisy yang setaraf Abdullah bin Abdul Mutalib tetapi takdirnya mereka meninggal dunia pada usia muda. ≤ NOVEL Uda dan Dara Uda dan Dara novel tulisan Aisha Sofea ialah novel cinta tipikal tentang perebutan kasih sayang dan cinta terhadap seorang lelaki apabila mengangkat kisah Siti Mariam masih mencintai Izzat Hilman yang pernah bertakhta di hati. Pada zaman remajanya, saiz badan yang gemuk menjadi bahan ejekan lelaki tetapi apabila meningkat dewasa, Siti Mariam kurus dan langsing sehingga si jejaka pula yang menagih cinta. ≤ KOLEKSI CERPEN Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menghimpunkan 53 rencana Buku Pilihan Laris di Pasaran − Harga: RM38 − Terbitan: PTS Litera Utama Sdn Bhd − Halaman: 464 − Penilaian: ★★★★★ − Harga: RM22 − Terbitan: Alaf 21 − Halaman: 547 − Penilaian: ★★★ akhbar tulisan mantan Perdana Menteri Pertama itu, sekali gus menjadi rakaman penting sudut pandang Tunku tentang pelbagai isu dan peristiwa pada era kebangkitan nasionalisme, kejatuhan imperialisme dan perkembangan di Asia Tenggara pada zamannya. serba mewah terpaksa berdepan situasi sukar apabila keluarganya diisytiharkan muflis akibat ditipu tunangnya sendiri, Khalil. Satu demi satu ujian datang menimpa Mia Ad riana apabila ayah nya pula meninggal dunia dan membuat permintaan terak hir supaya Mia berkahwin dengan pemuda yang bera sal dari kampung bernama Khuzairi. Bagaimanapun, Mia Adriana yang tidak mempunyai pilihan lain, ter paksa mengahwini Khuzairi yang sering menjadi mangsa kemarahan, cacian dan kejiannya. Padamasa sama, Khuzairi yang sejak di bangku sekolah menyim pan rasa cinta Mia Adriana tetap melayan isterinya itu dengan baik walaupun mendapat tentangan kuat daripada ibu tirinya. Konflik bertambah hebat dengan kehadiran Khalil yang cuba memenangi hati Mia Adriana dan pada masa sama, gadis kampung bernama Syakila yang sudah lama menaruh cinta terhadap Khuzairi mula memasang pancingnya. Sejauh manakah cinta Mia Adriana dan Khuzairi akan terus bertaut, adakah hanya bertahan selama tujuh hari saja? Persoalan ini selayaknya ditinggalkan kepada pembaca untuk menilai sendiri 7 Hari Mencintaiku. ini sehingga penghujungnya. Mungkin pengikut setia karya Siti Rosmizah akan cuba memban dingkan karya Tujuh Hari Mencintaiku dengan novelnya sebelum ini yang menggunakan formula hampir sama, iaitu kisah kahwin paksa pada pengenalan cerita. Baga imanapun, novel ini berbeza kerana kreativit i penulis mengadun jalan cerita dengan memasukkan elemen kekeluargaan, konflik dan pelbagai tragedi di sebalik isu perkahwi nan paksa itu, sekali gus berjaya menerbit minat pembaca untuk melayari karya ini. Kelebihan 7 Hari Mencintaiku banyak bergantung kepada pemi lihan dialog berkesan yang disam paikan secara ringkas dan bersesu aian dengan jalan ceritanya. Di samping membuai emosi pembaca, Siti Rosmizah tidak ketinggalan menyelitkan elemen jenaka dan kehadiran beberapa watak pembantu pula menjadi penguat kepada cerita. Malah, novel terbitan SR Publi cation ini juga sarat nilai kemanu siaan dan pengajaran yang dapat diteladani, terutama sikap watak utamanya, Mia Adriana yang bongkak, ego dan sombong kerana kekayaan yang dimilikinya. 7 Hari Mencintaiku berkisar kehi dupan gadis bernamaMia Adriana yang membesar dalam keadaan Penulis: Siti Rosmizah Penerbit: SR Publication Halaman: 1048 halaman Harga: RM 32.90 Bintang: ★★★ 7 HARI MENCINTAIKU 20 JULAI 2012 − JUMAAT SASTERA≥ 53 SitiRosmizah Semail anak kelahi ran Kuala Lumpur dan berker jaya sebagai peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008. Novel sulungnya b e r j u d u l Andai Itu T a k d i r n y a yang ter bitkan oleh Buku Prima pada April 2008 berjaya men dapat sambutan men g g a l a k k a n , sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anuge rah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian (BH) 2009. Beliau yang juga novelis edisi Eksklusif Popular itu, kini sibuk mempromosikan buah tangan terbarunya Takdir Itu Milik Aku, terbitan SR Publication yang ter jual lebih 5,000 naskhah sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Anta rabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012, April lalu.
?? ????? 2012 ?????? 63 SUKAN Rajamani ‘ratu olahraga' » Bersara selepas disambar petir ???? ???? ?????? ??????? mfitrie@bharian.com.my K alau Datuk Dr M Jegathesan digelar ‘raja olahraga', Datuk M Rajamani pula bergelar ‘ratu olahraga'. Mengimbau pembabitan Rajamani dalam sukan olahraga, anak jati Tapah, Perak ini mula berjinak-jinak dalam sukan olahraga seawal usia 10 tahun selepas terpilih mewakili sekolah selaku pelari terakhir dalam acara berganti-ganti. Ketika di pertandingan itu, Rajamani berjaya menewaskan peserta lebihberpengalamandanbermula daripada kejayaan itu beliau mula serius dalam sukan olahraga. Menjangkau usia 18 tahun, beliau dilatih R Suppiah dan mula menyertai pertandingan olahraga, Terbuka Malaya dan berjaya mempamerkan aksi cukup membanggakan. Dalam masa sama, bekas guru itu semakin mempamerkan ‘taring' sebenar apabila mendominasi Sukan SEAP 1965 di Kuala Lumpur dengan memenangi empat pingat emas dalam acara 100 meter (m), 200m, 400m dan 4x400m sekali gus melayakkannya diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan. Sebelum itu pada Sukan SEAP 1959 di Bangkok, beliau membuktikan kehebatannya sebagai ratu olahraga di peringkat Asia apabila memenangi pingat emas dalam acara 400m, 800m, 4x100m dan tempat kedua dalam 200m. Bagaimanapun, tahun 1968 menjadi detik paling diingati apabila beliau terpaksa menamatkan perjalanan cemerlang lebih awal apabila disambar petir ketika menjalani latihan. Ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Rajamani pengsan dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur namun pelatih polis, PN Govindan pula meninggal dunia. INFO Rajamani Mailvaganam Tarikh Lahir: 10 November 1943 Tempat: Tapah, Perak Suami: M Rajalingam Anak: Preema Geetha, Gouri dan Vishnu. Pencapaian - 1964: Emas 100m, 200m, 400m dan 800m (Terbuka Perak), Emas 400m dan perak 800m (Terbuka Singapura) Emas 200m, 400m dan 800m (Terbuka Kebangsaan), layak ke Sukan Olimpik, Tokyo; 1965: Emas 200m, 400m, 800m, 4x100m (Sukan SEAP Kuala Lumpur), Emas 200m, 800m (MAAU All-Comers), Emas 100m, 200m, 400m (Terbuka Perak); 1966: Emas 400m dan gangsa 4x100m (Sukan Asia Bangkok), Wakili Malaysia di Sukan Komanwel, Kingston, Jamaica; 1967: Emas 400m, 800m & 4x100m (Sukan SEAP), Emas 100m, 200m, 400m dan 800m (Terbuka Selangor), Emas 100m, 200m dan 400m (Terbuka Perak), Emas 400m, 800m dan 4x100m (Terbuka Kebangsaan) Rajamani dikalung pingat emas selepas memenangi acara 200m Sukan SEAP 1965. Aksi acara 400m pada 1968.
201218
» Karnival kokurikulum SMK Selayang Baru dedah bidang perniagaan M eskipun baru pertama kali mengendalikan perniagaan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selayang Baru, dekat sini membuktikan kebolehan mereka dalam menguruskan perniagaan bersempena Hari Terbuka dan Karnival Kokurikulum yang diadakan di sekolah itu, baru-baru ini. Karnival yang julung kali dianjurkan Unit Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu dijayakan bagi mengumpul dana sekolah untuk membiayai kegiatan kokurikulum di sekolah berkenaan. Acara yang membabitkan penyertaan 44 kelab dan badan beruniform itu menampilkan pelbagai bentuk perniagaan antaranya jualan makanan, pakaian serta permainan. Antara yang menarik ialah permainan mad hop yang dikendalikan oleh Kelab Badminton yang menjadi tarikan utama pada karnival berkenaan. P r e s i d e n n y a , Ramzaliza Zaediana Ramli berkata, madhop ialah sejenis sukan esktrem yang popular di Thailand dan baru saja memasuki negara ini. “Justeru, menggunakan peluang berniaga ini untuk mempromosikan sukan berkenaan dengan kadar sewa yang berpatutan iaitu RM5 bagi setengah jam permainan. Asah bakat berniaga Antara aktiviti pada karnival kokurikulum di Sekolah Menengah Selayang Baru 2. [ SHARUl HAfIZ ZAM/ BH ] Permainan mad hop yang dikendalikan Kelab Badminton mendapat sambutan hangat pengunjung. Oleh Norhidayah Che Din norhidayah@bharian.com.my Batu Caveš 20 JULAI 2012 − JUMAAT nasional ≥ 43 info seminar/Pecutan ≤ Seminar SPM/Pecutan Unit Pendidikan BH akan mengadakan Seminar SPM pada 4 - 5 Ogos 2012 di dewan seminar NSTP. Program bermula jam 8 pagi - 5 petang, menyediakan empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Hubungi Zainon Kadim (03-20569772), Norliza Abdullah (03-20569780) dan Qushairi (03-20569863). − Tarikh: 4 - 5 Ogos 2012 juga diadakan di Kolej Shahputra, Kuantan yang meliputi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Kimia. Hubungi Anis (012-9572703). − Tarikh: 1 - 2 September untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Fizik. Hubungi Daeng Tawi Enterprise, KM10, Jalan Daeng Tawi, Telok Mas (Umi Kalsom Buang, 012-6411877/012-9742504/016-9286693). itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari pelajar sekolah dan kanakkanak yang berkunjung ke karnival berkenaan. “Selain itu, gerai ini turut menjual coklat buatan sendiri yang mendapat sambutan menggalakkan kerana rasanya yang enak serta stok terhad. “Peluang berniaga sebegini amat bagus kerana mampu mengasah bakat pelajar dan mengembangkan potensi sedia ada yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas,” katanya. Sementara itu, Pengetuanya, Arfah Abdul Rahman berkata, karnival itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk terbabit secara langsung dalam usaha mengisi dana tabung unit kokurikulum serta tabung kelab dan persatuan. Katanya, yang menarik program itu dikendalikan mengikut sistem perniagaan sebenar dengan mengenakan sewa tapak kepada setiap persatuan dan kelab yang membuka gerai pada harga yang berpatutan. “Meskipun julung kali diadakan, diharap acara ini dapat mengembangkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar selain mampu meningkatkan kerjasama antara satu sama lain. ≤ Seminar PMR 2012 ̌ KUCHING: Hubungi Troopz Resources 08-2381378/411691 atau Tuah Opong, 013-8088406/Khairool, 019-8183804, Faks: 08-2422691. − Tarikh: 16 dan 17 September. ̌ UIAM GOMBAK: Seminar terakhir di Lembah Klang diadakan di dewan Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Maklumat lanjut hubungi Urus Setia (Mariyahtul Kabtiyah Ree 03-22822323 samb. 4772 dan Hadri Harith samb, 4769 atau Muhd Naufal 019-3374553/017-6685923. − Tarikh: 11- 12 Ogos. “Melalui aktiviti jualan seperti ini bukan saja dapat membantu mengisi tabung persatuan, malah memberi pendedahankepada pelajar mengenai selok-belok perniagaan. Bagi Kelab Interact pula, sekumpulan pelajar memanfaatkan bakat melukis yang dimiliki dengan menyediakan perkhidmatan melukis muka atau face painting. Presidennya, Andrew Anthony yang juga pelajar Tingkatan lima, berkata aktiviti Peluang berniaga sebegini amat bagus kerana mampu mengasah bakat pelajar dan mengembangkan potensi sedia ada yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas” Ramzaliza Zaediana, Presiden
3 ?? ????? 2012 ?????? KEBAWAHDULI YANGMAHAMULIA AL-WATHIQU BILLAH SULTANMIZAN ZAINAL ABIDIN D.K.T., D.K.R., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia) IBNI ALMARHUM SULTANMAHMUDAL-MUKTAFI BILLAH SHAH Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya Dan KEBAWAHDULI YANGMAHAMULIA SULTANAHNUR ZAHIRAH D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) Sultanah Terengganu Sempena Sambutan UlangTahunYang Ke-50 Hari Keputeraan Kebawah Duli YangMahaMulia Sultan Terengganu Pada 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dan Sembah Takzim Daripada Semoga Allah Lanjutkan Usia Dan Memberkati Pemerintahan
?????? ?? ????? 2012 14 NASIONAL Wanita maut terhidu asap » Anggota bomba nyaris jatuh ketika cari mangsa ???? ???? ???? ???????? ???? ?????? smohd@bharian.com.my ????? ????? D emi tugas, nyawa seorang anggota bomba hampir tergadai apabila dia nyaris terjatuh dari ketinggian empat meter ketika cuba menyelamatkan mangsa kebakaran di Jalan Lawa 9, Taman Pelangi Indah, di sini, semalam. Tarmizi Ishak, 30, yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan, menempuh detik cemas itu sejurus m e m e c a h k a n tingkap di tingkat atas banglo berkenaan sebelum meluru masuk ketika ruang dalam kediaman itu penuh diselubungi asap hitam. Beliau bersama sembilan rakan setugasnya dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya diarah ke lokasi selepas menerima panggilan jam 8.18 pagi. Pasukan berkenaan yang tiba di banglo terbabit kira-kira 17 minit kemudian, turut dibantu sukarelawan bomba Ulu Tiram. Asap tebal halang penglihatan “Sejurus berjayamemecahkan kaca setebal setengah inci itu dengan kapak, saya terus masuk kerana menyangka di sebelah sana ada lantai, tetapi tersilap kerana ia ruang kosong. Ketika itu, tumpuan kami hanya mahu menyelamatkan mangsa yang dikatakan terperangkap dalam rumah. “Lebih memburukkan keadaan, asap tebal membuatkan kami tidak dapat melihat keadaan di dalam rumah walaupun berbekalkan lampu suluh,” kata Tarmizi ketika dit emu i s e l e p a s o p e r a s i berkenaan. Sempat capai tangan rakan Beliau bernasib baik kerana sempat mencapai tangan rakan setugas, Sufian Mohd Lis, 35, yang berada di belakang, namun wanita di dalam kediaman terbabit, Loh Hui Jin, 24, yang berjaya diselamatkan mereka, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) dipercayai akibat terhidu asap tebal. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata mereka dimaklumkan pemilik banglo berkenaan berada di Ipoh, Perak ketika kejadian, tetapi masih ada tiga lagi penghuni dalam kediaman itu. “Kami terpaksa memecahkan cermin setebal satu inci sebelum memotong mangga kunci. Mangsa ditemui terduduk tidak sedarkan diri di belakang sofa berdekatan pintu di tingkat atas. Dia yang tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa turun menggunakan tangga sebelum dikejarkan ke hospital. Dua lagi penGhuni sudah ke sekolah “Kami kemudian berusaha mengesan dua lagi penghuni, berusia sembilan dan 14 tahun sebelum mendapati dua beradik itu sebenarnya sudah ke sekolah sebelum kejadian,” katanya sambil menambah pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan. Teman lelaki mangsa, Kae Yong Yue, 24, juga dihantar ke HSI selepas terhidu asap ketika cuba memasuki banglo berkenaan melalui balkoni untuk menyelamatkan Hui Jin. Api dipercayai bermula di tingkat bawah banglo, menyebabkan mangsa lari ke tingkat atas tetapi gagal membuka pintu yang berkunci. Anggota bomba terpaksa memanjat menggunakan tangga bagi menyelamatkan mangsa dalam kejadian di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, semalam. ????? ?????? Kae Yong Yue, 24, hanya menangis kerana tidak mampu menyelamatkan teman wanitanya, Loh Hui Jin, 24, walaupun tiba awal di rumah mangsa yang sedang terbakar. Pemuda itu bergegas dari rumahnya di Taman Desa Cemerlang, tetapi sebaik tiba di lokasi kejadian, gagal masuk ke dalam banglo di Taman Pelangi Indah itu kerana semua pintu berkunci, manakala kaca di tingkap pula cukup tebal hingga sukar dipecahkan. Sambil menahan sebak, beliau menceritakan tragedi itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk. Kata pemuda terbabit, mangsa sempat menelefon dan bercakap dengannya dalam keadaan panik sebelum terdiam selepas dipercayai pengsan. “Yong Yue tidak dapat bercerita banyak kerana terlalu sedih tidak dapat menyelamatkan temanwanitanya,” kata Cher Puk ketika ditemui di Rumah mayat Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini. ADUN Johor Jaya itu berkata, beliau memang mengenali mangsa kerana dia banyak memberi idea untuk membantu orang ramai meskipun tidak terbabit dalam politik. “Saya tidak berani memaklumkan kepada keluarga mangsa yang berada di Ipoh, Perak sehinggalah mereka tiba di hospital, apatah lagi ibu Hui Jin kurang sihat. “Malah, ibunya sempat menghantar SMS meminta Hui Jin dihantar ke sebuah hospital swasta kerana menyangka anaknya masih hidup,” katanya. Sedih gagal selamat teman wanita Loh Hui Jin Saya terus masuk kerana menyangka ada lantai, tetapi tersilap kerana ruang kosong. Kami mahu menyelamatkan mangsa” Tarmizi Ishak Anggota bomba Masalah keluarga punca pegawai polis mengamuk ????????? Masalah keluarga dipercayai antara punca seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja sebuah hotel di Seremban 2, Selasa lalu. Ketika kejadian, suspek berusia 32 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak sedang bercuti dan berada di hotel itu untuk berehat. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan, berkata walaupun pegawai polis, suspek akan dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya. “Suspek tidak menggunakan dadah kerana hasil ujian air kencingnya negatif, manakala hasil ujian darah untuk mengetahui penggunaan alkohol belum diterima. Kertas siasatan sudah lengkap dan akan dihantar kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. “Reman dua hari ke atas suspek juga tamat hari ini (semalam) dan dia dibebaskan dengan ikat jamin polis,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini semalam. Tanpa mengulas lanjut mengenai masalah yang dikatakan dialami pegawai polis terbabit, Abdul Manan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan, Seksyen 427 kanunsama kerana melakukan khianat dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. Suspek menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) 10 tahun lalu dan pernah bertugas di Bukit Aman sebelum menjadi Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sejak lapan bulan lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi Selasa lalu, pegawai polis itu dikatakan mangamuk dan menyerang mangsa di kaunter lobi hotel dan turut merosakkan beberapa kereta di luar hotel berkenaan. Suspek tidak menggunakan dadah kerana hasil ujian air kencingnya negatif, manakala hasil ujian darah untuk mengetahui penggunaan alkohol belum diterima. Kertas siasatan sudah lengkap dan akan dihantar kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut” Abdul Manan Mhd Hassan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan
?? ????? 2012 ?????? 45 NASIONAL Komitmen jitu Jiyh Shane dihargai » Pikul tugas pastikan 852 kenderaan milik Divisyen 1 Infantri, dapat diguna pakai Kawad gempur Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) pada ulang tahun pertama Divisyen Ke-46 di Kem Muara Tuang. [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ???? ?????? ???? ????? amifaiz@bharian.com.my T anggungjawab dipikul Ketua Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, Leftenan Kolonel Chin Jiyh Shane, 41, menyelenggara 852 kenderaan milik Divisyen 1 Infantri, Kem Muara Tuang supaya sentiasa siap siaga, bukan mudah. Kaedah pemusatan kawalan diperkenalkan dari segi pembaikan begitu mencabar kerana turut merangkumi sektor logistik di Kem Tentera di Sibu dan Kota Kinabalu yang masing-masing menempatkan Briged 9 dan Briged 5. Komitmen jitunya itu melayakkan beliau mendapat pengiktirafan Panglima Divisyen 1 Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, baru-baru ini. Jiyh Shane menerima penghargaan itu selepas berjaya memastikan 88 peratus logistik ketenteraan dapat diguna pakai, berbanding tahap ditetapkan 80 peratus sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Kem Muara Tuang, baru-baru ini. Selepas tamat Tingkatan Lima di Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, beliau terus menyambung pengajian di Akademi Kadet Ketenteraan, West Point, Amerika Syarikat (AS) selama empat tahun pada 1989. “Selepas menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik saya menyambung pelajaran Ijazah Sarjana di Marine College of Science United Kingdom,” katanya ketika ditemui BH. Ditanya mengapa tidak ramai bukan Bumiputera menyertai angkatan tentera beliau berkata, sudah menjadi tradisi masyarakat Cina lebih minat berniaga sendiri. “Bagi mereka, duit yang diperoleh mahu dipegang sendiri. Bukan kerana semangat cintakan negara dalam kalangan komuniti Cina kurang, tetapi mereka lebih senang berniaga. Cuma saya yang menongkah arus,” katanya sambil tersenyum. Atas dasar mempamerkan gerak kerja membanggakan, beliau dipilih sebanyak dua kali membantu misi pengaman di Bosnia Herzegovina dan Lubnan di bawah panji Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Selama enam bulan bertugas di Livno, Kupres dan Glamoc bermula Jun hingga Disember 1996, masih segar dalam ingatan bagaimana terpaksa menempuh cuaca di paras beku selepas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diketuai AS mengebom Yugoslavia. “Pengeboman berterusan NATO berlangsung sebulan bermula 30 Ogos 1995 membabitkan 400 pesawat dan 5,000 anggota dari 15 negara. “Selepas selesai pengeboman, saya selaku anggota diamanahkan menunda kenderaan tentera yang rosak berdepan ancaman periuk api di kiri kanan laluan ke kawasan bandar,” katanya. Ketika itu, beliau bertugas di bawah Kontinjen Malaysia Bantuan Keselamatan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai MALCON. Beliau juga pernah bertugas di Pusat Operasi Bersama Pasukan Sementara PBB (UNIFIL) Lubnan selama sembilan bulan dari Oktober 2010 dan pulang ke tanah air Julai tahun lalu. Tugas menyelenggara 852 kenderaan milik Divisyen 1 Infantri, Kem Muara Tuang bukan mudah. Bagi mereka, duit yang diperoleh mahu dipegang sendiri. Bukan kerana semangat cintakan negara dalam kalangan komuniti Cina kurang, tetapi mereka lebih senang berniaga. Cuma saya yang menongkah arus” Chin Jiyh Shane Leftenan Kolonel
?????? ?? ????? 2012 28 NASIONAL 100 penduduk terpaksa tadah air hujan Johan tilawah dapat banglo Azairi terpaksa menadah air hujan bagi mendapatkan air bersih. [FOTO AZLAN HAFEEDZ/BH] ???? ????? ??????? bhnewsn@bharian.com.my ????? ??? M asalah bekalan air bersih turut melanda Kampung Aur Cina, Slow Machang, di sini, menyebabkan 100 penduduk terpaksa menadah air hujan sejak tiga bulan lalu. Masalah itu didakwa bermula setahun lalu dan kian meruncing sejak tiga bulan ini apabila bekalan air terus terputus hingga menyusahkan ramai penduduk kampung yang terpaksa menggali telaga. Keadaan itu menyebabkan seorang ibu sarat mengandung lapan bulan, Rusalwanah Said, 34, dimasukkan ke Hospital Pasir Mas, Mei lalu akibat pendarahan selepas terjatuh daripada motosikal ketika mengangkut air sejauh 1.5 kilometer dari rumah mentuanya, Sabariah Daud, 64, di Kampung Tanjung Chenok. Anak sulungnya, Mohd Aidid Danial Mohd Azairi, 8, pula kerap ‘ponteng' kelas agama di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) kerana ingin membantu ibu dan bapanya, Mohd Azairi Abd Rahman, 34. Difahamkan, keluarga itu terpaksa mengangkut 30 tong bersaiz 10 liter setiap hari, selain membelanjakan RM20 sehari membeli air galian berbotol untuk memasak. Walaupun sudah mengeluarkan belanja RM1,000 membina telaga, air yang dipam sejauh 12 meter dari dasar bumi berbau busuk, berkelodak dan kekuningan, menyebabkan mereka terpaksa mengangkut air pada awal pagi, tengah hari, petang dan malam dari rumah Sabariah. Azairi yang bekerja sebagai buruh berkata, lebih 10 aduan dibuat kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Pasir Mas, namun belum ada tindakan sehingga kini, malah alasan sama diberikan kakitangan syarikat itu kononnya dalam proses menukarkan enjin baru di Pusat Rawatan Air di Loji Kelar. ???? ?????? Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54, Muhammad Anuar Ghazali, menerima hadiah sebuah banglo daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, ketika mengumumkannya berkata banglo b erkenaan d ianggarkan bern i l a i RM250,000, terletak di jajahan Machang, sedang dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dijangka siap akhir tahun ini. “Kerajaan negeri bersetuju memberikan banglo kepada Anuar bagi meraikan kejayaannya mewakili Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat dunia,” katanya kepada media selepas melancarkan Ihya Ramadan 1433H di Dewan Besar Balai Islam, Lundang, di sini semalam. Beliau berkata Muhammad Anuar, 36, adalah anak Kelantan dan perlu diberi pengiktirafan kerana menjuarai pertandingan itu dengan menewaskan peserta antarabangsa lain. Kerajaan negeri bersetuju beri banglo kepada Anuar bagi meraikan kejayaannya mewakili Malaysia” Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan » Bekalan AKSB sering putus sejak 3 bulan lalu
?? ????? 2012 ?????? 39 RENCANA Beijing mahu tepis tanggapan tak benar Usah berhelah bayar pampasan RM11.6 juta ??????? Penulis ialah Ketua Biro Pulau Pinang China cuba lerai cengkaman media Barat P enulis gembira kerana ada ramai kawan Cina dan India serta dari Sabah dan Sarawak ketika bersekolah rendah, menengah dan seterusnya di Institut Teknologi MARA (ITM) sebelum ITM bertukar kepada UiTM. Kunjungan ke China baru-baru ini mengingatkan semula kepada sahabat mahupun guru kelas di Sekolah Rendah Seri Permai, Bayan Lepas, Pulau Pinang, sebelum ke Sekolah Menengah Sungai Ara hingga Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Seri, Balik Pulau sebelum masuk ke ITM, Shah Alam. Sehingga hari ini, penulis masih ingat seorang rakan Cina sekelas di Tingkatan Empat dan Lima di Sekolah Menengah Sungai Ara iaitu Tan Chin Seng. Bukan kerana apa. Dia duduk di belakang penulis di kelas Perdagangan. Ramai juga pelajar kelas itu kaum Cina dan mereka ini memang bergeliga dalam mata pelajaran Matematik dan Perakaunan. Apa lagi, setiap kali kelas Matematik, penulis yang tak berapa pandai biasanya akan bertanya Tan. Begitu juga ketika mata pelajaran Perakaunan. Dia pasti membantu, menerangkan bagaimana mencari jawapan. Jadi, tak mengejutkan, sampai hari ini, penulis belum bergeliga dalam mata pelajaran itu. Itulah sebab apabila anak minta tolong, kecuali soalan dua kali dua, masuk bab algebra terpaksalah hantar anak tuisyen. Apa agaknya pekerjaan Tan sekarang? Atau mungkin dia menolong perniagaan keluarga? Bagi penulis percampuran atau pergaulan dengan pelajar etnik lain membuka minda penulis dengan lebih luas. Pengalaman bekerja seketika di syarikat saham di Beach Street, Pulau Pinang, beberapa bulan sebelum masuk ITM, tidak ternilai rasanya. Penulis ditempatkan di unit mengira resit atau notis saham. Dua orang lain adalah rakan setugas berbangsa Cina iaitu Ann dan Helena. Satu perkara yang menarik ialah mereka begitu teliti dengan kerja dan menekankan ketepatan kerana jika silap kira, alamat kena kira semula kerana semua angka seperti dalam buku akaun, kena tally. Sepanjang bekerja rasanya empat hingga lima bulan di syarikat itu, boleh dikatakan tak sah kalau sebulan sekali tak kena marah kerana silap kira. Tetapi, itu tidak bermakna mereka tidak tahu ambil hati saya. Ada kalanya jika kerja kami lancar, mereka akan belanja makan. Daripada pergaulan di sekolah dan bekerja, kunjungan ke negara China pada 26 Jun hingga 6 Julai lalu pula membuka mata penulis betapa besar negara itu dengan lebih satu bilion penduduk. Penulis dibawa ke Beijing, Zhuhai, Zhaoqing dan Guangzhou. Memang benarlah kata pujangga, jauh perjalanan luas pandangan. Semuanya besar, daripada bangunannya hingga jalan raya. Bayangkan di Beijing saja ada 20 juta penduduk, kurang beberapa juta saja daripada penduduk Malaysia. Tidak hairanlah, sebagai negara membangun dan semakin hampir mencabar Amerika Syarikat dari segi status kuasa besar, ada ratusan wartawan asing yang ada pejabat di kota besar China, tak silap 800 orang. China memandang serius sejauh mana berita mengenainya disebarkan media antarabangsa. Pegawai Kementerian Luar yang menemui rombongan 19 wakil media dari Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Pakistan dan Bangladesh mengakui Beijing berminat untuk merapatkan hubungannya dengan organisasi berita serantau. Seperti juga mana-mana negara sekalipun, China mahu mengikis sebarang tanggapan tidak benar mengenainya sambil mengakui ia suatu cabaran besar kerana media global dikuasai orang Barat. Pada masa sama, usaha Beijing mengurangkan jurang perbezaan tanggapan bermula dengan negara serantau adalah sesuatu yang baik. Sejak beberapa minggu lalu, misalnya, berita mengenai sengketa China dengan negara lain yang membuat tuntutan di Laut China Selatan menjadi tumpuan dan sebahagian besar fokus agensi berita Barat mengutamakan laporan bernada negatif terhadap Beijing. Dari satu segi itu tidaklah menghairankan. Malaysia pernah dihentam kerana menggunakan dasar kawalan mata wang bagi mengatasi krisis kewangan, Indonesia dilabel diperintah diktator ketika era Suharto, Thailand terkenal dengan konflik di selatan, India dan Pakistan dilaporkan sentiasa bermusuhan manakala Bangladesh baru-baru ini menjadi tumpuan kerana isu Rohingya. Setiap negara ada saja yang tidak sempurna tetapi itu tidak bermakna mereka tidak mahu mencapai kemajuan. Cuma, apabila mengorak langkah ke depan, pasti ada rintangan. Itulah yang dihadapi China. W ang bukan segalagalanya. Bagaimanapun, ia penting kerananya ada orang sanggup melakukan apa saja, hatta melakukan pembunuhan. Bukan ingin menakutkan, hanya ingin mengingatkan semua pihak, terutama ketua atau majikan supaya menjaga kepentingan dan kebajikan kakitangan masing-masing terutama dengan kedatangan Ramadan esok. Dengan mengambil berat masalah mereka, pasti kakitangan akan berterima kasih dengan memberikan perkhidmatan sepenuh hati, sekali gus meningkat produktiviti syarikat. Di Pulau Pinang, antara isu yang mendapat perhatian rakyat akhir-akhir ini ialah penswastaan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), pengendali pelabuhan tertua di negara ini. Dilaporkan, Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, menjadi pembida yang berjaya bagi melaksanakan cadangan penswastaan itu. Bagaimanapun, bukan isu penswastaan yang ingin dibangkitkan penulis, sebaliknya isu kebajikan 1,747 pekerja PPSB yang mendakwa hak mereka dinafikan apabila Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) gagal membayar pampasan RM11.6 juta. PPSB dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan, mengendalikan Pelabuhan Pulau Pinang sejak 1994 selepas mengambil alih peranan SPPP yang kini hanya bertindak sebagai badan kawal selia ke atas pelabuhan itu. Difahamkan, pampasan itu patut dibayar akibat pengambilan balik tanah Kompleks Pelabuhan Butterworth seluas kira-kira dua hektar selepas kejadian kebakaran pada 2001. Kompleks yang menempatkan ruang gerai, kedai, pasar raya, stesen bas dan teksi yang musnah itu dikatakan menyumbang perolehan tahunan kepada PPSB dengan RM1.8 juta dicatatkan pada 2000. Tanah kompleks itu yang termasuk dalam pajakan di bawah perjanjian penswastaan dipindah milik kepada Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) pada Julai 2007 dengan SPPP menerima pampasan RM11.6 juta ekoran pindah milik tanah itu. Mengikut Perjanjian Penswastaan, PPSB akan dibayar ganti rugi ekoran penyerahan balik kawasan yang dipajak tetapi PPSB tidak menerima ganti rugi hingga kini, malah hilang pendapatan tahunan. Justeru, ia menjejaskan kebajikan dan pendapatan pekerja seperti pembayaran bonus yang tidak setimpal dengan sumbangan dan kesetiaan yang diberikan mereka sejak puluhan tahun untuk membantu PPSB menjana ekonomi negara. Difahamkan, memorandum mengenai kegagalan pembayaran pampasan ini sudah dikemukakan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan (SOA) PPSB kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April lalu dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang ketika itu masih dijawat Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bulan lalu. Presiden SOA PPSB, Kapten Muhammad Ismail Mohd Noor ketika ditemui mengakui isu itu paling mengecewakan mereka kerana kebajikan 1,747 pekerja PPSB dinafikan. “Penangguhan pembayaran balik wang pampasan RM11.6 juta oleh SPPP kepada PPSB yang sememangnya menjadi hak milik kami untuk pembayaran bonus sudah menjangkau kira-kira lima tahun. “Justeru, saya berharap SPPP segera membayar pampasan kepada PPSB dan jangan jadikan isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai halangan berbuat demikian,” katanya. Tangguh pampasan SPPP kepada PPSB untuk bayar bonus menjangkau kira-kira lima tahun” Beijing didiami 20 juta penduduk. l
33 ?? ????? 2012 ?????? Tuanku Semoga Allah Lanjutkan Usia KEBAWAHDULI YANGMAHAMULIA AL-WATHIQU BILLAH SULTANMIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTANMAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA Dan KEBAWAHDULI YANGMAHAMULIA SULTANAHNUR ZAHIRAH D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) Sultanah Terengganu SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG KE-50 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU Pada 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H Sembah Takzim Daripada D.K.T., D.K.R., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia)
?????? ?? ????? 2012 38 RENCANA Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid jalil@nstp.com.my Pengarang Kumpulan BH Datuk Mior Kamarul Shahid mkamarul@nstp.com.my Timbalan Pengarang Kumpulan BH Mahfar Ali mafa@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Berita Norhayati Md Said yatisaid@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Rencana Zainor Said zaino@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Pengeluaran Badrulhisham Othman baneta@bharian.com.my BH diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Bhd, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-22-6787 Faks: 03 20567081 Laman Web: www.bharian.com.my E-mel: bh@bharian.com.my S IDANG REDAKSI Bertani balik akibat krisis ekonomi Satu lagi inisiatif untuk jaminan hari tua rakyat Cakap-Cakap Minda Pengarang ???? ?? Anda boleh berkongsi pendapat di rencanabh@bharian.com.my S ebuah ungkapan dalam bahas Inggeris kata: “Necessity is the mother of all invention.” Dalam bahasa kita lebih kurang, keperluan adalah ibu kepada segala ciptaan. Maksudnya, dalam keadaan yang terdesak atau tertekan, orang jadi lebih kreatif. Sekurang-kurangnya pun mereka akan kerja dan usaha lebih kuat. Agaknya pasal sudah senang dan selesa, hari ini tidak ada lagi sasterawan agung atau karya besar yang dihasilkan di negara kita. Tidak ada lagi A Samad Ismail dan Usman Awang yang tertekan dan terpenjara. Macam itu jugalah dengan bidang-bidang lain. Sebab itulah usaha jadikan bangsa Malaysia bangsa yang kreatif dan inovatif kurang berhasil. Orang kita lebih suka kerat dan tampal atau beli hasil inovasi orang lain. Di negara-negara Eropah yang dilanda krisis ekonomi dan kewangan, rakyat jelatanya semakin susah dan ramai tidak pilih kerja lagi. Yang tak pandai mencipta, mereka balik buat kerja yang dulu mereka tinggalkan atau mereka tak sanggup buat. Keperluan cari sarahidup paksa mereka jadi lebih kreatif dan tak pilih kerja. Di Sepanyol dekat 25 peratus pekerja menganggur kerana krisis ekonomi dan kewangan. Kunta Kinte baca surat khabar dan tengok berita televisyen kata tambah ramai orang Sepanyol yang menganggur balik semula bercucuk tanam. Masa ekonomi baik dan kerja makan gaji banyak, ramai yang tinggalkan kebun dan ladang. Sekarang ekonomi teruk, kerja tak ada dan ramai kena buang. Jadi yang baik dan tekun mereka balik kampung bercucuk tanam, tapi yang jahat dan malas mereka curi tanaman orang lain. Kunta Kinte baca berita kata kejadian curi tanaman makin menjadi-jadi di Sepanyol. Zaman Kunta Kinte kanak-kanak pada 1950-an dan 1960-an di Kedah, kes curi tuai padi kerap berlaku. Waktu malam bulan terang, mereka curi tuai padi yang jauh dari kampung. Balik kampung tanam jagung Masa itu, kejadian curi padi dari jelapang, curi kerbau lembu dan ayam itik perkara biasa. Sebab itu orang yang ada banyak sawah dan dusun mudah dapat lesen senapang patah. Cerita orang yang hilang kerja balik kampung tanam jagung bukan perkara baru. Masa krisis kewangan serantau Asia pada 1997 dan 1998, ramai orangmacam itu balik kampung untuk pugar dan tanam semula kebun dan huma yang mereka tinggalkan. Di Indonesia, kegiatan itu sangat meluas sampai berlaku jerebu yang teruk apabila banyak hutan belukar ditebang dan dibakar. Inilah hukum alam. Ada kejadian buruk yang kesan timbal baliknya baik. Apabila orang makan gaji atau peniaga kecil muflis sebab krisis ekonomi, mereka balik buat kebun dan bendang. Di satu pihak, mereka peroleh sara hidup dan di pihak lain pula, bekalan hasil pertanian naik. Ini sangat baik sebab makin hari dunia makin kekurangan makanan. Tambah ramai orang tidak suka bertani sedangkan bilangan penduduk dunia makin hari makin meningkat. Sebab itulah Kunta Kinte tak putus-putus nasihat dan sarankan kerajaan supaya jangan abaikan pertanian. Tak guna kita jadi negara maju dan ada banyak duit kalau makanan kurang dan harga mahal. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, bagi tahu Dewan Rakyat yang belanja import makanan kita dalam masa 10 tahun lalu ialah RM221.81 bilion. Tanam di negara lain Kunta Kinte dah kata, kalau tak boleh tanam di negara kita pasal tak cukup tanah atau sebab kos buruh tinggi dan iklim tak sesuai, kita pergi tanam di tempat lain. Negara-negara macam China, India dan Arab Saudi dah mula buat secara besar-besaran. Mereka beli atau sewa tanah di Afrika, Australia dan Kanada untuk hasilkan bahan makanan. Sikit-sikit kita pun dah buat, tapi terhad kepada kelapa sawit. Kunta Kinte harap kerajaan dan syarikat-syarikat perladangan besar macam Felda Global Ventures dan Sime Darby perluas kegiatan ini bukan semata untuk jamin bekalan makanan negara, tapi untuk jadi pedagang bahan makanan dunia. Orang kita pula, janganlah buat sawah bendang dan ladang sambil lewa. Kalau buat sawah bendang semata-mata kerana subsidi, tak jadi. Dah terbukti pun. Hasil keluaran padi kita setiap hektar makin hari makin kurang. Kita janganlah tunggu terjadi kebuluran atau kekurangan makanan baru nak berusaha. Kita juga kena buang tabiat terlalu pilih kerja dan serah kerja sawah ladang kita kepada orang asing. Kalau kita malas, pilih kerja dan abaikan pengeluaran makanan, suatu hari nanti, bala akan timpa kita. Wallahualam. M enteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli dan kemudian menjual saham Felda Global Ventures Holdings (FGV). Dikira jumlah pemilikan unit saham dan kenaikan harga saham itu, banyak juga PKNK buat untung. Mamat – ramai beli senyap-senyap Apabila orang makan gaji atau peniaga kecil muflis sebab krisis ekonomi, mereka balik buat kebun dan bendang. Di satu pihak, mereka peroleh sara hidup dan di pihak lain pula, bekalan hasil pertanian naik. Ini sangat baik sebab makin hari dunia makin kekurangan makanan. Tambah ramai orang tidak suka bertani sedangkan bilangan penduduk dunia makin hari makin meningkat. Sebab itulah Kunta Kinte tak putus-putus nasihat dan sarankan kerajaan supaya jangan abaikan pertanian. Tak guna kita jadi negara maju dan ada banyak duit kalau makanan kurang dan harga mahal” P enubuhan Skim Persaraan Swasta (SPS) adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk menjamin kehidupanmasa depan rakyat terutama yang bekerja sendiri dan berkhidmat dalam sektor swasta. SPS tentunya dapat menampung sara hidup kakitangan swasta selepas usia persaraan kerana pergantungan kepada caruman menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saja tidak mencukupi, apatah lagi purata jangka hayat rakyat Malaysia kini meningkat kepada 80 tahun. Jika bersara ketika usia 60 tahun, mereka memerlukan tabungan mencukupi untuk menampung saki baki kehidupan bagi jangkaan 20 tahun lagi. Buat permulaan, 24 dana diuruskan oleh enam daripada lapan penyedia SPS yang diluluskan, akan ditawarkan di bawah skim itu mulai September depan. Sistem tabungan dan simpanan aset kewangan yang mencukupi tentunya akan merangsang produktiviti pekerja, sekali gus hasilnya bakal dinikmati dalam pelbagai sektor pekerjaan yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara. Jika negara maju dan industri memperkenalkan skim persaraan untuk pelbagai sektor, penubuhan SPS membantu meningkatkan daya saing negara, di samping membantu meningkatkan kualiti hidup warga tua selepas persaraan. Bagi mereka yang bekerja sendiri, keadaan akan menjadi lebih teruk jika tiada simpanan untuk hari tua. Tanpa jaminan kewangan dan kesihatan yang baik, kehidupan pada usia persaraan menjadi lebih mencabar. Oleh itu penubuhan SPS menjadi satu alternatif kepada simpanan hari tua selepas persaraan. Bagi menjayakan skim ini dan pembabitan menyeluruh golongan terbabit, mereka perlu diberi penjelasan terperinci kerana SPS adalah inisiatif baru. Kempen penerangan perlu dipergiatkan menerusi pelbagai saluran termasuk media massa dan media baru. Majikan sektor swasta juga memerlukan penjelasan mengenai caruman tambahan secara sukarela untuk kakitangan mereka. Mereka tentunya ingin mengetahui mengenai manfaat yang bakal diperoleh apabila secara sukarela membuat caruman tambahan SPS untuk pekerjanya. Kempen dan penerangan berterusan akanmemberi impak lebih besar kepada SPS bagi menjamin kesejahteraan hidup masa depan pekerja. Kita percaya, sama ada kakitangan swasta mahu pun pekerja persendirianmenyambut baik usaha kerajaan ini demi kelangsungan hidup hari tua mereka dan keluarga.
9 ?? ????? 2012 ??????
35 2012
21 ?? ????? 2012 ??????
19 2012
?? ????? 2012 ?????? 67 SUKAN Hajat besar ‘Pahlawan Merah' ‘Coelho mampu julang futsal ' ???? ???? ?? » Mahu kejut QPR saingan persahabatan di Shah Alam malam ini ???? ???? ??? ???? ?????? bhsukan@bharian.com.my ???? ????? J uara Liga Super 2012, Kelantan bercita-cita melakarkan kemenangan ketika berdepan kelab liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini. Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui walaupun sekadar perlawanan persahabatan, sebagai pasukan yang menguasai kuasa bola sepak negara ini, The Red Warriors akan tetap mempamerkan aksi cemerlang apabila berdepan dengan pemain bertaraf dunia itu. “Menjadi kebiasaan bagi The Red Warriors ketika berdepan pihak lawan, kemenangan pasti diutama. “Kami sedar QPR sebuah pasukan bagus dan ternama, namun tiada yang mustahil bagi pasukan gergasi Pantai Timur itu mencipta kejutan dalam perlawanan itu,” katanya pada sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa dengan QPR di Hotel Grand River View, semalam. Turut hadir, Pengurus QPR, Mark Hughes dan Pegawai Media Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Wan Badri Wan Omar. Pada 17 Julai lalu, QPR membenam Pilihan Sabah 5-0 di Stadium Likas, dan kini bakal berdepan cabaran ‘Pahlawan Merah' yang pasti menjanjikan pelbagai aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan di Stadium Shah Alam, malam ini. Sementara itu, Hughes mengakui kurang mengenali perkembangan bola sepak negara ini, namun pemainnya teruja untuk beraksi bersama The Red Warriors yang baru saja menjuarai Liga Super baru-baru ini. "Ini kali pertama kita bersama Kelantan dan pemain saya teruja untuk menguji pasukan yang baru saja menjuaraiLigaSuper.Sayajangkasatu perlawanan menarik),” katanya. ???? ??? ??????? ????? wanfakhrul@bharian.com.my ????? ?????? Prestasi futsal negara yang makin merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendapat nafas baru apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalammengumumkan Marcelo Serpa Coelho dari Brazil sebagai Pengarah Teknikal Futsal FAM yang pertama. Serpa, 41, yang memiliki kewarganegaraan Brazil dan Sepanyol, beraksi sebagai pemain futsal di Sepanyol selama 17 tahun danmengecap pelbagai kejayaan selaku jurulatih di Perancis bersamakelabParisMetropole Futsal pada 2011 dan 2012. “Sebagai permulaan, saya perlu kenal dan meneliti tahap futsal di negara ini. Tanggapan awal saya selepas bersama sesi latihan skuad kebangsaanminggu ini, pemain memiliki teknik yang baik, cuma ia tidak digunakan dengan baik dan perlu diperbaiki dari segi taktikal,” kata Serpa pada sidang media memperkenalkannya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Futsal FAM, Datuk Dr Hamdan Khalib, berkata selain kehadiran Serpa, sistem Liga Futsal Kebangsaan (LFK) juga akan diubah daripada bercorak karnival kepada liga penuh semusim sepanjang enam hingga tujuh bulan, bermula Oktober ini. “Mulai musim ini, LFK akan dijalankan dengan aksi tempat sendiri dan lawan sama seperti Liga Super membabitkan 36 perlawanan semusim. “Dengan kehadiran Serpa dan penambahbaikan LFK, kita harap satupeningkatanberserta sasaran skuad lelaki dan wanita negara mara ke final pada Sukan SEA 2013 di Myanmar,” kata Hamdan. Tiada jaminan: Menteri “Perkara ini boleh saya usulkan di Kabinet tetapi saya tidak boleh memberi sebarang jaminan... sebagai contoh saya pernah membawa cadangan MOM ke Kabinet untuk menjadi tuan rumah SukanAsia 2019 tetapi tidak diterima kerana membabitkan kos tinggi. “Sepatutnya ia tidak diumumkan awal sekiranya kita mahu menggunakan wang kerajaan tambahan pula ia membabitkan perbelanjaan amat tinggi kecuali MOM mempunyai perancangan membabitkan banyak pihak swasta untuk penajaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di Dewan Komanwel, Bukit Jalil, semalam. Baru-baru ini, akhbar melaporkanMesyuaratPersekutuanSukan SEA (SGF) di Myanmar pada 14 Julai lalumengesahkangiliranMalaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara yang bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah. Kok Chi, yang menghadiri mesyuarat itu, berkata Sukan SEA 2013 akan diadakan di Myanmar dan selepas itu Singapura pula akan menjadi tuan rumah kejohanan pada 2015. Katanya, sepatutnya selepas itu giliran Brunei tetapi negara berkenaan mahu menjadi tuan rumah pada 2019, oleh itu, Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017. Terdahulu, Ahmad Shabery berkata, usaha membangun industri sukan akan diteruskan meskipun Tahun Industri Sukan 2011/2012 berakhir bulan ini. Sebahagian pemain QPR melayan peminat di Hotel Grand River View, Kota Bharu, petang semalam. [FOTO ZULKIFLE CHE ABDULLAH]
?????? ?? ????? 2012 66 SUKAN Ramai atlit berbakat bersara awal ???? hari sebelum menentang Arsenal, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menerima tamparan hebat apabila ‘dibedil' Tentera 1-0 dalam aksi pemanas badan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi. Gol kemenangan juara Liga Perdana itu dijaringkan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-54, tatkala skuad kebangsaan tampak pincang tanpa kelibat Safee Sali, Ahmad Shakir Md Ali, Asraruddin Putra Omar, Yong KuongYong dan Khairul Fahmi Che Mat yang cedera. Kekalahan mengejut itu harus memaksa Rajagobal mencari formula terbaik dalam tempoh singkat bagi memulihkan kembali moral pasukan supaya mampu menjelmakan tentangan sengit kepada The Gunners selepas dibenamkan 4-0 dalam pertembungan tahun lalu. “Mungkin nampak ketiadaan penyudah apabila kita beraksi tanpa dua penyerang, Safee dan Shakir yang cedera serta Norshahrul (Idlan Talaha) yang bersama Kelantan. “Tapi masih masih pemain lain pamer hantaran dan kombinasi baik. Kita masih cari rentak dan dari sini saya dapat sedikit gambaran. “Biasalah pasukan kelab yang bertemu skuad kebangsaan akan main lebih seratus peratus. Tapi saya yakin, apabila pemain dari Kelantan, Kedah dan Pahang kembali, kita akan memiliki barisan terbaik untuk bertemu Arsenal. “Keputusan perlawanan ini tidak begitu penting, saya lebih risaukan kecederaan pemain termasuk Asraruddin dan Khairul Fahmi," kata Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan. ATM bedil anak didik Rajagobal ???? ???? ?????? ??????? mfitrie@bharian.com.my ????? ?????? ????? Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan sejak 1986 tidak dinafikan mampu melahirkan atlit berpotensi, tetapi hakikatnya ramai yang lenyap sebelum diketengahkan di persada antarabangsa. Ini berikutan sebahagian besar daripada atlit terbabit memutuskan untuk ‘bersara awal' sebaik temasya berakhir dengan alasan mahu memfokuskan kepada pelajaran sekali gus mensia-siakan bakat mereka dan merugikan negara. Contoh terbaik atlit cemerlang bersara awal ialah bintang sensasi Bumi Kenyalang, Tania Bugo yang menggegar laman sendiri pada 1990 dengan meraih 13 emas - pemenang emas terbanyak dalam sejarah temasya yang hingga hari ini belum ada atlit lain mampu mengatasi pencapaian itu. Situasi itu diakui Majlis Sukan Negara (MSN) dan ia satu kerugian kepada sukan negara andai bakat berpotensi yang lahir daripada SUKMA memutuskan untuk ‘bersara awal'. Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin, berkata untuk SUKMA XV Pahang yang baru berakhir, Isnin lalu, pihaknya juga masih belum menerima senarai penuh atlit cemerlang untuk disenaraikan dalam atlit pelapis. “Masalah ini selalu terjadi (atlit menolak tawaran menyertai skuad pelapis). Antara sebab yang diberikan adalah kurang selesa, tidak biasa berjauhan dengan keluarga dan mahu melanjutkan pelajaran. “Ini merugikan sukan negara andai bakat berpotensi di kejohanan berkenaan bertindak untuk ‘bersara awal,” katanya, semalam. Beliau berkata, pihaknya juga hairan kerana kebanyakan atlit cemerlang terbabit memberi alasan mahu melanjutkan pelajaran, sedangkan pihaknya ada menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memberi peluang kepada mereka mendapat keputusan baik dalam akademik. Sementara itu, pemenang tujuh pingat emas acara menembak, Mohamad Muhaithir Johari sendiri mengakui dia kini bingung memikirkan masa depannya sama ada memilih ke MSN atau pun menyambung pelajarandi Po l i teknik Ungku Omar, Ipoh. “Sekarang ini saya tidak ada apa-apa keputusan lagi dan sedang fikir pilihan terbaik. Sebelum ini memang saya pilih untuk meneruskan pengajian tetapi selepas tamat SUKMA, ibu bapa saya mahu saya pergi ke MSN,” katanya Pahang layak ke Liga Super »Tewaskan Kedah melalui sepakan penalti dalam playoff ???? ????? ??? ????? bhsukan@bharian.com.my ?????? A ksi dramatik dengan tujuh penalti tidak menggegar jaring dan dua kad merah serta 11 kad kuning mewarnai aksi play-off antara PahangdanKedahdiStadiumHang Jebat, Melaka, malam tadi. Namun, kesudahannya Pahang melonjak gembira apabila pemain veteran Jalaluddin Jaafar menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan Tok Gajah 3-2 sekali gus membolehkan mereka kembali beraksi dalam kancah Liga Super. Pahang perlu berterima kasih kepada penjaga gol, Wan AzraeiWan Teh yang bertindak cemerlang menyelamatkan empat sepakan penalti lawan. Terdahulu perlawanan itu terpaksa berlanjutan sehingga 120 minit selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga tamat masa permainan sebenar. Gol pembukaan Pahang hadir seawal minit ke-7 menerusi sepakan percuma Hafiz Kamal dari luar kotak penalti sebelum minit ke-42 Kockin Borris menambah derita lawan mereka sekali gus separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0. Tiga minit babak kedua bersambung, kapten Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar merapatkan kedudukan untuk gol pertama Kedah sebelum sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Pahang selepas sepakan percumanya pada minit ke-67 menghasilkan gol kedua pasukannya. Perlawanan yang terpaksa dilanjutkan kemasa tambahan jugamasih gagal menghasilkan sebarang gol sebaliknya TokGajah terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas R Gopinath dan Fauzi Rozlan dilayangkan kad merah. Aksi hambar memaksa penentuan dibuat menerusi sepakan penalti dan Jalaluddin menjadi wira dengan gol kemenangan. Pemain Pahang, Mohd Fauzi (kanan) diasak pemain Kedah di Stadium Hang Jebat, malam tadi. [MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN] ???????? Nur Shamie Iszuan Amin pada babak kedua membantu SMK Seberang Temerloh, Pahang mara ke separuh akhir Liga Kementerian Pelajaran Bawah 17 tahun 2012 selepas menewaskan SMK Tun Hussein Onn 10, semalam. SMK Seberang Temerloh mengiringi juara Kumpulan A, SMK Syed Hassan, Perlis ke peringkat separuh akhir m a n a k a l a SMK Tunku Anum, Kedah dan SMK Mutiara Impian layak d a r i p a d a Kumpu l an B. Jurulatih SMK Seberang Temerloh, Abdul Hadi Mohamad, berkata pasukannya mempunyai banyak peluang keemasan tetapi gagal diterjemahkan gandingan penyerang mereka Mohd Azrul Firdaus Kamarul Zaman dan Nur Shamie. “Pemain agak gugup tetapi syukur mereka berjayamemenuhi sasaran ditetapkan untuk mara ke separuh akhir tahun ini,” katanya. SMK Seberang ke separuh akhir FF
Dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M'sia) Bhd. (4485-H), 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. Loji Daerah - No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor; Lot 322 & 323, Kawasan Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang; Lot PLO 2 & 3, Kawasan Perindustrian Senai, 81400 Senai, Johor; Lot PT 5319, Kawasan Perindustrian Ajil, 21800 Hulu Terengganu, Terengganu. 1234. bhsukan@bharian.com.my SUKAN KEPUTUSAN Play off Liga Super KEDAH...2 PAHANG...2 (Pahang menang penalti 3-2) »Macheda 'penyelamat' Red Devils Sukan 68 »Sisipan BOLA BH esok »P Yuvaraaj tekad padam memori hitam Sukan 64 − JUMAAT 20 JULAI 2012 − TEL: 1-300-22-6787 − FAKS 03-20567081/82 07 hari lagi Oleh Sukhairi Abd Thani sukhairitbharian.com.my l Kuala Lumpur D ATUKSeri Ahmad Shabery Cheek ‘terkejut', semalam apabila tampil bersuara apakah Malaysia sudah bersedia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017. Tambah perit, Menteri Belia dan Sukan itu seperti hairan apabila Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi membuat pengumuman itu terlalu awal dan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Kementerian Belia dan Sukan. Apa pun katanya, beliau akan membantu mengusulkan perkara itu keKabinet kerana penganjurannya membabitkan perbelanjaan besar tambahan pula tempoh lima tahun tidak cukup untuk menyediakan keperluan untuk kejohanan berprestij itu. ≤ Sukan 67 » Pengumuman Malaysia jadi tuan rumah Sukan SEA 2017 tanpa berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan Pahang ke Liga Super Pemain Tok Gajah meraikan kejayaan menewaskan Kedah melalui penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 2-2. ≤ Sukan 67 MOM kejut Shabery
Saya bimbang melihat pembangunan yang sedang dibuat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Apakah sebenarnya projek itu dan apakah perancangan kerajaanmemajukan kawasan hijau itu? A Ambalagan Damansara, Kuala Lumpur Pembangunan yang sedang dilaksanakan di Bukit Kiaramembabitkan kerja pemasangan pagar jenis anti panjat yang bolehmenjamin khazanah flora dan fauna di Bukit Kiara tidak diceroboh. Dalam proses pemasangan pagar, laluan kecil harus dibina dan inimenyebabkan sedikit kerosakan tetapi selepas kerja selesai, ia akan dibaiki semula. Ini kerana masih banyak pokok getah di kawasan itu dan kerajaan tidak mahu getahnya dicuri. Flora dan fauna di Bukit Kiara tidak terjejas kerana ia kawasan hijau terbesar di Lembah Klang yang dilaksanakan melalui projek Taman Awam Berskala Besar (TABB). Kementerian melalui Jabatan Landskap Negara ada kuasa penuh atas pentadbiran Bukit Kiara seluas 188.9 hektar meliputi Taman Lembah Kiara dan Taman Arboretum. Sebenarnya, sebelum diambil alih Kerajaan Pusat pada 1980-an, kawasan itu dipenuhi kebun getah dan kini ia dipenuhi 13,000 pokok dan tumbuhan. Masa depan Bukit Kiara kekal sebagai tanah simpan, tetapi tanah sekitarnya di luar bidang kuasa kerajaan keranamilik persendirian atau swasta. Pelbagai jenis pokok akan ditambah bagi menjadikan Bukit Kiara sebagai TABB terbaik. Bukit Kiara akan mempunyai enam zon pembangunan iaitu zon pentadbiran dan pusat taman, zon rekreasi keluarga, zon Taman Arboretum Tropika Khatulistiwa, zon arboretum bernilai tinggi, zon riparian dan konservasi hidrologi serta zon biodiversiti. Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pendaftaran terganggu nama sama dua tempat Kita mengambil kira kemampuan dan kebolehan mereka. Penyelaras setiap venue menentukan bidang tugas mereka. Bagaimanapun, kita akan meneliti isu ini dan jika mereka dapat mengesahkan tugas dilakukan di venue sepanjang acara gimnastik dan gimrama itu sebagai petugas atau pegawai teknikal, kita sedia mengkaji semula pembayaran itu. Pengesahan bidang tugas itu perlu dilakukan penyelaras venue berkenaan dan kita tidak ada masalah untuk memberikan hak mereka. Jadi, kita memohon kerjasama kepada petugas dan sukarelawan sepanjang SUKMA XV berlangsung menghubungi kami jika ada sebarang masalah, terutama membabitkan tuntutan elaun. Ahmad Hairi Hussain Ketua Eksekutif SUKMA XV Pahang 2012 48 ≤NASIONAL − JUMAAT 20 JULAI 2012 Kenapa tuntutan pembayaran elaun kami sebagai petugas teknikal gimnastik dan gimrama pada Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 lalu tidak seperti dijanjikan. Berdasarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pengelola SUKMA XV, petugas teknikal akan dibayar elaun RM100 sehari, tetapi pihak sekretariat hanya bayar RM50 saja? Petugas Teknikal SUKMA XV 2012 Pahang Isu petugas teknikal dan pegawai teknikal ini ada kekeliruan. Mereka yang terbabit dengan SUKMA XV 2012 kurang faham bidang tugas dilakukan sepanjang kejohanan berlangsung. Pada 28 Jun, sayamenerima panggilan Pusat Giat Mara Kajang memaklumkan diterima mengikuti kursus jahitan dan mendaftarkan diri pada 2 Julai di pusat berkenaan. Bagaimanapun, pendaftaran gagal dilakukan kerana mereka memaklumkan nama saya juga tersenarai di Pusat Giat Mara Lembah Pantai. Kecuaian dilakukan pihak mereka, tetapi saya sendiri perlu menyelesaikan masalah ini. Pelajar kesal Shah Alam. Merujuk aduan pelajar berkenaan, Giat Maramemohon maaf atas kesulitan dihadapinya. Pihak kami akan menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan secepatmungkin sebaik sajamaklumatmengenainya diperoleh. Pada masa sama, calon pelajar juga boleh menghubungi pihak kami untuk tindakan lanjut. Giat Mara bersedia menyelesaikan masalah ini dan akan mendapatkan tempat untuk beliau bergantung kepada syarat dan peraturan ditetapkan. Pegawai Perhubungan Awam Giat Mara. SUARA KOMUNITI Suara Komuniti menge tengahkan masalah rakyat dan akhbar ini akan membantu pembaca mendapatkan maklum balas pihak berwajib. Sila hantarkan aduan anda ke Suara Komuniti Berita Harian, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau emel ke suarakomuniti@ bharian.com.my. Sedia kaji bayaran ikut pengesahan tugas Dalam proses pemasangan pagar, laluan kecil harus dibina dan menyebabkan sedikit kerosakan tetapi selepas kerja selesai, ia akan dibaiki semula. Ini kerana masih banyak pokok getah di kawasan itu dan kerajaan tidak mahu getahnya dicuri” Jika mereka dapat mengesahkan tugas dilakukan di venue sepanjang acara itu sebagai petugas atau pegawai teknikal, kita sedia mengkaji semula pembayaran itu” Laluan dibina bagi kerja pemasangan pagar yang boleh menjamin khazanah flora dan fauna di Bukit Kiara tidak diceroboh. [NASHAIRI MOHD NAWI /BH] Pasang pagar antipanjat elak flora, fauna diceroboh Pendaftaran gagal dilakukan kerana mereka memaklumkan nama saya juga tersenarai di Pusat Giat Mara Lembah Pantai”
?????? ?? ????? 2012 34 NASIONAL Pelajar kita jaguh Matematik » Kemenangan pertandingan IMO bukti mampu bersaing ???? ???????? ??? ??????? zanariah@bharian.com.my ?????? “K emenangan ini bukti p e l a j a r Ma lays i a mampu bersaing dalam bidang Matematik pada peringkat antarabangsa,” kata How Si Yu, 17, pemegang pingat perak dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) 2012. Beliau antara enam pelajar sekolah menengah dari Malaysia yang menyertai pertandingan Matematik berprestij berlangsung di Mar del Plata, Argentina antara 4 hingga 16 Julai lalu. Si Yu dan kembarnya, Si Wei; Tham Ying Hong, 17; Anzo Teh Zhao Yang, 16; Justin Lim Kai Ze, 16 dan Muhammad Afiq Noorman, 17, menggondol dua pingat perak, tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat. Si Yu, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, Subang Jaya, berkata minat mendalam selain semangat bersaing dengan abangnya mendorong kejayaan beliau dalam pertandingan berkenaan. Sementara itu, Tham, 17, pelajar Sekolah Menengah Jen i s Ke b an g s a an (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, berkata pertandingan itu adalah yang terakhir selepas menyertainya empat tahun berturut-turut. “Saya berjaya membawa pulang tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat. Saya gembira kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Mahu lanjut pelajaran “Selepas ini saya merancang melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik di luar negara,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin. Muhammad Afiq, 17, pelajar SMK Sultan Badlishah, Kulim, berkata pengalaman pertama memasuki IMO begitu bermakna bagi beliau selepas lebih dua tahun berusaha cuba menempat kan diri mewakili Malaysia. “Ia bukan mudah. Namun, saya tetap berusaha kerana percaya boleh melakukannya berdasarkan kejayaan meraih gangsa dalam satu pertandingan Matematik antarabangsa di Hong Kong lima tahun lalu,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa IMO 2012 Malaysia, Prof Arsmah Ibrahim, berkata IMO yang menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah algebra, geometri, teori nombor dan kombinatorik, semakin diminati dalam kalangan pelajar tempatan. Dari kiri Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu, Anzo dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat yang dimenangi sejurus tiba di KLIA, Sepang, kelmarin. [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] INFO Malaysia menduduki tangga ke-54 pada 2010. Menduduki tangga ke-35 pada 2012. 100 negara bertanding. IMO menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah algebra, geometri, teori nombor dan kombinatorik. Pencapaian dalam IMO
Graduan pendidikan kena bersaing cari kerja mona@bharian.com.my pengambilan untuk program ISMP sesi akademik 2011/2012 pengambilan untuk program ISMP sesi akademik 2012/2013 2,304 pelajar FAKTA NOMBOR 3,002 pelajar Mendengar penjelasan daripada pelajar mengenai geopark. Komuniti mengikat riben di feri penulis naiki sebagai tanda perpisahan. Komuniti membuat persembahan tradisi. T idak lama dulu, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berlumba-lumba melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan kerana itulah satu-satunya prospek yang menjanjikan pekerjaan sebaik keluar universiti atau maktab. Malah, beberapa rakan yang menganggur sekitar pertengahan 1990-an, selepas menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti, turut menyambung p enga j i an mereka dalam bidang pendidikan, dengan alasan tidak perlu menunggu lama untuk bekerja. Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku lambakan graduan lepasan pendidikan dan fenomena ini berlaku disebabkan ketiadaan unjuran pengambilan guru oleh Kementerian Pelajaran. Perkara ini diakui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendedahkan penawaran tempat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini menunjukkan pengurangan berbanding tahun lalu. Bagi sesi akademik 2012/2013, pengambilan untuk program ISMP hanya membabitkan 2,304 calon di sembilan IPTA berbanding 3,002 orang pada sesi sebelumnya di 11 IPTA. “Disebabkan tiada unjuran pengambilan, kemasukan pelajar ke Program Pendidikan adalah bersifat pasaran terbuka dan ini tiada jaminan pekerjaan. “Selepas menamatkan pengajian, mereka perlu bersaing seperti graduan dalam program lain untuk mendapatkan pekerjaan. “Dalam hal ini, kementerian mengarahkan IPT yang menawarkan program ini supaya memastikan pelajar mereka dilengkapi dengan nilai dan kemahiran insaniah yang tinggi dan bersedia memohon pekerjaan lain selepas menamatkan pengajian,” katanya sempena majlis ‘Impianku ke Menara Gading'. Tahun ini, daripada 63 , 467 ca lon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi yang mengemukakan permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama, seramai 38,549 (73.5 peratus) calon layak ditawarkan di 20 IPTA. Mohamed Khaled berkata, seperti tahun sebelum ini calon perempuan mendominasi kemasukan pelajar ke IPTA dengan jumlah 25,372 orang iaitu 65.8 peratus berbanding calon lelaki yang hanya seramai 13,177 orang atau 34.2 peratus. “Ini bermakna, usaha berterusan menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar lelaki untuk menyambung pengajian ke universiti khususnya perlulah dilakukan supaya proses pembangunan modal insan dalam negara dapat dilaksanakan secara saksama tanpa menyisihkan penyertaan mana-mana jantina,” katanya. Selain itu, dari aspek perbandingan aliran calon yang berjaya pula, seramai 21,959 (57 peratus) ditawarkan dalam aliran sains dan 16,590 (43 peratus) daripada aliran sastera. Angka ini sebenarnya selari dengan hasrat KPT melaksanakan dasar penawaran tempat sebanyak 60 peratus dalam bidang sains dan 40 peratus bagi bidang sastera. “Langkah ini bertujuan menarik minat pelajar terhadap sains sekali gus memperkukuhkan kekuatan modal insan dalam bidang itu,” katanya. Kementerian menyed i a k a n B i a s i s w a MyBrainSc berjumlah kira-kira RM9.5 juta tahun ini bagi meningkatkan bilangan penyelidik, saintis dan kejuruteraan yang bakal menjadi tenaga pengajar di negara ini dalam bidang sains tulen seperti fizik, kimia, biologi dan matematik. Daripada 1,060 permohonan awal, 258 calon berjaya lulus temu duga dan daripada jumlah itu, 42 calon mendapat tawaran pengajian universiti di pelbagai peringkat dalam dan luar negara. “Pelaksanaan proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah sistematik dan telus. Ia memberi peluang kepada segenap lapisan tanpa mengambil kira latar belakang calon. Pemilihan dilaksanakan berdasarkan pencapaian akademik dan pilihan program pengajian calon, hanya yang layak diberikan tawaran,” katanya. Selain itu, kementerian turut membuka ruang kepada golongan seperti Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya mereka terus mendapat hak berpendidikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Selepas tamat pengajian, mereka perlu bersaing seperti graduan dalam program lain untuk dapatkan pekerjaan" Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi RENCANA ?? ????? 2012 ?????? 41
?????? ?? ????? 2012 50 AGAMA Rancang harta awal tak susahkan waris Aset yang diurus dengan baik mampu elak pentadbiran pusaka berlapis ??????? disediakan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan untuk keterangan lanjut boleh menghantar e-mel kepada norsyillawaty@arb.com.my Umat Islam boleh mendapatkan penerangan di pameran produk AmanahRaya. P erancangan harta atau pusaka memainkan peranan sama penting dengan perancangan kewangan bagi umat Islam. Perancangan harta dalam kalangan umat Islam masih belum di tahap terbaik, namun semakin diterima dan menunjukkan tanda positif. Oleh itu, umat Islam digalakkan terus menambah ilmu, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman khususnya perkara berkaitan perancangan harta seterusnya boleh memperkemas serta melaksanakan perancangan harta masing-masing. Perancangan harta lazimnya membabitkan harta atau aset sah dimiliki seseorang dalam bentuk harta alih seperti wang tunai atau saham, sementara harta tak alih antaranya tanah, rumah, rumah sewa dan bangunan. Apabila seseorang itu membuat perancangan harta, maka ini menunjukkan pemilik telah membuat keputusan memberikan hartanya kepada dikehendaki baik individu, rumah kebajikan, masjid atau rumah anak yatim menggunakan instrumen dibenarkan secara sah di sisi undangundang. Ada juga pemilik harta berhasrat memberikan harta ke jalan Allah dengan harapan mendapat balasan pahala menggunakan perancangan harta sebagai jalan terbaik bagi merealisasikan hasrat itu. Apa dilakukan pemilik harta jelas menunjukkan penggunaan kuasa mutlak menentukan keperluan untuk dirinya, ahli keluarga ditinggalkan tanpa cuba membelakangkan tuntutan syarak. Pada masa sama, pemilik sedar perancangan harta untuk kemakmuran serta kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bagi tujuan itu, umat Islam perlu bijak mengurus dan memiliki asas perancangan harta terbaik yang dapat mengimbangi keperluan dunia serta akhirat supaya tidak kerugian. Perkara asas ini penting sebagai visi utama kehidupan umat Islam pada zaman semakin mencabar. Oleh itu, umat Islam sering diingatkan jangan terlalu leka atau lalai mengejar dan mempersiapkan kemewahan dunia sehingga melupakan keperluan kehidupan akhirat. Sama-sama kita berdoa supaya tidak termasuk dalam golongan ini. Hakikatnya, semakin banyak kisah mendukacitakan apabila kesenangan dan kekayaan kehidupan dunia berupaya membuatkan umat Islam tidak mengenali makna kesyukuran. Ada yang sanggup memperjudikan maruah diri dengan membiarkan kezaliman berterusan. Begitu juga dengan kemiskinan dan kealpaan yang turut melanda penduduk dunia, umat Islam tidak terkecuali. Jika tiada kekuatan iman, akan mudah hilang pegangan hidup. Jadi, tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada siapa saja tanpa mengira darjat, keturunan, kaya atau miskin. Cuba kita bisikkan di hati dan buka mata untuk melihat apakah yang telah dilakukan kepada rezeki dikurniakan. Sedarkah kita harta hanya sementara? Sedarkah kita harta akan ditinggalkan dengan cara yang dituntut atau membiarkan menjadi rebutan serta perbalahan ahli keluarga. Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” Dalam konteks ini, perancangan harta yang sistematik akan membuka pintu kepada pelbagai kebaikan yang membawa manfaat banyak pihak. Perancangan harta boleh dilakukan dengan mudah jika kita menerima secara positif. Sebaliknya, jika kita enggan dan sukar menerima maka pelaksanaan perancangan akan menjadi bertambah sukar. Jika masih ada masa tidak mengapa tetapi siapa tahu bila dia akan menemui ajal. Jadi mengapa perlu berlengah. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barang siapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekali gus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi) Tidak dinafikan ramai antara umat Islam sendiri kurang pendedahan mengenai perancangan harta dan pentadbiran pusaka. Akibatnya, kita melihat pertelagahan berlaku disebabkan berebut harta pusaka. Kebiasaannya pertelagahan akan berlanjutan dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan lebih-lebih lagi apabila kes menjadi lebih kompleks sehingga ke mahkamah apabila masih tidak mencapai persefahaman. Jika tiada lagi tolak ansur dalam kalangan ahli waris yang berhak, jangan terperanjat jika penyelesaian pentadbiran pusaka boleh berpanjangan untuk satu tempoh menakutkan hingga bertahun-tahun. Semakin lama penyelesaian gagal dilakukan maka bertambah rumit dan kompleks pentadbiran pusaka kerana kemungkinan ada kematian ahli waris yang berhak. Inilah yang menjadi asas utama kepada berlakunya pentadbiran pusaka berlapis. Bagaimana untuk mengelakkan berlakunya pentadbiran pusaka berlapis dan keluarga terpaksa berdepan masalah berpanjangan? Apakah tindakan segera yang perlu dilakukan bagi memudahkan perjalanan pentadbiran pusaka? Ikuti cara bagaimana memulakan perancangan anda dengan mudah minggu depan. Jika anda memerlukan perhatian segera untuk akaun Amanah AmanahRaya, hantarkan e-mel kepada rosmaidar@arb.com.my atau nurazila@arb.com.my. Pegawai AmanahRaya bersedia memberi khidmat untuk merealisasikan perancangan anda. HADIS “Barang siapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barang siapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekali gus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina” Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi
Oleh Adli Shahar adli@bharian.com.my P AMERAN Form of Time yang menampilkan 25 seramik yang dihasil kan pembuat seramik terke muka Jepun, Masaaki Shibata sedang berlangsung di Galeri Tapak, Shah Alam sehingga 27 Julai ini. Lebih menarik, semua seramik yang dipamerkan itu dihasilkan Masaaki semasa bertugas sebagai artis jemputan di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Seramik yang dihasilkan sepanjang dua tahun ber tugas di UiTM itu, terbahagi kepada lima siri, iaitu Hajji Series, Sanctuary Series, Prayer Series, The Tsunami Series dan Masaaki berkata, peng hasilan seramik itu di ilhamkan daripada peristiwa memberi kesan mendalam kepadanya ter masuk sambu tan perayaan di negara ini dan bencana yang melanda Jepun. “ D a l a m Hajji Series contohnya, saya berpe luang me sikan perayaan ma syarakat Islam yang belum pernah saya saksikan sebelum ini. “Sanctuary Series pula menggunakan latar peristiwa gempa bumi besar di Jepun sebagai subjek utama, manaka la The Tsunami Series pula terhasil kerana saya ingin mengenang semula peristiwa yang banyak meragut nyawa itu,” katanya kepada Galeri di Galeri Tapak, ShahAlamdi sini, baru baru ini. Masaaki, 62, berasal dari Tokonama, iaitu kawasan yang dikenali dengan produk seramik sehingga tidak hairanlah kecende rungan beliau terhadap seni seramik itu. Apatah lagi, seramik dihasilkan juga menggu nakan 100 peratus bahan tara daripada tanah l iat yang dibekal k a n pihak UiTM tanpa secara medium tamba han lain. Masaaki berkata, bagi Prayer Series, beliau menjadikan ibadat solat penganut Islam sebagai inspirasimanakalaCycle Series pula merekodkan keindahan alam semula jadi yang dilihat ketika bercuti di PulauRedang. Sementara itu, Ku rator Pameran, Yusof Ghani, berkata Galeri Tapak memilih Masaaki sebagai artis per tama yang mempamerkan karya di galeri yang baru dibuka itu kerana seramik sebagai hasil seni masih baru di negara ini. “Seramik yang digunakan bagi menghasilkan alatan seperti pasu atau pinggan mangkuk sering dite mui dengan mudah, tetapi peng gunaannya sebagai hasil senimasih kurang dipraktikkan,” katanya. Beliau berkata, setakat ini hanya beberapa pengkarya tempatan seperti Umibaizura Mahir, Prof Madya Ham Rabeah Kamarun dan Iskandar Jalil yang diketahui menggunakan seramik seba gai bahan tara. “Selepas melihat hasil seramik beliau buat kali pertama lima tahun lalu, saya mencadangkan kepadanya agar me ngadakan pameran di negara ini agar keunikan hasil seninya dapat disak sikan peminat seni tempa tan,” katanya. 52 SASTERA − JUMAAT 20 JULAI 2012 » 25 karya seramik, perayaan Islam dan tragedi tsunami jadi ilham INFO Pameran Form of Time ≤ Pengarca: Masaaki Shibata ≤ Karya: 25 ≤ Lokasi: No 1, Jalan Tanjong 8/28 Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. ≤ Tarikh: Sehingga 27 Julai 2012 ≤ Telefon: 013-3489565 Pameran Form of Time be Cycle Series. nya k Dalam Hajji Series contohnya, saya berpeluang menyaksikan perayaan masyarakat Islam yang belum pernah saya saksikan sebelum ini, sekali gus menarik perhatian saya terhadap pengorbanan.” Masaaki Shibata, Pengarca Yusuf Ghani. Masaaki Shibata bersama hasil arcanya. [ROHANIS SHUKRI /BH ]
?????? ?? ????? 2012 20 NASIONAL Warga KTMB keluar kesatuan » KPPKTMB didakwa gagal bela kebajikan kakitangan Rosmah rasmi Rayuan Hari Pahlawan ???? ???????? ???? ???? haspaizi@bharian.com.my ????? ?????? S ebahagian warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertindak drastik keluar daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB), semalam. Desak lepas jawatan Keputusan berkuat kuasa serta-merta itu diambil 130 pemandu dan 30 kakitangan dari pelbagai jabatan turut mendesak Presiden KPPKTMB, Abdul Radzak Md Hassan melepaskan jawatan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Tren , Badrul Khuzaini Hashim, mendakwa kepemimpinan kesatuan gagal membela kebajikan pekerja selain mengambil tindakan bersifat peribadi. “Mereka menggunakan nama dan jawatan pemandu ketika mengugut mengadakan mogok dan work-to-rule tahun lalu, sedangkan kami tidak pernah bersetuju atau dimaklumkan. Kenyataan Presiden KPPKTMB pada 26 Julai 2011, kononnya 2,000 pemandu mogok menunjukkan beliau tidak peka jumlah pemandu hanya 900 orang. To l a k c ad angan “KPPKTMB turut menolak cadangan menaik taraf jawatan pemandu kepada kumpulan eksekutif, sekali gus menafikan kebajikan pemandu ,” ka tanya pada sidang media, semalam. Badrul berkat a , p ihaknya membuka ruang kepada Abdul Radzak serta kepemimpinan kesatuan berbincang bagi mencari penyelesaian dan jika gagal berbuat demikian, Presiden KPPKTMB itu perlu melepaskan jawatan. KepincanganKPPKTMBbermula sejak 2009 apabila kesatuan itu dilihat begitu agresif menentang pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pekerja terutama ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan. “Kami sudah bertemu Menteri Pengangkutan dan berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut membantu. Potongan gaji RM9 setiap bulan sebagai ahli tidak berbaloi apabila kesatuan yang diharapkan dapat membela kebajikan pekerja, gagal berfungsi seperti diharapkan,” katanya. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memasukkan replika duit syiling sebagai simbolik ketika merasmikan Perasmian Rayuan Hari Pahlawan di Kuala Lumpur, semalam. Beliau diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais (kanan). [FOTO BERNAMA] SPS: Pekerja mahu penjelasan ????? ??????? Pekerja yang ingin menyertai Skim Persaraan Swasta (SPS) perlu diberi penjelasan tepat bagi memastikan mereka faham kepentingan membuat caruman berkenaan. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Penswastaan, Mohd Shafie Mammal, berkata langkah itu perlu kerana ia skim baru dan masih belum ada sebarang pencapaian. “SPS sangat baik menjaga masa depan persaraan pekerja seperti juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ada objektif jelas. Bagaimanapun mekanisme pelaksanaan SPS perlu diperjelaskan kerana masih ramai yang samar. “Perlu diadakan siri jelajah atau sesi dialog dan penerangan terlebih dulu. Sesi itu juga perlu dihadiri majikan dan pekerja, bukan hanya sebelah pihak semata-mata. Ini bagi memastikan SPS diyakini berupaya membantu persaraan pekerja,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, inisiatif itu banyak dilaksanakan beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat dan Australia namun tidak semua berjaya, sekali gus penting bagi pekerja di Malaysia didedahkan kepada objektif dan matlamat skim berkenaan. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Khalid Atan, berkata SPS mampu menarik pekerja mencarum selain KWSP kerana ia dilaksanakan secara sukarela dan mampu menjadi jaring keselamatan bagi kumpulan sasar yang membolehkan mereka mendapat manfaat dan menikmati persaraan dengan lebih baik. Mekanisme pelaksanaan SPS perlu diperjelas” Mohd Shafie Mammal Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Penswastaan FAKTA NOMBOR 160 kakitangan KTMB pelbagai jabatan keluar daripada KPPKTMB RM9 yuran bulanan ahli KPPKTMB melalui potongan gaji Australia antara negara berjaya laksana skim ????? ??????? Chile, Australia, Amerika Syarikat dan Hong Kong, antara negara berjaya melaksanakan Skim Persaraan Swasta (SPS) yang memberi manfaat kepada pekerja apabila bersara. Australia dianggap antara negara paling berjaya melaksanakan sistem itu yang memerlukan pekerja mencarum jumlah minimum sembilan peratus daripada pendapatan bulanan dalam dana persaraan yang boleh dikeluarkan ket ika bersara atau dalam situasi peralihan. Dilaporkan ada 500,000 penyedia dana persaraan beroperasi di negara berkenaan dan bagi meningkatkan fleksibiliti dana, pekerja diberikan pilihan memi l i h dana yang memberi pulangan lebih baik. Di Hong Kong, skim persaraan swasta diuruskan Pihak Berkuasa Kumpulan Wang Simpanan (MPFA), mula dilaksanakan pada 2000 dengan 71 peratus daripada keseluruhan pekerja di negara itu menyertainya. Tiga skim ditawarkan, iaitu Skim Amanah Utama, Skim Tajaan Majikan dan Skim Industri yang disertai mengikut kategori pekerjaan. MPFA juga melaksanakan sistem perlindungan empat lapisan iaitu kriteria pendaftaran dan kelulusan ketat, pemantauan berterusan, insurans indemniti profesional dan tabung pampasan. Di Chile, sistem sama diperkenalkan pada 1981 dan diuruskan pihak swasta dikenali Pentadbir Dana Persaraan (PFA). Ia mewajibkan setiap pekerja mencarum 10 peratus pendapatan kepada enam penyedia dana persaraan swasta serta dibenar menukar penyedia dana. Dianggarkan 97 peratus kakitangan awam memilih sistem persaraan swasta. Amerika Syarikat jugamempunyai skim dinamakan Pelan 401 (k), namun ada beberapa had kepada pekerja terutama ketika mereka mahu membuat pengeluaran selain dikenakan penalti jika mahu mengeluarkan caruman sebelum usia persaraan. INFO Pekerja Australia mencarum jumlah minimum sembilan peratus daripada pendapatan bulanan. Skim persaraan swasta Hong Kong disertai 71 peratus pekerja. Hong Kong tawar tiga skim mengikut kategori pekerjaan. Skim Persaraan Swasta
23 ?? ????? 2012 ??????
?????? ?? ????? 2012 10 NASIONAL 5 Soalan ???? ????? ???????? faiza@bharian.com.my I su pengeluaran penuh caruman Kumpulan Wang S im p a n a n P e k e r j a (KWSP) apabila mencapai umur 60 tahun berbanding 55 tahun sebelum ini menimbulkan keresahan orang ramai khususnya pekerja swasta. Peraturan baru itu dijangka berkuat kuasa mulai Januari tahun depan selaras dengan penetapan umur persaraan minimum kakitangan swasta menerusi Akta Persaraan Minimum 2012. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan yang mewakili suara terbesar pekerja sektor swasta, memberi pandangan inisiatif itu. S: Bagaimana maklum balas ahli terhadap isu ini? J: Ramai ahli pada peringkat akar umbimahumengeluarkan caruman penuh pada umur 55 tahun walaupun had persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun. Pada saya, lebih baik bagi dua pilihan iaitu siapa yang mahu keluar 1/3 caruman pada umur 50 dan keluarkan habis pada 55 tahun atau pilihan kedua, keluar 1/3 caruman pada umur 55 dan keluar semua caruman pada umur 60. Biar pencarum buat pilihan supaya tidak ada pertikaian mana-mana pihak. Jika kita buat satu keputusan ia tidak membayangkan kehendak majoriti yang berpendapat 60 tahun itu terlalu lama untuk keluarkan duit. Banyak kesatuan sekerja dan badan bukan kerajaan (NGO) melahirkan pandangan sama. Jadi untuk elak kontroversi dalam membuat keputusan, lebih baik bagi pencarum pilihan dan terpulang kepada mereka untuk memilih sama ada pilihan pertama atau kedua. Kalau tidak berbuat demikian, bermacam masalah akan timbul. Saya cuma cadangkan ini sebab mahu cari jalan tengah. Sebarang keputusan diambil kerajaan sudah pasti ada baik dan buruk. Kalau kita bagi pilihan, sudah tentu tidak ada pertikaian nanti. S: Bantahan majoriti daripada 800,000 ahli MTUC akan disampaikan kepada kerajaan dan KWSP? J: Perkara ini belum dibincangkan pada peringkat atasan namun kami sudah mendapat maklum balas dari pekerja yang pengeluaran caruman dikekalkan pada umur 55 tahun. Cuma segelintir saja yang bersetuju pengeluaran wang caruman ditetapkan pada umur 60 tahun. Apabila ada perbincangan antara pihak berkenaan, sudah pasti saya akan suarakan pandangan mereka ini. S: Apa kewajaran mengeluarkan caruman pada usia 60 tahun? J: Kerajaan melihat caruman ini memberi keuntungan kepada pekerja dalam jangka panjang. Apabila dilaksana ia akan membantu meningkatkan jumlah caruman untuk tempoh lima tahun lagi. Jumlah simpanan sekarang iaitu pada umur 55 dianggap agak kecil berbanding pada umur 60 tahun, berikutan keperluan masa depan yang semakin meningkat. Namun, terpulang kepada pencarum sendiri untuk membuat pilihan, sebab mereka sudah mempunyai perancangan kewangan untuk bersara pada usia 55 tahun atau 60 tahun. S: Jika kerajaan bersetuju untuk membenarkan caruman penuh dikeluarkan pada usia 55 tahun, adakah ini akanmemberi kesan buruk kepada kewangan pencarum itu sendiri? J: Kalau kita sudah bagi pilihan 55 tahun boleh keluar semua duit caruman, terpulang pada mereka untuk menggunakannya. Itu keputusan kepada mereka, sama ada mereka pandai mengurus kewangan atau tidak, bukan kita yang harus pertikaikan. Kita tidak tahu per a n c a n g a n m e r e k a , caruman ini pun duit mereka sendiri, biar mereka buat keputusan. Itu cara terbaik untuk elak perselisihan faham. S: Apa cadanganMTUCuntuk pelaksanaan caruman ini? J: Apabila akta itu dikuatkuasa, kami berharap ia dilaksana selepas tempoh enam bulan bagi memberi kemudahan kepada ahli. Di pihak majikan, saya difahamkan ramai mahu tempoh yang lebih panjang iaitu lebih setahun. Namun perkara ini belum diputuskan lagi. Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung had umur bagi penge luaran caruman KWSP. Akta umur persaraan juga belum diwartakan. Selagi tidak dikuat kuasa, bermakna belum ada sebarang perubahan dari segi skim pengeluaran KWSP sedia ada. Semuanya masih berjalan seperti biasa. Namun terpulang kepada pencarum sendiri untuk membuat pilihan, sebab mereka sudah mempunyai perancangan kewangan untuk bersara pada usia 55 tahun atau 60 tahun” MOHD KHALID ATAN Beri ahli KWSP pilihan PM umum 19 Julai Hari Pesara ????? ??????? Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara bagi menghargai sokongan dan sumbangan untuk pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, hari istimewa itu juga bagi membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan jasa dan komitmen pesara ketika berkhidmat. Beliau juga akan membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan mewujudkan bangunan Wisma Pesara dan memberi jaminan akan memperuntukkan tapak bagi menjadikan ia kenyataan. “Saya terharu atas lafaz ikrar yang menyatakan sokongan padu pesara kerajaan kepada kepemimpinan negara ini. Teguh sokong kerajaan “Lafaz sokongan yang tidak berbelah bahagi itu adalah mesej bahawa sebahagian besar bekas penjawat awam berdiri teguh menyokong kerajaan pada hari ini,” katanya pada Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Beliau turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) yang keahliannya mencapai kira-kira 400,000 di seluruh negara. Najib berkata, beliau tidak mahu mendapat sokongan hanya semata-mata kerana jawatan yang disandang atau kerana tujuan membodek, sebaliknya mahu sokongan itu berasaskan rasa hormat. Sokongan berasas rasa hormat “Apabila rakyat diberi hak untuk menentukan pihak yang layak dan patut diberi sokongan, penentuannya ialah sejauh mana keyakinan dan kepercayaan terhadap pihak itu memimpin negara. “Kriteria utama adalah ‘track record' (pencapaian) kerajaan dan jika terbukti kerajaan ini membantu rakyat, menjaga kedaulatan negara dan membela nasib pesara penjawat awam,maka layaklah saya dan rakan mendapat sokongan,” katanya. Mengenai pesara tentera yang berkhidmat kurang 21 tahun, Najib berkata, kerajaan menggalakkan tentera berkhidmat lebih 21 tahun kerana ia memberi jaminan masa depan yang lebih cerah. “Hakikatnya tidak ada yang suruh mereka bersara awal (kurang 21 tahun), itu pilihan mereka,” katanya yang memberi jaminan akan meneliti perkara itu kerana ia membabitkan bilangan mencecah 200,000 bekas tentera. ????? ??????? Seramai 4.5 juta pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dijangka dikenakan potongan tambahan antara 50 sen hingga RM1 sebulan bagi Tabung Kebajikan Pekerja, mulai tahun depan. Namun, tabung yang diwujudkan bagi membiayai sara hidup pekerja yang diberhentikan, dijangka memberi manfaat elaun bulanan RM900 untuk tempoh setahun. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata caruman danmanfaat itu sedang diperincikan Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO serta dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini. “Caruman pekerja ini perlu dilakukan bagi menampung secara berterusan dana tabung yang menerima peruntukan permulaan kerajaan sebanyak RM80 juta. “Dianggarkan menerusi caruman ini, PERKESO yang mengendalikan dana akan memperoleh hampir RM50 juta setahun. Jumlah ini dapat menampung mereka yang diberhentikan kerja dalam tempoh setahun,” katanya kepada BH. Mohd Khalid berkata, kriteria mereka yang akan memperoleh manfaat tabung itu juga sedang diteliti bagi memastikan hanya pekerja diberhentikan kerja akibat masalah majikan muflis mendapat bantuan. “Mereka yang hilang pekerjaan kerana masalah disiplin atau sengaja mahu diberhentikan tidak akan dipertimbangkan,” katanya. Penubuhan tabung itu, katanya adalah bantuan kebajikan sementara bagi membantu pekerja yang diberhentikan sehingga kerajaan melaksana Skim Insurans Pengangguran. “Penubuhan tabung ini juga wajar sama ada ekonomi negara berada dalam keadaan stabil atau krisis. Ini kerana dalam keadaan ekonomi yang baik juga berlaku kes majikan memberhentikan pekerja mereka kerana tidak mampu bersaing dalam dunia global yang sengit,” katanya. Sebahagian pesara teruja mendengar ucapan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. PERKESO naik caruman 50 sen hingga RM1 » Keluar wang caruman pada usia 55 atau 60 Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) FAKTA NOMBOR RM50 juta jangkaan perolehan PERKESO setahun
?????? 7 ?? ????? 2012 NASIONAL INFO Proses kajian Istihalah keli oleh IPPM Sampel ikan hidup bersaiz komersial diambil. Ikan tidak diberi makan selama dua hari Ikan dalam dua tangki berbeza diberi makan organ babi dan ikan baja selama 10 hari Selepas 10 hari, saiz ikan diambil setiap 2, 6, 10, 16, 20, 24, 32 dan 48 jam Ikan dibedah dan saluran usus dikeluarkan Saluran usus dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu perut, usus tengah dan usus hujung Morfologi setiap bahagian saluran usus direkod Sampel makanan terhazam diambil untuk analisis DNA menggunakan teknik PCR. DNA babi tidak dikesan sama sekali dalam isi ikan selepas 36 jam INFO Istihalah - proses penyucian dan pembersihan semula jadi Jallalah kumpulan haiwan yang sukan memakan najis dan kotoran 36 jam tempoh istihalah ????? ??????? Ketiadaan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan proses istihalah menyebabkan ramai pengusaha ikan keli tidak melakukannya sebelum dipasarkan. Ia menyebabkan ikan berkenaan, terutama spesies keli Afrika lebih cenderung memakan bangkai, usus haiwan serta dedak mengandungi DNA babi tidak menjalani proses penyucian yang sempurna. Seorang pengusaha di Langkawi berkata, beliau tidak pernah diberitahu mengenai kaedah berkenaan sepanjang lebih dua tahun mengusahakan ternakan itu. Walaupun tidak menggunakan bangkai dan daging babi, beliau mengakui menggunakan dedak ikan import sebagai sumber utama makanan ternakannya. “Harga dedak import lebih murah berbanding makanan lain seperti isi haiwan. Malah, penggunaan dedak mempercepatkan pembesaran keli. “Dari proses benih kepada matang (saiz yang sesuai di jual) ia hanya ambil tempoh tiga bulan menggunakan dedak. Jika menggunakan sumber lain seperti usus haiwan, anak ikan dan isi ayam mengambil masa enam hingga tujuh bulan sebelum boleh dijual kepada peraih,” katanya kepada BH. Tinjauan di pasar malam sekitar Lembah Klang mendapati permintaan terhadap keli ternak memang mendapat sambutan pengguna dengan harganya RM4 hingga RM5.50 sekilogram. Di Malaysia ada lebih 5,000 pengusaha keli Afrika berskala kecil atau besar dengan hasil pengeluaran dianggarkan 1,000 tan metrik setiap tahun. Permintaan meningkat menyebabkan ramai pengusaha lebih suka menggunakan dedak yang diimport dari beberapa negara seperti China, Taiwan dan Thailand berbanding sumber makanan lain. Ramai pengusaha keli tak tahu proses istihalah Kolam yang mengandungi ikan keli untuk kajian istihalah. Pegawai penyelidik menjalankan kajian istihalah di Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia, Batu maung , Pulau Pinang. Keli Afrika Spesis clarias gariepinus Banyak di Afrika dan Timur Tengah Hidup dalam tasik air tawar, sungai, paya dan kolam buatan manusia Kelabu gelap atau hitam berbintik Panjang maksimum 170 sentimeter Berat sehingga 29 kilogram Mempunyai organ pernafasan besar Bentuk kepala tulang rata Sirip dada mempunyai duri (senjata) Suka makan kotoran termasuk najis Pembiakan telur dan larva yang pesat Ikan keli yang diberi makan 6 peratus daging babi. Antara jenis pallet ikan keli. l
?????? ?? ????? 2012 2 NASIONAL SPA kaji 26 peraturan sertai sektor awam ?????????? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 peraturan permohonan memasuki sektor awam termasuk membuka jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pemohon memiliki ijazah sarjana muda. Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam, berkata kajian semula 26 daripada 593 peraturan itu bagi memperluaskan peluang pemohon kerja selain merakyatkan perkhidmatan awam mengikut perkembangan semasa. Katanya, SPA menerima purata 1.1 juta permohonan setahun berbanding kekosongan hanya 30,000 setahun, manakala kekosongan jawatan untuk tahun ini dan tahun depan berdasarkan penjawat awam yang bersara sebanyak 7,000. “Ada juga peraturan pemohon yang menolak tawaran tidak akan dipanggil untuk temu duga jawatan sama bagi tempoh tiga tahun. Peraturan ini perlu dilihat sama ada masih relevan. “Begitu juga dasar menetapkan mereka yang mempunyai sarjana tidak boleh memohon jawatan memerlukan kelayakan lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan dengan CUEPACS, di sini semalam. Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. Tak mesra pekerja Mahmood berkata, kajian semula 26 peraturan yang akan dilakukan bersama CUEPACS itu akan dilaksana secepat mungkin. Katanya, perbincangan dengan kementerian, jabatan dan pihak berkuasa juga dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan perlu diubah suaimengikut peredaran masa atau dihapuskan terus. Sementara itu, Omar berkata 26 peraturan yang dikenal pasti itu dianggap sebagai tidak mesra pekerja sektor awam. FAKTA NOMBOR 1.1 juta purata SPA menerima permohonan setahun ???? ???????? ??????? ??? ???????? ??? ???? bhnews@bharian.com.my ????? ?????? K ejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Bhd (FGV) dan IHH Healthcare Bhd (IHH) adalah antara bukti kemantapan ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia walaupun dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu berikutan krisis zon euro. Menurut kolumnis The Wall Street Journal (WSJ), Cynthia Koons, kemantapan pasaran saham Malaysia turut terbukti berikutan peningkatan penanda aras utama pasaran saham negara, FBM KLCI yang melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada Rabu lalu, iaitu hampir tujuh peratus sejak awal tahun ini. Dalam laporannya yang disiarkan semalam, beliau berkata, sokongan kerajaan terhadap ekuiti Malaysia turut menjadi faktor pendorong kepada peningkatan FBM KLCI. Tawaran FGV, IHH terbesar Tawaran awam permulaan (IPO) FGV bernilai USD3.3 bilion dan IHH dengan nilai USD2 bilion adalah yang terbesar di rantau ini pada tahun ini. Sebahagian besar saham FGV dibeli oleh pelabur yang mendapat sokongan kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau juga berkata, ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi baik dengan mencatatkan kadar pengangguran rendah serta kadar inflasi hanya kira-kira dua peratus, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar lima peratus. “Faktor ini penting kerana pasaran saham Malaysia sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat domestik. Eksport Malaysia juga kukuh. Komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas mencakupi suku daripada jumlah eksport, manakala selebihnya disumbangkan oleh elektronik dan barangan perkilangan,” katanya. HSBC melaporkan jumlah eksport Malaysia hanya menurun dua peratus sejak Ogos tahun lalu berbanding penurunan 13 peratus agregat bagi eksport ke Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Industri bank kukuh Koons berkata, industri perbankan tempatan terus kukuh dengan kualiti aset yang baik dan tidak terjejas dengan krisis kewangan di zon euro. “Agensi penarafan, Moody's turut menjangkakan pertumbuhan lima peratus bagi KDNK Malaysia,” katanya. Namun, katanya, walaupun situasi politik yang tidak menentu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berusaha menambah baik infrastruktur dan menambah pelaburan dalam sektor minyak dan gas serta pelancongan. Bukti ekonomi terus mantap » Penyenaraian FGV, IHH perjelas kedudukan kewangan Malaysia Mahmood (kiri) bersama Omar (tengah) pada pertemuan SPA dengan CUEPACS di Putrajaya, semalam. [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH]
?????? ?? ????? 2012 24 NASIONAL 294 terima darjah kebesaran » Tuanku Muhriz ketuai senarai penerima pingat ???? ?????????? ?????? ??????? hanneeyzah@bharian.com.my ????? ?????????? Y ang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengetuai 294 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini. Tuanku Muhriz penerima tunggal Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu (DKKT). Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa pula menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk Seri. Enam menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin membawa gelaran Datuk, iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abd Razak Ismail; Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Kassim; Naib Presiden PETRONAS (Eksekutif), Datuk Anuar Ahmad. Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Jebasingam Issace John dan Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Nik Anuar Nik Mahmud. Tiga penerima Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu (DKMT) Peringkat Pertama membawa gelaran Datuk ialah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin serta Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. 10 penerima DKMT Peringkat Kedua (bergelar Datuk) iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi danSumberManusianegeri, Ahmad Razif Abd Rahman; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,MohdRozali Salleh; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Korporat) TATIUC, Zulkifli Mohamad; Pegawai Daerah Hulu Terengganu,Wan MohdWan Ibrahim; Setiausaha Bahagian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr Nor Aieni Mokhtar; Pengarah Utama Wan Husin & Associates Sdn Bhd, Wan Husin Wan Embong. Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat, Brig Jeneral Datuk Mohamed Bacha; Timbalan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohamad Hanafiah Zakaria; Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa dan Pengerusi Eksekutif Ken Holding Bhd, Tan Boon Kang. 14 menerima Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Peringkat Keempat, Darjah Kebesaran Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin (20), DarjahKebesaranSetia Mahkota Terengganu (15), Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (29), Pingat Jasa Cemerlang (12), Pingat Jasa Kebaktian (167) dan Pingat Lama Berjawatan (16). Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Shamsul Azhar Abbas Jebasingam Issace John Ahmad Razif Abd Rahman Tan Boon Kang
− HARGA: RM1.50 − TEL: 1 300 22 6787 − www.bharian.com.my PP 414/10/2012(030686) − JUMAAT − 30 SYAABAN 1433H » Elak cemari rumah Allah terutama ketika Ramadan: Najib Usah guna masjid untuk sebar fitnah Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Diyanah Anuar bhnews@bharian.com.my ̌ Serdang S ehari sebelum umat Islam berpuasa, Datuk Seri Najib Razak meminta mereka tidak menggunakan masjid sebagai platform menabur fitnah dan kebencian sehingga merosakkan perpaduan ummah. Selain ditentang oleh Rasulullah SAW, Perdana Menteri berkata kesucianmasjid tidak harus dicemari pada bila-bila masa, termasuk ketika Ramadan semata-mata mahu mendapat keuntungan tertentu, mencari pengaruh atau mencetus perasaan benci. Katanya, masjid bukan gelanggang mengecam, sebaliknya tempat beribadat dengan tenang dan tenteram, selain mengajak kepada kebaikan dan berdakwah secara bijaksana serta berhemah. Perdana Menteri berkata, Rasulullah SAW memandang serius perkara itu sehingga pernahmemerintahkan sebuah masjid dibakar kerana dikuasai dan digunakan ≤ Nasional 8 PUASA BERSAMA KELUARGA EPIT [ F O T O I H S A N B O M B A J O H O R J A Y A ] BH mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam Berita Harian MERENTASGENERASI 20 JULAI 2012 DEMI TUGAS Anggota bomba nyaris jatuh ketika selamat mangsa kebakaran di Johor Bahru NASIONAL 14 KANCIL BERTEMBUNG LORI Lima bersaudara termasuk bayi maut NASIONAL 25 LANUN TAWAN KAPAL Enam lelaki bersenjata parang ikat 12 anak kapal NASIONAL 36 FARID KAMIL RETAK LUTUT ★ HIP NAJIB beramah mesra dengan hadirin Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang. KUARANTIN 36 JAM Cara sucikan keli makan dedak ada DNA babi NASIONAL 6/7
27 ?? ????? 2012 ??????
?????? ?? ????? 2012 56 DUNIA Tindakan tegas laman web lucah ???????? Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap laman web lucah sebagai menghormati umat Islam yang bakal menunaikan ibadat puasa, kata seorang menteri. “Sempena Ramadan ini, kita perlu kuatkan usaha,” kata Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tifatul Sembiring kepada pemberita di kementerian beliau. Tifatul yang terkenal dengan dakwaan beliau bahawa dirinya ‘terpaksa' bersalaman dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama ketika lawatannya ke Jakarta berkata, tindakan tegas akan memberi fokus kepada penyedia perkhidmatan internet (ISP) tempatan. Menteri terbabit, seorang ahli politik dari Parti Keadilan Kesejahteraan (PKS) berkata, bahawa pegawai sentiasa berhatihati dalam kerja mereka untuk mengehadkan akses kepada pornografi di Indonesia tanpa mengira sama ada ia bulan puasa atau sebaliknya. “Kami akan meningkatkan pemantauan sehingga akhir Ramadan,” kata Tifatul. Kementerian Penerangan dan Komunikasi sebelum ini melaporkan, lebih dua juta laman web lucah boleh diakses di Indonesia. Bagaimanapun, satu juta laman web kebanyakannya dikendalikan ISP dari luar negara, sudah disekat atas arahan kementerian terbabit awal bulan ini. Agensi Ikrar kerat tangan pengebom » Tentera Syria bertindak balas atas kematian menteri D AMSYIK: Presiden Bashar al Assad melantik Jeneral Fahd al-Jassem al-Freij menggantikan Menteri Pertahanan, Daoud Rajha, yang maut bersama tiga lagi pegawai atasan tentera dalam serangan bom pagi kelmarin di ibu pejabat pasukan Keselamatan Negara. Sementara itu, beberapa letupan dilaporkan kedengaran berhampiran pangkalan unit keempat tentera di ibu kota Syria itu yang bertanggungjawab mengawal istana presiden dan diketuai saudara lelaki presiden, Maher al Assad. Dalam tindak balas kepada letupan di ibu pejabat Keselamatan Negara, rejim Syria berjanji akan menghukum pihak bertanggungjawab dan memotong tangan mereka yang mengancam keselamatan negara. Kenyataan tentera dibacakan di televisyen, memperinTentera menentang keputusan Bashar di Azzaz pada 17 Julai lalu. [FOTO REUTERS] Fahd al-Jassem al-Freij Tindakan pengganas meningkatkan keazaman tentera membebaskan negara” Kenyataan tentera cikan tentera berazam menghapuskan penjenayah, kump u l a n p embunu h d a n menghukum mereka ke mana saja mereka pergi. “Tindakan pengganas meningkatkan keazaman tentera untuk membebaskan negara daripada kumpulan pengganas,” kata tentera rejim dalam satu kenyataan. Pada masa sama, pertempuran antara pemberontak dan tentera berterusan di Damsyik yang kawasan berhampirannya diserang tentera rejim menyebabkan 60 askar maut sejak Isnin lalu. “Antara 40 dan 50 tentera Syria maut Isnin lalu dalam pertempuran di Damsyik. “Sekurang-kurangnya 20 lagi dilaporkan terbunuh Selasa lalu,” kata Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman. Asap tebal dapat dilihat di beberapa lokasi di ibu negara, dan menyaksikan kesesakan berkurangan berbanding biasa. Pertempuran Damsyik menghampiri garis penamat dan ibu negara menjadi kubur penyerang, menurut tajuk utama akhbar al-Watan, yang dilaporkan rapat dengan rejim. Di bandar Jdaidet Artouz yang ketiadaan bekalan elektrik kerana diputuskan, letupan kedengaran diiringi tembakan. Bandar Zabadani juga diserang, kata sumber pembangkang. Agensi/AFP 2-27 Julai 2012 10.00 pagi - 6.00 ptg Pameran Seni SoloPameran Seni Solo MySecret Garden Lobi Utama, Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur Tel: 03-2282 3131 samb. 2592 oleh Yee Fuh Wen
?? ????? 2012 ?????? 25 NASIONAL 5 bersaudara maut nahas kereta, lori » Saksi dengar suara mengerang, tangisan bayi ???? ? ????????? ?????? hifzuddin@bharian.com.my ????????? L ima bersaudara termasuk bayi 11 bulan serta dua saudara mereka maut selepas kereta PERODUA Kancil dinaiki bertembung lori simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam. Tujuh mangsa dari Engkilili itu dalam perjalanan menghantar JamilahMinggat, 24, dan bayinya, Noraini Bagio, 11 bulan, mendapat rawatan di Hospital Sri Aman. Bagaimanapun pada jam 9.05 pagi, kereta dipandu MohdRachaelAbdullah, 22, terbabas sebelum bertembung lori menghala ke arah Lubok Antu itu. Akibatnya, Mohd Rachael; isterinya, Santi Minggat, 19; ibu Santi, Jamaah Ali, 42, dan Noraini yang berada dalam pelukan Jamilah, maut tersepit di dalam kereta yang sesak. Anak Mohd Rachael, Rizal Mustapha, 1, dan adik iparnya, Salbiah Minggat, 21, kini kritikal di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching. Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa. “Siasatan awal mendapati kereta terbabit memasuki laluan bertentangan menyebabkan pertembungan kuat dengan lori simen. Lima mangsa maut di lokasi, manakala dua yang terselamat cedera parah,” katanya ketika dihubungi. Salbiah dilaporkan patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanan, manakala Rizal cedera di muka dan badan. Pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Seorang saksi yang bekerja di kedai runcit berdekatan, JohnAmbia, 25, berkata dia terdengar dentuman kuat ketika hendak memulakan kerja lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Kancil terperosok di bawah lori. “Saya juga terdengar suara mengerang dan tangisan bayi. Beberapa pengguna jalan kemudian membantu mengeluarkan dua mangsa sementara menunggu pasukan bomba datang mengeluarkan mereka yang tersepit,” katanya. Bomba dan penyelamatmembawamayatmangsa dari kereta Kancil yang terperosok di bawah lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam. INFO Mohd Rachael Abdullah, 22. Santi Minggat, 19. (isteri Racheal). Jamaah Ali, 42. (ibu Santi). Jamilah Minggat, 24. Noraini Bagio, 11 bulan. (anak Jamilah) Parah Rizal Mustapha Mohd Rachael, 1. Salbiah Minggat, 21. Mangsa nahas
65 2012
?????? ?? ????? 2012 26 NASIONAL Suspek sama disyaki bunuh Cheng Kok Seng » Polis siasat kemungkinan ada lagi individu lain jadi mangsa ???? ??? ?????? ????????? wfaizal@bharian.com.my ????? ?????? P olis percaya mayat ditemui dalam semak di Ara Damansara, Petaling Jaya, bulan lalu, dibunuh suspek sama kes pembunuhan seorang ejen hartanah lelaki, minggu lalu. Mayat dipercayai ahli perniagaan, Cheng Kok Seng, 31, ditemui pada 26 Jun selepas dilaporkan hilang enam hari sebelum itu, manakala pada 12 Julai pula, mayat ejen hartanah te rbab i t , Tong Yong Ching, 45, dijumpai dalam sungai di lokasi sama. Penemuan berkenaan hasil soal siasat ke atas dua suspek warga asing yang sedang direman kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan Yong Ching. Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (gambar), ketika mengesahkannya, berkata polis kini sedangmenyiasat lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian, sama ada ia berkaitan dengan samun dan bunuh atau motif lain. “Polis juga sedang mengenalpasti kemungkinan ada lagi individu lain yang turut menjadi mangsa kedua-dua suspek berkenaan,” katanya, semalam. Pada 12 Julai lalu, mayat Yong Chin yang sudah membengkak dan hanya memakai seluar dalam ditemui sepasukan anggota polis hasil soal siasat ke atas seorang pengawal keselamatan warga asing berusia 25 tahun yang sebelum itu ditahan ketika cuba melakukan transaksi menggunakan kad debit mangsa. Hasil siasatan lanjut, polis menahan pula seorang pelajar lelaki warga asing berusia 20 tahun. Pelajar MARA catat pencapaian cemerlang ????? ??????? Kolej MARA Banting (KMB), Selangor dan Kolej MARA Seremban (KMS), Negeri Sembilan berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang mengatasi purata mata dunia dalam peperiksaan Diploma Program International Baccalaureate (IB) 2012. Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, berkata 477 pelajar kedua-dua kolej itu berjaya mencatat purata 37.72mata berbanding 29.83 purata mata keputusan dunia. Katanya, berdasarkan statistik International Baccalaureate Organisation (IBO), seramai 119,000 pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan Diploma IB di 2,378 pusat IB, tahun ini. “Seramai 372 pelajar KMB dan 105 pelajar KMS mencatatkan keputusan membanggakan apabila 100 peratus berjaya memperoleh Diploma IB kendalian IBO,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam. Ibrahim berkata, sebanyak 86.2 peratus pelajar terbabit berjaya melepasi 35 mata yang ditetapkan sebagai syarat tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian ke universiti terbaik di luar negara, manakala selebihnya akan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Katanya, MARA mula menawarkan Program IB di KMB pada 1992 diikuti di KMS pada 2005 bertujuan mempelbagaikan program prauniversiti berprestij selain Program A-Level di institusi pendidikan MARA. FAKTA NOMBOR 372 pelajar KMB dan KMS lulus IB 2012
?????? ?? ????? 2012 54
?????? ?? ????? 2012 22 NASIONAL POLRI siasat kes jual budak ????? ???????KementerianDalam Negeri menolak andaian kejadian jenayah yang dilaporkan kebelakangan ini berpunca daripada pembebasan 1,473 tahanan Ordinan Darurat (EO) berikutan pemansuhan akta berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun ada bekas tahananEO kembali aktif melakukan jenayah, ia kes terpencil dan tidak membimbangkan kerana hanya membabitkan 0.27 peratus daripada keseluruhan bekas tahanan itu di seluruh negara. “Justeru, ia tidak perlu dijadikan isu yang boleh membangkitkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai. Walaupun bebas, pergerakan bekas tahanan terbabit dipantau polis,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra di Pavillion, Bukit Bintang, semalam. Sementara itu, Hishammuddin berkata, seorang pegawai kanan Bukit Aman dilantik menerajui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus membabitkan isu keselamatan pusat beli-belah di seluruh negara. “Ia antara fokus baru kita kerana usaha membanteras jenayah sebelum ini lebih bertumpu di jalanan. Pengumuman rasmi akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, esok (hari ini),” katanya. Jenayah bekas tahanan kes terpencil ???? ??? ?????? ????????? wfaizal@bharian.com.my ????? ?????? P olis Republik Indonesia (POLRI) memberi jaminan akan menyiasat segera kes kanak-kanak Malaysia, Siti Norzana Nordi yang dipercayai dijual di Lampung. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah POLRI, Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution, berkata siasatan turut menjurus kepada usaha mengenalpasti sama ada wujud elemen pemerdagangan kanak-kanak selain kemungkinan mangsa yang baru berusia 12 tahun dijadikan pekerja seks komersial dan buruh paksa di negara berkenaan. “Kami memandang serius kes berkenaan dan sudah mengarahkan Polis Daerah Lampung menjalankan siasatan,” katanya selepas Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Badan Riserse Kriminal POLRI, di sini semalam. BH sebelum ini melaporkan Siti Norzana yang terkandas di Lampung, dipercayai dijual ibu tirinya kepada pihak ketiga sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO. Siti Norzana dan tiga adiknya, Nur Masyita Amiera, 8; Muhammad Nurhan, 9, dan Nurul Safiza Fitri, 11, dibawa ke kampung wanita berkenaan di Lampung oleh bapa mereka pada Mei 2010, namun terkandas di sana selepas ibu tiri menghilangkan diri. Selasa lalu, Pemuda UMNO membuat laporan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) kerana mengesyaki wujud elemen pemerdagangan kanak-kanak dalam selain percaya mangsa turut dipaksa menjadi buruh kasar. » Kenal pasti sama ada wujud elemen pemerdagangan Hishammuddin mencuba sistem keselamatan di tempat letak kereta pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang sambil diperhatikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan). Pergerakan bekas tahanan dipantau polis bagi mengelak mereka terbabit semula dalam jenayah” Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri
?????? ?? ????? 2012 16 NASIONAL Tiram hibrid lebih komersial » Makanan laut mampu tahan penyakit, cepat membesar Penyelidik USM raih anugerah saintis muda ??????????? Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mengharumkan nama negara dalam penyelidikan sains zoologi apabila meraih Anugerah Saintis Muda Alltech Asia Pasifik. Dr Mun Fei Yam mendapat pengiktirafan berkenaan menerusi jurnal kajiannya mengenai penilaian tahap kesakitan tikus dengan menggunakan peralatan baru dikenali Meter Analgesic dan sistem pengambilan maklumat. Jurnal itu dipilih sebagai dokumen penyelidikan terbaik selepas panel hakimAlltechmenilai 6,900 penyertaan dihantar saintis seluruh dunia. Kemenanganmelayakkan Dr Fei Yammembawa pulang hadiah RM33,000, pingat dan sijil pengiktirafan sebagai saintis menyumbang kepada pembangunan produk kesihatan haiwan. Dr Fei Yam berkata, Meter Analgesic yang direkanya berupaya mengukur tahap kesakitan haiwan dengan lebih tepat pada kadar lebih murah berbanding kaedah sekarang. “Alat digunakan penyelidik atau doktor haiwan kini dianggar bernilai RM200,000, tetapi Meter Analgesic hanya sekitar RM20,000. Bagaimanapun, ketepatan meter ini dalam menilai tahap kesakitan dialami haiwan lebih baik,” katanya pada sidang media, di sini semalam. ???? ????????? ?????? bhnews@bharian.com.my ??????? M alaysia menjadi negara pertama mengeluarkan tiram hibrid yang tahan kepada penyakit dan cepat membesar, berbanding tiram biasa dengan rupa bentuk isi lebih menarik serta berat. Kejayaan pertama di dunia itu walaupun masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) diyakini mampu menghasilkan tiram lebih bermutu, besar serta enak dan boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kajian itu dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) dengan kerjasama syarikat swasta tempatan, Tropical Oyster Sdn Bhd. Pengarah Penyelidikan IPP Pulau Pinang, Rosly Hassan, berkata kejayaan tiram hibrid itu diperoleh dengan penghasilan 10,000 tiram spat iaitu kumpulan pertama benih membabitkan dua spesies tiram tempatan iaitu Crassostrea iredalei dan belcheri dalam tempat penetasan. “Sebelum ini ada beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Australia sudah melakukan cubaan berkenaan (tiram hibrid ) tetapi gagal,” katanya pada sidang media selepas melawat Program Teknologi Akuakultur Tiram Triploid di Kuala Trong di sini, semalam. Rosly berkata, 95 peratus tiram bagi memenuhi pasaran tempatan terutama di hotel bertaraf lima bintang kini diimport khususnya dari Thailand. “Justeru, kita berusaha untuk mengurangkan kadar import makanan laut itu walaupun setakat ini perusahaan tiram di Malays ia belum dikomersialkan sepenuhnya,” katanya. Beliau berkata, perangkaan Jabatan Perikanan menunjukkan peningkatan ketara dalam pengeluaran tiram sejak tiga tahun lalu iaitu 275 tan bernilai RM1.2 juta pada 2008 kepada 813 tan bernilai RM3.7 juta pada 2010. “Kita menyasarkan kadar pengeluaran terus meningkat kerana ternakan ini berpotensi menghasilkan keuntungan lebih besar. “Kita memerlukan lebih banyak kerjasama dan pembabitan syarikat swasta serta pengusaha tiram tradisional untuk menggunakan teknologi ternakan lebih moden bagi hasilkan tiram lebihberkualiti serta berskala besar untuk tujuan komersial,” katanya. Dr Fei Yam menujukkan anugerah diterimanya ketika ditemui di USM, semalam. Pekerja Tropical Oyster mengangkat tiram dari sangkar rakit di Kuala Trong, Taiping, semalam. [FOTO L MANIMARAN/BH] Kita menyasarkan kadar pengeluaran terus meningkat kerana ternakan ini berpotensi hasil keuntungan lebih besar” Rosly Hassan, Pengarah Penyelidikan IPP Pulau Pinang ?? Ahli PAS 4 cawangan masuk UMNO ???? ?????? Seramai 160 ahli dan penyokong PAS daripada empat cawangan di daerah ini menyerahkan borang keahlian UMNO kelmarin. Borang diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharompadamajlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia dan Jamuan Rakyat di Kampung Babong, Pulau Melaka, di sini, kelmarin. Jamil Khir ketika mengulas mengenai penyerahan borang itu berkata, tindakan bekas ahli dan penyokong PAS masuk UMNO memberi momentum baru dan kesan positif kepada parti. “Tindakan mereka mungkin disebabkan keyakinan dengan usaha serta prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membantu rakyat,” katanya selepas majlis itu. Che Awadi Che Su, 31, berkata beliau memasuki UMNO selepas melihat parti itu banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat menerusi pelbagai kaedah secara sama rata. “Saya menaruh kepercayaan bahawa UMNO adalah parti yang mampu membantu rakyat dan negara. Bantuan yang disalurkan selama ini pun tidak melihat kepada parti,” katanya. Fadzil Ismail, 36, pula berkata keputusannya tidak didorong mana-mana pihak, malah tidak kisah jika ada pihak tidak senang dengan keputusannya. “Saya cuma hendak melihat parti yang betul. Selama ini saya banyak menyokong PAS tetapi sekarang nak lihat perbezaan antara kedua-dua parti ini. “Selama ini pun saya tidak pernah mendapat apa-apa bantuan walaupun banyak menyokong dan membantu PAS. Saya juga tidak kisah jika ada ahli atau rakan PAS yang mungkin memulaukan saya disebabkan tindakan ini,” katanya yang menyokong PAS lebih 20 tahun. Jamil Khir menerima borang keahlian UMNO di Kota Bharu, kelmarin. [FOTO ZULKIFLE CHE ABDULLAH/BH]
?????? ?? ????? 2012 60 Penafian: Semua maklumat yang terkandung di sini adalah tepat semasa dicetak dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Victoria Station berhak untuk menggantikan hidangan yang tidak dapat disediakan dengan yang sama nilai. Sungguhpun semua langkah telah diambil sewaktu penghasilan produk kami, Victoria Station tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang ketidaktepatan fakta. Kami berhak untuk menghadkan atau menyediakan stok kami di restoran. Kami juga berhak untuk tidak menjual produk-produk kami kepada kakitangan dagangan. Hidangan promosi adalah sah sementara stok masih ada. Ibu pejabat: Stesen Damansara Tel: 03-2093 8833 / 03-2094 9406 • Stesen Penang Tel: 04-642 5988 / 8988 • Stesen Ampang Tel: 03-4257 3388 / 4251 4997 • Stesen Seberang Jaya Tel: 04-398 1288 / 2388 • Stesen USJ Tel: 03-5637 3388 / 5636 7508 • Stesen PJ Tel: 03-7955 8988 / 7957 3288 www.victoriastation.com.my Cajkan kepada Kad jenama bersama Diners Club International-Victoria Station dan gandakan mata ganjaran anda. 2 x mata STESEN BERBUKA PUASA Sepanjang Ramadan ini, izinkan station master kami menyajikan anda stik warisan 3 generasi Victoria Station yang terkenal dalam suasana yang serba selesa dan tenteram. Inilah ganjaran istimewa buat anda setelah seharian berpuasa. Selamat berbuka puasa. TUAN, HIDANGAN BERBUKA PUASA KINI SEDIA!
?? ????? 2012 ?????? 69 SUKAN 33 ????? ????? lawan pedang Jepun, Kenta Chida kehilangan kawan baiknya pada tsunami manakala pelumba basikal, Kazunari Watanabe pula terpisah dengan keluarganya pada krisis nuklear Fukushima dan juara menembak dunia, Tomoyuki Matsuda pula lega kerana ramai yang terselamat daripada bencana itu. Pengalaman peribadi mereka itu bakal menjadi pemangkin pada Olimpik London untuk menggembirakan bahagian timur laut Jepun, Tohoku yang ditimpa gempa bumi-tsunami-bencana nuklear pada 16 bulan lalu. Pasukan bola sepak wanita Jepun memenangi Piala Dunia 2011 di Jerman selepas mereka ditunjukkan video bencana oleh jurulatih, Norio Sasaki yang diakhiri dengan soalan: “Apa yang boleh kita lakukan?” Kini mereka meletak sasaran untuk emas berganda di London dengan Azusa Iwashimizu, 25, berikrar: “Saya akan berjuang bukan hanya untuk diri saya tetapi juga untuk mereka di Tohoku.” AFP Sekat monopoli kulit hitam »Lemaitre laung amaran kuasai acara pecut ????? P elari Perancis, Christophe Lemaitre (kanan) berharap mampu menenggelamkan pelari pilihan dari Jamaica dan Amerika Syarikat yangmemegang rekod pecut di Sukan Olimpik London. Berumur 22 tahun, dua kali juara Eropah acara 100 meter dan 200m pada 2010, bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada menyertai kedua-dua acara di London atau memberi fokus kepada 200m. Bagaimanapun, pelari itu memberi bayangan jelas selepas merekodkan masa terbaik buat kali ketiga tahun ini dengan 19.91s dalam acara 200m pada kejohanan Liga Diamond London, minggu lalu. “Biasanya saya akan berlari acara 200m dan mungkin akan melepaskan 100m. Bagaimanapun, saya terpaksa mengubah perancangan kerana jurulatih saya, Pierrot Carraz mahu saya men y e r t a i k e d u a duanya. “Mungkin pada Olimpik akan datang (Rio 2016) saya akan melakukannya,” katanya. Pelari kulit putih pertama mencatat masa 10 saat pada 2010 dan masa terpantas 9.92s, akan ke London tanpa ada tekanan. - AFP Atlit Jepun hilang keluarga krisis nuklear INFO Umur: 22 tahun Tarikh Lahir: 11 Jun 1990 Tempat Lahir: Annecy, France Tinggi: 1.89 meter Berat: 74kg Christophe Lemaitre
?????? ?? ????? 2012 36 NASIONAL ????? Sebuah kereta milik seorang warga emas yang diletakkan di hadapan rumahnya di Taman Desa Kencana, Bercham, di sini, rosak selepas dibaling dengan molotov cocktail, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa Ho Ah Kwai, 59, menyedari kerosakan pada kenderaannya selepas mendengar bunyi bising dan serpihan kaca pecah di luar rumah. Ah Kwai berkata, dia terkejut apabila mendapati sebahagian keretanya terbakar dan berusaha memadamkan kebakaran itu yang merosakkan tayar serta sebahagian badan kenderaan. “Saya baru keluar dari bilik tidur dan terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah sebelum mendapati serpihan kaca bertaburan manakala api marak di bahagian tayar dan pintu sebelah kiri kereta. “Mujur api dapat kawal sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian menggunakan alat pemadam kebakaran dengan bant uan s e o rang j i r an yang kebetulan berada di tempat kejadian,” katanya yang mendakwa kerugian RM1,000. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika ditemui mengesahkan kejadian dan siasatan awal mendapati botol yang dipercayai mengandungi bahan mudah terbakar dicampakkan ke halaman rumah mangsa. “Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis masih menyiasat motif kejadian selain mengambil keterangan mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api,” katanya. ???? ?????? ???? kandau@bharian.com.my ???? E nam lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai lanunwarga asing, menawan sebuah kapal di perairan utara Sarawak, sebelum melarikan diri bersama barangan yang dirompak. Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, lanun berkenaan memanjat kapal yang membawa makanan dan sedang berlabuh tiga batu nautika dari perairan Miri. Mereka kemudian mengikat semua 12 anak kapal berusia antara 20 dan 50-an dan memaksa menyerahkan barangan peribadi. Antara barang dirampas ialah cincin, telefon bimbit, dua unit ‘walkie talkie' dan seutas jam tangan milik mangsa selain beberapa barangan lain. Bagaimanapun, semua anak kapal itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata, pihak berkuasa sedang memburu lanun terbabit. “Sehingga petang ini (semalam) belum ada sebarang tangkapan dibuat. Polis bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memburu penjenayah berkenaan,” katanya kepada BH. Lanun guna parang tawan kapal » 12 anak kapal diikat, barangan dilarikan Terkejut apabila mendapati sebahagian kereta terbakar" Ah Kwai, Mangsa Tayar dan bahagian kereta Cheong yang dipercayai terkena bom petrol. Kereta warga emas dibaling bom petrol
A pakah khutbah Jumaat untuk kepentingan politik sematamata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat di sebuah masjid di daerah Sik, Kedah. Adakah patut dalam khutbah berkenaan mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport judi terbesar dunia. Khatib juga mendakwa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai haram kerana mengenakan riba. Saya yakin khutbah itu dikarang sendiri oleh khatib bertugas kerana isu di luar bidang agama. Ia hanya dakyah politik untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional. Saya sedih kerana khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang tidak menunaikan amanah sepatutnya. Rakyat berhak mengkritik sesebuah kerajaan, tapi bukan menerusi khutbah Jumaat yang tidak memberi peluang pihak lain membela diri. Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara berkenaan di dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? Saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di pentas ceramah politik. Saya kesal apabila masjid diperalatkan. Setiap khatib dan pihak yang membuat teks khutbah di Malaysia mempunyai amanah memelihara kekuatan ummah. Jangan memandai-mandai menokok tambah sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Jika mereka tidak mampu memikul amanah, hendaklah berundur. Ini adalah lebih baik daripada menanggung dosa besar iaitu fitnah-memfitnah dan amalan benci-membenci di dalam khutbah di masjid. Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama sendiri. Berpolitik tidak salah, yang salah adalah menggunakan agama untuk tujuan fitnah. Cheredza, Sik, Kedah. Masjid bukan medan sebar dakyah S aya amat setuju dengan komen Razali, Kuala Terengganu mengenai nasib guru berijazah yang tersiar di ruangan ini pada 16 Julai lalu. Isu guru berijazah sudah lama diperkatakan, bagaimanapun tiada penyelesaian sehingga kini. Saya Guru Berijazah Gred DG44 di sekolah rendah di Terengganu. Sejak dilantik ke Gred DG41, saya terus dinafikan peluang untuk menjadi penolong kanan atau guru besar, sedangkan saya sudah mengajar di sekolah rendah lebih 22 tahun. Adakah wujud diskriminasi terancang untuk menghalang guru berijazah menjadi penolong kanan? Apakah rasionalnya penolong kanan dan guru besar hanya boleh diisi oleh guru Diploma DG32/34 saja? Kami mempunyai kelayakan dan pengalaman lebih lama di sekolah rendah, sedangkan guru yang tidak berijazah berlumba-lumba mengisi kekosongan penolong kanan walaupun baru mengajar 10 tahun. Kami yang lebih tinggi gred dan luas pengalaman ini pula terpaksa menurut perintah penolong kanan yang jauh lebih junior daripada kami. Saya menantikan tindakan proaktif Kementerian Pelajaran menangani isu ini sebaik-baiknya. Jangan hanya menjaga kepentingan sebelah pihak. Berilah peluang sama rata kepada kami untuk menjadi pentadbir di sekolah rendah. Janganlah membunuh semangat kami untuk bekerja dengan gigih dan komited dengan menyekat peluang kami untuk menjadi pentadbir. Biarlah tindakan yang diambil dapat mencerminkan suatu Transformasi Pendidikan Negara seperti yang disuarakan Menteri Pelajaran. Guru DG44 Tua, Kuala Berang. Diskriminasi boleh ‘bunuh' semangat P engerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kesal kerajaan PAS Kelantan tidak berkemampuan mentadbir negeri. Beliau sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua pentadbir negeri tidak berbuat apa-apa walaupun mengetahui wujudnya kegiatan lombong emas haram. Ia diakui sendiri Nik Aziz yang mengetahui kegiatan lombong haram di sekitar Perasu dan beberapa kawasan di Gua Musang. Menteri Besar enggan memberi penjelasan kepada media mengenai kewujudan banyak tapak perlombongan haram sebaliknya menyerahkan kes itu ditangani Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan. Sumber Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan menyatakan hanya enam syarikat perlombongan emas yang berlesen dan 87 permit cari gali dikeluarkan di negeri itu. Sebaliknya perlombongan haram berleluasa dan berlarutan sejak beberapa tahun lalu hingga dalam tempoh beberapa hari dapat mengaut hasil ratusan ribu ringgit bagi setiap kilogram emas. Kebanyakan kegiatan lombong emas itu beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen. Aktiviti haram itu berlaku di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli menyebabkan Kelantan dianggap negeri termiskin dan kerugian ratusan jutaan ringgit. Generasi muda kerugian dan hadapi ancaman alam semula jadi sekiranya penguatkuasaan tidak tegas terhadap aktiviti perlombongan emas secara haram. Sungai dan hutan akan musnah akibat operasi lombong yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tadahan hujan dan sumber bekalan air tercemar serta sungai menjadi sempit dan tertimbus. Kemusnahan sungai di bahagian hulu dapat dilihat apabila warna air berubah dan bentuk muka bumi bertukar menjadi tapak pembinaan. Kegiatan mengorek tanah di dalam sungai bagi mempercepat proses mengasingkan batu dengan tanah memperlihatkan keadaan lumpur dan permukaan tanah tidak stabil. Air sungai tidak jernih, sungai cetek dan terdapat tompok air yang bertakung sekali gus melanggar larangan melombong kurang 20 meter dari tebing sungai. Mereka dikesan melakukan lombong haram di sepanjang aliran sungai dan sering berubah-ubah kawasan terutama di dasar sungai dan tebing yang dipercayai wujud kandungan emas. Meskipun pihak berwajib menghadapi kekurangan anggota penguatkuasaan dan kos pemantauan melalui udara, perkongsian maklumat baik agensi kerajaan mahupun penduduk tempatan dapat membantu khazanah alam kekal legasi mereka. Dr Zulkeflee Yaacob, Tanjung Malim, Perak. Adakah wujud diskriminasi terancang untuk menghalang guru berijazah menjadi penolong kanan?” FORUM Pembaca yang ingin menyuarakan pandangan berhubung isu semasa boleh menghatar sumbangan menerusi e-mel: bhforum@ bharian.com.my. GURU BERIJAZAH SISTEM PENDIDIKAN N ampaknya Dasar Pendidikan Negara akan melalui satu lagi transformasi tidak lama lagi. Langkah kerajaan untuk mendapatkan input pelbagai pihak sangat dialu-alukan. Tapi saya sebagai orang biasa (layman) agak runsing juga melihatkan pelbagai cadangan yang dangkal. Cadangan yang seolah-olah cuba menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan kedua secara berperingkat dan secara halus adalah tidak profesional dan patut ditolak oleh kerajaan. Mereka yang memberi cadangan perlu faham bahawa Malaysia adalah negara yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya berharap kerajaan tidak berlembut dengan tuntutan melampau oleh anasir yang cuba mengubah sistem pendidikan negara ini secara halus dan tersusun. Resolusi yang dikemukakan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu wajar disokong oleh setiap individu Melayu dan warga Malaysia. Pemimpin politik yang cuba mempergunakan isu ini untuk meraih popular iti patut ditolak dan rakyat perlu kenal mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap kesudian kerajaan untuk mendapatkan pandang umum. Saya juga rasa adalah lebih baik kerajaan membuat keputusan mengenai transformasi pendidikan negara ini selepas pilihan raya umum akan datang supaya kerajaan lebih yakin dan tegas selepas mendapat mandat yang lebih besar daripada rakyat. Md Saleh Ali, Taman Rupawan, Kepala Batas. Lombong emas haram berleluasa Tolak tuntutan melampau KHUTBAH POLITIK − JUMAAT 20 JULAI 2012 46 ≤NASIONAL ANCAM ALAM SEKITAR Khatib dan pihak yang membuat teks khutbah mempunyai amanah memelihara kekuatan ummah. [GAMBAR HIASAN] Guru berijazah kecewa susah naik pangkat.
.
Pilih Edisi
20/07/12
All pages
Pilih Edisi
Buy now
login
Dear user,
null
Back to login
help
Retrieve your Password
Enter the e-mail address given at registration, your login data will be sent at that address:
Privacy Policy
Personal Information.
In order to process your application for NSTP Group E-Paper Application Service we would need to collect your Personal Information to determine your identity and for record purposes. You need to provide information such as name, billing and permanent address, email address, phone, fax and other information. You would also need to provide your credit card number and all related information for billing purposes.
From time to time, we may request further information. As and when you use other services and/or participate in contest, you would need to give further details.
All request and communication will be kept and recorded. Information such as IP address, computer's name, web browser information, tracking and statistical information and other general log information may be taken automatically.
We may not be able to provide service(s) that we otherwise would if certain information is not provided.
Cookies may be used to identify any subscriber as a visitor and/or customer to our website for various purposes to upgrade and improve our services. We may also allow our partners and/or third parties permitted to upload content to set their own cookies wherein it will be subjected to their own privacy policies of such parties.
Personal Information may be disclosed under the following circumstances:-
i. In the event third parties perform functions on our behalf;
ii. In the event such information or any additional information is requested by publishers of third party products available in NSTP Group E-Paper Application Service
iii. To protect our Intellectual Property and other rights
iv. If we believe you are interfering, violating and/or misusing the NSTP Group E-Paper Application Service
v. If we believe that you are abusing other users of the NSTP Group E-Paper Application Service
vi. Where we are required by law to provide such information.
vii. If there are changes to the ownership of the Company and/or sale of business or part thereof.
We will not disclose your Personally Identifiable Information to unaffiliated third parties without your express consent except in the under noted circumstances:
(i) When we employ other companies to perform functions on our behalf, such as fulfilling orders, providing customer service, sending mail, processing credit card payments, processing currency conversions, or other functions necessary to our business.
(ii) If publishers of the products available through NSTP Group E-Paper Application Service request additional Personally Identifying Information from us. The information practices of those publishers are covered by their own privacy policies.
(iii) If we believe that the user is harming or interfering with other users of NSTP Group E-Paper Application service, anyone else, or violating our Subscription Agreement or NSTP Group E-Paper Application Service Terms of Use Agreement, or infringing any of our legal rights.
(iv) If we are required by law to provide any of your Personally Identifiable Information we will, if permitted by law, attempt to notify you via the e-mail address you supplied during registration within a reasonable amount of time before we respond to the request.
(v) In the event of a sale of all or most of the assets of the company, this information may be transferred to the purchaser.
We may collect Anonymous Information which means any information other than Personally Identifiable Information including information derived from Personal Information.
You may change your Registration and/or Subscription by following instructions on our website. You may delete your Registration or Subscription information by emailing us at subscribe@nstp.com.my . All information will be deleted provided all payments are made. We may retain the information in the event such information is needed for legal action and if we have legal obligation to retain such information.
Upon deletion of Personal Information, any unfulfilled subscription will be cancelled and the balance sums forfeited. Should you require further service of NSTP Group E-Paper Application Service you will have to re-register again.
We will use reasonable security measures to maintain our database and the accuracy of data and prevent unauthorised access. We wish to caution that no transmission over the Internet can be guaranteed to be secured. Any transmission of data shall be done at your own risk.
We may change the data policy from time to time and post a notice of the same on our home page.
If you have any questions regarding our Privacy Policy or our use of your information, please email to subscribe@nstp.com.my
Close