Nasional 31 JULAI 2012 SELASA 19 NASIONAL Inspektor tak mengaku pukul pekerja hotel » Mahkamah arah klip video dalam YouTube dikeluar serta-merta Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@bharian.com.my Seremban M ahkamah Majistret di sinimengarahkan klip video kejadian seorang pegawai polis didakwa memukul pekerja hotel di bandar ini, dikeluarkan serta-merta daripada Youtube. Selain itu, mahkamah melarang klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu disiarkan dalam mana-mana medium bagi mengelakkan prejudis terhadap tertuduh kes terbabit, Inspektor Mohd Azuan Yasin, 32. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar permohonan peguam bela, Hanif Hassan, yang disokong Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin. Enam pertuduhan Terdahulu, Mohd Azuan yang menghadapi enam pertuduhan, mengaku tidak bersalah memukul, mengugut dan memecahkan cermin dua kenderaan di tiga Mahkamah Majistret berbeza di sini. Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mencederakan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek menyerupai pistol, kira-kira jam 2.50 pagi di Hotel S2 di sini, 17 Julai lalu. Dia turut didakwa terhadap dua pertuduhan lain iaitu kesalahan sama terhadap Koh Wen Gio, 32, pada masa dan tempat sama, di depan Majistret Haslina Basarudin. Selain itu, tertuduh didakwa bagi dua pertuduhan berasingan, iaitu memecahkan cermin dua kenderaan membabitkan kerugian RM330 di sebuah kedai kopi di Temiang di sini, kira-kira jam 5.45 pagi, pada tarikh sama. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 September depan. Geng 08 guna lambang polis tumpas Shah Alam: Polis merampas dua pucuk pistol dan 10 pedang selepas menahan tiga ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai ‘Geng 08' yang menggunakan lambang polis serta kalimah 'Allah, Muhamad' dalam kegiatan jenayah mereka. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 18 hingga 28 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Pandan, Ampang, Khamis lalu. Katanya, dalam serbuan itu, polis menemui satu paket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 143 gram bernilai RM8,000 serta peralatan membungkus dadah, yang dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah. "Polis turut menemui dua pistol revolver jenis 'Smith & Wesson', 40 butir hidup serta 10 pedang. “Kami masih menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dalam kes samun dan jenayah lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam. TunHisan berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek turut mendapati seorang daripada mereka positif mengambil ganja. INFO Pertuduhan Mohd Azuan hadapi 6 pertuduhan, iaitu empat pertuduhan sengaja mencedera dan menakutkan dua mangsa. Dua pertuduhan babitkan kerosakan dua kenderaan. Mohd Azuan (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Seremban, semalam. [FOTO BERNAMA]
SELASA 31 JULAI 2012 28 RENCANA Ramai mahu kerajaan sekarang dikekalkan Tak boleh ambil mudah selera pengundi Cina Utamakan pemimpin dapat tangani isu rakyat KAJIAN UUM MENGENAI PRU-13 S atu kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapati orang ramai lebih suka kepada wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah, rajin menemui rakyat dan mudah dihubungi sebagai keutamaan dalam memilih calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 12 ciri utama calon Tiga aspek itu mendahului senarai 12 ciri utama calon wakil rakyat yang menjadi pilihan, iaitu masing-masing 70 peratus, 69 peratus dan 49 peratus, diikuti pandai bergaul (42 peratus), tidak mungkir janji (41 peratus), berwawasan (39 peratus) dan bertindak secara profesional (37 peratus). Selain itu, berimej agama (29 peratus), latar keluarga yang baik (27 peratus), merendah diri (19 peratus), latar akademik yang baik (18 peratus) dan imej diri yang bersih (16 peratus). Dari kaca mata etnik pula, ternyata penekanan responden Melayu agak berbeza berbanding Cina dan India. Bagi orang Melayu, rajin menemui rakyat adalah ciri paling penting (77 peratus), diikuti mampu menyelesaikan masalah (73 peratus), mudah dihubungi (50 peratus), pandai bergaul (45 peratus) dan berwawasan (41 peratus). Bagaimanapun, responden Cina meletakkan kepentingan ciri rajin menemui rakyat di tempat tercorot (33 peratus), sebaliknya mengutamakan wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah (61 peratus), tidak mungkiri janji (53 peratus), mudah dihubungi (40 peratus) dan berwawasan (36 peratus). Mampu menyelesaikan masalah juga mendahului lima ciri utama pilihan responden India, iaitu 68 peratus, diikuti rajin menemui rakyat (62 peratus), mudah dihubungi (60 peratus), pandai bergaul (40 peratus) dan tidak mungkir janji (35 peratus). Ciri berwawasan pula tidak menjadi pilihan mereka. Kajian itu dibentang pada Perbincangan Meja Bulat ‘PRU-13: Malaysia Pilih Siapa?' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) baru-baru ini. Lapan ilmuwan dari tujuh universiti awam membentangkan dapatan kajian dan melontarkan rumusan masing-masing. Responden Cina pilih Mukhriz Dianalisis daripada suara responden mengikut etnik, kelainan selera pengundi Cina ternyata agak menonjol. Jelas ia tidak boleh diambil enteng oleh mana-mana parti politik sekiranya mahu keputusan PRU-13memihak kepada mereka. Satu aspek ‘ringan' yang boleh memberi petunjuk pada peringkat DUN ialah Menteri Besar pilihan responden. Seperkara amat menarik, walaupun kajian tidak menyenaraikan sebarang Menteri Besar pilihan jika BN berjaya menawan semula Kedah, tetapi 78 peratus responden Cina menamakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Jerlun dan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar pilihan yang turut disokong 71 peratus responden India dan 67 peratus Melayu. Justeru, tidak keterlaluan untuk merumuskan bahawa wujud pertimbangan terhadap hal-ehwal ekonomi dalam nada pengundi Cina. Selain ekonomi, dua isu lain yang dilihat menjadi keutamaan masyarakat Cina ialah pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan kesamarataan hak dengan semua kaum. Pada peringkat DUN, 54.1 peS emakin ramai rakyat ghairah membuat ramalan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan perkembangan semasa. Dalam konteks ini, sudah tentu penilaian serta hasil kajian oleh cendekiawan di universiti boleh disifatkan paling objektif kerana ia dilakukan secara ilmiah, non-partisan dan membabitkan sejumlah responden yang membawa suara langsung pengundi. Perbincangan Meja Bulat ‘PRU-13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), baru-baru ini, membincangkan isu parti yang akan bertanding bukan saja pada peringkat kerajaan Persekutuan tetapi juga Dewan Undangan Negeri (DUN, terutama di empat negeri yang dikuasai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Lebih-lebih lagi, PRU-13 dinobatkan sebagai ibu segala pilihan raya, malah kemuncak penilaian prestasi BN dan pakatan pembangkang khususnya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 10,800 responden dari 36 DUN di Kedah, meliputi 49 peratus dari kalangan generasi Y (21-34 tahun), 20 peratus generasi X (35-46 tahun), 25 peratus (47-65 tahun) dan enam peratus (lebih 66 tahun). Dari segi etnik 76 peratus Melayu, 16 peratus Cina, tujuh peratus India dan satu peratus Thai, manakala kawasan kediaman responden ialah 20 peratus bandar, 32 peratus pinggir bandar, 47 peratus kampung dan satu peratus estet. Kadar jantina responden seimbang dengan masing-masing 50 peratus lelaki dan perempuan, 25 peratus bagi setiap kategori pekerjaan, iaitu sendiri/berniaga, kakitangan awam, kakitangan swasta dan pelajar/tidak bekerja. Salah satu dapatan menarik kajian itu ialah perbandingan persepsi mengikut etnik bahawa kerajaan BN pada peringkat Persekutuan perlu dikekalkan. Sebanyak 67 peratus responden Melayu memilih jawapan Ya, 19 peratus Tidak dan 14 peratus lagi Tidak Pasti; Cina 18 peratus Ya, 26 peratus Tidak dan 56 peratus Tidak Pasti; dan India 42 peratus Ya, 40 peratus Tidak dan 18 peratus Tidak Pasti. Suara keseluruhan responden, 58 peratus menjawab Ya, sementara masing-masing 21 peratus Tidak dan Tidak Pasti. Keputusan itu selari kecenderungan pilihan responden Melayu pada peringkat DUN dalam perbandingan persepsi mengikut etnik bahawa kerajaan PAS Kedah sekarang wajar dikekalkan. Hanya 25 peratus responden Melayu memilih Ya, manakala 61 peratus Tidak. INFO Melibatkan 10,800 responden di 36 DUN di Kedah 49 peratus - Generasi Y (21-34 tahun) 20 peratus generasi X (35-46 tahun) 25 peratus (47-65 tahun) 6 peratus (lebih 66 tahun) Kajian UUM mengenai PRU-13 Pilihan raya peluang rakyat menentukan kepemimpinan.
5 31 JULAI 2012 SELASA
SELASA 31 JULAI 2012 14 NASIONAL Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bharian.com.my Kuala Lumpur S eorang pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi, ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah bilik bacaan di sekolah itu pagi semalam. S Darshan, ditemui tergantung pada palang besi bilik berkenaan dengan berpakaian dhoti, jam 7.30 pagi oleh seorang rakan dan pengajar. Difahamkan, rakan mangsa mencari pelajar terbabit di asrama kerana dia tidak menyertai perbarisan harian seperti biasa sebelum mendapati bilik bacaan itu berkunci. Curiga dengan keadaan itu, pelajar terbabit memanggil seorang tenaga pengajar untuk membukanya dan mereka terkejut melihat mangsa dalam keadaan tergantung. Bapa saudara mangsa dikenali Prakash, 40-an, berkata beliau dimaklumkan kejadian itu jam 7.50 pagi oleh bapa mangsa yang dihubungi pengurusan MTD. “Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini kerana dia tidak pernah memaklumkan sebarang masalah. Hamp i r s e t i a p m in g gu Darshan pulang ke rumah saya di Petaling Jaya memandangkan bapanya tinggal di Skudai, Johor,” katanya. Prakash berkata, kali terakhir mangsa menghubungi bapanya petang kelmarin bagi mengingatkan supaya membeli tiket kapal terbang sempena cuti Aidilfitri, namun tidak menceritakan sebarang masalah dialaminya. “Saya tidak tahu apa masalah besar dialaminya. Memang cita-citanya memasuki MTD sejak dari Tingkatan Satu,” katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata pelajar terbabit mempunyai masalah sejak seminggu lalu selain suka bersendirian, namun tidak menceritakan masalah yang dialami. Usaha BH untuk menemubual rakan mangsa di Unit Forensik gagal apabila tenaga pengajar MTD mengawal ketat pelajarnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Pelajar MTD mati tergantung » Mangsa gantung diri dalam bilik bacaan Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini kerana dia tidak pernah memaklumkan sebarang masalah. Hampir setiap minggu Darshan pulang ke rumah saya di Petaling Jaya memandangkan bapanya tinggal di Skudai, Johor” Prakash, Bapa saudara mangsa Mayat kelima nahas kapal terbakar ditemui Kota Kinabalu: Mayat terakhir anak kapal MT Bunga Alpinia, Nazrin Khamsani, 20, ditemui rentung di bahagian tengah kapal itu, petang semalam. Ia ditemui kira-kira jam 1.45 petang oleh pasukanbomba,mengakhiri operasimencari lima mangsa yang terbabit dalam kejadian letupan kapal berkenaan, Khamis lalu. Pengesahan identiti mangsa berasal dari Negeri Sembilan itu dilakukan ibu bapanya sejurus dihantar ke Hospital Nukleus, kira-kira jam 3 petang. Ketua Polis Labuan, Superintendan Saiman Kasran, berkata mayat mangsa hanya dapat dikeluarkan dari kapal itu kira-kira jam 2.30 petang. “Pasukan penyelamat mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa yang ditemui di tengah kapal berkenaan kerana keadaan masih berbahang,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam. Sebelum ini, empat mayat anak kapal ditemui iaitu Shahril Azmi Baharuddin, 28, dan Mohd Hanafi Kalil, 24, keduaduanya dari Melaka, Zahari Kassim, 46, dari Negeri Sembilan dan warga Filipina, Colanggoy Errol Calaluan, 22.
31 JULAI 2012 SELASA 39 DUNIA Tiga orang maut dalam ribut dan enam lagi masih hilang” Benito Ramos Pegawai Pejabat Pertahanan Awam Manila: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan enam lagi masih hilang apabila ribut tropika Saola melanda wilayah ini semalam, mengakibatkan bekalan elektrik terputus manakala kebanyakan pejabat dan sekolah ditutup. Cuaca buruk akibat Saola melanda bahagian timur laut negara itu semalaman dengan membawa angin seperti puting beliung dan ribut petir. Banyak kawasan di sini terputus bekalan elektrik awal pagi semalam manakala kawasan rendah mengalami banjir. Tekanan rendah berkurangan menjelang tengah hari dan Saola yang membawa angin selaju 105 kilometer sejam dan angin kencang 135 kilometer sejam, dijangka menghala ke Taiwan Khamis, menurut biro cuaca bandar ini. Pegawai Pejabat Pertahanan Awam, Benito Ramos, berkata tiga orang maut dalam ribut dan enam lagi masih hilang. Seorang daripada mangsa maut akibat serangan asma ketika dia dan seorang lagi penumpang diselamatkan daripada sebuah feri antara pulau yang beroperasi di laut lewat kelmarin di luar wilayah tengah Romblon. Dua buah tongkang yang hanyut di luar dermaga di sini merempuh pondok kayu penduduk setinggan di bandar Tondo, memusnahkan puluhan pondok namun tiada cedera. AP 200,000 penduduk tinggalkan Aleppo » Tentera Syria, pemisah terus bertempur Tiga maut, 6 hilang Aleppo P asukan tentera Syria dan pemisah bertempur di dalam dan sekitar Aleppo sebelum awal pagi semalam ketika pertempuran di utara bandar raya itu memasuki hari ketiga dengan kedua-dua pihak mendakwa kian mara. Pertempuran menyebabkan 200,000 penduduk awam meninggalkan Aleppo, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi amaran bencana kemanusiaanmanakala Perancis berkata mereka akan menggesa satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB segera mengenai Syria. “Tentera Syria mengawal bahagian daerah Salaheddin dan meneruskan serangannya,” kata satu sumb e r k e s e l am a t a n d i Damsyik kepada AFP. Bagaimanapun Kolonel Abdel Jabbar al-Oqaidi, ketua majlis tentera FSA Aleppo menegaskan tentera kerajaan tidak bergerak satu meter pun. “Kami melancarkan satu serangan baru dari Salaheddin ketika waktu malam dan memusnahkan empat kereta kebal,” kata komander pemisah kepada AFP melalui telefon. Sejak pelancaran serangan regim terhadap Aleppo, FSA melakukan tiga serangan terhadap Salaheddin, katanya sambil menambah pemisah mengawal antara 35 hingga 40 peratus Aleppo. Rami Abdel Rahman, Ketua Pemerhati Hak Asasi Syria berkata tentera regim pada Isnin tiba di kejiranan S a l a h eddin.” Ko l onel Oqaidi berkata beber a p a bahagian A l e p p o d i b o m d e n g a n pesawat pejuang MiG dan hel ikopter.” Aktivis melaporkan bahawa beberapa daerah pemisah di Aleppo dibedil atau diserang mesingan ketika waktu malam. Ada di antaranya diserang dengan helikopter. Di luar Aleppo, pemisah merampas sebuah kawasan pemeriksaan strategik selepas pertempuran selama 10 jam, membolehkan mereka bergerak bebas antara bandar raya utara dan Turki, kata seorang komander FSA dan seorang wartawan AFP. “Pusat pemeriksaan Anadan dirampas pada 5 pagi selepas 10 jam bertempur,” kata Jeneral Ferzat Abdel Nasser, seorang pegawai pemisah yang berpaling dari tentera Syria sebulan lalu. Seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata pemisah menahan tujuh kereta kebal dan kenderaan armour danmemusnahkan kenderaan kelapan. Enam askar terbunuh dan 25 orang dipenjarakan, kata Jeneral Ferzat melalui telefon sambil menambah empat orangnya turut terbunuh. AFP Seorang tentera Syria melihat mayat yang didakwa sebagai tentera militia Presiden Bashar al-Assad di wilayah al-Sukkari, Aleppo, kelmarin. FAKTA NOMBOR 7 kereta kebal ditahan oleh pemisah manakala kereta kelapan dimusnah Penduduk mengharungi pasar yang ditenggelami air di Manila, semalam. [FOTO AP]
» 116 ikuti kursus kepemimpinan tiga hari di Kem Sri Raudhah S elama tiga hari bermula dari 22 Jun hingga 24 Jun lalu, seramai 116 Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim PinjamanBuku Teks (SPBT) dan PembimbingRakanSebaya (PRS) Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah (SMKSI), Kuala Lumpurmenjalani kursus kepemimpinan di Kem Sri Raudhah, Gombak, Selangor. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guruguru (PIBG) sekolah, dikelolakan oleh Rebutia Team Consultancy. Kursus itu bertujuanmemupuk sifat kepemimpinan, disiplin, keberanian, ketahanan fizikal dan mental serta semangat bekerjasama dalam kalangan pemimpin murid di sekolah. Sepanjang kursus peserta dimestikanmenjalani pelbagai aktiviti dalaman serta luaran seperti ceramah kepemimpinan, mengenali personaliti, penyelesaian masalah, meredah hutan dan sungai, ‘night walk' atau berjalan malam dan aktiviti berkumpulan. Seorang peserta, Revathi Uji ketahanan mental pengawas Sebahagian daripada 116 pengawas mendengar ceramah disampaikan fasilitator. Delegasi VIPmelawat tapak penanaman pokok. Oleh Asiah Hassan asiahazhar@yahoo.com Gombaǩ 31 JULAI 2012 − SELASA naSional ≥ 23 info Seminar ≤ Seminar SPM/Pecutan Aliran Sains SMKSI ini. Bagi Timbalan Ketua Pengawas Pusat Sumber SMKSI, Muhammad Faiz Che Hussin, 16, kursus yang pertama kali disertai itu mengajar dia menjadi seorang pemimpin murid lebih berdisiplin dan berani serta menepati masa. Selain daripada aktiviti dalaman, peserta didedahkan dengan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, meredah hutan dan sungai serta aktiviti berjalan malam. Sepanjang aktiviti berkena≤ Seminar PMR 2012 ̌ KUCHING: Hubungi Troopz Resources 08-2381378/411691 atau Tuah Opong, 013-8088406/Khairool, 019-8183804, Faks: 08-2422691. − Tarikh: 16 dan 17 September. ̌ UIAM GOMBAK: Seminar terakhir di Lembah Klang diadakan di dewan Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Maklumat lanjut hubungi Urus Setia (Mariyahtul Kabtiyah Ree 03-22822323 samb. 4772 dan Hadri Harith samb, 4769 atau Muhd Naufal 019-3374553/017-6685923. − Tarikh: 11- 12 Ogos. Naidu Rajaram Naidu, 16, berkata kursus itu memberi banyak kebaikan kepadanya dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin murid. “Sebagai Ketua Pengawas (1) Pusat Sumber SMKSI, saya harusmenjadi pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, berani dan sabar dalam menjalankan tugas. “Oleh itu, segala pengalaman yang saya dapat melalui kem kepemimpinan ini, boleh membantu saya menjadi seorang ketua yang lebih baik,” kata pelajar Tingkatan Empat an, peserta dikehendaki melalui laluan yang sukar, curam serta mencabar. Aktiviti itu ternyata berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, di samping menerapkan sikap kerjasama dalam kalangan pemimpin murid. Yang pastinya, mereka teruja untuk menyertainya lagi pada masa akan datang. Lebih 300 pelajar Universiti Putra Malaysian (UPM) dan kakitangan ExxonMobil Subsidiaries terbabit dalam menanam kira-kira 5,000 pokok sebagai komitmenmemulihara alam sekitar di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor baru-baru ini. Ia adalah kesinambungan projek penanaman pokok yang diadakanmelalui Projek Komuniti ExxonMobil sejak 2009 bertujuan memulihara serta UPM, ExxonMobil tanam 5,000 pokok memastikan habitat semula jadi flora dan fauna di hutan simpan itu dapat digunakan untuk tujuan penyelidikan. Pengerusi ExxonMobil Subsidiaries Malaysia, J Hunter Farris berkata, program kali ini adalah projek penanaman pokok terakhir sejak diperkenalkan empat tahun lalu bagi melengkapkan komitmen berterusan syarikat berkenaan. “Sebagai syarikat yang membekalkan tenaga, kami percaya mengurangkan impak penggunaan tenaga kepada alam sekitar adalah salah satu langkah untuk menyediakan masa depan yang lestari. “Kerjasama yang dijalin dengan pihak UPM sejak 1970-an dalam mempromosikan cara melindungi dan memulihara alam sekitar terutamanya kepada generasi muda. “Kali ini kami berbangga kerana berjaya melengkapkan komitmen untuk menanam 5,000 pokok bersamasama kakitangan dan juga pelajar UPM di sini,” katanya pada majlis penanaman pokok itu, baru-baru ini. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Che Ab Rahim Nik. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof Dr Tai Shzee Yew dan Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof Datin Dr Faridah Hanum Ibrahim. DAFTAR SEGERA MASIH ADA KEKOSONGAN TEMPAT di KUALA LUMPUR dan KUANTAN pada 4 - 5 Ogos − KUALA LUMPUR: Dewan Seminar NSTP, Bangsar. Bermula jam 8 pagi - 5 petang. Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Hubungi Zainon Kadim (03-20569772), Norliza Abdullah (0320569780) dan Qushairi (03-20569863). − KUANTAN: Kolej Shahputra, Kuantan yang meliputi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Kimia. Hubungi Anis (012-9572703).
− SELASA 31 JULAI 2012 22 ≤NASIONAL 31 JULAI 2012 − SELASA NASIONAL≥ 27 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S e la m a t B e r p u a s a d a n h a r i r a y a k e p a d a m e k d a n u m i s e k e lu a r g a d i K e la n t a n , s e r t a s a u d a r a m a r a d i s e lu r u h M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a t in . D a r ip a d a C u c u n d a F a h im F a is a e d a n F it r y F a is a e , C r a n f ie ld , U n it e d K in g d o m . S a la m R a m a d a n d a n A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n k e n a la n d i M a la y s ia . D a r ip a d a k a m i P e la ja r T a h u n P e r t a m a M o n a s h U n iv e r s it y M e lb o u r n e , A u s tr a li a . D a r i k ir i: S y a z w a n , F a d z w a n , F ir d a u s , A z a m d a n Z a r if . S a la m R a m a d a n d a n S a la m A id il f it r i d a r ip a d a k a m i p e la ja r -p e la ja r U n iv e r s it y o f A u c k la n d , N e w Z e a la n d . S e m o g a h u b u n g a n k it a e r a t t e r ja li n d a n d ib e r k a t i A ll a h . D a r ip a d a M o h a m a d S y a f iq , M u h a m m a d S id d iq , A n a s A m ir u l H a k im , F a d il S h a b e r i, F a d z il i L im , A t if A b d u ll a h d a n A la u d d in A lH a f iz . Khalis Affan Jamil, pelajar Tahun Tiga Chemical Engineering di University of New South Wales, Australia mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Aidilfitri kepada keluarga tersayang di Kepala Batas, Pulau Pinang. Maaf zahir dan batin tahun ini tidak dapat pulang ke tanah air untuk beraya bersama. Pelajar Perubatan Tahun Satu University College Cork, Ireland dan National University of Ireland Galway mengucapkan Salam Adilfitri buat keluarga, sanak saudara dan kawan kawan yang mengenali kami. Tidak lupa tenaga pengajar dan sahabat di Allianze University College ofMedical Science dan penaja, MARA. Dari kiri : Natasha Anuar, Jasmin Syuhada, Azzizatul Aiinani, Salihah Athirah dan Isya Nadziha. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r s a y a n g y a n g b e r a d a d i D u n g u n , T e r e n g g a n u , g u r u g u r u S K P u s a t D u n g u n , S M A S u l t a n I s m a i l D u n g u n , S B P I G o m b a k d a n K o l e j M a r a S e r e m b a n s e r t a r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i i n i . S a l a m s a y a n g d a r i p a d a F a r a h A z i e l i a A h m a d A z h a , p e l a j a r t a h u n 1 B a c h e l o r o f E d u c a t i o n ( T E S O L ) , U n i v e r s i t y o f A u c k l a n d , N e w Z e a l a n d . K a m i p e la ja r ju r u s a n K e ju r u t e r a a n K im ia d a n P r o s e s , S is t e m M a k lu m a t P e r a k a u n a n d a n K a u n s e li n g K a n a k -K a n a k d i U n iv e r s it y o f C a n t e r b u r y , N e w Z e a la n d m e n g u c a p k a n S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i b u a t ib u b a p a d a n k e lu a r g a t e r s a y a n g d i M e la k a , J o h o r, K u a la L u m p u r, K e la n t a n d a n S e la n g o r ; s a n a k s a u d a r a , s a h a b a th a n d a i, g u r u g u r u , p e n s y a r a h d a n p e n a ja k a m i (J P A , K P T , U I A M ). D a r i k ir i: A n is N a b ih a h R a z a k , F a r a h S y a f iq a h Is m a il , A z ie m a h A b d R a h a m a n , F a t ih a h A z m a n d a n J u n it a N a w a w i. Sal am Aid ilitr i bu at ma k, a bah dan adi kadi k te rcin ta di A lor Set ar, Ked ah. Tid ak lupa bua t sem ua s ana k sau dar a, Haj i S aud dan sau dar a d i Ti kam Bat u, S ung ai P eta ni, Ked ah. Kaw ankaw an di S eko lah Men eng ah Dat o' S yed Om ar, K olej MA RA Kul im, UN IKL , MF I da n s emu a y ang men gen ali say a. M aaf zah ir d an bat in d aripad a N uru l H asn i di Gal way , Ire lan d. S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i k e p a d a k e lu a r g a d i P u t r a ja y a d a n J o h o r B a h r u , r a k a n -r a k a n k e r ja d i iP e r in t is d a n S c o m i, p e n a ja k a m i M A R A s e m u a s a h a b a th a n d a i y a n g m e n g e n a li k a m i. M a a f z a h ir d a n b a t in d a r ip a d a k a m i d i U n iv e r s it y o f N e w S o u th W a le s , S y d n e y . D a r i k ir i: A n d i R o s s i A b d u l R a z a k (p e la ja r S a r ja n a In fo r m a t io n S y s t e m s) d a n is t e r i H a m a d a h A h m a d M a h ir , A h m a d Y u s u f A h m a d M a h ir (p e la ja r S a r ja n a M u d a K e ju r u t e r a a n M e k a n ik a l) .
SELASA 31 JULAI 2012 16 NASIONAL Tak ambil kira keperluan industri » Punca lambakan di pasaran Malaysia ucap takziah kepada Ghana Kuala Lumpur: Malaysia mengucapkan takziah kepada Ghana di atas kematian Presidennya, John Atta Mills, Selasa lalu. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Timbalan Menteri Luar, Kohilan A Pillay menandatangani buku ucapan takziah bagi pihak Kerajaan Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Ghana di sini. Dalam perutusan takziah, Kohilan berkata pemergian Mills bukan saja satu kehilangan besar kepada kerajaan republik itu malah juga kepada rantau Afrika secara menyeluruh. “Diharapkan agar rakyat Republik Ghana terutama keluarga terdekat mendiang diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat sedih ini,” katanya. Dilaporkan Mills, 68, baru-baru ini berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan namun punca kematiannya tidak diketahui. BERNAMA Terkenang ‘Shah Rukh Khan' di sekolah Oleh Haspaizi Mohd Zain haspaizi@bharian.com.my Kuala Lumpur C adangan supaya juruterbang asing dikurangkan tidak mampu mengatasi masalah 1,000 juruterbang muda yang belum mendapat kerja, walaupun sudah memiliki lesen juruterbang komersial (CPL). Sebaliknya, isu pokok yang perlu ditangani segera ialah kesilapan pihak berkuasa membenarkan sekolah penerbangan dibuka tanpa mengambil kira keperluan industri sehingga berlakunya lambakan juruterbang. Terima lebih 100 aduan Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya sehingga kini sudah menerima lebih 100 aduan berhubung juruterbang tidak mendapat pekerjaan sehingga ada yang bekerja sebagai pembancuh kopi. “Saya kira juruterbang asing bukanlah satu isu, sebab ramai juga juruterbang kita yang bekerja di luar negara seperti Asia Barat dan China. Mereka dapat bekerja di luar negara adalah disebabkan kualiti mereka. “Jadi, pada saya persoalan utama kita dalam isu ini adalah dasar kita dalam mewujudkan sekolah penerbangan dan juga kualiti juruterbang yang dilahirkan. Ini saya rasa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terlepas pandang. “Saya gesa DCA dan pihak berkuasa lain yang terbabit dalam perkara ini mengadakan diskusi meja bulat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini,” katanya. Semalam BH melaporkan DCA mencadangkan supaya syarikat penerbangan tempatan mengurangkan juruterbang asing bagi membuka peluang kerja kepada juruterbang tempatan yang kini menganggur. Langkah itu dikatakan membolehkan pembantu juruterbang kanan tempatan naik pangkat lebih cepat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerja untuk juruterbang muda yang baru mendapat lesen CPL. ISU JURUTERBANG MENGANGGUR Dua maut, dalam nahas 3 kenderaan Batu Pahat: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Labis dekat Yong Peng di sini, petang semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang di Kilometer 4.5 itu, mangsa maut adalah pekerja pelantar minyak, Jailani Yatim, 37, yang memandu PROTON Wira dan pemandu van warga Indonesia, Matekan Asrum, 43. Isteri Jailani, Wan Norhayati Wan Ahmad, 36, cedera parah dan masih dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Batu Pahat. Ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Maran, Pahang, selepas Wan Norhayati dikatakan menghadiri temuduga di Pasir Gudang. Kemalangan itu berlaku apabila salah sebuah kenderaan dikatakan cuba memotong sebuah treler sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata pertembungan itu menyebabkan kenderaan terbabit diseret treler berkenaan. Persoalan utama adalah dasar kita dalam mewujudkan sekolah penerbangan dan kualiti juruterbang” Khairun Aseh Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO Kuala Lumpur: Setiap kali melihatwajah Shah Rukh Khan di kaca televisyen, setiap kali itulah terbayang wajah rakan baiknya di bangku sekolah. Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed (gambar), mengakui banyak kenangan manis dilalui dengan rakannya Prabu, yang beliau gelar Shah Rukh Khan Malaysia kerana wajahnya mirip pelakon Bollywood itu. Akrab dengan rakan berketurunan India Mengimbau kenangan itu, Dr Faiz juga pengamal pergigian tidak dapat melupakan bagaimana hubungan dengan rakannya berketurunan India itu akrab sehingga dicemburui rakan sebaya lain. Tiba satu peringkat saya mahu dia turut menyertai bidang sukan yang saya ceburi sehingga kami hampir bertengkar kerana saya minat seni mempertahankan diri, sedangkan dia cenderung dalam hoki,” katanya ketika dihubungi BH. Beliau berkata, disebabkan masing-masing enggan mengalah, mereka membuat satu perjanjian dalam tempoh lima tahun dari bangku sekolah menengah ketika itu, mereka perlu buktikan siapa paling hebat dan boleh cemerlang dalam bidang sukan dipilih. Persaingan pembakar semangat Perjanjian itu menjadi pembakar semangat Dr Faiz dan Prabu sehinggakan tiada penentu menang atau kalah kerana masing-masing berjaya menempatkan diri mewakili bidang sukan berkenaan hingga ke peringkat negeri. “Saya rasakan hubungan dalam masyarakat majmuk di negara kita akan lebih istimewa seperti mana eratnya ikatan antara saya dan Prabu,” katanya yang berkongsi kenangan manis bersama rakan baiknya dengan BH sempena kempen #MYsyg (My Sayang) anjuran Media Prima Bhd. Menerusi kempen My Sayang, orang ramai berpeluang menghantar rakaman video, teks dan gambar dalam bahasa kebangsaan, Inggeris, M a n d a r i n s e r t a Tam i l m e n e r u s i l a m a n w e b www.mysyg.com.my sebelum 15 Ogos depan.
− SELASA 31 JULAI 2012 22 ≤NASIONAL 31 JULAI 2012 − SELASA NASIONAL≥ 27 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S e la m a t B e r p u a s a d a n h a r i r a y a k e p a d a m e k d a n u m i s e k e lu a r g a d i K e la n t a n , s e r t a s a u d a r a m a r a d i s e lu r u h M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a t in . D a r ip a d a C u c u n d a F a h im F a is a e d a n F it r y F a is a e , C r a n f ie ld , U n it e d K in g d o m . S a la m R a m a d a n d a n A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n k e n a la n d i M a la y s ia . D a r ip a d a k a m i P e la ja r T a h u n P e r t a m a M o n a s h U n iv e r s it y M e lb o u r n e , A u s tr a li a . D a r i k ir i: S y a z w a n , F a d z w a n , F ir d a u s , A z a m d a n Z a r if . S a la m R a m a d a n d a n S a la m A id il f it r i d a r ip a d a k a m i p e la ja r -p e la ja r U n iv e r s it y o f A u c k la n d , N e w Z e a la n d . S e m o g a h u b u n g a n k it a e r a t t e r ja li n d a n d ib e r k a t i A ll a h . D a r ip a d a M o h a m a d S y a f iq , M u h a m m a d S id d iq , A n a s A m ir u l H a k im , F a d il S h a b e r i, F a d z il i L im , A t if A b d u ll a h d a n A la u d d in A lH a f iz . Khalis Affan Jamil, pelajar Tahun Tiga Chemical Engineering di University of New South Wales, Australia mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Aidilfitri kepada keluarga tersayang di Kepala Batas, Pulau Pinang. Maaf zahir dan batin tahun ini tidak dapat pulang ke tanah air untuk beraya bersama. Pelajar Perubatan Tahun Satu University College Cork, Ireland dan National University of Ireland Galway mengucapkan Salam Adilfitri buat keluarga, sanak saudara dan kawan kawan yang mengenali kami. Tidak lupa tenaga pengajar dan sahabat di Allianze University College ofMedical Science dan penaja, MARA. Dari kiri : Natasha Anuar, Jasmin Syuhada, Azzizatul Aiinani, Salihah Athirah dan Isya Nadziha. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r s a y a n g y a n g b e r a d a d i D u n g u n , T e r e n g g a n u , g u r u g u r u S K P u s a t D u n g u n , S M A S u l t a n I s m a i l D u n g u n , S B P I G o m b a k d a n K o l e j M a r a S e r e m b a n s e r t a r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i i n i . S a l a m s a y a n g d a r i p a d a F a r a h A z i e l i a A h m a d A z h a , p e l a j a r t a h u n 1 B a c h e l o r o f E d u c a t i o n ( T E S O L ) , U n i v e r s i t y o f A u c k l a n d , N e w Z e a l a n d . K a m i p e la ja r ju r u s a n K e ju r u t e r a a n K im ia d a n P r o s e s , S is t e m M a k lu m a t P e r a k a u n a n d a n K a u n s e li n g K a n a k -K a n a k d i U n iv e r s it y o f C a n t e r b u r y , N e w Z e a la n d m e n g u c a p k a n S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i b u a t ib u b a p a d a n k e lu a r g a t e r s a y a n g d i M e la k a , J o h o r, K u a la L u m p u r, K e la n t a n d a n S e la n g o r ; s a n a k s a u d a r a , s a h a b a th a n d a i, g u r u g u r u , p e n s y a r a h d a n p e n a ja k a m i (J P A , K P T , U I A M ). D a r i k ir i: A n is N a b ih a h R a z a k , F a r a h S y a f iq a h Is m a il , A z ie m a h A b d R a h a m a n , F a t ih a h A z m a n d a n J u n it a N a w a w i. Sal am Aid ilitr i bu at ma k, a bah dan adi kadi k te rcin ta di A lor Set ar, Ked ah. Tid ak lupa bua t sem ua s ana k sau dar a, Haj i S aud dan sau dar a d i Ti kam Bat u, S ung ai P eta ni, Ked ah. Kaw ankaw an di S eko lah Men eng ah Dat o' S yed Om ar, K olej MA RA Kul im, UN IKL , MF I da n s emu a y ang men gen ali say a. M aaf zah ir d an bat in d aripad a N uru l H asn i di Gal way , Ire lan d. S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i k e p a d a k e lu a r g a d i P u t r a ja y a d a n J o h o r B a h r u , r a k a n -r a k a n k e r ja d i iP e r in t is d a n S c o m i, p e n a ja k a m i M A R A s e m u a s a h a b a th a n d a i y a n g m e n g e n a li k a m i. M a a f z a h ir d a n b a t in d a r ip a d a k a m i d i U n iv e r s it y o f N e w S o u th W a le s , S y d n e y . D a r i k ir i: A n d i R o s s i A b d u l R a z a k (p e la ja r S a r ja n a In fo r m a t io n S y s t e m s) d a n is t e r i H a m a d a h A h m a d M a h ir , A h m a d Y u s u f A h m a d M a h ir (p e la ja r S a r ja n a M u d a K e ju r u t e r a a n M e k a n ik a l) .
SELASA 31 JULAI 2012 12 NASIONAL Adinda Sultan Selangor dikebumi di Makam Diraja Shah Alam: Adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Aishah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, selamat dikebumikan di Makam Diraja, di sini, tengah hari, semalam. Almarhumyang menderita penyakit barah sejak lebih dua tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pada jam 12.15 tengah malam, kelmarin. Tengku Puteri Aishah yang dilahirkan pada 10 Ogos 1956, ialah puteri bongsu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan isteri pertama baginda, Raja Nur Sa i d a t u l I h s an Tengku Bendahara Badar. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat ke istiadat pengebumian. Turut memberikan penghormatan terakhir Raja Muda, Tengku Amir Shah; kerabat diraja Selangor; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. Ahli Majlis Diraja , Tengku Seri Wangsa Diraja, Datuk Setia Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, ketika ditemui berkata jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang jam 2.45 pagi semalam. “Jenazah adinda baginda kemudian dimandikan dan diikuti solat jenazah di Masjid Istana Diraja, pekarangan Istana Alam Shah sebelum dikebumikan,” katanya. UPM terima hak autonomi » Sekolah perniagaan setaraf Harvard Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my Serdang S ekolah Perniagaan Putra (SPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi hak melaksanakan program sendiri sejajar status autonomi institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Daftar ikut Akta IPTS Hak berkenaan diperoleh selepas ia didaftarkan mengikut Akta Institusi Penga j i an T ingg i Swasta 1996 (Akta IPTS) sekali gus meningkatkan tarafnya seperti Sekolah Perniagaan Harvard, Univers i t i Harvard , United Kingdom. Serentak dengan kenaikan taraf itu, jawatan dekan disandang Prof Dr Arfah Salleh dinaikkan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mulai 12 Jun lalu. Pertama di Malaysia Naib Canselor UPM, Prof Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata sekolah berkenaan muncul pertama di negara ini didaftarkan mengikut Akta IPTS yang turut membolehkannya membuat keputusan sendiri termasuk pengambilan tenaga pengajar yang memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan berstatus profesor dari luar negara dengan skim gaji sendiri. Beliau berkata, sekolah itu mengukuhkan program perniagaan dan menjana pendapatan sendiri menggunakan kepakaran pensyarah dan penuntut, sekali gus memberi pendapatan kepada UPM. “Penstrukturan semula SPP langkah pertama UPM ke arah status autonomi secara sepenuhnya dalam empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan pendapatan, sumbermanusia dan pengurusan akademik. “Biarpun sekolah itu didaftarkan mengikut Akta IPTS, pengambilan penuntut dan kos pengajian sama seperti IPTA lain,” katanya selepas mengumumkan UPM universiti pertama negara memperoleh akreditasi ‘The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB)' untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta SPP. Taraf ijazah Radin Umar berkata, ijazah lulusan SPP sama dengan penuntut UPM lain. Antara universiti lain yang menerima taraf akreditasi AACSB ialah Universiti Texas, Brownsville; Kolej Providence; Universiti A&M Texas Barat masing-masing di Amerika Syarikat; Universiti Nasional Chonnam dan Universiti Dongguk (Korea Selatan); Universiti Istanbul, Turki dan Universiti Peking, China. Panel ambil pandangan luar isu BERSIH 3.0 Putrajaya: Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan BERSIH 3.0 akan mendapatkan pandangan pakar luar negara berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan perhimpunan dan demonstrasi di negara masing-masing. Pengerusinya, Tun Hanif Omar, berkata pandangan itu termasuk berkaitan peralatan yang digunakan pihak berkuasa negara berkenaan untuk menyuraikan rusuhan. Kongsi pengalaman Katanya, negara terbabit termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada serta Pakistan berdasarkan pengalaman mereka berhadapan demonstrasi jalanan di negara itu barubaru ini. Beliau berkata, maklum balas mengenainya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan melalui perbincangan meja bulat antara anggota panel dan pakar berkenaan, selain akan turut disertai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kita mahu mengetahui undang-undang di negara itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan, falsafah dan metodologi, pembentukan dan peralatan diguna untuk mengawal orang ramai. “Sejauh mana mereka menerapkan protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam penguatkuasaan dan mengendalikan demonstrasi aman, perlindungan kepada media serta SOP bagi membolehkan kita berbincang pula dengan pakar kita demi kebaikan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Bebas bagimenyiasat BERSIH 3.0 kali kesembilan di sini, semalam. Pakar kendali demonstrasi Beliau sebelum itu bertemu wakil kedutaanAS, Britain, Kanada serta Pakistan bagi meminta bantuan mengenal pasti pakar dalam pengendalian demonstrasi di negara masingmasing, selain mendengar keterangan 10 saksi. Sultan Sharafuddin menabur bunga di makam Almarhumah Tengku Puteri Aishah di Makam Diraja, di Shah Alam, semalam. [FOTO OSMAN ADNAN/BH] Radin Umar (kiri) dan Arfah selepas mengumumkan UPM sebagai universiti pertama negara memperoleh akreditasi AACSB untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta SPP di Serdang, semalam. [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] FAKTA NOMBOR 800 orang Penuntut Sekolah Perniagaan Putra, Universiti Putra Malaysia Kita mahu ketahui undang-undang di negara itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan” Tun Hanif Omar, Pengerusi Panel Penasihat Bebas Perhimpunan BERSIH 3.0 Jenazah adinda baginda dimandikan diikuti solat jenazah di Masjid Istana Diraja, pekarangan Istana Alam Shah sebelum dikebumikan” Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, Ahli Majlis Diraja, Tengku Seri Wangsa Diraja
SELASA 31 JULAI 2012 20 NASIONAL Mangsa kelima kemalangan meninggal Anak menyamar ‘along' ugut bapa » Pemuda minta wang tebusan langsaikan hutang Kuantan: Seorang lagi mangsa kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di kilometer 18, Jalan Pintasan KuantanPelabuhan malam Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, semalam. Wan Samsiah Wan Abdul Ghani, 16, berasal dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang semalam selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan. Keadaan mangsa Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah, berkata mangsa kelima itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke ICU berikutan kecederaan parah dialaminya. Dalam kemalangan jam 11.15 malam Sabtu lalu, kereta PROTON Wira dinaiki lima sahabat dalam perjalanan dari arah pusat bandar Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan merempuh bahagian kanan treler membawa muatan bijih besi yang keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri jalan. Kereta berkenaan kemudian dirempuh sebuah kereta Honda yang juga menghala ke pelabuhan. Rempuhan itu mengakibatkan pemandu PROTON Wira, Mohd Shahidan Shaari, 26, serta penumpangnya, Mohd Shahafiz Othman, 22, dan Muhd Taufik Abd Rahman, 20, maut di tempat kejadian. Seorang lagi penumpang, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19, disahkan meninggal dunia jam 6 pagi kelmarin, ketika dirawat di HTAA. Pemandu treler berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail smohd@bharian.com.my Johor Bahru S eorang pemuda sanggup menyamar sebagai along bagi memeras ugut bapa sendiri untuk melangsaikan hutangnya dengan mendakwa dia diculik ceti haram. Penganggur berusia 25 tahun itu menghubungi bapanya kira-kira jam 9.50 malam pada 17 Julai lalu bagi meminta wang tebusan sebanyak RM3,000 jika mahu ‘anaknya' dilepaskan dengan selamat. Berikutan panggilan itu, bapanya berusia 61 tahun membuat laporan polis memaklumkan anaknya berada dalam tahanan along. Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata berdasarkan maklumat dan nombor telefon yang digunakan, pemuda terbabit dikesan menyembunyikan diri di rumah sepasang suami isteri dekat Taman Cahaya Masai, di sini. Katanya, berdasarkan maklumat berkenaan, polis menyerbu rumah pasangan terbabit, sebelum menahan suspek. Tangkapan dibuat “Susulan tangkapan itu, polis merampas telefon bimbit yang digunakan pemuda itu untuk menghubungi bapanya. Suspek sebenarnya tidak diculik mana-mana pihak, sebaliknya menyamar dan mendakwa dirinya diculik kerana kesempitan wang untuk melangsaikan hutang ditanggungnya. “Suspek yang pernah ditahan kerana mencuri wang di sebuah restoran sebelum ini, disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau sebat,” katanya. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja 17 tahun ditahan kerana memeras seorang wanita 24 tahun dengan mendakwa memiliki klip video adik mangsa yang sebaya dengannya. Zainuddin berkata, suspek menghubungi mangsa pada 24 Julai lalu dengan meminta RM5,000 bagi memastikan dia (suspek) tidak menyebarkan klip video yang menjatuhkan maruah adik serta keluarga wanita terbabit. Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi d i Taman Kim Teng di sini pada 27 Julai lalu. Polis merampas telefon pintar bersama kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. “Suspek dipercayai bekas kekasih adik wanita terbabit dan dikesan merakam video berkenaan ketika sedang bercinta. “Kes ini disiasat mengikut 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. Mangsa yang tidak mempunyai rekod lampau direman empat hari sehingga semalam," katanya. Suspek yang pernah ditahan kerana mencuri wang di sebuah restoran sebelum ini, disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau sebat” Zainuddin Yaacob, Ketua Polis Johor Bahru Selatan FAKTA NOMBOR RM3,000 Nilai wang tebusan yang diminta Ipoh: Hasrat seorang wanita menyambut Aidilfitri di rumah yang baru dibaik pulih berkecai apabila kediamannya itu musnah dalam kebakaran tengah hari semalam. Malah, Rasmah Kadir, 69, turut melecur di tapak kaki selepas terpijak bara ketika berlari keluar menyelamatkan diri dalam kejadian di Ulu Kuang, Chemor. Berikut kejadian itu, Rasmah dan cucunya, Mohd Alif Jamal, 6, kini tinggal sehelai sepinggang. Rumah baru dibaiki Rasmah berkata, rumah berkenaan baru saja dibaik pulihminggu lalu selepasmenerima peruntukan bencana alam berjumlah RM16,000 daripada FELCRA Berhad dan Hasrat raya di rumah baru musnah ADUN Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim (kanan) melawat mangsa kebakaran di Ulu Kuang, Chemor, semalam. Wanita ditahan bantu kes baling bahan letupan Nibong Tebal: Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes melempar bahan letupan hingga menyebabkan kematian seekor anak anjing dalam kejadian di Taman Tangling, Simpang Ampat, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata wanita berusia 44 tahun itu ditahan di rumahnya di Simpang Ampat, tujuh jam selepas kejadian. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi Sabtu lalu, satu letupan kuat menyebabkan seekor anak anjing berusia seminggu mati, selain sebuah kerusi plastik yang diletakkan di luar rumah pecah. Kejadian dipercayai berikutan mangsa, seorang suri rumah yang berusia 46 tahun gagal melunaskan hutang wang kutu bernilai RM6,000. Shafien berkata, siasatan awal polis dengan bantuan Unit Forensik di lokasi kejadian menemui kesan bahan letupan dipercayai mercun bola yang digumpal dalam jumlahbanyak sehinggamenghasilkan percikan api dan bunyi yang kuat. dicat biru sempena menyambut 1 Syawal nanti. Dalam suara yang sebak, Rasmah berkata, beliau dikejutkan dengan jeritan Mohd Alif yang ternampak asap menyelubungi atap dan api di bahagian bilik utama rumah berkenaan. “Selepas memastikan Mohd Alif sudah keluar rumah, saya cuba menyelamatkan barang berharga termasuk wang yang disimpan dalam bilik tetapi gagal apabila api marak. Jadi saya berlari keluar melalui pintu belakang dengan memi j a k bara api yang berserakan atas lantai sehingga tapak kaki cedera,” katanya. Penduduk kampung kemudian menghantar Rasmah ke Klinik untuk diberi rawatan. Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bilik sebelum merebak tetapi puncanya masih disiasat” Mohd Nasir, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh
31 JULAI 2012 SELASA 47 SUKAN Bukan rezeki saya: Haziq » Cabaran pemanah muda negara berakhir London “S aya tidak ada rezeki hari ini,” kata Haziq Kamaruddin (bawah) yang tewas pada pusingan penyingkiran pertama acara memanah individu di Lord Cricket Ground, semalam - sekali gus menamatkan cabaran dalam Olimpik kali ini. Pemanah berusia 19 tahun dari Johor itu tewas kepada lawan dari Kazakhstan, Denkis Gankin 6-4 mengikut format baru yang diperkenalkan. "Memang saya kecewa kerana meletakkan sasaran untuk beraksi dengan baik selepas gagal dalam acara berpasukan Jumaat lalu," KEPUTUSAN MEMANAH Individu lelaki - pusingan penyingkiran pertama Gankin Denis (KAZ) mn Haziq Kamaruddin 6-4 Ahmad Sarji puji prestasi atlit negara Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik ke-30, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merasa optimis walaupun Malaysia masih tercari-cari emas pertamanya, prestasi beberapa atlit yang telah beraksi di peringkat akhir menunjukkan peningkatan pencapaian peribadi mereka. Katanya, masih terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar kontinjen negara ketika temasya secara rasmi memasuki hari ketiga semalam, namun daripada lima acara akhir yang disertai atlit Malaysia sehingga kini, dua daripada mereka menunjukkan peningkatan. "Atlit dalam dua acara akhir setakat ini patut diberi pujian iaitu acara menembak dan lawan pedang kerana menunjukkan peningkatan peribadi," katanya. Ahmad Sarji berkata penembak tunggal wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi berjaya menempatkan dirinya di kalangan 34 daripada 56 penembak terbaik dunia dalam acara 10m Air Rifle. "Kedudukan itu akan menaikkan ranking dunianya dan bersedia untuk kejohanan seterusnya," katanya. Dia turut memuji prestasi atlit lawan pedang Yu Peng Kean yang menduduki ranking ke-37 dunia, namun dapat menewaskan lawan yang berada di kedudukan ke28, Zeid Mannad dari Mesir 15-12 di pusingan pertama acara Sabre Individu. " Wa l a u p u n Peng Kean kemudian dijinakkan Szilagyi Aron dari Hungary 1-15, namun lawannya itu ternyata jauh lebih tinggi standardnya daripada atlit kita. " P e n g Ke a n m e n u n j u k k a n p r e s t a s i membanggakan," katanya. Selain acara menembak dan lawan pedang, acara lain yang membabitkan atlit Malaysia di peringkat akhir setakat ini ialah memanah (Recurve Lelaki Berpasukan), berbasikal lebuh raya lelaki (250km) dan terjun (3m papan anjal seirama wanita). BERNAMA Koo-Tan tak peduli siapa bakal mereka ditemui Satu lagi kemenangan, hari ini harus melonjakkan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selaku juara Kumpulan D namun lawan mereka dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu, Chung Jae Sung-Lee YongDae dari Korea Selatan bukan calang-calang pasangan. Berpandu kepada rekod, lawan berkenaan sudah mengatasi pasangan negara 12 kali daripada 14 pertemuan lalu dan ranjau tampak sukar buat mereka menggalas statistik seperti ini. Dengan tiket ke suku akhir sudah pun dalam genggaman, apa yang menarik adalah keduadua pasangan ini juga mungkin ada strategi sendiri untuk mencari lawan lebih mudah dalam kelompok lapan terakhir untuk mengintai peluang mara ke separuh akhir - sekali gus menguatkan peluang memenangi pingat. Ini kerana pasangan Thailand Bodin Isara-Maneepong Jongjit membuat kejutan dalam beregu lelaki menewaskan pemain ranking lebih tinggi - Ko Sung HyunYoo Yeong Seong dari Korea Selatan dan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano dalam Kumpulan C. Salah satu pasangan ini yang bermain lewat malam tadi akan tersingkir. Tidak dinafikan pasangan Malaysia mahu mengelak Sung Hyun-Yeong Seong dan pertemuan hari ini seperti memberi gambaran kemungkinan Kien KeatBoon Heong dan Jae Sung-Yong Dae tidak mahu menang. "Situasi ketika ini menarik. Kita akan lihat reaksi pasangan Korea itu kerana mereka tidak menjangka akan berada dalam situasi ini. "Apa yang pasti Korea Selatan tidak mahu melihat pasangan mereka bertembung sesama mereka dalam suku akhir," kata pengurus pasukan, Ng Chin Chai, semalam. Namun, Kien Keat bernada berbeza apabila berkata mereka tidak peduli siapa bakal ditemui selepas ini kerana pada tanggapannya tiada perlawanan mudah di Olimpik. "Kami harus menewaskan pasangan terbaik jika mahu menang dan itulah fokus kami sekarang," katanya. Atlit dalam dua acara akhir setakat ini patut diberi pujian iaitu acara menembak dan lawan pedang kerana menunjukkan peningkatan peribadi" Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid Ketua kontinjen negara katanya selepas menamatkan cabaran. Mengikut format baru itu, setiap atlit yang menang satu set diberi dua mata manakala seri, satu. Apa pun, dia berharap akan terus diselitkan dalam program Persatuan Kebangsaan Memanah Malaysia (NAAM) untuk masa depan. Sementara itu, pengurus pasukan, Tan Sri Halil Mutalib berkata, kesilapan berlaku apabila Haziq terlalu ghairah dan cuba untuk menang dengan cepat. “Dalam situasi seperti itu dia harus mengekalkan tempo dan memberi tumpuan kepada set terakhir itu, tapi saya tidak salahkan Haziq, mungkin dia kurang pengalaman kerana pertama kali beraksi di Olimpik,” katanya. Gankin menang 6-4 mengikut format baru diperkenalkan. Boon Heong (kiri) dan Kien Keat akan bertemu beregu Korea Selatan, Jae Sung-Yong Dae dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
P enyelesaian dianjurkan Islam bagi mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja seperti seks bebas perlu diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata seseorang yang terbabit perzinaan disebabkan kegagalan benteng diri mengawal nafsu seks yang memuncak. Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama tetapi hanya Islam saja yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan Islam ini tepat kerana perbuatan berzina menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan. Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seseorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti mendekati perzinaan. Begitu juga yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Mereka yang bukan muhrim berdua-duaan di tempat sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah alIsraa', ayat 32) Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin − SELASA 31 JULAI 2012 34 ≤AGAMA Longlai lalui 10 malam terakhir Ramadan M alam awal Ramadan, masjid dan surau cukup meriah. Ramai yang datang untuk menunaikan solat sunat terawih berjemaah, menyertai tadarus al-Quran dan sebagainya. Tidak perlu menunggu fasa terakhir Ramadan, kemeriahan itu semakin beransur suram pada pertengahan Ramadan. Ia bertambah suram lagi menjelang malam terakhir Ramadan. Dengan kata lain, semakin meningkatnya hari dalam bulan Ramadan, semakin berkuranglah jemaah di rumah Allah SWT. Jika ditanyakan kepada golongan ini kenapa mereka tidak ke masjid atau surau, pelbagai alasan diberikan. Penat bekerja, imam membaca surah terlalu panjang, di rumah pun boleh solat, menjaga anak kerana isteri sibuk membuat persiapan raya, membuat kuih raya dan baju raya. Hal ini jelas bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW yang berusaha mempertingkatkan amal ibadah, lebihlebih lagi menjelang malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Saidatina A'isyah, Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, mengejutkan ahli keluarganya dan menunaikan solat sunat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Punca utama berlaku situasi begini kerana kurangnya penghayatan keistimewaan dan kelebihan Ramadan yang banyak dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibuka pintu syurga, dikunci pula pintu neraka dan semua syaitan akan dibelenggu.” (Riwayat Muslim) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah SWT semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Selain itu, dijelaskan dalam hadis diriwayatkan Saidatina A'isyah, Rasulullah SAW bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan.” (Riwayat al-Bukhari) Apabila kurangnya penghayatan terhadap keistimewaan dan kelebihan Ramadan, amalan sunat yang dilakukan bagaikan tiada roh, malah mereka tidak sedikit pun merasai kelazatannya. Hal ini menyebabkan mereka mudah menjadi malas dan lalai. Sifat malas dan lalai menyebabkan manusia tidak merasai sebarang kerugian walau tidak memperbanyakkan amalan sunat pada Ramadan. Dengan itu, rahmat dan hikmah dihidangkan oleh Ramadan tidak dapat dimanfaatkan dengan betul. Jika umat Islam benar-benar menghayati keistimewaan dan kelebihan Ramadan, nescaya mereka tidak akan melepaskan peluang mengerjakan amal ibadah sepanjang Ramadan dengan hati ikhlas, tenang dan sempurna. Masjid dan surau juga akan dipenuhi jemaah dari awal hingga akhir Ramadan. suami isteri juga adalah sedekah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: Adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala.” Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan ditetapkan Islam adalah wajib. Berdasarkan pandangan ahli fiqh dan hadis, mereka yang berkemampuan zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah lain kerana dikhuatiri berlaku maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ingatlah, dasar hukum perkahwinan ditetapkan Islam tidak membebankan. Majlis walimah atau kenduri kahwin hendaklah mengelak pembaziran. Pihak berkuasa pula perlu mempermudahkan urusan bagi pasangan yang sudah mencukupi segala syarat demi menutup pintu kemaksiatan. Jadikanlah hidup berkeluarga sebagai satu ibadah yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Ingatlah bahawa Islam mengharamkan perzinaan tetapi mengizinkan perkahwinan secara yang sah. Firman Allah: “Dan di antara tandatanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Ruum, ayat 21) Cara terbaik kawal nafsu, cegah gejala sosial Pilih kahwin jika takut zina Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah SWT semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu” → HIZBUR RAHMAN ← DR MOHD SHUKRI HANAPI Pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang ... ”
Oleh Nazmi Yaakub nazmi@bharian.com.my Laman blog The Literary Saloon: The Literary Weblog at the Complete Review mempersoalkan mekanisme pengadilan Hadiah Sastera Man Booker yang hanya mendedahkan judul yang disenarai panjang, tetapi merahsiakan tajuk novel yang dicalonkan. Dua belas novel daripada 145 penyertaan diumumkan Pengarah Sastera Yayasan Hadiah Booker, Ion Trewin, iaitu The Yips karya Nicola Barker; The Teleportation Accident (Ned Beauman); Philida (Andre Brink); The Garden of Evening Mists (Tan Twan Eng); Skios (Michael Frayn) dan The Unlikely Pilgrimage of Harold Fry (Rachel Joyce). Novel yang turut disenarai panjang ialah Swimming Home (Deborah Levy); Bring up the Bodies (Hilary Mantel); The Lighthouse (Alison Moore); Umbrella (Will Self);Narcopolis (Jeet Thayil) dan Communion Town (Sam Thompson). Bagaimanapun, pengarang blog The Literary Saloon, MA Orthofer, menganggap mekanisme itu menyebabkan pembaca umum tidak mengetahui langsung situasi sebenar novel yang dipertandingkan. “Mekanisme ini yang didakwa sebagai anugerah kepada novel terbaik karya penulis warganegara United Kingdom (UK), Komanwel dan Republik Ireland. Kenyataan novel terbaik yang dihantar untuk dipertimbangkan hadiah ini meragukan,” katanya dalam blog itu. Orthofer dalam blog berkenaan berkata, pihak yang terbabit dalam Man Booker dan kebanyakan hadiah sastera lain, selalu menggembar-gemburkan dakwaan itu dengan hanya menegaskan ‘kami menilai buku terbaik' tanpa mendedahkan titik permulaannya. “Man Booker sebenarnya betul-betul hadiah yang memberi gambaran salah kerana mereka hanya membenarkan setiap penerbit untuk menghantar dua judul, sedangkan banyak syarikat yang memiliki judul lain yang sepatutnya turut boleh dipertandingkan,” katanya. Orthofer dalam blog berkenaan berkata, sebab sebenar senarai penuh novel yang dicalonkan tidak didedahkan kepada umum, sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat tentang prestij hadiah berkenaan. “Satu-satunya penjelasan dapat saya fikirkan - secara sinis dan syak terhadap penerbit syarikat yang terbabit mahu terus berdalih dengan pengarang mereka kononnya sudah menghantar novel kepada hadiah itu sedangkan tidak berbuat demikian,” katanya dalam blog berkenaan. Secara sinis, Orthofer membuat analogi bahawa acara pecut 100 meter Sukan Olimpik yang tidak mendedahkan identiti pelumba lari pada peringkat saringan, sebaliknya penonton hanya mengetahuinya pada peringkat separuh akhir. “Negara peserta boleh mencalonkan sesiapa saja pada peringkat saringan yang diadakan secara tertutup dan hanya 12 atau 13 pelumba paling pantas dipilih. “Absurd, bukan? Negara peserta dengan mudah memberi nama pelumba terpantasmereka, tetapi sesiapa yang mengikuti pelbagai peringkat saringan Olimpik pasti mengetahui keperluan wujudnya kayu ukur yang objektif,” katanya dalam blog berkenaan. Pada masa sama, Orthofer memuji Anugerah Buku Pertama Guardian yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu kerana menyenaraikan semua novel yang dihantar, selain Anugerah Sastera Impac Dublin (IMPAC), Anugerah Buku Terjemahan Terbaik, Anugerah Sastera Ketua Gabenor Kanada, Hadiah Penterjemah Helen dan Kurt Wolff. Kemelut Hadiah Sastera Man Booker ramai teman sepejabat yang menjadi penjual kuih raya saban Ramadan sehingga penuh bonet kereta dengan pelbagai kotak kek dan botol biskut ketika pulang berhari raya. Sejak tahun itu, tiada lagi istilah ‘kuih tunjuk' untuk Salina dan sudah dua tahun buat biskut sendiri baru dirinya berasa, tidaklah susah membuat biskut raya, selain keghairahan mencuba resipi baru dan membuat biskut sendiri menyebabkan bukan hanya Aidilfitri, sambutan Aidiladha pun diserikan dengan biskut moden penuh meja. “Saya anggap ini pencapaian peribadi. Sekurang-kurangnya selain menulis, saya boleh juga membuat biskut dan kek. Kesungguhan saya mempelajari ilmu baru ternyata berbaloi kerana tahun ini, saya bersama-sama lima lagi sahabat penulis, menghasilkan buku Koleksi Resipi 6 Sahabat Norhayati Berahim terbitan NBKara,” katanya. SASTERA ≥ 37 31 JULAI 2012 − SELASA an bangsa Melayu dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Bagaimanapun pegawai itu akhirnya sedar bangsa Melayu mampu berdikari, mempunyai nilai budaya tinggi dan tidak mudah dimanipulasi seperti diyakini Bob selepas belajar mengerti perasaan dan cara hidup masyarakat tempatan sehingga berpendirian rakyat tempatan perlu diberi peluang untuk berdikari di tanah air mereka sendiri. Kakitangan Bahagian Pentadbiran Am, DBP, Rasdi Daud, memilih cerpen Keris Mas kegemarannya, Runtuh, dengan persoalan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa dan dihayati sepenuhnya sehingga khalayak berasa getaran jiwa Allahyarham Keris Mas. Tidak ketinggalan majlis itu turut diserikan dengan persembahan lagu puisi sarat motivasi nukilan Keris Mas, Pelita Yang Tak Padam-padam dan Tuhan Membujuk karya Kemala, dipetik daripada antologi Meditasi Dampak 70, oleh Grup Lagu Puisi, E-Sastera, pimpinan Ilya Kablam. Walau ribut taufan menderu halilintar membelah menggegar bumi walau gelap lembap membeku di muka jalan medan bakti. Walau jasad hidup merana walau dihimpit ditindas ganas pelita cinta kan hidup jua menyinar jiwa hasrat bebas. Acara yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Sallehudin Abang Shoekran, sunyi seketika tatkala Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2005, Abdul Ghafar Ibrahim atau AGI, muncul dengan gerak bersahaja, lakonan dan penyampaian dialog memukau ketika beraksi dengan cerpen Keris Mas, Ekor Kepala. Ekor Kepala naskhah yang sarat dengan nasihat dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menjadi ‘pak turut' dalam segala hal seperti dapat dihayati dalam petikan berikut: “Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan, satu hilang dan keduanya terbilang. Tuan keramat orang perjuangankah? Yang pasti dia orang besar dan kaya, hilang atau hanya terbilang? Tuan keramat itu berertikah hingga kekalahannya tidak menjadikan dia hilang. Esok atau lusa dia tidak akan berfungsi lagi. Dia tidak berfungsi, dia pasti hilang. Dia hanya bererti apabila ada orang mengekori, memuja, memuji, mengangkat dan mengampu. “Aku?Akubelum mahu hilang lagi. Aku mesti mencari benda lain yang ada fungsi. Kalau tuan keramat tidak bererti dan tidak berfungsi untuk diekori lagi, aku mestilah mencari orang yang berfungsi dan bererti untuk diekori supaya aku sendiri tidak hilang dan dapat berfungsi terus. Kamu jangan jadi pengekor terus. Fungsi kamu, kamu saja yang harus menentukannya. Tidak mungkin, kenapa tidak mungkin? Aku hanya orang kecil. Kamu kecil kerana hanya mahu menjadi ekor? Mengapa tidak mahu menjadi kepala?” Kehangatan acara diteruskan pelakon lelaki popular tanah air, Datuk Jalaludin Hasan yang menyampaikan cerpen, Salah Pimpin, mengisahkan pentingnya pemimpin sedar tanggungjawab menentukan hala tuju masyarakat dan meskipun temanya serius gelagat beliau ketika meniru suara watak utamanya, Halimah, mengundang tawa khalayak. Acara pagi itu turut diserikan dengan persembahan akustik oleh pendatang baru daripada Persatuan Sasterawan NUMERA, Umar Uzair yang menyampaikan beberapa lagu secara akustik termasuk lagu popular dari negara jiran Indonesia, Widuri. Ok. Testing, testing, tiga.. dua...satu ngap! Adei! mak aih kerasnya! Wahai kuih, walaupun rupa dan baumu bagai kuih semperit, namun dirimu adalah batu bata yang menyamar sebagai kuih semperit. Dengan itu kuih ini harus layak digelar kuih perit nak gigit! Hah, alang-alang kau lepak kat dapur ni, cuba kau rasa kuih semperit buatan aku. Jangan main-main, ini air tangan Master Chef tau. Hei! Hati ini terasa dilukai tau! Rasdi Daud Grup Lagu Puisi memetik lagu puisi sarat motivasi daripada antologi Meditasi Dampak 70. SASTERA.COM
SELASA 31 JULAI 2012 46 SUKAN INFO Aksi atlit Malaysia Hari ini Memanah Cheng Chu Sian mln Khairul Anuar Mohamad - (Individu lelaki, pusingan awal (5.30 petang) Nurul Syafiqah Hashim mln Lin Chia En (Taiwan) Individu wanita, pusingan awal (10.20 malam) Badminton Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mln Chung Jae Sung-Lee Yong Dae (Kor) - Beregu lelaki, peringkat kumpulan (esok, 1.30 pagi) Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mln Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam (Thai) - Beregu campuran, peringkat kumpulan (3.30 petang) Terjun Pandalela Rinong-Leong Mun Yee - Final 10m platform seirama wanita (10 malam) Perahu layar Khairulnizam Mohd Afendy - Perlumbaan Laser lelaki 3 & 4 (7 malam) Der Burgh gah akhiri kemarau pingat emas Afrika Selatan Kecederaan Azizulhasni tak cetus resah Sebutir pingat dalam bayangan » Pandelela, Mun Yee sandaran terbaik 10 meter platform seirama wanita Kecederaan Azizulhasni Awang harus tidak menerbitkan rasa bimbang lagi. Semalam, pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamed menyuarakan dengan wajah yakin betapa ikon sukan negara itu sudah bersedia menyahut cabaran dalam acara trek pecut dan keirin pada 4 dan 7 Ogos ini. Dia juga menepis tanggapan pemerhati yang menyifatkan pelumba negara berusia 24 tahun itu yang juga dikenali sebagai Pocket Rocket Man akan bergelut dalam kedua-dua acara berkenaan pada satu tempoh singkat ketika digamit impian besar memburu pingat pertama negara. "Ketika iniAzizulo.k... dia tampak sudah bersedia dan bertekad memberi yang terbaik. Diamenunjukkan petanda positif dalam latihan dan rasa yakin selepas rawatan dan laporan doktor," kata Naim yang beranggapan wira negara itu tetap memiliki semangat waja menempuh cabaran di London. Azizulhasni tercedera di Jerman dua minggu lalu apabila terjatuh dalam satu perlumbaan pecut ketika bergeseran dengan tiga pelumba dalam ujian terakhir sebelum berlepas ke England tetapi jurulatihnya, John Beasley baru-baru ini juga menyuarakan anak didiknya itu sudah pulih dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Azizulhasni yang lebih mesra dengan panggilan Jijoe akan memulakan cabaran dalam acara pecut pada 4 Ogos ini dan andai layak ke final penentuan pingat untuk negara bakal disaksikan pada 6 Ogos. Acara keirin adalah sehari selepas itu. Jadual perlumbaannya tampak padat kerana berkayuh dalam tempoh empat hari untuk kedua-dua acara - ditambah kecederaan yang baru pulih itu. Persoalannya apakah dia dapat fokus nanti. Apa pun, Naim berkata itu bukan satu masalah besar kerana Jijoe sudah bersedia dan misi itu bukan mustahil untuk ditempuhi. "Chris Hoy pun beraksi dalam tiga acara di Sukan Olimpik 2008 tapidia jugamampumeraihpingat emas. Jadi saya meletakkan Azizul setaraf dengan kemampuan pelumba Britain itu. Itu bukan satu alasan... dia boleh," katanya. Rekod dunia acara pecut adalah milik Kevin Sireau dari Perancis yang merakamkan 9.572 saat di Moscow pada2009manakala rekodOlimpik milik, Hoy, 9.815 dilakukan di Beijing empat tahun lalu. Perenang Afrika Selatan, Van der Burgh terpaksa membendung emosinya, menggerak-gerakan jarinya bagai tidak percaya melihat skrin di atas kolam renang betapa dia mencatat rekod baru dunia 100 meter kuak dada dan memenangi emas pertama buat negaranya di Sukan Olimpik 2012. Kejayaan atlit berusia 24 tahun itu menjadikannya perenang pertama Afrika Selatan memenangi emas Olimpik dalam acara renang individu, selepas memperagakan kuak bertenaga meninggalkan juara bertahan Kosuke Kitajima dan pemegang rekod sebelum ini Brenton Rickard. Dia mencatat rekod baru dunia dengan kepantasan 58.46 saat, mengatasi rekod lama 58.58s milik Rickard yang dicipta pada 2009. Dia juga meleburkan rekod lama Sukan Olimpik dengan mencatat kepantasan baru 58.83s dalam separuh akhir Sabtu lalu. “Ketika saya datang malam ini, saya berkata kepada diri saya sendiri ‘seorang lelaki boleh mengubah bintangnya, anda boleh menulis malam ini mengenai nasib anda'. Saya mempunyai peluang dan memanfaatkannya,” katanya yang berbaring di kolam renang tanda meraikan kejayaan itu. Der Burgh berkata dia kemudianmelihat ke langit -mengingati pencabarnya dari Norway dan juara duniaAlexanderDaleOen, yang meninggal dunia awal tahun ini akibat serangan jantung. “Saya tahu mungkin dia mentertawakan saya, berfikir ‘bagaimana kamu boleh mencatat kepantasan ini?” Kejayaan der Burgh itu menamatkan kemarau pingat buat Afrika Selatan, selepas gagal menang sebarang pingat di Beijing 2008 , kekecewaan se lepas Athens apabila ‘kuartet terbaik' menang emas dalam 4x100 gaya bebas, diikuti perak dan gangsa individu daripada Roland Schoeman. Reuters Van der Burgh (kanan) meraikan kejayaan meraih pingat emas 100m kuak dada, semalam. Pesaing Pandelela-Mun Yee, wakil China Ruolin berlatih acara 10m platform seirama, semalam. London H ari ini bayangan sebutir pingat untuk skuad negara daripada acara terjun tetap wujud andai berpandu kepada pencapaian Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam disiplin 10 meter platform seirama wanita pada kejohanan utama sebelum ini. Di Pusat Akuatik kira-kira jam 10 malam ini, waktu Malaysia tidak mustahil pingat pertama untuk kontinjen negara bakal dituai di sebalik hakikat betapa perkasa pasangan China, Chen Ruolin-Wang Hao untuk menang emas dan mempertahankan gelaran mereka. Kini perak dan gangsa harus diburu Pandelela dan Mun Yee dan segala-galanya terarah kepada tumpuan serta keadaan mental serta fizikal dua wanita harapan negara itu. "Kami akan cuba membawa pulang pingat untuk negara," kata Pandelela yang diberikan pengiktirafan selaku pembawa Jalur Gemilang upacara pembukaan Sukan Olimpik, Jumaat lalu. "Saya sudah mendapat suasana pertandingan ketika ini selepas acara 3m papan anjal seirama wanita, kelmarin dan percaya gandingan kami boleh mencipta sesuatu yang positif esok (hari ini)." Pencapaian terkini pasangan negara adalah memenangi perak di Siri Dunia di Beijing pada 2011 dan gangsa Kejohanan Dunia 2009 di Rome. Kelmarin, Pandelela berpasangan dengan Cheong Jun Hoong dari Ipoh, Perak untuk menghuni tangga tercorot acara 3m papan anjal seirama selepas mempamerkan aksi buruk pada terjunan pertama, khususnya daripada jaguh negara itu. Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 itu berkata tidak seperti dengan Jun Hoong, gandingannya bersama Mun Yee lebih serasi dan percaya dia akan bangkit untuk menyerlah selepas hampa kelmarin.
32 ≤NASIONAL − SELASA 31 JULAI 2012 Perbelanjaan keluarga ketika Ramadan biasanya meningkat dan apakah FAMA membuka pasar tani untuk menjual barangan dengan harga murah. Menjelang Aidilfitri pula, apakah langkah FAMA untuk memastikan bekalan kelapa mencukupi? Siti Aminah Ramlan Bukit Mertajam, Pulau Pinang FAMA menyediakan 32 lokasi pasar tani khas sepanjang Ramadan di seluruh negara dengan menawarkan harga berpatutan bagi membantu meringankan perbelanjaan pengguna. Pasar tani berkenaan beroperasi setiap hari mulai 1 Ramadan bermula jam 2 petang hingga waktu berbuka puasa. Selain pasar tani mingguan, FAMA juga menyediakan Pasar Tani Pra Syawal pada 12 hingga 18 Ogos depan. Bagi memastikan bekalan kelapa menjelang Aidilfitri mencukupi, FAMA akan mengimport tiga juta biji kelapa dari negara jiran. FAMA sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan kekurangan bekalan kelapa tetapi kami percaya mampumengatasinya tahun ini berdasarkan bekalan dalam negara yang mencukupi. Berdasarkan rekod, seramai 500,000 orangmengunjungi pasar tani FAMA di seluruh negara tahun lalu dan kami yakin konsep jimat belanja dapur di pasar tani yang diperkenalkan sejak awal tahun ini mampu meningkatkan jumlah pengunjung. Ahmad Ishak Ketua Pengarah FAMA SUARA KOMUNITI Suara Komuniti me­ ngetengahkan masalah rakyat dan akhbar ini akan membantu pembaca men­ dapatkan maklum balas pihak berwajib. Sila han­ tarkan aduan anda ke Suara Komuniti Berita Harian, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e­mel ke suarakomuniti@ bharian.com.my. 32 pasar tani khas sepanjang Ramadan Berapakah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang sudah beroperasi di Sabah? Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadangmenambah bilangannya di Sabah dan di seluruh negara? Patrick Mosinoh, Kota Kinabalu, Sabah KR1M pertama beroperasi di Sabah adalah di Inanam, dekat Kota Kinabalu pada 29 Jun lalu. Ada 265 produk 1Malaysia dijual di KR1M Inanam dengan rekod jualan tertinggi RM24,000 dicatatkan pada 1 Julai lalu. Saya meminta penjelasan Kumpulan Wang Simpanan Peker ja (KWSP), jika rumah pertama sudah dijual apakah boleh dikeluarkan wang akaun kedua untuk melangsaikan pinjaman rumah kedua yang kini menjadi rumah pertama? Pelanggan KWSP Kuala Lumpur Untuk makluman, mengikut peraturan apabila rumah pertama sudah dijual, secara automatik rumah kedua dikira sebagai rumah pertama. Justeru, pencarum KWSP berhak mengeluarkan akaun kedua KWSP untuk pembiayaan rumah terbabit. Jurucakap KWSP KR1M bantu rakyat berpendapatan rendah. [GAMBAR HIASAN] FAMA menyediakan pasar tani khas sepanjang Ramdan. [GAMBAR HIASAN] Bagi memastikan bekalan kelapa menjelang Aidilfitri mencukupi, FAMA akan mengimport tiga juta biji kelapa dari negara jiran. FAMA sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan kekurangan bekalan kelapa tetapi kami percaya mampu mengatasinya tahun ini berdasarkan bekalan dalam negara yang mencukupi.” 6 lagi KR1M akan dibuka di Sabah Boleh keluar KWSP jika jual rumah pertama KPDNKK memang bercadang menambah KR1M dan untuk tujuan itu, enam lagi KR1M akan beroperasi di seluruh Sabah menjelang akhir tahun ini iaitu dua di Kota Kinabalu dan masingmasing satu di Sandakan, Lahad Datu, Tuaran dan Keningau. Enam permohonan untuk membuka kedai berkenaan sudah disenarai pendek dan KPDNKK akanmelihat lokasi premis itu bagimemastikan ia tidak dibina berhampiran pasar atau gerai. Kita menyasarkan 85 KR1M beroperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Setakat ini, 47 KR1M sudah beroperasi manakala baki 38 lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan untuk beroperasi sebelum akhir tahun ini. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Enam permohonan untuk membuka kedai berkenaan sudah disenarai pendek dan KPDNKK akan melihat lokasi premis itu bagi memastikan ia tidak dibina berhampiran pasar atau gerai”
1731 JULAI 2012 SELASA LED LED LEDLED LED LED
Dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M'sia) Bhd. (4485-H), 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. Loji Daerah - No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor; Lot 322 & 323, Kawasan Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang; Lot PLO 2 & 3, Kawasan Perindustrian Senai, 81400 Senai, Johor; Lot PT 5319, Kawasan Perindustrian Ajil, 21800 Hulu Terengganu, Terengganu. 1234. bhsukan@bharian.com.my SUKAN − SELASA 31 JULAI 2012 − TEL: 1-300-22-6787 − FAKS 03-20567081/82 l London H aziq Kamaruddin nyata kecewa apabila tersingkir dalam acara memanah individu pusingan penyingkiran selepas berusaha memberi cabaran kepada lawan dari Kazakhstan, Denkis Gankin, semalam. Pemanah berusia 19 tahun dari Johor itu tewas 6-4 dalam aksi di Lord Cricket Ground, sekali gus menamatkan cabarannya di Sukan Olimpik ini selepas gagal dalam acara Recurve Lelaki Berpasukan, Jumaat lalu. Pengurus pasukan, Tan Sri Halil Mutalib berkata, kesilapan Haziq ialah dia terlalu ghairah dan cuba mencapai kemenangan dengan cepat dan gagal mengekalkan tempo serta memberi tumpuan pada set terakhir. ≤ Sukan 46 » Jijoe di tahap terbaik  Sukan 46 » Hamidin, KAFA jawap surat  Sukan 42 HARIMAU MALAYA MELAWAN Pungutan pingat E P G JUMLAH China 7 4 2 13 Amerika S 3 5 5 13 Itali 2 4 2 8 Perancis 2 1 3 6 Korea S 2 1 2 5 Russia 2 0 3 5 Korea U 2 0 1 3 Kazakhstan 2 0 0 2 Jepun 1 3 3 7 Romania 1 2 0 3 Australia 1 1 1 3 Brazil 1 1 1 3 Hungary 1 1 1 3 Belanda 1 1 0 2 Georgia 1 0 0 1 Afrika S 1 0 0 1 Great Britain 0 1 1 2 » Sepanyol malu besar pulang awal  Sukan 43 » Akur kepada kehebatan atlit Kazakhstan Haziq kecewa Juara EPL, Manchester City mempamerkan persembahan memukau tetapi anak buah K Rajagobal mampu meledak satu gol melalui Azamuddin Akil pada minit akhir perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. ≤ Sukan 47 1-3
SELASA 31 JULAI 2012 30 NASIONAL Ketinggalan zaman, tak ikut budaya global JERSI BOLA KOREA SELATAN Cabaran umat Islam cari makanan halal Kebanjiran pekerja asing gugat peluang anak muda tempatan PELAUT Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memadamkan api pada kapal MT Bunga Alpinia yang meletup dan terbakar. P erlawanan bola sepak persahabatan antara skuad Harimau Malaya dan Arsenal membuktikan peningkatan mutu permainan pasukan negara. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk K Rajagobal kerana berjaya membentuk pasukan mantap. Tahniah juga kepada pemain pertahanan, Mohamad Azmi Muslim kerana jaringan bertaraf dunia. Jersi perlu diperkemas Bagaimanapun, saya tidak puas hati jersi pasukan negara yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak mengikut budaya bola sepak dunia. Kita tidak pasti berapa banyak jersi dimiliki pasukan Malaysia, sedangkan kebanyakan negara mempunyai dua corak jersi saja. Jersi Harimau Malaya perlu diperkemaskan. Pada kejohanan EURO12 tempoh hari, rata-rata pasukan mengguna satu atau dua warna saja dan perbezaan antara jersi utama dan kedua amat ketara. Kalau jersi utama berwarna gelap, jersi kedua berwarna cerah, begitulah sebaliknya. Mungkin kerana corak permainan mereka agak laju jika dibanding dengan corak pemain kita. Di samping itu juga mereka mengurangkan corak di bahagian badan untuk memperjelaskan lagi penglihatan ketika dalam permainan. Untuk jersi Harimau Malaya, saya mencadangkan warna hitam di bahagian lengan ‘dikuningkan' supayamemudahkan penglihatan antara pemain dan sekiranya pasukan Arsenal menggunakan seluar berwarna gelap, kita sepatut menggunakan warna cerah. Keadaan ini selalu diamalkan pada perlawanan peringkat antarabangsa. Jersi kedua perlu lebih menarik Pada hemat saya, jersi kedua pasukan negara perlu diubah supaya lebih menarik. Corak di lengan berwarna merah dan putih dialihkan ke bahagian dada seperti pasukan Russia, Itali dan Sweden. Bahagian lengan amat penting. Pasukan Malaysia juga boleh menambah jersi ketiga berwarna putih untuk digunakan sekiranya kedua-dua jersi sebelum ini menyamai warna pasukan lawan. Pasukan Malaysia juga perlu beri keutamaan pada jersi pertama dan kedua. Sepatutnya kuning jika bermain di tempat sendiri dan biru di tempat lawan. Malangnya, pasukan Malaysia ikut suka hati saja memilih warna jersi, sama ada bermain di tempat sendiri atau luar negara. Zaidi Mohammad, Batu Berendam, Melaka. P eluang mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran Universiti Malaya dengan kerjasama Dongseo Digital University, Busan Korea Selatan selama seminggu memberi pengalaman yang cukup bermakna. Bukan saja dapat mengenali Korea Selatan dengan lebih dekat, malah menjejaki syiar Islam di negara kepulauan berkenaan. Banyak pengusaha restoran bukan Islam Cabaran utama Muslim di sana adalah mencari makanan halal. Penulis difahamkan amat sukar untuk mencari makanan halal di wilayah Busan kerana ramai pengusaha restoran bukan beragama Islam. Penulis pernah melawat Beijing, China dan keadaan jauh berbeza daripada Korea Selatan. Banyak makanan halal boleh diperoleh kerana penganut Islam ramai di China. Kebanyakan yang menjual makanan halal di Korea Selatan adalah pendatang dari Turki dan Indonesia. Dianggarkan 35,000 umat Islam di Korea selatan. Jumlah ini terlalu kecil berbanding negara lain di Asia Timur. Bagaimanapun angka dijangka bertambah hasil kemasukan pendatang yang terbabit dalam pelbagai sektor pekerjaan. Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, Batu Kikir, Negeri Sembilan. T anggal 26 Julai 2012 merekodkan satu lagi sejarah hitam industri perkapalan Malaysia. Kapal tangki kimia (chemical tanker) MT Bunga Alpinia milik MISC Berhad meletup dan terbakar ketika melakukan operasi kargo di Jeti Petronas Methanol Labuan. Sehingga hari ini, empat disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang. Insiden ini menjadi bualan dalam laman sosial, dan turut menjadi tajuk utama media tempatan serta media maritim antarabangsa. Kejadian ini berlaku sebulan selepas sambutan Hari Pelaut, dan beberapa hari sebelum sambutan Hari Pahlawan. Sambutan Hari Pelaut Mungkin masyarakat tidak menyedari wujudnya sambutan Hari Pelaut. Hari Pelaut disambut secara global pada 25 Jun setiap tahun, bermula pada 2011 apabila Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) berasakan adanya keperluan untuk mewujudkan hari khusus untuk meraikan dan menghargai pelaut. Hampir 90 peratus dagangan dunia diangkut melalui jalan laut. Sektor minyak dan gas luar pantai juga memerlukan sokongan perkapalan. Maka, pelaut yang menjadi nadi utama sektor penting ini. Insiden terbaru ini berlaku di pelabuhan danmemberi peluang kepada media untuk membuat liputan. Selain agensi kerajaan yang berusaha keras memberi bantuan, banyak kapal di kawasan berhampiran yang turut sama berusaha memadamkan kebakaran. Bagaimanapun, banyak lagi insiden lain yang berlaku di tengah laut yang tidak dapat diketahui pihak media. Pelaut tiada tempat lain untuk berlindung, sebaliknya terkepung oleh lautan luas yang terbentang, terpaksa berusaha sendiri menyelamatkan nyawa, kapal dan mengelakkan pencemaran. Tiada siapa yang dapat membantu. Bomba dan ambulans beribu batu jauhnya di daratan. Kerana itulah, apabila berlaku kecemasan di laut, kapal yang ada berhampiran akan menangguhkan operasi mereka dan mengubah haluan semata-mata untuk memberikan bantuan. Ramai pelaut asing Bagaimanapun, banyak lagi masalah yang dihadapi pelaut Malaysia. Kebanjiran pelaut asing untuk berkhidmat di atas kapal Malaysia sedikit sebanyak merebut dan mengganggu gugat peluang pelaut Malaysia untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, industri ini yang memerlukan tenaga kerja dengan kemahiran dan kecekapan tinggi yang perlu ditimba melalui pengalaman, turut kurang mengambil bahagian dalam melatih pelaut baru sebagai perantis, sebaliknya lebih gemar menggaji pelaut asing yang juga tiada pengalaman. Senario ini menyebabkan pelaut muda yang berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mengikuti latihan akhirnya tidak mendapat peluang untuk menjadi perantis di kapal seterusnya membantutkan usaha mereka untuk menjadi pelaut. Kaji, selesai masalah dihadapi pelaut Malaysia Pihak berkuasa perlulah membuka mata mengkaji dan menyelesaikan banyak lagi masalah yang membelenggu pelaut Malaysia. Salah satunya adalah dengan mengetatkan kawalan ke atas kemasukan pelaut asing untuk berkhidmat di atas kapal Malaysia. Peraturan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) boleh dimantapkan untuk tujuan ini. Setiap kapal Malaysia seharusnya dianggotai oleh majoriti pelaut tempatan. Dengan sokongan berterusan dan mantap daripada kerajaan, pastinya golongan pelaut akan membayar balik dengan bekerja bersunguhsungguh dan produktif bagi meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, bidang ini juga akan terus diminati oleh anak muda yang inginkan cabaran dalam industri yang amat mengujakan ini. Akhir sekali, sudah tiba masanya bagi masyarakat untuk mengubah persepsi mereka terhadap pelaut. Pelaut zaman ini bukan lagi seperti zaman gelap sebelumnya. Mereka adalah profesional, yang bekerja keras, yang bekerja dalam persekitaran yang berisiko dan mencabar. Sekadar ingin berkongsi, pada ketika kami bersungguh-sungguh mendapatkan berita terkini nasib rakan seperjuangan kami di MT Bunga Alpinia dan berusaha memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa, ada yang bertanya. Mengapa kami terlalu mengambil berat mengenai krew kapal berkenaan? Jawapannya, hanya kami pelaut dan keluarga pelaut saja yang memahami jiwa dan pekerjaan ini. Bayangkan, empat atau lima bulan lalu, rakan kami di MT Bunga Alpinia itu meninggalkan keluarga untuk belayar berbulan-bulan lamanya. Sudah lama tidak bertemu, hanya khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menjadi pengubat rindu. Tapi kini, keluarga mereka terpaksa pula menjemput mereka pulang sebagai jasad kaku, yang tidak mungkin dapat didengar lagi hilai tawa mereka. Al-Fatihah buat sahabat yang gugur di MT Bunga Alpinia. Ahmad Badri Alwi, perkapalanmalaysia.com. Untuk jersi Harimau Malaya, saya cadangkan warna hitam di bahagian lengan ‘dikuningkan' supaya memudahkan penglihatan antara pemain
31 JULAI 2012 SELASA 13 NASIONAL Keputusan buku Irshad hari ini Kuala Lumpur: Permohonan Berjaya Books Sdn Bhd (Berjaya Books) bagi menangguhkan tindakan lanjut Jabatan Agama IslamWilayah Persekutuan (JAWI) berhubung rampasan buku tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji, akan diputuskan hari ini. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu dalam kamar di sini, semalam, selepas mendengar hujah peguam Rosli Dahlan mewakili Berjaya Books dan dua lagi serta Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah bagi pihak JAWI. Campur urusan mahkamah syariah Effandi Nazila ketika ditemui berkata, pihaknya menyatakan permohonan oleh pemilik kedai buku Borders dan dua pekerjanya itu tidak sepatutnya dibenarkan Mahkamah Tinggi kerana ia mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Beliau berkata, selain itu pemohon juga gagal menunjukkan keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah mengeluarkan perintah supaya tindakan JAWI ditangguhkan sehingga permohonan semakan kehakimannya diputuskan. Sementara itu, Rosli berkata, permohonan menggantung tindakan lanjut JAWI adalah perlu bagi mengekalkan ‘status quo' supaya permohonan semakan kehakimannya tidak menjadi akademik. Pada 25 Jun lalu, Berjaya Books dan dua pekerjanya, iaitu Pengurus Besar Operasi dan Pembarangan, Stephen Fung Wye Keong, serta pengurus stor Borders di MidValley, Nik Rainan Nik Abdul Aziz mendapat kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan JAWI merampas buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta. INFO Fail saman mewakili dirinya dan 403 pegawai berpangkat leftenan muda hingga jeneral, yang masih dalam perkhidmatan dan sudah bersara dari ATM. Dakwa defendan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah pegawai ATM. Peguam Datuk Cyrus Das, yang mewakili bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berhujah writ saman dan penyampaian notis writ itu di luar bidang kuasa Singapura. Permohonan saman pesara ATM ‘Tak sampai hati beritahu ibu tiada' » Bapa tahu mangsa bunuh ada masalah dengan suami Oleh Azidan Nahar azidan@bharian.com.my Labis “D ia terlalu kecil untuk memahami apa yang menimpa ibunya. “Keadaan dirinya itu membuatkan sayamasih tidak sampai hati memberitahu Danish, yang ibunya sudah pergi buat selama-lamanya,” kata Rohani Ariss, 58, ibu kakitangan TV9, Nur Syaleza Jafar, 29, disyaki dibunuh Jumaat lalu. Diklasifikasi kes bunuh Mohamad Danish Norazman, berusia dua tahun setengah, dalam jagaan Rohani selepas jenazah ibunya selamat dikebumikan, manakala ayahnya ditahan polis malam kelmarin bagi membantu siasatan kematian Nur Syaleza yang diklasifikasikan kes bunuh. Jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan FELDA Redong. Rohani berkata, cucunya itu keletihan dan hanya sekali memanggil ibunya ketika bangun tidur pagi semalam, dan kini dilayan saudara mara yang bersimpati atas kejadian yang berlaku. “Mungkin dia sudah biasa tidak berjumpa ibunya kerana dihantar kepada pengasuh setiap kali Liza (Syaleza) bekerja dan mereka hanya berjumpa padamalam hari,” katanya ketika ditemui di kediamannya di FELDA Redong, dekat sini, semalam. Rohani menjelaskan, Syaleza yang juga anak kedua daripada enam beradik mengh u b u n g i n y a jam 9.30 pagi Jumaat lalu mengatakan beliau kurang sihat, selain menceritakan keletah anak tunggalnya itu, tetapi tidak pernah menceritakan sebarang masalah keluarga kepadanya. Perkahwinan bermasalah Sementara itu, bapa Syaleza, Jafar Bakri, 60, mendakwa mengetahui anaknya ada masalah dengan suami sejak berkahwin tiga tahun lalu dan pernah berusaha memulihkan hubungan secara perubatan tradisional. “Apabila berlaku kejadian itu, menantu tidak terus hubungi saya, sebaliknya menghubungi anak sulung saya untuk memaklumkan kejadian. Apabila diberitahu, saya katakan mahu dapatkan kepastian daripada menantu sendiri. “Apabila arwah dikatakan menggantung diri, saya memang tidak percaya. Sebagai ayah, saya memberikan didikan agama secukupnya, malah Syaleza mengikuti kelas khas agama hingga Darjah 6, “Jika mahu membunuh diri, dia pasti akan kenangkan saya, emaknya serta anaknya yang masih kecil, apatah lagi dalam suasana Ramadan yang mulia ini,” katanya. Menantu ditahan Jafar berkata, menantunya itu ditahan di rumah mereka selesai pengebumian Syaleza malam kelmarin oleh sepasukan polis dari Petaling Jaya. “Saya reda. Jika itulah ketentuan Tuhan terhadapnya, biarlah undang-undang menentukan. Saya tidak mahu mengguna status anak sebagai pekerja media untukmemperbesarkan perkara ini atau menyalahkan mana-mana pihak,” katanya. Danish keletihan dan hanya sekali memanggil ibunya ketika bangun tidur pagi semalam” Rohani Ariss Ibu Jafar dan Rohani membelek gambar Nur Syaleza selepas majlis pengebumiannya di FELDA Redong, Labis, semalam. [FOTO SHAHRUL M ZAIN/BH] Kes pesara saman Kuan Yew Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan permohonan bekas Perdana Menteri Singapura dan empat pemimpin Malaysia membatalkan saman dikemukakan seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fail saman Plaintif, Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang berpangkat kapten, memfailkan saman itu mewakili dirinya dan 403 pegawai berpangkat leftenan muda hingga jeneral, yang masih dalam perkhidmatan dan sudah bersara dari ATM, mendakwa defendan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah pegawai ATM. Dalam prosiding semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan semua pihak dan memerintahkan plaintif mengemukakan hujahan bertulis sebelum 6 Ogos ini. Terdahulu, peguam Datuk Cyrus Das, yang mewakili bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura, berhujah permohonan plaintif perlu dibatalkan memandangkan tindakan perwakilan dimulakannya tidak mengikut undang-undang. Cyrus berkata, writ saman dan penyampaian notis writ itu di luar bidang kuasa Singapura, malah tindakan plaintif juga melebihi had dan masa serta tidak mengikut undang-undang. Katanya, plaintif sebelum ini sudah memfailkan dua saman sama yang sudah ditolak mahkamah, menjadikan saman kini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Pada 20 Januari lalu, Tengku Zainal Abidin memfailkan saman itu dengan menamakan Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan dan Ketua Set i a u s a h a Kemen t e r i a n Pertahanan, kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura sebagai defendan. Pelajar koma terjun bangunan Kuala Lumpur: Seorang pelajar kolej swasta koma selepas terjun dari tingkat tiga sebuah flet di Taman Jinjang Baru di sini ketika meloloskan diri daripada empat lelaki yang menculiknya. Mangsa berusia 20 tahun dipercayai koma akibat parah di kepala dan pinggang dalam kejadian Isnin lalu. Dia dikatakan terjun melalui tingkap bilik, tempat dia dikurung apabila menyedari empat penculik keluar selepas mengunci pintu bilik itu. Mangsa dikatakan diculik ketika meletakkan kereta berhampiran flet itu untuk berjumpa kawannya. Ketika itu, dia didatangi empat lelaki yang mengacukan parang selain menumbuk muka mangsa. Tebusan RM100,000 Dia kemudian diarah naik ke tingkat tiga flet itu sebelum dikurung dalam sebuah bilik. Suspek turut mengarahkan mangsa menghubungi bapanya untuk meminta wang tebusan sebanyak RM100,000, namun mangsa enggan berbuat demikian. Sumber berkata, mangsa yang menyedari empat penjenayah itu meninggalkannya sendirian kerana keluar membeli makan, menyebabkannya mencari jalan keluar.
− SELASA 31 JULAI 2012 44 ≤SUKAN l London W a laupun London 2012 baru tiga hari disingkap tirainya tetapi ia sudah mencetuskan aura tersendiri apabila enam rekod dunia dan 14 rekod Sukan Olimpik berjaya dileburkanmenjadikan jumlah keseluruhan 20 rekod kesemuanya. Pusat Akuatik di Olympic Park yang berharga 269 juta pound (RM1.32 bilion) menjadi gelanggang yang paling banyak menyaksikan rekod baru tercipta sekali gus berbaloi danmenepati kos pelaburanmembinanya apabila 11 rekod renang baru dicipta - tiga rekod dunia dan lapan rekod temasya. Menariknya, daripada 11 rekod berkenaan, perenang wanita tampak lebih menyerlah Sepintas ≤ TINJU Peninju Brazil 'naik angin' Peninju Brazil, Robson Conceicao ternyata berang dengan mendakwa kemenangannya dirompak awal pagi semalam kerana lawannya pada pusingan pertama Sukan Olimpik dalam kategori lightweight adalah peserta tuan rumah, Josh Taylor. Conceicao yang tewas 9-13, ketinggalan pada setiap pusingan tetapi dia yakin sudah menampilkan kebangkitan melawan yang sudah memadai untuk menang tetapi hanya tewas kerana tindakan berat sebelah para juri yang bagaimanapun sememangnya juri neutral. “Ia sesuatu yang tidak adil. Mereka semua (juri) merosakkan usaha yang saya lakukan. Tapi pasti ini semua berlaku kerana lawan adalah peserta tuan rumah,” kata Conceicao. - AFP ≤ STADIUM WEMBLEY Set kunci 'hilang' Polis London membuat pendedahan mengenai kehilangan satu set kunci di salah sebuah venue Sukan Olimpik, Stadium Wembley yang dilaporkan berlaku Selasa lalu, namun menegaskan tahap keselamatan tidak terjejas dengan insiden itu. Pihak keselamatan itu berkata, detektif gagal menemui kuncikunci yang hilang itu tetapi tiada bukti untuk mengaitkannya dengan kes jenayah. Bagaimanapun pihak penganjur menegaskan bahawa mereka sudah pun menukar set kunci di stadium berkenaan yang membabitkan acara bola sepak lelaki dan wanita, lantas menjamin tahap keselamatan di venue itu. - AP ≤ BOLA TAMPAR Anak aib bapa Skuad bola tampar lelaki Argentina mencatat kemenangan ke atas Australia pada aksi pertama Sukan Olimpik, awal pagi semalam yang turut menyaksikan pemainnya, Nicolas Uriarte mengatasi bapanya, Jon selaku jurulatih Australia. Terdahulu sewaktu sesi memanas badan sebelum perlawanan, Uriarte dilihat melambai tangan ke arah bapanya di bangku simpanan Australia dan akhirnya kemenangan menjadi milik Argentina dengan 25-21, 25-22, 25-20. “Kami fokus terhadap tugas masing-masing. Kami ketepikan segala-galanya sepanjang perlawanan,” kata Uriarte. Jon pula berkata: “Semua anak saya minat bola tampar. Sebagai bapa, rasa seronok apabila lihat mereka gembira.” - AP REKOD DUNIA DIPECAHKAN Memanah (lelaki) − Pusingan ranking 72 anak panah - Individu - Im Dong Hyun, Korea Selatan, 699 mata, 27 Julai (Rekod sebelum ini: Im Dong Hyun, Korea Selatan, 696 mata, 2 Mei 2012). − Pusingan ranking 216 anak panah - Berpasukan - Korea Selatan (Im Dong Hyun, Kim Bub-min, Oh Jin-hyek), 2,087 mata, 27 Julai (Rekod sebelum ini: Korea Selatan - Im Dong Hyun, Kim Woojin, Oh Jin-hyek, 2,069 mata, 2 Mei 2012). Renang (Lelaki) − 100m Kuak dada (Final) - Cameron van der Burgh, Afrika Selatan, 58.46s, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Brenton Rickard, Australia, 58.58, 27 Julai 2009). Renang (Wanita) − 100m Kuak kupu-kupu (Final) Dana Vollmer, Amerika Syarikat, 55.98s, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Sarah Sjostrom, Sweden, 56.06s, 27 Julai 2009). − 400m Rampaian individu (Final) - Ye Shiwen, China, 4:28.43s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Stephanie Rice, Australia, 4:29.45s, 10 Ogos 2008). Angkat Berat (Wanita) − 53kg (Clean & Jerk) - Zulfiya Chinshanlo, Kazakhstan, 131kg, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Zulfiya Chinshanlo, Kazakhstan, 130kg, 6 November 2011). Shiwen, Rice » Sebanyak 6 rekod dunia, 14 rekod Sukan Olimpik lebur dalam tiga hari berbanding perenang lelaki apabila dua rekod dunia dan enam Sukan Olimpik berjaya dileburkan mereka setakat ini. Sudah tentu kelibat perenang wanita China Ye Shiwen yang menang emas acara 400 meter rampaian individu Sabtu lalu palingmencuri tumpuan apabila berjaya mencatat kepantasan 4:28.43 saat untukmemecahkan rekod 4:29.45s milik Stephanie Rice dari Australia yang berusia empat tahun. Namun, di sebalik kecemerlangan diperagakan jagoan dunia di kolam renang itu, tetapi apa yang menyedihkan pusat akuatik yang mampu memuatkan 17,500 penonton itu agak sepi tanpa gema dan sorakan penonton berikutan tidak banyak kerusi dipenuhi. Angkat berat tidak ketingga Magis YE SHIWEN lan apabila satu rekod dunia dan tiga rekod Sukan Olimpik tercipta dengan badang wanita dari Kazakhstan Zulfiya Chinshanlo paling cemerlang apabila berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri dalam acara clean & jerk 53 kilogram dengan mengangkat bebanan sejumlah 131kg - lebih satu kilogrammengatasi rekod lamanya. Jumlah bebanan yang dijulang itu turut mengatasi rekod lama Sukan Olimpik milik atlit angkat berat Thailand Prapawadee Jaroenrattanatarakoon
SELASA 31 JULAI 2012 42 SUKAN FAS jawab surat pertuduhan » Terserah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk buat keputusan: Hamidin Oleh Wan Fakhrul Bakar wanfakhrul@bharian.com.my Kuala Lumpur P ersatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam menghantar surat jawapan kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pertuduhan kesalahan disiplin membabitkan dua pemainnya, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar. Ternyata FAS tidak banyak kerenah apabila mengikut saja segala prosedur ditetapkan FAM dan akhirnya menjawab surat pertuduhan yang diberikan pada 24 Julai lalu lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu hari ini. Namun Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) enggan memberi butiran lanjut mengenai isi surat jawapan itu termasuk adakah ia pengakuan bersalah atau minta dibicarakan. “Kami (FAS) sudah pun menjawab surat itu hari ini (semalam). Tapi tak bolehlah saya dedahkan apa yang kami tulis kerana ia akan mendahului perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib FAM. Kami perlu menghormatinya. “Tapi cukuplah untuk saya katakan yang kami sudah menulis apa yang dirasakan perlu dan terserah kepada pihak jawatankuasa berkenaan untuk menilai dan menentukannya,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam. Amri, 31, dan Bunyamin, 24, didakwamelakukan kekasaran secara fizikal secara berasingan terhadap penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar pada aksi Liga Super di Kota Bharu, 29 Jun lalu. Namun pemain import dari Lubnan itu turutmenerima surat pertuduhan dengan didakwa melakukan kekasaran serupa apabila menumbuk muka Bunyamin sebelumpemain Selangor itu bertindak balas. KAFA terima keputusan dengan hati terbuka Jurulatih Croatia ganti Wan Jamak Alor Setar:Kedah akanmendapatkan khidmat jurulatih dari Croatia menggantikan Wan Jamak Wan Hassan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim 2012. Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din bagaimanapun engganmendedahkan nama jurulatih baru itu kerana masih di peringkat perbincangan antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan jurulatih berkenaan. Jurulatih yang pernah mengendalikan beberapa pasukan ternama di Croatia itu dijangka berada di Alor Setar tidak lama lagi. “Kita akan umumkan nama jurulatih selepas persetujuan antara kedua-dua pihak dicapai," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, kedudukan Wan Jamak akan diputus sama ada digugur atau terus dikekal daripada pasukan. Wan Jamak dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah menggantikan Ahmad Yusof bagi mengembalikan semula kebangkitan pasukan Kenari yang sedang mengalami kemerosotan ketika itu. Bagaimanapun di bawah bimbingannya, Kedah masih gagal melonjak kedudukannya dan akhirnya bersaing di Liga Perdana musim depan. BERNAMA Kota Bharu: Sama ada Mohamed Ghaddar bersalah atau tidak, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetap akan menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hati terbuka. Namun, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim (kanan) jelas mengharapkan perbicaraan kes ke atas penyerang import mereka dilakukan secara adil dan telus. Semalam, KAFA juga mengesahkan sudah menghantar surat jawapan berhubung pertuduhan ke atas Ghaddar, yang didakwa mengasari pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar. Penjelasan secara bertulis itu dihantar sehari sebelum tamat tempoh ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan surat jawapan mesti diterima sebelum 1 Ogos. Azman yang juga pengurus pasukan Kelantan berkata pihaknya sudah mematuhi syarat ditetapkan FAM berhubung isu membabitkan Ghaddar dengan Bunyamin. “KAFA berharap akan mener ima keputusan yang memberangsangkan daripada FAM,” katanya ketika dihubungi, semalam. Pada 24 Julai lalu, KAFA dikejutkan dengan kehadiran surat Jawatankuasa Tatatertib FAM mendakwa Ghaddar mengasari Bunyamin ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, 29 Jun lalu. Surat itu menyatakan Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini dengan Ghaddar bakal berdepan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 jika sabit kesalahan. Ditanya jika Ghaddar didapati bersalah, Azman menegaskan bahawa pasukan Kelantan tetap mengharungi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula hujung Ogos ini walaupun tanpa kehadiran penyerang import itu. "Sekiranya Ghaddar bersalah dan digantung tiga perlawanan, tidak dinafikan barisan serangan The Red Warriors akan tumpul, namun ia tidak bermakna Kelantan tidak boleh cemerlang disebabkan kehilangan seorang penyerang itu.” FAKTA NOMBOR RM1,500 denda bakal berdepan Ghaddar jika sabit kesalahan Johor FC guna khidmat dua pemain pinjaman Liga Perdana Johor Bahru: Johor FC mengesahkan khidmat dua pemain pinjaman dari pasukan Liga Perdana akan digunakan bagi menguatkan skuad itu menghadapi kempen Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini. Ketua jurulatih, Sazali Saidon berkata, pemain itu adalah Mohd Aizulridzwan Razali yang beraksi untuk kelab Pos Malaysia FC dan Mohd Akmal Mohd Noor beraksi untuk pasukan USM FC. Katanya, Mohd Aizulridzwan beraksi di posisi pertahanan kiri manakala Mohd Akmal bertindak selaku pemain tengah dan kehadiran kedua-dua pemain itu diharap mampu memberi kesan kepada kekuatan posisi itu yang sering dibelenggu dilema kecederaan pemain. "Mereka baru saja menjalani latihan bersama pemain lain dansaya lihatkedua-duapemain itu perlumasa sedikit untukmenyesuaikan diri dengan corak permainan Johor FC. Dengan adanya beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan diatur pasti mampu beri pendedahan kepada pemain itu. "Ahmad Fauzi Shaari dan Eddy Helmi Manan yang sekarang mengalami kecederaan sudah beransur pulih dan tahap kecergasan kedua-dua pemain itu sudahmencapai 70 peratus. Ia perkembangan positif buat Johor FC bagi merangka latihan intensif sepanjang bulan Ramadan ini.” Bagaimanapun Sazali tidak dapat memberi pengesahan berhubung status pemain importnya, Arthur Henrique yang masih belum pulang dari Brazil tatkala skuad Lebah sudah mula menjalani latihan bagi persiapan menghadapi kancah piala berprestij itu. "Saya tidak tahu status Arthur kerana urusan pemain itu di bawah pihak pengurusan, apa pun saya berharap dia dapat segera pulang menjalani latihan bersama pemain Johor FC," kata Sazali. Eddy Helmi (tengah) yang sekarang mengalami kecederaan sudah beransur pulih dan tahap kecergasannya sudah mencapai 70 peratus.
SELASA 31 JULAI 2012 6 NASIONAL Alor Setar: Mercun meninggalkan kesan besar terhadap kehidupan Nor Syafiqah Abd Halim, 12. Apa tidaknya, daripada kanak-kanak normal, dia kini bergelar orang kelainan upaya (OKU) apabila mata kanannya buta terkena mercun roket ketika Ramadan 2010. Walaupun sudah dua tahun insiden itu berlalu, dia masih perlu meneruskan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, setiap enam bulan sekali. Syafiqah mengakui peristiwa itu adalah pengalaman pahit dalam hidupnya, namun ia tidak melemahkannya dalam menempuh hidup terutama untuk berd epan dengan masyarakat. “Saya terima keadaan diri ini seadanya dan saya tetap yakin untuk meneruskan pembelajaran di sekolah... saya tidak kisah bercampur dengan rakan walaupun ada antara mereka yang sering mengejek kekurangan saya. “Saya terus aktif dalam sukan dan saya juga tidak lupakan pelajaran. Walaupun jauh di sudut hati masih ada perasaan sedih dan kesal kerana kejadian itu, saya tidak mahu menunjukkannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Abadi, Kuala Kedah di sini. Dalam kejadian 23 Ogos 2010, Syafiqah cedera parah pada mata kanan selepas terkena mercun roket. Ketika itu, dia dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih bersama kakak dan rakannya. Berikutan kejadian itu, Syafiqah terpaksa menerima rawatan di HSB dan Hospital Selayang selama tiga minggu sebelum dibenarkan keluar. Doktor mengesahkan anak mata hitam Syafiqah mengalami luka yang teruk dan mustahil baginya untuk melihat seperti sedia kala. Sejak dibenarkan keluar Syafiqah masih lagi menjalani rawatan sehingga sekarang untuk memastikan keadaan matanya terus stabil, sekali gus mengelak daripada mengalami keadaan yang lebih teruk. Oleh Khairul Anuar Abdul Samad, Hanneeyzah Bariah Baharin, Nahar Tajri dan Jauhariatul Akmal Johar bhnews@bharian.com.my Marang T ragedi 5 September 2009 terpahat kukuh pada ingatan Wan Amirul Faiz Wan Abdullah, 17, kerana sejak kejadian hari itu dia mengalami kecacatan kekal apabila hilang tiga jari yang hancur akibat mercun buatan sendiri. Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, itu masih menyesal tidak mengendahkan nasihat ibu bapanya yang melarangnya bermain mercun. Disebabkan jari telunjuk, hantu dan manisnya hancur, tangan kanannya tidak lagi berfungsi seperti normal dan sejak itu dia terpaksa belajar menggunakan tangan kiri, termasuk untuk menulis. “Ibu sering menasihati saya supaya tidak bermain mercun, tetapi saya degil. Apabila kejadian malang ini berlaku, ibu orang pertama yang saya cari kerana menyesal tidak mendengar nasihatnya. Namun, ia sudah terlambat. “Kini, saya pantang mendengar budak bermain mercun, saya akan pergi pada mereka dan menegur serta berkongsi pengalaman sedih saya. “Ada yang mendengar, namun masih ada yang degil. Apapun, saya sudah jalankan tanggungjawab saya menegur mereka,” katanya. Akibat kejadian itu, Wan Amirul tidak ke sekolah dua bulan. “Kasihan melihat ibu ketika itu. Ketika orang lain bergembira berbuka puasa, ibu tidak lalu makan memikirkan nasib saya,” katanya. Kejadian jam 9 pagi itu berlaku ketika Wan Amirul Faiz cuba menyalakan api untuk memasang mercun buatan sendiri di taman permainan di hadapan rumahnya di Taman Haji Ismail, Binjai Rendah di sini. Bagaimanapun, api itu pantas menyambar belerang di atas tanah menyebabkan berlaku letupan kuat dan menghancurkan jarinya. Walaupun, sudah tiga tahun berlaku, Wan Amirul masih menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mengelak jarinya dijangkiti kuman. “Disebabkan ketiadaan tiga jari, saya tidak boleh menulis dengan tangan kanan dan perlahan-lahan terpaksa belajar menggunakan tangan kiri. Selepas hampir setahun menggunakan tangan kiri, baru saya benar-benar boleh menulis dengan baik. “Kini, saya sudah serik dan berharap kejadian malang ini menjadi pengajaran kepada orang lain, terutama kanak-kanak,” katanya. INFO Bahan kimia dalam mercun Kalium nitrat Karbon Sulfur Perklorat Serbuk aluminium Arsenik Barium klorat Strontium nitrat Kalium perklorat Kuprum oksida Natrium bikarbonat Fosforus putih Angkara letupan Syafiqah jadi OKU Wan Amirul Faiz menunjukkan tangannya yang cacat akibat terkena mercun buatan sendiri pada 2009 di kediamannya di Kampung Binjai Rendah, Marang. [FOTO SYAMIM TG ISMAIL/BH] Bahana mercun » Mangsa cacat kekal, menyesal seumur hidup Nor Syafiqah Abd Halim Walaupun jauh di sudut hati saya masih ada perasaan sedih dan kesal kerana kejadian itu, saya tidak mahu menunjuknya” Nor Syafiqah Abd Halim, Mangsa letupan mercun
15 31 JULAI 2012 SELASA
NASIONAL Sepintas » Utara India alami masalah bekalan elektrik terburuk New Delhi S istem penyambungan bekalan tenaga elektrik di seluruh utara India lumpuh semalam, menyebabkan lebih 370 juta penduduk terpaksa bergelap dalam satu daripada masalah tenaga elektrik terburuk sejak beberapa dekad lalu, kata pihak berkuasa. Beratus-ratus kereta api termasuk Rangkaian Metro di ibu kota India terpaksa memberhentikan perkhidmatan manakala hospital menggunakan generator, apabila sistem penyambungan bekalan di bahagian utara negara itu tibatiba gagal berfungsi kira-kira jam 2.30 pagi, selepas tidak lagi mampu menampung permintaan berlebihan ketika musim panas. Bandar bertukar gelap Penduduk terjaga daripada tidur apabila kipas dan penghawa tidak berfungsi sebelum keluar rumah dalam keadaan panas di ibu kota ini ketika keseluruhan bandar bertukar gelap. “Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara yang terjejas akibat terputus bekalan,” kata Menteri tenaga Sushil Kumar Shinde. Bekalan di sebahagian lagi wilayah, dijangka kembali pulih menjelang lewat tengah hari, katanya, menambah bahawa beliau membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu. Kegagalan itu adalah kali pertama sejak 2001 ket ika sistem penyambungan gagal berfungsi. Namun permintaan untuk bekalan elektrik di India semakin meningkat sejak ekonomi bertumbuh mendadak. Sebagai tambahan, musim monsun menyebabkan suhu bertambah tinggi tahun ini, menambah penggunaan elektrik ketika penduduk mahu menyejukkan diri. Menteri kuasa di Uttar Pradesh, Shivpal Singh Yadav, kediaman 200 juta penduduk, berkata ketika permintaan waktu puncak mencecah 11,000 megawatt, negeri itu hanya mampu menyediakan 9,000 megawatt. Sistem bekalan lumpuh kerana sesetengah negeri jelasmengambil lebih banyak tenaga berbanding yang dibenarkan bagi memenuhi permintaanmusimpanas, kata ketua Uttar Pradesh Power Corporation, Avnish Awasthi. Grid elektrik usang Bekalan elektrik terputus kerap berlaku di kebanyakan bandar di India kerana kekurangan bekalan dan sistem grid elektrik usang. Pada masa sama, puluhan juta penduduk tinggal di perkampungan di utara India tiada capaian kepada grid elektrik sama sekali. Awal bulan ini, orang ramai yang berang menyekat lalu lintas dan bertembung dengan polis selepas bekalan elektrik terputus di pinggir Delhi di Gurgaon yang menempatkan kebanyakan b l ok pangsapuri dan pejabat tinggi. Tanpa bekalan elektrik di beberapa kejiranan lebih 24 jam, orang ramai mendirikan halangan yang melumpuhkan lalu lintas selama beberapa jam. 50 peratus kehilangan agihan dan transmisi sesetengah negeri disebabkan kecurian dan kecuaian kakitangan dalam industri jana kuasa. AP/Agensi 370 juta bergelap Bekas graduan yang dituduh membunuh 12 orang dalam tembakan rawak di pawagam di Denver dihadapkan kali kedua di mahkamah semalam ketika pendakwa raya dan peguam bela bertelagah berhubung satu bungkusan misteri dihantar kepada pakar psikiatrinya. James Holmes yang menggelar dirinya ‘The Joker', 24, ditahan sejurus selepas pendakwa raya berkata dia melepaskan tembakan ke arah penonton penuh sesak pada tayangan tengah malam filem Batman, A Dark Knight Rises pada 20 Julai lalu. Tuduhan jenayah ke atas Holmes, yang dipenjarakan sejak penahanannya disebut secara rasmi dalam sebutan semalam. Dia juga dituduh memasang perangkap bom dalam pangsapurinya. Reuters CENTENNIAL Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh apabila sebuah gerabak keretapi ekspres terbakar ketika penumpang nyenyak tidur dalam kejadian di bandaraya selatan India, Chennai. Kemalangan kereta api jarak jauh dari New Delhi itu berlaku pada awal pagi berhampiran bandar Nellore di Andhra Pradesh. “Sekurang-kurangnya 47 mayat ditarik keluar dari gerabak itu,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran di daerah Nellore, Madhusudan Sarma, kepada AFP, sambil menambah bahawa masih ada mayat terperangkap di dalam gerabak. Agensi HYDERABAD 47 korban kebakaran kereta api ‘The Joker' dihadap mahkamah lagi Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara terjejas akibat terputus bekalan” Sushil Kumar Shinde, Menteri tenaga Penumpang menunggu di sebuah stesen kereta api di pinggir New Delhi selepas perkhidmatan terhenti berikutan bekalan elektrik terputus semalam. [FOTO AFP] Penumpang kereta api metro bersesaksesak di stesen kereta api New Delhi menunggu perkhidmatan dipulihkan. [FOTO AP]
SELASA 31 JULAI 2012 8 Kuala Lumpur: Jawatankuasa Bertindak Penyewa Melayu Lot-Lot UDA (JBPMLU) Kompleks Pertama di sini merayu campur tangan kerajaan menyelesaikan masalah mereka yang berdepan risiko gulung tikar. Ini berikutan 20 peniaga di situ menerima notis daripada UDA Holdings supaya keluar dari premis masing-masing sekiranya gagal membayar tunggakan sewa dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat dikeluarkan. Semua peniaga terbabit menerima notis sejak awal bulan ini dengan tunggakan sewa sekurang-kurangnya empat hingga lapan bulan berjumlah antara RM16,000 hingga RM60,000 setiap seorang. Ahli JBPMLU, Zainul@HanapiahAhmad, berkata peniaga bukan sengaja tidak membayar sewa tetapi kemerosotan jumlah pelanggan yang datang ke kompleks itu. NASIONAL ‘Status kahwin punca tak daftar' Jariah (duduk empat dari kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian penjaga dan kanakkanak selepas menyampaikan sijil kelahiran di Yayasan Chow Kit, semalam Peniaga rayu selesai isu diusir UDA FAKTA NOMBOR 20 peniaga terima notis UDA Holdings » Banyak kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri Kanak-kanak tanpa pengenalan diri Kuala Lumpur M alu dan tidak faham undang-undang antara punca ibu bapa lewat atau tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka sehingga berlaku kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, berkata ada ibu bapa yang berkahwin dengan warga asing atau mempunyai anak tidak sah taraf tidak tahu bahawa setiap kelahiran wajib didaftarkan. “Kadang-kadang ada kes ibu tak tahu mana bapa dia, ada juga kes yang membabitkan pasangan belum berkahwin. Jadi mereka nak datang ke JPN malu sebab takut nanti orang tanya itu dan ini soal maruah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Street Children' di Chow Kit Bersama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara di sini, semalam. Jariah berkata mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959, setiap kelahiran di negara ini sama ada warga negara atau bukan warga negara mesti didaftarkan dan JPN akan mengeluarkan sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan. Jariah berkata untuk kes membabitkan ibu warga negara Malaysia dan bapa pula tidak dapat dikesan, taraf warga negara kanak-kanak itu secara automatik mengikut warga negara ibu. “Jadi, tarafnya kita lihat pada ibunya. Jika ibunya warga negara, anak jadi warga negara tapi hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti sijil lahir ibu, kad pengenalan, saksi untuk menentukan ibu itu lahir di Malaysia,” katanya. BERNAMA
SELASA 31 JULAI 2012 26 RENCANA Umat Islam di Malaysia berbelanja besar sambut puasa, lebaran Penulis Penulis ialah Ketua Biro BH Sarawak Ramadan sia-sia apabila ibadat bertukar adat Peniaga ambil kesempatan naikkan harga K ajian sebuah persatuan pengguna mendapati umat Islam di Malaysia membelanjakan 70 peratus daripada pendapatan mereka untuk keperluan Ramadan dan Syawal tahun lalu. Kira-kira seorang daripada 10 yang ditinjau mengakui terpaksa menggunakan kad kredit untuk keperluan berbuka puasa di restoran mewah dan hotel, atau beli-belah. Jangan terperanjat bajet di bazar Ramadan setiap hari membabitkan urus niaga besar - RM10,000 di seluruh negara! Seperti tahun sebelumnya, isu tangkapan tidak puasa berlaku setiap tahun. Pada minggu pertama puasa tahun ini, beberapa lelaki ditahan di Klang kerana makan di tempat awam. Pada minggu pertama Ramadan tahun lalu, tujuh ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana makan di khalayak ramai. Di Kelantan pula seorang lelaki tua ditahan berjudi dan merokok dalam semak pada hari pertama Ramadan tahun lalu. Sedia pinda akta Kerajaan Sarawak pula bersedia meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada umat Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan meningkat setiap tahun. Cadangan juga termasuk mengkaji kemungkinanmemperkenalkan hukuman khidmat sosial kepada pesalah atau meningkatkan jumlah denda atau tempoh penjara. Sekitar dua hari Ramadan tahun lalu, seramai 25 orang ditangkap Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana tidak puasa dan makan di khalayak ramai. Bagaimanapun Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bercadang menaikkan jumlah denda tidak puasa, di samping meningkatkan penguatkuasaan. Kita tentunya tidak hairan kenapa Ramadan dikaitkan dengan pembaziran atau tangkapan tidak puasa. Lazimnya Ramadan dianggap bulan rahmat dan kita sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah, di samping menunaikan tanggungjawab sosial dengan berzakat dan menderma. Memang diakui ada yang mendekati masjid dan menunaikan solat Tarawih. Bagaimanapun yang terbabit dengan amalan lain tidak dapat dielakkan kerana ada segelintir kalangan kita yang menjadikan Ramadan sebahagian daripada warisan budaya. Melayu mungkin berubah dari segi pemikiran, ekonomi dan cara hidup. Tapimasih ramai sukar membezakan amalan agama dan warisan. Kesan langsung Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan selepas insiden 13 Mei 1969 mengubah sebahagian Melayu menjadi penduduk kota dan menikmati peluang prasarana sempurna. Kewujudan istilah Melayu baru muncul apabila mereka dikaitkan dengan sektor korporat dan menerajui pelbagai syarikat nau ngan kerajaan. Budaya baru mencetus persaingan dalam pelbagai sektor. Gaya hidup berubah Kehidupan sebahagian bangsa Melayu juga turut berubah. Bukan sekadar pencapaian ekonomi dan taraf hidup, bahkan selera politik dan menanggapi kepentingan kuasa. Kuasa sering dikaitkan dengan ekonomi dan kewangan. Kehidupan berbeza dari sebelumnya mendorong sikap boros yang akhirnya terpalit kepada pembaziran, termasuk pada Ramadan. Ada pihak yang menjadikan ibadat sebagai adat saja. Kuasa juga memberi ruang kepada politik wang. Persaingan kuasa membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 memberi kesan tersendiri kepada bangsa Melayu. Pemilihan pucuk pimpinan UMNO ketika itu bukan saja membabitkan sebuah parti politik, juga kesannya kepada Melayu. Kuasa beli dan tawar menawar dilihat jauh berbeza daripada sebelumnya. Kita tidak tahudarimanadatangnya politik wang, seperti juga sukar meramalkan siapa yang mencipta istilah Melayu baru dan boros berbelanja untuk mendapatkan pengaruh. S etiap kali tibanya Ramadan, maka tumbuhlah Bazar Ramadan bak cendawan pada musim hujan, dan di sinilah peniaga Melayu mencari rezeki untuk menyambut Aidilfitri. Seperti kebiasaannya di Sarawak, selain Bazar Ramadan berlesen yang dibuka di bawah pihak berkuasa tempatan, gerai Ramadan tanpa lesen banyak tumbuh di tepi jalan terutama di kawasan kampung dan taman perumahan. Harga juadah naik Sememangnya Ramadan membawa rezeki, namun entah atas alasan apa, harga juadah termasuk kuih muih di bazar Ramadan naik setiap tahun, sehingga m e n im b u lkan rungutan. Pada masa sama, seakan tiada sukatan standard untuk harga juadah dengan penulis sendiri cuba membeli umai dari peniaga sama di Bazar Ramadan Satok di Kuching tiga hari berturut-turut. Pada hari keempat Ramadan untuk RM5 umai, penulis diberikan peniaga terbabit lima senduk kecil umai, pada hari kelima, hanya diberikan empat senduk saiz sama dan pada hari keenamRamadan pula hanya diberikan tiga senduk umai untuk RM5. Begitu juga kuih bongkol, sejenis kuih tradisional kaum Melayu di Sarawak, biarpun harganya naik RM1 sejak tahun lalu dan masih kekal tahun ini, namun bungkusannya kian mengecil, malah ada peniaga menaikkan harganya sehingga RM1.20 sen setiap satu. Penulis sendiri hairan kerana jika mengambil kira bahan menghasilkan kuih bongkol tidaklah semahal mana, sehingga harganya sebegitu mahal. Hanya kerana permintaan tinggi terhadap kuih bongkol setiap Ramadan, maka peniaga mengambil kesempatan. Kuih bongkol sebenarnya hanya diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong yang diadun, sebelum dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus. Rasanya enak, lembut dan manis. Selain Satok, Bazar Ramadan di Kuching juga dibuka di Semarak dan Taman Sukma, selain deretan gerai dibuka di kawasan kampung dan taman perumahan. Begitu juga di bahagian lain di Kota Samarahan, Sri Aman, Sibu, Sarikei, Miri, Bintulu dan Limbang, bazar Ramadan turut dibuka sepanjang bulan puasa ini. Menariknya Ramadan di Sarawak tetap meriah, biarpun masyarakat Melayu dan umat Islam bukan kaum majoriti seperti di Semenanjung. Malah, dari segi juadah berbuka puasa, ramai anak Semenanjung berkunjung di Sarawak mengakui hidangan berbuka di Sarawak lebih meriah dan pelbagai, selain unik kerana bukan saja makanan tradisional Melayu, makanan tradisional kaum lain turut menjadi pilihan. Juadah tradisional masyarakat Melayu Sarawak terutama bubur pedas, memang sukar didapati di Semenanjung dan Sabah. Ia agak unik kerana diperbuat daripada rempah khas bubur pedas, selain keledek, udang atau menggunakan ayam atau daging, kacang panjang, terung, udang kering, serai, jagung muda, daun cekur manis, ubi kentang, lobak, tahu kering, cendawan cina, kunyit, bawang putih, bawang merah, belacan, cili dan santan. Biarpun namanya asing bagi orang luar Sarawak, bubur diperbuat daripada 10 jenis kerabu dan sayursayuran itu memang sedap, lemak dan pedas. Menariknya, harga terubuk panggang di Bazar Ramadan di Bumi Kenyalang kali ini kurang sedikit berbanding tahun lalu. Terubuk saiz besar yang harganya naik sehingga RM48 seekor tahun lalu, kini boleh didapati dengan harga antara RM40 saja. Ramadan di Sarawak tetap meriah, biarpun masyarakat Melayu dan umat Islam bukan kaum majoriti seperti di Semenanjung” E-mel ke Anda boleh berkongsi pendapat di rencanabh@bharian.com.my Perubahan gaya hidup mendorong sikap boros umat Islam kini menyebabkan pembaziran, termasuk pada Ramadan. [FOTO HIASAN] Namun gerakan kepartian mula ditafsir dalam bentuk baru. Bukan saja UMNO, parti lain juga berkembang dengan cara tersendiri. PAS yang sebelumnya dianggap sekular pimpinan Tan Sri Asri Muda, kononnya lebih Islamik pada dekad 90-an. Budaya Melayu baru membentuk sistem siasah dan perbelanjaan seharian. Ramadan bukan saja dikaitkan dengan unsur agama, bahkan ada yang menjadikan tazkirah di masjid sebagai medan menyerlahkan perjuangan siasah.
31 JULAI 2012 SELASA 25 RENCANA Tindakan bakar jambatan sekadar cara untuk melompat Sanggupkah Lajim, Bumburing berjuang sendirian Toleransi agama mesti berpaksi keselamatan awam Penulis ialah Prof Madya di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Emel ke Anda boleh berkongsi pendapat di rencanabh@bharian.com.my D ua Ahli Parlimen Sabah, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing meletak jawatan dalam parti akibat dihimpit kebimbangan tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi. Selepas puas bermain tarik tali dengan kepemimpinan kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Musa Aman, Lajim yang sudah lima penggal menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Bumburing yang belum sempat menghabiskanpenggal pertama sebagai Ahli Parlimen Tuaran, bertekad meninggalkan BN. Bagaimanapun, Lajim sekadar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Bahagian Beaufort, Ketua UMno Bahagian Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetapi kekal sebagai ahli UMNO, manakala Bumburing mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Bahagian Tuaran, selain keluar daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sejajar dengan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UPKO. Namun, kedua-dua mereka bertindak licik dalam permainan politik kerana tidak terus menyertai parti pembangkang, sebaliknya masing-masing mengumumkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru sebagai landasan perjuangan politik masing-masing. Sementara Lajim memilih Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Bumburing pula memilih nama yang hampir sama, iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS). Mengimbau sejarah penyertaan Lajim ke dalam UMNO pada 1994, penulis pernah bertanya kepada beliau, apakah benar BN Sabah terhutang budi kepada beliau kerana tanpa Lajim, tidak mungkin BN mampu merampas kerajaan negeri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS)? Lajim segera menegaskan beliau hanyalah pemimpin kerdil pada peringkat bahagian yang tidak akan mampu mengubah masa depan rakyat Sabah, tanpa didukungi BN. Pemimpin berusia lewat 50-an itu sememangnya dikenali antara pemimpin politik licik Negeri di Bawah Bayu. Lajim bertindak keluar PBS selepas pilihan raya 1994 untuk menyertai UMNO. Seorang lagi yang turut melompat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang. Istana pasir yang dibina PBS selepas pilihan raya berkenaan tiba-tiba musnah apabila UMNO mempunyai kelebihan kerusi membentuk kerajaan negeri. Kini, 18 tahun selepas peristiwa yang terus abadi dalam catatan sejarah Sabah itu, Lajim sekali lagi bertindak dalam keadaan yang hampir sama tetapi kali ini bakal menempuh cabaran lebih hebat untukmengumpul kekuatanwang ringgit, tenaga dan masa semata-mata untuk terus kekal berkuasa melalui sokongan masyarakat di kawasan Parlimen Beaufort. Penulis bersetuju dengan kata-kata seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah, Lajim tersilap langkah kerana membakar jambatan akibat terpengaruh dengan perkembangan politik di Semenanjung yang seolah-olah menunjukkan pembangkang semakin kukuh dan mempunyai peluang memberi cabaran sengit kepada BN pada PRU-13. Katanya, Lajim mungkin terlupa bahawa masyarakat Sabah, termasuk Beaufort tidak boleh sekadar disuapkan dengan politik bersifat persepsi seperti yang dipraktikkan pembangkang di Semenanjung. Sebaliknya anggota masyarakat Negeri di Bawah Bayu sejak selepas penyertaan Sabah dalam Malaysia pada 1963 hingga sekarang tetap cenderung kepada politik pembangunan. Berbeza dengan Bumburing, beliau hakikatnya bukan pemimpin besar di kawasan Parlimen Tuaran atau dalam kalangan ahli UPKO. Kesempatan bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2008, hadir selepas Bumburing dikatakan berkompromi dengan bekas Ahli Parlimen Tuaran, DatukWilfred Madius Tangau untuk diberikan peluang memegang jawatan itu hanya sepenggal. Bagaimanapun, menjelang PRU-13, tiba perkhabaran kurang menyenangkan. Bumburing mungkin tidak dicalonkan semula untuk sekali lagi memberi peluang kepada Madius Tangau yang juga Setiausaha Agung UPKO. Rumusannya, apakah Lajim dan Bumburing tidak akan menyertai parti pembangkang menjelang PRU-13 atau sanggup berjuang bersendirian untuk menjadi calon parti baru yang menyokong pembangkang? Apakah mereka akan melompat ke dalam parti pembangkang pada saat akhir menjelang PRU-13? Secara umum, Lajim bakal memberi masalah kepada BN jika beliau kekal bertanding di Parlimen Beaufort atau satu daripada dua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan, iaitu DUN Kota Klias dan DUN Kuala Penyu. Namun, Bumburing dijangka tidak memberikan cabaran besar kepada BN. D alam seksyen 19 Kertas Cadangan Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya Perlembagaan ada dinyatakan mengenai kedudukan Islam dan juga kebebasan beragama yang sering menjadi topik perbahasan. Perkara sama diulang sebut dalam Memorandum Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya itu. Antara petikan itu ialah: “Whilst Their Highnesses in principle are not opposed to religious toleration subject to considerations of public safety, they must express the view that any interference with the present constitutional established position of the Muslim Faith would, at the time, be fraught with danger to the internal security of the Federation and to the success of campaign against subversive elements.” Secara ringkas, petikan ini menyebut secara prinsipnya mengenai kesediaan Raja-Raja Melayu menerima toleransi agama. Walaupun begitu, RajaRaja Melayu tidak meletakkan toleransi agama itu dalam keadaan luas dan terbuka. Syarat dan peringatan yang diberikan ialah toleransi agama hendaklah sentiasa mengambil kira kedudukan Islam pada ketika itu dan juga keselamatan awam. Jika dilihat pada keseluruhan dua dokumen itu, kita mendapati Islam ketika itu adalah agamapaling dominandanberpengaruh serta dipertanggungjawabkepadaRaja-RajaMelayu. Sebarang perkara bercanggah dengan kedudukan Islam tidak harus dikategorikan sebagai toleransi agama. Oleh itu, dapatlah difahami bahawa toleransi agama tidak boleh memberi kesan negatif ke atas Islam. Selain kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu mahukan toleransi agama berpaksi kepada keselamatan umum. Dalam aspek sejarah, keduadua dokumen berkenaan (Kertas Cadangan dan Memorandum Raja-Raja Melayu) menjadi kerangka yang mendasar dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Cadangan, pendapat dan perkenan Raja-Raja Melayu sentiasa dijadikan petunjuk oleh British dalam menentukan polisi atau tindakan tertentu. Malah, jika dilihat kepada rentetan peristiwa dalam proses mencapai kemerdekaan (bukan saja dalam aspek penggubalan Perlembagaan bagi kemerdekaan), British memberi perhatian khusus dan serius kepada pendapat dan perkenan Raja-Raja Melayu. Dalam aspek keselamatan umum, terdapat dua perkara diberi perhatian. Pertama, keselamatan masyarakat secara umum dan juga mengekang penyebaran fahaman subversif. Sekiranya toleransi agama itu mencabar keselamatan awam, maka ini sebenarnya bukan toleransi agama yang diperkenan oleh Raja-raja Melayu. Dalam aspek kedua, toleransi agama juga tidak harus menggagalkan kempen menentang elemen subversif. Dalam konteks sejarah serta yang telah secara nyata disebut dalam Kertas Cadangan dan Memorandum itu ialah, toleransi agama hendaklah tidak menggagalkan kempen menentang fahaman komunis yang sedang disebar luas di kalangan orang Melayu beragama Islam. Perkara 3(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang berasal daripada inspirasi RajaRaja Melayu walaupun ia tidak dikatakan secara bertulis oleh Suruhanjaya Perlembagaan. Raja-Raja Melayu mendokong toleransi agama, tetapi pada masa sama baginda tidak mahu keselamatan negara dipandang rendah. Seperti kita maklum, Perkara 3(1) menyebut: “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Atas prinsip toleransi dan mengelak ketegangan antara penganut agama, Perkara 3(1) bukan saja mengiktiraf kedudukan Islam, tetapi Perkara 3 membenarkan agama lain diamalkan di mana-mana saja. Namun, peruntukan itu menegaskan bahawa amalan agama itu hendaklah sentiasa menggunakan prinsip ‘aman dan damai'. Perkara 11(4) menyebut: “Undang-undang Negeri dan berkenaan WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apaapa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Lajim Ukin Wilfred Bumburing
− SELASA 31 JULAI 2012 22 ≤NASIONAL 31 JULAI 2012 − SELASA NASIONAL≥ 27 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S e la m a t B e r p u a s a d a n h a r i r a y a k e p a d a m e k d a n u m i s e k e lu a r g a d i K e la n t a n , s e r t a s a u d a r a m a r a d i s e lu r u h M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a t in . D a r ip a d a C u c u n d a F a h im F a is a e d a n F it r y F a is a e , C r a n f ie ld , U n it e d K in g d o m . S a la m R a m a d a n d a n A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n k e n a la n d i M a la y s ia . D a r ip a d a k a m i P e la ja r T a h u n P e r t a m a M o n a s h U n iv e r s it y M e lb o u r n e , A u s tr a li a . D a r i k ir i: S y a z w a n , F a d z w a n , F ir d a u s , A z a m d a n Z a r if . S a la m R a m a d a n d a n S a la m A id il f it r i d a r ip a d a k a m i p e la ja r -p e la ja r U n iv e r s it y o f A u c k la n d , N e w Z e a la n d . S e m o g a h u b u n g a n k it a e r a t t e r ja li n d a n d ib e r k a t i A ll a h . D a r ip a d a M o h a m a d S y a f iq , M u h a m m a d S id d iq , A n a s A m ir u l H a k im , F a d il S h a b e r i, F a d z il i L im , A t if A b d u ll a h d a n A la u d d in A lH a f iz . Khalis Affan Jamil, pelajar Tahun Tiga Chemical Engineering di University of New South Wales, Australia mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Aidilfitri kepada keluarga tersayang di Kepala Batas, Pulau Pinang. Maaf zahir dan batin tahun ini tidak dapat pulang ke tanah air untuk beraya bersama. Pelajar Perubatan Tahun Satu University College Cork, Ireland dan National University of Ireland Galway mengucapkan Salam Adilfitri buat keluarga, sanak saudara dan kawan kawan yang mengenali kami. Tidak lupa tenaga pengajar dan sahabat di Allianze University College ofMedical Science dan penaja, MARA. Dari kiri : Natasha Anuar, Jasmin Syuhada, Azzizatul Aiinani, Salihah Athirah dan Isya Nadziha. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r s a y a n g y a n g b e r a d a d i D u n g u n , T e r e n g g a n u , g u r u g u r u S K P u s a t D u n g u n , S M A S u l t a n I s m a i l D u n g u n , S B P I G o m b a k d a n K o l e j M a r a S e r e m b a n s e r t a r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i i n i . S a l a m s a y a n g d a r i p a d a F a r a h A z i e l i a A h m a d A z h a , p e l a j a r t a h u n 1 B a c h e l o r o f E d u c a t i o n ( T E S O L ) , U n i v e r s i t y o f A u c k l a n d , N e w Z e a l a n d . K a m i p e la ja r ju r u s a n K e ju r u t e r a a n K im ia d a n P r o s e s , S is t e m M a k lu m a t P e r a k a u n a n d a n K a u n s e li n g K a n a k -K a n a k d i U n iv e r s it y o f C a n t e r b u r y , N e w Z e a la n d m e n g u c a p k a n S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i b u a t ib u b a p a d a n k e lu a r g a t e r s a y a n g d i M e la k a , J o h o r, K u a la L u m p u r, K e la n t a n d a n S e la n g o r ; s a n a k s a u d a r a , s a h a b a th a n d a i, g u r u g u r u , p e n s y a r a h d a n p e n a ja k a m i (J P A , K P T , U I A M ). D a r i k ir i: A n is N a b ih a h R a z a k , F a r a h S y a f iq a h Is m a il , A z ie m a h A b d R a h a m a n , F a t ih a h A z m a n d a n J u n it a N a w a w i. Sal am Aid ilitr i bu at ma k, a bah dan adi kadi k te rcin ta di A lor Set ar, Ked ah. Tid ak lupa bua t sem ua s ana k sau dar a, Haj i S aud dan sau dar a d i Ti kam Bat u, S ung ai P eta ni, Ked ah. Kaw ankaw an di S eko lah Men eng ah Dat o' S yed Om ar, K olej MA RA Kul im, UN IKL , MF I da n s emu a y ang men gen ali say a. M aaf zah ir d an bat in d aripad a N uru l H asn i di Gal way , Ire lan d. S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i k e p a d a k e lu a r g a d i P u t r a ja y a d a n J o h o r B a h r u , r a k a n -r a k a n k e r ja d i iP e r in t is d a n S c o m i, p e n a ja k a m i M A R A s e m u a s a h a b a th a n d a i y a n g m e n g e n a li k a m i. M a a f z a h ir d a n b a t in d a r ip a d a k a m i d i U n iv e r s it y o f N e w S o u th W a le s , S y d n e y . D a r i k ir i: A n d i R o s s i A b d u l R a z a k (p e la ja r S a r ja n a In fo r m a t io n S y s t e m s) d a n is t e r i H a m a d a h A h m a d M a h ir , A h m a d Y u s u f A h m a d M a h ir (p e la ja r S a r ja n a M u d a K e ju r u t e r a a n M e k a n ik a l) .
− SELASA 31 JULAI 2012 22 ≤NASIONAL 31 JULAI 2012 − SELASA NASIONAL≥ 27 Hantar ucapan dan foto anda ke: salamaidilfitri@ bharian.com.my S e la m a t B e r p u a s a d a n h a r i r a y a k e p a d a m e k d a n u m i s e k e lu a r g a d i K e la n t a n , s e r t a s a u d a r a m a r a d i s e lu r u h M a la y s ia . M a a f z a h ir d a n b a t in . D a r ip a d a C u c u n d a F a h im F a is a e d a n F it r y F a is a e , C r a n f ie ld , U n it e d K in g d o m . S a la m R a m a d a n d a n A id il fi tr i k e p a d a k e lu a r g a d a n k e n a la n d i M a la y s ia . D a r ip a d a k a m i P e la ja r T a h u n P e r t a m a M o n a s h U n iv e r s it y M e lb o u r n e , A u s tr a li a . D a r i k ir i: S y a z w a n , F a d z w a n , F ir d a u s , A z a m d a n Z a r if . S a la m R a m a d a n d a n S a la m A id il f it r i d a r ip a d a k a m i p e la ja r -p e la ja r U n iv e r s it y o f A u c k la n d , N e w Z e a la n d . S e m o g a h u b u n g a n k it a e r a t t e r ja li n d a n d ib e r k a t i A ll a h . D a r ip a d a M o h a m a d S y a f iq , M u h a m m a d S id d iq , A n a s A m ir u l H a k im , F a d il S h a b e r i, F a d z il i L im , A t if A b d u ll a h d a n A la u d d in A lH a f iz . Khalis Affan Jamil, pelajar Tahun Tiga Chemical Engineering di University of New South Wales, Australia mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Aidilfitri kepada keluarga tersayang di Kepala Batas, Pulau Pinang. Maaf zahir dan batin tahun ini tidak dapat pulang ke tanah air untuk beraya bersama. Pelajar Perubatan Tahun Satu University College Cork, Ireland dan National University of Ireland Galway mengucapkan Salam Adilfitri buat keluarga, sanak saudara dan kawan kawan yang mengenali kami. Tidak lupa tenaga pengajar dan sahabat di Allianze University College ofMedical Science dan penaja, MARA. Dari kiri : Natasha Anuar, Jasmin Syuhada, Azzizatul Aiinani, Salihah Athirah dan Isya Nadziha. S a l a m R a m a d a n d a n A i d i l f i t r i b u a t k e l u a r g a t e r s a y a n g y a n g b e r a d a d i D u n g u n , T e r e n g g a n u , g u r u g u r u S K P u s a t D u n g u n , S M A S u l t a n I s m a i l D u n g u n , S B P I G o m b a k d a n K o l e j M a r a S e r e m b a n s e r t a r a k a n r a k a n y a n g m e n g e n a l i d i r i i n i . S a l a m s a y a n g d a r i p a d a F a r a h A z i e l i a A h m a d A z h a , p e l a j a r t a h u n 1 B a c h e l o r o f E d u c a t i o n ( T E S O L ) , U n i v e r s i t y o f A u c k l a n d , N e w Z e a l a n d . K a m i p e la ja r ju r u s a n K e ju r u t e r a a n K im ia d a n P r o s e s , S is t e m M a k lu m a t P e r a k a u n a n d a n K a u n s e li n g K a n a k -K a n a k d i U n iv e r s it y o f C a n t e r b u r y , N e w Z e a la n d m e n g u c a p k a n S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i b u a t ib u b a p a d a n k e lu a r g a t e r s a y a n g d i M e la k a , J o h o r, K u a la L u m p u r, K e la n t a n d a n S e la n g o r ; s a n a k s a u d a r a , s a h a b a th a n d a i, g u r u g u r u , p e n s y a r a h d a n p e n a ja k a m i (J P A , K P T , U I A M ). D a r i k ir i: A n is N a b ih a h R a z a k , F a r a h S y a f iq a h Is m a il , A z ie m a h A b d R a h a m a n , F a t ih a h A z m a n d a n J u n it a N a w a w i. Sal am Aid ilitr i bu at ma k, a bah dan adi kadi k te rcin ta di A lor Set ar, Ked ah. Tid ak lupa bua t sem ua s ana k sau dar a, Haj i S aud dan sau dar a d i Ti kam Bat u, S ung ai P eta ni, Ked ah. Kaw ankaw an di S eko lah Men eng ah Dat o' S yed Om ar, K olej MA RA Kul im, UN IKL , MF I da n s emu a y ang men gen ali say a. M aaf zah ir d an bat in d aripad a N uru l H asn i di Gal way , Ire lan d. S a la m R a m a d a n d a n A id il f it r i k e p a d a k e lu a r g a d i P u t r a ja y a d a n J o h o r B a h r u , r a k a n -r a k a n k e r ja d i iP e r in t is d a n S c o m i, p e n a ja k a m i M A R A s e m u a s a h a b a th a n d a i y a n g m e n g e n a li k a m i. M a a f z a h ir d a n b a t in d a r ip a d a k a m i d i U n iv e r s it y o f N e w S o u th W a le s , S y d n e y . D a r i k ir i: A n d i R o s s i A b d u l R a z a k (p e la ja r S a r ja n a In fo r m a t io n S y s t e m s) d a n is t e r i H a m a d a h A h m a d M a h ir , A h m a d Y u s u f A h m a d M a h ir (p e la ja r S a r ja n a M u d a K e ju r u t e r a a n M e k a n ik a l) .
31 JULAI 2012 − SELASA SUKAN 45 REKOD OLIMPIK DIPECAHKAN Memanah (lelaki) − Pusingan ranking 72 anak panah - Im Dong Hyun, Korea Selatan, 699 mata, 27 Julai (Rekod sebelum ini: Michele Frangilli, Itali, 684 mata, 28 Julai 1996). − Pusingan ranking 216 anak panah - Berpasukan - Korea Selatan (Im Dong Hyun, Kim Bub-min, Oh Jin-hyek), 2,087 mata, 27 Julai (Rekod sebelum ini: Korea Selatan, 2,031 mata, 28 Julai 1996). Menembak (wanita) − Skeet (kelayakan) - Kimberly Rhode, Amerika Syarikat, 74 mata, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Chiara Cainero, Itali, 72 mata, 14 Ogos 2008). Renang (Lelaki) − 100m Kuak dada (Separuh akhir) - Cameron van der Burgh, Afrika Selatan, 58.83s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Kosuke Kitajima, Jepun, 58.91s, 11 Ogos 2008). − 400m Gaya bebas (Final) - Sun Yang, China, 3:40.14s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Ian Thorpe, Australia, 3:40.59s, 16 September 2000). Renang (Wanita) − 100m kuak lentang (Kelayakan) - Emily Seebohm, Australia, 58.23s, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Kirsty Coventry, Zimbabwe, 58.77s, 11 Ogos 2008). − 100m Kuak kupu-kupu (Kelayakan) - Dana Vollmer, Amerika Syarikat, 56.25s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Inge de Bruijin, Belanda, 56.61s, 17 September 2000). − 100m Kuak kupu-kupu (Final) Dana Vollmer, Amerika Syarikat, 55.98s, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Dana Vollmer, Amerika Syarikat, 56.25s, 28 Julai 2012). − 400m Gaya bebas (Final) Muffat, Perancis, 4:01.45s, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Federica Pellegrini, Itali, 4:02.19s, 10 Ogos 2008). − 400m Rampaian individu (Final) - Ye Shiwen, China, 4:28.43s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Stephanie Rice, Australia, 4:29.45s, 10 Ogos 2008). − 4 x 100m Gaya bebas (Alicia Coutts, Cate Campbell, Brittany Elmslie, Melanie Schlanger), 3:33.15s, 28 Julai (Rekod sebelum ini: Belanda - Inge Dekker, Ranomi Kromowidjojo, Femke Heemskerk, Marleen Veldhuis, 3:33.76s, 10 Ogos 2008). Angkat berat (lelaki) − 56kg (Clean & Jerk) Om, Korea Utara, 168kg, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Halil Mutlu, Turki, 167kg, 16 September 2000). Angkat berat (wanita) − 53kg (Clean & Jerk) hanlo, Kazakhstan, 131kg, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Prapawadee Jaroenrattanatarakoon, Thailand, 126kg, 10 Ogos 2008). − 53kg - Zulfiya Chinshanlo, Kazakhstan, 226kg, 29 Julai (Rekod sebelum ini: Yang Xia, China, 225kg, 18 September 2000). STEPHANIE RICE - Camille - Australia - Yun Chol - Zulfiya ChinsAtlit Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo turut memecah rekod dunia acara angkat berat 53kg. Skuad lelaki 4x100m gaya bebas Perancis mengungguli pingat emas. Perenang Afrika Selatan, Cameron Van der Burgh pamer pingat emas selepas mengungguli 100m kuak dada. Aksi pemain Korea Selatan, Im Dong Hyun berjaya memecah rekod dunia acara memanah individu. yang dilakukan pada Beijing 2008 selain turut mencipta rekod baru temasya untuk jumlah angkatan keseluruhan 226kg. ‘Robin Hood' Korea Selatan pula mencuri tumpuan di Lord Cricket apabila berjaya mencipta dua rekod baru dunia dan dua rekod baru Sukan Olimpik memanah. Lebih menarik pemanah negara itu berjaya meleburkan rekod temasya berusia 16 tahun dalam pusingan ranking individu dan berpasukan Jumaat lalu. Kimberly Rhode dari Amerika Syarikat menjadi satu-satunya penembak yang berjaya memecahkan rekod Sukan Olimpik setakat inimenerusi acara skeet kelayakan apabilamembidik 74 mata, mengatasi rekod Chiara Cainero dari Itali (72 mata) di Beijing empat tahun lalu. Namun, dengan London 2012 baru bermula dan masih banyak lagi acara belum dilangsungkan termasuk acara tumpuan olahraga yang hanya bermula Jumaat ini, diyakini akan lebih banyak rekod dunia serta temasya akan diperbaharui. Untuk lebih gambar sila layari subscription.nstp.com.my BH Digital
NASIONAL SELAS 31 Julai 2012 10 UMNO Beaufort tidak lumpuh » Tiada bukti ramai keluar parti ikut Lajim Oleh Hassan Omar hassanomar@bharian. com.my Kuala Lumpur U MNO Baha g i a n Beaufor t mas ih utuhwalaupun tanpa bekas ketuanya, Datuk Lajim Ukin yang melepaskan jawatannya, Ahad lalu. Walaupun Lajim mendakwa 15 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian itu turut mengikut langkahnya melepaskan jawatan, setakat ini tiada bukti mereka berbuat demikian. Tiada hitam putih Timbalan KetuaUMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, berkata tidak benar dakwaan itu kerana tiada bukti hitam putih mengenainya. “Mana ada surat mereka letak jawatan AJK bahagian? Tidak ada. Cakap saja. Kita mahu tengok bukti. “Ada 35 AJK UMNO bahagian. Datuk (Lajim) bilang (cakap) 15 AJK bahagian ikutnya tetapi tiada pun surat. UMNO bahagian sekarang memang panas macam berjalan atas bara tetapi Insya-Allah, UMNO bahagian tidak akan roboh sematamata kerana Datuk (Lajim) letak jawatan,” katanya kepada BH ketika dihubungi di Beaufort, semalam. Beaufort adalah bandar kecil yang terletak kira-kira 120 kilometer (km) dari Kota Kinabalu. Majoriti penduduk Parlimen Beaufort adalah etnik Bisaya beragama Islam, selain minoriti Murut, Kadazandusun dan Kedayan. Ahad lalu, Lajim yang menerajui UMNO Bahagian Beaufort sejak 26 tahun lalu mengakhiri permainan tarik talinya dengan kepemimpinan UMNO Sabah yang diterajui Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Musa Aman apab i l a mengumumkan peletakan jawatannya. Kekal ahli UMNO Bagaimanapun, Lajim kekal sebagai ahli UMNO dan kedudukannya bakal ditentukan Ibu Pejabat UMNO, manakala jawatannya sebagai Timbalan Menteri diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Isnin berkata, Lajim dalam beberapa pertemuan sulit dengan AJK UMNO bahagian dan pemimpin akar umbi memberitahu beliau mahu melepaskan jawatan ketua bahagian kerana tidak berpuas hati apabila namanya dikatakan tidak dicalonkan untuk bertanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Isnin berkata, walaupun betul 15 AJK melepaskan jawatan dan menyertai perjuangan Lajim, UMNO Bahagian Beaufort tetap kuat dan tidak akan roboh berikutan sokongan padu 20 AJK yang lain. ‘Termakan hasutan Anwar' Mana ada surat mereka letak jawatan AJK bahagian? Tidak ada. Cakap saja. Kita mahu tengok bukti” Isnin Aliasnih, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Batu Pahat: Tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, meletak jawatan dalam UMNO, dipercayai bukan dibuat atas prinsip perjuangan, tetapi lebih didorong terperangkap hasutan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yakin Anwar mengambil kesempatan atas beberapa isu pergeseran peribadi dihadapi Lajim untuk memujuknya keluar dan meletakkan jawatan dalam UMNO. “Saya percaya tindakan Lajim meletak jawatan secara berperingkat boleh dikatakan cubaan beliau bermain 'tarik tali' atau tawar-menawar dengan Anwar, selain dilihat mengambil masa untukmempengaruhi ahli jawatankuasa UMNO bahagian mengikut je jak langkah beliau,” katanya di Masjid Bukit Pasir, di sini, petang semalam. Puad berkata, tindakan Anwar yang diberi jolokan Three Billion Ringgit Man oleh Datuk S Nallakaruppan, mempengaruhi dan memerangkap La j im menggunakan kuasa duit adalah taktik sama digunakannya bagi mempengaruhi beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, kononnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 lalu. Di KOTA KINABALU, Setiausaha BN Sabah, DatukAbdul RahmanDahlan, berkata tindakan Lajim dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing menyertai pembangkang memudahkan BN menggerakkan jentera pilihan raya setempat. Katanya, UMNO Beaufort dan BN Tuaran tidak lagi dihimpit persoalan mengenai kedudukan kedua-duanya selepas berbulan-bulan dilingkari persoalan berkenaan. “Dulu kita tertanya-tanya, sekarang tidak lagi kerana semuanya sudah jelas. Pemimpin BN datang dan pergi tetapi bersandarkan pengalaman, BN kekal mantap serta meneruskan perjuangan parti pilihan majoriti rakyat,” katanya di sini, semalam.
31 JULAI 2012 SELASA 35 AGAMA Hidup tenang bila diri dihiasi takwa Pemimpin tawaduk tak khianati amanah, kuasa Dua iktikaf disyariatkan Rasulullah Pemimpin tawaduk tidak mengkhianati amanah yang dipertanggungjawab. I ktikaf ialah berdiam atau tinggal di masjid memenuhi adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan bagi mendekatkan kepada Allah SWT. Ulama bersepakat menyatakan iktikaf khususnya pada 10 hari terakhir Ramadan adalah ibadah yang disyariatkan dan disunatkan Rasulullah SAW. Jenis-jenis iktikaf yang disyariatkan ada dua, pertama sunat dan kedua wajib. Iktikaf sunat iaitu dilakukan secara sukarela sematamata mendekatkan diri kepada Allah seperti iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan. Iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar ( janji), seperti: “Jika Allah menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.” Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tiada batasan waktu khusus, bila-bila masa pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat. Ya'la bin Umayyah berkata: “Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tidak lain hanya untuk beriktikaf.” Syarat iktikaf ialah muslim, berakal, suci dari janabah ( junub), haid dan nifas. Rukun iktikaf ialah niat dan berdiam di masjid. Hal dibolehkan bagi orang yang beriktikaf ialah keluar dari tempat iktikaf bagi menghantar isteri, seperti dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya, Safiyah. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum dan segala sesuatu yang tidakmungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali sudah menyelesaikan keperluannya. Makan, minum dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid. K etika Abu Dzar Al-Ghifari meminta nasihat Rasulullah SAW, kata Rasulullah SAW kepadanya: “Saya wasiatkan kepadamu, bertakwalah engkau kepada Allah kerana takwa itu adalah pokok dari segala perkara.” Umumnya, ulama mendefinisikan takwa sebagai menjaga diri daripada perbuatan maksiat, meninggalkan dosa syirik, perbuatan keji dan dosa besar, serta berperi laku dengan adab syariah. Takwa adalah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat, ayat 13) Firman-Nya lagi: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah Al-A'raf, ayat 26) Tiada niat lakukan kejahatan Orang yang bertakwa selalu memikirkan apa yang akan diucapkan dan berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara. Tidak ada niat di hati Muslim sama sekali untuk melakukan kejahatan yang boleh merugikan dan memudaratkan orang lain, apatah lagi merugikan masyarakat serta negara. Orang yang menjadikan takwa sebagai hiasan hidupnya tidak mungkin mengkhianati amanah dan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kroninya. Kuasa kepemimpinan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan kepada masyarakat, bangsa dan terutama kepada Allah SWT. Islam lahir ramai pemimpin bertakwa Islam melahirkan ramai pemimpin bertakwa yang memimpin umat Islam dengan penuh keadilan. Contohnya, Saidina Ali bin Abi Talib yang bersifat tawaduk dan patuh terhadap keputusan Kadi, meskipun tuntutannya terhadap baju besi dimiliki seorang Yahudi, dibatalkan di sidang pengadilan. Saidina Ali membawa saksi iaitu Saidina Hasan, puteranya sendiri dan Qanbar, pembantunya. Namun Kadi Syuraih sebagai seorang kadi yang jujur dan tegas telah menolak saksi dari kaum kerabat kerana dianggap boleh menimbulkan berat sebelah kepada Saidina Ali. Akhirnya, Kadi telah memberikan keputusan yang adil dengan memberikan kemenangan kepada Yahudi dan Khalifah Ali menerimanya dengan ikhlas. Sikap tawaduk yang lahir dari takwa ini telah membuka pintu hati Yahudi itu untuk menerima Islam sebagai pegangan hidupnya. Yahudi berkata: “Wahai Amirul Mukminin, Tuan telah membuat aduan mengenai saya kepada Kadi yang juga orang bawahan tuan, tapi dia telah memberikan kemenangan kepada saya. Maka dengan ini, saya bersaksi bahawa ini adalah kebenaran dan saya bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.” Peroleh ketenangan di dunia, akhirat Akhirnya, apabila takwa menjadi perhiasan hidup dalam setiap gerak gerinya, dia akan memperoleh ketenangan dan kedamaian yang hakiki di dunia serta akhirat nanti. Maka benarlah Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan ketakwaan kepada Allah, maka dia akan hidup dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Dia pun akan berjalan dimuka bumi ini dengan penuh ketenangan dan kedamaian.” (Hadis riwayat Abu Nu'aim) Takwa adalah bekalan hidup paling berharga dalam diri seorang Muslim. Tanpanya hidup menjadi tidak bermakna dan penuh kegelisahan. Sebaliknya, seseorang akan merasai hakikat kebahagiaan hidup, baik di dunia mahu pun akhirat apabila dia berhasil menjadi seorang yang bertakwa. HADIS Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan ketakwaan kepada Allah, maka dia akan hidup dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Dia pun akan berjalan di muka bumi ini dengan penuh ketenangan dan kedamaian ” Riwayat Abu Nu'aim FADILAT RAMADAN “Islam ditegakkan di atas tiga rukun - iman, solat dan puasa. Sesiapa yang gagal menyempurnakannya, ia tidak dianggap beriman ” Rujuk juga Fathul Muin oleh Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz alMalibariy
31 JULAI 2012 SELASA 43 SUKAN Novac Djokovic terpaksa menunggu tiga setengah jam akibat hujan kelmarin dan apabila perlawanan Olimpiknya bersambung semula, dia kehilangan dua mata pertama ketika bertemu Fabio Fognini dari Itali. Gangguan cuaca itu tiba ketika ‘tie break' dan Djokovic sedar dia perlu segera bangkit di gelanggang Wimbledon itu. “Saya berfikir mengenai dua mata itu dan cara bagaimana saya perlu mengatasinya,” katanya. “Semuanya berlaku dengan pantas.” Sekalipun Djokovic ketinggalan, dia mengejar dan seterusnya mengatasi Fognini 6-7 (7), 6-2, 6-2. Ia satu-satunya perlawanan di Gelanggang 1 dan ia mengambil masa sepanjang hari dan permulaannya ditangguhkan hampir tiga jam. Djokovic selaku pemain pilihan kedua, bermain dengan baik ketika perlawanan berlangsung dan hanya melakukan satu kesilapan di set akhir. Kemenangan itu yang pertama sejak dia tewas tiga minggu lalu kepada Roger Federer di separuh akhir, Wimbledon. “Saya tidak bermain perlawanan rasmi sejak Wimbledon, jadi ia mengambil masa untuk saya mencari rentak,” katanya. “Sememangnya penangguhan perlawanan itu menjejaskan perlawanan dan saya tidak setajam mana selepas hujan.” - AP Skuad Sepanyol pulang awal »Tewas 0-1 kepada Honduras pada aksi kedua bola sepak London H asrat Sepanyol menambah pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2012 sebagai pelengkap kejuaraan Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 yang dikecapi skuad senior tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Honduras pada aksi kedua, awal pagi semalam. Jaringan tunggal Jerry Bengtson pada minit ketujuh aksi di St James' Park itu menyaksikan Sepanyol tersingkir untuk perebutan tempat ke suku akhir selepas turut tewas kepada Jepun pada aksi sulung Kumpulan D sebelum ini. Jepun mara ke suku akhir selepas menewaskan Maghribi 1-0. Jurulatih Sepanyol, Luis Milla hanya mampu berkata, pasukannya kurang bernasib baik pada temasya kali ini. “Apa yang kurangnya kami pada perlawanan ini ialah untuk menjaringkan gol. Saya tak mahu kata banyak tetapi kami sepatutnya dianugerahkan satu sepakan penalti,” kata Milla. Brazil turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan menewaskan Belarus 3-1 dengan Neymar tampil dengan aksi penuh bergaya di Old Trafford menerusi satu gol. Dua lagi dijaringkan Pato dan Oscar. Tuan rumah, Great Britain pula meraih kemenangan sulung sejak Sukan Olimpik 1960 apabila menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 3-1 di Wembley selepas sekadar seri 1-1 dengan Senegal pada aksi sulung. Ryan Giggs (kanan), 38, menjaringkan gol pertama untuk bergelar penjaring gol tertua Olimpik sebelum dua lagi jaringan Great Britain terhasil menerusi Scott Sinclair dan Daniel Sturridge. “Giggs membawa satu penghormatan. Dia berjaya mengawal dirinya di dalam dan luar padang dengan cukup cemerlang. Kami gembira dia jaringkan gol,” kata jurulatih Great Britain, Stuart Pearce. AFP Djokovic atasi halangan awal London: Jaguh renang Amerika Syarikat, Michael Phelps (atas) meraih pingat ke-17 Olimpik, awal pagi semalam untuk menghampiri rekod pingat terbanyak sepanjang zaman, meskipun ia hanyalah kilauan pingat perak selepas kuartet mereka tewas kepada Perancis. Phelps memenangi pingat perak pertamanya selepas melakukan renangan bertenaga pada acara 4x100 meter gaya bebas untuk kini hanya kurang satu pingat berbanding pemegang rekod terbanyak, Larisa Latynina, bekas gimnas Soviet. Namun emas diharap Phelps dan rakan-rakan diranapkan perenang Perancis, Yannick Agnel. Kuartet Australia yang mencatat masa terpantas pada saingan kelayakan, sekadar menduduki tempat keempat. Russia meraih gangsa. Empat tahun lalu di Beijing, Phelps memenangi pingat emas pada setiap lapan acara yang disertainya, namun setakat ini di London, dia sudah pun tewas dua acara dalam tempoh dua hari pertama. Kini Phelps memburu pingat ke-18 Olimpik selepas setakat ini sudah mengumpul 14 emas, satu perak dan dua gangsa, dengan masih berbaki lima acara untuk disertainya. “Sekurang-kurangnya saya berjaya mendapat pingat hari ini (kelmarin),” kata Phelps membandingkan prestasinya meraih tempat keempat pada aksi sulungnya di London, Sabtu lalu. Reuters FAKTA NOMBOR Phelps memenangi pingat perak pertamanya selepas melakukan renangan bertenaga 4x100m gaya bebas Phelps hampiri rekod pingat terbanyak
31 JULAI 2012 SELASA 41 SUKAN Penunggang Underbone 115cc negara, Mohd Amirul Ariff Musa mahu bangkit menebus kesilapan di Indonesia pada perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, 3 hingga 5 Ogos ini. Amirul mencipta kejutan pada perlumbaan lalu apabila merakam masa terpantas dan memadam rekod pusingan kelayakan di Litar Sentul milik penunggang handalan tuan rumah, Rafid Topan Sucipto. Amirul adalah penunggang pertama negara yang memulakan perlumbaan di petak pertama di Indonesia sejak lima tahun kebelakangan ini. Namun penunggang Pachie Yuzy Honda Racing itu gagal menggunakan kelebihan berkenaan apabila sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kelima selain gagal menamatkan Perlumbaan 2 akibat masalah jentera ketika perlumbaan berbaki dua pusingan menuju ke garisan penamat. INFO 1 Casey Stoner (AUS/Honda) 43:45.961s 2 Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) +3.429 3 Dani Pedrosa (ESP/Honda) +7.633 4 Andrea Dovizioso (ITA/Yamaha) +18.602 5 Cal Crutchlow (GBR/Yamaha) +18.779 6 Nicky Hayden (USA/Ducati) +26.902 7 Stefan Bradl (GER/Honda) +28.393 8 Alvaro Bautista (ESP/Honda) +50.246 9 Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) +1:18.993 10 Karel Abraham (CZE/Ducati) +1:22.076 Keputusan GP Amerika Syarikat Stoner juarai GP AS Monterey: Jaguh Australia, Casey Stoner (gambar) memenangi perlumbaan kedua berturut-turut Grand Prix MotoGP Amerika Syarikat di Litar Laguna Seca menafikan cabaran utama, Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa, kelmarin. Penyandang juara dunia, Stoner, 26, menamatkan perlumbaan 32 pusingan itu dengan catatan 43 minit 45.961 saat, memiliki kelebihan tiga saat di depan Lorenzo yang memulakan perlumbaan di petak pertama. Bagai mengulangi pencapaian musim 2011, Stoner satu-satunya penunggang yang menggunakan tayar lembut Bridgestone untuk melakar kemenangan keempatnya musim ini. “Dengan menggunakan tayar lembut, kami tahu kami perlu lebih berhatihati,” kata Stoner yang sebelum ini memenangi perlumbaan di Sepanyol, Portugal dan Belanda. “Jika kami menekannya terlalu kuat sepanjang perlumbaan, ia tidak akan mampu bertahan,” Kejayaan podium turut mengulangi kedudukan musim lalu yang menyaksikan Lorenzo menguasai perlumbaan pada awalnya sebelum dipotong oleh Stoner. “Casey adalah yang terbaik, terpantas dan paling konsisten,” kata Lorenzo yang dipintas Stoner pada pusingan ke-21. “Ia bukan hari saya, ia hari Casey.” Begitupun, kedudukan kejuaraan tidak berubah dengan Lorenzo masih di puncak dengan 205 mata diikuti Pedrosa (182) dan Stoner (173). AFP Amirul janji bangkit di Zhuhai Marina terpanggil untuk memartabat sukan negara »Cita-cita legenda ratu pecut negara mahu lahir atlit taraf dunia Oleh Sukhairi Abd Thani sukhairi@bharian.com.my S iapa yang tidak kenal dengan legenda ratu pecut dan lari berpagar - Datuk Marina Chin yang pada mulanya menceburi bidang sukan olahraga sebagai kebetulan - sekitar berumur 16 tahun. Semuanya bermula pada sekitar 1971 apabila dia beraksi mewakili Sekolah Convent Sentul, pada kejohanan Olahraga Antara Sekolah Zon Utara Selangor apabila berjaya meraih kemenangan dalam dua acara iaitu 100 dan 200 meter. Tidak disangka, bekalan tonik semangat itu terus menambah keyakinannya untuk terbabit secara serius dan bertitik tolak daripada itu dia akhirnya membantu negara memenangi pingat emas acara 4 x 400m di Sukan SEA Kuala Lumpur 1971. Memecah rekod kebangsaan menjadi perkara biasa buat dirinya - buktinya sekitar tahun 1972 hingga 1976, Marina berjaya memadam empat rekod lama antaranya dalam acara 200 meter dengan catatan 26.6 saat - 0.2 saat mengatasi rekod lama pada Kejohanan Allcomers Persatuan Olahraga Amatur Selangor 1972 di Stadium Merdeka. INFO Tarikh lahir: 19 Oktober 1955 (57 tahun) Asal: Kuala Lumpur Status: berkahwin Pencapaian: Pingat perak lari berpagar 400 meter di Kejohanan Olahraga Asia di Seoul, Korea Selatan 1975 Pingat emas acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga Jemputan Filipina di Manila 1976 Pingat emas acara 100 dan 200m Sukan SEA 1977 Pingat perak acara 4x400m di kejohanan Trek dan Padang Asia, Tokyo 1979; Pingat emas lari berpagar 100m dan 4x400m di Sukan SEA Jakarta 1979 Chin Leng Sim @ Marina Chin Selebihnya, di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, dia berjaya mencatat rekod baru dalam acara lari berpagar 110m dengan catatan 15.2s dan acara 400m lari berpagar dengan catatan 64.9s. Marina akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada 1980 dan pulang dengan segulung ijazah dalam bidang Pendidikan Fizikal di Universiti Ohio 1980 dan sarjana dalam bidang Pentadbiran Sukan di universiti sama selepas itu. Kini, selain berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil sejak 2007, dia juga aktif dalam pelbagai aktiviti dan seminar dalam memartabatkan sukan olahraga tanah air. “Ia satu kepuasan jika saya dapat membantu dan berkongsi idea meningkatkan keupayaan bakat baru.Manalah tahu,merekamampu menjadi atlit handalan pada masa depan,” kata Marina. M a r i n a ( k i r i ) menerima baton dari Zaiton Othman acara khas 4x100m di trek baru jenis Mondo di Komp l e k s S u k a n Kampung Pandan pada 8 April 1983.
SELASA 31 JULAI 2012 24 RENCANA Hukuman tegas patut jadi pengajaran Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid jalil@nstp.com.my Pengarang Kumpulan BH Datuk Mior Kamarul Shahid mkamarul@nstp.com.my Timbalan Pengarang Kumpulan BH Mahfar Ali mafa@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Berita Norhayati Md Said yatisaid@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Rencana Zainor Said zaino@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Pengeluaran Badrulhisham Othman baneta@bharian.com.my BH diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Bhd, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-22-6787 Faks: 03 20567081 Laman Web: www.bharian.com.my E-mel: bh@bharian.com.my S IDANG REDAKSI Minda Pengarang T idak lama dulu, Laura Callahan, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Penerangan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama, meletakkan jawatan selepas beliau disiasat dan didapati membeli Ijazah, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada online. Kes ini menggegarkan keselamatan Rumah Putih kerana dilihat seolah-olah tidak melakukan semakan latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas. Mengikut kajian di Amerika Syarikat, pada tahun lalu saja, kes pemalsuan ijazah membabitkan AS$1 bilion (RM3 bilion) setahun. Amerika Syarikat juga mengeluarkan sebanyak 50,000 PhD palsu ke seluruh dunia setiap tahun. Kebanyakan daripada laman web ini beroperasi di Alabama, Mississippi dan Wyoming memandangkan undang-undang di negeri berkenaan masih longgar dalam menangani isu itu. Amerika adalah negara pelopor dalam penipuan dan pemalsuan sijil kelulusan seperti ini. Ia merebak ke negara lain seperti India, Singapura, Russia, Pakistan, Indonesia dan Filipina. Di Malaysia, ia hanya mula dikesan dengan penipuan untuk mendapat kelulusan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Situasi ini perlu dibendung agar ia tidak merebak dan kelak diambil alih oleh pendatang Afrika yang terkenal dalam jenayah penipuan. India mempunyai banyak pusat pengajian tinggi, termasuk 350 yang tidak diiktiraf kerajaan manakala di Pakistan pula ada banyak universiti melantik profesor yang memperoleh kelulusan PhD dengan cara membeli kelulusan palsu. Pembabitan ‘Profesor Segera' inimerosakkan imej danmutu pembelajaran di Pakistan, terutama dalam bidang perubatan. Beberapa bulan lalu, di Singapura, penipuan sijil dikaitkan dengan sebuah institusi terkemuka dan kelulusan bidang yang popular masa kini ialah pengurusan bisnes dan pelancongan. Sijil palsu ini dijual dengan RM30,000 sekeping, termasuk transkrip mengandungi keputusan yang baik. Di Russia, ijazah palsu dapat dibeli dengan harga RM3,000 sekeping. Ada juga sindiket mengeluarkan ijazah palsu University Havard, sebuah universiti terbaik di dunia dengan harga RM120,000. Filipina juga tidak ketinggalan, mereka hanya mengenakan bayaran sekali gus RM30 hingga RM200 bagi sebarang sijil atau ijazah dalam masa dua jam. Kira-kira sebulan lalu, Kementerian Pelajaran Tinggi Arab Saudi membongkar kegiatan 110 agensi yang menjual ijazah palsu daripada universiti asing sejak beberapa tahun lalu. Dalam beberapa minggu lalu, Polis Indonesia menumpaskan satu sindiket pengeluaran sijil palsu yang dijual dengan harga RM2,000 sekeping. Apa yang menyedihkan ada sebuah lamanweb yang menyediakan perkhidmatan mengeluarkan ijazah palsu daripada pusat pengajian tinggi dengan hanya perlu membayar RM240. Tawaran ini menjadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa saja bidang yang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi di dalam ijazah palsu terbabit. Beberapa hari lalu, selain kes sijil palsu USM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University. Adalah wajar sesiapa yang menipu menggunakan sijil palsu boleh dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Impak hukuman ini bukan saja boleh menjatuhkan maruah seseorang bahkan juga memusnahkan masa depan mereka. Ramai orang yang sakit jiwa, pemalas dan suka menipu cuba mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar untuk mendapatkan ijazah secara mudah dalam tujuh hari, sedangkan pelajar yang belajar di universiti terpaksa belajar antara tiga hingga enam tahun untuk mendapatkan diploma, ijazah, sarjana atau PhD. Satu pusat menyimpan data mengenai seseorang graduan mesti ditubuhkan untuk mengelakkan kes pemalsuan ijazah, mengadakan ciri keselamatan atau semua sijil dicetak oleh Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti yang tinggi. Seseorang yang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi adalah tidak berintegriti dan patut berasa jijik jika memiliki ijazah palsu. Penulis ialah Pakar Kriminologi, Institut Jenayah & Kriminologi Universiti HELP E-mel ke Anda boleh berkongsi pendapat di rencanabh@bharian.com.my T iada ucapan lebih sesuai boleh dizahirkan oleh peneroka selain mensyukuri nikmat Allah dan berterima kasih kepada kerajaan. Pengumuman pemberian duit raya kepada semua peneroka FELDA membabitkan peruntukan RM43.2 juta tentunya melegakan mereka bagi membuat persediaanmenyambut ketibaan Aidilfitri tahun ini. Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tepat pada masanya sebagai bukti kerajaan sentiasa mengha r ga i sumbangan mereka da l am membangunkan ekonomi negara. Ini juga antara bukti jasa peneroka sentiasa dihargai dan pengorbanan mereka ketika membangunkan kawasan hutan untuk menanam sawit tidak pernah dilupakan. Tanah rancangan FELDA adalah penggerak ekonomi luar bandar yang penting sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Justeru, pengagihan duit raya RM400 seorang bagi 112,635 peneroka FELDA dan RM200 seorang bagi 9,038 peneroka yang bukan bersama FELDA sebagai simbolik penghargaan pengorbanan mereka. Tentunya pemberian duit raya terlalu kecil berbanding sumbangan peneroka sejak lebih empat dekad lalu. Bagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin, sumbangan itu sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menjayakan pelbagai transformasi di tanah rancangan. Peneroka sendiri tentunya tahu kerajaan yang ada pada hari ini sentiasa melakukan pelbagai usaha memajukan tanah rancangan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi bukan saja di kawasan tanah rancangan, malah di kawasan sekitarnya. Banyak kemudahan asas didirikan di luar bandar dengan kelengkapan sekolah, masjid, klinik dan jalan raya sempurna. Kini ada dalam kalangan generasi ketiga FELDA sudah muncul dengan pelbagai kepakaran dan modal insan terbaik buat Malaysia. Kerajaan juga memperkenalkan skim bantuan Kasih FELDA RM5 juta untuk membaik pulih 1,000 rumah di enam kawasan Parlimen membabitkan lima di Kedah dan satu di Perlis. Di samping itu, sagu hati RM2.28 juta kepada 1,585 jawatankuasa masjid di seluruh FELDA membabitkan tiga kategori diadakan bagi memperkukuhkan institusi FELDA sebagai masyarakat sempurna, berakhlak dan harmoni. Segala sumbangan ini tentunya dimanfaatkan oleh peneroka yang menjadi ejen perubahan ekonomi. Setiap 54 kawasan Parlimen yang mempunyai tanah rancangan FELDA juga akan menerima RM10,000. U mat Islam berpuasa masuk minggu kedua tetapi sudah ada beberapa kes kecederaan membabitkan mercun. Jika tidak dipantau semua pihak termasuk ibu bapa, banyak lagi kes akan berlaku. Mamat – takut mendengar letupan Cakap-Cakap Duit raya tanda prihatin kerajaan kepada peneroka Ijazah palsu berlaku seluruh dunia Satu pusat menyimpan data mengenai seseorang graduan mesti ditubuhkan untuk elakkan kes pemalsuan ijazah, mengadakan ciri keselamatan atau semua sijil dicetak oleh Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti tinggi” l
NASIONAL≥ 33 31 JULAI 2012 − SELASA Adakah cadangan penyediaan Kedai Buku 1Malaysia boleh menggalakkan masyarakat Malaysia membaca? Abang saya terbabit dalam kemalangan di tempat kerja, hingga menyebabkannya hilang upaya kerja. Apakah program disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membantunya? Amran Hambali, Kuantan, Pahang Individu hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja boleh mengikuti Program Kembali Bekerja (RTW) anjuran PERKESO untuk membantumengurangkan beban kewangan keluarga masingmasing. Setiap individu dilatih antara tiga hingga enam bulan bergantung kepada jenis kecederaan dialami dan bantuan pemulihan. Program itu memberi peluang kedua kepada pekerja hilang upaya untuk berkhidmat semula dengan majikan lama atau bekerja dalam bidang lain sejajar Sekysen 57(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang menyasarkan pekerja mengalami hilang upaya akibat penyakit, kemalangan ketika bekerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Seramai 4,938 pekerja atau 67 peratus daripada keseluruhan 7,363 orang yang dilatih dalam program itu sejak 2007 berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor. Ia bertujuan memberi motivasi kepada mereka dengan menyediakan latihan secara profesional dan sistematik. Sepanjang mengikuti program ini, prestasi mereka dipantau pegawai yang membuat laporan mengenai perkembangan mereka dan mencadangkan sama ada mereka layak kembali bekerja atau sebaliknya. Kami membantu menempatkan semula mereka mengikut keupayaan dan kemahiran masing-masing. Program itu memberi banyak manfaat kepada pekerja untuk Sayabersimpati dengan nasib kumpulan gelandangan menjalankan ibadat sepanjang Ramadan ini. Apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan bantuan untuk mereka. Norlaili Salleh Jalan Peel, Kuala Lumpur JAWI menganjurkan program Salam Ramadan bagi membantu golongan kurang berkemampuan khasnya kumpulan gelandangan di ibu negara menunaikan ibadah puasa. Menerusi program itu, JAWI menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi gelandangan pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang Ramadan di Masjid Jamek Bandaraya. Menerusi program itu juga, Midnight Run yang disertai 120 penunggangmotosikal berkuasa tinggi dari Kelab Sahabat Motor akan mengagihkan 200 bungkusan makanan untuk bersahur kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara pada setiap Khamis dan Jumaat. Program ini antara usaha JAWI mengimarahkan masjid pada bulan mulia ini supaya mereka yang tidak berkemampuan dapat menunaikan ibadah puasa dan solat tarawih seperti orang lain. Datuk Che Mat Che Ali Pengarah JAWI Masjid Jamek sedia juadah buka, sahur untuk gelandangan Menerusi program itu, JAWI menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi gelandangan pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang Ramadan di Masjid Jamek Bandaraya” Program kembali bekerja bantu mangsa nahas menambah pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada pampasan PERKESO. Kamimemintamajikan mendaftar pekerja dengan PERKESO bagi memudahkan program itu dilaksanakan. Datuk Dr Mohamed Azman Aziz Mohammad Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO Khidmat  Orang ramai yang ingin mencari kenalan lama, keluarga yang terpisah, agensi penguat kuasa yang ingin mencari saksi bagi penyelesaian kes dan perkara yang berkaitan dengannya supaya menghantar maklumat menerusi e-mel kepada suarakomuniti@bharian.com.my Ismandy Kukulkan Quetzacoatl Ali Cadangkan buka kedai tu bukan saja di bandar besar. Cuba di pekan. Mohd Kamal - Kalau dah suka memabaca, pasti penuh. Ahmad Kamil Mohamed - Ya kerana harga buku sangat mahal sekarang. Muhammad Firdaus Zamani - Bagus cadangan ni tapi kalau kita manfaatkan perpustakaan negara yang kurang ahli lagi bagus...tak perlu bayar, hanya jadi ahli. Akmal Norddin Mungkin harga bukunya murah sikit. Benda yg baik apa salah kalau dibuat... memudahkan pelajar IPT utk memiliki buku rujukan sendiri yg tak mampu nak beli kat kedai buku lain. Zamir Haszainul Patut sangat, harga buku rujukan untuk pelajar universiti sangat mahal. Jadi, boleh ringankan beban nak beli buku...baucer buku RM200 dulu tu pun tak cukup nak beli buku. Zulkifli Sa'don - Kalau tujuannya utk ringankan beban rakyat, menanam minat suka membaca atau apa-apa saja kesan positif, aku setuju...tapi laksanakan dengan telus... kesannya pun bagus. Apeedz Becker - Cuba dulu baru tau. Ye la tak semua org suka makan mi goreng dan begitu juga dengan membaca. Tak semua yg minat. Golongan gemar membaca masih ramai dan mungkin bertambah jika kedai buku yg menarik serta persekitaran yg segar disediakan. Tapi memang betul...kebanyakan perpustakaan awam contohnya di JB, alahai... sedih sgt keadaannya, pengelolaannya, kurang bermaya menganjurkan aktiviti yg berkaitan. Dahlia Shahrul - Ini baik untuk mereka yg kurang mampu. Ada ramai anak yg minat membaca dan ibu bapa dgn pendapatan rendah yg ingin membeli buku untuk anak mereka tetapi kebanyakan kedai buku menyediakan buku di luar kemampuan mereka. Nicky Nazaruddin - Ia dapat meningkatkan ilmu masyarakat kita. Pada era globalisasi, ilmu amat penting. Saya sokong kerana harganya murah. Kita harus melihat dari sudut positif dan bukan negatif. Firdaus Ibnu Aspani - Bagi yg suka baca buku memanglah bagus. Kalau yg tak suka baca, bagi percuma pun tak nak. Wan Muhammad Hazem - Saya sebagai mahasiswa menyokong 100 peratus sebab ia akan memudahkan pembelian dan mengurangkan bebanan mahasiswa. Hazlizam Ezam Bergantung pada lokasi kedai itu dan harga buku. Aaron Azwan - Perpustakaan yang disediakan di setiap kawasan tak cukup lagikah? MYizan Itue AQue - Cadangan tu sia-sia saja. Sekarang ni dah moden...semua boleh dpt di internet. So sia-sia je cadangan tu. Razak Nazri - Lebih elok kalau dibuat kadar tarif air 1Malaysia yg sama rata di seluruh negara drpd buat kedai buku yg tak berapa kerat sgt. Roy Simon Tom Imbayan - Rasa2nya tak payah la. Baucar buku utk plajar IPT sudah cukup. Pembangunan sana sini pun dah cukup. Norlaili Mohammed Yatin - Pelbagai kempen memakan belanja besar sudah dibuat tak juga menambah statistik rakyat gemar membaca. Pokok pangkalnya berbalik kpd pendidikan asas keluarga dan dorongan masyarakat sekeliling agar budaya membaca sentiasa tersemat dalam jiwa rakyat.
SELASA 31 JULAI 2012 40 DUNIA 62 serang bar ditahan Jakarta P olis Indonesia semalam mendakwa mereka menahan 62 orang, kebanyakan di bawahumur kerana terbabit dalam serangan sebuah bar di selatan Jakarta yang menjual arak ketika bulan Ramadan. “Sekumpulan 150 remaja ada di antara mereka berusia 13 tahun membawa pedang dan kayu golf menyerbu bar De Most lewat kelmarin, memecahkan botol arak dan merosakkan harta benda,” kata Ketua Detektif polis Jakarta, Selatan, Hermawan. “Daripada sejumlah 62 yang ditahan adalah di bawah umur dan ada di antara mereka bersenjatakan pedang Samurai, sabut dan kayu golf,” kata Hermawan. “Mereka memecahkan tingkap, pintu dan memecahkan botol, sambil meminta bar itu ditutup untuk memastikan kesucian Ramadan tidak tercemar,” katanya. Seramai 23 orang berhadapan dengan dakwaan merosakkan harta benda manakala empat lagi disabitkan dengan tuduhan membawa senjata tajam. “Kumpulan remaja terbabit menggelar diri mereka sebagai Majlis Pembelaan Nabi,” kata Hermawan. “Ia adalah biasa bagi saya dan pengikut saya untuk melakukan serbuan terhadap tempat dosa sepanjang Ramadan,” kata lelaki yang didakwa ketua kumpulan itu, Habib Bahar, 33 yang dipetik halaman berita Kompas.com selepas penahanan. “Mereka melakukan dosa di sana. Mereka mabuk jadi tindakan perlu diambil,” kata Bahar yang turut ditahan. Kumpulan Islam sebelum ini turut menyerbu tempat yang menjual alkohol tetapi serangan Sabtu lalu adalah yang pertama tahun ini sejak bermulanya Ramadan pada 21 Julai lalu. Pihak berkuasa mengarahkan bar dan kelab malam untuk menutup operasi mereka sepanjang bulan mulia ini tetapi larangan itu tidak dikuatkuasakan dengan tegas. Sebanyak 90 peratus daripada sejumlah 240 juta penduduk Indonesia adalah Islam tetapi majoriti daripada mereka hanya mengamalkan Islam secara sederhana. AFP Restoran makanan segera UAE teruskan operasi Dubai: Walaupun keuntungan berkurangan hingga lebih 50 peratus pada Ramadan, restoran makanan segera di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sanggup membayar berpuluh ribu dirham bagi mendapatkan permit untuk terus membuka perniagaan mereka. “Memang kami tidak mendapat banyak keuntungan, tetapi kamimelakukannya demi pelanggan,” kata pegawai pemasaran Burger King di UAE, Lana Ibrahim. Syarikat itumeneruskan perniagaan pada siang hari Ramadan di lokasinya di semua lapangan terbang, restoran dengan i khidmat pandu masuk dan memberi khidmat penghantaran di semua tempat kecuali di Abu Dhabi dan Al Ain. “Kira-kira 38 restoran Burger King di seluruhAbuDhabi terus dibuka pada Ramadan tahun ini. Kebanyakan restoran ini menyediakan khidmat penghantaran terus. Kami mempunyai ramai pelanggan hukan Islam yang membuat tempatan, jadi kami tidak boleh menutup perniagaan,” katanya. Untuk meneruskan perniagaan pada Ramadan di UAE, permit diperlukan dan bayaran sebanyak 6,000 dirham (RM5,158) dikenakan bagi setiap sebuah restoran. “Pada Ramadan, kami biasanya bekerja untuk mendapatkan semula bayaran permit yang dibuat,” kata penolong pengurus Restoran Subway di Dubai, Regino P Santiago. Beliau berkata, kemerosotan keuntungan memang sukar diganti, tetapi restorannya mempunyai ramai pelanggan bukan Islam yang mahu terus menikmati makanan disajikan. Lana pula berkata, walaupun keuntungan berkurangan, pihaknya menerima banyak pesanan penghantaran. Seorang pengusaha di UAE, Toufiq Othman, berkata, semua premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan menyesuaikan perkhidmatan dengan budaya tempatan. Agensi Mereka pecahkan tingkap, pintu dan memecahkan botol, sambil meminta bar itu ditutup untuk memastikan kesucian Ramadan tidak tercemar" Hermawan, Ketua Detektif polis Jakarta, Selatan London: Jumlah penduduk dunia yang semakin bertambah dan peningkatan harga makanan mungkin menyebabkan manusia terpaksa bergantung kepada bekalan makanan bukan konvensional seperti serangga pada masa akan datang, menurut satu laporan dalam majalah BBC. “Peningkatan harga bermaksud kitamula melihat daging sebagai makanan mewah. Akibatnya kita terpaksa mencari jalan baru untuk memenuhi jurang kekurangan daging. Serangga seperti cengkerik dan belalang akan ditangkap dan digunakan sebagai bahan dalam burger,” kata peramal makanan akan datang Morgaine Gaye ketika temuramah dengan majalah itu. Serangga adalah satu alternatif sesuai untuk daging kerana ia menyediakan khasiat dan protein sama dan pada masa sama tidak memerlukan kos tinggi, menurut satu kajian oleh Universiti Wageningen di Netherlands. Serangga juga melepaskan gas rumah hijau rendah berbanding ternakan. Kerajaan Belanda membelanjakan 1 juta euro (RM3.87 juta) untuk memasukkan serangga ke dalam diet aliran utama. Gaye berkata, satu daripada halangan terbesar jika manusia memakan serangga adalah imej mereka. Oleh kerana serangga tidak dianggap sebagai makanan di sesetengah bahagian dunia, kebanyakan orang tidak berselera dengan idea memakannya. Gaye mencadangkan penggunaan perkataan seperti “ternakan mini” untuk merujuk kepada serangga bagi meminimumkan perasaan jijik. Alternatif lain bekalan makanan diperkenalkan BBC termasuk ‘makanan diperkayakan sonik', makanan dimakan sambil mendengar muzik yang direka untuk meningkatkan rasanya, alga dan daging dikembangkan dalam makmal. Agensi Aktivis berbuka sebelum piket Aktivis dan sanak-saudara tahanan politik yang menjalani hukuman sejak ‘Kebangkitan 25 Januari' berbuka puasa di hadapan penjara Tora di pinggir Kaherah semalam. Sejurus selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, mereka mengadakan tunjuk perasaan di pintu utama penjara berkenaan mendesak pembebasan tahanan terbabit. [FOTO REUTERS] » Penyerang remaja berang pusat hiburan jual arak pada Ramadan Serangga bakal jadi menu makanan l
21 31 JULAI 2012 SELASA
Buat Shahrizal yang bekerja di Pejabat Marin Batu Pahat, kami kasihankan keluarga anda yang hilang kasih sayang suami dan bapa. Muhasabah diri dan sayangilah keluarga. [LIEZARA:BHA36337] Saya bantah, hukuman gantung dan bunuh kepada pembunuh dan pengedar dadah tidak perlu dimansuhkan kecualilah kita menghalalkan dosa itu. [JOKKER:BHA27725] Siapa yang akan membela nasib individu yang bekerja sendiri dan hidupnya kais pagi makan pagi? Sebarang kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada kakitangan awam patut disyukuri. [ADROCK:BHA35303] Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi bonus raya untuk kakitangan kerajaan, kalau boleh hujung tahun lagi untuk perbelanjaan anak-anak sekolah. [NAZ2009:BHA12320] Dulu bila tengok individu memakai pakaian seragam polis maka itu adalah anggota polis, tetapi sekarang bila tengok individu pakai uniform/ kelengkapan polis, belum tentu beliau seorang polis. [MCROSSYZ125BN5:BHA31143] Diharapkan polis dan JPJ dapat memantau pemandu yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong semasa cuti perayaan nanti serta mengenakan hukuman berat bagi menyedarkan pemandu agar berhati-hati. [ZAFZIL:BHA33210] Saya berharap BH dapat menyiarkan berita mengenai perpindahan pemain membabitkan Liga Perdana Inggeris menerusi sisipan BOLA. [ARSENAL98:BHA35824] Negara kita patut lakukan perkara yang sama seperti Bangladesh menghantar pulang beramai-ramai pelarian ke negara asal mereka. Mereka ada di sini pun banyak datangkan masalah sosial di sini. [FIKIRLAHSENDIRI:BHA13411] Kenapa majoriti pembaca berita RTM tidak bertudung? Siap mewarnakan rambut lagi. Hormatilah Ramadan yang mulia ni. [ARSENAL98:BHA35824] Jika FAM boleh dakwa Ghaddar walaupun tiada aduan, kenapa KAFA disyaratkan buat laporan untuk mendakwa pemain Selangor? Sila jawab wahai pegawai FAM. [ARSENAL98:BHA35824] Nak ajar anak puasa kenalah bangun sahur paling awal jam 5 pagi. Ini anak hampir pitam dan meracau kerana puasa tanpa bersahur! [HEART:BHA02217] Ucaplah Bismillah apabila kamu bersahur, nescaya kamu tidak akan merasa lapar sehingga masuknya waktu berbuka. [MRIZAL67:BHA22964] Sokong atlit Olimpik Malaysia, mereka adalah insan terpilih untuk kita. [JOKKER:BHA27725] Tahniah diucapkan kepada pasukan Futsal 5AT kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Evolution yang diadakan pada minggu lalu. [IKHWANPERSIE:BHA36429] Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak buat semua calon SPM SBPIBR 2012. Semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan percubaan SPM dan SPM sebenar. [EVOLUTION0812:BHA36428] Aduhai peniaga Bazar Ramadan Kerayong, harga bahan mentah murah, tetapi kenapa jual sampai cekik darah? [DATU7878:BHA36257] Di Johor Bahru makanan kacang pol memang dikenali ramai, di mana-mana gerai harganya RM4.50, tetapi ada peniaga Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, jual dengan harga RM5. [NANBBU:BHA35351] Memalukan! Walaupun aduan lampu jalan dibuat, namun pasukan TNB Parit, Perak, tidak bertindak! Aduan dibuat 48 jam yang lalu. Apa nak jadi TNB Parit? [JDOY:BHA32217] Bukan lagi kecewa, tetapi benci pada pemimpin yang mudah dibeli. Harap jangan sokong mereka ni. Katakan tidak kepada politik wang! [BUKANGURU74:BHA36122] Siapa yang patut berhenti dan beri laluan kalau kereta sampai di susur masuk lampu isyarat S.I.C? Kepada pemilik Waja WJA32**, anda jangan dangkal sangat. [XTAKUTPUN:BHA36427] Banyak taman perumahan di sekitar Jalan Bahru, Parit Buntar tiada liputan 3G. Internet satu keperluan sekarang ini. TM, Maxis, Celcom dan Digi, sila ambil perhatian. [GERAM78:BHA36169] Sepatutnya Kedah dan Terengganu mengubah cuti hujung minggu dari Jumaat ke Ahad. Islam tidak pernah menyuruh umatnya bercuti pada Jumaat. [PENCARINIKMAT:BHA03310] ⇨ ⇨ ⇨ ⇨ BH Daftar (Nama Gelaran) (No MyKad) SMS ke 32728 Komen disiarkan dalam ruangan ini adalah pandangan peribadi pembaca Berita Harian dan r@kanBH bukan menggambarkan pandangan akhbar ini BH Komen (Komen Anda) SMS ke 32728 BH Lapor (Keterangan Gambar) atau BH Komen (Keterangan Gambar) MMS ke mms@dapat.com Pastikan anda sudah aktifan MMS. Taip: ON BH MMS dan hantar ke 32728 CARA DAFTAR (Sekali Sahaja) CARA HANTAR KOMEN CARA KOMEN MMS 1 2 3 R@kan BH Ikuti dalam Ketua Kampung, Khairumai Talib, menunjukkan Replika Cek Skim Bantuan Kasih FELDA yang diterimanya daripada Perdana Menteri bagi pihak seorang penduduk Kampung Pasir Sia Air Hitam, Ulu Tembeling Pahang, baru-baru ini. [POP60HAN:BHA36037] Poster penubuhan Malaysia bertarikh 16.9.63 ketika zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dirakam pada 1964 di Balai Raya Sungai Lang Tengah, Banting. [LANGTEN:BHA11643] 31 JULAI 2012 − SELASA NASIONAL≥ 31 ≤ Bancian pendapat Mampukah atlit negara membawa pingat emas pertama pada Sukan Olimpik London 2012? A. Setuju B. Tidak ⇨ Taip BH Undi A atau BH Undi B dan hantar ke Dapat (32728) ⇨ Harga: Setiap SMS dihantar 15 sen, setiap SMS diterima 50 sen. ⇨ Undian dari 31 Julai 2012 hingga 13 Ogos 2012 Keputusan undian terkini −Interaktif JUMLAH R@KANBH TERKINI 6 R@KANBH TERBARU 36,508 [HAMPA2012: BHA36432] [IKHWANPERSIE: BHA36429] [NORAINE: BHA36430] [XTAKUTPUN: BHA36427] [KAKAK82: BHA36431] [EVOLUTION0812: BHA36428] s Laman web ≤ www.bharian.com.my ≤ www.bharian.com.my/m ≤ www.facebook.com/bhonline ≤ www.twitter.com/bharianmy ≤ www.youtube.com/BHonline1 ≤ rakanbh.bharian.com.my SMS-Alert Ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini? Langgani hari ini dengan menghantar SMS: Q Perkhidmatan SMS Alert dicaj RM5 sebulan. Anda akan menerima kirakira 5 SMS sehari Taip: ON BH Hantar: 26787 (Celcom, Maxis) 100% 0%
11 31 JULAI 2012 SELASA
Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my Gara-gara tidak lagi makan gaji dan bekerja sendiri sebagai novelis sepenuh masa pada 2010 memaksa Salina Ibrahim mencuba bakat mengadun kuih semperit dan biskut makmur pada minggu ketiga Ramadan, semata-mata untuk memastikan ada juadah berhari raya yang dibawa pulang ke rumah ibunya. “Saya tak pernah buat biskut. Tak ada resipi dan tak ada ketuhar. Resipi biskut sayamuat turun dari internet. Jenuh juga berperang di dapur, maklumlah pengalaman pertama. Semua sukatan tepung, gula, mentega saya ikuti. Sepanjangminggu ketiga Ramadan, saya asyik dengan kuih semperit dan makmur. “Langsung terlupa pada karya kreatif yang sedang diusahakan. Sayamencuba beberapa kali. Selagi tidak sedap, selagi itu saya tidak berhenti mencuba. Seminggu mencuba, semperit yang saya buat hanya sedapdimakanwaktumasih panas dan bila sejuk jadi keras. “Saya tidaklah membuangnya kerana tidak mahu membazir, tetapi dijadikan juadah berbuka puasa untuk tiga hari. Tahun itu rasa bangga sungguh sebab pertama kali balik berhari raya bawa biskut buatan sendiri. Apalagi saya bukanlah handal memasak kuih muih, kek atau biskut moden. “Apatah lagi keluarga saya berasal dari utara dan ketupat daun palas menjadi juadah utama hari raya. Itulah saja sejak bertahuntahun dulu. Selalunya pun emak yang buat dan saya sekadar menolong seadanya. Justeru, setiap kali menjelang Ramadan saya tidak pernah terfikir pun hendak buat biskut raya,” katanya kepada Sastera ketikamengimbas peristiwa itu. Salina ketika makan gaji menghabiskan RM300 setiap tahun untuk membeli biskut raya kerana Buku pilihan Ramadan@Popular Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) memilih lima pertubuhan kebajikan anak yatim yang dipilih dari seluruhnegara untuk menerima 10 peratus daripada hasil jualan buku Kempen Ramadan@Popular 2012 yang bermula sejak 1 Jun lalu dan berakhir 3 Ogos ini. Penolong Kanan Bahagian Perdagangan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Malaysia Popular, AzrinaAzmi, berkata antara yang dipilih ialah Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort, Sabah, Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih, Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelang (PEYAKIN), Klang. “Selain itu, kami turut meraikan lebih 60 anak yatim berusia 9 hingga 17 tahun daripada PEYAKIN yang akan menerima sumbangan duit raya dan cenderahati padamajlis sama. Kempen ini adalah sebahagian daripada tanggung jawab sosial korporat (CSR) kami kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada Sastera BH. KempenRamadan@Popular2012 yangmembabitkan jualan buku agama, motivasi, masakan, kanak-kanak dan kraf dengan potongan harga 10 peratus bersempena Pesta Buku Popular, Bookfest@ Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 18 hingga 26 Ogos ini . “Kempen ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelanggan setia Popular. Memandangkan kempen ini akan berakhir beberapa hari lagi, diharap orang ramai yang belum mengunjungi rangkaian Kedai Buku Popular, tidak melepaskan peluang ini,” katanya. Selain penyampaian sumbanganuntuk rumah kebajikan terpilih, pengundi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (BH) 2012 juga bakal mengetahui pemenang kategori fiksyen dan bukan fiksyen yang dipertandingkan berdasarkan senarai laris di pasaran sepanjang tahun lalu. Sepuluh calon akhir kategori bukan fiksyen ialah tiga naskhah buku Ustaz Rohidzir Rais iaitu, Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat, Menjawab Mengenai Solat dan Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum. Tujuh lagi buku ialah Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab oleh Azhar Idrus; Nikmatkah Maksiat? (Hanafi Mohamed dan Siti ZaimahAbRahman); Oi! Bangunlah Oi! (Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj); Allah Is Calling (ZainudinHashim); Khutbah Terakhir Rasulullah (Ibnu Rijal); Mencari RedhaMu (Noor Hisham Ismail) dan 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (Muhd Nasruddin Dasuki). Kategori fiksyen pula menampilkan 10 calon akhir, iaitu 7 Hari Mencintaku karya Siti Rosmizah;M.A.I.D (Suri Ryana); Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada); Uda & Dara (Aisya Sofea); Doktor Cinta (Dyadila); Yes Boss! (Areila Sahimi); Tuan Rumah Punya Pembantu Rumah (Orkid Edyliyne); Akulah Cinderella (Nozi Danisya); Hati Bila Cinta (Lynn Allyna) dan Bisik Bisik Gelora (Fauziah Ashari). Ramadan dinanti Syawal dirai → Bersama Salina Ibrahim 36 ≤ SASTERA − SELASA 31 JULAI 2012 Oleh Latifah Arifin latifah@bharian.com.my S ASTERAWAN yang tiada ga­ lang gantinya adalah ungka­ pan paling bermakna diberi­ kan kepada SasterawanNegara (SN) pertama, AllahyarhamKamaludin Muhamad atau Keris Mas, sebaik menghayati kesemua naskhah cerpennya, seperti terpancar pada apresiasi pembacaan cerpen Keris Mas: SasterawanNegara Emas Tem­ pawan. Walaupun sambutan khalayak kurang memberangsangkan, persembahan bertenaga daripada sasterawan, penyair, ahli akademik dan selebriti jemputan berjaya memberi warna kepada acara yang mengangkat cerpen terbaik Keris Mas yang mengetengahkan isu kemasyarakatan, sosial, dan patriotisme. Tirai acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) di Auditorium DBP, baru-baru ini, dibuka dengan ucapan SasterawanNegara (SN), Datuk Dr Kamal Abdullah atau Kemala yang mengisahkan latar belakang KerisMas,mengulas secara dalampuisi dan pencapaian Allahyarham. Majlis disusuli dengan pembacaan cerpen Keris Mas, Mereka Tidak Mengerti oleh Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Fazilah Husin yang mengisahkan pandangan sinis seorang pegawai Inggeris, Bill, terhadap kemampuMemandangkan kempen ini akan berakhir beberapa hari lagi, diharap orang ramai yang belum mengunjungi rangkaian Kedai Buku Popular, tidak melepaskan peluang ini” Azrina Azmi, Penolong Kanan Bahagian Perdagangan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Malaysia Popular Semperit sedap dimakan masa panas » Karya Sasterawan Negara pertama bukti keampuhan kepengarangannya ‘Bisa' Keris Mas Azrina Azmi (kanan) pada kunjungan ke Balai Berita, Bangsar. [ FOTO SHIRAZ ALI/BH ] Antara yang memeriahkan apresiasi pembacaan cerpen Keris Mas: Sasterawan Negara Emas Tempawan. [ DANIAL NOORDIN /BH ]
31 JULAI 2012 SELASA 9 NASIONAL Jangan buat tuduhan melulu: SPR » Dakwaan PAS pemilih sama boleh undi 2 kali tak benar Polis bantuan kawal kompleks beli-belah Putrajaya P ihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta tidak membuat tuduhan bersandarkan kepada penemuan sendiri. Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu, semalam. Kenyataan pembangkang tak benar dan tanpa bukti Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti. Kenyataan itu disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2 Ogos 2012 pada muka surat N22 dengan tajuk ‘Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih'. Kenyataan menjelaskan, siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad 4903208-5370 dan 470321-08-5540. Menurut kenyataan itu, pegawai SPR sudah ke rumah individu berkenaan dan mendapati pemilik kedua-dua MyKad adalah adikberadik yang berkongsi nama sama tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12 angka berbeza. Semakan dengan JPN mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalan adalah orang berbeza kerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu, mereka adalah warga negara dan pengundi yang sah di sisi undangundang. BERNAMA Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyarankan pemilik pusat beli-belah membuat permohonan untuk mendapatkan khidmat polis bantuan sebagai kawalan keselamatan di premis mereka. Langkah itu bagi menjamin keselamatan pengunjung pusat beli-belah terutama di kawasan sunyi seperti tempat letak kereta sebagai usaha memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop (gambar), berkata pengawal keselamatan yang ditugaskan tidak dapat bertindak lebih jauh ketika berdepan situasi berbahaya kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menangkap atau mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah. “Kuasa menahan seseorang pesalah oleh polis bantuan bergantung di bawah kuasa penyeliaan mereka, namun kehadiran polis bantuan atau anggota polis di pusat beli-belah akan mengurangkan ruang dan peluang penjenayah untuk bertindak,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di pusat beli-belah Mid Valley di sini, semalam. Beliau berkata, sehingga kini hanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan khidmat anggota polis bantuan seperti PETRONAS dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Setakat ini di ibu negara, polis akan mengawasi kawasan sekitar Pavillion Mall sehingga premis berkenaan melantik Polis Bantuan. INFO Dua orang yang berbeza, berkongsi nama sama Miliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama dan MyKad 12 angka berbeza
RENCANA 31 JULAI 2012 SELASA 29 Keterbukaan PM buat rakyat rasa dihargai ratus responden memilih BN, 14.4 peratus PAS, tiga peratus PKR dan selebihnya Tidak Pasti, sementara bagi kerusi Parlimen, 57 peratus BN, 20.6 peratus pakatan pembangkang dan 22.4 peratus Tidak Pasti. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membabitkan 1,400 responden di Selangor dan Kedah juga menunjukkan 69.6 peratus yakin BN akan memenangi PRU-13 di mana 37.5 peratus menjangkakan keputusan majoriti dua pertiga, manakala 32.1 peratus lagi majoriti mudah. Hasil kajian UKM pada Mei lalu juga mencatat 46.4 peratus responden memilih BN untuk merampas semula Selangor, malah kajian simulasi (statistik) berdasarkan keputusan PRU-11, PRU-12, profil pemilih berdaftar terkini dan reputasi parti mendapati BN akan menang 40 kerusi DUN. Manakala 19.7 peratus responden memilih pakatan pembangkang, 28.6 peratus tidak pasti dan 1.8 peratus lain-lain. Mengenai pilihan pengundi di Kelantan dan Pulau Pinang pula, Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr Fuad Mat Jali berpendapat BN mempunyai harapan untuk menawan semula dua negeri itu. “Ini dengan syarat BN mesti memahami kehendak dan kegusaran pengundi atas pagar. Bagaimanapun, BN tetap akan menghadapi laluan amat sukar...sebagai contoh di Kelantan, ramai pengundi yang taksub terhadap kepemimpinan Menteri Besar (Datuk Nik Aziz Nik Mat). Namun, tanpa disedari ketaksuban itu juga boleh memakan diri. Tambahan pula, sebahagian rakyat Kelantan mempertikaikan kerjasama PAS dengan DAP,” katanya. Laluan BN di Pulau Pinang tak mudah Kenyataan Fuad tidak dinafikan mempunyai asasnya. Laluan BN di Pulau Pinang jelas tidak mudah, lebih-lebih lagi kajian populariti pemimpin oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kini memasuki senarai dengan 40 peratus daripada kira-kira 1,300 responden berpuas hati dengan kepimpinannya, walaupun jauh diatasi Najib (63 peratus). Begitupun, jangan dipandang remeh suara bantahan dan perasaan tidak puas hati sebahagian pengundi Melayu terhadap kepemimpinan Guan Eng. K epemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang diterima dan terus mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat, dikenal pasti antara faktor dominan yang berupaya menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Perdana Menteri dilihat menggunakan pendekatan Modul Magnet untuk menarik semula sokongan melalui pembaharuan bersifat populis dan praktikal serta penggunaan media sosial yang menjadi medium komunikasi utama era kini. Faktor penarik PM Dalam konteks ini, keterbukaan Najib mendapatkan input dan pendapat orang ramai, termasuk untuk Bajet 2013, boleh dianggap salah satu faktor penarik amat ketara berikutan rakyat berasa dihargai dan suara mereka didengar. Selain itu, ketekunan beliau turun padang dan mendekati masyarakat pada peringkat akar umbi, dilihat berjaya mewujudkan suasana hubungan selesa dan mesra antara pemimpin tertinggi negara dan rakyat. Kajian Universiti Kebang saan Ma l ays i a (UKM) menunjukkan 87.4 peratus mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, manakala 76 peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malah, ramai berpendapat BN berkeyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosioekonomi negara. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kajiannya membabitkan Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pada Mac lalu pula mendapati undi popular parti untuk BN/UMNO meningkat kepada 49 peratus berbanding 40 peratus pada Mac 2008 ketika tsunami politik melanda negara. Pada masa sama, undi popular parti bagi DAP turut meningkat kepada 14 peratus berbanding 12 peratus, namun PAS mengalami kemerosotan (16 peratus berbanding 28 peratus) dan begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) (lapan peratus berbanding 20 peratus). Bagaimanapun dalam kajian kali ini, wujud satu kumpulan baru yang mengundi sebagai tidak pasti sebanyak 14 peratus. Dari segi undi popular terhadap parti berdasarkan pecahan etnik, sokongan kepada BN/UMNO di kalangan Melayu meningkat kepada 51 peratus berbanding 42 peratus, Cina (40 peratus berbanding 39 peratus) dan India (60 peratus berbanding 29 peratus). Keadaan sebaliknya dialami PAS apabila sokongan Melayu terhadap parti itu merosot kepada 23 peratus berbanding 39 peratus, Cina (lapan peratus berbanding tujuh peratus) dan India (empat peratus berbanding 20 peratus). Agak mengejutkan apabila DAP berbanding PAS, berjaya meningkatkan sokongan Melayu terhadap parti itu kepada tiga peratus berbanding satu peratus, Cina tidak berubah (35 peratus) dan India juga sama (11 peratus). Sokongan Melayu terhadap PKR, PAS menurun PKR mengalami nasib sama seperti PAS dengan sokongan Melayu menurun kepada 10 peratus berbanding 18 peratus, Cina (tujuh peratus berbanding 19 peratus) dan India (lima peratus berbanding 40 peratus). Kajian itu juga meneliti aspek kebimbangan utama pengundi di lima negeri terbabit, di mana 26 peratus responden memberi keutamaan kepada aspek ekonomi dan jenayah (19 peratus), sosial (15 peratus), kepemimpinan (tujuh peratus), politik, perpaduan dan imigran (masing-masing enam peratus), dan alam sekitar (tiga peratus). Kajian dilakukan ilmiah, non-partisan Tidak dinafikan sudah pasti ada pihak yang akan mempertikaikan atau tidak berpuas hati dengan hasil kajian golongan ilmuwan di universiti ini, terutama sekiranya dapatan diperoleh kurang memihak kepada kepentingan mereka. Bagaimanapun, seperti dijelaskan oleh Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertindak sebagai penganjur Perbincangan Meja Bulat `PRU-13: Malaysia Pilih Siapa?', Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, semua kajian berkenaan dilakukan secara ilmiah dan non-partisan sebagai tanggungjawab memberi input kepada rakyat. Justeru, daripada bersikap emosional, adalah lebih baik semua pihak berkepentingan memanfaatkan hasil kajian itu untuk melakukan penambahbaikan segera bagi memastikan sokongan pengundi memihak kepada mereka pada PRU-13 nanti. Undi popular parti bagi DAP turut meningkat kepada 14 peratus berbanding 12 peratus, namun PAS mengalami kemerosotan (16 peratus berbanding 28 peratus) dan begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) (lapan peratus berbanding 20 peratus)” Peluang menang di Kelantan, Pulau Pinang dengan syarat BN mesti memahami kehendak dan kegusaran pengundi atas pagar. Bagaimanapun, BN tetap akan menghadapi laluan amat sukar...” Dr Fuad Mat Jali Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Dr Fuad bersama panel Perbincangan Meja Bulat ‘PRU-13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), baru-baru ini.
−HARGA: RM1.50 − TEL: 1 300 22 6787 − www.bharian.com.my PP 414/10/2012(030686) − SELASA − 11 RAMADAN 1433H » Ikon komuniti perniagaan, tarikan pelbagai aktiviti ekonomi Mercu tanda terbaru KL Oleh Kamarulzaidi Kamis, Nazura Ngah dan Shahrizan Salian bhnews@bharian.com.my ̌ Kuala Lumpur T un Razak Exchange (TRX) yang dilan­ carkan semalam bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai peneraju pusat kewangan, perdagangan dan perkhidmatan antarabangsa. Ia juga menjadi tarikan pelba­ gai aktiviti ekonomi yang memberi hasil berganda, selaras tekad kera­ jaan menjadikan ikon komuniti perniagaan berinteraksi dan pusat pertemuan moden bagi penero­ kaan peluang pelaburan baru. Projek dengan nilai pemba­ ngunan kasar (GDV) RM26 bilion yang sebelum ini dikenali Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), membabitkan kawasan 28.3 hektar berhampiran Bulatan Kampung Pandan di Jalan Tun Razak dan mengunjur ≤ Nasional 4 Eksekutif TV9 mati dijerut, suami ditahan Shah Alam: Polis menahan suami ekseku­ tif TV9, Nur Syaleza Jaafar, yang ditemui mati di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, kelmarin berikutan penemuan maklumat baru kejadian itu. Ia berikutan keputusan bedah siasat mendapati punca kematian ibu berusia 31 tahun itu bukan mati mengejut, sebaliknya diper­ cayai tidak boleh bernafas kerana jerutan di leher. Ketua Pol i s Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata lelaki itu ditahan 10.15 malam kel­ marin di Segamat, Johor bagi memban­ tu siasatan. “Laporan siasa­ tan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukan menggantung diri. Namun kita masih men­ jalankan siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya semalam. Semalam, akhbar melaporkan Nur Syaleza ditemui mati di rumahnya seba­ gai mati mengejut. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya dalam sebuah bilik di kediaman pasangan itu pada jam 7 malam. ≤ Lagi berita muka 13 TUN RAZAK EXCHANGE IPTA CEMERLANG Sekolah Perniagaan UPM setaraf Harvard  NASIONAL 12 Laporan siasatan menunjukkan mangsamati akibat dijerut dan bukan menggantung diri” Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor − RM26 BILION nilai pembangunan kasar − 500,000 peluang pekerjaan − 28.3 HEKTAR luas projek Berita Harian MERENTASGENERASI 31 JULAI 2012 PUASA BERSAMA KELUARGA EPIT PERENANG AFRIKA SELATAN PECAH REKOD DUNIA 100M KUAK DADA ≤ SUKAN 46 BAHANA MERCUN Empat mangsa cerita pengalaman  NASIONAL 6,7
SELASA 31 JULAI 2012 2 NASIONAL ISU LEMBAH KLANG DIJAJAH WARGA ASING Tahlil, Yasin sambutan Hari Pahlawan Warga asing sewa rumah perlu izin PBT » Cadangan penganalisis atasi kebanjiran pendatang Oleh Wan Faizal Ismayatim, S Anand Kumar, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Fitri Nizam bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur P emilik rumah, tanah dan premis perniagaan yang mahu menyewakannya kepada warga asing perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan terlebih dulu. Itu antara cadangan dikemukakan penganalisis untuk mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Lembah Klang, khususnya yang menguasai beberapa sektor perniagaan dan penempatan. Menerusi prosedur itu, dicadang pemilik bersama bakal penyewa ke balai polis terdekat untuk menyerahkan butiran peribadi, alamat tempat tinggal atau rumah serta premis hendak disewa. Kaedah itu membolehkan pergerakanwarga asing dipantau berikutan pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai mereka. Tuan rumah jadi penjamin Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Fatimah Daud, berkata melalui cadangan itu, tuan rumah menjadi penjamin setiap warga asing yang menyewa premis mereka. “Ini sekali gus mengelak warga asing yang tiada dokumen sah, menyewa premis sewenang-wenangnya. “Sistem ini dilaksanakan di negara maju seperti Itali dan terbukti berkesan menangani isu warga asing. Saya berpendapat sudah tiba masa Malaysia melaksanakannya,” katanya ketika ini jumlah sebenar warga asing di sesuatu kawasan sukar ditentukan kerana mereka berpindah randah selain sering keluar masuk negara ini. Jalankan kajian Fatimah yang juga ahli Majlis Profesor Negara dan menjalankan kajian mengenai penempatan serta kebajikan warga asing di negara ini, memberi contoh sebahagian warga Bangladesh tinggal tiga bulan mengikut tempoh sah visa sebelum pulang, namun kembali semula. “Selain faktor budaya dan makanan yang tidak jauh beza dengan negara asal, warga Bangladesh,Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Nepal mendapati Malaysia menyediakan peluang kerja dan berniaga. “Malah, sikap orang kita sukamengupahwarga Indonesia buat kerja pengubahsuaian rumah, menggaji mereka untuk apa juga kerja turut menyumbang kepada kebanjiranwarga asing di negara ini. “Jika tidak dibendung, saya bimbang situasi lebih buruk beberapa tahun akan datang yang bukan saja menyekat peluang berniaga buat rakyat tempatan, malah akan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang lain,” katanya. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2012 di Masjid Negara, malam tadi. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefeli Mohd Zin. [FOTO EFFENDY RASHID/BH] E-mel ke bhnews@bharian.com.my atau SMS RakanBH untuk berkongsi pendapat l
3 31 JULAI 2012 SELASA
SELASA 31 JULAI 2012 18 NASIONAL ‘Kembalikan sistem kuota' Cyberjaya: Mahasiswa yang menghadiri Sidang Kemuncak Pelajar India 1Malaysia mahu pembuat dasar mengembalikan sistem kuota bagi meningkatkan kemasukan penuntut India ke universiti awam. Presiden 1Malaysia Indian Student Movement (1MISM), D Mahaganapathy, berkata pelajar berpendapat sejak sistem meritokrasi diperkenalkan enam tahun lalu, jumlah pengambilan penuntut India ke universiti awam menurun dengan ketara, terutama fakulti perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan. Katanya, hanya tahun ini jumlah pelajar perubatan meningkat kepada 90 orang berbanding 55 tahun lalu. “Di bawah sistem kuota, penuntut India diperuntukkan hampir 10 peratus tempat di universiti awam, namun di bawah sistem merit tidak sampai tiga peratus,” katanya selepas penutupan sidang kemuncak itu, di sini, kelmarin. Sidang kemuncak tiga hari anjuran 1MISM itu disertai 600 mahasiswa dari 31 universiti awam dan 11 kolej swasta dari seluruh negara. Penutupan dilakukan Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugesan. Pelaksanaan semula sistem kuota itu antara 10 resolusi diluluskan pada perhimpunan berkenaan, kata Mahaganapathy sambil menambah sistem itu memastikan pengambilan adil dan saksama. “Kamimahu kerajaanmempertimbangkan mekanisme meningkatkan kemasukan penuntut India di universiti awam setiap tahun kerana kini pelajar lulusan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) perlu bersaing dengan lulusan matrikulasi dan asasi,” katanya. BERNAMA Tak sekolah angkara warden » Asrama ditutup susulan siasatan kes cabul Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid bhnews@bharian.com.my Kuala Nerang S esi persekolahan lebih 20 remaja yang juga penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Baitul Ihsan, dekat Perik, di sini, terjejas sejak tiga minggu lalu, selepas premis berkenaan ditutup. D i f ahamkan , arahan penutupan a s rama d ibua t pada 6 Julai lalu, susulan penahanan warden rumah perlindungan berkenaan kerana disyaki mencabul seorang penghuni. Justeru, lebih 20 remaja perempuan yang menghuni asrama yang turut menjadi rumah perlindungan itu kini terumbangambing akibat kehilangan punca, terutama bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini. Bapa kepada seorang penghuni, Badrul Hisham Tajuddin, 39, dari Kampung Cenderai, Padang Terap ketika ditemui kecewa dengan penutupan rumah perl i ndungan i tu kerana menjejaskan persekolahan dua anaknya berusia 10 dan 11 tahun yang menghuni premis itu. Arahan pulang tanpa notis Katanya, dua anaknya diarahkan pulang pada 6 Julai lalu tanpa notis diberikan pihak pengurusan, sedangkan dia tidak mampu menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan Perik yang terletak 45 kilometer dari rumahnya. “Sejak 6 Julai lalu, anak saya tidak lagi dapat ke sekolah. Walaupun mereka mengulang kaji di rumah, saya khuatir mereka ketinggalan, apatah lagi dalam keadaan peperiksaan penggal semakin hampir,” katanya yang juga bapa tunggal. Difahamkan ada 26 pelajar menetap di asrama berkenaan dan semua pelajar terbabit diarahkan pulang selepas asrama itu ditutup. Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rahim ketika meninjau premis itu meminta pihak asrama berkenaan meneruskan operasi bagi mengelak semua penghuninya menjadi mangsa keadaan. “Semua pihak perlu memberi kerjasama supaya asrama itu dapat dibuka semula. Pada saya rugi jika pelajar terbabit tidak dapat meneruskan pengajian mereka hanya kerana masalah dihadapi berkaitan pengurusan,” katanya. Yayasan SP Setia sumbang van Kuala Lumpur: Usaha mempertingkatkan kehidupan golongan kurang bernasib baik khususnya pesakit buah pinggang diteruskan Yayasan SP Setia dengan menyumbangkan sebuah van, di sini, semalam. Van bernilai RM78,500 itu, disampaikan kepada Tabung Kebajikan Buah Pinggang, MAA Medicare bagi kemudahan pengangkutan hampir 170 pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan hemodialisis. Pengangkutan bagi pesakit Pengerusi SP Setia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata menyedari kepentingan pengangkutan bagi pesakit khususnya warga emas dan tidak mempunyai pengangkutan, pihaknya tampil memberi bantuan. “Pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan dalam tempoh empat jam, tiga kali seminggu bagi memastikan kesihatan mereka dalam tahap yang baik. “Ia dapat membantu pesakit mendapatkan rawatan dengan pengangkutan pergi dan balik dari pusat rawatan terjaga,” katanya, di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Tabung Kebajikan Buah Pinggang MAA Medicare, Prof Dr Norella Kong Chiew Tong. Khidmat pengangkutan berkenaan disediakan untuk 170 pesakit yang sudah dikenal pasti MAA Medicare dari tiga pusat hemodialisis berkenaan di Sungai Besi, Kajang dan juga Jalan Ipoh. Shamsul Bahar (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Badrul Hisham sambil diperhatikan anak-anaknya di Kampung Cenderai, Padang Terap, semalam. [FOTO MOHD RIFAAT ABD HAMID/BH] Walaupun mereka mengulang kaji di rumah, saya khuatir mereka ketinggalan, apatah lagi peperiksaan penggal yang semakin hampir” Badrul Hisham Tajuddin, Bapa Status kahwin punca tak daftar Kuala Lumpur:Malu dan tidak faham undang-undang antara punca ibu bapa lewat atau tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka sehingga berlaku kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, berkata ada ibu bapa yang berkahwin dengan warga asing atau mempunyai anak tidak sah taraf tidak tahu bahawa setiap kelahiran wajib didaftarkan. “Kadang-kadang ada kes ibu tak tahu mana bapa dia, ada juga kes membabitkan pasangan belum berkahwin. Jadi mereka nak datang ke JPN malu sebab takut orang tanya itu dan ini soal maruah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Street Children' di Chow Kit Bersama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara di sini, semalam. Jariah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959, setiap kelahiran di negara ini sama ada warga negara atau bukan warga negara mesti didaftarkan dan JPN akan mengeluarkan sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan. Katanya, untuk kes membabitkan ibuwarga negara Malaysia dan bapa pula tidak dapat dikesan, taraf warga negara kanak-kanak itu secara automatik mengikut warga negara ibu dengan syarat hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan untuk menentukan ibu itu lahir di Malaysia,” katanya. BERNAMA Jariah (duduk empat dari kanan) bersama sebahagian penjaga dan kanak-kanak selepas menyampaikan sijil kelahiran di Yayasan Chow Kit, semalam. FF KANAK_KANAK TANPA DOKUMEN
7 NASIONAL 31 JULAI 2012 SELASA Kota Bharu: “Kalau saya nampak sesiapa main atau menjual mercun, saya orang pertama melarang atau merampas mercun yang dijual itu,” kata Nasrudin Mohd Nazli, 20, yang putus dua jari kiri selain cacat tiga jari lain akibat bermain mercun, tahun lalu. Beliau yang masih kesal dengan tindakannya bermain mercun, bagaimanapun tetap bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya, sedangkan kejadian menimpanya serius, menyebabkan tulang dua jari kiri terkeluar sehingga terpaksa dipotong. “Sebelum kejadian itu, saya pernah membaca mengenai kejadian kanak-kanak yang cedera atau mati akibat terkena mercun, namun tidak mengambil kisah kerana yakin tidak akan menimpa saya. “Pada malam kejadian itu, tidak terlintas langsung di fikiran saya akan menjadi mangsa mercun. Semuanya hanya untuk suka-suka saja, namun menyesal tidak sudah apabila kejadian menimpa diri,” katanya ketika ditemui di tempatnya bekerja di Kedai Piah dekat sini, semalam. Mengimbau kembali kejadian itu, Nasrudin berkata, kira-kira jam 10 malam, 4 Ogos tahun lalu, beliau membonceng motosikal rakannya untuk bertemu rakan di kampung berkenaan dengan matlamat bermain mercun. “Ketika dalam perjalanan, saya menyalakan sebiji mercun bola menggunakan api rokok, namun malang tidak berbau apabila tidak sempat melemparnya menyebabkan ia meletup di tangan kiri selain serpihan mercun itu turut terkena muka. “Sekarang menyesal dengan mengeluarkan air mata darah sekali pun tiada gunanya. Semuanya sudah menjadi bubur, akibat mengikut kehendak hati tanpa memikirkan risiko, beginilah hukumnya. Saya begitu menyesal bertindak mengikut hati. “Saya masih beruntung kerana dapat lagi menggunakan tangan kiri walaupun kelihatan cacat. Saya tidak tahu bagaimana sekiranya kudung sepenuhnya. “Oleh itu, saya menasihati orang ramai terutama kanak-kanak jangan bermain mercun,” katanya merenung tangan kirinya yang cacat. Dia berkata, memang seronok bermain, namun fikirlah bencana yang akan menimpa sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku, seperti yang berlaku kepadanya. Selagi ada individu yang menjual mercun, sukar untuk mengawal kanak-kanak daripada membelinya” Wati Ismail, Ibu mangsa Mangsa tak ambil iktibar tragedi dihebah media Rantau Panjang: “Boboy tak mahu main mercun lagi. Boboy sudah serik... sakit,” kata Syahir Saifullah Jefri, 5, mangsa mercun bola yang cedera parah pada jari hantu tangan kiri, dalam kejadian Ramadan tahun lalu. Ketika kejadian itu, Syahir atau nama timangannya, Boboy, bermain mercun bola di halaman rumahnya di Kampung Telaga Mas di sini, sebelum meletup dalam tangan kirinya. Tahun lalu, Boboy adalah mangsa keenam yang cedera akibat bermain mercun bola di negeri ini. Akibat kejadian itu, murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh di sini, kini sudah tidak berani bermain mercun, malah bunyi letupan mercunpun membuatnya takut. Ibu mangsa, Wati Ismail, 37, berkata anak bongsu dari empat beradik itu masih lagi mengingati peristiwa yang hampir menyebabkan tangannya kudung dan sudah takut untuk bermain mercun walaupun abang serta rakan sebayanya memanggilnya. Wati bersyukur anaknya selamat dalam kejadian itu dan kini keadaan jari hantu yang parah itu sudah kembali kepada asalnya dengan ada isi serta kuku baru. "Selagi ada individu yang menjual mercun, adalah sukar untuk mengawal kanak-kanak membeli dan bermain bahan terlarang itu. Sebagai ibu yang sudah melalui pengalaman yang mengerikan, saya berharap pihak berkuasamengambil tindakan tegas menangani mercun,” katanya. ‘Boboy serik, tak mahu main mercun lagi' Wan Amirul Faiz dirawat di Hospital Nurzahirah Kuala Terengganu pada 2009 angkara mercun. Nasrudin menunjukkan tangan kirinya yang cacat akibat bermain mercun pada kejadian awal puasa tahun lalu. gambar atas ketika dia menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. [FOTO ZAMAN HURI ISA/BH] Wati menunjukkan jari tengah Syahir Saifullah yang terkena mercun bola dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang tahun lalu. [FOTO JAUHARIATUL AKMAL JOHAR/BH]
SELASA 31 JULAI 2012 4 NASIONAL TRX jadi hab kewangan » Matlamat menyatukan rantau Barat serta Timur Kuala Lumpur P engerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata matlamat pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) ialah menjadikannya hab kewangan dan perniagaan baru yang menyatukan rantau Barat serta Timur. “TRX akan mengembangkan kedua-dua sektor kewangan Islam dan konvensional. Kita juga mahu melihat tenaga kerja tempatan menerajui pusat ini bersama pekerja global,” katanya. Tumpuan akan diberikan kepada bidang pertumbuhan baru yang boleh menghasilkan kesan berganda terhadap ekonomi untuk membantu mengembang dan mewujudkan industri lain serta membentuk limpahan hasil. “Ini bermakna 1MDB melabur dalam dua perkara, iaitu pembangunan modal insan serta projek yang menjana pertumbuhan ekonomi mapan jangka panjang,” katanya. Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sudah mengenal pasti pelabur strategik bagi pembangunan fasa pertama TRX yang dijangka siap pada 2016. Namun, syarikat milik penuh kerajaan itu hanya akan mendedahkan secara terperinci pelabur strategik dua bulan lagi. “Rakan antarabangsa juga sudah ditemui, iaitu pihak pertama yang menyumbang idea bagi penubuhan ekosistem mantap bagi menyokong infrastruktur TRX. “Akan ada pelabur strategik membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) bernilai lebih RM3.5 bilion. Satu majlis khas akan diadakan September ini bagi mengumumkan dan mendedah butiran lanjut,” katanya. Bagi menarik minat syarikat dan tenaga kerja berkepakaran tinggi, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian cukai pendapatan sehingga 100 peratus selama 10 tahun, pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman dan servis, peruntukan pembinaan berindustri dan peruntukan modal dipercepatkan serta pengecualian cukai pendapatan 70 peratus selama lima tahun bagi pemaju hartanah yang layak di TRX. Perdana Menteri berkata, pembangunan TRX juga akan menjadi pemangkin pembangunan sektor kewangan Islam yang potensinya tidak terbatas. Katanya, ini kerana sektor kewangan Islam Malaysia kini bernilai kira-kira RM1.2 trilion dan dianggarkan meningkat tiga kali ganda pada dekad akan datang. “Saya komited melakukan apa saja untuk memudahkan pelabur menyertai pasaran kewangan Islam di negara ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan kita sebagai hab global kewangan Islam,” katanya. sehingga Jalan Raja Chulan. Pemaju induk projek adalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata apabila siap, ia dijangka menempatkan lebih 250 syarikat global terkemuka serta menyediakan 500,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. “Idea KLIFD kini bertukar kepada sesuatu yang lebih besar dan inklusif. Tun Razak Exchange adalah kawasan bagi peluang pelaburan baru. Ia menampilkan reka bentuk terbaik di peringkat antarabangsa serta prinsip perancangan yang progresif. Bangunan dan infrastrukturnya akan mematuhi paras kemampanan tertinggi. Sambung dengan MRT “Ia juga akan disambungkan dengan pengangkutan awam, termasuk transit aliran massa (MRT),” katanya pada majlis pelancaran dan pecah tanah projek itu. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB mengumumkan pelantikan pasukan petugas khas untuk memantau pembangunan TRX sehingga projek itu beroperasi sepenuhnya. Diketuai EPU Ia diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan dipengerusikan Nor Mohamed serta dianggotai pegawai kanan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan agensi berkaitan. Pasukan itu akan memastikan TRX mendapat sokongan menyeluruh daripada jentera kerajaan pada setiap masa, iaitu dari perancangan dan pembangunan sehingga siap sepenuhnya serta beroperasi. “Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bursa itu menjadi kenyataan dan sebagai langkah pertama saya mengumumkan bahawa kita akan memulakan satu semakan semula peraturan perniagaan secara komprehensif,” katanya. INFO Usaha meletakkan Kuala Lumpur dalam senarai 20 bandar raya terbaik dunia. Dihubungkan terus dengan laluan SMART dan lebuh raya MEX. Bakal dilengkapi stesen MRT. TRX Dari muka 1 Mampu sediakan 500,000 peluang kerja Akan ada pelabur strategik membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) bernilai lebih RM3.5 bilion. Satu majlis khas akan diadakan September ini bagi mengumumkan dan mendedah butiran lanjut” Najib Razak, Perdana Menteri FF
.
Selected date
31/07/12
All
pages
Nessun oggetto multimediale disponibile

Select date

Select date  
Login
help

Retrieve your Password


Enter the e-mail address given at registration,
your login data will be sent at that address: