5328 JULAI 2012 SABTU
− SABTU 28 JULAI 2012 54 ≤ DUNIA » Strategi serangan berskala kecil tetapi lebih kerap di kawasan bandar l Narathiwat P emberontak di kawasan selatan Thailand dilapor menukar strategi mereka dengan melakukan serangan berskala kecil tetapi lebih kerap, kata Gabenor Yala, Dejrat Simsiri. Serangan bom terbaru juga lebih tertumpudi kawasan bandar di mana kawalan keselamatan lebih kerap dilakukan. “Apa juga alasan, kawalan keselamatan di kawasan bandar perlu dijalankan dengan lebih kerap dan ketat untukmeminimumkanpeluang serangan dimana-mana sama ada di kawasan bandar sendiri atau luar,” katanya. Beliau berkata demikian selepas satu serangan bomberkereta Rabu lalu yangmembunuh lima anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain. Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ketika bercakap di Rumah Kerajaan semalam berkata, selain daripada operasi keselamatan, pemahaman penduduk tempatan di Selatan adalah penting selain projekpembangunandanbantuan. Katanya, perubahan strategi kerajaan di wilayah berkenaan tidak diperlukan segera kerana kebanyakan rancangan dan projek adalah selaras dengan syarat sedia ada dalam rancangan utama, katanya. Menteri Pertahanan, Sukampol Suwannathat berkata lebih banyak kamera litar tertutup diperlukan di wilayah selatan. Beliau turutmenyalahkanbirokrasi yangmelambatkan pemasangan kamera di kawasan yang amatmemerlukannya. Zon keselamatan di Narathiwat diperluaskan berikutan serangan Rabu lalu dan lebih banyak kawalan keselamatan di jalan raya diwujudkan seperti diarahkan gebenor wilayah, Aphinant Suethanuwong. Sementara itu sepasang suami isteri yang dalam perjalanan ke hospital untuk melawat anak mereka yang dirawat di sana, diserang menyebabkan ibu berkenaan maut manakala si bapa cedera dalamkejadian diwilayah Pattani, awal pagi semalam. Leftenan Songwut Wangmad, dari balai polis Khok Pho dimaklumkan mengenai kejadian tembakan kira-kira jam 3.30 pagi. Beliau berkejar ke tempat kejadian bersama skuad bom dan polis forensik. Dalam kejadian kedua kira-kira jam 5.10 pagi di daerahMuang, seorang lelaki ditembak mati dalam satu serangan hendap yang dilakukan pemisah. AGENSI Pemisah selatan Thai tukar taktik Apa juga alasan, kawalan keselamatan di kawasan bandar perlu dijalankan dengan lebih kerap dan ketat untuk meminimumkan peluang serangan di mana-mana sama ada di kawasan bandar sendiri atau luar" Dejrat Simsiri, Gabenor Yala Askar Thailand menunjukkan tangki gas dan peranti bahan letupan selepas beberapa tangkapan dibuat ke atas pemisah di wilayah Narathiwat di selatan negara itu semalam.
Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan dalam kes tipu dan pengubahan wang haramahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, memohon peguam tertuduh menarik diri kerana beliau termasuk saksi pen­ ting dalam kes itu. Ketua Pendakwaan Suruhan­ jaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa membe­ ritahu Mahkamah Sesyen sema­ lam, peguam Zarina Ismail adalah seorang daripada 40 saksi dalam senarai pendakwaan dan sudah dirakam percakapannya. “Kami mohon Zarina mena­ rik diri daripada mewakili ter­ tuduh kerana dia juga adalah adik tertuduh,” katanya yang mengemukakan permohonan itu secara lisan. Abdul Razak berkata, pihaknya juga sudah membekalkan ketera­ ngan semua saksi dan 80 dokumen berkaitan kes kepada pihak pem­ belaan, di mana sebarang persetu­ juan bersama akan direkodkan bagi mempercepatkan perbicaraan kes. Sementara itu, Zarina enggan menarik diri kerana tiada sebarang alasan untuknya berbuat demiki­ an hanya dipanggil memberikan keterangan berhubung isu telefon bimbit anak guamnya. “Kesalahan berpunca daripada SPRM. Mereka seharusnya menyia­ sat dan bukannya terus menyena­ raikan saya sebagai saksi,” katanya. 28 JULAI 2012 − SABTU NASIONAL 19 Dua beradik didakwa bunuh ibu tiri » Pelajar, kakak tekup warga emas dengan bantal l Klang S eorang pelajar perempu­ an berumur 16 tahun dan kakak tirinya dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal Pelajar terbabit dan kakak tirinya berumur 29 tahun didakwa membunuh wanita berumur 72 tahun itu, yang juga seorang guru agama, di ruang tamu sebuah rumah di Taman Sri Wangi, Kapar di sini kira­kira 5.30 petang 14 Julai lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yangmembawahukumanmati mandatori jika sabit kesalahan. Dua beradik yang memakai pakaian remanberwarna ungu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terha­ Peguam kes tipu diminta tarik diri dap mereka oleh jurubahasa mahkamah. Tiada pengakuan direkodkan. Sepanjang prosiding, pelajar perempuan itu dilihat meng­ alirkan air mata sementara kakak tirinya yang bekerja di sebuah kelab malam kelihatan tenang. Majistret Ho Kwong Chin menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan PendakwaRayaAimi Syazwani Sarmin sementara kedua­dua beradik itu diwakili peguam Gerard Lazarus. Mati mengejut Difahamkan sebelum ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati menge­ jut. Bagaimanapun, tiga hari selepas mangsa dikebumikan, beberapa ahli keluarganya membuat laporan polis menge­ nai kehilangan barang kemas mangsa. Ekoran laporan itu, memba­ wa kepada penggalian semula kubur mangsa dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. BERNAMA Remaja (kanan) bersama kakak tirinya didakwa di Mahkamah Majistret Klang, semalam. [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ]
SABTU 28 JULAI 2012 14 NASIONAL Suri Craft tembusi Harrods UK » Produk rotan isteri peneroka Keratong 4 turut diiktiraf di Jerman, Itali Oleh Abdul Razak Raaff raaffar@bharian.com.my Muadzam Shah D ari Keratong ke London. Itu kisah kejayaan produk kraftangan rotan diusahakan isteri peneroka FELDA Keratong 4 di sini yang berjaya menembusi pasaran luar negara. Bakul rotan dengan pelbagai corak dan saiz itu yang dijadikan hiasan dan cenderahati turut dijual di pusat belibelah mewah Harrods di United Kingdom (UK), selain mendapat perhatian syarikat dan hotel di Jerman dan Itali. Pengu s aha Su r i Craft, Norhaliza Mat Isa, berkata bermula 2002, bengkel kraftangan di Pejabat SatuWilayah Satu Industri (SAWARI) FELDA sudah menghasilkan ribuan hiasan rotan daripada bekas telur majlis perkahwinan, lampu meja, bakul dan bekas hiasan buah-buahan. Beliau yang berpengalaman 22 tahun dalam industri itu, mula mempelajari anyaman rotan ketika berusia 17 tahun dengan seorang tenaga pengajar dari Jepun yang dibawa FELDA sempena program pendapatan sampingan isteri peneroka di situ. Bantuan FELDA “Saya kemudian membuka Suri Craft bersama rakan, Rokiah Mustapa dan mengambil alih industri desa ini daripada FELDA selain turut mengajar isteri peneroka yang berminat mengambil upah menambah pendapatan keluarga. Tak sangka produk kami berjaya dijual sehingga luar negara. “Kami amat bersyukur kerana dengan bantuan FELDA, produk Suri Craft dapat menembusi pasaran antarabangsa sejak 2009. Rangkaian produk kami juga ditempah beberapa hotel terkenal termasukHotel Hyatt, Resort World, Holiday Villa selain Penerbangan Malaysia ( M A S ) d a n B odyshop,” katanya. Beliau yang turut menjadi tenaga pengajar industri itu, berkata rekaan anyaman ‘crazy' yang menggunakan teknik gaya bebas dan ‘duri landak' amat digemari di luar negara terutama di UK dan Itali, manakala kraftangan bermotifkan anyaman duri landak menjadi kesukaan di Jerman. “Saya bangga melihat bekas rotan kami digunakan pramugari MAS ketika saya dalam penerbangan bercuti ke Bangkok, tahun lalu,” katanya. Sementara itu, Rokiah berkata, Suri Craft turut membantu isteri peneroka terutama ibu tunggal menambah pendapatan dengan mengambil upah menganyam. Sasaran 36 juta pelancong mampu dicapai Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan yakin sasaran 36 juta pelancongmelawat negara dengan pulangan RM168 bilion menjelang 2020 dapat dicapai. Keyakinan itu menerusi penganjuran pelbagai acara seperti pelancongan perniagaan di seluruh dunia. Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata pelancongan perniagaan adalah jentera baru sektor pelancongan negara berikutan kemampuannya menarik kehadiran pelancong dengan keuntungan yang tinggi. Katanya, sebagai pemetaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), sektor itu adalah satu segmen Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam bidang pelancongan. Beliau berkata, kementeriannya mensasarkan pelancongan perniagaan berkembang lima hingga lapan peratus setahun, iaitu daripada 1.2 juta pada 2009 kepada 2.9 juta menjelang 2020. “Ini meletakkan negara kita sebuah daripada lima destinasi terbaik di Asia Pasifik dalam pelancongan perniagaan khususnya mesyuarat antarabangsa,” katanya merasmikan Pameran Perabot dan Perkakasan Rumah Malaysia (MF3) 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur dan Selangor (KLSFEA), Edmund Chew. Pelancongan perniagaan berteraskan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Pembinaan sekolah Cina swasta di Kuantan lulus Putrajaya: Kerajaan sudah meluluskan pembinaan sebuah sekolah menengah Cina swasta, Sekolah Menengah (SM) Chong Hwa di Kuantan, Pahang. Sekolah itu yang dijangka mula beroperasi pada 2014, berdasarkan model SM Chong Hwa, Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata sekolah itu juga akan menawarkan kepada pelajar untuk menduduki Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Sekolah ini dibina atas permintaan penduduk Kuantan. Mereka berasakan model digunakan SM Chong Hwa Kuala Lumpur sangat bagus dan mampu melahirkan pelajar cemerlang. “Sekolah ini adalahmodel terbaik dalam melahirkan generasi muda yang mampu menguasai pelbagai bahasa selain kegigihan mereka belajar dari jam 7.30 pagi hingga 3.15 petang, Isnin hingga Sabtu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Pheng Yin Huah. Mei lalu, satu perhimpunan membabitkan 163 persatuan Cina diadakan di Kuantan, meminta kerajaan meluluskan sebuah sekolah Cina tinggi persendirian di kawasan itu. Permohonan pernah ditolak Permohonan pembinaan sekolah itu ditolak kerajaan sebelum ini kerana gagal mematuhi peraturan asas sekolah di negara ini. Bagaimanapun, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) didakwa mempolitikkan isu pembinaan sekolah berkenaan dan menuduh kerajaan mengenepikan SJKC daripada sistem pendidikan negara. Ka Siong berkata, pembinaan sekolah menengah swasta Cina berkenaan akan dimulakan secepat mungkin atas tapak seluas enam hektar di Bunut Rendang, Kuantan. Berhubung isu kebenaran kepada pelajar untuk membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah, Ka Siong berkata, perkara berkenaan akan diputuskan hujung tahun ini. INFO Suri Craft Ditubuhkan Norhaliza Mat Isa dan Rokiah Mustapa pada 2002. Pendapatan jualan lebih RM125,000 pada 2011. Sumber pendapatan tambahan isteri peneroka lain. Harga produk RM15 hingga RM150. Rokiah (gambar atas) bersama Norhaliza menyiapkan tempahan kraftangan rotan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa di FELDA Keratong 4, Muadzam Shah. [FOTO AFIF ABD HALIM/BH] Sekolah ini dibina atas permintaan penduduk Kuantan. Mereka berasakan model digunakan SM Chong Hwa Kuala Lumpur sangat bagus” Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran
Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@bharian.com.my ̌ Kuching K ampung Bako, kira-kira 35 kilometer dari Kuching, Sarawak terletak di tepi pantai yang kebanyakan pendu¨ duknya bergantung hidup kepada hasil pendapatan sebagai nelayan. Jika di sesetengah tempat pen­ dapatan nelayan tidak setimpal dengan penat lelah mereka ber­ tarung nyawa di laut menangkap ikan, berbeza dengan nelayan di Kampung Bako yang memperoleh pendapatan cukup mengagumkan iaitu mencecah RM4,000 hingga maksimumRM9,000 sebulan. Masakan tidak, langkahmenjual hasil tangkapan sendiri di Pasar Nelayan Bako tanpa melalui orang tengahmembuktikanbahawahasil titik peluh golongan itu mampu diraih berlipat ganda, sekali gus misi meningkatkan status ekono­ mi nelayan bukan sekadar bualan kosong. LembagaKemajuan IkanMalay­ sia (LKIM) telah memperuntukkan sebanyak RM184,700 bagi menye­ diakan infrastruktur pasar itu sejak dari tahun 2007 yangmenjadi pemangkin utama mengeluarkan nelayan kawasan Bako daripada terus dibelenggu kemiskinan tegar. Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, Anita Idris, berkatapres­ tasi jualanpasarnelayan berkenaan tahun lalu mencatat nilai jualan sebanyak RM1.45 juta. “Dengan adanya pasar nelayan dapat memberi peluang ne­ layan menjualkan hasil tangkapan terus kepa­ da pengguna dengan harga berpatutan. Oleh itu, kita menggalakkan nelayan di Bako yang berjumlah 400 orang menjual hasil tangkapan mereka kepada penjual dipasar nelayan yang terdiri daripadanelayan atau keluarga nelayan. Selain itu, nelayan jugadigalakkanmenjual ikan kepada persatuan nelayan supaya projek pemasaran ikan dapat berjalan dengan lancar. Setiap sekilogram pendaratan ikan yang dijual kepada persatu­ an, nelayan akan diberi rebat RM0.25 sen.” katanya ketika ditemui BH, baru­baru ini. Beliau berkata, LKIM memberi segala peralatan seperti kotak insu­ lasi dan meja jualan bagi memasti­ kanpeserta mengamalkanpengen­ dalian ikan yang baik agar kualiti ikan sentiasa segar. “Pasar Nelayan Bako sejak penu­ buhannyapada2007 secaraberteru­ sanmemegang rekodpasarnelayan terbaik peringkat kebangsaan sehingga tahun lalu kerana mengekalkan pengurusan yang baik dan keuntungan jualan lebih RM0.5 juta setiap tahun,” katanya. Anita berkata, tiada siapa menyangka pasar kecil yang membabit­ kan 12 penjual mampu menjana keuntungan sebanyak itudanmenya­ rankan nelayan lain turut sertamemasarkan tangkapanmereka. “Cabaran dalam me­ yakinkan nelayan agar menggunakan kemuda­ han PNK bukan sesuatu yang mudah kerana mereka ‘diikat' agar menjual kepada orang tengah danmasalah ter­ babit menjadi kekangan terbesar pihak persatu­ an,” katanya. Katanya, pasar nela­ yan berkenaan dibuka setiap hari mula sesak dengan pengunjung padapetang Jumaat dan berlanjutan sehingga Ahad. Sementara itu, salah seorang peserta, Ajida Sidek, 32, berkata ini­ siatifmemasarkanhasil tangkapan suaminya,MuhammadYusuf Jenal Abidin, 34, di pasar itu membawa pulangan lumayanapabilamampu meraihpendapatanbulananbersih RM8,000 hingga RM9,000. “Sebenarnya, nelayan berpelu­ ang keluar daripada kemiskinan andaimereka sendirimenjual hasil tangkapan. Saya sendiri menjual hasil tangkapan suami kerana tidak mahu kegigihannya keluar menya­ ra kami sekeluargamenjadi sia­sia,” katanya. Ketabahan Ajida membanting tulang bersama suaminya mem­ bolehkan beliau menerima Anu­ gerah Peserta Pasar Nelayan Jaya Peringkat Kebangsaan 2011 dan membawa pulang hadiah keme­ nangan sebanyak RM5,000 kerana mempunyai rekod jualan tertinggi. “Jika mahu berniaga, berniaga betul­betul bukan sekadar mele­ pas batuk di tangga kerana sikap sedemikian tidak membantu me­ ningkatkan pendapatan.” kata ibu kepada enam cahayamata itu. Katanya, selain bantuan dari segi peralatan dari LKIM, Ajida turutmembuatpinjaman sebanyak RM10,000daripadaAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membolehkan beliaumelakukanpusinganmodal. Sementara itu, peniaga dan nelayan, Ariffin Munir, 45, berkata beliau memperuntukkan RM1,000 bagi memulakan operasinya men­ jual ikan di pasar berkenaan. “Saya keluar mencari ikan dan menyerahkan kepada isteri dalam menjual hasil tangkapan. Dalam sebulan saya mampu meraih pen­ dapatan sehingga RM4,000 bergan­ tung kepada keadaan cuaca. “Tindakan LKIM membina pasarnelayan ini sebenarnyadipuji berbanding keadaan premis terda­ hulu yangkotor dan tidak tersusun. Sekarang, proses jual beli dilaksa­ nakandalamkeadaan selesa,” kata­ nya yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal. Katanya, selain Pasar Ne­ layan Bako yang diangkat se­ bagai pasar nelayan terbaik peringkat kebangsaan, Sa­ rawak turut mempunyai pa­ sar nelayan kedua terbaik terletak di Muara Te­ bas. “Jual sen­ diri hasil tangkapan b e r j a y a cecahpenda­ patan bula­ nanRM4,000 ke RM9,000. T indakan LKIM mem­ bina pasar nelayan ini sebenarnya dipuji ber­ banding keadaan premis terdahu­ lu yang kotor dan tidak tersusun”, katanya. Beliau berkata, pasar yang didirikan berhadapan pasar lama membolehkan hasil tangkapan dikumpul dan dijual kepada pem­ beli dalam keadaan masih segar. Paling penting ketiadaan orang tengah membolehkan pendapatan bulanankami yangberniagadi sini tidak jauh beza. » Jual sendiri hasil tangkapan berjaya cecah pendapatan bulanan sehingga RM9,000 Pasar Nelayan Bako elak monopoli orang tengah Tindakan LKIM membina pasar nelayan ini sebenarnya dipuji berban­ ding keadaan premis terdahulu yang kotor dan tidak tersusun” Ariffin Munir, Peniaga Ajida menyusun ikan untuk dipasarkan di Pasar Nelayan. [ FOTO AZAHAN ROSLI/ BH ] Lala turut dijual di Pasar Nelayan Bako. FAKTA NOMBOR RM1.45 juta prestasi nilai jualan pasar nelayan tahun 2011 − SABTU 28 JULAI 2012 32 ≤NASIONAL
28 JULAI 2012 SABTU 9 NASIONAL Graduan tampil bantu siasatan » Beri keterangan universiti tawar ijazah palsu Oleh Sophia Ahmad sophia@bharian.com.my Shah Alam B erikutan pembongkaran penjualan ijazah palsu oleh BH, baru-baru ini, beberapa graduan yang membelinya hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam, untuk memberi keterangan. Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang hadir untuk membantu siasatan polis berhubung penjualan ijazah palsu membabitkan universiti luar negara oleh Jakri Education Group (Jakri) yang berpangkalan di Subang Jaya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Chong Mun Phing, berkata pihaknya akan memanggil semua graduan yang membeli ijazah itu untuk menyiapkan kertas s iasatan berhubung sindiket berkenaan. Tiada tempoh ditetapkan Bercakap kepada BH di sini semalam, beliau berkata, tiada tempoh ditetapkan untuk mengambil keterangan kerana polis menghadapi masalah untuk menjejaki dan menghubungi mereka, memandangkan syarikat itu beroperasi sejak sembilan tahun lalu. “Kami bekerja keras untuk menyelesaikan kes ini dan untuk itu, semua graduan yang menjadi pelanggan syarikat itu akan dipanggil. “Kita mengharap mereka datang secara sukarela. “Kita juga berjaya mengesan beberapa daripada mereka yang menyatakan persetujuan untuk datang hujung minggu ini,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak dapat memberitahu jumlah sebenar orang kenamaan bergelar Tan Sri dan Datuk yang membeli ijazah palsu berkenaan. Sambung reman Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, pada sidang medianya mendedahkan siasatan polis mendapati orang kenamaan termasuk Tan Sri dan Datuk membeli ijazah palsu dikeluarkan Jakri. Sementara itu, BH difahamkan, tempoh reman dua suspek ditahan berhubung kes itu yang berakhir hari ini akan disambung untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Pada 25 Julai lalu, sepasukan polis dari JSK Selangor menahan kedua-dua suspek, masing-masing lelaki dan wanita di Cheras, Kuala Lumpur dan pejabat syarikat itu di Subang Jaya. Kedua-duanya dikenal pasti sebagai pengarah dan ejen syarikat itu. Tun Hisan bersama Mun Phing pada sidang media di IPK Shah Alam, kelmarin. [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Semua graduan yang menjadi pelanggan syarikat itu akan dipanggil” Chong Mun Phing, Ketua JSJK Selangor
39 28 JULAI 2012 SABTU
Sekumpulan penduduk berbuka puasa beramai-ramai di masjid Sheikh Bashir di Omdurman, Khartoum, Sudan. [ REUTERS ] Pelarian Syria dan pendudukmenunaikan solat berjemaah sebelum satu bantahan di hadapan Kedutaan Syria di Amman. [ REUTERS ] Seorang wanita Palestin di pusat pemeriksaan Qalandia berhampiran bandar Tebing Barat Ramallah semalam menunggu diberikan kebenaran oleh polis sempadan Israel untuk melintasi Baitulmaqdis bagi menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa. [ AFP ] DUNIA 55 28 JULAI 2012 −SABTU » Ramai umat Islam habiskan gaji belanja rakan makan l Abu Dhabi K emunculan Ramadan turut memberi kesan ekonomi kepada masyarakat Islam di mana-mana pun termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Langkah terbaru pelbagai institusi kerajaan untuk menetapkan harga barangan disambut baik pengguna tetapi kebanyakan mereka mempersoalkan sama ada usaha itu akan berjaya untuk mengurangkan harga barangan utama pengguna. Malah, Ramadan disifatkan sebagai bulan yang lebih banyak menyaksikan permintaan tinggi barang makanan berbanding bulan lain yang nyata sekali bertentangan dengan mesej sebenar untuk berpuasa. Lebihan penggunaan Pengguna mendapatkan barangan mereka berdasarkan kegunaan harian. Bagi barangan tertentu yang biasanya dijual sepanjang seminggu akan cepat habis dalam masa satu hari. Seorang guru yang berasal dari Mesir, Ahmad Maher berkata: “Ada lebihan penggunaan bagi kebanyakan produk sepanjang bulan Ramadan. Tetapi kebanyakan hanya berakhir ke tong sampah.” Jurutera berasal dari Palestin, Qasim Mohammad pula berpendapat, kebiasaannya dalam 10 hari pertama Ramadan, orang ramai akan menggunakan semua wang gaji mereka untuk membelanjakan saudara dan rakan. Ini menyebabkan mereka menggunakan lebih banyak wang dari biasa tetapi kebanyakan makanan terbabit akhirnya dibuang. “Apa yang dimasak adalah lebih banyak berbanding diperlukan oleh seseorang. Ini memberi kesan buruk kepada perbelanjaan kerana mereka perlukan lebih tiga hingga empat bulan untuk pulih semula daripada masalah ini,” katanya. Seorang ahli farmasi Jordan, Bashar Ali memberitahu bahawa: “Situasi menjadi bertambah buruk apabila akhir bulan mereka membeli pakaian baru dan mainan baru untuk anak-anak bagi meraikan Aidilfitri.” Bulan lalu, Jabatan Perlindungan Pengguna (CPD) menetapkan harga 1,650 barangan sehingga akhir 2012 dalam perjanjian bersama 320 pusat jualan dan persatuan koperasi. “DalambulanRamadan,permintaan barangan pengguna masyarakat Arab dan Islam meningkat lebih 30 peratus,” kata ketua ekonomi UAE, No'man Ashour. Sehubungan itu beliau menasihati pengguna untuk tidak membuat pembelian barangan yang tidak diperlukan ketika berpuasa. AGENSI Belanja besar untuk berbuka Ada lebihan penggunaan bagi kebanyakan produk sepanjang bulan Ramadan. Tetapi kebanyakan hanya berakhir ke tong sampah” Ahmad Maher, Guru
28 JULAI 2012 − SABTU NASIONAL ≥ 33 » Pelbagai usaha dilaksana tingkat pendapatan, taraf hidup rakyat Dalam program itu juga, MOA mengadakan pameran kisah peserta AZAM Tani di bawah GTP 1.0 yang berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hasil projek ekonomi yang diusahakan. Revechanda A/L Balakrish­ na dan isteri, Moganambal A/P Arjunan yang menetap di G4, Flat Taman Desa, Pangkor, Perak, bekerja sebagai jurumudi untuk menampung kehidupan bersama enam anak. Mereka yang dikategorikanmiskin ber­ jaya mengubah nasib keluarga danmeningkatkan pendapatan selepas menyertai projek kiosk jualan makanan dan meneri­ ma bimbingan Jabatan Pertani­ an (DOA). Kinimereka di dalam perancangan untuk membuka kiosk kedua yang akan diusa­ hakan anak mereka. Peserta kedua, Hamzah Khusi Mohamad yang mene­ tap di Batu 6 1/2, Jalan Sidang Wahab, Bukit Rambai, Melaka pula terbabit dalam Projek Tanaman Padi dengan mena­ nam padi pulut hitam. Melalui bimbinganMARDI dan Jabatan Perikanan (DOF) serta bantuan teknikal dari segi pengairan, baja dan mesin, pendapatan beliau meningkat hasil penge­ luaran padi yang tinggi. Dalam masa sepuluh hari lagi, beliau akan meraih hasil tuaian musim ketiga. Sementara itu, peserta wanita, Muslihah Dolah yang juga orang kurang upaya penglihatan dan menetap di Tiang 78, Lorong 7, Jalan RB, Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor, mendapat bimbi­ nganMARDI bagimenjalankan projek tanaman cendawan tiram yang diusahakan bersa­ ma suaminya. Kesemua mereka mengu­ capkan terima kasih kepada Kerajaan terutama Kementeri­ an Pertanian dan Industri Asas Tani, DOA, DOF, dan MARDI atas peluang yang diberi. Hari terbuka GTP 2.0 war-war inisiatif MOA P enganjuranacaraHariTer­ buka Program Transfor­ masi Kerajaan (GTP) 2.0 memberi peluang orang ramai mendapat maklumat menge­ nai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup serta pendapatan rakyat. Program dirasmikan Men­ teri Di Jabatan Perdana Men­ teri, Datuk Seri Idris Jala di Pusat Konvensyen KLCC. Ia bertujuan memberi makluman kepada rakyat hasil daripada makmal GTP yang telah berlangsung pada 24 April 2012 hingga 31 Mei 2012. Inisiatif daripada makmal ini adalah idea­idea baru serta penambahbaikan yang akan dilaksana pada tahun 2013 sehingga 2015. Terdapat 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara yang dipamerkan pada program itu. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) terbabit dalamNKRAMemper­ tingkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah mela­ lui pelaksanaan Projek AZAM Tani yang bermula sejak 2010. Inisiatif baru NKRA mem­ pertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah yang berkaitan dengan projek AZAM Tani MOA. 1) Sasaran peserta yang lebih konsisten - MOA akan memastikan agar penyertaan peserta projek AZAM Tani tahun 2013 hingga 2015 adalah ke atas daerahdaerah yang kurang menerima bantuan 1AZAM dengan kadar kemiskinan yang tinggi. Ini bagi memastikan agar bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukannya. 2) AZAM RELA - Kerjasama pihak MOA bersama NGO's, universiti tempatan dan swasta, koperasi/kelab serta badan korporat bagi bersama-sama memantau dan memberi bimbingan kepada pesertapeserta AZAM Tani secara berkala. 3) AKRAB - Program yang berkonsepkan mentor-mentee dimana peserta AZAM Tani yang berjaya diberi peluang menjadi mentor kepada peserta baru. 4) Latihan Pengurusan Kewangan  Bekerjasama dengan pihak AKPK dalam menyediakan modul serta latihan pengurusan kewangan kepada peserta 1AZAM.  AKPK mengadakan TOT (train of trainers) bagi pegawai di jabatan dan agensi MOA dilatih menyampaikan modul-modul pengurusan kewangan.  Latihan untuk memastikan daya tahan projek yang dilaksanakan oleh peserta AZAM Tani 5) Insurans - Peserta yang aktif melaksana projek AZAM Tani bakal dilindungi Insurans Kemalangan melalui produk AgroKasih-I yang ditawarkan Agrobank.  Bayaran Premium sebanyak RM50 pada tahun pertama akan dibiayai Kerajaan.  Insurans yang diberikan adalah berbentuk PA- Liputan Kemalangan diutamakan dengan komponen kehidupan (Accident coverage with life component) 6) Polisi Peluang Ke-2 - ‘Second Chance Policy' merupakan peluang ke-2 yang diberikan kepada peserta yang mengalami kegagalan projek akibat: a) Bencana alam seperti ribut, banjir dan kebakaran - ganti rugi 100% /jumlah kerosakan b) Kesesuaian projek yang diberikan - 100% gantian jika berubah projek (peralatan yang telah disalur sebelum ini akan ditarik semula) c) Kurang semangat/usaha - bantuan sebanyak 30% akan diberikan d) Lemah pengurusan kewangan - bantuan semula sebanyak 30% e) Salahguna kewangan atau masalah sikap tidak akan mendapat sebarang bantuan peluang ke-2 7) Memperluas skop peserta kepada Kumpulan Terpinggir (Vulnerable Group) iaitu ODS(Orang Dalam Selia) yang lepas bebas, bekas penagih dadah dan pengidap HIV. MOA akan bekerjasama dengan Jabatan Penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan di dalam membantu golongan ini diterima masyarakat dan memperoleh pendapatan tetap daripada projek AZAM Tani. INFO Inspirasi peserta berjaya Inisiatif Penambahbaikan AZAM Tani oleh Makmal GTP 2.0 Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa (dua dari kanan) dan Ketua Setiausaha MOA, Datuk Mohd Hashim Abdullah (tiga dari kiri) menunjukkan tanda 1Malaysia bersama peserta AZAM Tani kerana berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hasil bantuan diberi kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar penerangan peserta AZAM Tani, Hamzah Khusi Mohamad mengenai padi pulut hitam yang diusahakannya.
27 28 JULAI 2012 SABTU PENGHANTARAN PERCUMA
SABTU 28 JULAI 2012 66 SUKAN Perlumbaan atasi masa » Chong Wei mahu buktikan dia lebih baik daripada Lin Dan Norseela buru rekod peribadi Kuala Lumpur: Pelari 400 meter berpagar, Noraseela Khalid berazam mencipta rekod peribadi terbaik di pentas Olimpik London meskipun turun dengan tiket 'wild card' bagi acara yang akan bermula Jumaat depan. Bagaimanapun, Noraseela mengakui untuk memperoleh pingat bagi negara dalam acara itu adalah sesuatu yang sukar kerana perlu bersaing dengan atlit terbaik dunia. "Kalau ikutkan statistik prestasi atlit seluruh negara sekarang ini memang agak mencabar, semua atlit sekarang ini pun semakin bagus. Bagaimanapun saya akan pikul cabaran ini dengan penuh rasa tanggungjawab. "Saya rasa bertuah dipilih ke Olimpik. Saya tahu prestasi tidak sampai ke tahapoptimum d an un t u k mencapai ke pusingan seterusnya di London memang agak sukar. “Matlamat utama saya adalah untuk memperbaiki catatan terbaik peribadi," katanya atlit berusia 33 tahun diMajlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam. Katanya , ini adalah kali pertama dia m e ny e r t a i kontinjen negara ke Olimpik atas tiket 'wi ld card ' dan mengakui tekanan kurang tetapi tanggung jawab itu besar. Pemenang pingatemas temasya Sukan SEA, Indonesia tahun lalu itu berkata dia tidak meletakkansasaranusiauntukbersarakerana mahu terus terbabit menaikkan sukan olahraga nasional ke peringkat antarabangsa. "Ramai tanya saya bila mahu bersara, tetapi bagi saya selagi masih sihat dan berupaya untuk meneruskan karier ini, saya akan teruskan. "Usiabukanpenghalang, yangpentingadalahkesihatandankemampuan seseorangatlit itu. Kalau prestasi semasa cemerlang, bagi saya ia masih relevan," kata Noraseela yang bercita-cita untuk mewakili negara sekali lagi di Sukan Olimpik Rio, Brazil pada 2016. Turut menyertai Noraseela ke Olimpik kali ini adalah atlit lompat tinggi lelaki, Lee HupWei yangmenyertai temasya sukan itu juga dengan tiket 'wild card'. Sukan Olimpik London adalah penampilan pertama buat Noraseela dan kali kedua bagi Hup Wei, selepas beraksi di temasya Beijing pada 2008. Noraseela dan Hup Wei menjadi atlit terakhir kontinjen Malaysia yang akan berangkat ke London pada Isnin ini. Ramai tanya saya bila mahu bersara, tetapi bagi saya selagi masih sihat dan berupaya untuk meneruskan karier ini, saya akan teruskan" Isi nama disini Isi jawatan disini London P ilihan utama acara badminton yang dibelenggu kecederaan, Lee Chong Wei percaya dia sudah memberikan dirinya satu peluang untuk memenangi perlumbaan mengatasi masa – dan mendakwa tidak mustahil meraih pingat emas perseorangan lelaki Sukan Olimpik. Ligamen buku lali yang koyak menyebabkan Chong Wei, 30, diusung menaiki kerusi roda ketika Piala Thomas pada Mei lalu, sehingga membangkitkan keraguan serius terhadap kempen pemain dunia itu yang juga ranking nombor satu Olimpik. Namun, rawatan sel stem ditambah pemulihan 13 jam setiap hari, dan sikap keras hatinya memberi kekuatan fizikal dan mental, sehingga membolehkan beliau menewaskan mereka yang mendakwa bahawa beliau tidak mampu melakukannya. Dugaan baru ini nyata memberinya perspektif baru. “Saya melalui laluan yang panjang dan sunyi selepas bergelut dengan kecederaan,” kata perseorangan badminton negara yang mempunyai pergerakan kaki paling lincah ketika beraksi. “Secara jujur, ia membuka mata saya ketika itu siapa sebenarnya rakan, siapa sebenarnya yangmengambil berat mengenai saya, Chong Wei, yang hanyalah insan biasa. “Ramai yang pergi, tetapi tidak pernah sekalipun saya terfikir untuk berhenti. Semua yang negatif itu merangsang saya untuk membuktikan sesuatu.” Chong Wei mahukan pingat emas Olimpik sekali gus mempertingkatkan pingat perak yang dimenanginya di Beijing, empat tahun lalu. Dia mahu membuktikan dirinya lebih baik daripada seteru utama, Lin Dan dalam acara utama. Menghadapi cabaran pemain sensasi Lin Dan, juara dunia dan Olimpik China, mungkin menjadi tugasan paling sukar dalam sejarah badminton dan Chong Wei juga harus berdepan dengan kenangan aksi terakhir mereka di arena Wembley, Ogos tahun lalu. Chong Wei mempunyai kelebihan dua mata menentang Lin Dan di perlawanan akhir dunia yang hebat. Selepas itu, katanya, dia mempertimbangkan untuk melanjutkan kariernya setahun lagi bagi merebut gelaran dunia pada 2013, selepas mengumumkan bersara pada Olimpik. ‘Putih, hitam, coklat warnai Olimpik Di sekitar London, pergerakan manusia tampak laju. Ada yang gemar mengayuh basikal, ada berjoging hampir setiap masa. Masyarakat di sini juga suka bersenam di gim. Pada ketika bandaraya tersohor ini menyambut ratusan ribu pengunjung ke Sukan Olimpik ke-30 bermula semalam, warga kota di sini seperti sudah pun lebih awalmemulakan temasya berkenaan. Bagi saya mereka sudah mencipta mood atau suasana pertandingan dan ini satu senario yang menyeronokkan untuk kita dari luar. Tempat kami menginap ketika ini berhampiran King Cross juga menarik dengan gelagat orang ramai – berwarna putih, hitam atau pun coklat. Mereka agresif dan sentiasa ceria. Saya tidak berniat untuk membuat perbandingan kenapa di Kuala Lumpur, umpamanya tidak ada pergerakan seperti ini. Di sini cuaca berbeza dan mereka mampu mengayuh basikal atau berjoging setiap masa walaupun dalam musim panas. Sejak kami tiba di sini Rabu lalu majoriti akhbar tempatan lebih banyak memaparkan kandungan mengenai Sukan Olimpik, baik di halaman sukan atau pun berita utama. Kali ini 14,700 atlit akan beraksi dengan 26,500 wakil media hadir membuat liputan kejohanan terbesar dunia itu. Di televisyen liputan dapat dilihat hampir setiap masa dan peminat tempatan – seperti peminat di negara kita – akan melepak di restoran dan pusat membeli belah untuk mengikuti perkembangan, khasnya mengena i nega ra mereka Britain. Andai sebelum ini laporanmengatakan orang luar atau pun wartawan asing akan berdepan kesulitan dari segi pengangkutan, maklumat atau pun keselamatan jelas ia meleset kerana operasi berjalan agak lancar. Sikap peramah petugas London 2012 dan hampir 70,000 sukarelawan juga harus diberi pujian kerana tiada apa yang sukar untuk diperoleh. Komunikasi dengan cara baik sudah memadai untuk kita bergerak atau pun mendapatkan bahan keperluan di sini. Apa yang membanggakan juga adalah liputan luas mengenai atlit menembak negara, Nur Suryani Taibi gara-gara mengandung. Media elektronik dan cetak dari Brazil, Belgium, Britain, China dan beberapa negara lain sibuk mengadakan sesi temu ramah dengan jaguh negara itu dan beberapa akhbar tempatan di sini memuatkan berita mengenai perkembangan jaguh kita itu. Jelas nama Jalur Gemilang sudah pun diperkenalkan lebih awal. Jumpa lagi! Chong Wei sempat bertanya khabar ketika bertemu Lin Dan di pekarangan Hotel Wembley Plaza sebelum memulakan latihan, semalam. FF
SABTU 28 JULAI 2012 36 NASIONAL UiTM jemput alumni FKPM meriahkan ulang tahun Kuala Lumpur: Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (FKPM-UiTM), dijemput memeriahkanmajlis ulang tahun ke-40 fakulti itu, 1 September depan. Ahli Jawatankuasa Promosi Majlis Sambutan 40 Tahun FKPM-UiTM 2012, Hariyati Ariffin, berkata penganjuran acara itu bertujuan merapatkan hubungan antara alumni, termasuk mereka yang kini berada di luar negara. Hariyati berkata, sejak ditubuhkan pada 1972, alumni FKPM-UiTM sudah mencecah lebih 10,000 orang di seluruh negara. “Penganjuran acara ini diilhamkan Dekan FKPM-UiTM, Prof Madya Dr Adnan Hashim, dengan objektif mengeratkan hubungan antara alumni dan 60 tenaga pengajar ,” katanya di sini, semalam. Majlis itu akan diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Maklumat lanjut, hubungi Hariyati di talian 016-2190876 atau Nadia (03-55435819). Tertipu baju kurung online » 10 terpedaya beli pakaian dalam Facebook Budak hidap tujuh penyakit perlu bantuan Kuala Lumpur : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menghidap tujuh jenis penyakit, memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli peralatan perubatan membabitkan kos RM22,600. Aqil Harits Mohd Najib, anak juruteknik pendingin hawa, Mohd Najib Husain, dan suri rumah, Noraini Abdullah, disahkan menghidap lumpuh otak (cerebral palsy) sejak berusia sembilan bulan. Noriah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu lahir tidak cukup bulan dan diserang lumpuh otak selepas lambat mendapat rawatan demam kuning. “Ketika berusia setahun pula, anak saya disahkan menghidap Laryngomalacia, iaitu masalah saluran pernafasan yang sempit sehingga dia terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen. “Justeru, Aqil menjalani pembedahan ‘tracheostomy' yang mana lehernya ditebuk dan dipasang tiub bagi memudahkan dia bernafas,” katanya ketika hadir bersama suami dan anaknya itu di Balai Berita di sini, semalam. Tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan Selain itu, Aqil Harits juga menghidap penyakit gastroesophageal reflux, epilepsi, central sleep apnea, insomnia dan pneumonia yang berulang, menyebabkannya tidak dapat makan menerusimulut, kerap sawan, sukar tidur, nafas sering terhenti ketika tidur dan mengalami radang paruparu. Noraini berkata, bagi menampung kos rawatan Aqil Harits yang mencecah RM3,000 sebulan,merekahanyabergantung kepada pendapatan suaminya yang kurang RM2,000 sebulan, selain menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan zakat. Untuk mengurus dan meOleh Mohd Khairie Khalid bhnews@bharian.com.my Padang Besar K egembiraan 10 individu membeli baju kurung baru pada harga murah sempena Aidilfitri ini, bertukar kecewa apabila ditipu selepas menempah pakaian itu secara online. Semua mangsa terdiri daripada kakitangan dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, dikatakan terpedaya dengan tawaran jualan murah yang dikirim seseorang melalui Facebook, sehingga menempah 21 pasang baju kurung. Seorang mangsa, NorhashidaMdYazid, 26, berkata beliau amat tertarik dengan tawaran harga murah baju kurung yang dikirim melalui laman sosial itu menggunakan nama `Kurung Raya'. Bayar RM520 untuk 10 pasang baju Katanya, beliau dan rakan lain kemudian menempah 21 pasang baju kurung dan membayar RM520 untuk 10 pasang terbabit melalui akaun bank dinyatakan pengusaha maya itu pada 19 Julai lalu. “Apa yang mencurigakan, pakaian itu belum diterima selepas seminggu tempahan dibuat. Malah, usaha menjejak pengusaha maya terbabit gagal apabila semakan mendapati akaun ‘Kurung Raya' tidak lagi aktif. “Memang pada awalnya kami curiga melihat gambar baju yang dipaparkan kerana tertera tarikh tahun lalu. Namun akibat teruja dengan tawaran harga murah, kami terpedaya,” katanya. Seorang lagi mangsa, Rezuan Mat Arif, 28, berkata pihaknya akan melaporkan kes itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan pembelaan. Sindiket curi motor lumpuh Ipoh: Tujuh remaja lelaki, termasuk enam masih bersekolah, ditahan polis kerana disyaki menjadi anggota kumpulan sindiket yang aktif mencuri motosikal sekitar Pasir Puteh di sini. Enam remaja masih bersekolah berumur antara 13 dan 15 tahun, dan seorang berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dan menjadi dalang kumpulan itu, ditahan di beberapa lokasi berasingan di sini sekitar jam 11.45 pagi semalam. Polis turut menemui dua rangka motosikal di belakang rumah salah seorang remaja berkenaan, yang sudah dileraikan dan dipercayai dijual sebagai alat ganti. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kumpulan remaja itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar Pasir Puteh sejak beberapa bulan lalu. Noriah dan suami bersama Aqil yang menghidapi penyakit renjatan otak memerlukan bantuan. [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] rawat Aqil Harits di rumah, mereka memerlukan lapan peralatan perubatan yang menelan perbelanjaan berjuml ah RM22 , 6 0 0 d i mana RM10,000 daripadanya sudah disumbangkan Garden International School. Orang ramai yang ingin menderma baki RM12,600 diperlukan, boleh menyerahkan cek bertulis nama Aqil Harits Mohd Najib di belakangnya kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
SABTU 28 JULAI 2012 58 SUKAN Gelaran Raja Takraw kekal sepanjang zaman » Pencapaian cemerlang Adnan masih sukar ditandingi sehingga kini Tarikh Lahir: 25 Februari 1957 Pekerjaan: Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kedah Isteri pertama: Ramlah Marzuki meninggal dunia (2000) Isteri kedua: Suraya Abdullah Anak isteri pertama: Nor Adilah 32, Nor Nadiah, 31, Mohd Faizal, 27 dan Nor Nadirah, 22. Anak isteri kedua: Suhaila, 12 dan Mohd Fariz Haikal, 8. PROFIL Adnan Saidin Oleh Bashah Zainol Abidin bhsukan@bharian.com.my J ika Brazil berbangga apabila Pele dipilih sebagai Raja bola sepak, rakyat Malaysia juga turut berbangga dengan Adnan Saidin digelar Raja Takraw pada 1986 - dengan anugerah gelaran itu kekal sepanjang zaman. Bagi Adnan, gelaran itu dianggap penghargaan tertinggi sepanjang kariernya selepas 10 tahun mengabadikan diri dalam sukan takraw kerana berjaya meletakkan nama pemain negara di antara pemain termasyhur di kalangan negara jiran termasuk Thailand. “Saya memang teruja dan amat gembira menerima gelaran itu. Ia anugerah terbesar dan terbaik yang diterima manamana pemain sepak takraw tidak kira negara mana yang diwakilinya. “Impian saya ialah suatu hari nanti acara sepak takraw dimasukkan dalam Sukan Olimpik untuk memberi peluang pemain pasukan kebangsaan menjulang nama Malaysia di temasya terbesar dunia,” katanya. Cadangannya, Persatuan Sepak TakrawMalaysia (PSM) perlumengembalikan minat rakyat tempatan terhadap sukan itu tanpa mengira usia - sama seperti zaman kegemilangan takraw negara. Perbezaan ketara berbanding di zamannya ialah, pemain seangkatannya mampu bertahan lama mengekalkan kecemerlangan berbanding pemain sekarang yang cepat lenyap - sepantas mana mereka muncul dalam dunia sepak takraw. “Sepatutnya pemain zaman sekarang lebih menyerlah dengan pencapaian membanggakan kerana mereka mempunyai segala kemudahan, bantuan, program latihan serta peluang menyertai pertandingan. Menyingkap sedikit sejarahnya, Adnan bukan saja mampu melakukan satu teknik rejaman saja, malah berupaya membuat pelbagai gaya libasan seperti gunting, pacak, `back stroke' dan pari hingga digelar ‘Raja Libas'. Kebiasaannya, ‘killer' akan bermain sebagai apit kanan, tetapi Adnan pula bermain di posisi apit kiri sekali gus menjadikan aksi ‘gulung' cukup menarik. Dia mula bermain sepak takraw sejak berusia lapan tahun kerana sudah menjadi tradisi penduduk di kampung kelahirannya di Kampung Padang, Tandop, Kedah untuk bermain sepak takraw pada setiap petang. Mereka sepakat membuka gelanggang sekitar 1960-an sekali gus menjadikan sepak takraw menjadi semakin popular di kampung itu hinggakan anak-anak mudanya menubuhkan kelab sepak takraw Kelab Sepak Takraw Pancaroba. Di gelanggang itulah, Adnan mengasah bakatnya sebagai perejam apit kiri hinggalah berjaya menempatkan diri dalam pasukan Bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, sekali gus membantu sekolahnya muncul juara pertandingan peringkat daerah. Berkat usahanya, Adnan terpilih menyertai skuad Kedah pada 1973 dan mempertajamkan rejaman dan berguru dengan Suiad Osman yang banyak memberi tunjuk ajar serta selok belok permainan itu. Libasannya memang berbisa dan digeruni lawan - apa tidaknya kerana libasan maut itulah ada pemain lawan rebah, ada penonton yang patah gigi garagara terkena lantunan bola libasannya. Bahkan, Adnan pernah ‘menutup mulut' apit kanan Thailand yang suka membuat provokasi dengan melibas bola tepat ke dahi lawan.Akhirnya lawantumbang, sesaknafas dan terpaksa diusung keluar gelanggang. Ketika itu, Adnan berpasangan dengan Allahyarham Shukri Ismail (apit kanan) dan Jusri Rid (tekong). Walaupun sudah lama meninggalkan dunia sepak takraw, lagenda itu masih mengikuti perkembangan sukan takraw negara dan berbincang dengan Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail. Adnan menunjukkan koleksi piala yang pernah dimenangi. [FOTO: AZHAR RAMLI/BH] Adnan (kanan) membuat libasan ketika mewakili negara dalam satu perlawanan bertemu negara jiran. Olahragawan Kedah 1980 dan 1981 Calon Olahragawan Negara 1980, 1981, 1982 dan 1983 Pemain Terbaik Asia 1984 Raja Takraw Asia 1986 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Sultan Kedah 1981 Sukan Sea (1979, 1981, 1983, 1985) Ketua pasukan Malaysia (1980-1986) Ketua pasukan Kedah (1976-1992) Pencapaian Anugerah
SABTU 28 JULAI 2012 60 SUKAN ‘FAM prejudis terhadap KAFA' Golf Terbuka Amal 59GT meriah » ‘Badan induk itu boleh lakukan siasatan walaupun melalui desas-desus' Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bharian.com.my “S aya rasa mereka (pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu dihantar ke sekolah untuk belajar undang-undang.” Demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dianggap prejudis terhadap sesuatu isu termasuk membabitkan kes pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar. Beliau berkata, tindakan FAM itu agak jahil malah mereka membuat banyak kenyataan bercanggah berkaitan sesuatu isu sekali gus membuktikan badan induk bola sepak negara seperti kurang faham dengan peraturan yang ditetapkan mereka sendiri. “Tidak betul kalau mereka cakap kena ada aduan dulu baru siasatan dibuat. Sepatutnya FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini, terus melakukan siasatan walaupun kejadian itu hanya diketahui melalui desasdesus saja. “Mereka ada hak untuk siasat. Dalam kes membabitkan Ghaddar, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar, saya tidak cakap ada ‘double standard' tetapi FAM jahil dan tidak faham mengenai undang-undang,” katanya kepada BH Sukan, semalam. Semalam, BH Sukan melaporkan walaupun terkilan dengan FAM yang dilihat seperti berdolak dalih, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan menyerahkan ‘bulat'bulat' kepada badan induk itu menjalankan siasatan terhadap Ghaddar. Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata sebelum ini FAM meminta pihaknya membuat laporan sebelum siasatan boleh dijalankan terhadap Bunyamin kerana melakukan ‘kekasaran melampau' terhadap Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad IV, pada 29 Jun lalu. Bagaimanapun, ketika kes yang sama menimpa Bunyamin, FAM tidak perlu menunggu aduan, sebaliknya terus mengeluarkan surat pertuduhan kepada Ghaddar. Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamaruddin Abdullah ketika dihubungi semalam, berkata apa yang sering menjadi masalah sekarang apabila banyak keputusan jawatankuasa yang pernah dinaunginya itu ditentukan oleh pihak sekretariat. Kajang: Kejohanan Golf Terbuka Amal 59GT anjuran syarikat 59GT Sdn Bhd berlangsung dengan penuh meriah di Impian Kajang Golf & Country Club, baru-baru ini. Kejohanan julung kali diadakan dan dimenangi Ronald Lim itu menyaksikan 48 pemain daripada 12 pasukan mengambil bahagian. Selepas kejohanan turut diadakan majlis makan malam dan penyampaian sumbangan kepada Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan dan Yayasan Ozanam Rumah Keluarga Kami yang masing -masing mener ima RM5,000. Sumbangan disampaikan wakil penganjur, Idris Majid kepadawakil Lembaga Pelawat Rumah Rumah Seri Kenangan, Saifu l Bukhar i dan Yayasan Ozanam Rumah Keluarga Kami, John Santana. FAM jahil dan tidak faham mengenai undang-undang" Prof Khoo Kay Kim Pengkritik sukan Aksi Ghaddar (kiri) ketika menentang Queens Park Rangers di Stadium Shah Alam, minggu lalu.
SABTU 28 JULAI 2012 42 RENCANA Kakitangan kerajaan perlu praktik idea baru Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid jalil@nstp.com.my Pengarang Kumpulan BH Datuk Mior Kamarul Shahid mkamarul@nstp.com.my Timbalan Pengarang Kumpulan BH Mahfar Ali mafa@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Berita Norhayati Md Said yatisaid@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Rencana Zainor Said zaino@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Pengeluaran Badrulhisham Othman baneta@bharian.com.my BH diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Bhd, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-22-6787 Faks: 03 20567081 Laman Web: www.bharian.com.my E-mel: bh@bharian.com.my S IDANG REDAKSI Minda Pengarang E-mel ke Anda boleh berkongsi pendapat di rencanabh@bharian.com.my Cakap-Cakap Inisiatif Teraju bantu Bumiputera jaya transformasi Perdana Menteri, bola sepak serta perkhidmatan awam K ehebatan pertandingan bola Eropah sudah berlalu. Yang menang berjudi senang hati. Yang kalah makan hati. Peminat yang bersorak hingga ke subuh – seolah-olah berada dalam stadium – tidur dan kerjanya sudah kembali normal. Demam bola sudah kebah. Namun bola, bukan lagi sekadar sukan mainan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik teladan daripada pertandingan akhir EURO 2012. Beliau tidak hanya bersorak ketika menonton di kaca televisyen. Fikirannya ikut bermain di padang. Ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya 2 Julai lalu, pesannya: “Anggota perkhidmatan awam mestilah ‘cepat, tepat dan berintegriti – CTI'. Sifat ini perlu dilengkapi dengan ‘produktiviti, kreativiti dan inovasi – PKI'. TegasNajib, kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu mencari idea baru yang lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana yang penting ialah keberhasilan. Maka, kita perlulah memperlihatkan perubahan yang inovatif. Lalu Najib menyebut pertandingan antara Itali-Sepanyol sebagai teladan. Katanya: “Sepanyol tidak meletakkan penyerang, sebaliknya menggunakan enam pemain tengah yang masing-masing boleh menjaringkan gol. Ini tidak konvensional dan format yang belum dicuba, namun akhirnya Sepanyol jadi juara. “Justeru, seperti pasukan Sepanyol, kerajaan kita juga sentiasa mencari idea yang ada kelainan. Antara satu kejayaan kita menggunakan CPI dan PKI, ialah mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (PTB) di Melaka, hanya mengambil masa enam minggu saja. PTB menandakan perubahan dalam perkhidmatan kerajaan untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada rakyat.” Bersediakah anggota perkhidmatan awam kita untuk membuat perubahan – mencuba cara kerja yang tidak konvensional – terutama pada peringkat pegawai atasan? Dalam hubungan dengan perkhidmatan untuk rakyat, ada banyak contoh yang menunjukkan betapa bekunya pemikiran pegawai perkhidmatan awam kita. Diceritakan dua contoh kecil, yang semua orang boleh faham. Di Kedah, 12 minit perjalanan dari bandar raya Alor Setar, ada berpuluh-puluh ekar tanah sawah yang sudah belasan tahun tidak dikerjakan kerana masalah pengairan. Tanah yang lokasinya cukup berharga ini jadi paya, dipenuhi menerung setinggi dada. Apabila pemilik memohon untuk memajukan tanah ini, MADA menolak kerana ia termasuk dalam kawasan pertanian MADA. Pejabat Tanah pula menolak kerana syarat kegunaannya di atas geran tercatat ‘bendang'. Jawapan ini pantas sekali. Maka dengan jawapan seperti itu, selesailah sudah tugas pegawai MADA dan pegawai Pejabat Tanah. Pemilik tanah dan kerajaan sama-sama tidak dapat hasil. Pemilik pun tidak bayar cukai. Kita mensesiakan anugerah Allah yang sangat berharga. Bukankah kita manusia, sebijak manapun, tak akan boleh mencipta tanah! Di Pulau Langkawi, beberapa pemilik tanah memohon untuk memajukan tanah mereka yang terletak di pinggir jalan raya. Permohonan ditolak kerana semua tanah itu jenis kegunaannya ‘pertanian' dan juga tidak termasuk dalam pelan pembangunan. Selepas dirayu dan diprotes dalam akhbar, satu perjumpaan diadakan dengan pegawai pelbagai jabatan dan dipengerusikan seorang anggota EXCO. Seorang pemilik tanah bertanya: “YB, tanah saya tujuh ekar. Kebun getah tua. Selepas satu pesta perarakan laut yang meriah, Langkawi diisytiharkan Pulau Pelancongan. Adakah YB fikir patut saya kekalkan kebun getah tua tujuh ekar itu di pulau pelancongan ini? “Yang kedua, bolehkah YB dan tuan pegawai sebut contoh, di manakah tanah milik Melayu yang termasuk dalam kawasan pembangunan? Semua tanah orang Melayu adalah petak kecil tanah pertanian dan terletak di luar bandar. Apa akan jadi kepada tanah ini? Maaflah. Kita kena keluar daripada kotak tradisi.” Dipendekkan cerita, akhirnya permohonan untuk ubah syarat dan pecah lot di atas tanah di pulau pelancongan ini diluluskan. Namun mengambil masa hampir empat tahun, melalui jalan yang tersendat-sendat dan berliku-liku! Semoga saranan Najib agar pegawai kerajaan mengamalkan pendekatan CPI dan PKI diberi perhatian serius oleh Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ketua pengarah semua jabatan. Bola pun bukan lagi sekadar sukan suka-suka! (Mohon respon anda. Pro mahu pun kontra) K erajaan sentiasa prihatin mengenai keperluan modal yang dialami usahawan Bumiputera dalam menjayakan transformasi ekonomi. Terbaru, penyediaan modal RM13 bilion yang dilancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) tepat pada masanya ketika usahawan Bumiputera muncul sebagai antara pemain perusahaan yang penting. Peruntukan yang besar pastinya dapat membantu syarikat menjayakan projek berskala besar selaras keperluan pembangunan negara. Banyak syarikat Bumiputera menghadapi masalah modal walaupun mempunyai kepakaran dalam sesuatu industri berdaya saing. Diharapkan kekangan modal boleh diatasi menerusi dasar kerajaan yang mahu meletakkan syarikat usahawan Bumiputera setanding dengan bangsa lain. Beberapa program pembangunan ekonomi memerlukan pembabitan syarikat yang aktif dan berwibawa. Antara inisiatif menyumbang kepada jumlah RM13 bilion itu ialah dasar untuk memberi peluang secara ‘carve out' kepada syarikat Bumiputera terbabit dalam projek Transit Aliran Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn Bhd. Sehingga kini, 47 peratus inisiatif diperkenalkan kerajaan ditawarkan kepada syarikat Bumiputera melebihi sasaran 43 peratus. Mengikut unjuran ketika ini, jumlah keseluruhan pakej itu bernilai RM9.3 bilion, melangkaui sasaran RM8.5 bilion. Kita berharap peruntukan yang besar ini memuaskan hati semua pihak kerana agihan dibuat telus, berdasarkan kepada syarikat Bumiputera yang terbaik dan mampu menjayakan projek diamanahkan. Kerajaan juga meluluskan 20 lagi syarikat yang layak untuk menyertai program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras), satu lagi program perdana Teraju, menjadikan jumlah kini 150 buah. Peningkatan ini membuktikan pengiktirafan terhadap syarikat Bumiputera yang mempunyai potensi berkembang dan mampu bersaing untuk mendapatkan kerja sektor awam. Tentunya pengumuman terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi sebahagian daripada pakej ekonomi yang membabitkan Bumiputera pada keseluruhannya. Kejayaan sesebuah dasar kerajaan bergantung kepada sejauh mana keupayaan syarikat Bumiputera itu menyiapkan tugas diamanah. Kita berharap insentif diperkenalkan itu membantu meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor pembuatan yang penuh persaingan. B erita graduan membeli ijazah daripada sebuah syar ika t menggunakan nama universiti palsu luar negara, bertambah menarik kerana ada antara graduan berkenaan membabitkan orang kenamaan, termasuk Tan Sri dan Datuk. Inilah akibatnya jika ikut jalan pintas. Mamat – ramai nak tahu siapa mereka itu Semoga saranan Najib agar pegawai kerajaan mengamalkan pendekatan CPI dan PKI diberi perhatian serius oleh Ketua Setiausaha Negara, JPA dan ketua pengarah semua jabatan. Bola pun bukan lagi sekadar sukan suka-suka!
SABTU 28 JULAI 2012 48 AGAMA Tekanan mental dorong kes bunuh diri Penghayatan Ramadan tak konsisten Petikan Buku Adab Ramadan Ambil peluang keberkatan bulan mulia bertaubat bersihkan hati S ering kali masyarakat kita terlepas pandang beberapa perkara ketika Ramadan dan Syawal antaranya, lebih mementingkan bazar Ramadan daripada masjid. Jika dikumpulkan orang yang berada di bazar, rasanya tidak muat masjid, lebih ramai daripada solat Jumaat. Itulah hakikatnya, manusia lebih mementingkan sesuatu yang dapat dilihat daripada pahala yang dijanjikan Allah. Lebih mementingkan ‘hendak berbuka apa hari ni?' daripada ‘hendak beribadah apa hari ini? Kualiti ibadat Kualiti dan kuantiti ibadat berbeza antara separuh pertama Ramadan dengan separuh kedua Ramadan. Pada awal Ramadan, semangat berkobar-kobar ingin melakukan bermacam ibadat kerana terkesan dengan kelebihan yang dijanjikan ketika Ramadan. Jika boleh, hendak memenuhkan setiap malam Ramadan dengan solat tarawih, solat tahajud, solat witir, bacaan al-Quran dan sebagainya. Terasa macam bersalah jika tertinggal walaupun satu rakaat solat tarawih atau solat tahajud. Namun, apabila masuk separuh kedua Ramadan, kelebihannya hanya tinggal kesan. Semangatnya semakin hilang Semakin Ramadan ingin berlalu, semakin bertambah urusan perlu diselesaikan. Semua ibadat semakin berkurang dan semangat yang berkobar-kobar semakin pudar dan luntur. Lebih bergembira dengan datangnya Syawal daripada datangnya Ramadan. Ramadan diibaratkan bulan seksaan, Syawal dianggap bulan kegembiraan. Tiada penghayatan terhadap kelebihan Ramadan berbanding bulan lain. Pentingkan sahur Lebih mementingkan sahur daripada qiamullail dan solat Subuh. Kalau bangun sahur, hati gembira kerana dapat makan. Tetapi qiamullail dan solat Subuh tidakmenjadi keutamaan, yang penPenulis Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) R amadan datang lagi dan kita bersyukur masih diberi kesempatan menyambut kedatangannya dalam keadaan tenang. Sememangnya semua orang inginkan ketenangan menjalani kehidupan seharian dan bukannya hati sentiasa risau atau resah gelisah. Namun kebelakangan ini terdapat pelbagai kes bunuh diri serta cubaan bunuh diri yang berlaku di sekeliling, termasuklah dalam kalangan profesional seperti doktor dan peguam. Masyarakat tertanya-tanya mengapa perkara ini berlaku sehingga memaksa seseorang itu mengambil keputusan menamatkan nyawanya sendiri? Perkara ini berkaitan tekanan mental yang menyebabkan seseorang hilang pertimbangan, berlaku perubahan perasaan dan tingkah laku. Ancaman penyakit mental Masalah mental kini menjadi ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan Malaysia khususnya. Tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Ini menakutkan kerana seorang daripada enam (1:6) rakyat negara ini mengalami penyakit mental. Masyarakat tidak seharusnya memandang negatif dan menyisih mereka yang ada penyakit mental. Anak harus diberitahu supaya jangan melabel pesakit mental sebagai ‘gila' kerana tiada siapa suka perkara ini terjadi kepada ahli keluarga mereka. Sebaliknya kita harus cuba untuk memahami punca atau sebab mereka berkelakuan demikian. Kita perlu ingat bukan semua orang mampu menghadapi tekanan hidup dengan baik terutama dalam era menuju ke arah negara maju, di mana segala-galanya bergerak pantas serta kos sara hidup kian meningkat. Khidmat kaunseling Perkhidmatan kaunseling mampu membantu pesakit meluahkan isi hati. Pada masa ini kita mempunyai 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia untuk penduduk hampir 30 juta. Nisbahnya ialah 0.8 pakar untuk 100,000 penduduk, satu angka jelas tidak mencukupi. Sempena Ramadan yang mulia, ambillah peluang untuk membersihkan hati supaya sentiasa tenang dan gembira. Hati yang bersih akan menerima hidayah daripada Allah SWT, khususnya ketika Ramadan yang disebut sebagai bulan hidayah. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati.” (Hadis Riwayat Ahmad). Rawat hati Beberapa perkara boleh kita lakukan bagi merawat hati iaitu muhasabah diri. Seterusnya, adalah memperbaiki diri atau bertaubat atas segala dosa lalu. Mintalah ampun kepada Allah yang Maha Pengampun semoga hati akan menjadi lebih tenang. Cuba kurangkan bercakap pada Ramadan ini. Jagalah mulut kerana terlalu banyak bercakap boleh membuat hati menjadi keras. Jangan sibuk mengata dan mengambil tahu hal orang. Bercakap perkara penting dan hindari menjadi orang yang suka bercakap besar atau bergosip. Baca al-Quran Amalkan membaca al-Quran, memahami maksudnya dan mengamalkannya. Selain daripada pahala berganda, ia mampu menyuci dan menenangkan hati serta menjauhkan sifat mazmumah. Jika dilaksanakan bersungguhsungguh, ia akan menghadirkan hati yang tenteram serta bersinar. Banyakkan juga bersedekah kerana sedekah menawarkan ruang penyucian jiwa. Umat Islam seharusnya berlumba-lumba melakukan kebajikan dan amalan itu hendaklah diteruskan selepas Ramadan untuk menghakis sifat kedekut dalam diri. ting, bersahur dan niat puasa. Tidak solat pun tidak mengapa, yang penting puasa. Begitu juga ketika berpuasa pada siang hari, sanggup menahan lapar sehingga keletihan dan tertidur tetapi solat dan amalan lain diabaikan. Berjaga buat kuih Sepuluh akhir Ramadan tidak ada masa untuk qiamullail tetapi boleh pula berjaga malam buat kuih, kek, lemang dan ketupat. Tidak ada masa untuk tahajud yang hanya dua rakaat, tidak sampai pun 10 minit, baca al-Quran sehelai tidak sampai pun 15 minit. Duit berhabis untuk juadah berbuka, bersahur dan sambutan hari raya tetapi kedekut bersedekah. Tukar serba baru Sikap ini masih sukar dikikis. Apabila menjelang akhir Ramadan, hati terdetik hendak tukar semua baru. Tabung masjid dan surau tidak lagi diisi, kutipan untuk moreh tidak lagi dipedulikan. Ada baiknya duit raya disedekahkan lebih banyak kepada fakir miskin daripada diberikan kepada kanak-kanak. Dahulukan duit raya kepada yang lebih memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim. Buat pertimbangan yang betul untuk menghabiskan duit raya dengan cara dan tempat yang betul. Solat tarawih berjemaah penuh masjid, tapi solat fardu berjemaah, hanya penuh dengan tiang masjid. Tempat persinggahan Cuba perhatikan sebelum dan selepas Ramadan, masjid hanya menjadi tempat persinggahan pada Ramadan dan kembali ditinggalkan selepasnya. Rasulullah SAW amat memberatkan solat fardu lima waktu berjemaah sehingga beliau mengancam mahu membakar rumah yang penghuninya tidak solat fardu berjemaah. Fadilat Hadis Sesungguhnya dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati” (Hadis riwayat Ahmad ) Orang ramai tidak lepas peluang tunaikan solat tarawih.
29 28 JULAI 2012 SABTU
64 SUKAN l London R autwajahdantubuhbadan mereka yangmempesona, mampu ‘mencairkan' hati lelaki, namundi sebalik kejelitaan yang dimiliki, bakat yang dianugerahkan kepada ratu sukan ini cukupmenakjubkan. Di temasya Olimpik London 2012 yang dibuka secara rasmi awal pagi tadi, kelibat jelitawan sukan ini sekali lagi menjadi sasaran lensa kamera, tidakkira ketika beraksi atau bersantai. Tujuan mereka hadir di temasya itu bukan untuk ‘memperagakan' kecantikan, sebaliknya memburupingat emas - iaitu lambang kejayaan yang terlalu sukar untukdibandingkandengankejohanan lain. Ramai yang pasti tahu, sukan tenis adalah antara acara yang memiliki ramai jelitawan berbakat. Bagaimanapun, jangan terperanjat kerana acara lain turut tidak ketinggalan mempunyai ‘bidadari' yangmemiliki ‘tarikan' tersendiri. Mengetuai kontinjen jelitawan tenis di Olimpik yang bakal sekali lagibertarungdiKelabAllEngland ialah bintang Russia, Maria Sharapova, pilihan kedua kejohanan yang memburu emas pertama Olimpik dalam penampilan pertamanya dalam sukan berprestij itu. Diangkat sebagai ratu berbasikal Britain, Victoria Louise Pendleton bukan saja bersandarkan wajahnya yang jelita, namun pakardalamdisiplinpecut trek ini adalah penyandang pingat emas Olimpik Beijing dan juara dunia bagi acara pecut berbasikal. Menambah koleksi kejayaan gadis yang berani bergambar bogel di majalah ini, Pendleton juga juara Eropah dan Sukan Komanwel, selain memenangi sembilan kejuaraan dunia serta memegang enam rekod dalam acara pecut individu. Bagi penjaga gol nombor satu Amerika Syarikat, Hope Solo, kecantikan tidak bermakna apaapa andai seseorang atlit itu tidak dapatmempamerkanaksi terbaik mereka ketika beraksi. Di trek balapan, kelibat Sanya Richards-Ross bukan saja mampu mendominasi acara kegemarannya 400 meter, namun kejelitaannya turut diperkatakan. Dalam acara renang, perenang Australia, Stephanie Rice pastinya antara pencabar yang perlu diambil perhatian, bukan kerana kecantikannya tetapi kehebatannya. Malaysia, tidak kurang hebatnya dengan kehadiran penerjunnya, Leong Mun Yee yang jelas mendapat perhatian lensa jurugambar dari seluruh negara kerana keayuannya. − SABTU 28 JULAI 2012 Srikandi Olimpik Catalina Ponor Maria Sharapova Leong Mun Yee » Mereka bukan saja cantik, tetapi berbakat dan mampu menggondol pingat emas
45 RENCANA 28 JULAI 2012 SABTU Penulis ialah pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Oleh Md Shukri Shuib A kta Keharmonian Nasional perlu menjadi benteng kepada pengawalan supaya kejadian amukan di Kompleks Pejabat Kerajaan Blok B1, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya tidak berterusan berlaku. Kejadian membabitkan serangan kompleks dan anggota kerajaan oleh dua individu yang bersifat ganas jelas memperlihatkan Malaysia perlu bersiap siaga dengan kewujudan subversif pemikiran yang mungkin diterjemahkan kepada keganasan. Apa yang berlaku di Putrajaya jelas memperlihatkan kewujudan ancaman dalam bentuk pemikiran sehingga berjaya menjadikan individu taksub atas pegangan ideologi tertentu sehingga mengalahkan sifat rasional dalam diri. Akta Keharmonian Nasional perlu tegar terbina bagi menambah nilai akta sedia ada untuk membendung kerakusan nilai ganas seperti telah tercetus 10 Julai lalu. Kejadian taklik, takjub dan taksub menyebabkan mental mempercayai keunggulan diri sehingga beranggapan diri unggul dan menyalahkan pihak lain sehinggakan sanggup bertindak menggunakan kekerasan dan keganasan. Inilah bahana ketidaktertiban minda dalam mencerna kesederhanaan atau wasatiyyah yang jelas patut diamalkan dalam diri supaya terhindar amalan subversif ganas dan inilah cabaran kepada aspek pendidikan rakyat, serta diperkukuhkan perundangan untuk menyesuaikan undang-undang sedia ada dengan perkembangan semasa isu keselamatan yang wujud. Hilangnya kesederhanaan dan terjebak dalam kancah pemikiran taksub serta melulu, maka individu akan menjadi ancaman kepada masyarakat dan negara. Justeru, pemantauan terhadap sebaran fatwa songsang dan penyalahgunaan Islam dalam sebarang aktiviti dan fahaman bersifat politik perlu dikawal ketat untuk mengelakkan keganasan bersifat proksi yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Proksi boleh berlaku menerusi tertanamnya dalam pemikiran mengenai kefahaman bahawa sesuatu ajaran yang dipercayai individu itu saja yang sah dan terbaik, ditambah sifat memperkecilkan keimanan individu atau masyarakat sekelilingnya pasti mengundang ketidakstabilan minda apabila berhadapan dengan masyarakat. Akhirnya keputusan yang dibuat pasti ke arah keganasan. Ini kerana manusia yang sudah terjebak dengan ketaksuban jika tidak dirawat dengan ilmu serta dakwah yang jelas, mudah mengorbankan diri untuk perjuangan taksub mereka. Hal ini banyak berlaku dalam persekitaran politik negara, namun jika dibiarkan ketaksuban berterusan, maka negara akan berhadapan dengan kesesatan minda yang boleh membawa keganasan. Beberapa istilah ‘kepemimpinan unggul' yang cuba dibina dalam minda masyarakat dan membawa ke arah ketaksuban pengikut melalui penggunaan istilah bersimbolik agama untuk pengukuhan fahaman kepada organisasi dan individu seperti ‘Imam Mahadi', ‘tok guru', ‘ayatollah', ‘mursyidul', ‘abuya', serta mengaitkan perjuangan demi mewujudkan ‘negara Islam' dan pelbagai istilah simbolik agama diguna pakai sebebas-bebasnya demi untuk menaikkan darjat pe-mimpin serta diri sendiri bagi mempengaruhi masyarakat. Langkah penggunaan istilah ini pasti bagi mewujudkan kejituan pemikiran peribadi untuk berjuang kepada sesuatu matlamat, termasuk ke arah berbentuk negatif. Matlamat dua individu yang dikatakan mengganas di Putrajaya dilihat sebagai satu cetusan sifat ekstrem pemikiran yang diterjemahkan dalam bentuk keganasan fizikal. Perebakan ideologi dan fahaman yang menjuruskan diri individu ke arah keganasan menerusi pengaruh blog dan penggunaan teknologi maya harus diberikan perhatian serius. Malaysia tidak memerlukan pelbagai ‘ajaran' yang salah, sehingga akhirnya membentuk kepelbagaian pegangan Islam yang mungkin boleh menyebabkan perpecahan dan persengketaan. Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan kerajaan perlu mengambil kira aspek memperkukuhkan elemen menangani kegiatan subversif, termasuk dalam aspek ketaksuban pemikiran. Malaysia tidak boleh membiarkan lebih ramai Khalil Afandi Hamid dan Muhdalena Ahmad terus berkembang biak sehingga menjejaskan keselamatan. Amukan dua individu itu harus menjadi pemangkin betapa ketaksuban pemikiran mampu menjerumuskan masyarakat kepada keganasan. pelatih melebihi kapasitinya sehingga berlaku lambakan juruterbang. Lebih menyedihkan ada agensi kerajaan menghantar pelatih tajaan mereka ke sekolah itu,” kata sumber industri, mencadangkan DCA mengadakan proses audit terhadap semua sekolah penerbangan. Dalam hal ini, proses audit telus termasuk kemampuan kewangan, kemudahan dan pesawat serta nisbah jurulatih dengan pelatih perlu dilakukan dengan serta merta supaya tidak timbul lagi soal pelatih terkandas kerana ketidakupayaan sekolah menyediakan pesawat latihan, bahan api pesawat serta melengkapkan 200 jam penerbangan dalam tempoh ditetapkan. Teroka peluang luar negara Kebiasaannya, pelatih perlu melengkapkan 200 jam penerbangan pesawat satu enjin dan pesawat enjin berkembar dalam tempoh 18 bulan sebelum layak menduduki ujian penerbangan bagi CPL. Berbalik kepada isu juruterbang menganggur, sesuatu perlu dilakukan untuk membantu pihak terbabit mendapatkan tempat dalam industri penerbangan, walaupun industri penerbangan tempatan berdepan kelembapan ekoran proses rasionalisasi Malaysia Airlines (MAS) sehingga menyebabkannya mempunyai lebihan juruterbang dan hanya boleh mengambil juruterbang baru dalam tempoh dua tahun akan datang. Juruterbang veteran, Kapten Hassan Shaik Mohammed, 65, berkata syarikat penerbangan tempatan termasuk AirAsia boleh memainkan peranan dengan menghentikan sementara pengambilan juruterbang kadet baru (menerusi program kadet masing-masing). “Syarikat penerbangan adalah kunci penyelesaian dalam isu ini. “Mereka boleh ambil juruterbang ini daripada latih kadet baru. Langkah ini juga beri kelebihan kepada syarikat jimatkan kos kerana kos latihan juruterbang menganggur adalah lebih murah daripada melatih kadet baru,” katanya yang mempunyai 45 tahun pengalaman menerbangkan pesawat komersial dan tentera. Hassan juga bersetuju pihak terbabit, termasuk kerajaan, mencari jalan meneroka peluang kerja di luar negara, terutama Indonesia yang mempunyai lebih 30 syarikat penerbangan. Antara cadangan dibangkitkan kepada BH menerusi e-mel pembaca termasuk kerajaan menyediakan dana khas yang memberi pinjaman mudah kepada juruterbang untuk memenuhi keperluan type rating dan conversion sebelum layak memohon dengan syarikat penerbangan asing. Setiap juruterbang memerlukan minimum RM100,000 untuk mendapatkan type rating pesawat komersial seperti B737 atau A320, berdasarkan keperluan syarikat. “Hanya dengan cara ini, kami dapat dibantu. Hanya dengan gaji juruterbang kami boleh membayar pinjaman yang mencecah ratusan ribu ringgit,” demikian menurut sekumpulan pelatih yang berkunjung ke Balai Berita di sini seolah-olah menyimpulkan hanya campur tangan kerajaan dapat menyelesaikan isu ini. INFO Juruterbang 1,000 juruterbang menganggur 1,274 juruterbang dapat kerja 2,292 juruterbang dikeluarkan sejak tujuh tahun lalu 200 jam penerbangan perlu dilengkapkan Pemantauan terhadap fatwa songsang dan salah guna Islam dalam sebarang aktiviti serta fahaman bersifat politik perlu dikawal ketat” Ketaksuban perlu dirawat segera
SABTU 28 JULAI 2012 18 NASIONAL Kerajaan negeri melakukan salah guna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah” T Mohan, Ketua Pemuda MIC Kuala Lumpur P emuda MIC semalam mendesak kerajaan Selangor menjelaskan dakwaan salah guna kuasa terhadap isu penjualan tanah membabitkan puluhan juta ringgit di Shah Alam dan Kuang. Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata kerajaan negeri melakukan salah guna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah. Hanya tiga hektar “Ketika kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) pada 2007, tanah seluas 15 hektar diluluskan bagi penduduk di Ladang Bukit Raja dan 10 hektar bagi penduduk Kampung Bunga Raya. “Tetapi apabila pembangkang mengambil alih, hanya tanah seluas tujuh hektar diberikan kepada penduduk Ladang Bukit Raja, manakala tiga hektar diberikan kepada penduduk Kampung Bunga Raya,” katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata, ada 144 penghuni di Ladang Bukit Raja tetapi hanya 82 rumah teres dibina dan baki 62 rumah belum dibina. Ragu baki RM22j Mohan berkata, sekolah Tamil berkenaan yang sebelum ini terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai i-City mempunyai nilai harga tanah kirakira RM25 juta, namun sekolah berkenaan hanya diberikan lebih kurang RM3 juta oleh syarikat i-City untuk membina sekolah baru di tapak lain. “Apa yang meragukan ialah di mana baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu,” katanya. BERNAMA Pemuda MIC desak penjelasan Selangor » Isu jual tanah di Shah Alam, Kuang didakwa meragukan Segamat: Hasrat seorang pekerja kabel membeli pakaian baru untuk dua anaknya sempena Aidilfitri, tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam kemalangan di sini, semalam. Dalam kemalangan pada jam 11.15 pagi di Kilometer 25, Jalan Segamat-Kuantan itu, mangsa Rizal Azah Azali, 27, mati ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Segamat. Kakakmangsa, Noraini Azali, 29, berkata beliau tidak menyangka siren ambulans yang melepasi tempat kerjanya sebagai pembantu kedai di Taman Yayasan Segamat pada jam 11.45 pagi membawa adiknya. “Saya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi seorang saudara terdekat yang memaklumkan ketika kejadian, adik saya bersama tiga rakannya menunggang motosikal berasingan sedang menghala ke FELDA Selancar. “Beberapa hari lalu dia yang bekerja di Kuantan pulang bercuti di rumah keluarga di Bangas Sepinang. Dia menyatakan hasrat membelikan baju raya anaknya, Mohd Iqbal, 7, dan Nabila, 5, tetapi perlu menunggu gaji bulan ini,” katanya. Kempunan beli baju raya anak
28 JULAI 2012 − SABTU NASIONAL 7 ≤ Dari muka 1 Selain itu, Muaiman kini mempunyai sepasang kaki, manakala adiknya mempunyai kaki kanan. Ketua Bedah Jabatan Pediatrik HKL, Datuk Dr Zakaria Zahari berkata proses pembedahan kembar siam dari Segamat itu mengambil masa 24 jam bermula jam 8 pagi 14 Julai dan berakhir 8 pagi keesokannya. Beliau mengetuai pembedahan itu yang membabitkan 19 pakar bedah dan bius serta dibantu 40 pegawai perubatan dan jururawat. “Ini adalah pembedahan paling rumit pernah dijalankan oleh HKL. Pembedahan juga membabitkan kepakaran pediatrik, pembedahan plastik dan tulang. Menjelang jam 10.10 malam kedua-duanya berjaya dipisahkan dan pasukan pembedahan dibahagikan kepada dua. “Sepasukan membedah Muaiman dan sepasukan lagi membedah Muaimin bagi membina semula pundi kencing, usus besar dan organ badan lain,” katanya. Kejayaan HKL Kejayaan Institut Pediatrik HKL itu dihebahkan kepada media semalam sempena lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang meninjau perkembangan pasangan kembar itu selain sepasang suami isteri yang berjaya menjalani proses pemindahan buah pinggang tanpa keserasian darah, di Jabatan Urologi dan Nefrologi HKL. Muaiman dan Muaimin dilahirkan 14 April tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bharu. Bapa mereka, Azli Sabran, 40, seorang mekanik dan ibu, Nazilah Abdullah, 38, adalah suri rumah dari Felda Pemanis 2 Segamat. Dr Zakaria juga berkata dua beradik itu kini stabil dan memerlukan proses pemulihan yang panjang untuk hidup normal. “Seorang daripada mereka terpaksa bergantung kepada kaki palsu kemudian hari,” katanya, Sementara itu, Tiong Lai berkata kos pembedahan dan rawatan ditanggung kerajaan selain menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti kemampuan anak tempatan melakukan prosedur pembedahan pemisahan kembar siam yang rumit. Pembedahan paling rumit di HKL Kronologi − 14 April 2011 Muaiman dan Muaimin dilahirkan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. − 15 April 2011 dirujuk ke HKL. - penilaian pembedahan awal dilakukan. - penilaian memutuskan antara lain;mereka terpisah dari hati ke atas - masing-masing mempunyai buah pinggang - tiada lubang dubur - mempunyai satu kemaluan. − 14 Julai 2012 pembedahan pemisahan di HKL. Saya amat berterima kasih kepada HKL dan semua yang terbabit, khususnya Dr Zakaria. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menanggung kos pembedahan dan rawatan anak saya” Azli Sabran, Bapa Tiong Lai melihat keadaan Muaiman yang berada dalam keadaan stabil di wad Pediatrik HKL semalam. FF INFO daan mereka. Kami sekeluarga terima kehadiran Muaiman dan Muaimin dengan sabar sebagai ketentuan Allah walaupun ada saudara mara menyalahkan kami,” katanya sebak. Sebagai mekanik yang mempunyai pendapatan bulanan tidak tetap antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan, ketika itu Azli amat bimbang dengan keadaan anak kembarnya itu. “Saya amat berterima kasih kepada HKL dan semua yang terbabit, khususnya Dr Zakaria. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menanggung kos pembedahan dan rawatan anak saya,” katanya yang turut menerima bantuan makanan dan lampin pakai buang daripada Jabatan Kerja Sosial HKL sepanjang berada di hospital. Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan anaknya itu, Azli berkata: “Saya belum fikir lagi tentang itu. Yang penting mereka sudah terpisah seperti manusia normal lain”. Ini pembedahan paling rumit pernah dijalankan oleh HKL.Pembedahan juga membabitkan kepakaran pediatrik, pembedahan plastik dan tulang. Menjelang jam 10.10 malam kedua-duanya berjaya dipisahkan” Dr Zakaria Zahari, Ketua Bedah Jabatan Pediatrik HKL Muaiman dan Muaimin dibawa ke bilik pembedahan HKL.
28 JULAI 2012 SABTU 61 SUKAN Trio pemanah langkah kanan Tekad badang China » Mara pusingan kedua jumpa Mexico S ekalipun digamit elemen gementar, skuad memanah negara yang dibarisi trio – Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin mara ke pusingan seterusnya apabila menghuni tangga ke-10 menerusi kutipan mata acara ranking individu di Lord's Cricket Ground, semalam. Pemainnegara yangmenjadi atlit pertama Malaysia turun ke gelanggang beraksi dalamSukanOlimpik kali ini memerah keringat mengumpul 1,981 mata keseluruhan untuk bertemu Mexico yang mendapat tempat ketujuh (1,995). Gementar dimaksudkan tadi adalah kedudukan trio berkenaan melakukan bidikan ketika berada bersebelahan jagoan dunia Korea Selatan. Faktor itu difahamkan sedikit sebanyak mengganggu fokus pemain negara. Seperti kata pengurus Tan Sri Abdul Halil Mutalib: “Pemanah kita beraksi cemerlang tapi kedudukan kita yang berada di sebelah Korea sedikit-sebanyak memberi kesan. "Semua tumpuan terarah kepadakelibatKoreayang juga pemenangpingatemasempat tahun lalu. Tapi saya harap mereka akan memberi persembahan lebih baik apabila menentang Mexico nanti." Khairul Anuar menjadi pemanah terbaik Malaysia apabila menduduki tempat ke-20 daripada 64 pemanah apabila mencatat 699 mata diikuti dengan Chu Sian (45) dan Mohd Haziq (48), masing-masing dengan 658 dan 654 mata. Pengurus berkenaan menambah, ada kemungkinan pasukan lelaki negara akan berdepan Perancis (pasukan tempat ketiga) di peringkat suku akhir andai melepasi halangan Mexico nanti. Korea memecah rekod dunia apabila mencatat 2,087 mata mengatasi rekod 2,069 milik mereka. London: Atlit angkat berat China berusaha untuk mengulangi pencapaian sama seperti ketika beraksi di tempat sendiri pada Olimpik Beijing 2008. Ketika itu, China merekodkan pencapaian terhebat acara berkenaan apabila mengatasi pungutan pingat dengan merangkul lapan daripada 15 pingat emas yang ditawarkan dan satu perak. Seramai 260 atlit, 156 lelaki dan 104 wanita sekali lagi akan bertanding dalam 15 acara di Arena ExCel, di timur London. Pasukan angkat berat wanita China memperoleh empat pingat emas di Olimpik Beijing dalam kategori 48kg, 58kg, 69kg dan 75kg ke atas tetapi Presiden Persatuan Angkat Berat China, Ma Wenguan meletakkan sasaran lebih rendah di Olimpik London. “Saya gembira melihat keputusan bagus ini tetapi terlalu awal mengatakan kami yakin sepenuhnyamerangkul emas dalam kategori ini. Kami mempunyai kelebihan dalam kategori ringan seperti 48kg dan 53kg, tetapi tidak cukup pesaing dalam kategori lain” kata Ma. Dua atlit angkat berat China melepasi tiga rekod dunia pada Kejohanan Angkat Berat Wanita Kebangsaan China. Tian Yuan, juara dunia tahun lalu di Paris, mencuri tumpuan kategori 48kg. Pemain 19 tahun itu membuat angkatan 126kg untuk mengumpul keseluruhan 221kg, dengan memecahkan rekod dunia jerk dalam 5kg dan keseluruhan 4kg. Dalam kategori 53kg, pemegang gangsa dunia Ji Jing pula memecah rekod dunia 104kg dalam snatch, 1kg melebihi rekod dunia sebelum ini. AFP Atlit angkat berat China menjalani latihan, kelmarin. Semua tumpuan terarah kepada kelibat Korea yang juga pemenang pingat emas empat tahun lalu. Tapi saya harap mereka akan memberi persembahan lebih baik apabila menentang Mexico nant" Abdul Halil Mutalib Pengurus pasukan PemanahMalaysia (dari kanan),Haziq, Chu Sian danKhairul Anuarmemberi persembahan mantap di Lord's Cricket Ground, semalam
− SABTU 28 JULAI 2012 20 NASIONAL Hampir 11 bulan anggota 4 RejimenAskarMelayuDiraja,Wahid Jantan, bersama rakan sepasukan dari kumpulan peninjau yang dianggarkan seramai 1,200 orang bertugas di Congo, Afrika. Sejak dihantar ke negara itu menerusi kapal laut pada 27 Februari 1962, tanggungjawab mereka sebagai pendamai di wilayah bergolak itu boleh dikatakan berjalan lancar. Tiada pertumpahan darah dan pertempuran tragik terjadi. Tentunya,mereka bersyukur kerana tiada insiden serius berlaku sepanjang bertugas sebagai pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Bagi Wahid, rutin harian dilaksanakan seperti biasa sebaik saja tiba di Albertville melalui penerbangan dari Bukavu, iaitu lokasi persinggahan terawal. Untuk sampai ke Bukavu, beliau bersama rakannya menempuh laluan darat menaiki kereta api dari Port Matadi, sebelumberpindah ke kapal dan kemudian kembalimelalui jalan darat selama beberapa hari. Walaupun tiada insiden cemas berlaku ke atas pasukan pengaman Persekutuan Tanah Melayu, namunWahid yang kini tinggal di Kampung Kesang Jaya, Jasin, secara peribadinya membawa pulang kenangan pahit yang sampai kini berbekas di tubuhnya. Ia membabitkan peristiwa beliau diserang seekor anjing sehingga cedera parah ketika menjalankan tugas rondaan malam bersama dua rakannya di perumahan pegawai tinggi PBB di Albertville. “Ketika menyusuri laluan perumahan di situ, saya berjalan di depan sekali dan hanya berpandukan cahaya lampu suluh rakan di belakang. Ketika sampai di sebuah rumah, tibatiba muncul seekor anjing yang tingginya separas pinggang, dengan pantas menerkam saya. “Ketika cuba menepis, bahagian siku kiri saya pula digigit dengan kuat haiwan itu menyebabkan saya terpaksamenghentak anjing itu dengan senapang yang dibawa bagi melepaskan diri. “Bunyi bising ketika serangan menyebabkan pegawai yang tinggal di kawasan itu keluar melihat apa yang terjadi sebelum saya dikejarkan ke hospital yang letaknya dua kilometer dari situ,” katanya. Akibat serangan itu, beliau menerima rawatan selama dua minggu di hospital dan sepanjang tempoh itu, pemilik anjing berkenaan yang juga seorang daripada pegawai PBB kerap melawatnya berbanding anggota pasukan sendiri. “Saya pulang ke tanah air beberapa minggu selepas itu dengan tangan kiri dianduh. Mujur kecederaan dialami itu sudah dimaklumkan kepada keluarga menerusi telegram yang dihantar pegawai ketika di Congo, jika tidak mereka mungkin terkejut dengan keadaan diri saya pada masa itu,” katanya. Wahid berkata, peluang bertugas di negara orang disambut baik oleh askar Melayu itu kerana jiwa mudanya mahu mengutip pengalaman berkhidmat di luar tanah air sendiri. Pengalaman pahit manis tersimpan rapi Wahid ajar penduduk Islam Congo mengaji » Tinggalkan anak, isteri demi negara Oleh Haspaizi Mohd Zain haspaizi@bharian.com.my M eskipun majoriti penduduk Congo adalah Kristian, namunWahid Jantan berkesempatan bertemu dengan sebilangan kecil masyarakat Islam ketika berkhidmat di sana. Baginya, penduduk Islam yang ditemui di Albertville lebih sopan dari segi berpakaian berbanding mereka yang tidak menganut agama lain. Kebanyakan wanitanya memakai jubah dan berpurdah. Katanya, mereka juga boleh mengalunkan ayat al-Quran yang dihafal selepas belajarnya daripada pendakwah. “Naskhah al-Quran amat terhad dan kebanyakan mereka hanya Bunyi bising ketika serangan menyebabkan pegawai yang tinggal di kawasan itu keluar melihat apa yang terjadi sebelum saya dikejarkan ke hospital yang letaknya dua kilometer dari situ” Wahid Jantan, Bekas Askar Congo memiliki naskhah surah juzuk ‘Amma seperti Muqadam di sini. “Sempat juga saya mengajar mereka mengaji. Ada yang fasih menghafaz tetapi tidak boleh membaca. Sekiranyamereka boleh mengingati atau membaca Juzuk Amma sudah cukup baik bagi mereka,” katanya. Pengalaman baru Wahid, 72, yang ditemani isterinya, Asmah Abdul, 70, ketika ditemubual jugamenceritakanmengenai bagaimanawanita kulit hitam yang membawa hasil tanaman di bahu sambil menggendong bayi mereka. Semua itu, menurut Wahid lagi, adalah antara perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana ia memberi pengalaman baru kepadanya serta anggota pasukan pengaman tanah air lain khususnya tentang budaya dan cara hidup masyarakat di negara asing berkenaan. Sementara itu, A smah berkat a walaupun merelakan pemergian suaminya ke Congo ketika masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an ketika itu, beliau sendiri tidak dapat menyembuny i kan kesedihannya sepanjang tempoh itu. Katanya, padamasa itu, mereka sudah dikurniakan seorang anak dan sepanjang pemergian suaminya, kedua-duanya tinggal bersama ibu saudara di Kesang. Pengorbanan isteri “Inilah yang dinamakan pengorbanan apabila kedua-duanya terpaksa berpisah demi tanggungjawab kepada negara. Bukan saja suami yang perlu berkorban, tetapi saya serta pasangan tentera lain juga begitu. “Isteri mana yang tidak risau dengan keselamatan suami yang berada jauh di perbatasan. Hanya surat dan doa yang menghubungkan kami. Atas pengorbanan ini, jasa perajurit negara memang tidak wajar dilupakan dan sepatutnya dihargai sepanjang masa,” katanya. Wahid (kiri) bersama isterinya Asmah Abdul, menunjukkan pingat yang diterima ketika bertugas di Congo. [ FOTO KHAIRUL HELMY/ BH ] PROFIL Wahid Jantan − Jawatan Terakhir: Staf Sarjan − Nombor Tentera: 13719 − Tarikh Lahir: 16 Jun 1940 − Tarikh Bersara: 20 Oktober 1979 − Anak: Lima (4 perempuan, 1 lelaki) Wahid (berdiri. tujuh dari kiri) sebelum bertugas di Congo.
NASIONAL SABTU 28 JULAI 2012 12 NASIONAL PKR mahu kaji cara agihan AP kenderaan » Janji laksana jika menang PRU-13 INFO 1,800 ke bawah: 75 peratus 1,800-1,999 : 80 peratus 2,000-2,499 : 90 peratus 2,500 ke atas : 105 peratus Cukai eksais kenderaan ‘Selesai segera pertikaian penswastaan Penang Port' Polemik berhubung penswastaan Penang Port harus diselesaikan bagi melegakan pelabur” Lee Kah Choon, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Oleh Norakmah Mat Youb norakmah@bharian.com.my Petaling Jaya P KRbercadang mengkaji semula pemberian permit import (AP) kenderaan bagi membolehkan cukai eksais kereta dihapuskan sekiranya parti pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia berikutan pemberianAP padamasa ini hanya menguntungkan sesetengah pihak. "Itu antara langkah yang akan dilaksanakan jika kita menghapuskan cukai eksais kenderaan, sekiranya menawan Putrajaya. “Kami berpendapat, ia boleh diuruskan dengan baik, ia akan menjadi sumber kewangan serta boleh mengimbangi pendapatan yang hilang akibat pemansuhan cukai eksais yang akan dilaksanakan," katanya pada sidang media di sini, semalam. Selasa lalu, Mohd Rafizi dilaporkan berkata, parti pembangkang akan menghapuskan cukai eksais kereta jika memenangi PRU13 dan cadangan terbabit akan dijadikan manifesto mereka. Mohd Rafizi berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan rombakan struktur cukai yang dirancang mereka bagi membolehkan kerajaan menjana pendapatan baru selepas penghapusan cukai eksais. Dalam pada itu, Mohd Rafizi menegaskan pemansuhan cukai eksais itu tetap menjadikan kereta tempatan lebih murah berbanding import. Beliau berkata, cukai eksais adalah cukai menyeluruh dikenakan terhadap pembelian kereta yang tidak membezakan antara jenama dan model sama ada tempatan atau antarabangsa. "Oleh itu, penurunan harga kesemua kereta sama ada model tempatan atau kereta import adalah berkadar terus dengan jumlah cukai yang dihapuskan," katanya. Georgetown: Pertikaian berhubung penswastaan pengendali Pelabuhan Pulau Pinang, Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) perlu diselesaikan supaya kedudukan pelabuhan itu sebagai hab pengangkutan antarabangsa tidak terjejas. Pelabuhan tertua di negara ini berperanan sebagai transit penting bagi zon perdagangan segi tiga emas meliputi wilayah Utara negara ini, Selatan Thailand dan Utara Sumatera, Indonesia. Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, berkata pihaknya mendapati banyak pelabur bimbang perkembangan membabitkan Penang Port kebelakangan ini. “Polemik berhubung penswastaan Penang Port harus diselesaikan bagi melegakan pelabur dan merekamahumengetahui dasar syarikat ini apabila ia berada di tangan pemilik baru supaya mudah merancang perniagaan. “Jika keadaan ini berterusan, ekonomi Pulau Pinang, negeri berdekatan dan negara jiran akan merasai kesannya kerana Pelabuhan Pulau Pinang adalah transit penting laluan laut antarabangsa di Utara Selat Melaka,” katanya pada sidang media, semalam. Kah Choon berkata, demikian bagimengulas bantahan Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini terhadap rancangan penswastaan Penang Port dan mendakwa syarikat itu seharusnya dijadikan aset milik negeri kerana berupaya memudahkan proses pembangunan ekonomi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, sebelum ini dipetik berkata, penjualan Penang Port kepada syarikat swasta boleh menjejaskan ekonomi negeri. Dalam perkembangan lain, Kah Choon berkata, pihaknya meminta Kerajaan Pusat menimbang cadangan mengurangkan cukai sehingga 15 peratus ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2013 akan datang. BIASISWA IPTA YAYASAN TENAGA NASIONAL ( PENGAMBILAN SEPTEMBER 2012 ) 1) BIDANG PENGAJIAN Ijazah SarjanaMuda § Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) § Kejuruteraan Mekanikal § Kejuruteraan Awam § Perakaunan 2) SYARAT & KELAYAKAN § Lulus STPM 2011 denganmencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50 § Lulus Diploma / Matrikulasi / Asas 2012 dengan mencapai sekurangkurangnya CGPA / PNGK 3.50 § Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2012 § Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum § Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi § Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN § Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2012 yang telah mendapat tempat di IPTA 3) CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat secara online mulai 26 Julai 2012melalui alamat laman web seperti berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam 4) TARIKH TUTUP PERMOHONAN § Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Ogos 2012. § Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. § Senarai calon yangberjaya untuk temuduga akandipaparkanmelalui laman web seperti alamat tertera di atas yang dijangkakan pada 16 Ogos 2012. § Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. 5) PERTANYAAN Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan :a) Hal-Hal Berkenaan Penajaan Puan Zalina Abdul Ghani - 03-8924 7514 Puan Ruzila Ismail - 03-8924 7539 b) Hal-Hal BerkenaanMasalah Teknikal / Sistem Online Encik Mohd Amrizal Ibrahim - 03-8924 7549 Encik Mohd Jafri Ismail - 03-8924 7523 Puan Noor MarhamahWahab - 03-8924 7543 PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syaratsyarat berikut adalah dipelawa untukmemohon biasiswaYayasan Tenaga Nasional (YTN) bagimengikuti pengajian dalambidang-bidang tertentu di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2012. http://www.tnb.com.my
2528 JULAI 2012 SABTU
SABTU 28 JULAI 2012 46 NASIONAL SUKAN PIBG MASJID LAMAN WEB P emimpin sering bercakap mengenai digital dan teknologi maklumat. Malangnya banyak laman sesawang (web) kerajaan yang tidak dikemas kini. Orang ramai sering merungut laman web jabatan kerajaan sama ada peringkat negeri atau Persekutuan ketinggalan zaman dan mengelirukan. Kita harap pihak pentadbiran seperti bahagian perhubungan awam sesebuah organisasi peka dalam hal ini. Rakyat mengharapkan maklumat kerajaan dan mereka pasti kecewa jika laman web tidak dikemas kini. Masyarakat juga kerapmerungut apabila telefonke jabatankerajaan. Ada ketika, telefon lambat dijawab atau lebih malang taliannya tiada dalam perkhidmatan. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di Putrajaya adalah contoh yang terbaik untuk diteladani. Segala urusan mudah ditangani dan kita tidak menunggu lama untuk menghubungi telefonis serta laman web lengkap. Jika kerajaan bercakap mengenai transformasi pentadbiran, kita harap perubahan dilakukan dengan baik. Rakyat hanya nampak jika web tersusun indah dan mudah dilayari. Rakyat tidak mahu jabatan kerajaan yang sukar melayan panggilan telefon. Syed, Seremban. K enyataan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berhubung hasrat menjadi penganjur Sukan SEA pada 2017 wajar dipertimbangkan. Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita berasa bangga diberi penghormatan menjadi penganjur sukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Penawaran Malaysia ini bukan untuk membalas budi Brunei yang sanggup menggantikan Malaysia sebagai penganjur sukan pada 1999, malah penghargaan yang diberikan Asean kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang ada kepakaran sebagai penganjur sukan. Malaysia mempunyai kemudahan sukan yang sudah sekian lama kurang digunakan pada peringkat antarabangsa. Selepas menjadi penganjur Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001, sudah hampir satu dekad Malaysia tidak pernah menganjurkan sukan yang cukup berprestij itu, apatah lagi untuk menjadi penganjur Sukan Komanwel bagi kali kedua dan Sukan Asia buat kali pertama. Saya menyokong sepenuhnya pendirian Sieh. Mungkin beliau sudah fikir semasak-masaknya mengenai penggiliran ini. Sukan SEA hanya membabitkan 10 negara ASEAN yang tidak perlu dibida (penawaran) kerana cukup genap giliran kita terpaksa menerima dengan hati terbuka. Tidak seperti Sukan Asia, Sukan Olimpik, malah Bola Sepak Piala Dunia yang perlu dibida untuk menjadi tuan rumah. Malaysia banyak berbelanja untuk membida Sukan Asia pada 2006. Waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi Menteri Belia dan Sukan menjalankan pelbagai kempen sehingga ke luar negara untuk menyatakan hasrat menjadi tuan rumah. Dari segi kemudahan sukan, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menyediakan segala prasarana, penginapan dan peralatan sukan. Malaysia lengkap Boleh dikatakan Malaysia serbaserbi lengkap sepenuhnya, hanya belum pernah dicuba kemudahan untuk penganjuran peringkat antarabangsa kecuali satu dua stadium seperti Stadium Hoki dan Arena Aquatik yang sering digunakan untuk peringkat antarabangsa. Stadium Nasional Bu kit Jalil selepas Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2001 belum pernah digunakan untuk penganjuran sukan lain. Kemeriahan pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama ini banyak digunakan untuk tujuan komersial seperti Jom Heboh, PC Fair selain kerancakan final Piala Malaysia dan Piala FA. Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN) harus mengkaji balik peranan dan fungsi Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang digunakan untuk kemudahan dan aktiviti sukan berbanding pengkomersialan serta perniagaan. Kita menyedari memang banyak perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh tuan rumah untuk membuat persiapan sukan. Tetapi, keuntungan yang diperoleh selepas penganjuran akan sama-sama dinikmati oleh rakyat Malaysia. Setakat ini tidak pernah negara yang pernah menjadi tuan rumah penganjuran sukan peringkat antarabangsa yang muflis. Lihat saja Vietnam selepas menjadi tuan rumah Sukan SEA 2003, mereka bukan saja dapat membangunkan prasarana sukan, malahan berjaya menjadi negara yang dikagumi dalam bidang sukan di rantau Asean. Afrika Selatan selepas Piala Dunia 2010, Korea Selatan, Thailand dan sebagainya semuanya maju dalam bidang sukan selepas menjadi tuan rumah. Jadi tidak timbul, dari segi bajet untuk penganjuran Sukan Sea 2017. Abdullah Ghani, Jurulatih dan Penggiat Sukan. R amai ibu bapa mengeluh mengenai yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dianggap keterlaluan. Saya tertarik dengan surat Ibu Bapa Prihatin dari Shah Alam yang disiarkan melalui ruangan Forum pada 28 Jun lalu bertajuk ‘PIBG patut dapatkan sumbangan korporat'. Saranan dibuat berdasarkan luahan ibu bapa yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris, apabila sebuah sekolah mengenakan yuran PIBG sehingga RM100. Saya rasa ramai lagi ibu bapa yang mengeluh mengenai sumbangan (bukan yuran) kepada tabung PIBG (bukan dana) tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada tempat untuk mengadu. Sekiranya di Selangor ada PIBG mengenakan bayaran yuran RM100, ia masih rendah berbanding PIBG sebuah sekolah rendah di Johor Bahru yang mengenakan bayaran khas antara RM142 hingga RM182. Bayaran termasuk pelbagai dana dan yuran termasuk dana PIBG sebanyak RM40 bagi seorang murid mengikut peringkat darjah atau tahun. Oleh kerana pihak sekolah tidak boleh mengenakan pelbagai yuran kepada murid, maka sekolah mohon bantuan PIBG bagi mengisi dana berkenaan. Sebagai jalan mudah, PIBG membuat keputusan dalam mesyuarat dengan mengenakan bayaran yang diperlukan kepada setiap murid. Tak semua ibu bapa mampu Tidak semua ibu bapa yang tinggal di kawasan bandar berkemampuan. Bagi yang berpendapatan rendah, mereka lega dengan adanya bantuan RM100 bagi setiap anak yang bersekolah, pemansuhan yuran khas sekolah dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500. Bagaimanapun bagi keluarga yang mempunyai lima anak, masalah kewangan tetap dialami ke rana membabitkan kos yang tinggi. Mengikut Akta Pendidikan, tidak ada istilah ‘yuran' atau ‘dana', namun PIBG dibenarkan untuk mendapatkan sumbangan bagi mengadakan aktiviti. Akta tidak menyatakan PIBG boleh mengenakan pelbagai bayaran kepada murid bagi tujuan mengumpul sebarang dana yang diperlukan oleh pihak sekolah. Sebarang bantuan yang diperlukan oleh sekolah sepatutnya datang daripada tabung PIBG. Kementerian Pelajaran perlu mengeluarkan satu garis panduan yang lengkap bagi menangani masalah ini dan memberi perhatian kepada keluhan ibu bapa yang berpendapatan rendah memandangkan kos sara hidup kian meningkat ketika ini. Yang Bersimpati, Johor Bahru. P ada 24 Julai lalu saya membaca al-Quran di Masjid AsSalam, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah. Malangnya tingkah laku seorang petugas masjid amat dikesali. Dia bertindak menutup kipas dan lampu ketika saya bersama enam jemaah lain sedang asyik membaca al-Quran. Ada juga yang sedang solat berjemaah di masjid itu. Tindakan ini keterlaluan kerana petugas itu bagai tidak memahami keselesaan yang sepatutnya diutamakan kepada umat Islam pada Ramadan ini. Membaca al-Quran adalah sunat yang amat dituntut pada bulan puasa. Tindakan menutup kipas dan lampu seolah-olah tidak membenarkan kami membaca al-Quran di rumah Allah. Saya kesal dengan kejadian ini. Saya harap Jabatan Agama Islam Selangor memantau kejadian ini bagi mengelak ramai umat Islam menghadapi situasi yang sama. Masjid sebagai rumah Allah memerlukan jemaah yang ikhlas. Begitu juga petugasnya supaya keharmonian Islam terpelihara. Jemaah Kecewa, Bukit Beruntung, Selangor. Sokong hasrat jadi penganjur Sukan SEA Yuran PIBG tak munasabah, membebankan Petugas masjid kurang adab Laman web kerajaan tak dikemas kini S aya harap Pesuruhjaya BangunanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah antara pihak pengurusan Pangsapuri Sri Bandar Kuala Lumpur dengan penghuni. Saya amat kecewa dengan keputusan pihak pengurusan memasang pintu kaca dan pintu besi di kawasan lif tanpa sebarang notis kepada penduduk pangsapuri. Ia mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk khasnya kanak kanak, warga tua dan orang kelainan upaya (OKU). Saya harap pihak berkuasa memantau isu ini bagi memastikan kebajikan penghuni terjamin. Goh Hoe Hoe, Penduduk pangsapuri. FLET Pintu besi di kawasan lif Laman web JPA antara contoh terbaik diteladani.
SABTU 28 JULAI 2012 56 Saya datang ke London untuk menyokong dan memberi semangat kepada peserta yang menyertai sukan terbesar ini” Chen Guanmeng Petani DUNIA Petani China kayuh beca ke London » Lalui perjalanan 139,200 km selama dua tahun untuk saksi Sukan Olimpik London S eorang petani dari China, Chen Guanmeng, 57, berkata, beliau mengayuh beca dari negaranya selama dua tahun untuk menyaksikan Sukan Olimpik di London sebelum tiba di bandaraya itu 7 Julai lalu. Chen berkata, beliau bertekad melakukan perjalanan sejauh 139,200 kilometer dengan mengayuh beca untuk berada di London bagi ‘menyokong atlet dan menyemarakkan semangat Olimpik. Beliau turut mendapatkan tiket pada saat akhir bagi menyaksikan upacara pembukaan hari ini. “Saya datang ke London untuk menyokong dan memberi semangat kepada peserta dari seluruh dunia yang menyertai sukan terbesar ini,” katanya. Beca roda tiga milik Chen dipenuhi barangan miliknya juga ditampal gambar beliau di beberapa tempat menarik dan destinasi pelancongan antarabangsa termasuk Menara Eiffel di Paris. Chen berkata, perjalanannya bermula pada April 2010 dari kampung halamannya di wilayah Jiangsu di timur China. Beliau mengaku mendapat inspirasi daripada Datuk Bandar London, Boris Johnson, ketika beliau menerima bendera Olimpik di Beijing ketika upacara penutup pada 2008. “Perjalanan saya meliputi 16 negara, termasuk Vietnam, Thailand, Pakistan, Turki dan Itali. Saya tiba di Britain dengan menaiki feri dari Perancis, pada 6 Julai,” katanya, Chen berkata beliau mula memproses urusan visa pada 2009, manakala perbelanjaannya dibiayai orang ramai yang menyokong semangatnya terutama masyarakat China di negara yang disinggahinya. Beliau bagaimanapun gagal mendapat visa memasuki Myanmar dan terpaksa mengayuh becanya menerusi kawasan pergunungan di Tibet. Kisah perjalanan Chen belum disahkan dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau mampu melakukan perjalanan ke pelbagai negara. Ketika sesi temuramah dengan Perbadanan Penyiaran Britain, (BBC) Chen menunjukkan visa yang diperolehinya dari beberapa negara termasuk Pakistan, Thailand dan Iran. AP Chen bergambar di samping beca miliknya selepas berjaya tiba di London 7 Julai lalu. [FOTO AP] Ahli Kumpulan Syarikat NOVA LOYAL Projek Eksklusif oleh www.seripajam.com.my 06 7638 878 www.facebook.com/ SeriPajam @ s e re m b a n SERI PAJAM DEVELOPMENT SDN BHD ( No. Sykt: 291244-M ) Pejabat Jualan : Bandar Warisan Puteri, Jalan Sikamat 70400, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. tel 06 7638 878 / 06 7638 879 faks 06 7639 887 No. Lesen Pemaju: 8544-23/07-2014/897 • Tarikh Sah: 22/07/2011-21/07/2014 • No Permit Iklan: 8544-23/1772/2013(07) • Tarikh Sah: 25/7/12 - 24/7/13 • Tarikh Dijangka Siap: Jun 2013 • Pegangan Tanah: Bebas • Bebanan Tanah: Tiada • Jumlah Unit: 144 • Harga ( Min ): RM400,000 - Harga ( Mak ): RM644,300 • No Rujukan Pelan: MPS.KB1-10/10 • Pihak Berkuasa Yang Meluluskan: Majlis Perbandaran Seremban Semua lakaran adalah gambaran pelukis sahaja. Semua pelan,maklumat dan spesifikasi yang terkandung disini adalah tertakluk kepada perubahan dan/atau pindaan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan arkitek pemaju dan tidak membentuk sebagian daripada tawaran atau kontrak. Walaupun maklumat ini disediakan dengan rapi, namun pemaju dan agennya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang ketidaktepatan. 35' x 80' 410,000 * RM Dari Bilik Tidur + 4 Bilik Air4 + 1 RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT Pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia ( MCIEA ) 2010 Anugerah Khas Sistem Binaan Berindustri (IBS) Gambar adalah semata-mata untuk rujukan sahaja Latitud 2.76362 | Longitud 101.99733 *Harga Bukan Bumiputera Rumah Berkembar Dua Tingkat
23 28 JULAI 2012 SABTU
SABTU 28 JULAI 2012 22 NASIONAL Mahkamah Rayuan kekal keputusan » Kes batal larangan buku Sisters in Islam ‘Geng Boboy' tumpas Menjadi tanggungjawab mahkamah untuk campur tangan jika pembuat dasar itu tersalah arah dalam undang-undang” Abdul Wahab, Hakim Shah Alam: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan mencuri kenderaan yang dikenali sebagai ‘Geng Boboy Rawang' dengan tertangkapnya ketua kumpulan berusia 17 tahun dan 15 anggota. Mereka ditahan dalam Ops Lejang yang dijalankan selama 10 hari bermulai 10 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata anggota kumpulan itu yang kebanyakannya bekerja sebagai mekanik giat melakukan kegiatan curi kereta di Lembah Klang dengan mensasarkan kenderaan yang menggunakan sistem turbo. Katanya, dengan tertangkapnya semua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes curi kenderaan di sekitar Lembah Klang. Polis sedang mengesan empat lagi suspek, termasuk dua abang kepada Boboy yang berusia 27 dan 24 tahun yang dipercayai perancang utama kumpulan itu. Kedua-dua mereka berasal dari Jerteh, Terengganu dan bekerja sebagai mekanik. Operasi bawa pulang pelajar di Syria selesai Kuala Lumpur: Semua pelajar Malaysia di Syria yang terbabit dalam proses pemindahan sudah dibawa pulang dengan kumpulan terakhir tiba kelmarin. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan. “Tujuh pelajar pulang atas inisiatif sendiri, lapan sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana,” katanya dalam kenyataan, semalam. Kumpulan pertama tujuh pelajar tiba, Rabu lalu, manakala 100 lagi kelmarin. BERNAMA Putrajaya M ahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan larangan Kementerian DalamNegeri (KDN) terhadap buku ‘Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism' oleh Sisters in Islam (SIS). HakimDatuk AbdulWahab Patail yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa buku itu tidak memudaratkan ketenteraman awam. Tiada alasan logik “Keputusan bekas Menteri KDN bahawa buku itu memudaratkan ketenteraman awam tanpa sebarang keterangan jelas kejadian yang memudaratkan berlaku, dengan tidak ada alasan logik yang keterlaluan dan jatuh tepat dalam dunia yang tidakmunasabah dan tidak rasional,” kata Hakim Abdul Wahab. Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof mengehadkan dirinya betul-betul kepada tugasnya dalam semakan kehakiman dibawa SIS Forum dan hakim betul dalam mencari secara objektif bahawa buku itu tidak memudaratkan ketenteraman awam. Ketika menolak rayuan dibuat bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Hakim Abdul Wahab berkata, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk campur tangan jika pembuat dasar itu tersalah arah dalam undang-undang atau mengambil kira fakta yang tidak relevan atau tidak menimbang fakta berkaitan. Katanya, mahkamahperlu melihat jika wujud salahguna atau penyalahgunaan budi bicara pentadbiran, sama ada budi bicara itu digunakan untuk tujuan yang ditetapkan dan sama ada ia dilaksanakan dengan adil dan saksama. Mayat guru dalam tandas Pasir Mas: Kehadiran banyak lalat dan bau busuk dalam tandas di Masjid Kempas, Lati di sini, membawa kepada penemuan mayat guru sekolah agama yang dipercayai meninggal dunia dua hari lalu. Mohd Khairudin Nordin, 55, yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, mengajar di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Rantau Panjang, Banggol Kulim dan ditemui dalam keadaan terduduk. Sebelum itu, seorang bilal yang curiga dengan kehadiran lalat dan bau busuk cuba membuka pintu tandas berkenaan, namun ia berkunci dari dalam sebelum memaklumkan setiausaha masjid dan polis. Selepas pintu tandas dipecahkan anggota bomba,merekamenemui mayat beliau. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata bilal masuk ke dalam tandas jam 2.50 petang, kelmarin, dan curiga banyak lalat dan bau busuk sebelum memaklumkan kepada polis. Isteri pertama mangsa, Rahimah Mohd Nor, 56, yang dimaklumkan kejadian itu oleh polis, berkata beliau menyangka suaminya tidak pulang kerana bermalam di rumah madunya. "Isteri keduanya (madu Rahimah) pula beranggapan suami bermalam di rumah saya, masing-masing beranggapan begitu dan tidak mengesyaki sebarang perkara buruk. "Kali terakhir saya menemui suami, petang Isnin lalu sebelum berbuka puasa apabila arwah pulang mengambil makanan untuk berbuka di masjid sebelum bermalam di rumah isteri kedua,” katanya. Khairudin Nordin
− SABTU 28 JULAI 2012 34 ≤NASIONAL 28 JULAI 2012 − SABTU NASIONAL≥ 35 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S a la m R a m a d a n d a n L e b a r a n k a m i u c a p k a n k e p a d a a h li k e lu a r g a , s a n a k -s a u d a r a d a n s a h a b a t h a n d a i d i M a la y s ia . D a r ip a d a A d a m L e o n g , E f fa , N u r in E m y lin d a n Q is t in a E v e ly n d i U n iv e r s it y O f R e a d in g , U n it e d K in g d o m . S a la m A id il f it r i b u a t k e lu a r g a , s a n a k s a u d a r a , g u r u -g u r u d a n r a k a n -r a k a n y a n g m e n g e n a li k a m i. P e la ja r -p e la ja r k e ju r u t e r a a n , U n iv e r s it i o f N e w B r u n s w ic k , K a n a d a . D a r i k a n a n : F a r ih in A s n u r , N u r fa r ih in , A m ir R id h u a n , Z u lh il m i Z u k i d a n W a n H a m id a h . S a la m P e r a n t a u d a r i M a n c h e s t e r b u a t k e lu a r g a d i K la n g , a y a h t e r s a y a n g K a m a r u d in S e m e n , N u r A is h a h d a n A z la n , k e lu a r g a d i K e la n t a n , a y a h a n d a A b d R a z a k , b o n d a R a b ia h , a d ik b e r a d ik , s a u d a r a m a r a d a n k a w a n -k a w a n y a n g b e r k e r ja d i V A D S B e r h a d . S e la m a t b e r p u a s a d a n H a r i R a y a m a a f z a h ir b a t in . D a r ip a d a S y a u k i A b d R a z a k d a n is t e r i N u r S h u h a d a K a m a r u d in . P e la ja r T a h u n 3 d a r i A s ia U n iv e r s it i T a iw a n in g in m e n g u c a p k a n S e la m a t M e n y a m b u t A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n r a k a n -r a k a n k a m i d i M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a ti n . D a r i k ir i: M u s t a q im , S a if u l, A z w a n , A id id , A fd a l d a n F a id h i. Buat ibu tersayang, Nonny Abdullah yang berada di Kuala Lumpur, keluarga, anak buah, sanak saudara, sahabat handai dan warga UiTM Shah Alam, Fakulti Sains Gunaan dengan ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dan doakan kejayaan saya di sini. Daripada Azrena Abdul Karim, pengajian PhD, Faculty of Forest and Ecosystem Science, Universiti Melbourne, Australia. Salam Ramadan dan Aidilfitri buat keluarga di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, sanak-saudara, rakan-rakan, barisan penaja UIA dan JPA serta seluruh umat Islam di Malaysia. Maaf zahir dan batin. Daripada Dr Faisal, Sofwatul dan Umar dari Faculty of Dentistry, University of Hong Kong. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r c i n t a d i M a r a n g , T e r e n g g a n u d a n T a w a u , S a b a h . T i d a k d i l u p a k e p a d a s a n a k s a u d a r a d a n r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i k a m i . S e m o g a S y a w a l k a l i m e m b e r i k e b a h a g i a n k e p a d a k a l i a n s e m u a d a n d o a k a n k e s e j a h t e r a a n k a m i d i s i n i . I k h l a s d a r i p a d a A h m a d S h a h r i r , S u m i a t y , H u m a i r a A r f a , N a d h i r a h A r f a d a n K h a y y i r a h A r f a d i S o u t h a m p t o n , U n i t e d K i n g d o m . S a la m R a m a d a n A lM u b a r a k d a n S a la m L e b a r a n d iu c a p k a n k e p a d a s e lu r u h M u s li m in d a n M u s li m a t d i M a la y s ia t e r u t a m a k e p a d a k e lu a r g a k a m i d i K u c h in g , S a r a w a k ; K e m a m a n , T e r e n g g a n u ; B a t u P a h a t , J o h o r ; K u a la T e r e n g g a n u , T e r e n g g a n u ; S u n g a i P e t a n i, K e d a h ; d a n P a r it B u n t a r, P e r a k . D a r i k ir i, N o o r R a ih a n A h m a d , N u r u l A m ir a h M o h d A z a m , N u r Q is t in a A d a m , N u r u l A in J o h a r, A r if a h A b id in , F a r ih a A m a li n a Z o o lk a f li d i U C P M a r jo n , P ly m o u th , U n it e d K in g d o m . Sal am Ra ma dan dan Aid ilfit ri kep ada aya h bon da; Abd Rah im Sar wa n, Ra shid ah Oth ma n, Lat if Jan tan dan Siti Zain ab Abd ul Rah ma n, san ak s aud ara , gu ru-g uru SK Tun ku Bes ar T am pin , SK Bat u B eren dam , Se kolah Tun Fat ima h, SM K Tun Mu tah ir, MR SM Tra nsk rian , K olej Ma ra Ban ting dan Alli anz e Co llege of M edic al S cien ce, pen aja kam i M ARA sert a sah aba t ha nda i. D arip ada Ain Zul aikh a A bd Rah im (Ro yal Coll ege of S urg eon in I rela nd) dan Siti Nor zalina Lat if (N UI Gal wa y), Irel and.
INFO SUKAN 65 28 JULAI 2012 − SABTU − Victoria Louise Pendleton (England) Acara: Berbasikal (Trek) Tarikh Lahir: 24 September 1980 Umur: 31 Asal: Stotfold, Bedfordshire Tinggi: 1.65 m Berat: 62 kg Pencapaian: Pemenang pingat emas Olimpik Beijing 2008 dan juara dunia bagi acara pecut berbasikal. − Stephanie Louise Rice (Australia) Acara: Renang Tarikh Lahir: 17 Jun 1988 Umur: 24 Asal: Brisbane, Queensland Tinggi: 1.76 m Berat: 67 kg Pencapaian: Pemenang tiga pingat emas di Olimpik Beijing 2008 dalam acara 200m rampaian, 400m rampaian dan 4x200m gaya bebas. − Keri Anne Payne (Great Britain) Acara: Renang 10km maraton Tarikh lahir: 9 Disember 1987 (24 tahun) Tempat lahir: Johannesburg, Afrika Selatan Tinggi: 1.75m Berat: 66kg Pencapaian: Pingat perak acara maraton 10km di Olimpik Beijing 2008; juara maraton 10km kejohanan dunia perairan terbuka di Shanghai China 2011 dan di Rome Itali 2009 − Leong Mun Yee (Malaysia) Acara: 10m platform seirama Tarikh lahir: 4 Disember 1984 (27 tahun) Tempat lahir: Perak Tinggi: 1.63m Berat: 54kg Pencapaian: tempat ke-39 springboard di Olimpik Sydney 2000; tempat ke-26 papan anjal Olimpik Athens 2004; tempat ke-21 papan anjal Olimpik Beijing 2008 − Sanya Richards-Ross (Amerika Syarikat) Acara:lumba lari 400m, 4x400m berganti-ganti, 200m Tarikh lahir: 26 Februari 1985 (27 tahun) Tempat lahir: Kingston (Jamaica) Tinggi: 1.73m Berat: 62kg Pencapaian: emas acara 4x400m berganti-ganti di Olimpik Beijing 2008; emas acara 4x400m berganti-ganti di Olimpik Athens 2004; emas acara 400m kejohanan dunia di Berlin, Jerman 2009 − Catalina Ponor (Romania) Acara: gimnastik Tarikh lahir: 20 Ogos 1987 (24 tahun) Tempat lahir: Tinggi: 1.60m Berat: 51kg Pencapaian: emas acara beam, floor exercise, berpasukan di Olimpik Athens 2004; perak acara beam, floor exercise, berpasukan di Kejohanan Dunia Anaheim, Amerika Syarikat 2003; juara beam Piala Dunia Doha 2012 − Kosovare Asllani (Sweden) Acara: bola sepak wanita (penyerang) Tarikh lahir: 29 Julai 1989 (22 tahun) Tempat lahir: Kristianstad, Sweden Tinggi: 1.66m Berat: 56kg Kelab disertai: Linkopings FC (200709); Chicago Red Stars (2010-11); Linkoping FC (2011-12); Kristianstads DFF (2012- sehingga kini) Stephanie Rice Hope Solo Victoria Pendleton − Hope Amelia Solo (Amerika Syarikat) Acara: Bola Sepak (Penjaga Gol) Tarikh Lahir: 30 Julai 1981 Umur: 30 Asal: Richland, Washington Tinggi: 1.75 m Kelab: Seattle Sounders Jersi: 1 Pencapaian: Pingat emas Olimpik Beijing 2008 − Maria Sharapova (Russia) Acara: Tenis Tarikh Lahir: 19 April 1987 Umur: 25 Asal: Nyagan, Russia Tinggi: 1.88 m Berat: 59 kg Ranking Dunia: 3 Pencapaian: Penampilan pertama Olimpik, pemenang empat gelaran Grand Slam − Kerri Lee Walsh (Amerika Syarikat) Acara: Bola Tampar Pantai Tarikh Lahir: 15 Ogos 1978 Umur: 33 Asal: Santa Clara, California Tinggi: 1.91 m Pasangan: Misty May-Treanor Pencapaian: Memenangi dua pingat emas di dua temasya Olimpik sebelum ini di Beijing 2008 dan Athens 2004.
SABTU 28 JULAI 2012 40 NASIONAL Sindiket cagar emas tiruan tumpas » Bank sekitar ibu negara alami kerugian RM36.6 juta Dua suspek ditahan kes curi kereta Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu" Izany Abdul Ghani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Kangar: Kadar jenayah di Perlis bagi tempoh Januari hingga Julai ini turun sebanyak 28.71 peratus, kata Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Zull Aznam Haron. Beliau berkata, perangkaan dari 1 Januari dan 24 Julai lalu menunjukkan 504 kes jenayah dilapor di Perlis berbanding 707 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Polis akan terus berusaha mengurangkan kadar itu, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan solat Tarawih kontinjen Polis Perlis bersama Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid di sini, malam kelmarin. Beliau berkata tindakan pencegahan oleh polis serta program kesedaran jenayah di kalangan orang ramai juga sentiasa dipertingkat dan dilakukan pengubahsuaian sejajar keperluan dan situasi semasa. Zull Aznam berkata pihaknya juga bercadang memantapkan prosedur pelaksanaan tugas badan sukarela seperti Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi meningkatkan keberkesanan tugasan mereka. Kadar jenayah di Perlis turun 28.71 peratus Oleh Wan Faizal Ismayatim, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah Mokhtar bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur P olis Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket yang mencagar emas tiruan melalui skim pajak gadai Islam, Ar-Rahnu di beberapa bank sekitar ibu negara membabitkan kerugian RM36.6 juta. Kejayaan itu, susulan penahanan lima anggota sindiket berperanan sebagai ‘keldai' yang menggadaikan tembaga disadur emas untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani, berkata RM36.6 juta itu adalah sebahagian daripada keseluruhan RM75 juta yang dilaporkan di seluruh negara. “Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruanmembabitkan skim Ar-Rahnu di bank tempatan. “Hasil siasatan dijalankan, kita menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam. Izany berkata, siasatan mendapati semua suspek berperanan sebagai orang tengah iaitu menggadaikan emas tiruan dibekalkan dalang sindiket yang masih dalam buruan polis. Sindiket untung berganda Sementara itu, Timbalan Pengarah 1 JSJK Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata ada sindiket meraih keuntungan berganda dengan menggunakan orang ketiga untuk menebus emas tiruan yang digadai mereka. Katanya, modus operandi sama pernah dikesan sebelum ini, iaitu anggota sindiket menggadaikan emas tiruan melalui skimAr-Rahnu di bank dan menerima nilai gadaian, kemudian menjual surat gadaian kepada orang ketiga. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah bank dan orang ketiga. Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan, satu sindiket dikesan mencagarkan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di cawangan bank di seluruh negara mengakibatkan kerugian kira-kira RM75 juta. Sindiket itu dikesan menggunakan modus operandi dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen. Kuala Lumpur: Dua suspek terbabit dalam 21 kes curi kereta sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan ditahan dalam dua serbuan minggu lalu. Hasil tangkapan suspek masing-masing berumur antara 45 dan 28 tahun itu, polis merampas lima kenderaan pelbagai jenis dipercayai dicuri dengan anggaran kerugian sebanyak RM600,000. Antarakeretaditemui semula ialah dua Toyota Hilux, Toyota Fortuna, Toyota Wish dan Toyota Alphard. Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua suspek dipercayai aktif mencuri kenderaan sejak dua bulan lalu. “Suspek menggunakan alat mematikan penggera dalam modus operandi mereka bagi memudahkan kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, semalam. Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A, 411 dan 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan serta denda. Mohan (tiga dari kanan) memeriksa kereta curi yang dirampas di IPD Cheras, semalam. [FOTONIK ROSLI ISHAK/BH]
28 JULAI 2012 − SABTU FF ≥ 37 Merempat selepas cerai »Wanita, 3 anak diami rumah usang Oleh Mohd Nasaruddin Parz mnasaruddin@bharian.com.my l Kuala Lumpur E mpat tahun mereka hidup hanya bercahayakan lilin dengan rumah dipenuhi sampahdansemak-samun,malah bekalan air pun diperoleh hasil simpati jiran. Begitulah penderitaan dialami ibu tunggal, Kong Kiw Sin, 47, selepasberceraidengansuaminya pada 2007. Malah, sebelum ini, Kiw Sin dan tiga anaknya terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Batu 11,BandarMahkotaCheraskerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Hidupmerempat “Kami hidup merempat. Walaupunpernahberniagakecil-kecilan, perniagaan rugi dan sejak itu saya hanya bergantung pada duit pemberian bekas suami, RM300 sebulan. “Rumahdankereta juga sudah jual, kehidupan kami diteruskan dengan menumpang rumah buruk dan usang ini hasil belas kasihan seorangkawan,” katanya. KiwSinberkata, selepasmereka berpindah ke rumah buruk itu penghujung 2007, sikap anak sulung perempuan berusia 16 tahun banyak berubah dan menjadi semakin liar. “Dia tak boleh terima kehidupandi sini (rumahburuk), banyak nyamuk, semak-samun, ada kalanya diancamular berbisa. Dia lari ikut kawan dan berhenti sekolah. Tinjauan ke rumah keluarga itu di Kampung Muhibah, Jalan Sungai Besi di sini, bersama Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam (BPAA) GERAKAN, semalam, mendapati keadaannyaamatdaif, malah rumah yang turut diduduki dua anaknya, Hoh Soo Ling, 14, dan Wong San Fu, 4, didapati tidak selamat. Kiw Sin yang kini hanya menjadi suri rumah sepenuh masa mengharapkan belas kasihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR). “Saya sudah mohon rumah PPR pada 2010, tapi sehingga kini belum menerima sebarang jawapan. Saya mintalah permohonan (rumah)diluluskansecepat mungkin supaya anak saya boleh hidup lebih selesa selain mudah untuk ke sekolah,” katanya. Sementara itu,KetuaBiroBPAA GERAKAN,Wilson Lau Hoi Keong berkatapihaknyaakanmembawa pegawaiDBKLdanJabatanKebajikan Masyarakat (JKM) melihat sendiripenderitaanhidupKiwSin bersama dua anaknya. Kiw Sinmenerima sumbangan daripada Hoi Keong di rumahnya di Kampung Muhibah di sini, semalam. Kuala Lumpur: Ibu kepadawartawan sambilan BH di London, Zaharah Othman, Yun Hanafi, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Bangi Perdana, Bangi, petang semalam. Zaharah berkata, ibunya, 95, meninggal dunia jam 6.55 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jam 10 pagi ini. Allahyarham meninggalkan enam orang anak, termasuk Zaharah yang menetap di United Kingdom. Ibu wartawan BH meninggal
SABTU 28 JULAI 2012 10 NASIONAL Mohd Salleh dilantik Yang Dipertua MAIPP Georgetown: Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan berkenaan yang berkuatkuasa sejak 23 Julai lalu, turut mengesahkan peletakan jawatan EXCO Agama negeri, Datuk Abdul Malik Kassim bagi memberi laluan kepada Mohd Salleh. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata jawatan timbalan YDP MAIPP yang dipegang Mohd Salleh diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee. Semua pelantikan baru yang diperkenan Tuanku A b d u l H a l i m Mu'adzam Shah sah sehingga 31 Disember 2013. Harap reda kegelisahan Mansor berkata, pihaknya berharap pelantikan Mohd Salleh akan meredakan kegelisahan umat Islam di Pulau Pinang dan sebarang isu yang menimbulkan kontroversi berhubung institusi agama Islam tertinggi di negeri ini. “Kita sudah menerima surat rasmi perkenan Yang di-Pertuan Agong yang menerima permohonan kerajaan negeri untuk melantik Mohd Salleh. “Kita berharap dengan perlantikan Mohd Salleh ini, tiada lagi isu YDP MAIPP ditimbulkan untuk tujuan berpolitik dan usaha memartabatkan umat Islam di negeri ini dapat dijalankan seperti biasa," katanya pada sidang media di sini, semalam. PAS mahu Malik lepas jawatan April lalu, BH melaporkan PAS mahu Abdul Malikmelepaskan jawatan YDPMAIPP walaupun sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong. Desakan itu dibuat berikutan pengakuan Mansor bahawa kerajaan negeri silap apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Ellias Zakaria, pada 22 Disember tahun lalu. NGO ganti MAFREL pantau pilihan raya Oleh Faiza Zainudin faiza@bharian.com.my Kuala Lumpur P eranan Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL) sebagai pemerhati bebas pilihan raya akan digantikan 15 badan bukan kerajaan (NGO) pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Pengerusi SPR, DatukWan AhmadWan Omar, berkata pihaknya akan melantik NGO berkenaan dalam masa terdekat bagi melaksana tugas memantau proses perjalanan pilihan raya yang Mohd Salleh Man » 15 pertubuhan dilantik dalam masa terdekat NGO ini tidak terikat dengan parti politik, berkecuali, daftar dengan pendaftar pertubuhan dan mewakili pelbagai kesatuan termasuk belia” Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR Bandar Seri Jempol: Penduduk Orang Asli Sungai Lui dekat sini, gempar apabila seorang pemimpin pembangkang mendakwa kampung itu akan dicemari sisa toksik apabila projek pelombongan emas dijalankan di situ. Difahamkan seorang pemimpin DAP dari Pahang pergi ke kampung itu Selasa lalu, dan memberitahu penduduk projek berkenaan mendapat kelulusan kerajaan negeri. Penduduk yang bimbang dengan dakwaan itu membuat laporan polis di sini, malam kelmarin. Namun, penduduk lega apabila ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menemui mereka semalam dan menafikan dakwaan itu. Wakil penduduk, Asai Patik, 40, berkata beliau dihubungi wakil rakyat DAP itu melalui telefon bimbit meminta menghimpunkan penduduk. “Kira-kira 300 penduduk terkejut dan ada yang takut mendengar kenyataan pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas. “Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” katanya. Lawatan pemimpinDAP itu mendapat liputan dalam beberapa akhbar Cina, memaparkan penduduk bergambar bersama ADUN DAP dan rombongannya. Sementara itu Zainal Abidin berkata, dakwaan pemimpin pembangkang itu bukan saja tidak betul, malah mempunyai tujuan lain. Guna sisa toksik ancam Orang Asli Zainal Abidin menerangkan keadaan sebenar kepada penduduk Sungai Lui, Jempol. [FOTO ABNOR HAMIZAM/BH] membabitkan 222 kawasan Parlimen. Beliau yang enggan mengulas nama pertubuhan berkenaan berkata, enam NGO akan memantau kawasan di sekitar Semenanjung manakala Sabah (tiga) dan Sarawak (lima). “NGO ini tidak terikat dengan parti politik dan berkecuali, mereka juga berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan mewakili pelbagai kesatuan termasuk belia. “Buat masa masa ini kami dalam proses memberi penjelasan mengenai fungsi tugas bagi mengelak kerumitan dan gangguan pada PRU-13,” katanya kepada BH. Peranan memerhati Wan Ahmad berkata, peranan mereka hanyamemerhati proses pilihan raya serta mencatat sebarang maklumat untuk tujuan laporan yang akan diserahkan kepada SPR dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya. “Mereka tidak boleh mengganggu, menemu bual, menyentuh, berkempen atau melakukan sebarang kekecohan yang boleh merumitkan perjalanan proses pilihan raya. “MAFREL tidak dilantik kerana kesalahan tidak membuat laporan kepada SPR serta melanggar beberapa kesalahan tatasusila lain,” katanya. Pemerhati antarabangsa Ditanya jemputan kepada pemerhati antarabangsa, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada Wisma Putra untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, tindakan mengundang pemerhati asing itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya negara serta memberi ruang kepada negara luar melihat sistem pilihan raya negara dari dekat. “Kami buat bukan sebab terikat tuntutan parti politik, ini inisiatif SPR, kami sedar apa juga usaha pasti dikritik dan diperlekeh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. FAKTA NOMBOR 300 penduduk Sungai Lu terkejut, takut kenyataan ADUN DAP dari Pahang FF
28 JULAI 2012 SABTU 57 SUKAN Emir, Zaqhwan mula langkah kanan ‘BAM perlu beri perhatian' » Catat masa kedua terbaik saingan ‘8-Hour Endurance Road Race' M ohd Emir Firdaus Hasan (kanan) dan Mohd Zaqhwan Zaidimemulakan saingan Kejuaraan Coca-Cola Zero Suzuka 8-Hour Endurance Road Race' dengan langkah kanan di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun semalam. Pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia itu membuktikan kebolehan mereka dengan apabila mencatat masa kedua terbaik, 2 minit 18.057 saat pada sesi kelayakan sekali gus bakal memulakan perlumbaan kategori empat jam itu dari petak kedua. “Cuaca panas terik pada sesi kelayakan - menyukarkan kami mendapat cengkaman tayar dan masa lebih baik. Begitupun, kami tetap gembira untuk memulakan saingan esok (hari ini) dengan kelompok hadapan. “Kami akan gunakan kelebihan ini mengekori rapat pendahulu dan mencari peluang merebut podium," kata Zaqhwan yang membuat penampilan sulung di dalam kejuaraan berprestij ini. Emir turut menambah: "Jika ada rezeki, kami ingin mempertahankan gelaran juara dalam kategori empat jam, tetapi berdasarkan senarai pelumba tahun ini, agak sukar kerana ramai pelumba hebat dan berbakat besar. Pada masa sama, kami cukup yakin dengan kebolehan dan kekuatan mental kami.”. Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi di dalam kategori lapan jam pula mengharungi sesi kelayakan cukup sukar. Pelumba kedua pasukan Honda Team Asia itu muncul di tangga ke-15 terpantas dengan catatan masa terbaik, 2'10.960s pada sesi pagi dan 2'11.604s pada sesi kelayakan petang. “Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan keputusan hari ini. Sebelum ini saya hanya mencatat masa di sekitar 2 minit 11 saat tetapi kali ini saya berjaya mencatat di bawah 2 minit 10 saat. “Saya berharap kami boleh memperbaiki kedudukan grid kami pada sesi 'Time-Attack' esok," kata pelumba 28 tahun itu. Prestasi cemerlang pemain badminton Pahang yang mengejutkan pemain pelapis negara pada Sukan Malaysia (SUKMA) perlu diberi perhatian Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan P e r s a t u a n B a dm i n t o n M a l a y s i a (BAM). Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah menegaskan, jawatankuasa itu tidak perlu menunggu lama untuk memanggi l pemain berkenaa n u n t u k diserapkan dalam skuad pelapis memandangkan usia mereka masih muda. Beliau tidak mahu bakat pemain berkenaan berakhir ketika negara ketandusan pemain berkualiti untuk bersaing di pentas antarabangsa. “Saya harap apabila jawatankuasa ini pulang dari Sukan Olimpik London, mereka dapat memanggil pemain yang beraksi cemerlang pada SUKMA lalu dan jangan dibiarkan bakat mereka berakhir. “Jika tidak menyenaraikan mereka dalam skuad pelapis, kita tidak dapat menilai prestasi mereka kerana jika tidak bagus, sudah pasti mereka tidak boleh tewaskan pemain pelapis. "Saya percaya jika mereka diberi peluang dan bimbingan yang sempurna, Malaysia tidak ketandusan pemain untuk diketengahkan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik," katanya di Kuantan, semalam. Saya percaya jika mereka diberi peluang dan bimbingan yang sempurna, Malaysia tidak ketandusan pemain untuk diketengahkan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik" Tengku Kamil Ismail Timbalan Presiden BAM
− SABTU 28 JULAI 2012 34 ≤NASIONAL 28 JULAI 2012 − SABTU NASIONAL≥ 35 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S a la m R a m a d a n d a n L e b a r a n k a m i u c a p k a n k e p a d a a h li k e lu a r g a , s a n a k -s a u d a r a d a n s a h a b a t h a n d a i d i M a la y s ia . D a r ip a d a A d a m L e o n g , E f fa , N u r in E m y lin d a n Q is t in a E v e ly n d i U n iv e r s it y O f R e a d in g , U n it e d K in g d o m . S a la m A id il f it r i b u a t k e lu a r g a , s a n a k s a u d a r a , g u r u -g u r u d a n r a k a n -r a k a n y a n g m e n g e n a li k a m i. P e la ja r -p e la ja r k e ju r u t e r a a n , U n iv e r s it i o f N e w B r u n s w ic k , K a n a d a . D a r i k a n a n : F a r ih in A s n u r , N u r fa r ih in , A m ir R id h u a n , Z u lh il m i Z u k i d a n W a n H a m id a h . S a la m P e r a n t a u d a r i M a n c h e s t e r b u a t k e lu a r g a d i K la n g , a y a h t e r s a y a n g K a m a r u d in S e m e n , N u r A is h a h d a n A z la n , k e lu a r g a d i K e la n t a n , a y a h a n d a A b d R a z a k , b o n d a R a b ia h , a d ik b e r a d ik , s a u d a r a m a r a d a n k a w a n -k a w a n y a n g b e r k e r ja d i V A D S B e r h a d . S e la m a t b e r p u a s a d a n H a r i R a y a m a a f z a h ir b a t in . D a r ip a d a S y a u k i A b d R a z a k d a n is t e r i N u r S h u h a d a K a m a r u d in . P e la ja r T a h u n 3 d a r i A s ia U n iv e r s it i T a iw a n in g in m e n g u c a p k a n S e la m a t M e n y a m b u t A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n r a k a n -r a k a n k a m i d i M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a ti n . D a r i k ir i: M u s t a q im , S a if u l, A z w a n , A id id , A fd a l d a n F a id h i. Buat ibu tersayang, Nonny Abdullah yang berada di Kuala Lumpur, keluarga, anak buah, sanak saudara, sahabat handai dan warga UiTM Shah Alam, Fakulti Sains Gunaan dengan ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dan doakan kejayaan saya di sini. Daripada Azrena Abdul Karim, pengajian PhD, Faculty of Forest and Ecosystem Science, Universiti Melbourne, Australia. Salam Ramadan dan Aidilfitri buat keluarga di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, sanak-saudara, rakan-rakan, barisan penaja UIA dan JPA serta seluruh umat Islam di Malaysia. Maaf zahir dan batin. Daripada Dr Faisal, Sofwatul dan Umar dari Faculty of Dentistry, University of Hong Kong. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r c i n t a d i M a r a n g , T e r e n g g a n u d a n T a w a u , S a b a h . T i d a k d i l u p a k e p a d a s a n a k s a u d a r a d a n r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i k a m i . S e m o g a S y a w a l k a l i m e m b e r i k e b a h a g i a n k e p a d a k a l i a n s e m u a d a n d o a k a n k e s e j a h t e r a a n k a m i d i s i n i . I k h l a s d a r i p a d a A h m a d S h a h r i r , S u m i a t y , H u m a i r a A r f a , N a d h i r a h A r f a d a n K h a y y i r a h A r f a d i S o u t h a m p t o n , U n i t e d K i n g d o m . S a la m R a m a d a n A lM u b a r a k d a n S a la m L e b a r a n d iu c a p k a n k e p a d a s e lu r u h M u s li m in d a n M u s li m a t d i M a la y s ia t e r u t a m a k e p a d a k e lu a r g a k a m i d i K u c h in g , S a r a w a k ; K e m a m a n , T e r e n g g a n u ; B a t u P a h a t , J o h o r ; K u a la T e r e n g g a n u , T e r e n g g a n u ; S u n g a i P e t a n i, K e d a h ; d a n P a r it B u n t a r, P e r a k . D a r i k ir i, N o o r R a ih a n A h m a d , N u r u l A m ir a h M o h d A z a m , N u r Q is t in a A d a m , N u r u l A in J o h a r, A r if a h A b id in , F a r ih a A m a li n a Z o o lk a f li d i U C P M a r jo n , P ly m o u th , U n it e d K in g d o m . Sal am Ra ma dan dan Aid ilfit ri kep ada aya h bon da; Abd Rah im Sar wa n, Ra shid ah Oth ma n, Lat if Jan tan dan Siti Zain ab Abd ul Rah ma n, san ak s aud ara , gu ru-g uru SK Tun ku Bes ar T am pin , SK Bat u B eren dam , Se kolah Tun Fat ima h, SM K Tun Mu tah ir, MR SM Tra nsk rian , K olej Ma ra Ban ting dan Alli anz e Co llege of M edic al S cien ce, pen aja kam i M ARA sert a sah aba t ha nda i. D arip ada Ain Zul aikh a A bd Rah im (Ro yal Coll ege of S urg eon in I rela nd) dan Siti Nor zalina Lat if (N UI Gal wa y), Irel and.
1728 JULAI 2012 SABTU
Sepintas » Aktivis agama pantau polis Indonesia jalankan tugas ‘Adiwira' meriahkan Ani-Com Jakarta A ktivis agama, Barisan Pembela Islam (FPI) Indonesia menegaskan mereka lebih suka menghabiskan masa sepanjang Ramadan ini dengan beramal dan beribadat berbanding melakukan serbuan di restoran dan kelab malam, jika polis negara itu mampu menangani kegiatan negatif sepanjang bulan suci ini. “Kami meminta penguatkuasa keamanan menguatkuasakan undang-undang dan hanya bertindak sebagai penyedia maklumat,” kata pengerusi Barisan Pembela Islam (FPI) bahagian Jakarta, Salim Alatas yang dipetik Tempo.com selepas mesyuarat dengan polis. “Jika mereka melakukan tugas dengan baik, kami tidak perlu membuat serbuan dan dapat memberi lebih tumpuan beribadat,” katanya. Salim berkata, jika kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya, menghapuskan tempat tidak bermoral dan tiada gangguan melakukan ibadat, FPI akan lebih bersikap tenang. FPI cawangan Jakarta tidak melakukan sebarang serbuan sejak tiga tahun lalu, kerana menyedari itu bukan tugas mereka. Bagaimanapun mereka tidak pasti perkara sama akan diteruskan. Salim berkata beliau akan memantau cara polis menjalankan tugas. “Kami menerima beberapa laporan mengenai sikap tidak menghormati Ramadan dan menyerahkannya kepada polis. “Kami akan melihatnya nanti, bergantung kepada keputusan siasatan kami dan pemantauan,” katanya. Ketua Polis Indonesia, Jeneral Timur Pradopo sebelum itu memberi amaran mengenai serbuan besar-besaran ke atas kelab malam dan pusat hiburan lain termasuk sauna dan rumah urut yang beroperasi pada Ramadan. Di Jakarta, kelab malam, bar, disko, rumah urut dan sauna dilarang beroperasi sepanjang bulan puasa. Karaoke dan pusat hiburan lain boleh beroperasi mulai 8.30 malam hingga 1.30 pagi. Tempat hiburan di hotel bertaraf bintang terkecuali daripada larangan itu. Bagaimanapun mereka tetap dilarang beroperasi sehari sebelum Ramadan, hari pertama berpuasa, malam ke-17 Ramadan serta sehari sebelum dan selepas Aidilfitri. “Kami sedar semua orang perlu dilindungi, jadi jika ada serbuan kelab malam kami berurusan mengikut undang-undang,” kata Timur dipetik agensi berita Antara. Walaupun selepas amaran Timur, ketua keselamatan dan risikan Polis Kebangsaan, Pratikno berkata beliau mendapat maklumat FPI masih mahu menjalankan aktiviti pembersihan. AGENSI Pilih ibadat daripada serbu kelab malam Bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, Sir Michael Somare menerima kekalahan partinya dalam pilihan raya kebangsaan tetapi lelaki yang menguasai politik selama sedekad itu terus kekal sebagai ahli parlimen. Somare lebih dikenali sebagai Grand Chief di negara kepulauan Pasifik itu berkata beliau menerima mandat di East Sepik kerana mengakui kegagalan Parti Kesatuan Kebangsaan. Somare, berkata beliau akan membatalkan kepimpinan parti yang dibentuk pada 1996 dan berada dalam kerajaan sejak lebih sembilan tahun. “Sudah sampai masanya berkhidmat untuk penduduk di wilayah saya,” katanya sambil menambah beliau akan kembali ke kampungnya di East Sepik. AFP SYDNEY ‘Bos besar' akur kekalahan Lawatan calon presiden Republikan, Mitt Romney mencetuskan kekecohan apabila mempersoalkan sama ada Britain bersiap sedia untuk menarik diri daripada Olimpik. Bekas gabenor Massachusetts itu mengadakan lawatan bersama pemimpin politik British sebagai sebahagian usaha menunjukkan beliau layak mewakili Amerika Syarikat di pentas dunia sebagai pencabar Presiden Barack Obama dalam persaingan sengit Rumah Putih. AP LONDON Romney buat Britain marah FPI terima laporan mengenai sikap tak menghormati Ramadan dan menyerahkannya kepada polis” Salim Alatas Pengerusi FPI bahagian Jakarta Peserta memakai pakaian adiwira menunjukkan aksi pada pameran Ani-Com and Games di Hong Kong semalam. Ani-Com adalah pameran animasi terbesar Asia dilancarkan di Hong Kong. Ia menarik ratusan ribu peminat dan mengembalikan nostalgia watak adiwira berikutan kejadian tembakan selepas tayangan filem Batman di Colorado 20 Julai lalu. [FOTO AFP]
21 28 JULAI 2012 SABTU Saksikan pesanan seterusnya di : sayapilihmalaysia © Atau lawati : untuk waktu siaran, pertandingan serta pelbagai paparan menarik. SALURAN RTM 1 RTM 2 TV3 8TV TV9 NTV7 Astro RIA Astro Awani Astro Vaanavil Astro AEC imbas kod QR untuk maklumat lanjut
− SABTU 28 JULAI 2012 6 ≤NASIONAL Tiga penumpang terjun lebih awal Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Muhd Amirul Faiz Ahmad bhnewstbharian.com.my l Sebuyau “S ejak awal pagi lagi, suami bimbang kerana hujan lebat sepanjang malam,” kata Agnes Batang, 45, isteri kepada salah seorang mangsa yang masih hilang. Agnes berkata, suaminya, Peter Atoh Mayau, 53, sudah lebih 10 tahunbertugas bersama Sibero Holdings, kerap menaiki helikopter jika bertugas di luar kawasan. Katanya, sebaik bangun tidur Peter menyatakan perasaan tidak sedaphati berikutanperlu menaiki helikopter dalamcuaca buruk. “Saya sendirimenghantarnya ke pejabat di Kuching dan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap mungkin terlalu bimbang. “Dia sempat meminta saya menjaga tiga anak kami, selain sempat memberitahu hatinya berat meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui. Agnes pada mulanya menyangka helikopter yang dinaiki suami terpaksa mendarat cemas, namun adiknya yang bertugas di Sibero Holdings kemudianmemaklumkan helikopter mereka terhempas. Dia kemudiannekadmemandu ke Sebuyau bagimengetahui keadaan sebenar suaminya namunhampa apabila pasukan penyelamat memaklumkan Peter belum ditemui. “Ketika ini saya hanya berharap suami dapat diselamatkan. Saya tidak tahu apa nasib kami sekeluarga sekiranya kejadian buruk berlaku ke atasnya. “Kami akan terus berada di sini sehingga keadaan sebenar diketahui. Saya dan anak-anak akan terus berdoa,” katanya sambil menangis. » Peter Atoh luah kerisauan terpaksa naik helikopter dalam cuaca buruk Kebimbangan suami jadi nyata Insiden helikopter terhempas  2007 Super Puma L2, terhempas di laut di luar persisiran Bintulu, Sarawak  2007 Nuri Sikorsky S-61 milik TUDM terhempas kirakira lima kilometer dari terowong Genting Sempah, Pahang  2010 Sikorsky S64 milik Erickson Air-Crane (M) Sdn Bhd terhempas ≤ Dari muka 1 “Tigapenumpanghelikopterdilaporkan terjun lebih awal sebelum pesawat itu terhempas bersama juruterbang di muara sungai yang menghala ke arah Laut China Selatan. “Juruterbang itu berenang empat jamsebelumdiselamatkannelayandan dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau,” katanya ketika dihubungi di Kuching, semalam. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan membabitkan Pasukan Gerakan Marin, Agensi PenguatkuasaanMaritimMalaysia (APMM), Tentera Udara dan bomba. Sementara itu, Rico yang dibawa ke Klinik Kesihatan Sebuyau, memberi kenyataan kepada pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Rico kemudian dibawa dengan helikopter Nuri ke lokasi kejadian. Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden itu. Katanya, sebagai permulaan proses siasatan, pihaknya akanmendapatkan keterangan daripada juruterbang helikopter itu hari ini. Dauphin II − 4,300 paun berat maksimum − Dilengkapi teknologi moden seperti Paparan Kenderaan dan Enjin Pelbagai Fungsi (VEMD) untuk panduan juruterbang. − Jenis: Eurocopter AS365N1 Dauphin II − Pengeluar: EuroCopter, Marignane, Perancis − Badan pesawat: 85 peratus karbon fiber, kevlar, gentian kaca, aluminium dan titanium − Jumlah penumpang: 1 juruterbang dan 5 penumpang − Kapasiti bahan api : 1,158 liter − Kelajuan maksium: 323 kilometer sejam − Kelajuan normal: 259 kilometer sejam − Panjang: 11.5 meter − Tinggi: 3.9 meter − Lebar: 3 meter − Diameter kipas utama: 11.8 meter − Kelajuan kipas utama: 350 RPM − Kelajuan kipas ekor: 3,665 RPM − Enjin: 2 enjin turbin gas INFO Juruterbang Rico Stiger (kiri) dan Peter Atoh Mayou. Pasukan penyelamat mencari mangsa yang hilang dalam kejadian helikopter Dauphin II (gambar) terhempas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga.
−HARGA: RM1.50 − TEL: 1 300 22 6787 − www.bharian.com.my PP 414/10/2012(030686) − SABTU − 8 RAMADAN 1433H MERENTASGENERASI 28 JULAI 2012 Berita Harian Puasa bersama keluarga Epit PENYAKIT HEPATITIS Individu lahir sebelum 1989 dinasihat jalani saringan  NASIONAL 8 PRU-13 15 NGO ganti Mafrel jadi pemerhati pilihan raya  NASIONAL 10 Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bharian.com.my ̌ Kuala Lumpur H ospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat sejarah bidang perubatan apabila berjayamemisahkanpundi kencingdankemaluanketikapembedahan pemisahan pasangan kembar siam pada 14 Julai lalu. Ini kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan MuaimanAzli serta adiknya,Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama dilaporkan di dunia. Hasil pembedahan itu, dua beradik yang sebelum ini bercantumpadabahagianpinggul, mempunyai tiga kaki danberkongsi satu kemaluan, kinimemiliki sistemsalurankencingdan kemaluanmasing-masing. ≤ Nasional 6/7 » HKL pertama di dunia berjaya pisahkan pundi kencing kembar siam Cipta sejarah Muaiman (kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 April 2011. [ FOTO IHSAN HKL ] − 19 ORANG pakar bedah Pediatrik, tulang, pembedahan plastik dan bius − 40 ORANG pegawai perubatan dan jururawat sokongan − 24 JAM masa pembedahan dari jam 8 pagi, 14 Julai 2012 Muaiman Muaimin
28 JULAI 2012 SABTU 59 SUKAN Jang Jung giat tingkat tahap kecergasan pemain Perak Tahap kecergasan pemain Perak masih rendah dan perlu ditingkatkan segera - kata jurulatih baru Perak, Jang Jung. Beliau bagaimanapun akur, sebahagian besar anak buahnya sedang berpuasa tetapi bagi jurulatih dari Korea itu, mereka harus mencuba sedaya upaya mengekal dan meningkatkan kecergasan. “Saya tidak mengadakan latihan terlalu keras kerana pemain Islam berpuasa. Begitupun pemain harus faham mereka terpaksa melaksanakan latihan fizikal dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan. "Ketika ini tahap kecergasan pemain agak rendah dan perlu ditingkat semula,” katanya yang dilihat mengerah kudrat anak buahnya ketika latihan fizikal petang semalam. Ketika ini, pengendali itu lebih banyak memfokuskan kepada ketahanan fizikal dan kecergasan berbanding taktikal beberapa pemain senior termasuk dua awang import, Michal Kubala dan Albert Bodjongo tidak bersama pasukan. Kubala bersama Kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa menyertai skuad negara di Kejohanan Piala Java kendalian Ong Kim Swee manakala Bodjongo pulang untuk bercuti di negara asalnya, Cameroon. “Saya menjangka akan mendapat semula khidmat semua pemain minggu hadapan. Ketika itu barulah persiapan kami dapat diperkemaskan termasuk mengadakan perlawanan persahabatan. “Saya masih di peringkat mengenali setiap anak buah, menilai perwatakan masing-masing kerana perlumembiasakandiri semula dengan persekitaran selepas meninggalkan Ipoh selama 20 tahun. Jurulatih itu juga berharap dapat menerapkan corak permainan baru kepada skuad bimbingannya mengikut acuannya dan berharap akan membawa kesan positif dalam kempen Piala Malaysia. Effa Owona, Izuan bakal curi tumpuan » Gelaran selaku penjaring terbanyak Liga Super dan Liga Perdana jadi sandaran Oleh Mohd Amin Jalil bhsukan@bharian.com.my Seremban D ua penjaring terbanyak Liga Super, Jean-Emmanuel Effa Owona dan Liga Perdana (PDRM), Khairul Izuan Abdullah bakal menjadi gandingan berbisa yang mesti diberi perhatian pertahanan lawan menjelang saingan Piala Malaysia, selepas Aidilfitri nanti. Ketika Effa Owona gah dengan status penjaring terbanyak 15 gol, Izuan pula sebenarnya lebih bergaya dengan 27 gol di Liga Perdana - bayangkan kini mereka bergabung di bawah skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah. Tindakan bijak Azraai yang pantas menyambar Izuan dilihat strategi terbaik untuk mempertahankan gelaran Piala Malaysia kerana jika dinilai prestasi semasa di peringkat liga, Negeri Sembilan tidak begitu memberangsangkan. Minggu lalu, Negeri Sembilan menerima khabar duka apabila kehilangan ‘orang besi', Norhafiz Zamani Misbah yang disahkan tidak sempat beraksi di saingan Piala Malaysia, tetapi kedukaan itu terubat dengan kehadiran Izuann - pemenang kasut emas Liga Perdana. Penyerang skuad PDRM itu dipinjamkan ke skuad Hoben Jang Hoben dan menjalani latihan kelmarin. Penolong Pengurus Negeri Sembilan, Hamzah Mohd Nor, berkata Khairul Izuan adalah seorang daripada tiga pemain luar yang menjadi sasaran Negeri Sembilan. Mereka masih berusaha mendapatkan dua lagi pemain pinjaman dari pasukan Sabah masih dan bakal bersama pasukan dalam tempoh terdekat. “Kehadiran Khairul Izuan sudah pasti dapat memberi peluang kepada ketua jurulatih merangka strategi terbaik memantapkan kekuatan pasukan,” katanya. Sebagai ujian, satu perlawanan persahabatan menentang RAMD Melaka akan diadakan di Stadium Paroi malam ini dan bakal menjadi ujian pertama Khairul Izuan mempamerkan keupayaannya selaku penjaring berbisa. FAKTA NOMBOR 15 gol jumlah jaringan Effa Owona musim lalu 27 gol jaringan Khairul Izuan Abdullah selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Effa Owona (kiri) menanduk bola ke dalam gawang lawan dalam saingan Liga Super, musim lalu. Kubala (kanan) kini menyertai skuad negara di Kejohanan Piala Java kendalian Ong Kim Swee. Pilihan Malaysia gah belasah Indonesia 6-0 Jakarta: Pilihan Malaysia yang pada mulanya dibentuk untuk menghadapi Piala Java, tampil garang membelasah pasukan bawah 22 tahun Indonesia 6-0 dalam perlawanan persahabatan tertutup di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. Pasukan yang dibimbing jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang dibarisi skuad bawah 23 tahun sambil dikuatkan dengan lima pemain senior itu jelas bukan tandingan buat barisan muda Indonesia. Mendominasi sepenuhnya perlawanan, Malaysia membuka jaringan menerusi penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri seawal minit ke-11 sebelum pemain import Perak, Micheal Kubala menggandakan jaringan empat minit kemudian menerusi penalti. Gagal untuk mengikuti corak permainan pantas pasukan Malaysia, gawang Indonesia terus bocor menerusi jaringan penyerang Azrif Nasrulhaq pada minit ke-31 sebelum pemain senior Selangor, Amri Yahyah (gambar) membuktikan kemampuannya dengan meledak dua gol berturut-turut pada minit ke-34 dan 45. Gol keenam Malaysia hadir menerusi pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Shukor Adan pada minit ke-60. Selain Kubala, pilihan Malaysia turut membariskan seorang pemain import dari Selangor, Ramez Dayoub yang kukuh di benteng pertahanan selain menurunkan kapten Perak, Sharul Nizam Mustapha dan Christie Jayaseelan memenuhkan lima slot senior. FF
28 JULAI 2012 SABTU 63 SUKAN Sepintas LONDON Bachchan bangga bawa obor Kami tidak boleh memandang tinggi diri sendiri berdasarkan pencapaian lalu atau mengetepikan kekuatan dan darjah kesukaran penerjun lawan" Zhou Jihong Pengurus pasukan China Vezzali buru emas keenam WASHINGTON AS yakin tahap keselamatan Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan berbangga selepas diberi penghormatan serta pengalaman yang tidak boleh digambarkan' selepas membawa obor Olimpik di depan ribuan orang ramai yang bersorak kepadanya di London, kelmarin. Pelakon terkenal India berumur 69 tahun itu membawa masuk obor dari selatan London, Southwark ketika Olimpik menghampiri majlis pembukaan. Jalan raya dipenuhi orang ramai yang bersorak dan ingin bergambar dengan “Big B” yang sedang berlari. AFP Veteran lawan pedang Itali, Valentina Vezzali memburu emas keenam di Sukan Olimpik London bagi memastikan negaranya terus mendominasi sukan itu. Daripada 522 pingat yang dimenangi Itali di Olimpik, acara lawan pedang menyumbang 45 emas dan keseluruhan 114 pingat. Ini bermakna, Itali adalah pemenang pingat emas terbanyak lawan pedang di depan Perancis yang memperoleh 41. Vezzali, 38, adalah bintang lawan pedang yang berkahwin dengan pemain bola sepak Domenico Giuliano. Isterinya itu adalah pemain lawan pedang pertama memenangi lima emas Olimpik dalam acara foil. AFP Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meluahkan ‘keyakinan besar' terhadap keupayaan Britain memastikan keselamatan Sukan Olimpik 2012, sehari sebelum majlis perasmian di London. “Presiden mengarahkan kami terus menyambung tugas memastikan rakyat Amerika selamat dan menyambung kerjasama erat dengan Britain,” kata penasihat pencegahan pengganas Obama, John Brennan. “Dalam memastikan hubungan istimewa kami, presiden sudah menjelaskan dia yakin dengan keupayaan rakan sekutu kami, United Kingdom, apabila mereka bersedia dalam penganjuran Olimpik London,” katanya. AFP Thorpe yakin Magnussen bakal pecah rekod Sydney: Pemenang pingat emas Olimpik lima kali, Ian Thorpe dari Australia berkata rakan senegaranya, James “Missile” Magnussen adalah perenang terbaik untuk melakar sejarah antarabangsa di abad ini. Thorpe, yang gagal membuat penampilan semula di Sukan Olimpik London percaya Magnussen mampu memadam rekod dunia 100 meter gaya bebas milik Cesar Cielo dari Brazil dengan 46.91 saat, seawal pusingan separuh akhir. “Apabila melihat dia, saya melihat era baru dalam renang. Dia adalah perenang hebat yang saya pernah lihat, kemungkinan lebih daripada dekad lalu, ini adalah baru kepada sukan renang. Dia sangat menarik untuk dilihat,” katanya. Thorpe, yang terlepas peluang mewakili kontinjen Australia selepas gagal melepasi acara 100m dan 200m gaya bebas berkata Magnussen bakal mengetuai “permulaan era baru dalam renang”. “Saya rasa anda (akan) dapat melihat keputusan dalam separuh akhir (100m gaya bebas) dan di final. Yang jelas, saya rasa dia akan menang,” katanya. Memenangi lima emas pada Olimpik Athens dan Sydney, Thorpe adalah atlit Olimpik terbaik Australia namun dia percaya Magnussen mampu merampas gelaran itu daripadanya. AFP FAKTA NOMBOR 46.91 saat rekod dunia 100 meter gaya bebas milik Cesar Cielo dari Brazil Wu sasar mahkota juara ketiga » Acara 3m papan anjal seirama wanita buka gelanggang esok London W u Minxia melancarkan misi membantu China menyapu bersih lapan pingat emas terjun di London dengan sasaran mengejar mahkota juara kali ketiga berturut-turut acara 3 meter papan anjal seirama wanita, bermula esok. Jika berjaya merangkul kedua-dua acara papan anjal dengan jumlah keseluruhan empat pingat, ratu terjun berumur 26 tahun itu boleh meninggalkan Olimpik London sebagai Olimpian paling berjaya dalam sukan itu setaraf dengan Guo Jingjing yang sudah bersara. Wu, menang dua emas papan anja l dengan Guo di Athens dan Beijing serta diletakkan atlit pilihan untuk mengetuai cabaran China yang mahu mengumpul pingat emas terjun dan bakal bergandingan dengan He Zi. “Kami tidak boleh memandang tinggi diri sendiri berdasarkan pencapaian lalu atau mengetepikan kekuatan dan darjah kesukaran penerjun lawan,” kata pengurus pasukan Zhou Jihong. Sebelum ini, China dengan penerjun “skuad impian” mendominasi pungutan pingat dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri pada Olimpik Beijing 2008 dan Kejohanan Dunia di Shanghai, tahun lalu. China hanya terlepas satu pingat dalam final 10m platform apabila Matthew Mitcham dari Australia menyekat penguasaan China. AFP Magnussen berlatih di Pusat Akuatic Manchester, semalam. Wu dan He Zi berlatih acara 3m papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Olimpik, semalam.
− SABTU 28 JULAI 2012 26 NASIONAL Bergaduh rebut air mandi » 100 warga asing bertempur guna besi dan kayu Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bharian.com.my l Kuantan H anya kerana mahu berebut air untukmandi, lebih 100 pekerjaMyanmar dan Bangladesh bergaduh menggunakan kayu dan besi seperti aksi dalam filem Bollywood. Kejadian berlaku di sebuah tapak projek di Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, berikutan Betik dalam betik tekanan air yang rendah di tapak projek berkenaan. Melarikan diri Keadaan itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara sekumpulan pekerja Bangladesh dengan seorang pekerjaMyanmaryangmahumenggunakan punca air terbabit. Difahamkan, pertengkaran berlarutankepadapergaduhanyangkemudian turut disertai lebih ramaipekerja kontrak di tapak projek terbabit sebelumpergaduhan terhenti selepas kehadiran sepasukananggotapolis ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.50malam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. “Siasatan awal mendapati seorang pekerja Myanmar berusia lingkungan 20-an cedera di kepala dan badan selepas dipukul sekumpulan pekerja Bangladesh. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku AmpuanAfzan (HTAA)di sini untuk mendapatkan rawatan. “Siasatan juga mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja terbabit berhubung penggunaan punca air di tapak projek berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohd Jasmani berkata, setiba polis ke lokasi kejadian, lebih 100 pekerja Bangladeshmelarikan diri. Polis bagaimanapun berjaya menahan tujuh warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu. “Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaanmenggunakan senjata,” katanya. Sementara itu pengawal keselamatan di tapak projek terbabit berkata, perselisihan faham berlaku sejak petang kelmarin sebelum menjadi tidak terkawal menjelang malamapabila ramaipekerjamahu menggunakan punca air sama. “Pihak pengurusan projek sebelum itu sudahmemberikanamaran kepada beberapa pekerja namun ia tidak diendahkan,” katanya. Suri rumah, Rohani Jusoh, 45, menunjukkan betik yang dibelah dua mempunyai betik di dalamnya dan tidak mempunyai biji selepas dipetik dari pokok yang ditanam di tepi rumah di Kampung Baloh Raja, Kubang Kerian. [ FOTO SYAMSI SUHAIMI / BH ]
28 JULAI 2012 SABTU 67 SUKAN Saya juga pernah mengandung tiga bulan dan tidak seperti Suryani saya menarik diri daripada Sukan Olimpik (Barcelona) pada tahun berkenaan" Natalya Zhukova Jurulatih negara Ratu menembak sedia galas cabaran negara Suryani harus diberi dorongan kuat: Zhukova London W ajah Nur Suryani Taibi, semalam menceritakan betapa penembak dari Manjung, Perak itu sudah bersedia berdepan detik paling dinantikan dalam kerjaya selaku penembak. Ketika menjadi tumpuan media, baik tempatan dan asing sejak tiba di London, gangguan minda tetap ada tapi jaguh negara berusia 29 tahun itu sudah mengetepikan faktor ini sebaliknya mahu memberi persembahan terbaik untuk negara. "Saya sudah lamamenunggusaat ini. Saya sudah lama bermimpi untukberaksidiOlimpik.Sekarangsaya sudah mendapat peluang itu dan mahu mencatat keputusan terbaik. "Bukan semua boleh bertanding di temasya ini dan kenapa saya harus melepaskan peluang terbaik ini," katanya selepas menamatkan latihan terakhir di Lapang Sasar The Royal Artillery Barracks Woolwich, semalam. Pagi ini (kira-kira tiga petang waktu Malaysia) dia akan turun ke gelanggang untuk melakukan 40 bidikan dalam sesi kelayakan acara 10 meter air rifle individu wanita untuk memburu lapan kedudukan teratas daripada 59 penembak untuk layak ke final. Dia juga harus banggamenjadiwanita pertama untuk mewakili negara dalam acaramenembak di Olimpik. Apabila diajukan persoalan mengenai peluang dia untuk hadir dalam kelompok lapan terakhir, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 itu sekadar berkata: "Di sini semua 59 penembak ada peluang untuk layak dan saya juga antara mereka." Tidak dinafikan Suryani masih diganggu dengan komen dan kritikan kenapa dia masih mahu bertanding ketika mengandung anak pertama pada saat getir ini . Tapi dia mahumelupakan isu itu untuk tempohsatu jam15minitapabilaberaksi dalam pusingan kelayakan, hari ini. Padanya dia layak atas merit dan itu adalah haknya untuk bertanding di London. Secara sinis dia berkata: "Kalau saya dapat satu kampit beras kenapa saya nak kasi orang lain. Saya sendiri tak ada beras wajar kampit beras itu saya ambil." Acara menembak disertai itu adalah yang acara pingat pertama dalam temasya kali ini dan dia harus terbayang Sukan SEA 2011 di Palembang apabila dia juga menyumbang pingat emas pertama untuk negara dalam acara pertama temasya berkenaan. Sementara itu, kunjungan Chef deMission, TunAhmadSarji Abdul Hamid ke lapang sasar, semalam harus menyuntik semangat baru kepada atlit negara itu untuk tampil memberi persembahan terbaik walaupun akur dia menggalas tekanan dalam situasi sekarang. FAKTA NOMBOR 59 peserta bertarung dalam acara 10m air rifle 8 terbaik layak ke final 40 bidikan penentuan untuk mara ke final Natalya Zhukova mengerti situasi digalas Nur Suryani Taibi ketika ini. Pada firasat jurulatih import dari Belarus itu, penembak negara harus diberi dorongan kuat ketika berbadan dua kerana dia sendiri pernah mengalami keadaan sama pada 1992. "Saya mengerti emosi dan perasaan Suryani yang sudah mengandung lapan bulan. Saya juga pernah mengandung tiga bulan dan tidak seperti Suryani saya menarik diri daripada Sukan Olimpik (Barcelona) pada tahun berkenaan. "Ini kerana pasukan negara saya memiliki skuad besar dan ramai penembak. Jadi pengurusan pasukan tidak membenarkan saya bertanding. Saya amat kecewa ketika itu," katanya, semalam. Dia menambah: "Saya akan memberi sokonganmoral kepada anak didik saya ini. Dia begitu bersemangat dan kita harus memberi sokongan untuk dia berjaya. Inimungkin satu rahmat kepadanya ketika ini." Zhukova yang membimbing Suryani sejak 2010 juga bukan calang-calang penembak yang muncul juara dua kali acara berpasukan di Kejohanan Eropah dari 1995 sehingga 1998. Dia juga mengubah jadual latihan dengan pendekatan berbeza untuk meringan beban atlitnya dan berharap sesuatu positif akan berlaku, hari ini. » Suryani akan turun ke gelanggang pagi ini Azizulhasni pelumba utama bagi kedua-dua acara Menjelang acara berbasikal pada 4 Ogos ini, kem Malaysia memutuskan memilih pelumba sensasi negaraMohdAzizulhasni Awang (kanan) sebagai pelumba utama bagi kedua-dua acara keirin dan pecut. Josiah Ng, pelumba yang turut berpotensi menyumbang p ingat kedua-dua acara itu diletakkan sebagai pelumba simpanan bagi acara trek di Sukan Olimpik London. Pengurus pasukan berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad, berkata pemilihan Azizulhasni itu dipersetujui bersama jurulatih negara, John Beasley berdasarkan beberapa kriteria dan pencapaian semasa kedua-dua pelumba. Bagaimanapun, keputusan memilih Azizulhasni sebagai pelumba utama acara itu adalah keputusan awal dan akan dimuktamadkan sebelum hari pertandingan," katanya kepada pemberita, semalam. Acara berbasikal trek yang menjadi sandaran pingat bagi Malaysia London akan bermula pada 4 Ogos sebelum keirin pula bermula tiga hari kemudian. Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Jun lalu memutuskan pelumba trek senior, Josiah akan menggalas cabaran acara pecut - dengan Azizulhasni sebagai pengganti dalam acara pecut dan pelumba utama acara keirin. Pemilihan dua pelumba itu diputuskan dalam mesyuarat EXCO pertama PKBM pada Jun dan dipersetujui Beasley. Ketika ditanya mengenai keputusan terbaru itu, Naim berkata ia diambil berdasarkan penilaian dari segi saintifik, sifat dan perwatakan kedua-dua pelumba. “Keputusan ini dibincangkan bersama Josiah dan dia dapat mener imanya . Nampaknya dia tidak berasa kecewa. Josiah bagaimanapun tetap pelumba simpanan yang berpotensi,” katanya. Dalam perkembangan lain, kecederaan Azizulhasni akibat terjatuh di Koln, Jerman baru-baru ini tidak serius dan disifatkan kemalangan kecil. "Azizul hanya mengalami luka luaran ringan. Ia tidak membabitkan kecederaan dalaman seperti otot atau tulang yang boleh membimbangkan harapan untuk memburu pingat. Harapan untuk buru pingat emas cerah dan itu tidak menjejaskan peluang Malaysia," katanya. Suryani mengadakan latihan terakhir di Lapang Sasar The Royal Artillery Barracks Woolwich, semalam.
LED LED LED LED LED LED LED LED LED
41 28 JULAI 2012 SABTU
SABTU 28 JULAI 2012 24 NASIONAL Lynas tarik balik saman MToDay Kuala Lumpur: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd semalam menarik balik samannya terhadap pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)', MToday News. Keputusan itu selepas MToday News memohon maaf kepada Lynas atas peny iaran art ike l memfitnah yang disiarkan dalam laman webnya. Penyelesaian saman itu direkod di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin. Peguam MToday, Rueben Mathiavaranam memberitahu pemberita bahawa sebagai sebah a g i a n t e r m a penyelesaian, Lynas menarik balik saman dan defendan berjanji tidak akan menyiarkan lagi sebarang kenyataan antiLynas. "Mahkamah juga membuat keputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos, tiada bayaran kerosakan dan tiga artikel terbabit perlu dikeluarkan dari (laman web) FMT," katanya. BERNAMA Dipenjara 20 tahun rogol anak OKU » Turut kena 12 sebatan kerana seks luar tabii Oleh Azidan Nahar azidan@bharian.com.my Muar N elayan yang mengaku bersalah merogol dan meliwat anaknya yang kurang upaya (OKU), dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan. Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu yang didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa 24 tahun di sebuah rumah di Parit Tiram, pada 20 Julai lalu. Rogol mangsa di rumah Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di rumahnya pada jam 9 pagi. Bagi tuduhan kedua, pada hari, masa dan tempat sama, dia didakwa melakukan seks di luar tabii terhadap mangsa sama. Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu mengikut Seksyen 376B dan 377C Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan bagi setiap pertuduhan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, kakak mangsa melihat adiknya dibawa tertuduh masuk ke sebuah bilik sebelum dibaringkan atas katil dan dirogol oleh tertuduh yang menggunakan minyak gamat sebagai pelincir. Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang membawa anaknya membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam hari sama. Rayu kurangkan hukuman Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zairani Tugiran, manakala tertuduh yang ditahan sejam selepas laporan dibuat anaknya, tidak diwakili peguam bela. Dalam rayuan mengurangkan hukuman, tertuduh meminta agar tidak dikenakan sebatan. Namun, rayuan itu dibantah Zairani, yang memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana perbuatan tertuduh terhadap anak kandungnya adalah tidak berperikemanusiaan dan menyerupai sifat binatang. Seorang nelayan mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU). [FOTO FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS/BH] Mahkamah juga membuat keputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos” Rueben Mathiavaranam Peguam MToday
SABTU 28 JULAI 2012 52 DUNIA Helikopter, kereta kebal gempur Aleppo » Pemberontak Syria isytihar sedia hadapi ‘ibu' perang Beirut T entera Syria yang menggunakan helikopter dan kereta kebal menggempur bandar Aleppo semalam, ketika pemberontak berkata mereka sudah bersedia menghadapi ‘ibu segala peperangan' di Syria selain meramalkan kejatuhan Presiden Bashar al-Assad pada bila-bila masa. Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria berkata helikopter digunakan di kejiranan Salaheddin, Bustan alQasr, Sukari, Al-Mashhad dan Al-Azamiya di barat daya bandar itu. Tentera juga bertempur dengan pemberontak di daerah Jamiliya di tengah Aleppo, di Mahatat Baghdad dan di Dataran Saadallah al-Jabiri. “Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera diChina lantik tentera kawal Sansha Beijing: China melantik pegawai tentera di sebuah bandar tentera yang baru diwujudkan di Laut China Selatan, lapor media tempatan semalam, langkah terbaru negara itu untuk meningkatkan tuntutan terhadap pulau yang menjadi pertikaian di kawasan terbabit. Umum perlantikan Kementerian pertahanan mengumumkan perlantikan itu kelmarin, lapor China Daily dua hari selepas China berkata mereka menubuhkan bandar Sansha di sebuah pulau di kawasan terbabit bersama sebuah bandar tentera. Pegawai yang dilantik adalah Kolonel Kanan Cai Xihing, komander tentera dan Kolonel Kanan Liao Chaoyo sebagai pesuruhjaya politiknya, lapor China Daily yang memetik jurucakap kementerian, Yang Yujun. Kawal bandar Yang berkata bandar tentera terbabit bertanggungjawab terhadap pertahanan, mengawal bandar dan bantuan bencana alam. Bagaimanapun katanya bahawa sebuah bandar tentera berasingan di bawah tentera laut China bertanggungjawab bagi pertahanan maritim dan serangan ketenteraan, di mana bandar tentera Sansha tidak mempunyai tanggungjawab terbabit. Tindakan dikecam Vietnam dan Filipina mengutuk tindakan China menubuhkan bandar tentera, awal minggu ini, manakala Hanoi memfailkan bantahan rasmi manakala Manila melaporkan aduan kepada duta China Yang berkata, bagaimana China mengerah tenteranya dalam kawasan sempadan mereka adalah tidak relevan kepada negara lain. Sansha berada di pulau Yongxing di Pulau Paracel yang menjadi pertikaian. Rantau berkenaan turut dikenali sebagai Kepulauan Spratly turut dituntut negara lain. AFP Rakyat Syria mula meninggalkan pusat bandar selepas tentera melancarkan serangan terhadap bandar Aleppo semalam. [FOTO AFP] jangka tiba untuk meneruskan pertempuran,” kata sumber keselamatan. Pertempuran tercetus di Aleppo sejak Khamis, manakala serangan turut menggegarkan Damsyik dan beberapa wilayah lain, dengan 121 orang dilaporkan terbunuh, 64 daripadanya orang awam. Pemisah dilaporkan meningkatkan kekuatan mereka dengan tambahan antara 1,500 dan 2,000 anggota yang tiba dari luar Aleppo. “Mereka kini berada di kawasan selatan dan timur Aleppo terutama di kejiranan Salaheddin dan daerah berhampiran,” kata sumber itu. Pemerhati melaporkan, empat orang terbunuh awal pagi semalam, tiga daripada mereka maut di daerah Fardoss, manakala seorang lagi dilaporkan ditembak mati di kejiranan Maysaloon. Seorang pejuang di kejiranan itu yang dihubungi berkata beratus-ratus penduduk yang melarikan diri dari kawasan itu mengesahkan bahawa tentera menggunakan helikopter dan melepaskan tembakan rambang. AFP Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera dijangka tiba untuk teruskan pertempuran” Sumber keselamatan Penembak upahan jejak saksi kes bunuh Manila: Kumpulan penembak upahan dilaporkan berusaha menjejaki saksi kejadian satu pembunuhan beramai-ramai Filipina pada 2009, membabitkan pertikaian politik menyebabkan 57 orang dibunuh, kata keluarga mangsa dan sebuah kumpulan hak asasi selepas hampir dua tahun perbicaraan kompleks kes itu. Tiga saksi dan tiga saudara lain yang sepatutnya membuat pengakuan dibunuh dalam apa yang disifatkan penduduk tempatan sebagai mesej kepada sesiapa saja yang bercakap menentang ahli politik terbabit dan anggota keluarga mereka pada perbicaraan pembunuhan terbabit. Sekurang-kurangnya 10 saksi diletakkan di bawah perlindungan jabatan kehakiman di sebuah lokasi rahsia, kata Esmael Mangudadatu, seorang pesaing politik di mana ister i dan dua adik perempuannya maut dalam tragedi berkenaan. Tetapi beliau berkata kebanyakan yang lain juga diburu oleh p e m b u n u h upahan. “Nyawa mereka dalam risiko setiap hari. Mereka dib u r u o l e h lelaki bersenjata upahan dan lama kelamaan mungkin lebih banyak pembunuhan,” kata Mangudadatu. Mangudadatu sendiri dilindungi oleh pihak keselamatan ketika beliau bergerak setiap hari dari Manila lokasi perbicaraan berlangsung dan Maguindanao, wilayah selatan di mana pembunuhan berlaku. “Saya tidak boleh bergerak bebas, ia amat berbahaya,” katanya. Pembunuhan besar-besaran itu didakwa dilakukan oleh keluarga Ampatuan dalam usaha untuk menghalang Mangudadatu daripada mencabar seorang daripada ahlinya bagi jawatan gabenor di Maguindanao, sebuah wilayah pertanian di selatan Mindanao. Pesaing Mangudadatu, Andal Ampatuan Junior, didakwa mengetuai tentera persendirian keluarganya untuk menghalang sebuah konvoi membawa bersama isteri, saudara, peguam dan sekumpulan 32 wartawan sebelum menembak mereka di sebuah kawasan bukit. Mayat semua mangsa ditemui sejurus selepas kejadian di sebuah kawasan tepi jalan yang digali menggunakan pengorek dimiliki kerajaan. Ampatuan memerintah Maguindanao selama kira-kira sedekad di bawah presiden ketika itu, Gloria Arroyo yang menggunakan tentera keluarga itu sebagai pelindung terhadap pemisah pemberontakan Islam. Maguindanao dan bahagian lain Mindanao secara tradisional menempatkan kumpulan penduduk minoriti Islam Filipina. AFP FAKTA NOMBOR 57 orang maut dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Filipina pada 2009. 32 wartawan ditawan tentera persendirian Ampatuan sebelum ditembak
SABTU 28 JULAI 2012 38 NASIONAL Sakit perut lepas makan sup » 36 keracunan makanan selepas berbuka 2 anggota polis diserang guna parang, kapak Oleh Ifwan Tun Tuah dan Mohd Amin Jalil bhnews@bharian.com.my Port Dickson S eramai 36 orang, termasuk kanak-kanak perempuan tujuh tahun keracunan makanan selepas makan sup dibeli di bazar Ramadan berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang di sini, kelmarin. 2 orang masuk HPD Daripada jumlah itu, 12 dimasukkan ke Hospital Port Dickson (HPD) termasuk dua pelajar kolej itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan tekanan darah rendah akibat dehidrasi. Kebanyakanmangsa adalah pelajar kolej itu yang membeli sup di bazar itu ketika berbuka puasa, Rabu lalu dan mengalami simptom keracunan makanan, pagi kelmarin. Warden kolej itu membawa 33 pelajar ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang sebelum sembilan daripada mereka dirujuk ke HPD, manakala 24 lain dibenarkan pulang. Tiga mangsa lain, iaitu kakitangan kolej serta seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tujuh tahun yang tinggal berhampiran kawasan itu turut dimasukkan ke HPD kerana simptom sama. Pelajar Diploma Kejuruteraan Multimedia Kolej Uniti, Kartika Idayu Tajul Arifin, 19, yang dirawat di ICU, berkata dia pernah membeli sup daripada peniaga sama sebelum ini, namun tidak mengalami keracunan makanan. “Saya berasa lemah ketika di kelas, kelmarin dan memberitahu warden sebelum mendapat tahu ramai rakan lain mengalami keracunan makanan,” katanya di sini. Ismail bersama Mohd Zulfa melawat seorang daripada 36 mangsa keracunan makanan. [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Kota Bharu: Dua anggota polis diserang menggunakan parang dan kapak ketika cuba menahan dua lelaki mencurigakan di Pasir Pekan, Tumpat, kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Konstabel Mohd Hadi Mohd Ali dan Konstabel Mohd Imsyahadi Abdullah bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengesan dua suspek menunggang membawa beg galas hitam. Beliau berkata, anggotanya kemudian mengarahkan suspek turun dari kenderaan untuk pemeriksaan, namun mereka memecut motosikal sebelum pemboncengnya mengeluarkan kapak. “Selepas motosikal suspek terjatuh, suspek yang membonceng menyerang Mohd Hadi menggunakan kapak dan anggota berkenaan segera mengarahkannya menyerah diri dan meletakkan senjata sebanyak tiga kali, namun suspek enggan,” katanya. Mereka mengesan dua suspek menunggang dengan membawa beg galas hitam” Jalaluddin Abd Rahman, Ketua Polis Kelantan
5 28 JULAI 2012 SABTU RM69.99 RM55.99 RM65.99 RM55.99 RM75.99 RM45.99 RM55.99 Kombinasi keselesaan dan kontemporari tanpamengenal usia Busana disediakan oleh : Terdapat di kedai dan pengedar yang terpilih. Harga di kedai diguna pakai sekiranya terdapat kesilapan harga.
SABTU 28 JULAI 2012 28 NASIONAL Berikutan penyiaran artikel itu, reputasi saya dari segi peribadi dan profesional terjejas teruk, sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah” Noorfarashikin Othman, Bekas isteri Hattan Perbicaraan ditangguh » Bekas isteri Hattan dakwa blog siar artikel fitnah Oh Bulan! disaman RM1j Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sementara perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berikutan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan kelmarin. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian ketika kes itu disebut di hadapannya semalam. Penangguhan bagi menunggu keputusan rayuan tertuduh, N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan terhadap keputusan Akhtar yang mengetepikan sapina yang dikeluarkan oleh mereka terhadap tiga timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes itu, supaya tampil sebagai saksi. Akhtar berkata, tarikh sambung bicara akan ditetapkan kemudian selepas rayuan di Mahkamah Rayuan selesai. Pathmanabhan, bekas peguam dan tiga pekerja ladang, Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan, diperintahmembela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bankNoorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwamelakukan pembunuhan itu di Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010. Kelmarin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara membenarkan permohonan dibuat tertuduh bagi perintah penangguhan sementara perbicaraan. Pada Isnin lalu, (23 Julai), Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan empat tertuduh itu untukmensapinaDPP Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani untuk tampil sebagai saksi. Oleh Ahmad Johari Mohd Ali bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur P emilik blog hiburan Oh Bulan! disaman RM1 juta oleh bekas isteri penyanyi popular Hattan kerana didakwa menyiarkan artikel yang memfitnahnya. Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 3 Julai lalu, Noorfarashikin Othman, 32, yang bertindak selaku plaintif, menamakan Driven Communications Sdn Bhd selaku pemilik blog, sebagai defendan. Noorfarashikin dalam pernyataan tuntutannya berkata, defendan menerbitkan artikel yang memfitnahnya pada Januari lalu melalui laman web www.ohbulan.com yang kemudian disiar semula oleh akhbar dan blog lain. Beliau berkata, kenyataan dalam artikel itu antara lain bermaksud beliau seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan seorang isteri yang tidak setia. Berikutan penyiaran artikel itu, plaintif berkata, reputasinya dari segi peribadi dan profesional terjejas teruk, sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin ketika ditemui berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 10 Ogos depan bagi defendan memfailkan pembelaan. Noorfarashikin yang juga seorang ahli perniagaan dan pereka fesyen bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
3128 JULAI 2012 SABTU
Dicetak dan diterbitkan oleh TheNewStraits Times Press (M'sia) Bhd. (4485-H), 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. Loji Daerah - No 16, JalanU8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 ShahAlam, Selangor; Lot 322 & 323, Kawasan Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang; Lot PLO 2& 3, Kawasan Perindustrian Senai, 81400 Senai, Johor; Lot PT 5319, Kawasan PerindustrianAjil, 21800 Hulu Terengganu, Terengganu. 1234. − SABTU 28 JULAI 2012 − TEL: 1-300-22-6787 − FAKS 03-20567081 bhsukan@bharian.com.my SUKAN »SISIPAN BOLA BH HARI INI » FAM prejudis terhadap KAFA  Sukan 60 » Srikandi Olimpik, cantik dan menawan  Sukan 64-65 l London K em Malaysia semalam, memutuskan pelumba sensasi negara, Mohd Azizu lhasni Awang sebagai pelumba utama bagi kedua-dua acara keirin dan pecut sekali gus mengetepikan Josiah Ng. Josiah, pelumba yang turut » Azizulhasni dipilih sebagai pelumba utama bagi acara keirin dan pecut Pecut: Josiah diketepi » Chong Wei lebih baik daripada Lin Dan  Sukan 66 berpotensi menyumbang pingat bagi acara pecut Sukan Olimpik London, diletakkan sebagai pelumba simpanan bagi acara itu. Acara berbasikal trek yang menjadi sandaran pingat bagi Malaysia akan bermula pada 4 Ogos, keirin pula tiga hari kemudian. Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Jun lalu memutuskan Josiah akan menggalas cabaran acara pecut - dengan Azizulhasni sebagai pengganti dalam acara pecut dan menjadi pelumba utama acara keirin. Pemilihan dua pelumba itu ke Olimpik diputuskan dalam mesyuarat EXCO pertama PKBM pada Jun dan dipersetujui jurulatih negara, John Beasley. ≤ Sukan 67
13 28 JULAI 2012 SABTU
28 JULAI 2012 SABTU 15 NASIONAL Hajat bapa punah » Hasrat beraya bersama anak lepas 19 tahun berpisah musnah Dua mayat anak kapal ditemui Kementerian arah siasat segera punca letupan PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua pihak berkaitan menyiasat segera punca letupan dan kebakaran kapal MT Bunga Alpinia di Labuan, kelmarin. Dua mangsa lagi masih hilang Kebakaran kapal milik MISC Berhad di jeti PETRONAS Methanol Labuan (PML) itu, mengakibatkan tiga maut dan dua lagi masih hilang. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata beliau mendapat laporan terkini dari semasa ke semasa daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta Jabatan Laut. “Saya difahamkan, bahan kimia yang dibawa kapal itu bukan bahan mudah bakar dan kita perlu menyiasat lebih lanjut bagi mencari punca letupan. “Kita perlu lihat apa kargo lain yang dibawa kapal itu,” katanya ketika dihubungi semalam. Cecair metanol muatan utama kapal Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden PETRONAS Chemicals Group Berhad, Dr AbdHapiz Abdullah, berkatamuatan utama kapal MT Bunga Alpinia ialah cecair metanol. Beliau memberi jaminan bahawa bahan yang terbabit dalam kejadian itu hanya cecair metanol dan bukan minyak kapal yang boleh menjejaskan alam sekitar. Metanol tidak mudah terbakar Sementara itu, Presiden Institut Kimia Malaysia, Datuk Dr Soon Ting Kueh, menjelaskan metanol adalah sejenis bahan bakar tetapi ia tidak mudah terbakar. “Ia boleh ditemui dalam kandungan bahan pelarut atau bahan api dan kerap digunakan bagi menghasilkan bahan kimia lain. Dalam keadaan asasnya, ia tidak berbahaya,” katanya mengulas lanjut mengenai letupan dan kebakaran MT Bunga Alpinia. Bagaimanapun, beliau menolak kemungkinan wujud tidak balas kimia yang membahayakan berikutan letupan itu kerana metanol dalam bentuk gas tidak diketahui dapat menyebabkan masalah kesihatan. Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Willie Jude Junaidi bhnews@bharian.com.my Labuan S elepas 19 tahun terpisah, Aidilfitri ini sepatutnya menjadi detik bermakna bagi Kalil Abdullah, 46, menemui anak sulungnya, Mohd Hanafi, 24, bersama dua lagi anaknya. Bagaimanapun, hasrat dipendam sejak tiga tahun lalu itu punah apabila Mohd Hanafi disahkan maut dalam kejadian kapal MT Bunga Alpinia meletup ketika mengisi minyak di jeti PETRONAS Methanol Labuan (PML), Pusat Perindustrian Rancha-Rancha, Jalan Enoe di sini, kelmarin. Mayat Mohd Hanafi ditemui pasukan penyelamat yang melakukan kerjamencari anak kapal yang hilang dalam kejadian itu, tengah hari semalam. Kalil yang berasal dari Tanjung Keling, Melaka, berkata beliau sepatutnya bertemu dengan tiga anaknya termasuk Mohd Hanafi pada Aidilfitri bulan depan, sama ada di Sandakan atau Kuala Lumpur. Beliau yang kini menetap di Bukit Garam, Sandakan, mula berhubung dengan anak hasil perkahwinan pertamanya sejak tiga tahun lalu dan merancang bertemu selepas berpisah sejak sekian lama. “Sekarang saya tidak tahu sama ada kami sempat bertemu. Entah bagaimana nasibnya dan saya harap kami dapat berjumpa. Saya teramat rindu selepas berpisah dengan ibunya. “Sepatutnya kami bertemu Disember lalu tetapi tidak sempat kerana saya ada urusan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Nukleus di sini, semalam. Dimaklumkan menerusi SMS Kalil berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang anaknya yang meminta mereka berdoa. Awalnya beliau tidak mengendahkan pesanan itu tetapi terkejut selepas melihat nama Mohd Hanafi muncul di televisyen. Katanya, mereka sekeluarga bergegas ke Labuan dan bertolak dari Sandakan jam 12 tengah malam. Kalil tidak pernah melihat wajah Mohd Hanafi selepas berpisah ketika anak sulungnya itu berusia lima tahun. “Saya tidak pernah lihat gambarnya berbanding dua lagi adiknya. Di akhirnya, kami berjumpa juga tetapi dalam keadaan yang sangat memilukan,” katanya. Labuan: Dua mayat anak kapal MT Bunga Alpinia ditemui di perairan berhampiran lokasi kejadian, tengah hari semalam. Identitinya disahkan sebagai Mohd Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Zahari Hashim, 46, dari Negeri Sembilan. Penemuan menjadikan tiga mangsa ditemuimanakala dua anak kapal lagi masih hilang. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Masran, berkata mayat pertama ditemui di laut pada jam 12.57 tengah hari, disusuli penemuan mayat kedua pada jam 1.10 tengah hari dalam keadaan terapung 30 meter dari tempat kejadian. “Dua mayat itu ditemui pasukan bomba dan penyelamat berhampiran jeti PETRONAS Methanol Labuan (PML). Ada kesan terbakar pada mayat “Pemeriksaan awal mendapati ada beberapa kesan terbakar di tubuh kedua-duamayat itu,” katanya di sini, semalam. Saiman berkata, mayat dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses pengecaman ahli keluarga. Mayat sudah dituntut Sementara itu, mayat Shahril Azmi Baharuddin, 28, yang ditemui di jeti berhampiran lokasi kejadian, dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Melaka. Bapanya, Baharuddin Yakub, 58, ketika ditemui berkata keluarganya pasrah menerima kematian anaknya itu sebagai ujian Allah. “Saya ada bercakap dengannya menerusi telefon jam 10 malam Rabu lalu. Dia macam biasa, tiada perubahan. Kami saling bertanya khabar dan berbual macam biasa. “Dia ada memberitahu syifnya akan bermula dan selepas itu dia bercakap dengan ibunya. Itulah kali terakhir kami berbual dengannya,” katanya. KES LETUPAN KAPAL TANGKI MINYAK DI LABUAN Saya tidak pernah lihat gambarnya berbanding dua lagi adiknya. Di akhirnya, kami berjumpa juga tetapi dalam keadaan yang sangat memilukan” Kalil Abdullah Ayah Mohd Hanafi Mayat anak kapal MT Bunga Alpina yang meletup ketika mengisi minyak di jeti PETRONAS Methanol (PML) ditemui berhampiran lokasi kejadian semalam dibawa ke bilik mayat Hospital Nukleus Labuan. [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] INFO Adalah bahan yang ringan, tidak menentu sifatnya, tiada warna. Selalunya disimpan dalam bentuk cecair kerana boleh menyebabkan letupan sekiranya bercampur dengan udara. Menghasilkan cahaya putih yang malap. Mudah larut dalam air dan kesan yang tertinggal tidak membawa ancaman serius. Metanol atau metyl alcohol
28 JULAI 2012 SABTU 47 AGAMA Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Puasa membina kekuatan fizikal, spiritual Penulis Eksekutif Agama The New Straits Times Press (NSTP) A nugerah akal fikiran adalah penghormatan Allah SWT kepada umat manusia bagi membezakan antara mereka dengan makhluk ciptaan yang lain. Sudah semestinya ia digunakan pada perkara paling utama iaitu mencari keredaan Allah SWT. Keredaan Allah SWT adalah matlamat semua ibadat yang dilakukan termasuklah puasa yang sedang kita laksanakan. Matlamat takwa daripada ibadat puasa yang dimaksudkan al-Quran membawa natijah kepada kemuncak kejayaan ibadah iaitu keredaan yang Maha Esa. Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya kepada Tuhanmu kesudahan setiap sesuatu.” (Surah an-Najm, ayat 42) Kejahilan manusia menentukan matlamat mereka adalah faktor utama mengundang kepada kesesatan umat. Terkadang mereka lebih menumpukan keredaan manusia sehingga membawa musibah syirik terhadap Allah SWT. Tuntut keredaan Hakikatnya, menuntut keredaan semua manusia adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Oleh itu, untuk mencapai matlamat sebenar ibadah puasa ialah melalui panduan wahyu daripada insan maksum iaitu Nabi SAW. Al-Quran diturunkan pada Ramadan yang mulia adalah panduan bagi menggariskan sempadan hukum halal, haram, hak dan batil dalam iktikad agama. Ramadan yang diisi dengan al-Quran akan lebih bermakna kerana di sinilah sejarah al-Quran diturunkan ke langit dunia. Firman Allah SWT: “Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk dan panduan bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Jiwa hamba akan cenderung kepada ketaatan sebagai relatif tujuan atau hikmah ibadah puasa diwajibkan. Antara hikmah kewajipan puasa ialah pelaksanaan proses penyucian jiwa dengan ketaatan dan menjauhi semua larangan-Nya. Tujuan mendidik Puasa juga bertujuan mendidik umat sentiasa patuh dengan disiplin kerana segala-galanya telah disusun bermula daripada hukum hingga sempadan seperti masa berbuka, bersahur dan lain-lain. Puasa akan membina kekuatan fizikal dan spiritual disebabkan peningkatan kadar kesihatan seperti disahkan pakar kesihatan. Kecenderungan naluri keduniaan akan menipis kerana unsur rohaniah dalam tubuh manusia mengatasi segala unsur kejadian manusia yang gemar kepada keduniaan. Di sinilah kedudukanmanusia akan berubah mengatasi malaikat apabila mereka mendahulukan kepentingan akhirat mengatasi kepentingan dunia. Semoga kedudukan ini menjadi sebahagian daripada kegembiraan dimaksudk an da l am had i s Baginda SAW: “Bagi orang yang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan. Ketika berbuka dan ketika bertemu Allah SWT.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Puasa juga motivasi kepada perjuangan diri terhadap dua kesabaran secara serentak iaitu kesabaran melakukan ketaatan dan sabar dalam meninggalkan kemaksiatan. Hanya mereka yang benar-benar berpuasa akan dapat menikmati kedua-dua kesabaran ini secara serentak. Perisai dosa Baginda SAW juga pernah menyebut puasa sebagai perisai daripada dosa ketika di dunia dan perisai daripada api neraka pada hari kiamat. Sesungguhnya naluri atau keinginan seksual adalah senjata ampuh kumpulan syaitan bagi merosakkan manusia. Puasa akan memberi kesan pengurangan seksual kepada naluri manusia. Tujuan berpuasa juga adalah sebagai memupuk kesedaran kepada orang yang berada dalam kemewahan bagi merasai nikmat yang dikurniakan serta dapat menyelami nasib sesetengah golongan yang tidak berkemampuan. Hubungan kemasyarakatan akan tersimpul rapi apabila semua kebajikan terlaksana. Alangkah indahnya suasana ini jika ia berkekalan sepanjang tahun seterusnya memupuk persaudaraan yang jitu untuk menyemarakkan lagi pembangunan sesebuah negara. Usaha mengadakan amalan kebajikan mampu mengeratkan silaturahim Motivasi daripada amalan bersahur A lhamdulillah, sudah seminggu kita menjalani ibadat puasa Ramadan yang di awalnya dicucuri rahmat Allah SWT sebagai balasan kerana bersabar dengan ujian menahan lapar, dahaga serta meneruskan rutin kerja seharian. Mengekalkan semangat, momentum dan kecerdasan bekerja tidaklah semudah dikata jika tiada usaha. Justeru, melaksanakan amalan sunat dalam bulan ini yang Allah gandakan pahalanya seperti mengerjakan amalan wajib untuk memberi pelbagai rahmat selain ganjaran pahala di akhirat. Termasuklah untuk menguatkan fizikal dan semangat bagi menjaga momentum kerja yang berkualiti dan antara amalan sunat itu ialah bersahur. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kamu kerana makanan sahur itu mengandungi barakah.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Barakah bersahur Perkataan ‘barakah' ertinya mengandungi kebaikan yang banyak sama ada manfaatnya semasa kita bangun bersahur mahupun kebaikan untuk keesokan hari ketika berpuasa. Antara kebaikan bangun masa sahur, seseorang itu boleh beramal seperti mendirikan solat dan berdoa. Diceritakan dalam satu riwayat, Rasulullah SAW mendirikan solat antara sahur dan Subuh dengan kadar bacaan 50 ayat yang sederhana panjangnya. Rasulullah SAW bersabda, sebaik-baik doa adalah pada waktu sahur. Apatah lagi dalam Ramadan penuh keberkatan, pahala amalan digandakan dan doa orang berpuasa dimakbulkan. Ruang dan peluang bersahur ini boleh dijadikan penggalak meningkatkan motivasi kerja kerana kesempatan beramal di awal Subuh juga dapat menjamin kesegaran dan kecerdasan fizikal. Hal ini dapat membendung sifat malas serta mengerjakan solat di awal waktu dan menjaga disiplin dengan mengelakkan pekerja lewat ke tempat kerja. Sumber tenaga Makanan diambil ketika bersahur dapat memberi sumber tenaga untuk bekerja dan beribadat. Kerana itu jugalah disunatkan untuk melewatkan bersahur. Beginilah banyaknya rahmat dan barakah terkandung dalam amalan bersahur. Selain itu, semangat dan momentum kerja juga dapat dibantu oleh pegawai atasan atau majikan melalui pelbagai kaedah seperti penghargaan, galakan di atas khidmat serta pencapaian staf khasnya kerana mengambil kira ia dilakukan dalam keadaan mereka berpuasa. Apatah lagi kerana Allah SWT melimpahkan pelbagai bentuk penghargaan sehinggakan kepada bau mulut mereka yang berpuasa itu menurut sabda Rasulullah lebih baik di sisi Allah SWT daripada bau kasturi. Justeru, usaha mengadakan majlis ilmu, berbuka puasa, bersedekah kurma dan bantuan kepada keluarga fakir miskin, anak yatim yang memerlukan dalam kalangan pekerja organisasi mampu mengeratkan silaturahim serta melambangkan keprihatinan majikan. Budi bicara Sifat timbang rasa dan budi bicara majikan mengagihkan kerja supaya tidak terlalu membebankan atau menyusahkan juga antara kaedah merangsang semangat momentum bekerja sepanjang Ramadan. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang meringankan beban kerja bagi pekerjanya pada Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya) Usaha ini juga menjadi serampang dua mata iaitu melatih disiplin diri pekerja dan hemah majikan dalam menjaga kebajikan serta hubungan silaturahim dengan pekerjanya. Kedua-dua aspek ini adalah faktor penentu kejayaan individu dan organisasi yang mampu dijana. Malah, ia adalah usaha ke arah membangunkan warga organisasi yang bertakwa seperti matlamat berpuasa yang difardukan Allah kepada hamba-Nya. Maksud takwamenurut SaidinaAli ialah takut kepada Allah al-Jalil iaitu dalam konteks ini, merasa bimbang atau takut kita tidak memelihara dan menyempurnakan amanah kerja terhadap pekerja dengan baik. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Nahl, ayat 128) Justeru, apabila bersandarkan matlamat ini, sesuatu yang mustahil akan menjadi realiti dan kerja disempurnakan dalam kegembiraan, dipermudah serta diperelokkan oleh Allah SWT. HADIS “Sesiapa yang meringankan beban kerja bagi pekerjanya pada Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.” Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya AL-QURAN “Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk dan panduan bagi manusia” Surah al-Baqarah, ayat 185
3 28 JULAI 2012 SABTU
SABTU 28 JULAI 2012 30 NASIONAL Sekitar Ramadan Orang ramai mengambil peluang menunaikan zakat fitrah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Majlis tadarus dan khatam al-Quran kakitangan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Rumah Menteri Besar Johor di Saujana Johor Bahru, semalam. [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Orang ramai membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India. [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Pembantu Imam Masjid Wakaf Bharu, Zuhaidi Wahab menyediakan juadah untuk jemaah masjid yang berbuka puasa di masjid berkenaan. [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Mohd Sharifuddin Zainal, 53, membersihkan beduk yang digunakan sebagai tanda masuk waktu berbuka puasa dan mengejutkan orang bersahur sambil diperhatikan Pengurus Masjid Kampung Hulu, Abdullah Abd Kadir, 62, (kiri) di Masjid Kampung Hulu, Melaka. [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH]
SABTU 28 JULAI 2012 2 NASIONAL Apa saja demi rakyat Najib dan Rosmah bersama Mohamed Khaled menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis berbuka puasa bersama 1,000 pemimpin pelajar, belia dan warga universiti di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam. [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah@bharian.com.my Putrajaya K erajaan akan melakukan apa saja demi masa depan rakyat, terutama generasi muda, namun mesti berpijak di bumi nyata. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia dibuktikan melalui pelbagai agenda transformasi untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi bagi memenuhi harapan anak bangsa. “Yang penting, kita melakar masa depan yang bukan saja lebih baik dan indah tapi mesti berpijak atas realiti. Ruang lingkup realiti “Ini bermakna, ia mesti dalam ruang lingkup realiti supaya boleh dicapai, bukan hanya memenuhi harapan kami yang sudah berumur tetapi generasi muda, termasuk mahasiswa, pelajar dan belia,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama 1,000 pemimpin pelajar, belia dan warga universiti di Kompleks Seri Perdana, semalam. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Transformasi ditunaikan Najib berkata, sebahagian daripada agenda transformasi sudah ditunaikan, termasuk akses kepada pendidikan dari prasekolah sehingga peringkat pasca ijazah, baucer buku 1Malaysia, biasiswa serta pinjaman pelajaran. “Sebab itu, kita tidak boleh lihat soal isu saja sebab ada pihak cenderung melontar isu demi isu atau menabur janji. Perkara paling mudah adalah menabur janji ketika tiada kuasa tapi persoalannya apa yang kita lakukan ketika ada kuasa,” katanya. Pada majlis berkenaan, Najib menerima kad hari jadi daripada pemimpin pertubuhan belia sempena hari jadinya Isnin lalu, selain menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan keaslian logo Sambutan Kemerdekaan ke-55 dan menyangkal temanya '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' berunsur politik. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tidak wujud soal ciplak dalam logo itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan ‘Logo Sambutan Kemerdekaan asli' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan menyifatkan mereka yang mempertikai dan mempersendakan logo dan tema berkenaan mahu mencari publisiti murahan tanpa membuat penilaian rapi. Katanya, logo digunakan tidak jauh bezanya dengan tahun lalu dan mesejnya juga sama, iaitu sebagai simbol jiwa merdeka rakyat yang hidup dalam sebuah negara harmoni dan bersatu meraikan kemerdekaan. “Sepuluh tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan, tahun ini kita menerima kritikan nakal dan pedas yang saya percaya wujud akibat dari persepsi politik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. Rais berkata, kritikan seumpama itu tidak seharusnya dilemparkan, apatah lagi Ramadan sepatutnya diisi dengan kegiatan bermanfaat, bukannya mencaci dan menaburkan fitnah. » Najib sedia penuhi hasrat berpijak di bumi nyata
SABTU 28 JULAI 2012 62 SUKAN Jaguh pecut dunia, Usain Bolt ketawa besar ketika sidang skuad olahraga Jamaica di London, kelmarin. Pasangan kekasih, pemain tenis, Caroline Wozniacki (kanan) dan pemain golf, Rory McIlroy ceria ketika tiba di Perkampungan Sukan Olimpik London, kelmarin. Puteri Belgium, Elisabeth (kiri) dan Eleonore ketika bersiar-siar di Taman Olimpik. Gaya rambut pemain Switzerland, Michel Morganella (kiri) dan Allen Nono dari Gabon. Penerjun menjalani latihan di Pusat Akuatik. Tahmina Kohistani dari Afghanistan mengetuai kontinjen Afghanistan ketika tiba di Perkampungan Sukan. Reaksi penyokong Brazil ketika perlawanan bola sepak menentang Mesir di Stadium Millennium, kelmarin. Sarjan Leo Quinn (kiri) dan Lt Jonathan Cahoon dari Regimen DiRaja Ireland membuat kawalan di sekitar Olympic Park, kelmarin.
28 JULAI 2012 SABTU 43 Kesungguhan kerajaan pertingkat kualiti perkhidmatan perlu dihargai Warga Seremban patut manfaat tong sampah percuma Penerbit letih, tauke panggung ‘makan besar' S esetengah rakyat negara ini pantang mendengar benda percuma. Tiket percuma, hadiah percuma dan makan percuma, terutama kalau ada rakan bermurah hati belanja atau ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri nanti. Memang benar sifat semula jadi kebanyakan kita gemarkan yang percuma, walaupun kadang-kadang sesuatu yang perlu mengeluarkan wang daripada kocek lebih berharga. Walaupunpercuma digemari, sikap sesetengah penduduk Seremban agak aneh. Mereka tidak suka benda percuma. Inilah yang berlaku dalam program pengagihan tong sampah beroda percuma oleh SWM Environment Sdn Bhd, syarikat pengendali perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan di negeri ini. Program ini kini dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dengan setakat ini sebanyak 58,731 tong sampah dikeluarkan untuk diedarkan kepada pemilik rumah di 342 taman perumahan. Bagaimanapun, sebanyak 27,264 tong sampah masih tidak diambil, sedangkan satu sen pun tidak perlu dikeluarkan untuk berbuat demikian. Malah penduduk tidak perlu bersusah payah kerana pengedaran tong sampah dibuat di taman perumahan masing-masing. Mereka yang tidak sempat boleh mengambil tong sampah di pejabat SWM Environment yang dibuka dari Isnin hingga Ahad. SWM Environment sebagai syarikat konsesi sudah menunaikan tanggungjawab untuk mengedarkan tong sampah, tetapi macam mana pula komitmen penduduk. Dulu, media massa termasuk BH, menjadi tempat mengadu mengenai keadaan lori sampah di Seremban yang uzur, bocor sana-sini hingga mengalirkan air sampah busuk. Sekarang, kita tidak jumpa lagi lori begitu. Penduduk Seremban bertuah kerana di negeri jiran yang lebih kaya dan maju, Selangor, lori yang membawa sampah secara terbuka masih banyak. Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), sampah yang dibawa dalam lori satu tan boleh dilihat di kawasan perumahan. Pekerja melemparkan plastik sampah dari tong sampah ke lori yang membawa muatan hingga menimbun. Silap hari bulan, sampah bertabur di jalan raya. Pemandangan itu hanya tinggal sejarah di Seremban. SWM Environment diwajibkan menggunakan lori sampah kompaktor dan tong sampah beroda percuma diedarkan kerana lori itu boleh mengangkat tong sampah itu secara automatik. Selain cepat, cara ini yang akan digunakan sepenuhnya mulai 1 September depan juga lebih bersih dan pekerja tidak perlu kerap memegang plastik sampah. Kalau hendak dicari alasan mengapa tong sampah percuma tidak diambil, mungkin kerana penghuni rumah adalah penyewa yang mengharapkan pemilik rumah sendiri yang ambil. Mungkin juga rumah kosong kerana pemilik tinggal di tempat lain. Ini tidak menghairankan kerana memang banyak rumah kosong di Seremban 2 dan Rasah Kemayan. Apa pun kemungkinan itu, penduduk Seremban perlu bekerjasama mengambil tong sampah itu dan digunakan kerana kerajaan dan syarikat konsesi bersungguhsungguh untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam. Kita mahu apa juga perkhidmatan yang disediakan berkualiti, tetapi penduduk turut perlu menunjukkan sikap berkualiti. M emperkatakan pasal filem, umum terus mengaitkan kepada hiburan semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Jarang untuk memikirkan perfileman ini ada peranan dan pengaruh besar terhadap budaya, sosial, ekonomi serta aspek lain termasuk pendidikan. Perfileman Malaysia juga sudah menjadi industri. Ia menjadi sebahagian daripada industri kreatif negara. Kerajaan menjadikan perfileman sebagai satu cabang kreatif yang dimasukkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan harapan bidang kreatif ini boleh menjana pendapatan t ingg i kepada penggiatnya. Dari sudut sosialnya, aktiviti p e r f i l e m a n membabitkan ramai tenaga muda. Mereka harus diberi peluang dan ruang ment e r j em a h k a n idea dan kreativiti masing-masing. Dalam jurusan animasi saja, ia membabitkan programkreativiti berteknologi tinggi untuk menghasilkan kesan khas dalam filem, penjanaan animasi secara berkomputer (CGA) dan sebagainya. Namun, apakah industri perfileman kita sudah cukup ampuh untuk menampung visi dan misi golongan muda kreatif ini. Ia adalah isu berangkai yang membabitkan banyak pihak. Penggiat atau syarikat penerbitan perfileman tempatan perlu memberikan perhatian sewajarnya. Syarikat penerbitan filem yang menjadi tonggak penting perlu memastikan industri ini terus hidup. Di Malaysia, bidang perfileman tidak bergerak menerusi sistem studio seperti di Hollywood yang ada Studio Warner Bros, Universal Pictures dan Paramout Pictures. Aktiviti perfileman Malaysia digerakkan secara indie atau syarikat perfileman persendirian. Memang kerajaan memberi sokongan termasuk menyediakan Dana Industr i Kreat i f ber jumlah RM200 juta. Dana ini bagus kerana ia memberikan kredit kepada mana-mana pihak yang berminat menerbitkan filem. Bagaimanapun, selain menyediakan kredit penerbitan filem, kerajaan juga melihat bagaimana aktiviti penghasilan filem boleh memberikan pulangan memuaskan kepada pengusahanya. Oleh kerana perfileman ditakrifkan sebagai aktiviti kebudayaan dan kesenian, tanggungjawab itu diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Isu serius dan patut diberi perhatian ialah nasib dan keluhan penerbit mengenai nisbah atau agihan kutipan filem. Dalam sesi Dialog Sri Pentas: Filem Malaysia Ku a l i t i a t a u Kuantiti minggu lalu, pengarah dan penerb i t yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Paduka Shuhaimi Baba menyuarakan isu peratus agihan antara pengendali panggung wayang dengan syarikat penerbitan filem yang dianggap sangat tidak adil. Bagi Shuhaimi sampai bila penerbit filem dianggap sebagai pengusaha industri kecil dan sederhana terus ‘makan tulang'? Apa tidaknya, pihak pengendali panggung mengaut untung atas angin 50 peratus daripada setiap ringgit atau hasil penayangan filem tempatan. Dalam kalangan orang filem, mereka sudah penat memerah idea untuk menghasilkan cerita, kemudian sanggup berhutang, bergolok gadai menerbitkan sebuah filem. Justeru, dasar kerajaan dalam Dasar Industri Kreatif, malah menerusi Dasar Perfileman Negara (DPN) perlu juga menitikberatkan bagaimana industri perfileman ini boleh memberi keuntungan kepada penggiatnya. Isu serius dan patut diberi perhatian ialah nasib dan keluhan penerbit mengenai agihan kutipan filem” Emel ke rencanabh@bharian. com.my untuk berkongsi pendapat Penulis ialah Ketua Biro BH Negeri Sembilan Apa pun kemungkinan itu, penduduk Seremban perlu bekerjasama mengambil tong sampah itu dan digunakan kerana kerajaan dan syarikat konsesi bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam” Pengagihan tong sampah beroda percuma oleh SWM Environment patut dimanfaat penduduk Seremban RENCANA
1128 JULAI 2012 SABTU
SABTU 28 JULAI 2012 8 NASIONAL 5 Soalan DATUK DR MAAMOR OSMAN Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bharian.com.my C adangan Kementerian Kesihatan menyemak semula bayaran profesional bagi kos perundingan dan rawatan kepada pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan swasta yang tidak pernah dikaji sejak 10 tahun lalu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai. Mereka bimbang jika cadangan kenaikan 14 peratus itu akan turut menaikkan kos rawatan di klinik dan hospital swasta. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman memberi pandangannya berhubung isu itu. S :Apakah pandangan PPIM mengenai semakan semula yang dicadang Kementerian Kesihatan? J: Sebarang kenaikan dalam bayaran profesional atau caj bagi kos perundingan dan rawatan perlulah mengambil kira kepentingan semua pihak, khususnya rakyat. Memandangkan bayaran profesional tidak disemak sejak lebih 10 tahun, PPIM setuju disemak dengan syarat ada justifikasi. Bagaimanapun, kenaikan itu mestilah mengikut disiplin kepakaran pihak terbabit dan perlu dibezakan antara klinik dengan bayaran di wad hospital swasta. S: Peratus kenaikan dipohon Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) adalah 20 hingga 30 peratus. Apa pandangan PPIM? J: Setiap kenaikan mesti ada justifikasi. Jika naik sehingga 30 peratus, itu terlalu tinggi dan akan membebankan rakyat. Justifikasi perlu munasabah, sebab itu kenaikan 14 peratus dicadang Kementerian Kesihatan dilihat lebih rasional dan boleh diterima dengan mengambil kira kepentingan semua pihak berkepentingan. S: Apakah bayaran diterima doktor dan pakar perubatan swasta ketika ini mencukupi? J: Pada pandangan kita, kebanyakan pengamal perubatan swasta masih mengenakan caj yang rendah berbanding siling ditetapkan. Jika dibandingkan dengan bidang lainmisalnya profesion guaman, mereka menetapkan bayaran perkhidmatan yang tinggi. Ini cara mereka lindungi profesion itu. Namun, jika dibanding dengan doktor swasta, mereka tidak mengenakan kepada pesakit bayaran maksimum, cuma kadangkala hospital swasta mengenakan caj berlebihan. Apa yang membebankan pesakit bukan caj doktor atau pakar tetapi caj berlebihan yang tidak perlu. Misalnya, tisu dan tuala dicaj berkali ganda lebih tinggi daripada harga sebenar. Ini yang membebankan rakyat. S: Apa cadangan PPIM untuk mengatasinya? J: Walaupun rakyat ada pilihan untuk ke hospital swasta dan kerajaan, mungkin sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan sistem insurans yang melindungi semua pihak tanpa mengira mereka kaya atau miskin. Kos penjagaan kesihatan meningkat setiap tahun. Mungkin sudah tiba masanya skim insurans kesihatan yang dicadang sebelum ini dikaji untuk dilaksanakan. S: Ada cadangan hospital swasta mengemukakan butiran bil terperinci kepada pesakit bagi membolehkan mereka memeriksa kos rawatan dan perubatan di hospital swasta. Apa pandangan PPIM? J: Kita sokong pesakit diberikan bil yang mengandungi butiran terperinci oleh hospital swasta. Hospital perlu mendapat kebenaran pesakit sebelum menawarkan sesuatu kemudahan yang mungkin tidak diperlukan mereka. Maknanya, kalau hospital nak pesakit gunakan lampin pakai buang, mereka kena tanya dan dapatkan persetujuan pesakit. Hanya dengan cara itu, beban rakyat dan kenaikan kos rawatan dapat dibendung. Saya harap cadangan ini dapat dilakukan Kementerian Kesihatan. Caj doktor perlu ikut kemampuan » Setiap kenaikan kos perunding mesti ada justifikasi Individu lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia, khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit hepatitis. Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C. Berikutan itu, orang ramai diminta mengambil kesempatan menjalani saringan percuma yang ditawar 20 hospital kerajaan di seluruh negara sempena kempen Hari Hepatitis Dunia 2012. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ramai yang berpendapat hepatitis sudah tidak wujud dan tidak mengambil vaksin. “Dianggarkan ada tiga hingga enam penghidap bagi kedua-dua jenis penyakit itu bagi setiap 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun,” katanya. Liow berkata, walaupun Malaysia diisytihar Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencapai matlamat mengawal Hepatitis B menerusi program vaksin untuk kanak-kanak yang dilancar pada 1989, mereka yang lahir sebelum itu mungkin menyumbang kepada peningkatannya sekarang. Beliau juga bimbang penyakit itu yang lebih mudah dijangkiti berbanding HIV dan dikenal pasti antara penyumbang kepada 1.4 juta penghidap barah hati di negara ini akan menjadi satu epidemik jika tiada tindakan diambil. “Penyakit maut ini berada di luar radar pengawasan kita buat sekian lama dan diabaikan sekalipun notifikasi jangkitan hepatitis adalah mandatori mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit,” katanya. Kempen yang bermula semalam hingga Ahad di pusat beli-belah One Utama di sini itu bertemakan Its Closer Than You Think, antara lain menumpukan usaha meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit itu. – BERNAMA Tiga rakan sekerja hias Jalur Gemilang Dari kanan, Razali Abd Rahman 35, M Zulkifli Hassan 43 dan Badlilah Ayub 43 berganding bahu bersama memasang Jalur Gemilang bagi menghiasi sebuah premis syarikat kereta terpakai di Jalan Tanah Putih, Kuantan. Syarikat terbabit menghiasi pekarangan kedai sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. [FOTO HALIM MAT ALI/BH] Dianggarkan ada tiga hingga enam penghidap bagi kedua-dua jenis penyakit itu bagi setiap 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun” Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan FF
SABTU 28 JULAI 201216
SABTU 28 JULAI 2012 44 RENCANA Suka perkara bermusim punca masalah Melayu bertimbun Penulis ialah aktivis mahasiswa Malaysia di Jakarta D ua belas tahun sebelum penulis dilahirkan, Tan Sri Sanusi Junid, seorang tokoh Melayu selama lebih 20 tahun menjawat pelbagai jawatan dalam kepemimpinan negara pernah menyebut dalam salah satu ucapannya ketika merasmikan simposium di Universiti Malaya, “bangsa bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya ‘temperamental'. Dalam ucapan perasmiannya itu, beliau menyebut bagaimana budaya ‘temperamental' iaitu budaya yang suka kepada hal bermusim menjadi kemungkinan alasan Melayu gemar menjadi nelayan di pantai Timur kerana adanya musim tengkujuh tetapi tidak di pantai Barat yang cuaca hampir sama sepanjang tahun. Selain itu, gemar menanam padi yang hanya menuntut mereka bekerja menuai dua kali setahun tetapi tidak menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu dan Melayu juga meminati politik disebabkan ia datang lima tahun sekali tetapi tidak dalam bidang ekonomi yang harus diawasi sepanjang masa. Suka perkara yang bermusim ini juga menjadi sebab pelbagai masalah tidak dapat diselesaikan secara tuntas oleh orang Melayu. Belum pun satu masalah selesai, masalah lain datang dan masalah lama dilupakan saja. Masalah akhirnya bertimbun, diwarisi daripada generasi ke generasi. Hari ini ketika hampir 30 tahun selepas Sanusi mengulas masalah itu, budaya temperamental ini masih diwarisi dan masalah yang timbul tidak banyak yang dapat diselesaikan. Sebagai contoh, orang Melayu hari ini masih mudah dimainkan dengan masalah yang datang bermusim seperti fitnah rambang sehingga mereka lebih memilih untuk mempercayai tuduhan daripada proses mencari kebenaran dan kemudian melupakan saja cerita itu kerana mula dibelenggu dengan masalah lain yang sengaja ditimbulkan. Orang Melayu juga memilih untuk bersatu hanya pada musim tertentu saja. Sejarah Malaysia membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi apabila hak mereka tergugat ketika Malayan Union diperkenalkan, ketika Mei 1969, dan apabila mereka berasa terancam ketika orang lain mengusik keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Di luar musim atau masalah yang dihadapi, mereka lebih memilih untuk berpuak. Tidak hairanlah walaupun satu bangsa, Melayu selalu saja saling iri hati, selalu menuduh satu orang lebih Melayu daripada yang lain bahkan tergamak menunjuk siapa masuk syurga dan siapa tidak berdasarkan puak mereka. Sifat temperamental ini juga tidak mengenal usia. Pada generasi muda Melayu, mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran tetapi memilih untuk bersatu apabila ada orang mengaku ingin memansuhkan hutang mereka. Sifat temperamental yang lebih umum dalam kalangan anak Melayu juga berkaitan cara mereka menelaah pembelajaran yang berbeza dengan anak bangsa lain. Anak Melayu gemar belajar mengikut musim, yakni belajar hanya apabila dekat dengan musim peperiksaan saja. Profesor Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh pendidikan negara dalam tulisannya mengulas bahawa kerana terperangkap secara tidak langsung daripada kesan jajahan Barat, bangsa Melayu susah bahkan tidak sanggup berubah dengan sendiri. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan juga tidak suka memikirkan sesuatu secara mendalam. Bangsa Melayu hanya boleh berubah dengan kunci pendidikan dan kepemimpinan yang baik. Memilih pemimpin yang tegas dan fokus berkerja dalam kalangan orang Melayu adalah penting jika benarbenar mahu menyelesaikan masalah yang ada. Pemimpin terpilih mestilah pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat, tidak hanya pandai bercakap dan popular tetapi mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah Melayu. Pemimpin ini juga mesti jujur dan bebas segala sifat ‘temperamental' dalam memimpin, iaitu mampu memimpin denganbaik sepanjangmasa, bukan pada waktu ingin menyelesai masalah peribadi atau menjelang pilihan raya atau pun mesyuarat pemilihan jawatan dalam organisasi mereka saja. Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bharian.com.my K elihatan seperti ada sinar di hujung terowong dalam isu juruterbang menganggur selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membangunkan sistem pangkalan data juruterbang yang boleh diakses bermula 25 Julai lalu. Menerusi sistem itu, juruterbang yang mempunyai lesen juruterbang komersial (CPL) tetapi belum mendapat kerja boleh mendaftar dengan pangkalan data itu, sebelum senarai juruterbang disalur kepada syarikat penerbangan untuk pertimbangan. Dari satu sudut, kewujudan sistem pangkalan data juruterbang itu dilihat titik positif dalam kamus industri penerbangan tempatan kerana DCA sebelum ini, tidak pernah memiliki sistem seumpamanya untuk memantau juruterbang bertauliah mahu pun pelatih di sekolah penerbangan. DCA bertindak sebagai pengawal selia industri, antara tugasnya ialah menguatkuasakan undang-undang berkenaan, mengawal trafik udara, mengeluarkan lesen kepada sekolah penerbangan dan lesen juruterbang kepada mereka yang layak. Selebihnya seperti menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (bawah), terletak kepada pemegang lesen juruterbang komersial untuk bersaing di pasaran terbuka. “Dasar kita ialah menyediakan sumber manusia yang mencukupi untuk keperluan industri,” katanya mengulas isu 1,000 juruterbang menganggur yang terpaksa bekerja sambilan di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera untuk menampung pinjaman melebihi RM200,000 setiap seorang. Arahan bangunkan data Persoalannya, kenapa angka juruterbang menganggur itu dibiarkan sehingga mencecah 1,000 orang? Kenapa tiada mekanisme khusus dirangka bagi mengatasi isu ini selepas hanya 1,274 juruterbang bertauliah direkodkan mendapat kerja berbanding jumlah 2,292 juruterbang bertauliah dikeluarkan sejak tujuh tahun lalu? Susulan pendedahan mengenai isu juruterbang menganggur 3 Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menga rahkan DCA membangunkan sistem pangkalan data juruterbang, selain mengehadkan pengambilan juruterbang pelatih oleh sekolah penerbangan dengan serta-merta. Pemain industri menyambut baik langkah mewujudkan sistem pangkalan data tetapi gusar tindakan mengehadkan pelatih yang tentunya menjejaskan lima sekolah penerbangan yang masih beroperasi selepas tiga sekolah di Johor Bahru, Ipoh dan Bintulu ditutup kerana masalah pengurusan dan kewangan sehingga menjejaskan lebih 200 pelatih. “Masalah utama ialah terlalu banyak sekolah. Ada sekolah penerbangan tiada keupayaan tetapi terima Juruterbang tak lagi menganggur DCA wujud pangkalan data salur maklumat kepada syarikat “Bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya temperamental” Sanusi Junid
.
Selected date
28/07/12
All
pages
Nessun oggetto multimediale disponibile

Select date

Select date  
Login
help

Retrieve your Password


Enter the e-mail address given at registration,
your login data will be sent at that address: