27 NOVEMBER 2012 SELASA 19 NASIONAL Oleh Shaarani Ismail shaarani@bharian.com.my Cyberjaya S yarikat Bumiputera, Microelectronics Solutions Sdn Bhd (MyMS), kini pada peringkat akhir membangunkan aplikasi menggunakan teknologi komunikasi medan dekat (NFC) bagi pengesahan persijilan halal. Aplikasi itu membolehkan umat Islam di negara ini menggunakan telefon bimbit bagi mengenal pasti premis perniagaan makanan yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Melalui aplikasi itu, pemilik telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Android, Apple dan Windows boleh mengesahkan status halal dengan hanya mengimbas atau menyentuh (tap) atas kod tertera pada sijil halal dipamerkan di premis perniagaan tertentu. Dalam masa beberapa saat saja, aplikasi halal yang dikenali sebagai Halal Inside itu secara automatik dihubungkan kepada laman sesawang JAKIM bagi mengesahkan status halal premis makanan berkenaan. Daftar masuk Halalsquare Ia juga secara automatik dihubungkan melalui beberapa rangkaian sosial seperti Facebook serta aplikasi daftar masuk ‘Halalsquare,' yang pertama seumpamanya dibangunkan di dunia. Ketua Pegawai E k s e ku t i f nya , Shafiq Akmal Ismail, berkata aplikasi itu memberi banyak manfaa t k hu s u s nya kepada pengguna Islam yang amat mementingkan aspek halal membabitkan rangkaian premis perniagaan makanan. “Pada masa sama, penggunaan aplikasi ini turut memudahkan pelancong asing khususnya dari Timur Tengah untuk mengenal pasti lokasi premis perniagaan menyediakan makanan halal, sekali gus boleh memanfaatkan pengguna Islam di seluruh dunia jika berjaya dikembangkan. “Ia juga secara tidak langsung dapat mengelak penyalahgunaan logo halal JAKIM yang selama ini sering dilakukan beberapa premis makanan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam. Alat sahkan status halal hampir siap » MyMS pada peringkat akhir bangunkan aplikasi Shafiq Akmal menunjukkan Anugerah Perniagaan Asean 2012 milik MyMS. [FOTO IRHAM MOHD NOOR/BH] Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul universiti pertama negara ini terbabit dalam usaha membangunkan produk penyelidikan yang dijamin mampu mengekalkan kelangsungan bekalan makanan negara. Usaha itu dibangunkan melalui kerjasama strategik antara UPM dan All Cosmos Biotech Holding Corporation (ALL COSMOS) melalui perjanjian persefahaman (MoU) selama lima tahun yang ditandatangani, di sini, semalam. MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Jaafar dan Pengarah ALL COSMOS, Datuk Tony Peng Shih Hao. Produk dua dalam satu Mohd Salleh berkata, produk dua dalam satu iaitu kompos – racun hijau menggunakan bakteriofaj atau virus yang mampu membunuh bakteria spesifik pada tanaman boleh dimanfaat industri pertanian dan perhutanan negara ini. “Teknologi bakteriofaj menggunakan mikrob virus untukmenjangkiti danmembunuh bakteria menyebabkan penyakit. “ALL COSMOS akan menyumbang RM 54,540 sebagai dana permulaan kepada Fakulti Perhutanan untuk penyelidikan asas dalam bidang bakteriofaj daripada sumber hutan,” katanya. Sementara itu,MohamedKhaled berkata, hanya 19 pensyarah kontrak di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditamatkan kontrak, bukan 92 seperti didakwa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Usaha tingkat bidang pengurusan projek Kuala Lumpur: Institut Pembangunan Profesional (IPD), Open Universiti Malaysia (OUM) melancarkan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Projek (PMCE), di sini, semalam. Pengerusi PMCE, Datuk Dr Rosti Saruwono (gambar), berkata pusat berkenaan ditubuhkan bagi meningkatkan lagi profesion pengurusan projek dalam kalangan penggerak industri, selain menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan projek serta pensijilan latihan kepada penggerak industri dalam bidang berkenaan. “Pusat kecemerlangan ini juga menawarkan khidmat perundingan dalam bidang pengurusan projek membabitkan aliran sains dan sastera serta merangkumi semua aspek pengurusan. “Pusat ini juga menyediakan aktiviti penyelidikan dan pembangunankepada industri dalam usaha memantapkan lagi mutu persembahan projek yang bakal dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran PMCE. Inisiatif awal Majlis pelancaran disempurnakan Presiden yang juga Naib Canselor OUM, Tan Sri Anuwar Ali. PCME ialah inisiatif awal OUM dalam usaha membantu organisasi di Malaysia dan juga luar negara mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, sekali gus meningkatkanmutu serta pencapaian dalam profesionalisme mereka. Sediakan pakar Antara program yang ditawarkan PMCE ialah program latihan, sijil, diploma dan ijazah eksekutif, perundingan, seminar serta persidangan. Dr Rosti berkata, PMCE menyediakan pakar untuk menjadi tenaga pengajar. “Kursus yang bakal diikuti pula diadakan di kampus OUM, tetapi jika ada permintaan pihak industri untuk menganjurkan program berkenaan di tempat mereka, kita akan pertimbangkan. “Saya berharap PMCE dan program ditawarkan, memberi peluang kepada penggerak industri menambah ilmu dalam bidang pekerjaan mereka, sekali gus mendapat kelayakan formal yang mungkin tidak mampu diperoleh kerana sebab tertentu,” katanya. FAKTA NOMBOR bangunkan Halal Inside untuk manfaat umat Islam seluruh dunia RM600,000 kos ALL COSMOS, UPM jalin usaha sama strategik
7 NASIONAL 27 NOVEMBER 2012 SELASA 50 TAHUN sebelum Masihi kewujudan masyarakat awal Sungai Batu, Lembah Bujang Ketul besi yang ditemui di di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok bukti industri melebur besi sudah wujud sejak 50 tahun sebelum masihi. Empat fungsi utama Tamadun Sungai Batu Tapak industri peleburan besi, pelabuhan tepi sungai, monumen penyembahan dan pusat pentadbiran. 56 HEKTAR keluasan kawasan Sungai Batu 1,000 DARJAH Celsius suhu digunakan masyarakat purba Sungai Batu untuk melebur besi Galeri Warisan Arkeologi dibina di Kompleks Tamadun Sungai Batu Kedah Tua. “Bagaimanapun, kita masih mengkaji ke mana jongkong itu dieksport dan bagaimana ia diangkut kerana besi adalah benda berat yang mesti dibawa menggunakan kapal besar, sedangkan kita belum menemui bukti untuk menyokong teori itu,” katanya. Kajian di Sungai Batu mendedahkan bukti daripada 50 tahun sebelum masihi sehingga abad ke14 masihi secara berterusan. Tamadun tertua Berdasarkan penemuan ekskavasi, Mokhtar berkata, tamadun Sungai Batu diyakini mempunyai sejarah kewujudan yang jauh lebih lama daripada teori asal iaitu kirakira 50 tahun sebelum masihi. “Penemuan di Lembah Bujang membuktikan kepada dunia bahawa tapak Sungai Batu yang berkeluasan kira-kira 56 hektar adalah tamadun tertua di Asia Tenggara. Data terbaru itu ditemui selepas kitamembuka 33 daripada 97 tapak yang dikenal pasti mempunyai artifak sejarah penting berhubung penempatan di Sungai Batu. “Malah kita jangka dengan kajian dan ekskavasi pada masa akan datang, hasil yang lebih menggemparkan akan diperoleh terutama mengenai penemuan tarikh yang lebih awal atau kedudukan penempatan di sini yang diramal lebih tua,” katanya. Sebuah Galeri Warisan Arkeologi akan dibina di Kompleks Tamadun Sungai Batu bagi menempatkan bukti artifak dan maklumat berhubung penemuan tamadun seawal 50 tahun sebelum masihi di kawasan itu. Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid, berkata galeri itu yang kini sudah direka bangunannya, akan dibina tidak lama lagi dan dijangka siap awal 2014. “Galeri ini akan dibina dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), dijangka memakan masa 18 bulan sebelum boleh dibuka kepada orang ramai. Pembinaannya adalah perancangan sepanjang 2012 bagi memartabatkan lagi kawasan kompleks ini selepas kerajaan Persekutuan berjaya membeli tanah di situ akhir tahun lalu,” katanya. Pikat pelancong Beliau berkata, sejurus siapnya galeri itu kelak, kompleks terbabit dijangka mampu menarik masyarakat tempatan dan pelancong luar, sekali gus menjadikan Merbok sebagai salah satu destinasi pelancongan di Kedah dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Siti Zurina berkata, antara bukti artifak yang dijangka mampu menjadi tarikan adalah bahan yang digunakan bagi industri peleburan besi di situ, termasuk tuyere, sisa besi dan pecahan tembikar batu, selain bata dengan kesan tapak kaki haiwan serta kesan jari. Katanya, jabatan berkenaan juga menimbang cadangan supaya Kompleks Tamadun Sungai Batu mendapat pengiktirafan dunia termasuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO), namun banyak keperluan harus dipenuhi termasuk menyediakan tesis berhubung sejarah dan kepentingan tapak itu. Kompleks Tamadun Sungai Batu diwartakan Tapak Warisan Kebangsaan, Mei lalu oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2012. Bahagian ‘Tuyere' yang digunakan untuk membawa masuk angin ke dalam relau bagi melebur besi dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Taburan tembikar ditemui dalam kajian di sekeliling struktur binaan di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok. Sebahagian ‘Tuyere' yang masih kelihatan di tapak peleburan besi Sungai Batu, Merbok. Hasil kajian di empat tapak peleburan besi mendapati besi yang dilebur dijadikan jongkong untuk dieksport. Peta lokasi Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok. [FOTO LIM POH CHIN/BH] Pelajar Ijazah Sarjana Arkeologi, USM Akma Hazila Ghani menjalankan kajian tapak jeti di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok. Jabatan Warisan Negara menimbang cadangan supaya Kompleks Tamadun Sungai Batu mendapat pengiktirafan dunia termasuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO)” Siti Zuraina Abdul Majid, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara 20 KAKITANGAN termasuk pelajar Universiti Sains Malaysia menjalankan kajian di Tapak tamsun Sungai Batu
Doakan Melayu bersatu, pasti kita teguh di Tanah Melayu, doakan bangsa Arab bersatu, pasti rumpun Arab teguh di bumi Arab. - [RUFFEY:BHA20234] Tahniah kepada Muar yang diisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja. - [JAYJ:BHA35797] Motosikal berkuasa tinggi sering memandu melebihi had laju dibenarkan, malah tol pun tidak dikenakan seolah-olah mereka raja di jalan raya. - [MATASABIT:BHA12444] Kepada waris buruh paksa Burma, berjaga-jaga kerana ada pihak tertentu dipercayai mengutip yuran daripada waris buruh paksa. Mereka tipu waris dengan yuran kena bayar tapi pampasan tak dapat. - [ANAKPAKDAK:BHA36772] Bukan kami anak-anak Malaysia inginkan kehancuran tanah air kami tetapi ada manusia yang mengidam kuasa sanggup berdoa untuk kejatuhan akhlak, syariat dan akidah. - [NDAK72:BHA34980] Kalau sudah tiada idea janganlah merosakkan budaya orang lain. Ciptalah tarian anda sendiri. - [TAP73:BHA35354] Buat kita semua, jika ilmu agama hanya sekangkang kera, usah memandai menggunakannya, khuatir terpesong akidah yang ada, kelak binasa diburu dosa. - [JOGOK656:BHA27332] Sedang negara kita hendak memartabatkan bahasa Malaysia, ada juri (seorang artis) dari rancangan realiti bercakap dalam bahasa Inggeris yang tungganglanggang. - [Kay1:BHA03255] Bila dua artis muda jelita gaduh, sibuk ‘Encik Presiden' jadi orang tengah. Bila artis senior berbalah dengan artis baru, senyap saja? Birokrasi ke? - [KENPACHI81:BHA32509] Penerbit drama ‘Tiara' langsung tidak menghargai tenaga guru, kakitangan dan murid-murid yang terbabit dalam drama berkenaan. Nama sekolah tidak dicatat sebagai kredit. - [CHULANLANGAT:BHA07110] Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyekat kemasukan senetron dan filem Indonesia. - [SLOAN76:BHA34315] Jalan raya di Kampung Parit Kasan, Bukit Gambir macam kena bom, lubang sana sini. Diharap JKR lebih prihatin dan melaksanakan tugas dengan betul. [ZAFRANIMAN:BHA28984] Kenapa kebanyakan kedai di Malaysia masih lagi mengenakan caj 20 sen sehingga 50 sen untuk kad prabayar sedangkan kerajaan tidak membenarkan. - [RIS:BHA36883] Buat Harimau Malaya, perjuangan belum selesai. Belajarlah daripada kesilapan supaya kejayaan menjadi milik Malaysia. - [UMMI71:BHA18123] Malaysia bermain dalam perlawanan ‘persahabatan' lawan Singapura. Itu bezanya dua pasukan ini. Sabar sajalah. - [AZOLI:BHA03811] Rajagobal mungkin tidak bimbang, dulu kita kalah 5-1 masih boleh juga jadi juara. Ini baru kalah 3-0, sabar sajalah! Harapharap nasib masih menyebelahi kita. - [RUFFEY:BHA20234] Harimau Malaya masih mengaum tapi sayang sekali kerana suaranya kian sumbang dan taringnya makin tumpul. Demi negara dan penyokong setia, bangunlah semula! - [JOGOK656:BHA27332] Rakyat Malaysia amat kecewa dengan skuad Harimau Malaya, tapi janganlah kita mudah mengalah berdoa dan bermohonlah kepada Dia yang Maha Berkuasa. - [RELAXKELANTAN:BHA36799] Harimau tidak bertaring dikunyah singa tua berusia 42 tahun. Itulah akibat angkuh. Orang tegur kerana sayangkan pasukan, bukan kerana benci. Apa cerita? - [KENPACHI81:BHA32509] Sudah banyak tahun Rajagobal jadi jurulatih, tukar orang lain pula. Lihat saja di EPL. - [HIDUP41:BHA13128] Memang sudah diduga kekalahan memihak kepada Malaysia, apa lagi Rajagopal nak cakap? Dia patut salahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku bukan beri alasan lagi. - [RAZALI69:BHA36928] Bagus pilih Rozaimi Abdul Rahman digandingkan dengan Mat Yo.[STGTUARAN:BHA35828] Akhirnya singa baham harimau. Apa sudah jadi? Rajagobal eloklah tukar kepada jurulatih yang baru pula. - [NDAK72:BHA34980] Perlawanan pertama sungguh mengecewakan. Kalah 3-0 di tempat sendiri. Rajagobal perlu dipecat. Ambil jurulatih import kita punya pemain bagus cuma jurulatih tidak. - [BROG:BHA29657] Jangan anggap kekalahan adalah noktah perjuangan. Berusahalah skuad Harimau Malaya dan doa adalah satu ubat untuk kekecewaan itu. - [RELAXKELANTAN:BHA36799] Tempoh 30 minit awal langsung tiada gerakan dari pemain tengah, menceritakan betapa lemahnya taktikal permainan Malaysia. - [ABCJATI:BHA36789] Apa lagi alasan nak diberi oleh Raja, “Kami kenal jurulatih Malaysia”. Gugurkan saja Safee. Kaku dan layu. Kalau di Chelsea, sudah lama mereka ini dilelong. - [DAKBULAT:BHA36703] Minta kepada sesiapa yang melatih skuad bola kebangsaan letak jawatan segera, anda sudah menconteng arang ke muka! - [ZULFAKARPETRA:BHA33320] Kasihan tengok pemain Malaysia main bola, asyik kejar bola dengan pemain lawan saja. - [EIN:BHA10666] ⇨ ⇨ ⇨ ⇨ BH Daftar (Nama Gelaran) (No MyKad) SMS ke 32728 Komen disiarkan dalam ruangan ini adalah pandangan peribadi pembaca Berita Harian dan r@kanBH bukan menggambarkan pandangan akhbar ini BH Komen (Komen Anda) SMS ke 32728 BH Lapor (Keterangan Gambar) atau BH Komen (Keterangan Gambar) MMS ke mms@dapat.com Pastikan anda sudah aktifkan MMS. Taip: ON BH MMS dan hantar ke 32728 CARA DAFTAR (Sekali Sahaja) CARA HANTAR KOMEN CARA KOMEN MMS 1 2 3 R@kan BH Ikuti dalam 27 NOVEMBER 2012 − SELASA NASIONAL≥ 31 Suasana pada majlis perkahwinan di Kampung Banir Tambahan, Tapah, Perak meriah dengan paluan kompang kumpulan Suara Sepakat Tapah. - [LANGTEN:BHA11643] Sebahagian bekas pelajar Tingkatan 5 Tekun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Jengka 21, Temerloh, Pahang bertemu semula sempena Aidiladha, baru-baru ini. - [ACEKLIE:BHA32096] ≤ Bancian pendapat Mampukah skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012? A. Setuju B. Tidak Setuju ⇨ Taip BH Undi A atau BH Undi B dan hantar ke Dapat (32728) ⇨ Harga: Setiap SMS dihantar 15 sen, setiap SMS diterima 50 sen. ⇨ Undian dari 22 November 2012 hingga 10 Disember 2012 Keputusan undian terkini −Interaktif JUMLAH R@KANBH TERKINI 6 R@KANBH TERBARU 37,013 [BHA36937: NARUT0] [BHA36932: DABELIUSI] [BHA36933: AMIRAH98] [BHA36937: NARUT0] [BHA36935: AZIZULH] [BHA36931: TOKJOGHO] s Laman web ≤ www.bharian.com.my ≤ www.bharian.com.my/m ≤ www.facebook.com/bhonline ≤ www.twitter.com/bharianmy ≤ www.youtube.com/BHonline1 ≤ rakanbh.bharian.com.my SMS-Alert Ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini? Langgani hari ini dengan menghantar SMS: Q Perkhidmatan SMS Alert dicaj RM5 sebulan. Anda akan menerima kirakira 5 SMS sehari. Taip: ON BH Hantar: 26787 (Celcom, Maxis) 86% 14% A B
SELASA 27 NOVEMBER 2012 46 SUKAN Perancangan hoki KL harus jadi contoh Seremban: Persembahan mantap daripada segi skil dan kawalan bola baik dipamerkan pemain pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, yang berakhir kelmarin, membuktikan negara tidak ketandusan pemain pelapis berbakat yang mampu mengambilalih tempat pemain skuad senior pada masa depan. Pemain seperti Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman, K Thevendran, Muhamad Syafiq Hassan dan Fallah Hassan Shahrom Jamil dari Kuala Lumpur, Muhamad Haikal Safaruddin dan George Dylan (Johor) selain Mohd Najmi Hayazi (Perak) dan Mahathir Rathuwan (Negeri Sembilan) adalah antara beberapa pemain yang menyerlah sepanjang 10 hari kejohanan itu. Mereka wajar diberikan bimbingan berterusan bagi memastikan bakat yang tinggi nilainya itu tidak hilang begitu saja. Ibu bapa, jurulatih ada peranan Kejayaan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan usaha dan perancangan persatuan hoki ibu kota itu wajar dicontohi dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi. Ini jelas seperti mana dinyatakan pengurus Kuala Lumpur, Ali Sulaiman bahawa kejayaan yang dicapai itu bukan datang dengan mudah sebaliknya ia hasil kerjasama dan kerja keras banyak pihak termasuk ibu bapa, jurulatih dan komitmen pemain itu sendiri. “Walaupun pemain hanya dapat dikumpulkan dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan tetapi sebenarnya mereka sudah membuat persiapan latihan lebih awal lagi dengan dipantau pegawai persatuan. Ini membolehkan prestasi pemain dapat dikekalkan di tahap yang baik,” katanya. Malaysia gegar Korea Selatan » Menang selesa saingan Cabaran Juara-Juara 1 Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bharian.com.my Quilmes (Argentina) S kuad hoki negara terus menempa kecemerlangan dalam saingan Kumpulan A Cabaran JuaraJuara 1 di Quilmes, Argentina dengan menewaskan Korea Selatan 4-2, semalam buat terus berada di puncak kedudukan. Begitupun, Malaysia yang menewaskan Poland pada aksi pertama kelmarin, dikejutkan dengan jaringan awal oleh pakar pukulan sudut penalti, Jang Jong Hyun pada minit ke8 sebelum Muhammad Razie Abd Rahim menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian. Prestasi membanggakan Anak buah Paul Revington terus mengganas dengan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-30 dan 31 sebelum pemain berpengalaman yang diserapkan semula ke skuad kebangsaan, Chua Boon Huat meletak pasukan dalam keadaan selesa pada minit ke-48. Gol kedua Jong Hyun pada minit-61 begitupun sudah terlewat untuk mengejar defisit jaringan skuad negara sekali gus berada di tangga kedua kedudukan carta dengan tiga mata. “Saya rasa, kami menamatkan perlawanan dengan baik kerana menang 4-2. Pemain mungkin kecewa untuk 10 minit terakhir perlawanan tetapi saya gembira dan berbangga dengan prestasi dipamerkan. “Mereka sudah beraksi baik pada dua perlawanan ini dan kami sedang meningkat dari hari ke hari,” kata Revington yang mengambil alih tugas ketua jurulatih awal Ogos lalu darupada Tai Beng Hai. Bergelut kekal prestasi Sementara itu, Tengku Ahmad Tajudin berkata: “Saya rasa kami bermain dengan baik dalam kedua-dua perlawanan tetapi untuk 20 minit terakhir kami terpaksa bergelut bagi mengekalkan prestasi. Keputusan itu adalah satu perkara lain, tetapi sebenarnya kami masih tidak berpuas hati dengan prestasi dipamerkan. Malaysia bertemu Kanada, hari ini. Masyuri buru hadiah terbesar hari lahir Kuala Terengganu: Kalau boleh, Masyuri Rahmat mahu menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada 10 Disember nanti dengan Piala Monsun berada dalam dakapannya. Namun jurumudi pasukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) itu tahu, semua itu bagai mimpi di siang hari memandangkan lebih 10 jaguh pelayaran dunia akan mengambil bahagian dalam siri terakhir Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) di Pulau Duyong awal bulan depan. Sehubungan itu, pegawai tentera laut yangberpangkalan di Lumut, Perak itu, cuma mahumensasar kejuaraan siri terakhir Malaysia Match Racing Circuit, yang bakal bermula esok, juga di perairan sama. Mahu layak Piala Monsun “Jika ia menjadi kenyataan, kemenangan itu akan menjadi lebihmanis kerana saya juga akan layak ke Piala Monsun buat pertama kali sejak saya bertanding dalam siri MMRC ini hampir lima tahun lalu,” katanya. Masyuri yang dijangka tiba di Kuala Terengganu hari ini, ketinggalan tiga mata di belakang jurumudi KFC Malaysia - KRT, Jeremy Koo, yang kini mendahului carta MMRC selepas berakhirnya tiga sirkit. INFO HARI INI Cabaran Juara-Juara 1 KUMPULAN A P M S K J B Mt Malaysia 2 2 0 0 8 2 6 Korea Sel 2 1 0 1 4 4 3 Kanada 2 0 1 1 3 5 1 Poland 2 0 1 1 3 7 1 Kumpulan A: Malaysia mln Kanada; Korea Selatan mln Poland Kumpulan B: Ireland mln Afrika Selatan; Argentina mln Jepun KUMPULAN B P M S K J B Mt Argentina 2 2 0 0 6 4 6 Jepun 2 1 1 0 7 4 4 Afrika Sel 2 0 1 1 5 6 1 Ireland 2 0 0 2 3 7 0 Pemain Kuala Lumpur merai kejayaan mereka di Seremban. Pemain Malaysia merai kejayaan luar biasa apabila menewaskan Korea Selatan 4-2 dalam saingan Cabaran Juara-Juara di Argentina, semalam.
RENCANA SELASA 27 NOVEMBER 2012 27 NOVEMBER 2012 SELASA 26 27 RENCANA Industri muzik tempatan mampu terus bertahan Kualiti hidup masih pada tahap baik INFO IPPBM Sebuah pusat penyelidikan nasional di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. VISI Menjadi Pusat Serantau yang terkenal dengan maklumat dan pengetahuan yang berasaskan penyelidikan berkaitan dengan Dasar dan Pembangunan generasi muda dan menjadi Pusat Penyelidikan Nasional dalam pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda. MISI Meningkatkan kerjasama dan penggemblengan tenaga akademik, pengamal serta ahli komuniti yang berminat dengan pembangunan belia untuk bersama mengkaji isu-isu belia daripada pelbagai dimensi supaya menjadi input kepada dasar, mencari penyelesaian masalah dihadapi belia. IPPBM juga mempromosi agenda serta tindakan baru yang akan meningkat pembangunan positif terhadap belia dan negara. Kajian IPPBM majukan belia Maklumat jadi rujukan gubal, laksana dasar untuk pembangunan generasi muda Aspirasi belia menyumbang kepada pembangunan negara, bangsa dan agama. Shila Amzah antara bakat baru mewarnai industri muzik tempatan. M asyarakat suka melabel belia sebagai golongan bermasalah, tetapi tidak pernah bertanya apakah belia kini berada di landasan atau hala tuju yang betul. Maklumat tepat serta terperinci sebenarnya dapat membantu semua pihak memahami golongan berkenaan. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pusat penyelidikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) banyak men j a l ankan ka j i an membabitkan pembangunan belia serta kaitannya dengan perubahan yang berlaku pada peringkat nasional, rantau dan antarabangsa. Berdasarkan maklumat serta dapatan diperoleh daripada kajian IPPBM itu, ia dapat membantu pihak yang mempunyai hubungan atau kaitan secara langsung dengan belia mengubah keadaan sedia ada kepada lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr Wasitah Mohd Yusof, berkata IPPBM sebagai komponen penting adalah sumber jawapan kepada soalan berkaitan belia kerana institut itu mempunyai asas serta fakta membabitkan belia di negara ini. Katanya, hasil kajian yang dilakukan membolehkan IPPBM mengenal pasti permasalahan belia, mencari jalan penyelesaian, menentukan tindakan terbaik, melaksanakan tindakan serta memantau pelaksanaannya. “Umumnya peranan IPPBM ialah mendapatkan jawapan kepada persoalan yang membabitkan belia. Jadi, apabila kita hendak memperkatakanmengenai sesuatu perkara mengenai belia, kita mempunyai asas dan fakta. Dalami corak pemikiran “Tumpuan kita bukan kepada masalah belia saja, tetapi kita juga berusaha mendalami corak pemikiran mereka dengan mendapatkan maklum balas mengenai pelbagai isu semasa. Sebab itu kita tidak boleh asyik melabel belia sebaliknya kita perlu mendengar pandangan mereka,” katanya. Beliau berkata, andaian bahawa belia tidak prihatin terhadap apa yang berlaku adalah tidak benar kerana kajian serta penyelidikan dilakukan membuktikan mereka turut mempunyai pandangan dalam banyak perkara. Cuma, ada kalanya pandangan golongan itu agak terpesong disebabkan maklumat diterima bukan bersandarkan fakta sebenar sebaliknya ia dakwaan popular diperoleh daripada internet atau pihak tertentu. Justeru, dengan adanya aktiviti penyelidikan mendalami serta cuba memahami perubahan berlaku dalam pembangunan diri belia, ia dapat memberi gambaran sebenar berbanding andaian terhasil daripada perkara dilakukan segelintir mereka. “Contohnya, apabila kita buat kajian mengenai persepsi belia terhadap rasuah, masih ada anggapan mengaitkan rasuah dengan ahli politik, penjawat awam dan polis. Itu tanggapan mereka dan sewajarnya pihak berkaitan memperbetulkan persepsi ini,” katanya. Dr Wasitah berkata, IPPBM perlu memastikan hasil daripada penyelidikan memberi gambaran sebenar perkembangan yang berlaku kerana fakta diperoleh itu nanti akan digunakan sebagai rujukan kerajaan untuk menggubal dan melaksanakan dasar berkaitan pembangunan belia negara. Beliau berkata, bagi mengelak kajian dilakukan menimbulkan pertikaian, IPPBM sentiasa berhati-hati dengan metodologi penyelidikan yang diguna pakai serta responden dipilih supaya benarbenar mewakili kumpulan sasar. Namun katanya, itu bukan cabaran besar kerana IPPBM bekerjasama dengan pakar serta penyelidik daripada institut pengajian tinggi yang mempunyai pengalaman menjalankan kajian dan penyelidikan. Cabaran IPPBM Cabaran bagi IPPBM ialah untuk menggalakkan semua pihak merujuk hasil penyelidikan yang dilakukan supaya mereka mengetahui kelemahan atau kelebihan dimiliki bagi memudahkan pelan perancangan dilaksanakan lebih berkesan. “Dari aspek keberkesanan, sesuatu program itu akan lebih berjaya jika kita faham kehendak atau hala tuju ingin dibawa. Semua ini boleh diperoleh daripada penyelidikan dibuat IPPBM. Malangnya, ia tidak dimanfaat. “Ada juga apabila kita beritahu dapatan daripada kajian dibuat, mereka tidak boleh menerima khususnya jika terdapat kelemahan di pihak mereka. Sedangkan jika mereka menyedari realiti sebenar, ini lebih memudahkan mereka melakukan penambahbaikan,” katanya. Beliau berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan sama ada yang mempunyai hubungan langsung dengan belia atau tidak sepatutnya memberi tindak balas terhadap fakta membabitkan pembangunan belia. Dr Wasitah berkata, mungkin disebabkan IPPBM bernaung di bawah KBS, justeru timbul sangkaan institut itu hanya menjalankan kajian untuk kementerian berkenaan sedangkan kebanyakan hasil kajian membabitkan boleh dimanfaatkan pihak lain jika mereka dapat mengambil fakta yang relevan. Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menggunakan hasil kajian IPPBM untuk dijadikan sandaran kepada program pendedahan serta pendidikan yang bakal dan sudah dilaksanakan bagi memberi kefahaman mengenai rasuah kepada golongan belia. 150 penyelidikan “Melihat kepada hasil daripada 150 penyelidikan yang kita sudah jalankan dalam tempoh lima tahun ini, agak rugilah jika rumusan serta cadangan disarankan tidak diberi perhatian kerana banyak pembaharuan serta penambahbaikan boleh kita lakukan demi memajukan belia. “Malah, kita juga boleh berkongsi dengan aspirasi mereka kerana sebagai golongan yang dinamik, belia juga boleh menyumbang kepada bangsa, agama dan negara. Syaratnya kita perlu mendapatkan pembabitan mereka,” katanya. Katanya, selain penyelidikan, IPPBM turut menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar, menerbitkan jurnal dan monograf hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan demi memperkukuhkan belia negara. I ndeks Belia Malaysia (IBM) yang pertama kali dihasilkan pada 2006 adalah instrumen yang dibentuk bertujuan memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan belia bagi membolehkan pihak bertanggungjawab memantau pola perkembangan gaya hidup serta gaya fikir belia masa kini. Pembentukan IBM juga memberi panduan kepada semua termasuk pekerja belia untuk mengenal pasti bidang tumpuan yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha meningkatkan dan kesejahteraan hidup generasi belia secara menyeluruh. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM), Dr Wasitah Mohd Yusof, berkata transformasi pembangunan belia yang lebih fokus membolehkan potensi belia disokong serta dibimbing. Katanya, bagi tujuan itu IBM menggunakan indikator mengukur pembangunan positif belia dan mengenal pasti gaya hidup serta cara berfikir untuk mendapat gambaran sebenar perkembangan mereka. Indikator positif “Indikator positif kerana kita ingin jelaskan matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi belia yang memiliki kualiti modal insan positif. Ini penting kerana kita tidak mahu apabila berbicara mengenai belia, gambaran yang terbayang adalah yang negatif. “Daripada 12 juta belia di Malaysia, 1.8 juta belia yang bermasalah. Tetapi laporan seolaholah belia kita memang bermasalah. IBM 2011 mendapati kualiti dan kesejahteraan hidup belia negara masih berada pada tahap baik. “Oleh itu, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Bagaimanapun, tahap baik itu juga adalah isyarat untuk kita buat banyak lagi bagi mengenal pasti isu serta menyerlahkan potensi generasi belia,” katanya. Beliau berkata, bagi meninjau realiti perkembangan semasa belia secara menyeluruh, IBM 2011 menetapkan sembilan domain (ruang lingkup) menjadi teras iaitu pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti, potensi diri, waktu senggang, kesihatan, ketembusan media, tingkah laku devian dan kesejahteraan ekonomi. Dr Wasitah berkata, sembilan domain itu menjadi teras kepada kajian dilakukan bagi melihat kualiti kesejahteraan belia dan menghasilkan laporan yang akan mencerminkan keadaan berlaku dalam perkembangan semasa kumpulan itu. Berdasarkan dapatan IBM 2011, belia masa kini menunjukkan potensi tinggi dan terbimbing sebagai rakan pembangunan negara walaupun dalam sesetengah domain menunjukkan prestasi menurun berbanding IBM 2006 dan IBM 2008. Skor domain meliputi kesihatan mental, pemerkasaan oleh komuniti, keupayaan ekonomi dan daya saing menunjukkan belia Malaysia memerlukan sokongan emosi daripada semua peringkat masyarakat supaya kesejahteraan hidup mereka kekal seimbang. IBM adalah indeks untuk melihat secara keseluruhan, jadi penurunan atau peningkatan dalam sesuatu domain itu adalah lumrah. IBM bukan untuk menjawab semua persoalan membabitkan belia, tetapi mengkaji dan melihat ruang yang boleh kita perbaiki. IPPBM turut menyediakan saluran lain untuk mendekatkan semua pihak kepada maklumat terkini generasi belia yang boleh diperoleh daripada laman web, portal IPPBM serta VYREC (pusat sumber virtual belia). K emuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-19 (AIM19) pada 10 November lalu dilaporkan berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang. Adakah kegemilangan itu mencerminkan suasana industri atau aktiviti muzik tempatan? Kemungkinan kemeriahan AIM19 ini menjadi penawar kepada penggiat dan pengkarya dalam bidang muzik kerana sepanjang tahun melalui tempoh sukar serta suram. Memang industri muzik tempatan masih dapat melihat kemunculan bakat baru sama ada penyanyi dan pengkarya, namun begitu sejauh mana mereka boleh bertahan seperti yang dikecapi generasi era 80-an hingga awal 2000. Survival dunia muzik Kita berharap kelangsungan atau survival dunia muzik hari ini pada peringkat bertahan. Kemunculan pelbagai produk gajet hiburan seperti MP4, iPod sehingga kepada telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi muat naik lagu, pastinya menjejaskan dengan teruk ekonomi industri muzik. Menerusi gajet yang semakin moden, pengguna boleh menyimpan lebih 1,000 lagu dengan muat naik (upload) lagu secara percuma daripada pelbagai sumber yang mengakibatkan pengkarya muzik kerugian besar daripada aspek kutipan royalti dan faedah pembelian secara langsung bagi setiap lagu yang ‘diambil' oleh pengguna. Berdasarkan laporan tahunan Industri Rakaman Muzik oleh Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa (IFPI) yang dikeluarkan pada 26 Mac lalu, memang ada penurunan berterusan setiap tahun dengan angka penjualan tahun lalu menunjukkan kemerosotan ketara. Mengikut laporan itu, selepas menyelaraskan dari seluruh dunia, industri muzik global secara keseluruhan mencatatkan perolehan sebanyak RM1.06 bilion pada tahun lalu, angka yang jauh lebih rendah daripada perolehan pada 2010 iaitu lebih RM7 bilion. Jualan global muzik yang direkodkan pada tahun 2011 berjumlah RM505.3 bilion, turun tiga peratus daripada RM520.8 bilion pada 2010. Laporan IFPI juga menyatakan jualan album format fizikal merosot 8.7 peratus pada peringkat global, dengan nilai perolehan dari jatuh RM34.4 bilion pada 2010, tetapi RM31.6 bilion pada 2011. Perolehan jualan muzik secara digital Perolehan penjualan muzik secara digital menyaksikan pertumbuhan lapan peratus iaitu daripada RM15 bilion pada 2010 kepada RM16.21 bilion tahun lepas. Format digital mencakupi 31 peratus hasil muzik keseluruhan. Perolehan dari segi hak persembahan meningkat 4.9 peratus iaitu RM28 bilion tahun lalu (RM26.7 bilion tahun 2010). IFPI turut melaporkan perkhidmatan penyiaran digital dan talian seperti Pandora, SiriusXM, TV kabel dan internet di Amerika Syarikat ke atas syarikat pemegang hak lesen persembahan, SoundExchange mula menunjukkan perolehan memberangsangkan. Tahun lalu, kaedah itu mencatatkan RM579 juta berbanding tahun 2010 iaitu RM561 juta. Mengulas laporan itu, Ketua Pegawai Eksekutif IFPI, Frances Moore dalam kenyataannya berkata, hari ini muzik boleh diterima daripada pelbagai saluran yang tidak pernah terfikir. “Pada masa sama, syarikat rakaman jugamengembangkan operasimereka ke pasaran baru dan meluaskan kemahiran dan perkhidmatan,” katanya. Potensi untuk kekal Berdasarkan kenyataan Moore, industri muzik masih ada potensi untuk kekal sebagai perniagaan yang boleh mendatangkan perolehan lumayan asalkan kaedah pemasaran dan penjualannya mesti kreatif. Penjualan produk muzik secara fizikal atau konvensional iaitu album penuh (cakera padat) sudah kurang relevan sekarang. Sistem pemasaranmuzik hari ini memasuki fasa teknologi dan maklumat yang lebih canggih kerana setiap lagu boleh dijual secara terus menerusi atas talian (online). Kemajuan teknologi menjadikan kos promosi dapat dikurangkan. Hari ini sesiapa boleh menjadi penyanyi sekali gus sebagai penulis lagu dan seni kata dengan memuat naik karya mereka dalam laman sosial YouTube. Bagaimanapun, adalah penting juga kita sebagai pengguna dan pencipta muzik menghargai setiap karya dihasilkan penggiat muzik ini. Sekurang-kurangnya hargailah hasil kreativiti anak muda kita dengan mendapatkan karya mereka secara sah sebagai tanda sokongan. Industri muzik masih ada potensi untuk kekal sebagai perniagaan yang boleh mendatangkan perolehan lumayan asalkan kaedah pemasaran dan penjualannya mesti kreatif” andaian bahawa belia tidak prihatin terhadap apa yang berlaku adalah tidak benar kerana kajian serta penyelidikan dilakukan membuktikan mereka turut mempunyai pandangan dalam banyak perkara" Wasitah Mohd Yusof Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM
SELASA 27 NOVEMBER 2012 30 NASIONAL KLINIK Israel cari alasan ceroboh Gaza Kakitangan tak pernah abai pesakit PALESTIN UMNO sentiasa perjuangkan nasib rakyat WADAH BANGSA PAS perlu utama perpaduan ISU DOA Serangan tentera Israel menyebabkan banyak rumah rakyat Palestin musnah. S aya tidak setuju amalan doa yang dilakukan oleh ahli PAS bertujuan memburukkan musuh politik mereka. Apa yang berlaku di Kota Bharu pada awal tahun baru hijrah adalah ulangan sikap fanatik PAS yang menghalalkan cara untuk berkuasa di negara ini. PAS tidak wajar mempergunakan agama untuk mencapai kekuasaan. Perjuangan PAS perlu berdasarkan kebijaksanaan, bukan sentimen yang sempit. Mereka perlu tahu adat berdoa dan bukan memohon bencana pihak lain. Sebagai parti politik, matlamat PAS adalah mendapatkan kuasa. Jangan pergunakan agama untuk berkuasa. Sertailah pilihan raya dengan membawa manifesto terbaik demi keamanan Malaysia. Realiti politik dan sosial perlu diambil kira kerana rakyat pelbagai kaum memerlukan kebijaksanaan pemimpinnya. Parti politik yang berjuang berlandaskan agama boleh menimbulkan polemik berbeza. PAS perlu sedar proses demokrasi memerlukan sikap matang, bukan mendoakan kehancuran orang lain. Wan Muhammad Nadier Kota Bharu M inggu ini Perhimpunan Agung UMNO 2012 berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Sebagai parti yang datang dari rakyat dan untuk rakyat, UMNO kekal relevan sebagai wadah perjuangan bangsa. UMNO walaupun mempunyai ahli dan pemimpin yang berbeza sejak 1946, namun semangat kemelayuan kekal hingga kini. Saya harap ahli parti bersatu hati bagi kekuatan UMNO dan Melayu. Masalah yang berlaku menjelang Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 diharap tidak berulang lagi. Bersatulah bagi memastikan UMNO kekal berkuasa. Pemimpinnya perlu kekalkan usaha membangunkan rakyat selaras slogan Janji Ditepati. Ahli juga perlu bersatu menggerakkan parti agar pilihan raya akan datang mencatatkan keputusan yang lebih baik. Pengamalan 2008 perlu jadi teladan apabila ahli sendiri mengambil keputusan menentang parti dan menyokong pembangkang. Lebih malang apabila ada ahli yang tidak keluar mengundi menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang beberapa kerusi di kawasan majmuk dan urban. Pengajaran pahit itu perlu dijadikan teladan agar UMNO mencapai kejayaan yang lebih besar. Norhayati Razak Jitra K etegangan di Asia Barat selama sembilan hari reda seketika apabila Israel dan Palestin menyertai rundingan damai. Gencatan senjata sebahagian daripada usaha proses damai bagi memastikan Gaza tidak terus menjadimedan tempur yang berat sebelah. Tak yakin Asia Barat aman Saya tidak yakin Asia Barat akan aman dan Israel tidak menceroboh wilayah Islam dengan membunuh kanak-kanak, wanita dan warga tua. Pengalaman sejak 1948 membuktikan kewujudan rejim haram Israel berpunca daripada tekanan Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi. Israel dibekalkan senjata canggih dengan alasan mempertahankan diri. Mereka menggunakan alasan ini untuk membunuh umat Islam. Serangan terhadap umat Islam dilakukan sebanyak 36 kali dalam tempoh lima tahun terakhir. Alasannya adalah mempertahankan kedaulatan wilayah Israel. Alasan ini tidak logik kerana Israel sengaja mencipta helah untuk menguasai Gaza sebagai wilayah terbarunya. Saya juga kesal sikap negara Arab yang kaya dengan minyak. Setiap kali berlaku krisis di Asia Barat, mereka mendiamkan diri. Tiada tindakan diplomatik dan ketenteraan dilakukan. Mereka juga enggan menggunakan senjata minyak seperti digunakan ketika Perang Israel–Mesir pada dekad 1970-an. Liga Arab diamkan diri Liga Arab pula mendiamkan diri. Seolah-olah Gaza bukan wilayah Arab. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula masih merencanakan pertemuan. Tiada tindakan segera diambil. Saya tidak yakin Israel akan patuh kepada perjanjian damai. Sikap provokasi negara Yahudi akan menyebabkan belia Arab merusuh dan membaling batu di kawasan sempadan. Akhirnya kuasa tentera digunakan untuk menceroboh Gaza pada masa akan datang. Selagi umat Islam tidak bersatu, selama itulah mereka menjadi mangsa kekejaman pihak lain. Jadi pedoman bentuk kekuatan ummah Rakyat Malaysia juga perlu menjadikan tragedi Gaza sebagai pedoman untuk membentuk kekuatan ummah. Membiarkan diri diperalat akan menyebabkan Islam kekal lemah. Akhirnya kita juga menjadi mangsa percaturan kuasa lain. Maza Abidin Arau S aya merujuk tulisan bertajuk ‘Klinik beroperasi tidak ikut jadual' yang disiarkan di ruangan Forum BH pada 6 November lalu. Pada hemat saya tulisan oleh Nik Mansoer Nik Junuh, Kampung Biar, Kota Bharu, adalah dakwaan tidak tepat. Sepanjang saya menjadi ahli panel penasihat klinik berkenaan mulai 2009 hingga kini, saya sering ke Klinik Perol untuk membuat pemantauan dan perbincangan dengan kakitangan klinik. Perakam waktu Semua kakitangan klinik menggunakan perakam waktu ketika datang dan balik bertugas. Kad perakam waktu diperiksa pegawai perubatan setiap hari. Kakitangan berada di klinik seawal jam 7.15 pagi setiap hari kerana waktu operasi jam 7.30 pagi, bukan jam 8 pagi seperti dakwaan penulis berkenaan. Pesakit yang mendaftar selepas jam 7.30 pagi, walaupun di bahagian pendaftaran hanya mengambil masa tidak melebihi lima minit, namun untuk dipanggil ke bilik pemeriksaan sudah tentu mengambil masa sedikit kerana masa diambil di bilik pemeriksaan lebih lamaberbanding bahagian pendaftaran. Bilik kecemasan tak sentiasa dibuka Bilik rawatan yang dimaksudkan pengadu, mungkin bilik kecemasan, apabila pintu bilik ini tidak sentiasa dibuka kerana berhawa dingin. Di bahagian pesakit luar terdapat dua pembantu perubatan dan seorang jururawat di bilik kecemasan. Mereka kadang-kadang bergerak ke bilik lain jika perlu kerana pihak klinik tiada petugas khas untuk bilik kecemasan. Ini mungkin memberi gambaran kepada pengadu bahawa bilik rawatan kosong. Perbincangan spontan di depan pesakit Pengadu juga mengatakan petugas lebih banyak bercakap daripada melayan pesakit. Untuk maklumat pembaca, kakitangan klinik sebenarnya tiada banyak masa untuk berbincang di bilik perbincangan berkaitan hal-hal kerja, justeru mereka berbincang secara spontan di hadapan pesakit jika ada isu yang memerlukan keputusan segera. Perkara begini jarang difahami pesakit. Bagi saya pengadu lebih mementingkan diri daripada mengambil kira hal pesakit lain atau masalah dihadapi oleh kakitangan klinik. Zainudin Harun Ahli Panel Klinik Kesihatan Perol, Kota Bharu Untuk maklumat pembaca, kakitangan klinik sebenarnya tiada banyak masa untuk berbincang di bilik perbincangan berkaitan hal-hal kerja, justeru mereka berbincang secara spontan di hadapan pesakit jika ada isu yang memerlukan keputusan segera”
27 NOVEMBER 2012 SELASA 17 NASIONAL Rakyat tertua jejak kem Everest » Pro-Canselor UTM berjaya tiba pada ketinggian 5,365 meter Oleh Junita Mat Rasid junita@bharian.com.my Johor Bahru P ro-Canselor Universiti Teknologi (UTM) diikitiraf sebagai rakyat Malaysia tertua menjejak kaki ke Everest Base Camp (EBC), Nepal. Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, 72, bersama dua kakitangan UTM dan lima mahas i swa berjaya tiba di EBC yang terletak pada ketinggian 5,365 meter dari paras laut, kirakira jam 10.50 pagi waktu tempatan pada 12 November lalu. Kejayaan Salleh disahkan menerusi surat yang dikeluarkan Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah. Kumpulan berkenaan tiba di EBC selepas memulakan perjalanan selama lapan hari bermula di Lukla dengan dua daripada mahasiswa itu turut berjaya mendaki sehingga ke Lobuche Peak di paras 6,135 meter. Cabar ketahanan Salleh menyifatkan, pendakian itu mencabar ketahanannya berbanding dengan ekspedisi ke Antartika yang pernah disertainya ketika bersama rombongan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, pada November 2011. Katanya, pendakian itu memberi pengalaman berharga kerana perlu melalui pelbagai cabaran termasuk 14 jam berjalan kaki mengharungi gaung pada waktu malam dalam suhu sejuk. “Antara pengalaman menarik ialah saat sukar yang ditempuhi apabila jari kaki dan tangan saya menjadi beku sehingga hampir mematahkan semangat untuk meneruskan pendakian ke EBC,” katanya. Salleh berkata, beliau akan berkongsi pengalaman itu dengan masyarakat menerusi buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata program pendakian itu sebahagian daripada persediaan lima mahasiswa UTM untuk menawan puncak Gunung Everest pada 2014. Katanya, kejayaan Dr Salleh itu diharap memberi suntikan semangat kepada warga UTM untuk terus bergiat aktif dalam sukan lasak mendaki gunung. “Penyertaan lima mahasiswa itu adalah bagi menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kursus masing-masing termasuk penggunaan teknologi android sebagai inovasi merekodkan masa, jarak, suhu dan cuaca,” katanya. Kuala Lumpur: GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), pengeluar Panadol, menambah satu lagi varian baru di bawah rangkaian ubat pelega kesakitannya, Panadol Extra, semalam. Keluaran baru syarikat berkenaan memiliki 37 peratus ‘kekuatan' melegakan sakit kepala berbanding Panadol biasa menerusi gabungan paracetamol dan kafein. Pengurus Kanan Jenama Panadol, GlaxoSmithKline, Consumer Healthcare Sdn Bhd, Elaine Lim Chin, berkata kajian menunjukkan sekiranya kafein ditambah kepada paracetamol, ia dapat membantu mengurangkan ketegangan sakit kepala dengan lebih pantas. “Sakit kepala berulangulang dan boleh ditangani dengan pelega kesakitan yang mudah seperti paracetamol. GlaxoSmithKline lancar Panadol Extra Zaini (kanan) menyampaikan sijil kepada Salleh (dua dari kiri) yang berjaya sampai di EBC pada 12 November lalu. [FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] Kajian membuktikan kekuatan dan keberkesanan adalah ciri diingini pengguna apabila memilih pelega kesakitan” Elaine Lim Chin, Pengurus Kanan Jenama Panadol, GlaxoSmithKline, Consumer Healthcare Sdn Bhd “Kajian membuktikan kekuatan dan keberkesanan adalah ciri diingini pengguna apabila memilih pelega kesakitan. “Kesakitan biasanya diukur dengan kekuatan, tahap agresif dan tempoh sakit. Bagi kesakitan kepala seperti migrain yang kuat, ia menghalang orang ramai daripada menjalankan tugasan harian dan kehidupan peribadi mereka juga akan terganggu,” katanya ketika ditemui pada majlis promosi produk berkenaan di sini, semalam. Inovasi terbaru ini menandakan satu lagi pencapaian bagi Panadol sebagai jenama ubat pelega kesakitan untuk rakyat Malaysia. Bagi Malaysia, Panadol Extra dilancarkan secara rasmi pada awal November lalu. Lim menunjukkan produk Panadol Extra pada pameran di Sri Pentas. [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Chef Norman menang Anugerah Chef Asia London: Chef Norman Musa dari Restoran Ning di Manchester membawa pulang dua anugerah padaAnugerah Kari Asia 2012, di sini, semalam. Restorannya memenangi Anugerah Restoran Malaysia Terbaik dan Norman sendiri menerima Anugerah Chef Asia dan Timur, membuatkan beliau yang pertama dalam senarai Young Hall of Fame of the Hospitality Guild. Acara yang diadakan di Hotel Grosvenor House di sini, dianjurkan oleh Federation of Banglades Caterers untuk memberi pengiktirafan bagi mengiktiraf orang ramai di dalam industri yang membantu menghidangkan makanan ASEAN di United Kingdom. Sanggup tinggalkan karier asal Norman, 38, asalnya lulusan juru ukur bahan, meninggalkan kerjayanya enam tahun lalu untuk membuka restoran di Manchester dan rakan perniagaan, AndySpracklen, menewaskan pencabar lain seperti restoran Kampung Ali di Edinburgh dan pemenang tahun lalu, Satay House di London. Pengarah Eksekutif Hospitality Guild, Suzy Jackson, yang menaja anugerah itu berkata pemenang tahun ini akan diangkat sebagai ahli Hospitality Guild's Young Hall of Fame. “The Young Hall of Fame menunjukkan kejayaan yang dicapai oleh profesional muda dalam bidang hospitaliti,” katanya. Norman pula berkata: “Anugerah malam ini adalah untuk arwah ibu saya yang memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan apa yang saya mahukan ketika meninggalkan kerja sebagai juruukur. Beliau banyak mengajar saya. Anugerah ini juga bermakna tidak silap saya tinggalkan kerjaya dan teruskan dengan apa yang saya inginkan.” Norman menewaskan 14 peserta lain untuk memenangi Anugerah Chef Asia dan Timur sememangnya tidak berhenti berusaha untuk mempromosi makanan Malaysia di UK, mewujudkan kelas serta demonstrasi makanan, yang disokong oleh program Malaysian Kitchen Matrade. Chef Norman bersama dua anugerah dimenangi. l
I slam menyuruh umatnya rajin dan gigih bekerja. Tiada kosa kata menganggur dalam Islam kerana mencari rezeki menjadi kewajipan yang mesti ditunaikan. Namun, apabila melaksanakan sesuatu tugas, seseorang itu mesti bertindak jujur dan bertanggungjawab terhadap bidang tugas yang diberikan. Ini adalah amanah yang seharus digenggam erat. Sebarang salah laku semasa menjalankan sesuatu tugas dianggap membelakangkan amanah yang diberikan. Banyak peristiwa berlaku yang memaparkan terdapat kes pecah amanah dalam kalangan pihak yang tertentu. Melakukan perbuatan pecah amanah bermakna seseorang itu tidak jujur dengan etika kerja yang wajib dipatuhinya. Ini sekali gus menyebabkan sumber gaji atau pendapatan yang diperoleh menjadi sumber haram. Biasa kita membaca paparan berita tentang adanya pegawai atasan yang terbabit dalam pecah amanah dan ia menyebabkan kerugian yang besar kepada organisasi majikannya. Begitu juga terdapat juga kes penyelewengan yang membabitkan persekongkolan pekerja bawahan atas dasar subahat bersama. Melihat dari segi fatwa, jelas perbuatan sebegini amat ditegah dan termasuk dalam kerja dosa. Tak boleh langgar peraturan Dalam Muntaqa min Fatawa oleh Syeikh Fauzan ada dijelaskan bahawa tidak boleh sama sekali seseorang pemimpin atau pegawai pengurusan tertinggi melanggar peraturan dan merosakkan amanah. Malah golongan ini tidak boleh memaksa pegawai bawahan mereka bersubahat sama melakukan perbuatan terlarang ini. Fatwa ini juga ada mencatatkan bahawa pegawai bawahan tidak boleh mentaati perintah pegawai atasan mereka atas prinsip bahawa manusia tidak boleh mentaati seseorang dalam rangka kerja maksiat kepada Allah. Maka adalah wajib bagi pegawai yang terbabit dengan ajakan secara paksa itu berpindah kerja ke tempat lain dan menjauhi pemimpin atau pegawai atasan yang curang itu. Justeru, berdasarkan fatwa berkenaan, jelas bahawa melakukan perbuatan pecah amanah adalah satu perbuatan salah laku yang berat dan seharusnya setiap pekerja memahami dengan mendalam akan akibat dosa yang dilakukan. Perkara asas yang akan menjadi sesuatu pekerjaan yang kita lakukan bernilai ibadah ialah apabila Islam memberi amaran balasan dosa bagi pekerja menyeleweng Amanah dan tingkah laku baik semasa bertugasmerealisasikan kerja sebagai ibadah. [GAMBAR HIASAN] sambil berkata kepadanya: “Wahai budak, mahukah kamu menjual seekor kambing yang sedang kamu jaga ini? Lalu budak itu berkata dengan tenang tanpa mengetahui hal sebenarnya bahawa dia sedang berhadapan dengan Amirul Mukminin. “Tidak, ini bukannya kambing kepunyaanku. Aku hanya mengambil upah menjaganya saja.” Petah dan tegas jawapan budak kecil itu menjawabnya. Lalu Umar cuba memasang perangkap psikologi terhadap budak untuk demi melihat kekukuhan iman dan sikap menjaga amanah semasa bertugas. Pujuk Umar: “Kamu juallah seekor kambing ni. Tuan engkau tidak akan mengetahuinya. Kalau dia mengetahuinya kemudian nanti beritahulah dia yang kambing itu sudah hilang dan tidak dapat dikesan.” Mendengar kata-kata provokasi Umar itu, maka dengan suara tegas dan penuh berani budak itu berkata seakan-akan memberikan ceramah pula. “Betul, tuan kambing ini tidak mengetahui tetapi aku takut kepada Tuhan aku. Dia mengetahui dan nampak apa saja yang aku lakukan.” Terkedu Umar dan para sahabatnya mendengar ketegasan budak kecil itu. Lalu Umarpun berkata: “Kamu memang betul. Sesungguhnya Allah mengetahui dan melihat apa yang kita lakukan.” Terdengar suara bangga Umar melihat situasi demikian, “Oh, alangkah bertuah Umar mendapati rakyatnya amanah dalam kehidupan.” Nyata budak itu kecil fizikalnya, tetapi besar keimanannya. Dan bagaimana halnya dengan diri kita? Adakah kita sekukuh itu dalam menjaga amanah yang diamanahkan kepada kita. Muhasabahlah kita agar sentiasa menjadikan sikap beramanah sebagai modal dalam bekerja demi memperoleh rezeki yang berkat, halal, dan diberikan ganjaran pahala di sisi Allah. ia bertunjangkan kepada sikap jujur dan amanah terhadap tugas. Dalam erti kata lain, kejujuran adalah modal utama dalam bekerja. Kita ambil satu contoh bagaimana pecah amanah berlaku. Misalnya ada seorang pekerja yang bertugas menjaga kedai majikannya, namun pekerja berkenaan bertindak menjual sesuatu produk di kedai itu dengan harga yang lebih tinggi daripada yang sudah ditetapkan oleh majikannya dan lebihan keuntungan harga diambilnya tanpa pengetahuan pihak majikan. Untuk mengetahui situasi begini, ada baiknya kita tinjau apa yang pernah diberitahu Syeikh Ibnu Jibrin melalui Kitab Fatwa beliau, Ad-Darr ats-Tsamin fi Fatawa al-Kufala' wal ‘Amilin yang menjelaskan bahawa adalah tidak halal bagi seseorang pekerja mengambil sedikitpun daripada harga barang, bahkan lebihan harganya itu adalah hak pemiliknya, demikian juga seandainya kurang harga barangan itu adalah menjadi tanggungan pihak pekerja menggantikannya. Jalankan amanah Syeikh Ibnu Jibrin juga mengatakan bahawa pekerja hanyalah bertugas menjalankan amanah mengikut ketetapan harga yang dibenarkan oleh majikannya. Baik harga sedikit mahupun tinggi, dia tidak boleh mengubah apa yang sudah ditetapkan oleh majikannya. Jika majikan mengizinkan untuk mengambil lebihan daripada harga yang telah ditetapkan, maka ia bolehlah mengambilnya. Pekerja yang rambang mata melihat wang pastinya lemah lemah iman lalu terdorong kuat untuk bertindak curang atau pecah amanah terhadap tugasnya. Tetapi bagi yang insaf bahawa ada yang melihat segala perbuatannya pasti berasa gerun dan takut untuk melakukan sebarang penyelewengan terhadap tugas. Islam menobatkan amanah termasuk dalam salah satu sifat yang paling agung manakala khianat dan penyelewengan termasuk dalam tanda kemunaf ikan paling besar. Allah memberikan amaran keras kepada kita agar tidak sewenangwenangnya melakukan tindakan penyelewengan terhadap tugas yang diamanahkan. Hal ini boleh kita teliti dalam Surah alAnfal, ayat 27 yang mana Allah dengan tegas memberikan amaran: “Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanahamanah yang dimanahkan kepada kamu, sedang kamu mengetahui.” Penghayatan semua Saidina Umar al-Khattab pernah menguji rakyatnya dalam aspek menjaga amanah ini dan kisah beliau itu wajar dijadikan penghayatan buat kita semua. Dikisahkan suatu ketika Saidina Umar berjalan bersama-sama sahabatnya dan tiba di suatu kawasan beliau bertembung dengan seorang budak lelaki yang mengambil upah mengembala kambing. Lalu Umar mendekati budak itu Amanah laluan mencari keberkatan dalam tugas AL-QURAN Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dimanahkan kepada kamu, sedang kamu mengetahui” Surah al-Anfal Ayat 27 ← AGAMA≥ 35 27 NOVEMBER 2012 SELASA MOHD RIZAL AZMAN RIFIN
27 NOVEMBER 2012 SELASA 49 SUKAN ALBUM Filipina mesti menang elak tersingkir awal Bangkok: Jurulatih Filipina, Michael Weiss menyifatkan perlawanan kedua Kumpulan A menentang Vietnam di Stadium Rajamangala, petang ini umpama hidup atau mati pasukannya. “Ia umpama hidup ataumati. Seri tidak mencukupi dan kekalahan akan menyebabkan kami tersingkir awal untuk ke separuh akhir. Kami tak beraksi baik ketika tewas 2-1 kepada Thailand dan beberapa pemain tidak pada prestasi sebenar. Wolf bakal beraksi “Tapi berita baik, kami akan dapat menurunkanDenisWolf dan pemain lain juga sudah kembali cergas dan bersedia. Vietnam memiliki serangan baik, jadi kami perlu lebih cepat dan beri tekanan awal kepada mereka,” kata Weiss pada sidang media, semalam. Sementara itu, pengurus pasukan Vietnam, Ngo Le Bang beranggapan Filipina sepatutnya tidak tewas kepada Thailand pada aksi sulung, Sabtu lalu kerana lawan yang dibarisi pemain asing berpangkalan di Eropah memiliki kelebihan dari segi fizikal. “Filipina cukup kuat dan pemain mereka tinggi serta memiliki teknik yang baik. Tapi kami perlu menang untuk mencerahkanpeluang ke separuh akhir selepas sekadar seri 1-1 dengan Myanmar (Sabtu lalu),” ujar Le Bang. Datsakorn buat Schafer resah » Perancang tengah Thailand mungkin tak dapat beraksi gara-gara cedera Bangkok J urulatih Thailand, Winfried Schafer menggesa pasukannya meneruskan rentak bagi meraih kemenangan ke atas Myanmar pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rajamangala, malam ini untuk muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir. Namun, Schafer sedikit gusar apabila perancang tengah, Datsakorn Thonglao mungkin tidak dapat diturunkan kerana cedera pangkal paha ketika menewaskan Filipina 2-1, Sabtu lalu tatkala Myanmar memiliki Kyi Lin yang mengemudi baik jentera tengah ketika pasukan itu mengikat Vietnam 1-1. Masih dalam proses pemulihan “Datsakorn perancang utama kami dan saya sangat berharap dia dapat beraksi. Dia masih dalam proses pemulihan dan esok (hari ini) kami akan buat keputusan selepas bertemu doktor. “Kami perlu menang untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. Bukan mudah berdepan Myanmar kerana mereka kini bukan lagi pasukan lemah. Kami perlu tampil aksi bertenaga sama seperti bertemu Filipina," kata Schafer pada sidang media, semalam. Sementara itu, pengurus pa sukan Myanmar, T in Myint Aung berkata, jurulatih mereka, Park Sung-wha sudah pun menganalisis perlawanan Thailand dan Filipina, lantas menemui beberapa kelemahan pasukan tua n r u m a h i t u u n t u k dieksploitasi. “Kami sudah nampak kelemahan Thailand dan mempunyai strategi. Tunggu dan lihat esok (hari ini). Dalam bola sepak, tiada yang mustahil. Lihat bagaimana Singapura boleh tewaskan juara bertahan, Malaysia 3-0,” kata Myint Aung. ‘Kuda tua' Singapura Aleksandar Duric (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang Malaysia bersama rakan sepasukan, malam kelmarin. Penyerang Indonesia, Vendry Ronaldo (tengah) menjaringkan gol dalam saingan bertemu Laos, kelmarin. Penjaga gol Indonesia, Wahyu Tri Nugroho (kiri) berjaya menyelamatkan cubaan penyerang Laos , Keoviengpheth Lithideth, kelmarin. Safee Sali (kiri) berebut bola dengan pemain Singapura, Mustafic Fahrudin di Stadium Bukit Jalil, kelmarin. Datsakorn (depan) mengalami kecederaan pangkal paha ketika Thailand menewaskan Filipina 2-1, Sabtu lalu
27 NOVEMBER 2012 SELASA 11 NASIONAL Pemilik dua 4WD dicari » Diminta tampil beri keterangan isu sekat isyarat telekomunikasi Pengambilan pekerja asing diluaskan dengan ‘G to G' Alor Setar: Penduduk sekitar jalan utama Kuala Sungai menghala Simpang Tiga Kemboja, di sini mahu laluan terbabit dilengkapi kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) atas faktor keselamatan. Perkara itu dibangkitkan penduduk susulan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya di laluan terbabit setiap hari, yang dikhuatiri mampu mengundang bahaya bukan saja kepada pengguna lain, tetapi juga penduduk setempat. Malah, tindakan pengguna jalan raya terutama pemandu kereta yang menggunakan laluan khas motosikal sewenangwenangnya turut menjadi faktor desakan penduduk supaya laluan terbabit dilengkapi AES. Mahu bendung sikap gopoh Seorang penduduk, Shahbudin Harun, 62, berkata hanya AES mampu membendung sikap gopoh dan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya di laluan itu. Katanya, laluan itu agak berbahaya dan pernah beberapa kali berlaku kemalangan berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengguna. “Kadang kala polis ada ditempatkan di lokasi itu untuk memantau, namun mereka tidak boleh sentiasa berada di situ kerana banyak lagi tugas lain yang perlu dilakukan,” katanya. Penduduk mahu jalan utama dilengkapi AES Lorong kiri Lebuhraya Sprint ditutup 7 hari Kuala Lumpur: Lorong paling kiri sekali di Lebuhraya Sprint, di antara persimpangan Jalan Maarof menghala ke Damansara di sini, akan ditutup selama tujuh hari mulai esok untuk ujian percubaan. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan semalam, berkata penutupan itu meliputi sejauh 400 meter bagi memudahkan kerja pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT). Katanya, ujian penutupan jalan itu akan membolehkan syarikat itu mengkaji pergerakan kenderaan di waktu puncak dan pada waktu lain, di samping mengambil langkah tindak balas kecemasan untuk pengurusan trafik yang lebih baik. Kenyataan itu menambah, MRT Corp akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan lain seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (PROPEL) dan Lebuhraya Sprint berhubung penutupan lorong berkenaan. “LLM sudah memberi kelulusan terhadap ujian penutupan jalan itu, manakala Sprint akan memantau arus trafik dalam tempoh berkenaan dan PROPEL pula akan mengawal lencongan bagi trafik. “Papan tanda arahan yang jelas kepada kenderaan dan petugas trafik akan ditempatkan di kawasan penutupan jalan supaya dapat meminimumkan kesulitan kepada pengguna jalan raya dalam tempoh berkenaan,” kata kenyataan itu. Putrajaya: Malaysia akan meluaskan pengambilan pekerja asing melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G to G) jika pendekatan sama yang dilaksanakan dengan Bangladesh sekarang terbukti berjaya. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata mekanisme itu bagaimanapun memerlukan persetujuan negara terbabit dari segi perjanjian serta konsep yang akan dilaksanakan. “Jika ini (mekanisme ‘G to G ' dengan Bangladesh) berjaya dan berjalan lancar tanpa halangan atau isu, kita akan perluaskannya. “Ia terutama bagi negara yang rakyatnya sudah bekerja di sini, umpamanya Indonesia,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman ‘G to G' dengan Bangladeshmengenai pengambilan pekerja, di sini semalam. Dr Subramaniam menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia manakala Bangladesh diwakili Menteri Kebajikan Expatriat dan Pengambilan Pekerja Luar Negara, Khander Mosharraf Hossain. Tiga bulan fasa percubaan Dr Subramaniam berkata, Kabinet memutuskan supaya pengambilan pekerja Bangladesh di bawah mekanisme ‘G to G' itu dilaksanakan untuk tempoh tiga bulan sebagai fasa percubaan dan hanya terpakai bagi sektor perladangan. “Kita menjangka kumpulan pekerja pertama dari Bangladesh akan tiba di negara ini hujung Januari depan. Jika kedua-dua negara yakin semuanya berjalan lancar, kita akan buka pula kepada sektor ekonomi yang lain,” katanya. Pada majlis sama, Malaysia turut menandatanganiMoU ‘G to G' dengan Bangladesh mengenai kerjasama mencegah dan membanteras jenayah rentas negara. Malaysia diwakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein manakala Bangladesh diwakili rakan sejawatnya, Dr Muhiuddin Khan Alamgir. Hishammuddin berkata, MoU itu antara lain memberi keutamaan dan meningkatkan pemantauan terhadap isu pemerdagangan serta penyeludupan manusia membabitkan kedua-dua negara. “Kita cuba mengimbangi keperluan ekonomi dan keselamatan kedua-dua negara. Antara isu khusus diberi perhatian di bawah MoU ini ialah pembersihan wang haram, kegiatan pengganas, pembiayaan kegiatan pengganas, jenayah komersial dan ekonomi, penyeludupan pendatang haram serta jenayah siber,” katanya. MoU itu adalah perjanjian ketiga bagi Malaysia, selepas menandatangani persefahaman seumpamanya dengan Amerika Syarikat dan China sebelum ini. Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Norul Awatif Romli bhnews@bharian.com.my Shah Alam P emilik dua kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran WJU842 dan WWB 8592 diminta tampilmemberi keterangan kepada Panel Penasihat Bebas Perhimpunan Dataran Merdeka 28 April lalu. Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar, berkata panel berkenaan menerima gambar kenderaan berkenaan selepas didakwa digunakan pihak tertentu bagi menyekat gelombang isyarat telekomunikasi ketika perhimpunan terbabit. “Polis sudah memberikan data dan maklumat pemilik kenderaan terbabit tetapi selepas disiasat, didapati pemilik kenderaan berkenaan sudah berpindah daripada alamat asalnya. “Gambar diperoleh jelas memaparkan nombor kenderaan WJU842, tetapi satu lagi gambar kelihatan seperti WWB8592,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ke-23 panel berkenaan yang ditubuhkan untuk menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai Perhimpunan Bersih 3.0, di sini semalam. Turut hadir, ahli panel berkenaan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim. Laporan siap hujung tahun Sementara itu, Haniff berkata, pihaknya akan menyiapkan laporan penuh 10 bab mengandungi penerangan terperinci mengenai perhimpunan, kronologi kejadian, syor penambahbaikan pada hujung tahun ini. Katanya, panel sehingga kini sudah menonton lebih 73 jam klip video perhimpunan berkenaan, menemubual 44 orang termasuk polis, saksi dan orang awam selain melawat lokasi perhimpunan. “Kami juga sudah melawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, tempat peserta perhimpunan ditahan serta melihat demonstrasi antirusuhan polis. Kita yakin dapat menyiapkan laporan itu hujung tahun ini,” katanya. Penganjur tak mahu bekerjasama Beliau berkata, panel berdepan masalah untuk menemubual penganjur perhimpunan Bersih 3.0 dan Majlis Peguam kerana mereka tidak memberi kerjasama sepatutnya. “Panel sudah membuka peluang seluas-luasnya dengan menjemput pihak Bersih dan Majlis Peguam untuk tampil, namun kedua-dua pihak tidak hadir. Panel juga sudah menjemput Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, Christhoper Leong tetapi turut menolak. “Kegagalan mereka untuk memberi kerjasama menyulitkan kami untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak terbabit. Namun, ia tidak menjejaskan tugas kami melaksanakan tugas dalam mengumpul bukti nyata dan bukti ‘circumstantial',” katanya. Mohammed Hanif menunjukkan dua keping gambar kenderaan pacuanempat roda yang dicari di Shah Alam, semalam. [FOTO OSMAN ADNAN/BH] Jika ini (mekanisme ‘G to G ' dengan Bangladesh) berjaya dan berjalan lancar tanpa halangan atau isu, kita akan perluaskannya” S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia
SELASA 27 NOVEMBER 2012 28 RENCANA Pelbagai contoh peperangan, keganasan musnahkan tamadun Pembangkang sengaja politikkan AES Dunia perlu formula elak konflik Penulis ialah ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) P erkembangan terbaru di Mesir menggambarkan betapa payahnya sesebuah negara itu kembali kepada kedudukan selamat, harmoni dan selesa selepas berlakunya konflik. Sama ada sesuatu konflik itu besar atau kecil, ia berupaya mengoyak keharmonian dan menggagalkan negara. Apa yang berlaku di Mesir boleh dianggap sebagai contoh terkini walaupun kita telah melihat pelbagai contoh lain dalam lipatan sejarah dunia. Pengalaman Afrika Selatan, Zimbabwe, Cambodia, Rwanda dan Ireland Utara boleh dianggap contoh utama konflik di dunia. Begitu juga negara lain seperti Afghanistan dan Iraq. Kita juga tentu sedia maklum mengenai konflik di Gaza dan keganasan yang berpanjangan itu. Penulis memilih perkara ini kerana berasakan dunia kini sudah dipenuhi konflik yang begitu banyak. Masalahnya begitu besar sekali di serata dunia. Jumlah pembunuhan dan kemusnahan ekonomi begitu besar. Kita hanyamenyebut mengenai kemusnahan yang boleh diukur dan dikira, tidak termasuk kemusnahan yang tidak dapat diukur, seperti keruntuhan tamadun. Sumbangan negara kepada masyarakat serantau, dunia Sebagai sebahagian daripada masyarakat dunia, penulis percaya kepemimpinan negara kita sejak dulu hingga sekarang sangat memahami keadaan ini. Negara kita boleh berbangga dengan pencapaian negara setakat ini. Contoh semasa, negara bukan saja berupayamengelak daripada konflik dengan negara jiran, tetapi juga menyumbang kepada masyarakat serantau dan dunia. Terbaru, sumbangan negara kepada masyarakat Bangsamoro di Filipina. Penulis yakin, negara juga boleh menyumbang banyak lagi bagi keamanan dunia. Masyarakat dunia sudah sedar mengenai perkara ini, tetapi rata-rata kita masih belum dapat melihat mereka yang bersungguh-sungguh melaksanakannya. Kita masih belum menemui juara keamanan masyarakat dunia yang sebenar. Kita masih menunggu penciptaan formula keamanan sejagat. Formula yang kita perlukan bagi keamanan sejagat bukan saja bertujuan memulihkan kesan atau akibat konflik. Walaupun formula ini penting, apa yang lebih penting ialah formula untuk menyekat konflik daripada berlaku. Dunia hendaklah mencipta dan mengamal formula untuk menyekat konflik daripada berlaku sebelum ia benar-benar berlaku. Biar apa pun bentuknya, sama ada konflik dalaman atau yang membabitkan campur tangan pihak ketiga, kesannya lebih kurang sama saja. Kesan daripada Perang Dunia Kedua juga belum lagi hilang sepenuhnya. Perit kepada konflik peperangan masih lagi dirasai sebahagian masyarakat dan mangsa peperangan. Walau apa pun punca konflik dalam sesebuah negara itu, kita dapat melihat kesukaran untuk negara terbabit bangun semula, membentuk identiti dan meneruskan kelangsungan negara serta persaingan di persada dunia. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian Dalam membangunkan semula negara yang mengalami detik sukar dan konflik itu, pelbagai aspek perlu diberi perhatian, bukan sekadar memulihkan kuasa politik. Dalam keadaan tersebut, kuasa politik bukan satu-satunya faktor. Malah sekiranya kuasa politik itu dikembalikan sekalipun, keampuhannya belum tentu berupaya memulihkan keadaan konflik itu. Ini jelas kita lihat dalam perkembangan terbaru di Mesir. Pada mulanya mungkin ramai yang menganggap lantikan tampuk pemerintahan baru dapat memulihkan keadaan dan seterusnya menjamin kestabilan. Namun, apabila dilihat kepada laporan media, keadaan di sana belum begitu memberi jaminan positif. Tandatanda ke arah keadaan yang stabil masih belum jelas. Konflik runtuhkan tamadun dunia Dalam membentuk dan membangun semula daripada konflik, aspek selain kuasa politik, termasuk keadilan sosial, keadilan ekonomi dan membina keyakinan dan kepercayaan mangsa konflik tidak kurang pentingnya. Kemusnahan akibat konflik bukan calang-calang; ia bukan sahaja memusnahkan manusia dan fizikal negara, tetapi konflik meruntuhkan tamadun itu sendiri. Sudah tentu proses pemulihan tersebut memerlukan perbelanjaan dan pengorbanan yang sama jumlahnya dengan kerugian akibat konflik. Selepas menyedari kesukaran dialami itu, mencari formula bagi menyekat konflik begitu penting ketika ini. Sesungguhnya sudah begitu banyak pengajaran yang dapat kita lihat dalam sejarah dunia. Justeru, amat penting untuk kita menjauhi budaya berkonflik. Kita hendaklah mencari formula mengelak konflik dan seterusnyamembina budaya keamanan. M enteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri itu. Alasan beliau, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik mengatasi peningkatan kes kemalangan jalan raya. Selepas mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bercadang melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan mengambi l kira secara menyeluruh langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan mengguna pakai dan memasang sistem AES itu. Katanya, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) danmenegaskan sistem itu tidak boleh dilaksanakan hingga perkara ini dipatuhi. “Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban,” katanya. Kaedah terkini didik masyarakat Hakikatnya, Pengarah JPJ itu sudah menjelaskan AES adalah kaedah terkini mendidik masyarakat selepas pelbagai kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan sebelum ini gagal mengurangkan kadar kemalangan. Malah, Solah menegaskan bahawa banyak papan tanda amaran dipasang di sepanjang jalan berhampiran kamera AES itu bagi mengingatkan pemandu supaya mengurangkan kelajuan. Kaedah ini jelas lebih telus berbanding cara yang mana polis trafik menunggu di sebalik tiang jejambat atau dalam semak bagi mengambil gambar mereka yang memandu laju seperti yang pernah dibangkitkan pembangkang di Parlimen. Apakah pembangkang tidak menyedari selepas pelbagai kempen keselamatan jalan raya, langkah mengetatkan pengeluaran lesen memandu, hukuman kompaun dan saman, penggantungan lesen dan hukuman penjara terhadap pemandu cuai sebelum ini, kadar kemalangan di Malaysia tetap meningkat. Justeru, apa sebenarnya yang menjadi isu? Apakah cara mengambil gambar pemandu yang melanggar peraturan atau kos pelaksanaan AES? Hakikatnya, bukan pelaksanaan AES yang tidak baik, tetapi sikap pemimpin parti pembangkang yang lebih mengutamakan agenda politik mereka daripada keselamatan rakyat. Lebih 70,000 saman dikeluarkan Perangkaan lebih 70,000 saman dikeluarkan selepas beberapa bulan AES dilaksanakan menerusi projek perintis, menakutkan ramai pemandu yang suka memandu laju secara berbahaya. Justeru, dengan menolak pelaksanaan AES, pem imp in p embangkang seolaholah memihak kepada pesalah jalan raya. Mereka jelas memainkan sent imen rakyat supaya terus memberontak dan membantah apa saja yang ingin dilaksanakan Kerajaan Pusat. Rakyat tentunya sudah sedia maklum bahawa kes kemalangan di negara ini antara yang tertinggi di dunia. Kenyataan Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof baru-baru ini juga sepatutnya menginsafkan semua pihak. Antara 2009 dan 2011, sebanyak 1.3 juta kemalangan direkodkan dengan 20,500 daripadanya adalah kemalangan maut, manakala 60 peratus daripada yang mati itu adalah penunggangmotosikal. Sepatutnya pemimpin politik di negara ini mengambil pendekatan politik Amerika Syarikat apabila Parti Republikan dan Demokrat akan sekata selepas isu untuk kepentingan negara dan rakyat dibahaskan dengan rasional, bukan perbalahan berpanjangan dan perbahasan beremosi seperti yang berlaku di negara kita. Rakyat pula tidak perlu bimbang kerana selagi mereka memandu mengikut peraturan selagi itu mereka tidak akan disaman . Pada masa sama , kemalangan dapat dihindarkan dan jalan raya di Malaysia akan menjadi lebih selamat untuk semua. Justeru, dengan menolak pelaksanaan AES, pemimpin pembangkang seolah-olah memihak kepada pesalah jalan raya. Mereka jelas memainkan sentimen rakyat supaya terus memberontak dan membantah apa saja yang ingin dilaksanakan Kerajaan Pusat”
− SELASA 27 NOVEMBER 2012 50 SUKAN APA KATA MEREKA » Apek minta jangan kait dengan kahwin, tekad bangkit Ini bukan prestasi sebenar. Pemain seperti kurang yakin dengan kemampuan sendiri. Saya percaya pemain mampu lakukan lebih baik untuk menang perlawanan berikut. Apa lebih penting usah pandang rendah keupayaan lawan” B Sathianathan, Jurulatih Tentera Status juara mungkin beri tekanan kepada pemain. Tapi mahu atau tidak, kita harus menang baki dua perlawanan” Razip Ismail, Jurulatih Harimau Muda B Empat pemain pertahanan kita seperti tiada persefahaman. Bagi saya itu antara punca utama kita kalah” Datuk M Karathu, Bekas jurulatih Kelantan Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bharian.com.my l Kuala Lumpur P enjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat yang dituding menjadi punca kekalahan skuad negara kepada Singapura, malam kelmarin menegaskan kesilapan mudah yang dilakukan bukan disebabkan hilang fokus gara-gara sibuk dengan persiapan perkahwinannya, bulan depan. “Bola... hanya bola saja. Tidak ada kena mengena (dengan persiapan perkahwinan). Apa yang pasti saya dan rakan lain berjanji meningkatkan prestasi dan bangkit dalam baki dua perlawanan selepas ini,” katanya semalam. Khairul Fahmi atau Apek, 23, mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada 28 Disember ini dalam satu majlis sidang media Rabu lalu. Namun, ramai mempersoalkan tindakannya itu kerana ia diadakan tiga hari sebelum skuad Harimau Malaya turun mempertahankan kejuaraan menentang skuad Singa tatkala segenap tumpuan harus dijuruskan kepada perlawanan penting itu. Minta maaf Khairul Fahmi bagaimanapun mengakui kesilapan dilakukan dalam perlawanan itu dan meminta maaf kepada penyokong Harimau Malaya. “Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini. Saya minta maaf kepada semua 11 GOL dijaringkan dalam empat perlawanan Kumpulan A dan B 8 PASUKAN beraksi dalam saingan kelayakan pada Oktober lalu Mohammad Shahril Ishak (kiri) menjaringkan gol kedua Singapura hasil kesilapan Khairul Fahmi di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. 'Saya mohon maaf'
SELASA 27 NOVEMBER 2012 38 NASIONAL Sepintas » Mahkamah tentukan bicara 4 Disember Kaherah M ahkamah pentadbiran menetapkan perbicaraan pertama pada 4 Disember ini dalam kes mencabar perintah kuasa Presiden Muhammad Mursi (gambar) yang memberikan lebih kuasa kepadanya, kata mahkamah dalam satu kenyataan semalam. Kes berkenaan dibawa oleh peguam dan aktivis, kata sumber mahkamah. Langkah lain yang dibuat Mursi dicabar di mahkamah ketika peralihan penuh gelora Mesir, dan kadang-kadang pelbagai cabaran dibuat berhubung tindakannya. Mursi bertemu dengan hakim kanan semalam untuk cuba menenangkan krisis berhubung tindakannya meluaskan kuasa yang mencetuskan bantahan ganas menyamai revolusi tahun lalu. Pasaran saham Mesir menjunam kelmarin pada hari pertama dibuka sejak Mursi mengeluarkan perintah kuasa Khamis lalu untuk meluaskan kuasanya buat sementara danmelindungi keputusan itu daripada tindakan perundangan, mengundang tuduhan beliau bertindak seperti diktator baru. Lebih 500 orang cedera Lebih 500 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan yang bimbang dengan matlamat pergerakan Ikhwanul Muslimin untuk menguasai era pasca Hosni Mubarak selepas memenangi pilihan raya presiden dan Parlimen demokratik pertama Mesir tahun ini. Seorang anggota pergerakan itu terbunuh dan 60 lagi cedera kelmarin dalam serangan ke atas pejabat utama Ikhwanul Muslimin di Delta Nil di Damanhour, menurut laman web Parti Kebebasan dan Keadilan pergerakan itu. Pihak berkuasa perundangan tertinggi Mesir membayangkan untuk bertolak ansur bagi mengelakkan pertelingkahan berlanjutan walaupun pembangkang Mursi mahu beliau membatalkan sepenuhnya perintah kuasa itu yang dilihat sebagai bahaya kepada demokrasi. Majlis Kehakiman Agung berkata, perintah kuasa Mursi perlu dikenakan hanya kepada masalah kedaulatan, menyatakan ia tidak menolak deklarasi itu secara terang dan menggesa hakim dan pendakwa, sebahagiannya yang memulakan mogok kelmarin, supaya kembali bekerja. Beri jaminan Pejabat Mursi berulang kali memberi jaminan langkah itu bersifat sementara, dan berkata beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari persefahaman berhubung apa perlu diisi dalam Perlembagaan Mesir, antara isu yang menjadi punca krisis. Reuters Kuasa Mursi dicabar Tentera Turki berkata delegasi negara itu dan pegawai Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) akan mula meninjau kawasan untuk menempatkan peluru berpandu Patriot di sempadan dengan Syria. Syria dipercayai memiliki beratus-ratus peluru berpandu balistik yang mampu membawa peledak peluru kimia dan Turki, negara anggota NATO, bimbang perang saudara merebak ke negaranya. Kenyataan tentera semalam berkata, sistem nombor akan dimasukkan bagi kawasan terpilih dan bilangan kakitangan yang ditempatkan akan diusahakan selepas tinjauan itu, yang bermula hari ini, selesai. Ia berkata usaha menghubungkan sistem itu dengan rangkaian pertahanan udara Turki sedang dijalankan. AP ANKARA Lokasi tempatkan peluru berpandu Hamas, Israel sambung runding KAHERAH Penunjuk perasaan berhimpun dan bertempur dengan polis di Dataran Tahrir, semalam. [FOTO AP] Seorang penunjuk perasaan melarikan diri selepas bertempur dengan anggota keselamatan. [FOTO AP] FF Delegasi Israel semalam tiba di ibu negara Mesir untuk mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Hamas dalam usaha melonggarkan sekatan di Gaza, kata tokoh kanan pergerakan Hamas sambil memberi amaran kumpulan itu mungkin bertindak jika ada sebarang penangguhan. Mussa Abu Marzuk berkata, Hamas tidak akan meletak senjata dalam rundingan gencatan senjata yang menamatkan konflik selama seminggu di Gaza. AFP
27 NOVEMBER 2012 SELASA 21 NASIONAL 21 Januari bicara kes tuntut fasakh A Aida Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 21 Januari depan untuk perbicaraan kes tuntutan fasakh pelakon dan penerbit drama, A Aida terhadap suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman. Hakim Syarie, Ahmad Basyir Yaakub menetapkan tarikh itu selepas Peguam, Ismail Mohd yang mewakili Suffian selaku defendan, memaklumkan pihaknya perlu membuat sedikit pindaan pada penyataan pembelaan anak guamnya dan akan memfailkan penyataan itu secepat mungkin selepas berbincang dengan Suffian. Berhubung proses sulh (rundingan) mengenai hak penjagaan anak, Ismail berkata, perbincangan itu tidak berjaya kerana ada beberapa perkara tidak dipersetujui dan kedua-dua pihak akan berbincang semula. Peguam A Aida, Zulkifli Che Yong mencadangkan Suffian memfailkan penyataan pembelaan dalam tempoh dua minggu dan memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan. Sementara itu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan Suffian yang juga Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik Bukit Aman bagi mendapatkan perintah injunksi menghalang A Aida daripada membuat kenyataan media berhubung masalah rumah tangga mereka. Mahkamah tolak permohonan Khairy Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin gagal dalam permohonan mengetepikan perintah mahkamah berhubung pembelaannya dalam kes saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan dengan kos RM30,000 dalam kamar beliau di sini, semalam. Anwar diwakili peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, manakala Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bertindak bagi pihak Khairy. Sulaiman ketika ditemui berkata, hakim menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO itu selepas memutuskan afidavit yang dikemukakan bersama-sama permohonan untuk mengetepikan perintah mahkamah itu tidak mempunyai sebarang merit. Pada 9 November lalu, Khairy memfailkan permohonan mengetepikan perintah Siew Kheng yang dikeluarkan pada 13 Ogos 2012 yang menghalangnya mengemukakan pembelaan terhadap kes saman difailkan Anwar. Keputusan itu dibuat selepas Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah untuk memfailkan beberapa dokumen berkaitan pembelaannya termasuk senarai saksi dan ringkasan kes. Tentera rampas pil kuda RM8 juta » Dipercayai dibawa masuk lelaki warga Thailand melalui pangkalan haram Oleh Siti Rohana Idris bhkb@bharian.com.my Kota Bharu A ngkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas kira-kira 400,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM8 juta dalam satu operasi di Rantau Panjang-Sungai Golok, malam kelmarin. Dadah terbabit dipercayai dibawa masuk lelaki warga Thailand berusia dalam lingkungan 20-an melalui pangkalan haram Ibrahim Pencen di Rantau Panjang. Lelaki pikul dua kotak Dalam Operasi Wawasan jam 11.15 malam itu, dua anggota tentera daripada batalion 4 Rejimen Sempadan terserempak dengan seorang lelaki sedang memikul dua kotak dan satu guni menuju ke motosikal. Panglima Lapan Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa, Datuk Mohamad Zaki Hamzah, berkata sebaik menyedari kehadiran anggota tentera, suspek meninggalkan barangan berkenaan, sebelum terjun ke Sungai Golok. Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kotak dan guni yang ditinggalkan suspek, anggota tentera menemui 49 bungkusan plastik mengandungi kirakira 400,000 pil yang dipercayai pil kuda. “Dadah yang diseludup melalui pangkalan haram, Ibrahim Pencen itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan dan Lembah Klang. “Pihak kami turut merampas motosikal dengan nombor pendaftaran Thailand yang dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya sambil menambah kes itu adalah rampasan pertama pihak tentera selepas pengawasan sempadan diambil alih daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) beberapa hari lalu. Dadah yang diseludup melalui pangkalan haram Ibrahim Pencen itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan dan Lembah Klang” Mohamad Zaki Hamzah, Panglima Lapan Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa Sempat tendang buaya sebelum pengsan Santubong: Terselamat daripada serangan buaya ketika berenang di Pantai Pasir Panjang di sini, menjadi pengalaman paling ngeri bagi Muhd Azlan Marzuki, 20, semalam. Pelajar Diploma Pengajian Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak itu bernasib baik kerana sempat menendang buaya dan berenang ke pantai sebelum pengsan, kira-kira jam 6 petang. Dalam kejadian itu, Muhd Azlan yang kali pertama mengunjungi pantai berkenaan bersama keluarga, mengakui pernah membaca kes serangan buaya di kawasan berkenaan. “Ketika berenang kira-kira 20 meter dari pantai, saya tidak menyangka kayu yang saya terpijak adalah kepala buaya. Belum sempat mengalihkan kaki, buaya itu terus menyambar dan menggigit kaki kanan sehingga ke atas buku lali. Sempat berenang “Padawaktu itu, apa yang saya fikirkan cuma mahu melepaskan diri. Dengan menggunakan segala tenaga yang ada, saya menendang kuat kepala buaya berkenaan. “Mujur buaya melepaskan gigitan dan saya sempat berenang ke pantai,” katanya sambil mendakwa buaya itu sepanjang dua meter. Muhd Azlan berkata, sejurus sampai ke pantai, dia rebah kerana luka yang dialami akibat gigitan buaya yang menyebabkan banyak pendarahan. Dia yang enggan lukanya dijahit, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira sejam selepas kejadian dan dibenarkan pulang. Serangan buaya itu kes kedua di kawasan itu selepas pelajar, Ashley Austin Chin, 14, cedera digigit pada kedua belah kaki dalam kejadian 22 Ogos lalu. Muhd Azlan terselamat daripada serangan buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang, Santubong, semalam.
SELASA 27 NOVEMBER 2012 20 NASIONAL Taman permainan rosak » Penduduk gesa kemudahan diselenggara, dibaiki segera Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani bhnews@bharian.com.my Kuantan T aman permainan sepatutnya menjadi lokasi menarik dan mesra kanak-kanak terutama ketika musim cuti persekolahan untuk mereka beriadah. Namun, keadaan taman permainan di Taman Sepakat di sini, sebaliknya apabila kebanyakan peralatan permainan di situ rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Badak, Alias Hassan, berkata beberapa alat permainan yang ada di situ uzur dan berbahaya untuk digunakan. Beliau berkata, peralatan permainan seperti buaian dan jongkang-jongkit sudah usang serta rosak tanpa dibaiki. Perlu diselenggara “Sepatutnya taman permainan ini dijaga dengan baik dan peralatan permainannya segera diselenggara semula apabila sudah rosak. “Saya harap pihak bertanggungjawab memantau keadaan ini kerana bukan saja ia menyakitkan mata memandang, malah boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau berkata, walaupun taman permainan itu kecil dan permainan terhad, ia perlu diselenggara dengan sempurna kerana menjadi tumpuan kanak-kanak setiap petang terutama ketika musim cuti sekolah. “Sejak padangnya becak dan alatannya rosak, kanakkanak terpaksa pergi ke kawasan perumahan berhampiran untuk bermain di taman,” katanya. Penduduk, Abu Kasim Embong, 63, berkata taman permainan itu sewajarnya dijaga dengan baik kerana menjadi tumpuan kanak-kanak berikutan lokasinya di tengah kawasan perumahan. “Kini hampir tiada kanakkanak berkunjung kerana jongkang-jongkit patah, besi buaian sudah berkarat dan padangnya tidak rata serta berlopak. “Saya harap ada pihak prihatin untuk membaik pulih taman ini kerana ramai kanakkanak di sini memerlukan sebuah kawasan untuk beriadah dan bermain bersama rakan,” katanya. Tidak selamat Sementara itu, Mohd Alif Hamdan, 12, ketika ditemui berkata, dia hanya bermain gelungsur bersama rakannya kerana alat permainan lain tidak selamat untuk digunakan. “Jongkang-jongkit terputus dua dan satu lagi sudah bergoyang. Besi buaian pula berkarat dan saya bimbang menghayun kuat kerana takut terputus serta mencederakan diri. “Kami juga sukar bermain bola di sini kerana padangnya becak terutama apabila hujan. “Sepatutnya, taman yang kecil ini mudah dijaga tetapi tiada siapa datang memperbaiki alat mainan yang rosak ini,” katanya. Jertih: Projek tanaman rock melon di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Tok Dor, Besut, diiktiraf antara lima TKPM terbaik di negara ini menyaksikan hasilnya kini dieksport. TKPM Besut kini mampu mengeluarkan kira-kira 1,300 metrik melon dengan pendapatan hasil bulanan RM3.25 juta, yang juga satu-satunya sumber hasil pertanian terbesar di Terengganu. Ketua Pengarah Pertanian, Mustafa Kamal Baharuddin, berkata projek yang dimulakan pada 2006 itu berjaya memberi pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 kepada peserta yang mengusahakan tanaman itu. Bebas penyakit Beliau berkata, pengeluaran rock melon di TKPM yang menggunakan teknologi canggih juga bebas serangan penyakit, selain boleh ditanam sepanjang masa. “Pada peringkat permulaan, sepokok hanya mengeluarkan sebiji buah, tetapi kini ia berjaya menghasilkan tiga biji dengan purata berat antara tiga hingga empat kilogram sebiji. “Kejayaan ini menjadikan TKPM Besut antara pengeluar utama rock melon di negara ini yang mampu menyumbang hasil pendapatan berjuta ringgit setahun,” katanya selepas melawat projek tanaman itu di TKPM Besut, di sini, semalam. Beliau berkata, ketika ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai 64 TKPM yang diwujudkan untuk menghasilkan pelbagai produk pertanian termasuk cili, tomato, jagung dan pelbagai tanaman lain. “Ketika ini ia dieksport ke Singapura, Dubai dan Hong Kong, selain memenuhi pasaran dalam negara,” katanya. Mustafa berkata, kementerian jugameluluskan RM5 juta bagi meningkatkan lagi kemudahan di projek terbabit serta meluaskan kawasan tanaman itu tahun hadapan. Pada masa ini, projek berkenaan disertai 29 peserta termasuk 14 daripadanya siswazah tani dan dibangunkan di kawasan seluas 57 hektar. “Selain dipasarkan secara basah, rock melon juga akan dijadikan produk makanan segera termasuk jeruk, halwa dan jus untuk minuman. “Kaedah sistem batas di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH), selain pemuliharaan kelulut bagi membantu sistem pendebungaan adalah faktor utama kejayaan projek di TKPM Besut ini,” katanya. Projek tanaman rock melon Besut terbaik Alat yang terdapat di padang permainan Taman Sepakat, Kuantan, rosak dan berbahaya kepada kanak-kanak. [FOTO AFIF ABD HALIM/BH] FAKTA NOMBOR RM3.25 juta pendapatan bulanan yang diperoleh melalui penjualan rock melon di Terengganu Pelaksanaan OSS jimat kos lesen RM370j Shah Alam: Hampir semua agensi kerajaan sudah melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) di pelbagai peringkat hingga menjimatkan kos pelesenan berjumlah RM370 juta. Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal, berkata sebanyak 719 daripada 724 agensi kerajaan atau 99.3 peratus sudah melaksanakan OSS. Penggunaan OSS juga mampu menjimatkan ‘berlipat kali ganda' perbelanjaan sesebuah agensi melalui pengurangan kos pembangunan, hasil daripada perkongsian kod sumber aplikasi, katanya. Tingkat kualiti ICT “Pelaksanaan OSS di sektor awam turut meningkatkan kualiti dan interopabiliti sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ke arah perkhidmatan awam yang berintegrasi secara ‘seamless',” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2012 di sini, semalam. Mohamad Zabidi berkata, teknologi OSS adalah perkongsian kepakaran dan idea untuk meningkatkan lagi keupayaan teknologi ICT melalui kos yang efektif. Katanya, berdasarkan satu penyelidikan yang dijalankan sebuah syarikat pakar runding OSS mendapati teknologi itu lebih menjimatkan berbanding perisian berlesen dengan kadar 70 peratus lebih murah. “Melalui inisiatif inilah tercetusnya kolaborasi strategik yang menggabungkan jalinan kepakaran global dan tempatan. “Ia seterusnya melonjakkan kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan dan membantu dalam usaha meningkatkan daya saing negara,” katanya. BERNAMA 54 projek tebatan banjir tahun ini Putrajaya: Sebanyak 54 lagi projek tebatan banjir dilaksanakan tahun ini melalui peruntukan RM808 juta, dengan tumpuan diberikan kepada pencegahan banjir yang berpunca daripada limpahan sungai. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, berkata banjir akibat limpahan sungai akan membawa kesan lebih buruk dari segi kerosakan serta membabitkan jumlah mangsa yang lebih ramai jika dibandingkan dengan banjir kilat akibat masalah saliran tempatan. Banjir lebih kerap “Walaupun dari semasa ke semasa ada kejadian banjir di beberapa negeri, kita perlu faham tanpa tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan, banjir di negara ini akan berlaku lebih kerap dan lebih teruk lagi,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2012 di Perbadanan Putrajaya di sini, semalam.
SELASA 27 NOVEMBER 2012 2 NASIONAL Saya percaya pertikaian yang wujud antara negara berjiran dapat diselesai secara rundingan atau persefahaman” Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Oleh Syuhada Choo Abdullah dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur S udah tiba masa budaya keamanan disebar luas secara global dan menyingkirkan pendekatan membalas dendam dalam dunia yang berubah kini. Usaha ini paling kritikal dan mesti dipupuk terhadap anggota masyarakat jika mahu keluar daripada bayangan konflik serta membuka permulaan baru. PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendekatan ini budaya ini mampu mengatasi keburukan akibat sikap tidak bertoleransi, prejudis, kejahilandanmementingkandiri yang mendorong berulangnya kitaran keganasan. Dalam konteks ini, antara sumbangan Malaysia ialah mewujudkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi menyeru suara kesederhanaan menggantikan ekstremisme dan kebencian. “Nilai inilah digunakan sebagai panduan untuk membantu mendapatkan penyelesaianaman kepada Bangsamoro dan mengakhiri konflik 40 tahun yang mengorbankan 150,000 nyawa. Aspek selesai konflik “Dari perspektif Malaysia, ada beberapa aspek teknikal penting membantu usaha kami mencapai keamanan dalam konflik di Selatan Filipina ini. “Kedua-dua pihak bersengketa mesti sedia berdamai dan adalah berfaedah untuk mendapatkan bantuan orang tengah. Dalam kes konflik di selatan Filipina, mereka menemui Malaysia. Orang tengah itu mesti dilihat sebagai ‘honest broker' ( jujur) dan benarbenar sedemikian. Kita menjadi ‘honest broker' dan dipercayai oleh MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) serta Kerajaan Filipina. “Apabila mendapat kepercayaan, perjalanan ke arah keamanan dan perdamaian tidak akan menjadi terlalu rumit tetapimesti ada kesabaran serta perlu pemantauan pada peringkat akar umbi. Demikianlah contoh baik yang boleh digunakan sebagai prinsip dalam situasi lain, termasuk isu Gaza dan rakyat Palestin,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikanucaptama merasmikan Forum Antarabangsa UMNO 2012 bertajuk ‘Konflik Dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Menoleh Ke Belakang atau Memandang Ke Hadapan?' sempena Persidangan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Forum dua hari itu dihadiri 200 delegasi membabitkan 23 parti dan negara. Budaya keamanan Najib berkata, budaya keamanan merangkumi nilai, sikap dan cara hidup berasaskan prinsip kebebasan, keadilan, demokrasi, toleransi, kesepakatan, saling menghormati kepelbagaian, dialog dan persefahaman, membabitkan semua pihak dan segenap lapisan masyarakat. Selain itu, beliau berkata, adalah penting untuk membentuk sebuahmasyarakat antara negara demi mewujudkan budaya keamanan, kesepakatan dan kepercayaan, seperti mana Komuniti ASEAN yang akan diwujudkan menjelang 2015. “Sama ada kuasa besar atau kecil, kita mesti komited kepada keamanandan kestabilan kerana ia adalah latar kepada kemakmuran... untuk keuntungan ekonomi, pembangunan, perubahan dan transformasi,” katanya. Budaya keamanan disebar secara global » Najib mahu masyarakat dunia keluar konflik, buka permulaan baru Kuala Lumpur: Dunia wajar mencontohi Malaysia dalam menyelesaikan konflik dengan lima negara jiran sebelum ini tanpa sebarang peperangan atau pertumpahan darah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau percaya pertikaian yang wujud antara negara berjiran dapat diselesaikan secara rundingan atau persefahaman. Sebagai bukti, Malaysia berjaya mengekalkan hubungan baik dengan Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina walaupun sebelum ini wujud pelbagai pertikaian termasuk berhubung isu pemilikan pulau dan laut. “Dulu kita ada masalah dengan Thailand tetapi kita menyelesaikannya menerusi rundingan damai. Kita juga ada masalah dengan Singapura berhubung Pulau Batu Puteh yang keduadua negara bersetuju dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). “Kita kemudian akur dengan keputusan penghakiman ICJ..., ini menunjukkan kita mempunyai cara lain untuk menyelesaikan konflik dan bukan menerusi peperangan,” katanya. Dr Mahathir berucap pada majlis jamuan tengah hari pada Forum Antarabangsa UMNO 2012 bertajuk ‘Konflik Dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Menoleh Ke Belakang Atau Memandang Ke Hadapan?' s emp ena Pe rh impunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dun i a Pu t ra (PWTC) di sini, semalam. Sumbangan UMNO, BN Sementara itu pada sidang media, ketika ditanya mengenai sumbangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata, kerajaan terus melakukan pelbagai perubahan demi kepentingan rakyat. “Macam-macam perubahan kerajaan buat dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Pembangkang pula sentiasa kritik kerajaan dengan berkata kerajaan tidak melakukan secukupnya... saya rasa kita tidak perlu ikut pembangkang,” katanya. Ditanya sama ada BN mampu memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, Dr Mahathir berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau yakin perkara itu mampu dicapai. Dunia wajar contohi Malaysia selesai konflik Sebahagian delegasi luar negara pada Forum Antarabangsa UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH]
SELASA 27 NOVEMBER 2012 18 NASIONAL Kenaikan gaji tertinggi dalam tempoh 10 tahun » Kakitangan bukan eksekutif swasta nikmati purata kenaikan 5.83 peratus Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bharian.com.my Kuala Lumpur K akitangan bukan eksekutif sektor swasta di negara ini menerima kenaikan gaji purata 5.83 peratus tahun ini, tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Bagaimanapun, kenaikan gaji bagi eksekutif menurun kepada 6.29 peratus pada 2012 berbanding 6.45 peratus pada 2011. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Tan Sri Azman Shah Harun, berkata, berdasarkan Kajian Gaji Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2012, kenaikan gaji purata bukan eksekutif di sektor swasta pada tahun lalu ialah 5.37 peratus. Kenaikan tertinggi “Ia (kenaikan tahun ini) adalah yang tertinggi pernah dicatatkan MEF melalui kajian yang dilakukan sejak 10 tahun lalu. Kaji selidik itu berdasarkan data yang dikumpul daripada 214 syarikat responden. Azman berkata, kakitangan eksekutif dijangka menerima unjuran kenaikan gaji lebih tinggi sebanyak 6.44 peratus pada tahun hadapan berbanding tahun ini. “Bagi bukan eksekutif, unjuran kenaikan gaji dijangka meningkat kepada 6.55 peratus tahun hadapan berbanding tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Unjuran bonus Beliau berkata, tahun depan, unjuran bonus purata bagi eksekutif adalah 2.2 bulan, lebih rendah daripada 2.42 bulan tahun ini, manakala bagi bukan eksekutif ia lebih tinggi iaitu 2.02 bulan pada 2013 berbanding 1.96 bulan tahun ini. “Kami mendapati hanya 87.8 peratus daripada syarikat responden memberikan bonus kepada sama ada semua atau eksekutif tertentu pada 2012, lebih tinggi berbanding 82.4 peratus tahun lalu, manakala 89.7 peratus bukan eksekutif diberi bonus pada 2012 berbanding 81.9 peratus pada 2011,” katanya. Ia (kenaikan tahun ini) adalah yang tertinggi pernah dicatatkan MEF melalui kajian yang dilakukan sejak 10 tahun lalu” Azman Shah Harun Presiden Persekutuan MajikanMajikan Malaysia (MEF) Abdullah (tengah) bersalaman dengan penceramah, Prof Dr Edmund Terence Gomes sambil diperhatikan Felo kanan Ideas, Anis Yusal Yusoff (kanan) pada majlis penutup ‘Menghapuskan Rasuah: Dimanakah Kejayaan Kita?', semalam. [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Sistem kehakiman tangani rasuah Kuala Lumpur: Sistem kehakiman negara perlu dihormati dan ditingkatkan kemampuannya jika negara mahu rasuah dibendung secara berkesan. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh besar bagi membendung masalah rasuah kerana hanya sistem kehakiman mempunyai keupayaan tinggi mampu menangani masalah itu. “Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang besar dalam menangani isu rasuah. Sekiranya sistem kehakiman dapat dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan hukuman) akan dipandang tinggi masyarakat,” katanya ketika menutup forum ‘Menghapuskan Rasuah: Dimanakah Kejayaan Kita?' Anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), semalam. Pada sidang media kemudian, beliau berkata sistem tadbir urus kehakiman perlu sentiasa diperbaiki dan ditambah baik agar ia sentiasa dipandang tinggi sebagai badan berintegriti. Perlu sentiasa diperbaiki “Kita tidak boleh kata ‘our governance is the best' (tadbir urus kita terbaik), kita perlu sentiasa perbaiki dan terus tambah baik dan pada pandangan saya ia perlu diperbaiki lagi,” katanya. Sementara itu, ahli panel yang juga pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar, pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays ia (SPRM) perlu dimantapkan termasuk pegawai yang fasih berbahasa Inggeris bagi memudahkan memperolehi maklumat kes berprofil tinggi. “Dalam kebanyakan kes ketika ini, nilai rasuah diterima atau diberi membabitkan puluhan mahupun ratusan ringgit dan jarang sekali berjumlah puluhan ribu atau jutaan ringgit,” katanya. Penempatan semula pekerja perlu fleksibel Kuantan: Penambahan kakitangan awam perlu dilakukan mengikut keperluan kekosongan dengan keutamaan diberi kepada sektor pendidikan dan keselamatan yang sentiasa memerlukan kakitangan tambahan. PresidenCUEPACS, DatukOmarOsman, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula perlu lebih fleksibel dalam menentukan penempatan semula kakitangan awam supaya tidak perlu mewujudkan jawatan baru serta menambah petugas dalam sektor awam. Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga turut menyuarakan perkara itu baru-baru ini. “CUEPACS setuju saranan Ketua Setiausaha Negara kerana ia satu lagi transformasi dilakukan kerajaan dalam memantapkan anggota penjawat awam dari segi kualiti dan kuantiti. “Justeru, penambahan jawatan baru rasanya tidak perlu, sebaliknya JPA mungkin boleh menimbang meletakkan pegawai sedia ada melakukan kerja tambahan melalui proses penyusunan semula dalam sektor atau jabatan yang terbabit,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Kualiti dan Inovasi 2012 di Universiti Malaysia Pahang, semalam. Ali sebelum ini berkata, kerajaan menunggu Suruhanjaya Khas (Mengkaji Transfromasi Perkhidmatan Awam) mengemukakan laporan sebelum 31 Disember ini untuk memperbaiki perkhidmatan awam secara keseluruhan. Katanya, jumlah penjawat awam kini seramai 1.4 juta dilihat mencukupi dan jumlah itu tidak perlu ditambah lagi, sebaliknya JPA lebih fleksibel dari segi penempatan semula. Jeriji mudah buka di setiap unit rumah baru Arau: Pemasangan jeriji besi mudah dibuka (openable grill) yang mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat wajar dijadikan satu kemestian bagi setiap unit rumah baru yang dibina. Ia penting untuk memastikan jeriji dipasang bukan saja mampu mengelak kecurian, tetapi pada masa sama tidak menjadi perangkap maut kepada pemilik rumah ketika berlaku kecemasan. Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata penggunaan jeriji yang menepati spesifikasi perlu dijadikan satu kemestian, terutama selepas mengambil kira statistik kes kematian akibat kebakaran yang berlaku. Katanya setiap tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 2,000 hingga 3,000 kes kebakaran kediaman persendirian dan dari jumlah itu 100 nyawa terkorban sebahagiannya akibat terperangkap dengan jeriji.
Penyair Perak, Chai Loon Guan, tampil denganWarkah Buat Rohingya yang menurutnya dihasilkan khas bagi acara terbabit, selepas mendapat ilham daripada penganiayaan yang berlaku terhadap warganegara tanpa negara. Antara desingan peluru dan ledakan bom Ada ceritera, pembunuhan, penganiayaan berkampung di tanahmu Ada sandiwara kebuluran, kema tian berkhemah di bumimu Rohingya, kemanusiaan kian kian terkubur tanpa nesan Rohingya, kebebasan kian berku rung tanpa penjara Rohingya masih duka, Rohingya masih luka, Rohingya masih ber darah. Seorang lagi penyair Perak, Ghazali Din, membawa kelainan pada program itu ketika beraksi di pentas bersama-sama dua pelajar dari Korea, MunHa Eun dan Kwon Sol Yi, dengan mendeklamasikan puisinya, Air Mata Rohingya secara dwibahasa. Tidak kami tinggalkan daerah perasaan menjauh Kerana mendekatkan ingatan kepada tragedi air mata Kukenalmu Rohingya dari mata jiwa Sebenarnya hati kita sa masama ter luka Sama sama terasa pe ritnya kehi dupan tanpa kasihan. P e n g e r u s i Tetap PENA, Dr IbrahimGhaffar, tampil dengan Rohingya: Warga Negara Aksara yang menyatakan simpati penyair kepada nasib yang m e n i m p a m a s y a r a k a t R o h i n g y a yang dinafikan hak mereka sebagai warganegara. Myanmar; Sejarah telah menjadi dewa bungkam Bila Rakyat Rakhinememaknakan aksam dendam Dan PBB, OIC bagai dibadai teng gelam Ketika pelarian Islam Rohingya tercela Sebagai umat; Warga tidak punya negara Sedang pesisir tetangga, Bangla desh mengusir mereka. Turut tampil di pentas pada malam itu ialah Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr AhmadKamalAbdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala dengan Mata Gaza Dengan Rohingya dan Pemimpin yang Bungkam. Selain deklamasi puisi, program itu turut diserikan dengan pelancaran Antologi Puisi Kema nusiaan III Api dan Air Mata Rohingya yang menghimpunkan lebih 240 puisi pelajar UPSI dan penyair jemputan. Penyelenggara buku terbabit, Dr A Halim Ali, berkata proses pengumpulan puisi yang dihasilkan itu mengambil masa selama sebulan untuk diselenggarakan bagi memastikan kesesuaian untuk antologi terbabit. “Antologi terbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia ini dijual pada harga RM20 dan RM8 daripada jumlah itu akan disumbangkan ke tabung bantuan masyarakat Rohingya sebagai tanda s u m b a n g a n pembeli kepada mereka,” katanya. Selain daripada Program Gema Puisi Ro hingya, promosi jualan antologi berkenaan dan kutipan s u m b a n g a n d i s ek i t a r kampus UPSI akan turut diadakan dalam masa beberapa minggu akan datang untuk meningkatkan jumlah kutipan. SASTERA ≥ 37 27 NOVEMBER 2012 − SELASA Antologi terbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia ini dijual pada harga RM20 dan RM8 daripada jumlah itu akan disumbangkan ke tabung bantuan masyarakat Rohingya sebagai tanda sumbangan pembeli kepada mereka” Dr A Halim Ali Penyelenggara buku Antologi Puisi Kemanusiaan IIIAPi dan Air Mata Rohingya Laman sesawang Shelf Awareness di alamat www.shelf-awareness. com menyorot kerja pemulihan kedai buku di Amerika Syarikat yang terjejas teruk akibat Taufan Sandy yang melanda beberapa kawasan negara itu. Sejumlah kedai buku di laluan taufan itu dilaporkan kini hampir berada pada tahap biasa, walaupun sesetengahnya masih belummendapat bekalan tenaga dan terpaksa melakukan kerja pembersihan yang banyak. Pemilik bersamaBank Square Books, Annie Philbrick, berkata beliau berharap kerja pembersihan berikutan Taufan Sandy berjalan lancar dan kedai bukunya dijangka dapat dibuka semula dalam masa beberapa hari lagi. “Kami memiliki insurans, namun ia tidak dapat membiayai kerugian besar yang terpaksa kami tanggung ak ibat keh i langan pelanggan harian. Kami juga berharap bantuan menerusi PayPal oleh orang ramai dapat dilakukan di laman sesawang kedai buku kami,” katanya dalam laman sesawang terbabit. Laman sesawang terbabit turut melaporkan, PowerHouse Books di Brooklyn terjejas akibat banjir selepas dilanda Taufan Sandy, namun dibuka semula selepas enam hari walaupun banyak kerja membaik pulih masih perlu dilaksanakan. “Kedai buku ini banjir dalam masa 20 minit selepas dilanda Taufan Sandy dan berkesudahan dengan tingkap bangunan pecah dan banyak produk yang rosak. Kerosakan dianggarkan bernilai $10,000 (RM30,600) dan PowerHouse tidak memiliki insurans banjir. “Kami masih membersihkan kedai dan perlu membeli meja pameran serta rak buku lain bagi menggantikan yang rosak ketika banjir. Kami akan mengadakan program kutipan dana menerusi sesi bersama pengarang ternama, selain saluran bantuan menerusi laman sesawang kedai buku,” menurut laporan laman sesawang terbabit. Selain itu, menurut laman sesawang terbabit, Kedai Watchung Booksellers di belum mendapat bekalan tenaga, walaupunmereka sudah mula membuka kedai setiap hari dan berharap masyarakat dapatmemberi sokongan kepada mereka. Pejabat American Booksellers Foundation for Free Expression (ABFFE) pula dilaporkan tidak terjejas, walaupunbangunannya ditenggelami air sedalam empat kaki, tetapi beberapa peralatannya rosak dalamkejadian itu. Kedai Books of Wonder pula dilaporkan menjalankan kempen bagi mengutip dana menerusi laman sesawangnya dan berharap orang ramai akan memberi sokongan dengan turut menyebarkanmaklumatmengenai kempen itu. Kedai buku terjejas teruk kesan Taufan Sandy Montclair masih SASTERA.COM Kapten Abdul Rahman Mohd Tahir (kiri) dan MF Rahimi pada Ratib Awal Muharam yang diadakan di Rumah GAPENA. Kerja pemulihan yang dijalankan di kedai buku PowerHouse Books selepas dilanda Taufan Sandy. A n n i e P h i l b r i c k ( k a n a n ) .
27 NOVEMBER 2012 − SELASA SUKAN 51 PM tuntut Harimau bangkit Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal faham dengan kekecewaan penyokong selepas kalah kepada Singapura pada perlawanan pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Pera saan kekecewaan penyokong itu difahami Rajagobal selepasmenyaksikan sendiri bagaimana kumpulan penyokongUltras Malaya menunjukkan kekecewaan mereka ketika bas pasukan bertolak dari perkarangan stadium. Nyanyian “Rajagobal, apa kau dah buat” oleh Ultras Malaya yang tidak puas hati dengan aksi hambar skuad kebangsaan mendorong jurulatih untuk membuktikan sebaliknya apabila bertemu Laos esok. “Saya sedarmereka (penyokong) kecewa apabila kita kalah di tempat sendiri, saya juga kecewa apabila hakikatnya kita berpeluang memenangi perlawanan berkenaan. “Namun kita tidak boleh terus berputus asa ketika kejohanan masih di peringkat awal. Saya yakin pemainmampu bangkit pada baki dua perlawanan seterusnya. Lagipun, pemain pernah berdepan situasi ini dan mereka mampu mengulanginya,” kata Rajagobal. Buat perubahan Menurut Rajagobal, punca utama kekalahan anak buahnya adalah kerana faktor pengalaman pemain Singapura yang bijak mengambil kesempatan setiap kali pemain negara melakukan kesilapan. Bagaimanapun Rajagobal yakin, skuad terbaik pilihannya masih bersemangat tinggi untuk menebus kekecewaan berkenaan dan menjelang pertemuan kedua dengan Laos esok, dia bakal melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya. “Tempoh sehari dua ini saya akan nilai semula kesebelasan utama kita dan mungkin akan melakukan beberapa perubahan,” kata Rajagobal. “Ada beberapa aspek positif yang dapat kita lihat daripada perlawanan semalam (kelmarin). Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) mahu skuad Harimau Malaya bangkit danmencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala Suzuki AFF 2012. Beliau berkata, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam kelmarin perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang. Bangkit semula “Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu HarimauMalaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya,” katanya di laman Twitter beliau semalam. Malaysia terpaksa menelan kepahitan selepas diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos esok sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia Sabtu ini. penyokong yang datang ke stadium kerana mengecewakan mereka,” katanya. Rajagobal dalam sidang media selepas kekalahan memalukan kepada Singapura 3-0 malam kelmarin menyalahkan Khairul Fahmi kerana kegagalanpenjaga gol itumenumbuk bola keluar dengan kemas hingga membolehkan kapten Singapura, Shahril Ishak menjaringkan gol kedua Singapura. Gol mudah itu disifatkan pengendali Harimau Malaya itu memberi kesan kepada moral dan semangat kepada pasukan yang hilang arah serta kawalan permainan selepas itu. 16 TAHUN usia kejohanan serantau yang pertama kali dianjurkan pada 1996 2 PASUKAN layak ke pusingan akhir (Myanmar dan Laos) Kita tidak boleh terus berputus asa ketika kejohanan masih di peringkat awal. Saya yakin pemain mampu bangkit” Datuk K Rajagobal, Jurulatih Harimau Malaya Semua orang kecewa, saya lagi kecewa: Rajagobal P M S K J B MT P M S K J B MT Singapura 1 1 0 0 3 0 3 Indonesia 1 0 1 0 2 2 1 Laos 1 0 1 0 2 2 1 Malaysia 1 0 0 1 0 3 0 Thailand 1 1 0 0 2 1 3 Vietnam 1 0 1 0 1 1 1 Myanmar 1 0 1 0 1 1 1 Filipina 1 0 0 0 1 2 0 KUMPULAN B KUMPULAN A
SELASA 27 NOVEMBER 2012 10 NASIONAL Pelajar disamun lelaki Arab » Mangsa parah bergelut dalam perjalanan ke universiti Oleh Hardi Effendi Yaacob hardi@bharian.com.my Kuala Lumpur S eorang pelajar perempuan Malaysia cedera disamun sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke Universiti Yarmouk, Irbit, kirakira 70 kilometer dari Amman, Jordan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu tempatan itu, Nabilah Yaakob, 21, pelajar Tahun Empat Ijazah Pergigian di Universiti Sains dan Teknologi Jordan bersama enam rakan sekuliah dikatakan berjalan dari rumah sewamereka untuk menghadiri program di Rumah Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di universiti berkenaan. Ketika melalui lorong sunyi tidak jauh dari universiti itu, GLC, NGO digesa bantu Skuad Sayang Mungkin suspek sudah lama memantau pergerakan mereka kerana mangsa dan rakan selalu berulang-alik menggunakan jalan pintas itu yang menghubungkan rumah sewa mereka dan Universiti Yarmouk” Ahmad Kailani Zahari, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan mereka dihampiri sekumpulan lelaki Arab yang kemudian meminta barangan berharga milik mangsa. Difahamkan, pelajar terbabit enggan mengikut arahan itu menyebabkan seorang suspek mengeluarkan pisau dan cuba merampas beg tangan mangsa sebelum berlaku pergelutan. Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ), Ahmad Kailani Zahari, ketika dihubungi, berkata dalam pergelutan itu, mangsa cedera pada tangan dipercayai terkena libasan pisau ketika suspek cuba merampas beg tangannya. Mangsa diekori “Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dan rakannya diekori dari rumah sewamereka sebelum disamun sebaik tiba di lorong itu. “Mungkin suspek sudah lama memantau pergerakan mereka kerana mangsa dan rakannya selalu berulang-alik menggunakan jalan pintas itu yang menghubungkan rumah sewa dan Universiti Yarmouk,” katanya. Ahmad Kailani berkata, mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran oleh rakan yang berada di tempat kejadian dan kini dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian berkenaan. “Kedutaan Malaysia sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui Education Malaysia (MSD) dan satu laporan polis turut dibuat. “Polis Jordan menunggu mangsa pulih untuk merekod keterangannya bagi membantu siasatan, termasuk mengenal pasti suspek,” katanya. Ahmad Kailani berkata, kejadian itu sebahagian daripada kes jenayah ke atas pelajar Malaysia di Jordan, selain serangan seksual, pecah rumah, langgar lari, cubaan culik dan ugutan. 70 kes “Lebih 70 kes jenayah membabitkan pelajar kita di Jordan dalam tempoh lapan bulan saya dilantik Presiden MPMMJ dengan sebahagian besarnya kes serangan seksual. “Ini perlu diberikan perhatian serius kerana membabitkan isu keselamatan pelajar kita di sini,” katanya. Lebih 3,000 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di enam universiti di Jordan dalam bidang perubatan, pergigian, perundangan syariah, pengajian Islam, bahasa Arab dan ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta berganding bahu dalam program kebajikan Skuad Sayang Plus 1Malaysia bagi membantu rakyat memerlukan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kerjasama itu juga membolehkan bantuan dan kemudahan disalurkan dengan lebih berkesan selain menjadi antara anjakan paradigma dalam perjuangan Wanita UMNO. “Komitmen Skuad Sayang melaksanakan kerjasama strategik dengan GLC, NGO dan pelajar universiti menjayakan program kebajikan adalah tepat bagi memastikan bantuan lebih terjamin. Kesedaran diperluaskan “Kita yakin jika kesedaran itu diperluaskan dengan sokongan ramai, lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan dapat menikmati pelbagai bantuan dan kemudahan,” katanya berucap melancarkan Skuad Sayang Plus 1Malaysia di PWTC, malam tadi. Turut hadir Ketua Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Jalil. Skuad Sayang yang ditubuhkan pada 2009 bermatlamat membantu usaha UMNO memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan terjamin dalam semua bidang termasuk sosial dan ekonomi, manakala Skuad Sayang Plus 1Malaysia pula diperluaskan dengan pembabitan GLC, NGO dan pelajar universiti. Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang turut memuji usaha skuad pimpinan Shahrizat yang tidak jemu berbakti dan sangat proaktif menghulurkan bantuan kemanusiaan serta kebajikan kepada golongan memerlukan. “Saya yakin dengan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan, Wanita Barisan Nasional (BN) bukan saja dapat menjamin pembelaan ke atas masyarakat, malah perjuangan parti akan sentiasa mendapat tempat dalam hati mereka,” katanya. Rosmah melancarkan Skuad Sayang Plus 1Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Bukit Kayu Hitam: Seorang lelaki meraih pendapatan sehingga RM200 sehari dengan hanya bekerja sebagai runner bagi sindiket penyeludupan petrol subsidi di negeri ini. Lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan dibayar upah RM50 bagi setiap perjalanan sejauh kira-kira 55 kilometer dari Alor Setar ke stor haram di kawasan sempadan di sini, dengan memandu kereta yang sarat muatan petrol. Kegiatan lelaki itu terbongkar selepas dia ditahan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bersama kereta jenis Proton Perdana yang sarat dengan kira-kira 1,000 liter petrol dipercayai untuk dihantar ke stor transit haram milik sindiket. Komander UPP Kedah, Abd Latif Abd Rahman, ketika ditemui mengesahkan penahanan lelaki tempatan itu dalam serbuan di sini, jam 10.30 pagi semalam. “Kita temui dua tangki masing-masing di dalam but dan tempat duduk penumpang belakang kereta itu dengan jumlah petrol keseluruhan dianggar mencecah 1,000 liter. Dilengkapi saluran paip getah “Malah, pemeriksaan lanjut mendapati tangki terbabit turut dilengkapi saluran paip getah dipercayai bertujuan memudahkan pengisian petrol di stesen minyak dalam jumlah yang banyak,” katanya. Mengulas modus operandi digunakan, katanya, sindiket terbabit dipercayai mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan beberapa individu berbeza bagi setiap tugasan penyeludupan. “Siasatan mendapati petrol subsidi dikumpul individu berbeza sedikit demi sedikit di beberapa stesen minyak sekitar Alor Setar, sebelum kereta yang sarat dengan muatan bahan api itu diserahkan kepada suspek berusia 31 tahun untuk dihantar ke stor transit di sini. “Petrol RM1,800 itu dirampas dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah untuk tindakan,” katanya. ‘Runner' seludup petrol subsidi ditahan Anggota Unit Pencegah Penyeludupan menunjukkan tangki minyak tambahan di tempat duduk belakang sebuah kereta mengandungi 1,000 liter petrol yang cuba diseludup di Bukit Kayu Hitam, semalam. [FOTO RAHMAT OTHMAN/BH]
Dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M'sia) Bhd. (4485-H), 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. Loji Daerah - No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor; Lot 322 & 323, Kawasan Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang; Lot PLO 2 & 3, Kawasan Perindustrian Senai, 81400 Senai, Johor; Lot PT 5319, Kawasan Perindustrian Ajil, 21800 Hulu Terengganu, Terengganu. 1234. Jadual Perlawanan VIETNAM MLN FILIPINA Std Rajamangala, 6.30ptg INDONESIA MLN SINGAPURA Std Nasional Bkt Jalil, 6.30ptg CHELSEA MLN FULHAM Stamford Bridge, 3.45PG EVERTON MLN ARSENAL Goodison Park, 3.45PG STOKE MLN NEWCASTLE Std Britannia, 3.45PG SWANSEA MLN WEST BROM Std Liberty, 3.45PG MAN UTD MLN WEST HAM Old Trafford, 4PG WIGAN MLN MAN CITY Std DW, 4PG SOUTHAMPTON MLN NORWICH St. Mary's, 3.45PG TOTTENHAM MLN LIVERPOOL White Hart Lane, 3.45PG MYANMAR MLN THAILAND Std Rajamangala, 9.20mlm MALAYSIA MLN LAOS Std Nasional Bkt Jalil, 8.45mlm Pemain negara kembali berlatih semalam menjelang cabaran menentang Laos, esok. − SELASA 27 NOVEMBER 2012 − TEL: 1-300-22-6787 − FAKS 03-20567081/82 SUKAN » Messi kian hampiri rekod Mueller Sukan 43 bhsukan@bharian.com.my ESOK AWAL PAGI KHAMIS HARI INI Liga Perdana Inggeris 2012/13 Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bharian.com.my l Kuala Lumpur B ekas pemain negara, Khalid Ali (kiri) mengakui malu dan tidak tahu mana mahu letak muka selepas kekalahan Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kepada pasukan jiran, Singapura, malam kelmarin. “Jika dulu apabila saya turun melawan Singapura, saya cukup semangat untuk menang tetapi apa yang diperagakan skuad kebangsaan semalam (kelmarin), saya cukup malu. Tetapi saya tidak tahu Rajagobal atau anak buahnya ada perasaan itu atau tidak?,” soalnya semalam. Walaupunmenganggappersembahan Safiq Rahim dan rakannya bukan prestasi sebenar yang ada pada skuad Harimau Malaya, namun aksi longlai ditunjukkan setiap posisi jelas sukar diterima olehnya dan penyokong setia. Lari tanpa tujuan “Singapura juga banyak melakukan kesilapan tetapi kita bermain tidak seperti diharapkan kerana kebanyakan pemain hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan. Bermain bola sepak bukan hanya berlari dan tahu menyepak bola tetapi kita juga perlu ada strategi. “Jelas, skuad kebangsaan kita sudah mundur dan jangan terus bagi alasan. Sudah cukup segala eksperimen kerana kita sudah lihat hasilnya,” tambahnya. Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain bukan mereka yang layak mewakili pasukan. Raja silap “Di situ dia (Rajagobal) mungkin tersilap. Pasukan kebangsaan bukan hanya untuk pemain yang bawah 25 tahun kerana pemain yang berusia seperti Amri (Yahyah) dan Hairuddin Omar juga layak untuk mewakili negara sekiranya mereka berada di tahap terbaik ketika aksi Liga Malaysia. “Saya rasa mereka layak untuk disenaraikan dan berupaya untuk beraksi baik. Sebagai contoh, Aleksender Duric yang berusia 42 masih mampu menjaringkan gol buat Singapura,” katanya yang masih menaruh harapan melihat kebangkitan Harimau Malaya. KUMPULAN A KUMPULAN B Harimau jadi kucing! » Khalid malu skuad kebangsaan tiada hati dan semangat juang tinggi
13 27 NOVEMBER 2012 SELASA Peter Schmeichel Courts Brand Ambassador LED LED LED
Pihak pengurusan Environment Idaman mengalami kesulitan akibat tong sampah dirosakkan dan dicuri mereka yang tidak bertanggungjawab. PLUS Malaysia Bhd memperkenalkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) untuk memberi bantuan kepada pengguna lebuh raya PLUS yang mengalami kerosakan kenderaan. Adakah khidmat seperti itu wajar dibuat di laluan lain bagi mengelak pengguna ditipu trak penunda haram dan bengkel mengenakan caj melampau? Mengapa sampah di kebanyakankawasandi bandar raya Alor Setar lambat diangkut. Apakah langkah untuk mengatasinya. Zanariah Ahmad Alor Setar, Kedah Perkhidmatan mengutip sampah yang kami kendalikan mengalami masalah akibat kerosakan dan kecurian 200 tong sampah bernilai kira-kira RM330,000 yang disediakan untuk penduduk. Ini menyebabkan sampah yang dibuang penduduk bertimbun dan bersepah. Pekerja kami terpaksa memasukkan sampah secara manual ke dalam lori sampah. Kebanyakan tong sampah yang dicuri itu jenis Leach Bin, iaitu tong sampah besi berkapasiti 1,110 liter. Pada awal Oktober lalu, kami menggantikan 200 tong sampah dicuri itu dengan tong baru berkapasiti 660 liter. Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, 43 unit tong sampah dibakar pihak tidak bertanggungjawab. Kami sudah membuat dua laporan polis supaya mereka yang tidak bertanggungjawab itu didakwa atas kesalahan merosakkan harta benda awam. Selain tong sampah berkapasiti 1,110 liter dan 660 liter, kami juga menyediakan 80,000 unit tong sampah beroda berkapasiti 120 liter di kawasan perumahan dan rumah kedai. Syarikat kami juga sudahmenyediakan 700 unit tong sampah berpusat di bandar raya Alor Setar. Kami berharap orang ramaimenyalurkan maklumat jika melihat perbuatan vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 04-7711320. Kami akan memberi ganjaran kepada pemberi maklumat jika mereka mengemukakan bukti bergambar bagi memudahkan pihak berkuasa menangkap pihak berkenaan. Saiful Anuar Zainal Ketua Eksekutif Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd Saya difahamkan KerajaanMelaka akanmembuka sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kuala Linggi. Mengapa kawasan itu yang dipilih. Zamani Hussein Alor Gajah, Melaka Kuala Linggi dipilih sebagai lokasi RTC Melaka kerana ia sesuai untuk memajukan nelayan dan petani. RTC bernilai RM4.6 juta itu akan disediakan di Pejabat Pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan memberi manfaat kepada lebih 400 nelayan dan petani NASIONAL≥ 33 27 NOVEMBER 2012 − SELASA Khidmat kutip sampah rugi tong sampah dicuri, rosak di kawasan itu. RTC yang menempatkan lapan blok di kawasan seluas 10 hektar itu juga menyediakan tempat latihan asas untuk nelayan dan petani bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Hasil laut tangkapan nelayan dan tanaman petani akan dipasarkan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Melaka dengan bantuan FAMA. Selain itu, LKIM menyediakan dua kursus asas untuk nelayan iaitu membaik pulih enjin dan bot bagi menjimatkan kos nelayan. Kita jugamerancangmewujudkan pasar nelayan bagi memasarkan ikan segar hasil tangkapan nelayan atau yang diimport dari Indonesia untuk dijual di sini. RTC itu menempatkan agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian, Klinik 1Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Air Melaka Bhd dan Tenaga Nasional Bhd. Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka Khir Fikry Dzulkifli - Ye benda nie patut disediakan James Daransun Ginaung - perlu... dan wajib.... AbdRahman Mohamed - Ya sangat wajar.... Muhammad Anas Husin Omar - Bagus.. memudahkan lagi urusan.. Muhammad Zahrin Zaily Yahya - Halamakkk terbaik lahhhh Putera Sejagat - Dlm masa yg sama akan wujudlah satu rantaian yg mengambil kesempatan utk menipu pengguna. Maka berhati2 dgn pelbagai taktik dan cara penipuan yg sungguh bijaksana. Pihak berkuasa perlu membuat pemantuan dan tindakan pantas menghindari gejala ini. Azizan Hj Shariff Izan - Setuju sangat Siti Sharima - make sure bengkel bergerak ini lengkap kemudahannya.. jangan nanti - patut di laluan jalan yg sesak dgn kenderaan, bengkel penipu dgn ejen insuran ni patut kena sebat je Pokok Rambutan Besi - plus pun mgenakan harga yg tak masuk akal gak, bayangkan tiub motor je RM45..gile ke ape mahalnye tu.. Abdul Mujib Mohd Ali - Saya tidak bersetuju kerana bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab dikhuatiri akan mengambil kesempatan dan menyalahgunakan perkhidmatan ini. Noremy Samat Baru terfikir ke.. patutnya dh lama implement benda ni.. Kerabat ((oio)) Chieko- Nntik orang PLUS banyak la dapat duit tepi Din Norhajar - suka hati la nak wat cam ne pun.. pengguna kenderaan patutnya membuat pemeriksaan kenderaan sebelum berjalan jauh.. kecuali la kes secara tiba2 aje kenderaan rosak.. RTC majukan nelayan, petani Kuala Linggi MuhammadNoor Ishakmeminta kerjasa ma orang ramai mengesan Azmi Mat Lazim (gambar), yang terpisah dengan anaknya sejak 14 tahun lalu. Usaha me ngesan Azmi yang berasal dari Alor Setar, Kedah di rumah lamanya, gagal kerana beliau sudah berpindah. Azmi sebelum ini dikatakan tinggal di Taman Sempadan Parit Buntar, Perak. Ayah dan anak terpisah 14 tahun Khidmat Orang ramai yang ingin mencari kena lan lama, keluarga yang terpisah, agensi penguat kuasa yang ingin mencari saksi bagi penyelesaian kes dan perkara yang berkaitan dengannya supaya menghantar maklumat menerusi e-mel kepada suarakomuniti @bharian. com.my. Orang ramai yang mengenali Azmi dan mengetahui maklumat mengenainya dimintamenghubungi MuhammadNoor di talian 0124809154. spanar pun xde ;) Mohd Akmal - setuju... tp tkut yg datang pn mcm haram jgk... Mohammad Nazrol - sure....tp lebihkan pd waktu malam Radzi Rahman Razie - Good serve.. jgn bwa org yg x tau nk rpair plak buat tmbh truk je. hati2 ngan sikap org Topi Kebal - stuju tp pihak plus perlu mengenakn cas perkhidmatan bpatutan.. Helmi - Depend on situation jugak...if Plus boleh kasi servis bagus and less time consumption it can be consider as one alternatif yg bagus.. maybe pngguna/ public face the problem in a rush...or climate yg x mnentu...this thing might come in handy. Umi Kalsom Mohamad - Setuju dan bagus Zam Zaghani- berhati2 Servis PLUS yg menyamar Mohd Hamidi A Latif Setuju sangat lah dan amat baik pada semua pengguna jln raya...
SELASA 27 NOVEMBER 2012 22 NASIONAL » Ketua pasukan Kelantan lawat mangsa tersepit mesin pemerah kelapa Dua suspek ragut guru kena tahan Mohan terima permohonan maaf Georgetown: Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan, A Mohan semalam menerima permohonan maaf dua pembantu peribadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yang diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi di sini. Penyelesaian terbabit dibuat berhubung saman fitnah yang difailkan Mohan ke atas M Satees, 27, dan M Amal Dass, 74, yang menuduhnya menerima RM1 juta sebagai penyelaras kawasan pada 3 September tahun lalu. Keputusan yang dilakukan secara persetujuan bersama itu direkodkan oleh Hakim GV Varghese Mohan diwakili peguam, Baljit Singh dan V Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam, S Murali. Tak berniat fitnah Dalam terma penyelesaian oleh Satees dan Amal Dass, mereka mengaku mengadakan sidang media pada 3 September 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy, Taman Supreme, dekat sini, dengan mengeluarkan kenyataan. Kedua-dua mengaku tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa jua cara, dan sehubungan itu, mereka memohon maaf sekiranya Mohan tersinggung. Keputusan permohonan Anwar ditetap 17 Disember Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 17 Disember depan bagi keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan oleh Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua pihak lagi. Pernyataan pembelaan itu berhubung kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM100 juta difailkan Anwar terhadap Nallakaruppan, UtusanMelayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan pada prosiding di sini semalam bahawa beliau memerlukan masa untuk meneliti hujahan kedua-dua belah pihak. Pada 26 Mac lalu, Anwar memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan kerana mendakwa Nallakaruppan mencemarkan nama baiknya melalui kenyataan disiarkan di muka depan Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu. Melalui writ saman dan pernyataan tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor bhkb@bharian.com Kota Bharu K etua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat penderit a an p em ina t ciliknya yang kehilangan tangan kiri selepas tersepit mesin pemerah kelapa dalam kejadian di Kok Lanas, di sini, 22 Oktober lalu. Semalam, Mohd Badhri yang lebih dikenali dengan panggilan Piya meluangkan masa selama setengah jam melawat Aisy Mirza Mahadi, 3, yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas diberitahu kanak-kanak malang itu terlalu meminatinya. Mohd Badhri berkata, hatinya tersentuh selepas mengetahui kejadian yang menimpa mangsa malah sebak apabila melihat sendiri penderitaan yang ditanggung kanakkanak itu. Doa cepat sembuh Selain sebak melihat penderitaan yang ditanggung Aisy Mirza, Mohd Badhri turut terharu kerana budak itu mengenali dan meminatinya malah menjadikannya sebagai idola bola sepak tempatan. “Saya sedih melihat keadaannya yang mana tangan dan badannya masih berbalut selain tidak dapat bayangkan penderitaan yang ditanggungnya. Perkara itu yang bermain di fikiran saya dan membuatkan saya sedih sebaik melihatnya. “Saya terharu dan tidak menyangka kanak-kanak sekecil ini boleh mengenali saya malah menjadikan saya sebagai idola. Saya percaya kanak-kanak ini seorang yang kuat dan saya doakannya cepat sembuh,” katanya. Pertemuan itu diusahakan cawangan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd di sini. Hadiahkan baju Pada lawatan itu, Mohd Badhri turut menghadiahkan dua baju bertulis ‘Ajihs Nasi Lemak 80 sen' kepada kanak-kanak berkenaan. BH 24 Oktober lalu melaporkan, isi lengan kiri Aisy Mirza terkeluar dan tulangnya hancur selepas tersepit mesin pemerah kelapa dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di kedai tempat ibunya bekerja di sebuah kedai ikan dan santan di Kok Lanas, di sini. Mersing:Duapemuda ditahan polis dalam tempoh 24 jam selepas mereka meragut seorang guru wanita di Jalan Haji Ariffin di sini pada Khamis lalu. Suspek berusia 21 dan 17 tahun itu dipercayai mengekori mangsa yang keluar dari sebuah kedai telekomunikasi di Pekan Endau sehingga ke Jalan Haji Ariffin, sebelum meragut beg tangan guru itu yang diletakkan dalam bakul motosikalnya. Mangsa berusia 44 tahun yang bertugas di Sekolah Agama Belukar Juling, Endau, cuba mengejar suspek yang melarikan diri ke arah Tanjung Gemuk, Rompin, sambil meminta bantuan orang ramai. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata susulan laporan diterima dan maklumat awam, polis melakukan dua serbuan di pekan Endau dan Tanjung Gemuk, Rompin. Jumpa motosikal curi “Hasil serbuan, suspek ditahan di sebuah kedai makan bersama sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang di Endau seminggu lalu. “Tangkapan dua suspek itu berjaya menemui semula barang yang dicuri termasuk dua telefon bimbit, beg tangan mangsa bersama dokumen peribadinya selain turut menyelesaikan empat lagi kes ragut di sini,” katanya. Mohd Nor berkata, dua suspek kini dalam tahanan reman untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan . “Ujian air kencing mendapati dua pemuda itu positif menggunakan dadah jenis syabu,” katanya. Mohd Nor Rasid (kiri) menunjukkan barangan milik mangsa yang ditemui selepas suspek ragut ditahan di Endau, semalam. [FOTO IKHWAN MUHAMMAD/BH] Mohd Badri menghadiahkan T-shirt yang tertera nama serta kedainya kepada Aisy Mirza yang amat meminatinya sambil diperhatikan ibunya, Nik Nur Aida Rozali, 26 di HRPZ II, Kota Bharu, semalam. [FOTO FATHIL ASRI/BH] Saya terharu dan tidak menyangka kanak-kanak sekecil ini boleh mengenali saya malah menjadikan saya sebagai idola” Mohd Badhri Radzi, Ketua pasukan Kelantan Sedih lihat penderitaan
K etika sekolah lain bising dengan bualan pelajar, Se kolah Menengah (SM) Pendi dikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17 di sini, sunyi sepi kerana kebanyakan penghuninya menggu nakan bahasa isyarat ketika berko munikasi. Sekolah khas ini sering menjadi tumpuan kerana pelajarnya dalam kalangan mereka yang pekak dan bisu serta kelainan upaya. Bagi pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan, Muhammad Faqih Mohamed Najmuddin, 17 (gambar), dia terpaksa mengguna kan kaedah menulis di atas kertas Oleh Norrasyidah Arshad upen@bharian.com.my Shah Alam̌ 27 NOvember 2012 − SeLASA nASionAl ≥ 29 Sifat terpuji itu perlu dilaksanakan secara konsisten dan menjadi budaya kerja harian" Jazmin Awang Urus Setia YaPEIM Pulau Pinang: Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), menganjurkan ceramah pengisian rohani dan motivasi kepada kakitangannya. IPPT USM dalam kenyataannya berkata, usaha murni itu bertujuan meningkatkan semangat serta kesungguhanmerekauntuk terus gigih bertugas. Ceramahbertemakansoal integriti memberi tumpuankepadakejujuran, ketelusan,kesempurnaandalammenjalankan amanah yang disampaikan Urus setia YaPEIM, Jazmin Awang. Jazmin berkata, sifat terpuji itu perlu dilaksanakan secara konsisten dan menjadi budaya kerja harian. “Ketuanan ilmu tanpa integriti sangatbahayakeranadikhuatiri akan menghasilkan‘penjenayahyangbijaksana' hingga memberi kesan negatif dalam setiap tugas yang diberikan. “Semua perlu muhasabah diri dan menilai peranan di tempat kerja masing-masingkeranapuncakemerosotan integriti dan memperbaikinya untuk kebaikan bersama,” katanya. » Buku nota, pen jadi teman setia pelajar SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ketika berhubung dengan rakan lain yang meng gunakan bahasa isya rat. Katanya, sebulan pertama berdepan dengan situasi ber kenaan, pen dan buku nota menjadi teman setia diusung ke manamana kerana menjadi perantaraan untuknya memahami isyarat golongan orang kelainan upaya (OKU). “Sebelum ini, saya belajar di seko lah normal. Bagaimanapun, atas kesedaran dan mahu memajukan diri, saya memohon belajar di seko lah khas. “Mulamula keadaan amat sukar untuk saya memahami cara pergau lan serta komunikasi rakan lain. Saya boleh bercakap normal tetapi YaPEIM, IPPT USM anjur ceramah motivasi diri Bahasa isyarat medium komunikasi mereka tidak berupaya bersembang secara lisan. “D i sebabka n keadaan itu, saya mengambil kepu tusan untuk bela jar bahasa isyarat,” katanya yang mem punyai masalah pembelajaran. Mohammad Faqih yang mengambil kursus Penyediaan Makanan berkata, kini selepas hampir setahun menjadi pelajar sekolah itu, dia mahir mengguna kan bahasa isyarat dan tidak perlu lagi membawa pen dan buku nota. “Kadangkadang, saya dan rakan sekelas yang tidak bisu dan pekak turut berkomunikasi dengan bahasa isyarat kerana penggunaan bahasa itu tidak mengganggu orang lain. “Saya tidak malu belajar di sini malah bangga kerana mempunyai kelebihan menggunakan bahasa isyarat yang bukan semua orang mampu mempelajarinya,” katanya. Tanggungjawabmendidik Hasrat mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang, menjadi teras perjuangan guru SMKV Shah Alam dalam melahirkan golongan kelainan upaya (OKU) yang mampu berdikari. Guru subjek Ekonomi Rumah Tangga, Norlina Mohd Rais, berkata dia pernah berasa putus asa dan ter tekan selepas dihantar mengajar di situ memandangkan langsung tidak pernah mengikuti kursus pendidi kan khas. “Bayangkan, ketika baru memu lakan kerjaya, saya berdepan dengan situasi ini. Bagi diri sendiri, saya mahu memberikan yang terbaik namun apabila mendapat pelajar OKU, semangat saya hilang. Berko munikasi pun bagai ayam dan itik. “Namun, atas rasa tanggung jawab saya bangkit bermula dengan mempelajari bahasa isyarat. Selepas lapan tahun, saya mampu menga jar mereka dengan sempurna dan bangga kerana berpeluang mendidik pelajar istimewa ini,” katanya. Sementara itu, bagi Ketua Guru Disiplin, Mohd Aznizan Jalil, berka ta kenakalan pelajar sekolah khas dengan sekolah lain sama dan per samaan itu mungkin disebabkan faktor usia. “Biarpun mereka tidak sempurna secara fizikal, tetapi emosi mereka sama. Taraf kenakalan mereka sama juga dengan pelajar lain. “Bagaimanapun, kami tetap men didik dan mengajar mereka sebaik mungkin supaya masingmasing mampu menjadi seperti pelajar normal lain. Kesabaran menjadi asas utama jika seseorang itu mahu mengajar di sini,” katanya. Pekerja IPPT bergambar kenangan bersama penceramah YaPEIM dan pegawai penerangan IPPT. info 216 pelajar 92 guru 4 Sekolah Pendidikan Khas Vokasional - Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang Kejayaan SMKV Shah Alam: Nurul Huda Manap - Kejohanan Paralimpik Kebangsaan 2001 - Atlit Bisu Pelajar SMV Shah Alam menerima Anugerah Khas Juri dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia ke-7 2012 di Seoul, Korea Selatan. Anugerah Majlis Kokurikulum Kebangsaan 2012 Anugerah Khas Juri Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Jalaludin Othman (kiri) dan Pengetua SM Pendidikan Khas Vokasional, Loo Huck Huang (kanan) menyampaikan Anugerah Khas kepada pelajar Nurul Fatin Izani Arbain (dua dari kiri) Devatarsini Maradaya (tengah) dan Tee Kai Yun pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2012 di Sekolah berkenaan baru-baru ini. Muhammad Faqih Mohamed Najmuddin
SELASA 27 NOVEMBER 2012 44 SUKAN Benitez diejek, Matteo dijulang Rodgers tetap puas Reds belum tewas London: Prestasi cemerlang Gareth Bale dan dua jaringan Jermain Defoe membantu Tottenham Hotspur menewaskan West Ham United 3-1 kelmarin bagi menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut kelab itu sebelum ini. Defoe membuka tirai jaringan pada minit ke-44 dengan Bale menambah jaringan pada minit ke58 sebelum Defoe menghasilkan jaringan keduanya bagi menambah sengsara West Ham. Andy Carroll menjaringkan gol sagu hati buat pasukan pelawat yang bakal berdepan Manchester City, Chelsea dan Liverpool dalam tiga perlawanan selepas ini. Kemenangan itu membawa pasukan kendalian Andre VillasBoas berada di atas West Ham dan Swansea City di tangga ketujuh, berkongsi mata dengan Arsenal. Perlawanan di White Hart Lane itu juga menyaksikan kepulangan semula pengadil, Mark Clattenburg yang dibebaskan dari tuduhan anti perkauman terhadap pemain Chelsea, John Obi Mikel. AFP » Penyokong Chelsea tak boleh terima bekas jurulatih Liverpool London R afael Benitez menjadi sasaran ejekan dan tohmahan peminat Chelsea selepas tugas rasminya sebagai pengurus baru kelab itu sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Manchester City di laman sendiri, kelmarin. Dilantik sebagai jurulatih pasukan secara sementara selepas Roberto Di Matteo dipecat, Benitez dilihat sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sebilangan peminat Chelsea kerana pernah menguruskan seteru utama, Liverpool suatu ketika dulu. Sokong Di Matteo Benitez diejek sebaik saja sepak mula di Stamford Bridge, tatkala peminat dalammasa sama melaungkan sokongan kepada Di Matteo termasuk memaparkan sepanduk mengandungi nama bekas pengurus dari Itali itu. “Saya boleh jamin saya kekal fokus kepada perlawanan, jadi saya tidak mendengar apa yang dikatakan penonton,” kata Benitez. “Jika pun mereka berkata sesuatu ataupun tidak, fokus utama adalah kepada pasukan. Saya tidak mendengar, dan hanya memberi tumpuan pada perlawanan. “Anda boleh melihat gerak tubuh saya ketika itu. Saya cuba memberi arahan kepada pemain, itu saja.” Pada perlawanan itu City seperti mensia-siakan peluang untuk merampas puncak kedudukan dari Manchester United yang menewaskan Queens Park Rangers 3-1, Sabtu lalu. Juara bertahan itu kini tercicir satu mata di belakang United, manakala Chelsea empat mata di belakang di tangga keempat selepas gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. Benitez menyenaraikan semula Fernando Torres, bekas anak buahnya di Liverpool dengan mengekalkan trio serangan Eden Hazard, Oscar dan Juan Mata namun pasukan pelawat dilihat lebih menyerlah. “Kami mempunyai lebih banyak peluang - saya jangkakan kami hilang dua mata,” kata jurulatih City, Roberto Mancini. “Kami menguasai perlawanan di babak pertama, tetapi separuh masa kedua tidak begitu. Tahun lalu kami kalah (2-1) dan tahun ini kami memperoleh satu mata.” AFP Swansea: Brendan Rodgers terpaksa menelan hakikat pemainnya melepaskan banyak peluang serta jaringan yang dibatalkan kerana ‘ofsaid,' dan meninggalkan selatan Wales itu dengan hanya memperoleh satu mata selepas terikat 0-0 dengan Swansea, di Stadium Liberty kelmarin. Liverpool nyaris berada di hadapandengan jaringanJoseEnrique pada separuh masa pertama namun ia dikategorikan ofsaid tatkala Luis Suarez, Glen Johnson dan Raheem Sterling hampir membantu Liverpool mencatat kemenangan. Belum tewas Rodgers yang menghabiskan dua musim di Stadium Liberty sebelum beralih arah ke Anfield pada musim panas berkata: “Ia adalah satu kepulangan penuh emosi. Saya bertemu ramai orang yang saya berkongsi masa indah bersama. Ia adalah satu tempat yang menarik untuk kembali. “Ia perlawanan sangat bagus. Kami bermain sangat baik dan mencipta peluang tetapi sukar untuk mendapatkan keputusan yang bagus di sini. Kami tidak bernasib baik dengan jaringan yang dikatakan ofsaid. Ia adalah satu gol, saya sudah menyaksikannya dalam ulang tayang. Namun, kami belum tewas dalam lapan perlawanan dan kami gembira dengan keputusan ini. “Falsafah Swansea melakukan yang terbaik di laman sendiri dan mereka mempunyai pemain yang sangat bagus bersama pasukan. Perbezaannya hanya dari sudut kualiti dan itu adalah satu perkara yang perlu dilihat oleh kami untuk terus meningkat dari semasa ke semasa. “Kamiperlumeningkatkankualiti serangan dalam masa terdekat ini. Suarez sangat menyinar dan sentiasa ancaman. Kami melakukan sembilan cubaan tepat kami perlu melakukan penyudahan.” Rodgers dalam masa sama turut memberi penghormatan kepada peminat Swansea. “Mereka menerima saya dengan hormat dan saya berterima kasih kepada mereka,” katanya. AFP Sepintas LONDON Gol Bale, Defoe julang Spurs Benitez (kiri) kelihatan tidak ceria apabila diejek penyokong Chelsea di belakangnya ketika aksi menentang Manchester City, kelmarin yang berkesudahan seri 0-0. Aksi pemain tengah Liverpool , Raheem Sterling (kiri) ketika menentang Swansea di S t a d i um L i b e r t y , kelmarin.
27 NOVEMBER 2012 SELASA 47 SUKAN Prestasi Negeri Sembilan luar biasa: Elves Seremban: Divaldo Elves percaya skuad Negeri Sembilan bimbingannya mempunyai ramuan untuk menyinar dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Keyakinan jurulatih dari Portugal itu berdasarkan komitmen dan semangat tinggi yang dipersembahkan pemain sejak tiga minggu mengendalikan latihan pasukan. “Setakat ini, program latihan berjalan lancar seperti dirancang dan prestasi pemain tampak luar biasa. Ini suatu perkembangan baik selaras dengan hasrat saya membentuk skuad mantap dalam misi melakar kejayaan cemerlang musim depan. “Latihan khas selama seminggu di Port Dickson baru-baru ini, juga memberi kesan positif dan kita merancang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bulan depan bagi menguji kombinasi pemain,” katanya semalam. Elves yang pernah membimbing kelab Indonesia, Persebaya FC berkata, pihaknya juga sedang menguji seorang pemain import dari Portugal yang beraksi di posisi pertahanan. “Belum ada kata putus lagi mengenai pemain import itu kerana pengurusan pasukan masih menilai prestasinya,” katanya. Butler masuk, tiga keluar » ‘Zairo, Faiz kejar imbuhan tinggi, Norfazly tukar angin ke Tentera' Oleh Zainuddin Muhammad bhsukan@bharian.com.my Kuala Terengganu R ancangan T-Team membentuk pasukan digerunimusim depan terjejas apabila tiga pemain tonggak – Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri dan Norfazly Alias – memilih meninggalkan pasukan selepas Peter Butler dilantik sebagai ketua jurulatih dan pengurus The Titans. Ketua Pegawai Eksekutif TTeam, Abdul Rasid Jusoh, bagaimanapun menegaskan tindakan trio terbabit bukan disebabkan mereka kurang sen an g d en g an t i n d a kan pengurusan pasukan melantik jurulatih berbangsa Inggeris itu mengendalikan dan menguruskan pasukan. “Zairo dan Faiz mengejar imbuhan kewangan yang lebih tinggi di Kelantan, manakala Norfazly yang diberi pilihan untuk kekal bersama T-Team memilih bertukar angin dengan menyertai finalis Piala Malaysia, Tentera. “Ketiga-tiga pemain itu sudah membuat keputusan untuk berpindah lebih awal sebelum kami melantik Butler,” katanya semalam. Ramai minat sertai Titans Abdul Rasid berkata, pemain lain seperti Rosdi Talib yang berpindah ke Terengganu, Fazly Shaari yang pulang ke Sime Darby FC, Syamsuri Mustaffa, Shahril Faisal dan Wan Alif Jasmi yang menyertai Sabah sudah digugurkan daripada pasukan. “Pengurusan lama T-Team tidak memperbaharui kontrak hampir separuh pemain dan pengguguran pemain selebihnya dilakukan di bawah pengurusan baru selepas 4 November lalu. “Tidak timbul soal pemain tidak menyukai Butler kerana jelas terbukti ramai pemain yang ingin bermain dengan The Titans apabila lebih 60 pemain datang untuk sesi pemilihan pasukan hampir dua minggu lalu,” katanya. T-Team juga melantik jurulatih kecergasan, Sebastian Knapic dan penjaga gol, Kondic Dadic, kedua-duanya dari Croatia. Kelantan makan angin sambil aksi Abdul Rasid (kanan) berbincang dengan Butler mengenai isu berbangkit mengenai T-Team ketika ini. [FOTO ZAINUDDIN MUHAMMAD] Kota Bharu: Skuad Kelantan malam tadi berlepas ke Australia untuk bercuti sempena kejayaan merangkul kejuaraan ‘treble' musim ini. Penasihat Persatuan Bola SepakKelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun bercuti tetapi dalam tempoh itu The Red Warriors (TRW) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab negara itu, Palm Beach FC, esok. “Kami ke Australia untuk membawa pemain bercuti, namun kita tidak mahu ke sana dengan hanya bercuti saja. Sebab itu kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Australia ini bagi membolehkan pemain mendapat pendedahan dan membawa pulang pengalaman di peringkat antarabangsa. Tingkat mutu pasukan “Kami juga akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan beberapa kelab lain termasuk dari Indonesia sebagai persediaan menjelang musim depan terutama menghadapi Piala AFC,” kata Annuar dalam laman sosialnya semalam. Sementara itu, kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi berkata, dia berharap dengan perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara mampu meningkatkan lagi mutu permainan TRW selaku pasukan gergasi bola sepak negara. “Semua pemain kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa dan kita perlu pengalaman itu demi menghadapi perlawanan membabitkan kejohanan di peringkat lebih tinggi seperti Piala AFC,” katanya selepas melawat seorang peminat cilik di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam. FAKTA NOMBOR 2 kali Kelantan muncul juara Piala Malaysia Piya (kanan) membawa Piala FA bersama Annuar sambil disambut ribuan penyokong The Red Warriors yang menunggu kepulangan pasukan kesayangan mereka yang memenangi piala itu buat kali pertama selepas menentang Sime Darby di Bukit Jalil, 20 Mei lalu. l
36 ≤ SASTERA − SELASA 27 NOVEMBER 2012 » Penyair tersohor dan pendatang baru berganding bahu kutip dana Sayembara Cerpen Twitter Sayembara Cerpen Twitter khusus untuk aktivis sastera yang giat berkaryadi laman sosial Twitter anjuran Komuniti Twitter Sastera (tSastera) kini dibuka kepada mereka yang berminat menyertainya. Cerpen perlu dihantar menerusi ‘tweet' ke @tSastera dan peserta bebas memilih tema dan cara paling mudah ialah peserta yang berminat hanya perlu menjadi pengikut tSastera dan kemudian menghantarkan karya kepada@tSasteramenerusi laman Twitter. Tiga cerpen terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM100untukhadiah tempat pertama, RM 80 (kedua) dan RM 50 (tempat ketiga). Maklumat lanjut e-melkan ke Sastera@gmail.com. dalam serba daif melimpah ruah pada ProgramGema Puisi Rohingya yang dijayakan penyair tersohor dan pendatang baru. Semua deklamator yang mengambil bahagian pada majlis di Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini, mengangkat persoalan kezaliman, penderitaan dan kemusnahan akibat perang, bertepatan dengan matlamat penganjuran program. Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI, Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, menghangatkan majlis apabila tampil di pentas dengan puisi, Mari Kita Belajar Dari Rohingya. Puisi yangmengisahkan kepentingan bersatu padu secara tidak langsungmemberi nasihat kepada khalayakmajlis itu agar nasib yang menimpa masyarakat Rohingya tidak berlaku di tempat lain, lebihlebih lagi negara ini. Mari Kita belajar dari Rohingya Bersatu teguh bercerai roboh Oleh Adli Shahar adli@bharian.com.my S impati khalayak kepada masyarakat Rohingya yang dinafikan hak kehidupan sebagai warganegara sehingga terpaksa hidup sebagai pelarian Program Membaca Setinggi Awan Program Membaca Setinggi Awan anjuranPTSMediaGroupdengan kerjasama Mahasiswa Fakulti Komunikasi dan PengajianMedia Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Menara Kuala Lumpur akan diadakan pada 30 November ini, jam 10 pagi. Ketua Unit Pemasaran PTS MediaGroup, Aizat Razak, berkata acaramembaca beramai-ramai di Menara Kuala Lumpur,ini pertamakali diadakan. “Sepanjang berlangsung acara itu, banyak aktiviti lain turut disediakan seperti Bazar Buku PTS, Fiesta Komik-M dan sesi beramah mesra dengan penulis termasuk penulis novel remaja, Ain Maisarah,” katanya. Program ini bertujuanmenyahut seruankerajaanuntukmemupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak dan pelajar. Pekan Frinjan Pekan Frinjan Edisi Ke-29 akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, pada 30 November ini, jam 5.00 petang dan orang ramai dijemput hadir. Antara penerbit buku yang mengambil bahagian dalam Pasar Buku ialah Lejen Press, Merpati Jingga + Fixi, Jargon Books, Sang Freud Press dan Distro Buku. Individu yang dijangka mengadakan persembahan ialah Orange In The Wood, Deanna Hussin, Moi Last Von, Iamneeta, Anna Band, Xtrotoyz dan Kolektif Zine Satu Malam, manakala maklumat lanjut hubungi Paan di talian 012 204 4557. Doa buat Rohingya Bersatu bertambah mutu Kita kuatkan kesatuan kita tebalkan perpaduan Pilih-pilih tempat menjadi Pertama teluk kedua pantai Pilih-pilih rakyat terpuji Pertama elok kedua pandai Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, ketika merasmikan program itu turut berdiri sebagai deklamator ketika berada di pentas dengan puisi, Api dan Air Mata Rohingya yang dipetik dari Antologi Puisi Kemanusiaan III - Api dan Air Mata Rohingya. Pedih tubuhmu dibakar api di sana Juga membakar tubuhku di dada puisi Darah kesakitanmu diseksa Masih mengalir dalam setiap diksi Dengarlah mantera jampi Melayu serumpun Diksi serapah dari perdu Nusantara Pedih dan luka jiwamu Kubebat dengan zik ir dan doa mahabbah. Ratib Awal Muharam anjuran Biro Kelab Penyair dan Deklamator Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) di Rumah GAPENA, Jalan Belfield, baru-baru ini, menyaksikan kehadiran sejumlah penyair terkenal tanah air. Setiausaha Kerja, Biro Kelab Penyair dan Deklamator Malaysia GAPENA, Norazimah Abu Bakar, berkatamajlis bersempena menyambut tahun baru kalendar Hijrah itu diisi dengan aktiviti berbentuk keagamaan. “Di samping mengingati kemunculan tahun baru Islam, peserta turut merasakan syukur dan insaf serta bertakwa ke atas kehadiran tahun baru. “Tanda kesyukuran ini diterjemahkan dengan aktiviti bacaan doa, tahlil dan berselawat. Tazkirah dan ceramah disampaikan oleh Kapten Abdul RahmanMohd Tahir, yang juga Johan Sayembara Hari Kebangsaanmewakili Angkatan Tentera Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. Majlis itu turut dihadiri Datuk DrAbdul Latiff AbuBakar, Tengku Alaudin TengkuAbdulMajid, Prof Madya Zainal Abidin Borhan, Hamzah Hamdani, Osman Abu Bakar, Abdul Aziz Mohd Ali dan Dr Mohamad Saleeh Rahamad. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahmad Sarju, Azmi Ismail, Mohamed Tarmizi Kassim, Silahudin Ahmad, Norazimah Abu Bakar, Rosmawani Ishak, Azamin Itam, MF Rahimi, Nora Alum dan Amran Ibrahim Rashidi. Ratib Awal Muharam Tanda kesyukuran ini diterjemahkan dengan aktiviti bacaan doa, tahlil dan berselawat. Tazkirah dan ceramah disampaikan oleh Kapten Abdul Rahman Mohd Tahir, yang juga Johan Sayembara Hari Kebangsaan” Norazimah Abu Bakar, Setiausaha Kerja, Biro Kelab Penyair dan Deklamator Malaysia GAPENA Antara pelajar yang hadir pada Program Malam Gema Puisi Rohingya. Pendeklamasi puisi, Ghazali Din (kiri) Mun Ha Eun (tengah) dan Yun Seungsik hadir membaca puisi pada Program Malam Gema Puisi Rohingya di Dewan Ungku Omar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI, Tanjung Malim. Datuk Dr Zakaria Kasa
SELASA 27 NOVEMBER 2012 48 SUKAN R@kan BH Walaupun Harimau ditewaskan oleh Singa kita harus bangga kerana kita memiliki Harimau Malaya bukan yang diimport. - [ACEKLIE:BHA32096] Itu baru 3-0, dulu 5-1 pun boleh jadi juara. Itulah taktikal namanya. Kita tengoklah nanti. Jangan gelabah beb. - [AMARAN:BHA33394] Banyak sangat eksperimen akhirnya Harimau Malaya jadi 'Harimau Malas Ya!'. Peluang memang masih ada tetapi jika tiada transformasi drastik, kita pasti kecewa. - [JOGOK656:BHA27332] Seperti dijangka. Janji kosong Raja ibarat menanti buah gugur. Kalau gagal mara selepas ini. Sila lepaskan jawatan anda secara terhormat. - [MARWAN88:BHA24522] Yopkidai, kita bukan ketandusan penyerang, tetapi tidak pandai pilih penyerang berkualiti. Kenapa tidak panggil Norfarhan, Manaf Mamat atau Josep Kalang? - [OPIEMANJA:BHA31249] Bola sepak Piala Suzuki AFF sudah terang dan jelas barisan yang ada sekarang tak mampu menjulang atau menaikkan martabat Harimau Malaya. - [KULI59:BHA35247] Saya cuma jangkakan kalah 1-0 atau seri? Komen jurulatih. Patutlah Malaysia tak menang, memang taknak menang. Bagus mentaliti ni, tahap antarabangsa! [KENPACHI81:BHA32509] Tahniah jurulatih Malaysia di atas kejayaan eksperimen anda. [KAUNSELOR:BHA18204] Mengikut laporan akhbar, tunggu bisa saya janji penyerang negara Safee Sali. Begitu juga penjaga gol, Khairul Fahmi, prestasi saya masih terbaik. Kini tiga gol gawang dirobek. - [NANBBU:BHA35351] Bila Harimau Malaya nak menang. Bukan perlawanan lagi ke atau Datuk Raja dok mimpi lagi ni. Jangan harap sejarah lalu berulang main dengan taktik , teknik yang sama. - [KINGKO:BHA18866] Shahril tekad ledak lagi Umur: 28 Tarikh Lahir: 23 Januari 1984 Tinggi: 1.73m Berat: 62 kg Posisi: Pemain tengah Pasukan: LIONS XII Garuda azam bangkit benam Singa Raja, Kimura guna pendekatan berbeza » Malaysia ‘dera' pemain, Laos lebih santai berlatih INFO Muhammad Shahril Ishak Kuala Lumpur: Kapten Singapura, Shahril Ishak bertekad untuk meledak lagi selepas menjaringkan dua gol ketika membantu pasukan memalukan tuan rumah Malaysia 3-0 dalam perlawanan pertama malam kelmarin. “Pada perlawanan tadi (kelmarin), saya sedikit berdebar namun selepas jaringan pertama, rasa itu hilang dan cukup membantu saya ketika menjaringkan gol kedua. Saya harap dapat menyumbat lagi gol untuk Singapura dalam perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan itu. Shahril bagaimanapun menegaskan kemenangan pasukan dalam perlawanan itu hasil kerjasama rakan sepasukan dan bukannya individu. “Soal kami bernasib baik kerana menang akibat kesilapan pemain Malaysia, saya tidak mahu komen. Tetapi, sebagai pemainkamihanya lakukan tugas sebaik mungkin untuk mencatat kemenangan. “Namun, kami akui tidak sangka menang sehingga 3-0. Tekad kami apabila turun hanya mahu menang tidak kira berapa jumlah jaringan kerana yang penting kami dapat tiga mata sebagai pembakar semangat untuk meneruskan saingan,” katanya. Kuala Lumpur: Kegagalan mengutip tiga mata penuh ketika seri 2-2 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin mahu segera dilupakan Indonesia yang berharap dapat bangkit mencatat kemenangan menentang Singapura, esok. Kapten Garuda, Bambang Pamungkas mengakui terkejut dengan peningkatan yang dipamerkan Laos dan menuntut rakan sepasukan supaya bangkit meraih mata maksimum bagi memastikan satu slot separuh akhir menjadi milik Indonesia. ‘Messi' turut kecewa “Laos bermain dengan baik. Mereka cukup berbeza dengan mengamalkan permainan pantas. Nyata keputusan seri ini satu perkhabaran kurang baik buat kami tetapi masih ada dua perlawanan selepas ini. “Kami perlu lupakan apa yang berlaku pada perlawanan ini (menentang Laos). Kami sudah bagi yang terbaik tetapi hanyamampu seri. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bangkit dan bermain bermati-matian dalam dua baki perlawanan,” kata Bambang selepas perlawanan kelmarin. Senada dengan Bambang adalah rakan sepasukannya, Andik Vermansyah yang terkenal dengan jolokan ‘Messi' Indonesia. “Kami hadapi perlawanan sukar pada aksi pertama. Daripada awal kami mendapat peluang tetapi gagal menjaringkan gol. Apa yang pasti, seluruh pasukan perlu tingkatkan usaha bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” kata Andik. Oleh Wan Fakhrul Bakar wanfakhrul@bharian.com.my Bangi P endekatan berbeza dilakukan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dan jurulatih Laos, Kokichi Kimura pada sesi latihan pasukan masing-masing, petang semalam menjelang pertembungan kedua Kumpulan B, malam esok. Rajagobal terus ‘mendera' barisan 21 pemainnya kecuali Norshahrul Idlan Talaha yang kurang sihat dengan latihan lebih sejam di padang Institut Penilaian Negara (INSPEN) biarpun dalam keadaan hujan. Sebaliknya, Kimura hanya mengendalikan latihan ringan selama 30 minit di padang Petronas Permata, kurang 2km dari INSPEN dan sesi latihan Laos lebih santai serta dalam suasana ceria selepas berjaya mengikat Indonesia 2-2, petang kelmarin. Tebus kekalahan 2010 Namun, Kimura, pengendali berusia 51 tahun dari Jepun tetap memberi amaran bahawa diamahu Laos meraih tiga mata penuh, malam esok bagi memastikan skuad Harimau Malaya terkeluar awal untuk slot ke separuh akhir. “Saya tahu Malaysia tewas 3-0 kepada Singapura tetapi perlawanan Rabu ini (esok) tetap sukar kerana pemain Malaysia memiliki kelebihan individu yang cukup baik dan mereka pasti beraksi 100 peratus kerana jika tewas lagi, mereka akan tersingkir. “Saya akan ubah sedikit taktikal dan mungkin beberapa pertukaran pemain, bergantung kepada latihan esok (hari ini). Apapun, saya harap kami akan menang ke atas Malaysia,” kata Kimura ketika ditemui selepas latihan, petang semalam. Pada edisi 2010, Laos tewas 5-1 kepada Malaysia pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Jaka Baring, Palembang ketika dibimbing David Booth, namun kini Kimura berkata: "Perlawanan kali ini cukup besar dan penting buat kami. Pemain akan tampil 110 peratus." Pasukan Laos menjalani latihan di Pusat Latihan Petronas, Bangi, semalam. [FOTO: HASRIYASYAH SABUDIN/BH] Shahril (kiri) meraikan jaringan gol pertama Singapura bersama rakan sepasukan, kelmarin.
SELASA 27 NOVEMBER 2012 12
27 NOVEMBER 2012 SELASA 9 NASIONAL MCA bantu pengusaha salun disaman Kota Bharu: MCA menawarkan khidmat guamanpercuma kepada pengusaha salun milik bukan Islam yang disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana menggunting rambut lelaki bukan Islam. Tawaran itu diberikan Presiden MCA, Datuk Seri DrChua Soi Lek bagi membantu pemilik salun dan juga kepada mana-mana salun yang menghadapi masalah sama. Setiausaha MCA Kelantan, Tan Ken Ten, berkata beliau membuat panggilan telefon terhadap Soi Lek bagi menerangkan kejadian itu dan Presiden MCA mahu pengusaha salun terbabit dibantu. Bagaimanapun, katanya, MCA negeri masih menunggu jawapan daripada pengusaha terbabit mengenai tawaran itu. “Kepada yang lain (pengusaha salun lain milik bukan Islam yang disaman sebelum ini atas kesalahan sama) juga kita sediakan (khidmat guaman percuma),” katanya di sini, semalam. Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, kerajaan PAS Kelantan tetap tidak membenarkan tukang gunting perempuan bukan Islam menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam walaupun dibantah Pengerusi DAP, Karpal Singh. Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my Serdang P akatan pembangkang dikhuatiri mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan akibat kegagalan memenangi Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU-13). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan itu dilakukan kerana mereka mendakwa kerajaan memenangi pilihan raya menggunakan taktik penipuan. “Pakatan tiada identiti dan bila nak kalah buat demonstrasi kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ke-3, di Seri Kembangan di sini, semalam. DrMahathir yang juga bekas Menteri Kewangan menyampaikanucaptamabertema ‘Pergolakan Sosioekonomi Global: Apakah LangkahBersamaYang Boleh Diambil oleh Negara'. Pakatan tiada keyakinan Dr Mahathir berkata, tindakan pembangkang meminta bantuan Australia untuk mencampuri pilihan raya negara membuktikan mereka tiada keyakinan memenangi pilihan raya. Sehubungan itu, katanya, pakatan pembangkang perlu ditolak dalam PRU-13 bagi mengelak negara hilang kebebasan kerana sebarang keputusan dipengaruhi kuasa luar, khususnya Australia dan Amerika Syarikat. Beliau berkata, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, sudah tentu pembangkang gagal memenangi lima negeri dan Wilayah Persekutuan, selain menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen dalam pilihan raya lalu. Kisah PRU 1999 Mengenai dakwaan pihak tertentu, kononnya beliau menjemput kuasa luar untuk memantau Pilihan Raya Umum 1999, Dr Mahathir berkata, tuduhan itu tidak benar. “Bagaimanapun, ketika itu sesiapa yang nak datang untuk melihat proses pilihan raya negara, kita tak halang. Nak datang datanglah,” katanya. ‘Pembangkang tiada identiti' » Dr M jangka demonstrasi besar-besaran jika pakatan pembangkang gagal PRU-13 Dr Mahathir berbual dengan perwakilan pada Persidangan Riba Dunia Ke-3, di Seri Kembangan, semalam. [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH]
SELASA 27 NOVEMBER 2012 14 NASIONAL Sepintas Halang guna kenyataan seksis » Kerajaan kemuka usul pinda peraturan bahasa sopan ketika bersidang Laporan Faiza Zainudin, Haspaizi Mohd Zain dan Nor Fariza Ramlan bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur K erajaan akan mengemukakan usul di Dewan Rakyat hari ini bagi meminda peraturan untuk menghalang penggunaan kenyataan seksis sepanjang persidangan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata usul itu akan dibahaskan dan Malaysia akan menjadi negara pertama mempunyai peraturan sedemikian jika peraturan berkenaan diluluskan. Satu-satunya negara “Kita akan jadi satu-satunya negara mempunyai peraturan ini yang akan memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada kata-kata seorang Ahli Parlimen itu seksis atau tidak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam. Peraturan Tetap 36 (4) menyebut: “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap)”. Jika diterima, pindaan untuk Peraturan Tetap 36 (4) akan dimasukkan dengan frasa ‘atau menggunakan kata-kata seksis'. Mengikut peraturan sedia ada, Ahli Parlimen dibenarkan untuk bercakap mengenai apa saja isu di Dewan Rakyat tanpa disekat. Imuniti ini dip e r u n t u k k a n mengikut Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan, tidak termasuk kenyataan yang dibuat di luar Dewan. Berlaku ketika sesi perbahasan Berdasarkan persidangan sebelum ini, penggunaan kenyataan seksis biasanya berlaku ketika sesi perbahasan berubah hangat di mana Ahli Parlimen sering menggunakan kenyataan sedemikian terutama terhadap rakan sejawatan mereka yang berlainan jantina. Antara kenyataan seksis yang mengundang kontroversi ialah apabila seorang Ahli Parlimen membangkitkan sikap pemandu wanita selain isu `bocor' yang dianggap mempunyai dua makna ketika perbahasan mengenai kerosakan bumbung bangunan Parlimen. Kenyataan lain ialah dakwaan bahawa isteri menjadi punca suami curang, selain semua janda adalah miang, manakala pakaian seragam digunakan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) dikatakan punca meningkatkan berahi penumpang lelaki. Hukum penghuni ingkar bayar caj Penghuni kediaman strata seperti rumah pangsa dan kondominium yang ingkar membayar caj perkhidmatan penyelenggaraan selepas ini , boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata mereka boleh dihadapkan di tribunal dengan harta mudah alih disita apabila Rang Undang-Undang Pengurusan Strata 2012 diluluskan Parlimen dalam masa terdekat. Katanya, pindaan akta itu membolehkan Tribunal Tuntutan Pengurusan Strata diwujudkan bagi menjamin hak pengurus bangunan yang kini berdepan masalah mengutip caj penyelenggaraan daripada pemilik atau penyewa. “Tribunal ini mengurus segala kes berkaitan pengurusan harta strata dengan pampasan tidak lebih RM250,000. Sekiranya pengurus bangunan mahu tuntut caj berkenaan, mereka boleh ke tribunal dan semua tuntutan boleh diterima pakai dan diiktiraf mahkamah. Proses ambil masa “Sebelum ini, penghuni tak mahu bayar caj kerana sedar jika pengurusan bangunan mahu buat tuntutan, kena ke mahkamah dan prosesnya ambil masa,” katanya menggulung rang undang-undang berkenaan bagi peringkat jawatankuasa kementeriannya. Chee Heung berkata, bagi peringkat permulaan, tribunal itu yang berperanan sama seperti tribunal tuntutan perumahan yang membela nasib pembeli rumah teraniaya berikutan pelbagai masalah seperti projek terbengkalai, akan ditubuhkan di kementeriannya sebelum diikuti setiap zon seluruh negara. Beliau turut menjelaskan, pindaan akta pengurusan strata juga menampilkan pelbagai ciri baru bagi mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada termasuk tujuh langkah kutipan bagi membolehkan kutipan caj penyelenggaraan dilakukan dengan cepat dan berkesan. “Pembeli atau penyewa harus bayar kepada pengurusan bangunan. Kalau enggan bayar,mereka akan diheret ke tribunal dan barangan mudah alih mereka boleh disita. Jika enggan bekerjasama, waran boleh dikeluarkan kepada penghuni dengan bantuan polis,” katanya. Dewan panas debat isu perlekeh Islam Sesi Dewan Rakyat yang agak suram semalam, kembali ‘bernyawa' apabilaDatukTajuddinAbdul Rahman (BN-Pasir Salak) membangkitkan isu individu dan parti yang memperlekehkan Islam. Isu itu tercetus sebaik Datuk Taib Azamudden Md Taib (PASBaling) mendakwa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak menjalankan tanggungjawab memberi dakwah kepada umat Islam di negara ini, sebaliknya sibuk berpolitik dengan puncanya kerana pimpinan badan dakwah itu dilantik atas kapasiti politik. Ia menimbulkan perasaan tidak puas hati Tajuddin yang lantas mempersoal kewibawaan pemimpin parti pembangkang terutama yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi tidak berbuat sesuatu untuk menyatukan umat Islam, malah sanggup mendoakan kehancuran umat Islam dan parti lain. Suasana tegang Suasana agak tegang itu ditenangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang menjelaskan, ruang diberikan kepada individu dan pemimpin parti untuk bertaubat dan bermuhasabah dan ia adalah pendekatan dakwah kerajaan daripada mengambil tindakan drastik yang tidak menguntungkan sesiapa. “Ini dakwah kerajaan... kita beri ruang untuk (mereka) taubat dan muhasabah diri. Agama adalah cara hidup, bukan sekadar perundangan, tetapi menunjukkan akhlak yang baik. Ini adalah tindakan dakwah untuk mereka kembali ke jalan benar,” katanya. Terdahulu ketika menjawab soalan Taib mengenai pemantauan pihak berkuasa agama terhadap aktiviti dan dakwah dilaksana badan agama bukan kerajaan (NGO) di negara ini,Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalin kerjasama dengan semua pihak. “JAKIM ambil pendekatan tidak bergerak bersendirian kerana kerja dakwah adalah kerja jemaah. NGO Islam entiti penting kerana mereka punya ahli yang ikhlas, dedikasi dan komited dengan usaha dakwah serta islah. Mereka perlu diajak berada dalam saf sama supaya usaha dapat memberi impak lebih berkualiti,” katanya. Ini dakwah kerajaan... kita beri ruang untuk (mereka) taubat dan muhasabah diri” Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Perbezaan harga ketara petrol dan diesel di antara Malaysia dan negara jiran, antara punca penyeludupan terus berleluasa, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim. Menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau), beliau memberi contoh, petrol bersubsidi di negara ini dijual RM1.90 seliter berbanding Thailand RM4.85 seliter, manakala diesel pula RM1.80 seliter berbanding RM3 seliter di Thailand, malah jika subsidi dihapuskan dengan RON95 kekal RM2.75 sen seliter dan diesel RM2.75, ia masih murah berbanding negara jiran berkenaan. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara akan dibentangkan sebelum akhir tahun ini dalam usaha kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan sektor berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan Datuk Seri Ong Ka Chuan (BNTanjong Malim), berkata rancangan induk berkenaan sudah siap dan menunggu persetujuan Kabinet. Sebanyak RM7.66 juta disalurkan Kerajaan Pusat untuk membiayai 55 projek jalan perhubungan desa di Kelantan, termasuk RM1.02 juta membina enam jalan kampung di Parlimen Rantau Panjang bagi manfaat 1,400 pengguna. Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PASRantau Panjang), Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, berkata ia sebahagian daripada RM100.6 juta yang disalurkan tahun ini untuk projek jalan perhubungan desa di seluruh negara. Kepada soalan tambahan Datuk Ismail Abd Muttalib (BNMaran) pula, beliau berkata, kerosakan jalan di sekitar Kedah berpunca daripada kegagalan kerajaan PAS mentadbir urus dana diberikan Kerajaan Pusat. Seludup punca harga berbeza Tingkat mutu perkhidmatan RM7.66 juta biaya 55 projek Chor Chee Heung
SELASA 27 NOVEMBER 2012 24 RENCANA Anjakan paradigma rahsia kejayaan polis di Selangor Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid jalil@nstp.com.my Pengarang Kumpulan BH Datuk Mior Kamarul Shahid mkamarul@nstp.com.my Timbalan Pengarang Kumpulan BH Mahfar Ali mafa@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Berita Norhayati Md Said yatisaid@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Rencana Zainor Said zaino@bharian.com.my Pengarang Eksekutif Pengeluaran Badrulhisham Othman baneta@bharian.com.my BH diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Bhd, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-22-6787 Faks: 03 20567081 Laman Web: www.bharian.com.my E-mel: bh@bharian.com.my S IDANG REDAKSI Cakap-Cakap K etika membuat lawatan ke pejabat Kontinjen Polis Selangor minggu lalu, penulis terpegun melihat banyak perubahan dan transformasi secara berterusan yang dilakukan jabatan itu bagi mencapai sistem kepolisan moden bertaraf dunia. Selain diiktiraf antara negeri terbaik dalam menurunkan indeks kadar jenayah, polis Selangor mempunyai pejabat yang dilengkapi bilik syarahan moden, bilik media canggih, bilik mesyuarat ala korporat dan bilik sumber maklumat yang dihias kata-kata perangsang sesuai untuk semua peringkat anggota dan pegawai. Bagi kemudahan anggotanya, diwujudkan juga kantin ala kopitiam serba moden, iaitu ‘COPS-TIAM'. Di kawasan lobi ada ruang pameran yang memberi seribu satu makna kepada pengunjung. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi memberi pelawat perspektif ringkas sejarah polis di Selangor. Kemahiran dan kelengkapan yang sentiasa dipertingkat membolehkan anggota dan pegawai polis Selangor berkhidmat dengan berkesan. Semua tindakan ini membantu meningkatkan persepsi baik awam terhadap keselamatan yang terletak dalam bidang, tanggungjawab serta kemampuan polis. Polis Selangor juga mewujudkan kembali budaya membaca dengan menerbitkan majalah yang dikenali sebagai Beyond. Majalah dwibahasa ini bertaraf tinggi dan berilmiah. Semua penulisnya adalah pakar dalam bidang tertentu yang dapat membantu anggota polis menjalankan tugas dengan cemerlang. Justeru, penerbitan majalah ini adalah satu perkembangan yang baik dalam sektor awam boleh ikuti oleh kontinjen polis di negeri lain. Hasil usaha Tun Hisan Idea baru dan anjakan paradigma ini adalah hasil usaha Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, seorang ketua yang peramah, tegas, kreatif, inovatif dan berpandangan jauh. Hasilnya, polis Selangor kini setanding dengan jabatan polis di Amerika Syarikat yang pernah dikunjungi penulis seperti New York Police Department (NYPD), Los Angeles Police Department (LAPD) dan Scotland Yard. Institusi PDRM sewajarnya diperkukuh serta dinaiktaraf supaya beralih daripada street mentality kepada lebih profesional, iaitu bijak sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman seiring dengan kemajuan negara dan tahap pemikiran rakyat khasnya generasi Y masa kini. Penulis berasa bangga kerana polis Selangor memperkenalkan aplikasi isyarat kejadian jenayah untuk telefon pintar yang dikenali sebagai ‘MyDistress'. Hanya dengan menekan satu butang pada aplikasi itu, orang ramai dapat terus menghubungi bilik gerakan polis dan pasukan bantuan dapat dikejarkan ke tempat kejadian dalam masa lima hingga enam minit saja berbanding 11 minit dijanjikan PDRM. Pencapaian ini adalah setaraf atau lebih baik daripada negara maju. Sistem ini patut diperluaskan ke seluruh negara kerana ia terbukti berkesan di Selangor dan mampu mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pengurangan Indeks Kadar Jenayah dengan lebih berkesan. Strategi ‘Vertical Policing' Selain ‘Community Policing', polis Selangor turut memperkenalkan strategi ‘Vertical Policing' dengan mengadakan operasi mencegah jenayah seperti serbuan ke sarang penagih dadah di bangunan tinggi dan berjaya mengurangkan kadar jenayah secara bijak. William Joseph Bratton, ketika menjadi Ketua Polis (LAPD), berjaya memperkenalkan sistem kepolisan yang baik serta mengurangkan kadar jenayah di Los Angeles. Beliau kemudian dipinjamkan keNYPD bagi membantu menyelesaikan masalah jenayah yang paling tinggi di dunia. Bratton menitikberatkan ‘Broken Windows Theory' iaitu pendekatan yang beranggapan bahawa jika jenayah secara kecil-kecilan tidak diatasi dengan baik maka kadar jenayah akan meningkat. Berikutan kejayaan besar beliau di dua bandar raya tersohor itu, Bratton menjadi dipilih penasihat kepada Kerajaan British dan Polis Metropolitan pada Ogos 2011. Dalam menghadapi jenayah masa kini, teknologi adalah mustahak untuk membantumencegah jenayah. Di NewYork, polis menggunakan alat pengesan gempa bumi yang diletak di kawasan panas dan dihubungkan ke balai polis bagi mengesan tembakan yang dilakukan penjenayah. Alat pengimbas nombor pendaftaran pula diletakkan di atas kereta peronda polis bagi mengesan kereta curi atau penjenayah. Hasilnya, NYPD dapat menyelesaikan kes dengan cepat, mengurangkan kadar jenayah dan mengoptimumkan penggunaan anggota polis berbanding sebelum ini. Rangka strategi baru Dalam proses melaksanakan NKRA bagi mengurangkan jenayah, polis wajar merumus beberapa strategi baru yang sesuai dengan tuntutan masa yang memberi impak positif dalam menangani isu jenayah mengikut peredaran zaman. Strategi itu hanya akan berjaya jika ada anjakan paradigma dalam sistem kepolisan daripada ciri tradisional kepada kepolisan moden. Penulis yakin kepemimpinan, strategi dan usaha permodenan seperti yang dilakukan Ketua Polis Selangor dapat membawa PDRM setaraf atau lebih maju daripada pasukan polis di negara maju. Penulis ialah Pengarah Institut Jenayah & Kriminologi Universiti HELP E-mel ke rencanabh@bharian.com.my untuk berkongsi pendapat A ntara sikap buruk pembangkang di Malaysia ialah mereka membangkang apa saja dilakukan kerajaan, termasuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Bagi mereka apa saja dilakukan kerajaan tidak membawa faedah. Oleh kerana mereka mahu mempolitikkan semua perkara, pembangkang sanggup melakukan apa saja termasuk apa yang disifatkan Perdana Menteri, iaitu mensabotaj projek pembangunan kerajaan. Projek seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor dan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia yang terbukti memberi manfaat kepada rakyat turut dipolitikkan sehingga mereka sanggup mensabotajnya. Mereka memfitnah projek di Pengerang kononnya jika beroperasi ia boleh menjejaskan kualiti alam sekitar. Mereka juga mengadakan demonstrasi membantah penyenaraian FGV yang kononnya akan menggadai tanah dan masa depan peneroka. Tindakan tidak wajar mereka berterusan apabila membantah projek loji nadir bumi Lynas di Kuantan yang dikatakan bakal memberi kesan buruk terhadap penduduk dan alam sekitar. Mereka menganjurkan perhimpunan hijau dengan alasan untuk mengekalkan kelestarian alam sedangkan niat sebenar untuk mensabotaj apa saja projek bertujuan memakmurkan rakyat. Isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) juga hangat diperkatakan dengan tohmahan kerajaan berusaha untuk mendapatkan wang segera menerusi saman dikeluarkan. Pada hal matlamat sebenarnya AES ialah bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Mereka sepatutnya menjadi pembangkang konstruktif tetapi keranakepentinganpolitik jangkapendek lebih utama, mereka cuba gagalkan usaha yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak. Malangnya tindakan segelintir pihak mendapat restu pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan di luar negara. Isu alam sekitar, demokrasi dan kebebasan menjadi topik hangat menerusi media baru bertujuan mencemarkan imej kerajaan. Rakyat yang matang tentunya menggunakan kematangan untuk menilai tohmahan politik sebagai senjata pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Menyalahgunakan hak dan kebebasan demokrasi untuk menggugat projek pembangunan untuk negara dan rakyat adalah perbuatan keterlaluan. Politik disalahgunakan untuk kepentingan kepartian dan individu tertentu boleh memusnahkan harapan meletakkanMalaysia negara berpendapatan tinggimenjelang 2020. Pendedahan Najib mengenai niat buruk pembangkang kita harap dapat menyedarkan rakyat supaya menolak politik sempit yang bertujuan meraih undi semata-mata. Membangkang keterlaluan jejas pembangunan R amai kecewa Malaysia tewas 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF malam kelmarin. Banyak komen negatif didengar daripada peminat bola sepak. Mamat – masih ada masa untuk bangkit Mengubah ciri tradisional kepada kepolisan moden Minda PengarangMinda
SELASA 27 NOVEMBER 2012 42 SUKAN Vettel jaguh F1 paling muda » Bergelar juara dunia tiga kali selepas raih tempat keenam GP Brazil 1 Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull 281 mata 2 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari 278 3 Kimi Raikkonen (Finland) Lotus 207 4 Lewis Hamilton (Britain) McLaren 190 5 Jenson Button (Britain) McLaren 188 6 Mark Webber (Australia) Red Bull 179 7 Felipe Massa (Brazil) Ferrari 122 8 Romain Grosjean (Perancis) Lotus 96 9 Nico Rosberg (Jerman) Mercedes GP 93 10 Sergio Perez (Mexico) Sauber 66 1 RedBull - Renault 460 mata 2 Ferrari 400 3 McLaren - Mercedes 378 4 Lotus - Renault 303 5 Mercedes 142 6 Sauber - Ferrari 126 Sao Paulo S ebastian Vettel mendapati dirinya berpusing di litar sejurus perlumbaan Grand Prix Brazil bermula, tanpa berdaya melihat jentera lain melepasinya yang seakan membawa pergi peluang untuk bergelar juara dunia. Ia hanya sebahagian masalah yang dialami Vettel pada perlumbaan di Litar Interlagos kelmarin yang dianggap perlumbaan paling sukar sepanjang kariernya sebelum mengatasi semua itu dan berjalan gah untuk melakar kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut. “Ia amat sukar untuk mencari perkataan yang betul, terutama selepas perlawanan hari ini,” kata Vettel yang berdepan insiden seawal pusingan pertama sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam, cukup baik untuk menamatkan cabaran pelumba Ferrari Fernando Alonso dan bergelar juara dunia tiga kali paling muda pada usia 25 tahun. “Semua benda yang mampu menjadi masalah berlaku.” Button menang Pelumba McLaren dari Britain, Jenson Button memenangi perlumbaan dengan Alonso menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Felipe Massa ketiga manakala juara dunia tujuh kali Michael Schumacher, yang menamatkan kariernya dalam 19 musim Formula Satu (F1) di kedudukan ketujuh. Begitupun, semua keputusan itu dibayangi dengan kejayaan Vettel, yang berdepan permulaan buruk, insiden awal, kerosakan jentera, radiodankesilapandipit stopsebelum merangkul kejuaraan dunia. “Hanya melihat kepada segala yang menjadi tidak betul. Sudah tentu ia adalah perlumbaan paling sukar,” kata Vettel yang menjadi pelumba pertama yang meraih kejuaraan kali ketiga berturut-turut sejak Schumacher melakar kejayaan lima kali berturut-turut pada musim 2000-04. AP INFO Kedudukan pemandu Kedudukan pasukan Vettel (tengah) meraikan kejayaan melakar kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut, kelmarin.
D ewasa ini kita sering melihat sesetengah masyarakat yang terpengaruh gaya hidup asing yang bertentangan ajaran Islam. Perkara paling jelas dapat dilihat adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa menjadikan neraca syariat sebagai kayu ukur. Budaya kebebasan pergaulan yang tiada sempadan ini bukanlah daripada ajaran Islam tetapi pengaruh luar yang dibawa ke dalam dunia masyarakat Islam. Maka tidak hairanlah ada kalangan anak muda terjebak pelbagai dosa kerana melupakan batasan syarak yang ditetapkan Islam. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85) Kebimbangan ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabda: “Sesungguhnya kamu akan mengikut gaya hidup golongan sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan mengikutinya.” (Hadis muttafaqun ‘alaih) Budaya luar biasa jadi ikutan Begitulah juga serangan budaya yang menyerap kehidupan masyarakat kita terutama pemuda, pemudi dan remaja. Kita terikut-ikut budaya ‘luar biasa' yang berbeza daripada budaya dan adat difahami. Gaya yang dipilih biarlah bersesuaian budaya kita dan tidak bertentangan dengan syarak. Sudah tentu kita tahu dan pernah belajar bahawa mendedahkan aurat bukanlah daripada cara hidup Islam namun kita dapati masih ramai yang belum faham tuntutan itu. Di samping itu, pakaian yang terdapat padanya ciri-ciri budaya orang bukan Islam perlu juga dielakkan seperti pakaian terdapat gambar salib, tengkorak, gambar tidak menutup aurat dan juga apa saja yang jelas bertentangan syariat Islam. Sesungguhnya dalam pelaksanaan ibadah, Rasulullah SAW melarang kita mengikut ibadah orang bukan Islam. Dalam ibadah solat, kita dilarang mengikut tatacara sembahyang orang Yahudi mahupun Nasrani. Antaranya kita dilarang menjadikan kubur sebagai tempat ibadat seperti dilakukan golongan Yahudi dan Nasrani. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadat).” (Hadis muttafaqun ‘alaih) Rasulullah SAW juga melarang meletakkan pakaian di atas sebelah bahu dan tidak pula di sebelah bahu yang lain ketika solat. Ibnu Taimiyyah berkata, larangan itu disebabkan ia mengikut tatacara solat golongan Yahudi. Seperti golongan ahlul kitab Begitulah juga dalam ibadah puasa, kita disunatkan bersahur sebelum menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya dengan kita bersahur maka terdapat padanya keberkatan. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Bersahurlah sesungguhnya dengan bersahur itu adanya keberkatan.” (Hadis muttafaq ‘alaih) Perlu kita ketahui bahawa puasa yang tidak ada padanya ibadah sahur dengan sengaja seakan-akan puasa golongan 34 ≤AGAMA D aripada Abu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itu tiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi.” (Riwayat Muslim) Menentang orang yang menyalahi syarak dengan perbuatan dan perkataan adalah dituntut. Ketiadaan penolakan kemungkaran dengan hati adalah tanda ketiadaan iman. Abdullah ibn Mas'ud berkata: “Binasalah orang yang tidak mengenal yang makruf dan mungkar dengan hatinya.” Benci kepada kemungkaran adalah dalil kuat iman dan tidak menghiraukan kemungkaran adalah dalil lemahnya iman. Setiap orang wajib menolak atau menghapuskan kemungkaran mengikut kemampuannya. Jauhkan diri daripada tergolong dalam golongan orang yang derhaka terhadap Allah dan rasul-Nya. Kewajipan bagi mereka yang beriman dan mengetahui ialah memberi penjelasan kepada orang yang jahil dengan ajaran yang baik. Setiap orang digalakkan melakukan perkara yang baik dan dilarang melakukan perkara yang merosakkan iman. Reda dengan dosa adalah berdosa dan reda dengan kufur adalah kufur. Selemah-lemah iman seseorang itu ialah mengatasi kemungkaran hanya dengan berdoa saja dan tidak didapati darjat keimanan seseorang yang lebih lemah daripada itu. Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani). Berkenaan hal ini Nabi SAW bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dan juga puasa Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah dengan bersahur.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Berkenaan hari Asyura, umat Islam disunatkan berpuasa pada 10 Muharam. Bagi golongan Yahudi, hari Asyura adalah hari perayaan mulia dan mereka juga berpuasa pada hari itu. Diriwayatkan oleh Abu Musa alAsy'ari, katanya: “Sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang dimuliakan oleh orang Yahudi dan mereka menyambutnya sebagai suatu perayaan. Maka Nabi bersabda: “Maka berpuasalah kamu semua (pada hari Asyura).” (Sahih Muslim) Namun Nabi SAW menegah sahabat berpuasa hanya pada hari Asyura tetapi perlulah ditambah sehari bersama hari Asyura sama ada pada hari ke sembilan dikenali sebagai hari Tasu'a atau hari ke-11 Muharam. Puasa dua hari Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ketika mana Nabi berpuasa pada hari Asyura dan mengarahkan sahabat turut sama berpuasa, maka sahabat memberitahu Nabi hari itu adalah hari kemuliaan bagi mereka yang beragama Yahudi dan Nasrani. Maka Nabi SAW bersabda: “Jikalau begitu pada tahun hadapan kita akan turut berpuasa pada hari kesembilan (bersama-sama hari Asyura). Namun Nabi wafat dan tidak sempat berpuasa pada tahun itu.” (Riwayat Muslim). Ibnu Qayyim menjelaskan, hadis ini menunjukkan suruhan supaya puasa Asyura digabungkan dengan sehari sebelum atau sehari selepasnya untuk menunjukkan perbezaan antara agama Islam dan agama Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani). Kesimpulannya, Nabi SAW melarang umat Islam terikut-ikut prinsip dan budaya masyarakat bukan Islam yang bertentangan dengan syariat Islam. Bagaimanapun, jika sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan syariat dan memberi kemaslahatan kepada umat Islam maka perkara itu perlu diambil dan diterapkan sebagai nilai murni dalam kehidupan kita. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itu tiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi” Serangan budaya, pergaulan bebas cetus pelbagai masalah sosial SELASA 27 NOVEMBER 2012 MUHAMMAD ASYRAF ← Membenci kemungkaran serlah tahap keimanan seseorang mukmin ✍ Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) AL-QURAN "Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi" Surah Ali-Imran (ayat 85) Hidup remaja makin tersasar ajaran agama
Jika boleh membuat tuyere dan relau, ini bermakna mereka mempunyai ahli geologi dan buruh yang sangat mahir, sedangkan industri berat hanya dibawa masuk ke negara ini sekitar 1980-an” Mokhtar Saidin, Pengarah PPAG SELASA 27 NOVEMBER 2012 6 NASIONAL Tamadun maju masyarakat purba Sungai Batu » Penemuan artifak peleburan besi di Lembah Bujang bukti kemajuan penduduk awal Oleh Suzalina Halid suzalina@bharian.com.my Merbok M asyarakat Sungai Batu yang wujud di sekitar Lembah Bujang di sini, 50 tahun sebelum masihi dipercayai mempunyai tamadun yang maju berdasarkan kesan sejarah ditemui. Kemajuan masyarakat itu dikaitkan dengan penemuan artifak yang menunjukkan mereka aktif dalam industri melebur besi. Malah, mereka yang dipercayai mempunyai sejarah jauh lebih lama berbanding Angkor Wat di Kemboja, turut ditafsir memiliki 120 KAKITANGAN kumpulan pengkaji PPAG di Sungai Batu termasuk 100 sukarelawan 97 TAPAK ekskavasi dikenal pasti di kawasan Sungai Batu 56 HEKTAR keluasan kawasan Sungai Batu 33 HEKTAR kawasan dibuka untuk kajian Satu daripada Tapak Peleburan Besi Masyarakat awal Sungai Batu dipercayai sekitar abad ke-3 hingga ke-5 yang pertama dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok. tamadun terancang dengan pelabuhan tepi sungai sebagai nadi hubungan import dan eksport. Ekskavasi Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) awal tahun ini, membuktikan status tamadun itu. Pengarah PPAG, Prof Dr Mokhtar Saidin, berkata ekskavasi setakat ini menemui empat fungsi utama tamadun Sungai Batu, iaitu sebagai tapak industri melebur besi, pelabuhan tepi sungai, monumen penyembahan dan bangunan pusat pentadbiran. Lambang kemajuan Beliau berkata, bukti wujudnya industri peleburan besi pada era 50 tahun sebelum masihi itu dianggap memeranjatkan kerana ia melambangkan kemajuan kehidupan masyarakat Sungai Batu pada zaman itu. “Bahan mentah iaitu besi dipercayai dibawa dari sekitar Gunung Jerai dan dileburkan dengan suhu melebihi 1,000 darjah Celsius. Mereka menggunakan relau untuk melebur dan satu alat dikenali 'tuyere' untuk membawa masuk angin ke dalam relau. “Jika boleh membuat tuyere dan relau, ini bermakna mereka mempunyai ahli geologi dan buruh yang sangat mahir, sedangkan industri berat hanya dibawa masuk ke negara ini sekitar 1980-an oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. Jongkong dieksport Hasil kajian di empat tapak peleburan besi mendapati besi yang dilebur dijadikan jongkong untuk dieksport. Ada beberapa rekod bertulis menyebut negara Tamil Selatan, ketika pemerintahan kerajaan Cankam dari 200 tahun sebelum masihi sehingga 200 tahun selepas masihi, mengimport besi dari Kataram atau lebih dikenali Mokhtar menunjukkan papan penunjuk Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok.
−Harga: RM1.50 − Tel: 1 300 22 6787 − www.bharian.com.my PP 414/10/2012(030686) − selasa − 13 muHaram 1434H KL inspirasi Palestin » Kejayaan Malaysia selesai konflik dengan negara jiran secara aman dipuji Najib berbual dengan ahli panel dari Palestin, Dr Abdullah M I Abdullah selepas merasmikan Forum Antarabangsa Umno 2012. Turut kelihatan Pengerusi Barisan pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim (tengah). [foto EffEndy Rashid/ Bh ] Ketua pengarah Kesihatan digantung kerja Putrajaya: suruhanjaya Perkhidmatan awam (sPa) menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan, datuk seri dr hasan abdul Rahman, yang mengaku bersalah berkhalwat di Mahkamah tinggi syariah di sini, 14 november lalu. Pengerusinya, tan sri Mahmood adam, dalam satu kenyataan semalam, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat sPa kelmarin mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993. “sPa sudahmenimbangkan kertas cadangan untuk tindakan menggantung kerja terhadap dr hasan, yang juga Pegawai Perubatan Gred Utama turus ii, Kementerian Kesihatan. Tunggu keputusan tatatertib “dalam mesyuarat ini (semalam), sPa bersetuju dan memutuskan pegawai digantung kerja berkuat kuasa 14 november 2012 sehingga keputusan tatatertib diputuskan sPa terhadap pegawai dalam mesyuarat suruhanjaya 3 disember depan,” katanya. sebelum ini, sPamemaklumkan suruhanjaya itu perlu mengambil perhatian bahawa jawatan Ketua Pengarah Kesihatan adalah satu jawatan khasmengikut fasal (3) Perkara 144 PerlembagaanPersekutuan.≤Nasional 5 Oleh syuhada Choo abdullah dan s anand Kumar bhnews@bharian.com.my ̌ Kuala Lumpur P emimpin Palestin mengiktiraf dan menjadikanMalaysia inspirasi untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian di negara yang diancam yahudi itu. Ketua Perhubungan antarabangsa Parti hamas, Usamah hamdan, berkata Malaysia bersamamasyarakat dunia sentiasamendesak israel menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin. “Kami bangga Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan keGaza. segala usahaMalaysia wajar dicontohi,” katanya ketika ditemui pada forum antarabangsa UMno 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat - Menoleh Ke Belakang atau Memandang Ke hadapan? sempena Persidangan agung UMno 2012, di Pusat dagangan dunia Putra (PWtC) di sini, semalam. Ambil iktibar sementara itu, ahli Parlimen niger, assoumana Malam issa berkata, negara lain boleh mempelajari pendekatan Malaysia menyelesaikan konflik yang pernah dihadapi dengan negara jiran, secara aman tanpamencetuskan peperangan. ≤ Nasional 4 KEJAYAAN tENtErA Rampas 400,000 pil kuda bernilai RM8 juta nasional 21 AbPbh 2012 Borang di dalam HIP Muka H6,H7 Berita Harian merentAsGenerAsi 27 noveMbeR2012 PeNguNJuNg KeseJuTa MAHA 2012 nasional 16 NOOrKHiriaH MAHU BERSARA ★ hiP
SELASA 27 NOVEMBER 2012 16 NASIONAL Teh Karas mampu bantu tingkat tahap kesihatan Kajian Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) selama enam tahun, berjaya menghasilkan produk minuman teh berasaskan daun karas yang dijual sepanjang MAHA. Pengawas Hutan Tingkatan Kanan Unit dan BioTeknologi JPNT, Razali Awang Hamat, berkata minuman berasaskan herba berjenama Teh Karas itu, mampu membantu mencegah pembentukan tiroid, sesuai bagi merawat penyakit berkaitan angin ahmar dan lumpuh serta membantu mencegah malaria. “Selama ini, pokok karas atau lebih dikenali gaharu, banyak digunakan sebagai ubat antimalaria, manakala air suling untuk merawat wajah serta menghaluskan kulit. Teh herba pertama “Namun kerjasama JPNT dengan Taman Teknologi Malaysia (TPM) berjaya menghasilkan minuman teh herba pertama di negara ini berasaskan karas,” katanya. Katanya, produk itu yang turut dihasilkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kelebihan tumbuhan herba, turut menggabungkan tiga herba lain, antaranya tebu gajah dan teja sarsi yang bertujuan meningkatkan kandungan antioksidan dalam minum berkenaan. “JPNT kini sedang membangunkan kawasan seluas 47 hektar di hutan simpan Machang sebagai ladang karas bagi memperluaskan penghasilan produk minuman berasaskan karas pada masa hadapan,” katanya. Tuah pengunjung kesejuta » Lelaki setia ke MAHA setiap tahun terkejut diumum pemenang UTM hasil produk antipenuaan Kacip Fatimah memang terkenal sebagai herba yang banyak manfaat kepada manusia. Menyedari potensi tumbuhan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan kajian mengenai pelbagai lagi faedahnya dan selepas dua tahun, berjaya menghasilkan serum anti enuaan berasaskan Kacip Fatimah yang membuat penampilan sulungnya sempena MAHA kali ini. Pegawai Pengurusan dan Pemasaran UTM, Muhammad Fadzly Jamaluddin, berkata produk diberi nama ‘Wisderm' itu mampu membantu melambatkan proses penuaan sehingga 70 peratus berbanding vitamin C. Tinggi Antioksidan “Kacip Fatimah sering dikaitkan dengan produk dalaman wanita, namun masih ramai tidak tahu ia juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mengembalikan keanjalan kulit sehingga 17 peratus dalam hanya 28 hari. “Kajian Institut Pembangunan Bioproduk UTM selama ini menunjukkan serum yang dihasilkan itu mampu menghalang cahaya ultra violet (UV) daripada menembusi kulit,” katanya. Terima tajaan NKEA Beliau berkata, produk berkenaan turut terpilih mendapat tajaan di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian yang menawarkan geran kajian klinikal sebanyak RM9 juta. “Tujuan utama penghasilan produk ini adalah untuk mengetengahkan herba tempatan kerana ia mempunyai kebaikan yang tinggi kepada manusia. Ia juga diharap dapat menaikkan nama negara di mata dunia dan bersaing dengan produk antipenuaan antarabangsa yang berada di pasaran,” katanya. Pokok karas atau lebih dikenali gaharu, banyak digunakan sebagai ubat anti malaria, manakala air suling untuk merawat wajah serta menghaluskan kulit” Razali Awang Hamat, Pengawas Hutan Tingkatan Kanan Unit dan BioTeknologi JPNT Razali Awang menunjukkan Teh Karas ketika ditemui di MAHA 2012, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam. [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Farah Marshita Abdul Patah bhnews@bharian.com.my Serdang P ameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2012 sudah dikunjungi sejuta pengunjung setakat semalam. Berbaki enam hari lagi sejak program bermula 23 November lalu, MAHA 2012 dijangka terus menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat pelbagai inovasi pertanian dan hasil tani keluaran negara. Setakat jam 5 petang semalam, jumlah pengunjungnya sudah mencecah 1.3 juta. Hari keempat semalam turut membawa tuah kepada Yusop Abd Majid, 55, dari Merlimau, Melaka, yang diumumkan pengunjung kesejuta, sekali gus meraih hadiah percutian ke Taman Pertanian Sabah. Terkejut dimaklum Beliau yang bersama isteri menyertai rombongan Persatuan Petani-Petani Melaka dan tiba di lokasi pameran jam 11 pagi, terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemenangan itu. Hadiah disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Pavilion Johor sempena majlis perasmian pavilion berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah. “Setiap tahun, saya akan bawa keluarga ke pameran ini mencari tumbuhan unik untuk diusahakan. Kami bertolak dari Melaka bersama rombongan seramai 56 orang untuk melihat aktiviti di MAHA, tapi belum sempat lawat pameran, saya diumumkan sebagai pengunjung bertuah,” kata Yusop. Tahun melawat Terengganu Turut diadakan semalam ialah majlis pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Pavilion Terengganu yang dirasmikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said. Sementara itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mengunjungi MAHA 2012 semalam. Kenamaan lain turut melawat MAHA 2012, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Pehin Datuk Mohamad Yasim serta delegasi dari Kemboja dan Laos. Abdul Ghani menyerahkan hadiah kepada Yusop (tengah) sambil diperhati Noh (kanan) pada MAHA International 2012, di MAEPS, semalam. [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Produk Wisderm hasil uji kaji UTM yang dihasilkan daripada kacip fatimah.
RENCANA SELASA 27 NOVEMBER 2012 27 NOVEMBER 2012 SELASA 26 27 RENCANA Industri muzik tempatan mampu terus bertahan Kualiti hidup masih pada tahap baik INFO IPPBM Sebuah pusat penyelidikan nasional di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. VISI Menjadi Pusat Serantau yang terkenal dengan maklumat dan pengetahuan yang berasaskan penyelidikan berkaitan dengan Dasar dan Pembangunan generasi muda dan menjadi Pusat Penyelidikan Nasional dalam pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda. MISI Meningkatkan kerjasama dan penggemblengan tenaga akademik, pengamal serta ahli komuniti yang berminat dengan pembangunan belia untuk bersama mengkaji isu-isu belia daripada pelbagai dimensi supaya menjadi input kepada dasar, mencari penyelesaian masalah dihadapi belia. IPPBM juga mempromosi agenda serta tindakan baru yang akan meningkat pembangunan positif terhadap belia dan negara. Kajian IPPBM majukan belia Maklumat jadi rujukan gubal, laksana dasar untuk pembangunan generasi muda Aspirasi belia menyumbang kepada pembangunan negara, bangsa dan agama. Shila Amzah antara bakat baru mewarnai industri muzik tempatan. M asyarakat suka melabel belia sebagai golongan bermasalah, tetapi tidak pernah bertanya apakah belia kini berada di landasan atau hala tuju yang betul. Maklumat tepat serta terperinci sebenarnya dapat membantu semua pihak memahami golongan berkenaan. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pusat penyelidikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) banyak men j a l ankan ka j i an membabitkan pembangunan belia serta kaitannya dengan perubahan yang berlaku pada peringkat nasional, rantau dan antarabangsa. Berdasarkan maklumat serta dapatan diperoleh daripada kajian IPPBM itu, ia dapat membantu pihak yang mempunyai hubungan atau kaitan secara langsung dengan belia mengubah keadaan sedia ada kepada lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr Wasitah Mohd Yusof, berkata IPPBM sebagai komponen penting adalah sumber jawapan kepada soalan berkaitan belia kerana institut itu mempunyai asas serta fakta membabitkan belia di negara ini. Katanya, hasil kajian yang dilakukan membolehkan IPPBM mengenal pasti permasalahan belia, mencari jalan penyelesaian, menentukan tindakan terbaik, melaksanakan tindakan serta memantau pelaksanaannya. “Umumnya peranan IPPBM ialah mendapatkan jawapan kepada persoalan yang membabitkan belia. Jadi, apabila kita hendak memperkatakanmengenai sesuatu perkara mengenai belia, kita mempunyai asas dan fakta. Dalami corak pemikiran “Tumpuan kita bukan kepada masalah belia saja, tetapi kita juga berusaha mendalami corak pemikiran mereka dengan mendapatkan maklum balas mengenai pelbagai isu semasa. Sebab itu kita tidak boleh asyik melabel belia sebaliknya kita perlu mendengar pandangan mereka,” katanya. Beliau berkata, andaian bahawa belia tidak prihatin terhadap apa yang berlaku adalah tidak benar kerana kajian serta penyelidikan dilakukan membuktikan mereka turut mempunyai pandangan dalam banyak perkara. Cuma, ada kalanya pandangan golongan itu agak terpesong disebabkan maklumat diterima bukan bersandarkan fakta sebenar sebaliknya ia dakwaan popular diperoleh daripada internet atau pihak tertentu. Justeru, dengan adanya aktiviti penyelidikan mendalami serta cuba memahami perubahan berlaku dalam pembangunan diri belia, ia dapat memberi gambaran sebenar berbanding andaian terhasil daripada perkara dilakukan segelintir mereka. “Contohnya, apabila kita buat kajian mengenai persepsi belia terhadap rasuah, masih ada anggapan mengaitkan rasuah dengan ahli politik, penjawat awam dan polis. Itu tanggapan mereka dan sewajarnya pihak berkaitan memperbetulkan persepsi ini,” katanya. Dr Wasitah berkata, IPPBM perlu memastikan hasil daripada penyelidikan memberi gambaran sebenar perkembangan yang berlaku kerana fakta diperoleh itu nanti akan digunakan sebagai rujukan kerajaan untuk menggubal dan melaksanakan dasar berkaitan pembangunan belia negara. Beliau berkata, bagi mengelak kajian dilakukan menimbulkan pertikaian, IPPBM sentiasa berhati-hati dengan metodologi penyelidikan yang diguna pakai serta responden dipilih supaya benarbenar mewakili kumpulan sasar. Namun katanya, itu bukan cabaran besar kerana IPPBM bekerjasama dengan pakar serta penyelidik daripada institut pengajian tinggi yang mempunyai pengalaman menjalankan kajian dan penyelidikan. Cabaran IPPBM Cabaran bagi IPPBM ialah untuk menggalakkan semua pihak merujuk hasil penyelidikan yang dilakukan supaya mereka mengetahui kelemahan atau kelebihan dimiliki bagi memudahkan pelan perancangan dilaksanakan lebih berkesan. “Dari aspek keberkesanan, sesuatu program itu akan lebih berjaya jika kita faham kehendak atau hala tuju ingin dibawa. Semua ini boleh diperoleh daripada penyelidikan dibuat IPPBM. Malangnya, ia tidak dimanfaat. “Ada juga apabila kita beritahu dapatan daripada kajian dibuat, mereka tidak boleh menerima khususnya jika terdapat kelemahan di pihak mereka. Sedangkan jika mereka menyedari realiti sebenar, ini lebih memudahkan mereka melakukan penambahbaikan,” katanya. Beliau berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan sama ada yang mempunyai hubungan langsung dengan belia atau tidak sepatutnya memberi tindak balas terhadap fakta membabitkan pembangunan belia. Dr Wasitah berkata, mungkin disebabkan IPPBM bernaung di bawah KBS, justeru timbul sangkaan institut itu hanya menjalankan kajian untuk kementerian berkenaan sedangkan kebanyakan hasil kajian membabitkan boleh dimanfaatkan pihak lain jika mereka dapat mengambil fakta yang relevan. Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menggunakan hasil kajian IPPBM untuk dijadikan sandaran kepada program pendedahan serta pendidikan yang bakal dan sudah dilaksanakan bagi memberi kefahaman mengenai rasuah kepada golongan belia. 150 penyelidikan “Melihat kepada hasil daripada 150 penyelidikan yang kita sudah jalankan dalam tempoh lima tahun ini, agak rugilah jika rumusan serta cadangan disarankan tidak diberi perhatian kerana banyak pembaharuan serta penambahbaikan boleh kita lakukan demi memajukan belia. “Malah, kita juga boleh berkongsi dengan aspirasi mereka kerana sebagai golongan yang dinamik, belia juga boleh menyumbang kepada bangsa, agama dan negara. Syaratnya kita perlu mendapatkan pembabitan mereka,” katanya. Katanya, selain penyelidikan, IPPBM turut menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar, menerbitkan jurnal dan monograf hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan demi memperkukuhkan belia negara. I ndeks Belia Malaysia (IBM) yang pertama kali dihasilkan pada 2006 adalah instrumen yang dibentuk bertujuan memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan belia bagi membolehkan pihak bertanggungjawab memantau pola perkembangan gaya hidup serta gaya fikir belia masa kini. Pembentukan IBM juga memberi panduan kepada semua termasuk pekerja belia untuk mengenal pasti bidang tumpuan yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha meningkatkan dan kesejahteraan hidup generasi belia secara menyeluruh. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM), Dr Wasitah Mohd Yusof, berkata transformasi pembangunan belia yang lebih fokus membolehkan potensi belia disokong serta dibimbing. Katanya, bagi tujuan itu IBM menggunakan indikator mengukur pembangunan positif belia dan mengenal pasti gaya hidup serta cara berfikir untuk mendapat gambaran sebenar perkembangan mereka. Indikator positif “Indikator positif kerana kita ingin jelaskan matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi belia yang memiliki kualiti modal insan positif. Ini penting kerana kita tidak mahu apabila berbicara mengenai belia, gambaran yang terbayang adalah yang negatif. “Daripada 12 juta belia di Malaysia, 1.8 juta belia yang bermasalah. Tetapi laporan seolaholah belia kita memang bermasalah. IBM 2011 mendapati kualiti dan kesejahteraan hidup belia negara masih berada pada tahap baik. “Oleh itu, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Bagaimanapun, tahap baik itu juga adalah isyarat untuk kita buat banyak lagi bagi mengenal pasti isu serta menyerlahkan potensi generasi belia,” katanya. Beliau berkata, bagi meninjau realiti perkembangan semasa belia secara menyeluruh, IBM 2011 menetapkan sembilan domain (ruang lingkup) menjadi teras iaitu pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti, potensi diri, waktu senggang, kesihatan, ketembusan media, tingkah laku devian dan kesejahteraan ekonomi. Dr Wasitah berkata, sembilan domain itu menjadi teras kepada kajian dilakukan bagi melihat kualiti kesejahteraan belia dan menghasilkan laporan yang akan mencerminkan keadaan berlaku dalam perkembangan semasa kumpulan itu. Berdasarkan dapatan IBM 2011, belia masa kini menunjukkan potensi tinggi dan terbimbing sebagai rakan pembangunan negara walaupun dalam sesetengah domain menunjukkan prestasi menurun berbanding IBM 2006 dan IBM 2008. Skor domain meliputi kesihatan mental, pemerkasaan oleh komuniti, keupayaan ekonomi dan daya saing menunjukkan belia Malaysia memerlukan sokongan emosi daripada semua peringkat masyarakat supaya kesejahteraan hidup mereka kekal seimbang. IBM adalah indeks untuk melihat secara keseluruhan, jadi penurunan atau peningkatan dalam sesuatu domain itu adalah lumrah. IBM bukan untuk menjawab semua persoalan membabitkan belia, tetapi mengkaji dan melihat ruang yang boleh kita perbaiki. IPPBM turut menyediakan saluran lain untuk mendekatkan semua pihak kepada maklumat terkini generasi belia yang boleh diperoleh daripada laman web, portal IPPBM serta VYREC (pusat sumber virtual belia). K emuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-19 (AIM19) pada 10 November lalu dilaporkan berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang. Adakah kegemilangan itu mencerminkan suasana industri atau aktiviti muzik tempatan? Kemungkinan kemeriahan AIM19 ini menjadi penawar kepada penggiat dan pengkarya dalam bidang muzik kerana sepanjang tahun melalui tempoh sukar serta suram. Memang industri muzik tempatan masih dapat melihat kemunculan bakat baru sama ada penyanyi dan pengkarya, namun begitu sejauh mana mereka boleh bertahan seperti yang dikecapi generasi era 80-an hingga awal 2000. Survival dunia muzik Kita berharap kelangsungan atau survival dunia muzik hari ini pada peringkat bertahan. Kemunculan pelbagai produk gajet hiburan seperti MP4, iPod sehingga kepada telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi muat naik lagu, pastinya menjejaskan dengan teruk ekonomi industri muzik. Menerusi gajet yang semakin moden, pengguna boleh menyimpan lebih 1,000 lagu dengan muat naik (upload) lagu secara percuma daripada pelbagai sumber yang mengakibatkan pengkarya muzik kerugian besar daripada aspek kutipan royalti dan faedah pembelian secara langsung bagi setiap lagu yang ‘diambil' oleh pengguna. Berdasarkan laporan tahunan Industri Rakaman Muzik oleh Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa (IFPI) yang dikeluarkan pada 26 Mac lalu, memang ada penurunan berterusan setiap tahun dengan angka penjualan tahun lalu menunjukkan kemerosotan ketara. Mengikut laporan itu, selepas menyelaraskan dari seluruh dunia, industri muzik global secara keseluruhan mencatatkan perolehan sebanyak RM1.06 bilion pada tahun lalu, angka yang jauh lebih rendah daripada perolehan pada 2010 iaitu lebih RM7 bilion. Jualan global muzik yang direkodkan pada tahun 2011 berjumlah RM505.3 bilion, turun tiga peratus daripada RM520.8 bilion pada 2010. Laporan IFPI juga menyatakan jualan album format fizikal merosot 8.7 peratus pada peringkat global, dengan nilai perolehan dari jatuh RM34.4 bilion pada 2010, tetapi RM31.6 bilion pada 2011. Perolehan jualan muzik secara digital Perolehan penjualan muzik secara digital menyaksikan pertumbuhan lapan peratus iaitu daripada RM15 bilion pada 2010 kepada RM16.21 bilion tahun lepas. Format digital mencakupi 31 peratus hasil muzik keseluruhan. Perolehan dari segi hak persembahan meningkat 4.9 peratus iaitu RM28 bilion tahun lalu (RM26.7 bilion tahun 2010). IFPI turut melaporkan perkhidmatan penyiaran digital dan talian seperti Pandora, SiriusXM, TV kabel dan internet di Amerika Syarikat ke atas syarikat pemegang hak lesen persembahan, SoundExchange mula menunjukkan perolehan memberangsangkan. Tahun lalu, kaedah itu mencatatkan RM579 juta berbanding tahun 2010 iaitu RM561 juta. Mengulas laporan itu, Ketua Pegawai Eksekutif IFPI, Frances Moore dalam kenyataannya berkata, hari ini muzik boleh diterima daripada pelbagai saluran yang tidak pernah terfikir. “Pada masa sama, syarikat rakaman jugamengembangkan operasimereka ke pasaran baru dan meluaskan kemahiran dan perkhidmatan,” katanya. Potensi untuk kekal Berdasarkan kenyataan Moore, industri muzik masih ada potensi untuk kekal sebagai perniagaan yang boleh mendatangkan perolehan lumayan asalkan kaedah pemasaran dan penjualannya mesti kreatif. Penjualan produk muzik secara fizikal atau konvensional iaitu album penuh (cakera padat) sudah kurang relevan sekarang. Sistem pemasaranmuzik hari ini memasuki fasa teknologi dan maklumat yang lebih canggih kerana setiap lagu boleh dijual secara terus menerusi atas talian (online). Kemajuan teknologi menjadikan kos promosi dapat dikurangkan. Hari ini sesiapa boleh menjadi penyanyi sekali gus sebagai penulis lagu dan seni kata dengan memuat naik karya mereka dalam laman sosial YouTube. Bagaimanapun, adalah penting juga kita sebagai pengguna dan pencipta muzik menghargai setiap karya dihasilkan penggiat muzik ini. Sekurang-kurangnya hargailah hasil kreativiti anak muda kita dengan mendapatkan karya mereka secara sah sebagai tanda sokongan. Industri muzik masih ada potensi untuk kekal sebagai perniagaan yang boleh mendatangkan perolehan lumayan asalkan kaedah pemasaran dan penjualannya mesti kreatif” andaian bahawa belia tidak prihatin terhadap apa yang berlaku adalah tidak benar kerana kajian serta penyelidikan dilakukan membuktikan mereka turut mempunyai pandangan dalam banyak perkara" Wasitah Mohd Yusof Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM
27 NOVEMBER 2012 SELASA 23 NASIONAL Nekad rempuh kereta polis » Cubaan pencuri lori larikan diri gagal Anak pengarah filem maut nahas Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur S eorang penjenayah bertindak nekad merempuh dua kereta peronda polis (MPV) yang cuba menahannya ketika melarikan sebuah lori, di Sungai Dua, Rawang, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 28 tahun sebelum itu melarikan lori bermuatan roti milik seorang lelaki dari kawasan Brickfields, di sini. Selepas pemiliknya membuat laporan polis sejurus kejadian berlaku, lori terbabit dikesan melalui Jalan Travers, di sini oleh sebuah kereta MPV yang sedang melakukan rondaan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah, berkata selepas diarahkan berhenti, suspek memecut lori berkenaan menuju ke arah Jalan Kuching melalui Jalan Parlimen sebelum menuju ke arah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2). Katanya, suspek kemudian menuju ke Damansara hingga memaksa unit MPV mendapatkan bantuan anggota unit peronda polis daerah Sentul, Petaling Jaya dan Gombak mengejar untuk menahannya. Lori kena kepung “Semasa dikejar, suspek terus memecut lori berkenaan melalui kawasan Selayang sebelum menuju ke Sungai Dua, Rawang. Keengganan suspek mematuhi arahan berhenti, menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagimemberhentikannya di satu kawasan simpang,” katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, menyedari kenderaannya dikepung, suspek bertindak merempuh dua kereta peronda sebelum dia dihalang dan ditahan manakala anggota polis yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. “Sehingga kini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar lelaki itu, selain tidak menolak suspek cuba menjual lori berkenaan kepada sindiket samun kenderaan berat. Tiga rekod jenayah lampau “Hasil pemeriksaan dijalankan, suspek yang memiliki tiga rekod jenayah lampau berhubung kes dadah dilaporkan berada di bawah pengaruh dadah ketika melarikan lori berkenaan,” katanya. Rahim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan kenderaan dan Seksyen 307 kanun sama atas kesalahan cubaan membunuh selepas merempuh anggota polis. Menyedari kenderaannya dikepung, suspek bertindak merempuh dua kereta peronda sebelum dia dihalang dan ditahan” Rahim Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak Kuala Lumpur: Anak lelaki pengarah filem, Jurey Latiff Rosli, maut digilis sebuah lori ais dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Pandan Indah, dekat sini semalam. Mohd Najmuddin, 16, dilaporkan mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan dalam kejadian jam 3.30 petang itu. Mangsa yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Besi ke Ampang apabila motosikalnya bergesel lori ais berkenaan lalu terjatuh sebelum digilis kenderaan terbabit. Jenazahnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu, Jurey ketika ditemui di HKL, berkata dia menerima panggilan kira-kira jam 5 petang daripada isterinya memaklumkan anak sulung daripada tujuh beradik itu terbabit kemalangan jalan raya. Katanya, Najmuddin tinggal bersama neneknya di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi sejak kecil dan dalam perjalanan bertemu rakan di Ampang Point ketika kejadian. “Saya reda dengan apa yang berlaku, namun terkilan kerana dia tak sempat melihat keputusan PMR yang bakal diumumkan tidak lama lagi,” katanya. FF
27 NOVEMBER 2012 SELASA 41 DUNIA Dubai bakal bina gedung beli-belah bernilai RM8.32b DUBAI: Gedung beli-belah terbesar dunia akan dibina di bandar raya ini mungkin menelan belanja kira-kira Dh10 bilion (RM8.32 bilion), menurut sesetengah anggaran penganalisis. ‘Mall of the World', sebahagian yang dirancang di dalam Bandar Mohammad Bin Rashid, mungkin dianggarkanmenelan belanja Dh10 bilion, kata Shane Eldstrom, pengarah pendidikan Pusat Beli Belah Majlis Asia Barat. Pengumuman projek mega Sabtu lalu itu tidak memasukkan perincian kos atau garis masa pembinaan. Tarik jenama antarabangsa Gedung itu dijangka menarik campuran jenama peruncitan antarabangsa dari China, India dan Timur Jauh selain United Kingdom dan Eropah serta cawangan makanan dan minuman dari Amerika Syarikat, menurut Craig Plumb, ketua penyelidikan dengan Jones Lang Lasalle. Pusat itu dirancang untuk jangka panjang apabila gaya membeli belah dalam talian meningkat di rantau itu. Agensi Wakil Parlimen Belia berhijab » Individu pertama dalam sejarah hadir bertudung London P arlimen British minggu lalu dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis 16 tahun mengambil tempat dalamdewan sambilmemakai hijab. Sumaiya Karim menjadi individu pertama dalam sejarah 700 tahun Dewan Rakyat memakai tudung. Menurut akhbar harian British, The Times, Sumaiya mengambil tempat di dalam dewan sebagai wakil sesi tahunan Parlimen Belia Britain. Diundi untuk mewakili pandangan golongan muda di kawasannya di Wokingham, barat ibu kota ini, Sumaiya memberi ucapan kepada lebih 300 anggota dewan dalam satu perdebatan berkaitan kurikulum nasional sambil memakai hijab. Tepis sebarang spekulasi Remaja yang tegas itu segera menangkis sebarang spekulasi berkaitan pilihan pakaiannya, dengan berkata: “Memakai hijab adalah pilihan saya sendiri.” Kemunculannya mungkin menghantar gelombang kejutan menerusi sistem politik British, namun buat Sumaiya, beliau bersekolah seperti biasa semalam. Ketika beliau memberi tumpuan untuk belajar pada peringkat A-Level, pelajar bercita-cita tinggi itu berkata, beliau berhasrat menjadi seorang pakar bedah sebelum memulakan kerjaya dalam bidang politik selepas itu. Pada usia 16 tahun, kelihatan Britain perlu menunggu beberapa ketika sebelum Karim menjadi seorang anggota Parlimen sebenar. Lebih 6,000 belia membuang undi untuk memilih anggota baru Parlimen Belia (MYP) Wokingham. Wakili golongan muda Sumaiya dipilih rakannya untuk mewakili kepentingan golongan muda di borough itu untuk tahun akan datang. “Saya amat berbesar hati. Saya berharap untukmemperbaiki perkara yang saya janjikan dan perkara lain untuk kebaikan golonganmuda. Saya juga mempunyai banyak peluang untuk melakukan sesuatu dan saya yakin boleh melakukannya,” katanya. Agensi Elton John abadi konsert untuk pengkritik China BEIJING: Ikon pop terkenal, Elton John, mengejutkan penonton konsert pertamanya di Beijing apabila secara terbuka mengabadikannya kepada artis dan pengkritik politik China, Ai Weiwei, malam kelmarin. Beberapa penonton berkata, beberapa minit selepas memulakan konsertnya, John memberitahu penonton bahawa persembahan beliau diabadikan kepada ‘semangat dan kehebatan Ai Weiwei'. Kenyataan terbuka beliau menimbulkan rasa terkejut dikalangan penonton konsert berkenaan yang sudah terbiasa dengan sekatan ketat di bidang hiburan. Isu sensitif China “Bagaimanapun suara gemuruh kedengaran sebagai pengiktirafan mereka ke atas Ai Weiwei yang masih dianggap isu sensitif oleh kerajaan China,” kata seorang penonton. Seorang pengukir dan artis bertaraf antarabangsa, Ai, 55, menggunakan hasil seni dan namanya untuk menarik perhatian kerajaan terhadap ketidakadilan sosial di negaranya. Beliau ditahan selama tiga bulan tahun lalu dan dilarang meninggalkan China hingga kini. Ai dan John mengadakan pertemuan ringkas kelmarin sebelum konsert bermula. “Saya sukakan beliau,” kata Ai di dalam satu pesanan Twitter yang diharamkan di China, tetapi beliau mempunyai lebih 180,000 peminat. Sebuah laman media beribu pejabat di China melaporkan mengenai persembahan John di Beijing dan Shanghai, tetapi tidak menyiarkan kenyataan penyanyi itu mengenai Ai. AP Aksi Elton John ketika mengadakan konsert pertamanya di Beijing, kelmarin. [FOTO AP] Datuk Bandar Wokingham Borough Cllr Dianne King (tengah) mengucapkan tahniah kepada Sumaiya Karim (kiri) dan Charlotte Pugsley. Saya berharap untuk memperbaiki perkara yang saya janjikan dan perkara lain untuk kebaikan golongan muda” Sumaiya Karim, Ahli Parlimen Belia Britain Bernilai RM8.32 bilion Bakal dibina dalam Bandar Mohammad Bin Rashid INFO Mall of theWorld Pertanyaan tentang Projek & Eksport: 0 1 2 - 9 3 9 6 1 0 0 Pertanyaan tentang Pengedar & Pengedaran: 0 1 9 - 6 5 5 5 3 6 9 www.victron.com.my M A D E I N M A L AY S I A CAST ALUMINIUM Pengedar:®Johor Bahru ®Kelantan ®Perak ®Kedah ®Melaka ®Negeri Sembilan ®Pahang ®Penang ®Selangor ®Wilayah Persekutuan No.144, The Segambut Tile & Interior Decoration Centre, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur
27 NOVEMBER 2012 SELASA 39 DUNIA Kedua-dua negara perlu mencari langkah konkrit untuk membawa rundingan di meja perbincangan bagi mencapai penyelesaian politik" Jorge Sampaio, Wakil Tertinggi UNAOC Tubuh dua negara Israel, Palestin tangani konflik » Puak bertelingkah perlu runding, cari jalan penyelesaian Oleh Norhafzan Jaafar bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur W akil Tertinggi Perikatan Ketamadunan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNAOC), Jorge Sampaio yakin isu penyelesaian dua negara Palestin Israel akan menjadi realiti dalam mengakhir i konf l ik berpanjangan yang dihadapi kedua-dua negara berkenaan. Sampaio yang juga bekas Presiden Portugal, berkata penyelesaian itu walaupun sukar akan dapat dikecapi sekiranya kedua-dua negara bersetuju untuk mencari jalan secara bersama seterusnya mencapai persefahaman. “Perikatan ini (UNAOC) walaupun tidak terbabit secara langsung, cuba untuk menyatukan masyarakat awam di kedua-dua negara ini dan melihat bagaimanapenyatuan ini dapat ditingkatkan. Ia termasuk meningkatkan pengetahuan rakyat kedua negara dalam sejarah masing-masing,” katanya. Cari langkah penyelesaian “Kedua-dua negara perlu mencari langkah konkrit untuk membawa rundingan di meja perbincangan bagi mencapai penyelesaian politik. “Selain itu masyarakat kedua-dua negara juga perlu saling memahami kerana sekiranya ini berlaku akan memban tu untuk mencapa i penyelesaian dari aspek asas politik yang memerlukan mereka saling menghormati hak antara satu sama lain,” katanya yang berharap gencatan senjata yang dicapai kedua negara bertelagah sejak Rabu lalu akan mampu bertahan dan seterusnya menghasilkan kejayaan dalam konflik terbabit. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan siri dialog bertajuk Pergerakan Kesederhanaan Global dan Perikatan Ketamadunan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu: Satu Perkongsian Membuat Perubahan, anjuran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) di ibu negara, semalam. Turut hadir pengerusi GMMF, Tan Sri Razali Ismail dan ketua pegawai eksekutif GMMF, Khalek Awang. Sementara itu, Sampaio menegaskan kesederhanaan yang dipandu prinsip kemuliaan, hormat dan toleransi sesama manusia adalah cara terbaik untuk memupuk keamanan bersama antara budaya dan negara. Katanya, perbezaan antara masyarakat tidak sepatutnya dibimbangi atau ditindas sebaliknya dihargai sebagai aset paling berharga kemanusiaan. Beliau berkata dalam berhadapan masalah yang disifatkan kompleks dan mencabar terutama bagi rantau Asia Pasifik, satu strategi dan penyelesaian menyeluruh diperlukan untuk menanganinya. Halang konflik Sampaio berkata, strategi itu bukan hanya diperlukan dalam menangani cabaran tetapi juga untuk menghalang konflik, pengurusan pertikaian dan strategi tindak balas. “ Kebanyakan masyarakat di rantau Asia Pasifik berhadapan dengan cabaran besar dan berada di persimpangan penting disebabkan perubahan pesat ekonomi, sosial, politik dan budaya dalam landskap global yang baru muncul ketika penyerapan kuasa dan kepelbagaian politik,” katanya. Kerajaan Australia mohon maaf Sydney: Kerajaan Australia semalam membuat satu permohonan maaf parlimen kepada mangsa penderaan dalam tentera danmenubuhkan satu dana pampasan selepas ratusan dakwaan rogol dan serangan seksual diterima. Men te r i Pe r t ahanan , Stephen Smith juga menubuhkan pasukan tugas khas bebas untuk menilai secara individu setiap tuduhan didedahkan satu laporan diarahkan kerajaan tahun lalu. Pasukan itu berupaya merujuk hal berkenaan kepada polis untuk siasatan jenayah rasmi, sambil menawarkan bantuan kepada mangsa mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kesihatan dan lain-lain. “Lelaki muda dan wanita melalui penderaan seksual, fizikal ataumental daripada rakanmereka. Ini tidak boleh diterima dan tidakmenggambarkannilai masyarakat moden, pelbagai dan toleransi di Australia. “Pengalaman sebegitu memberi kesan berpanjangan, serius dan trauma,” kata Smith kepada Parlimen. Smith juga menyelar indi‘Atasi ketakutan rakyat isu Fukushima' Tokyo: Jepun perlu melakukan lebih banyak untuk menangani kebimbangan terhadap radiasi di sekitar kawasan Fukushima, kata seorang pakar kesihatan yang menggesa Tokyo berunding dengan mereka yang terjejas akibat pencemaran nuklear itu. Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hak asasi kesihatan, Anand Grovermemberitahu pemberita bahawa kerajaan perlu kurangkan bergantung kepada pakar sebaliknyamemberikan lebih banyak maklumat secara langsung kepada penduduk yang tinggal dalam kebimbangan nuklear. “Semuanya perlu dilakukan dengan penyertaan masyarakat,” katanya pada akhir lawatan 12 hari ke Jepun termasuk wilayah Fukushima dan Miyagi. Krisis Fukushima di mana reaktor menghadapi peleburan selepas sistem penyejukan terjejas akibat tsunami padaMac 2011 adalah ‘bencana buatan manusia”, kata Grover yang mengulangi keputusan Parlimen Jepun. Grover berkata kegagalan kerajaan dan pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO) untuk mendedahkan maklumat penting terhadap had radiasi menambahkan kekeliruan dan kesusahan. Keputusan awal kerajaan bagi pemindahan 20 milisieverts setahun memberikan mesej bahawa dos radiasi terjejas melebihi 20 milisievert setahun adalah selamat. AFP 10 kanak-kanak maut serangan tentera Syria Amman: Serangan udara kerajaan Syria ke atas perkampungan dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik mengorbankan 10 kanak-kanak yang bermain di luar rumah, kelmarin kata aktivis pembangkang. Kumpulan kanak-kanak terbabit keluar selepas keadaan pertempuran reda di Deir al-Asafir, sebuah perkampungan di timur Damsyik, apabila jet pejuang menyerang, kata aktivis dan penduduk. Rakaman video diambil aktivis menunjukkan mayat dua kanak-kanak perempuan, seorang memakai baju ungu, seorang lagi merah, di atas jalan di perkampungan itu dengan kecederaan pada leher dan kepala. Seorang wanita yang menangis mengangkat seorang daripada kanak-kanak itu dan memeluknya tubuh anaknya yang terkulai itu. Dua lagi budak lelaki yangmaut, terkena tembakan di kepala dan muka, ditunjukkan di tempat duduk belakang sebuah kereta. Lelaki mengangkat mayat dua kanak-kanak lain sementara satu lagi mayat terbaring berhampiran roda hadapan sebuah kenderaan. Reuters Sampaio (tengah) diiringi Razali (kiri) dan Khalek ketika hadir pada sesi dialog anjuran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global di ibu negara, semalam. [FOTO IZHARI ARIFFIN/BH] vidu kanan tentera yang memegang jawatan ‘menyalahgunakan kepercayaan yang diberi menerusi kelakuan mereka termasuk membutakan mata terhadap apa yang berlaku.' “Lelaki dan wanita Pasukan Pertahanan Australia atau Jabatan Pertahanan yang mengalami penderaan seksual atau lain, saya bagi pihak kerajaan memohon maaf. Anda tidak sepatutnya mengalami penderaan ini. Sekali lagi, saya mohon maaf ,” katanya. Satu dana pampasan terhad ditubuhkan dalam pasukan khas itu, diketuai bekas hakim Mahkamah Tinggi Barat Australia, Len Roberts-Smith, untuk meneliti siapa yang layak menerima pampasan sehingga AU$50,000 (RM159,750.29). AFP Stephen Smith Anand Grover
27 NOVEMBER 2012 SELASA 5 NASIONAL Gejala LGBT merebak di bandar kecil Justeru, tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dulu dengan mengambil kira peruntukan undang-undang itu dengan perjawatan ini sebelum tindakan penggantungan tugas dan tindakan tatatertib dimulakan. Dr Hasan dan pasangannya, Wan Sharifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 terhadap tuduhan berkhalwat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 14 November lalu. Dr Hasan dan pasangannya dituduh melakukan kesalahan itu di bilik nombor 5227, Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, No 2 Jalan P5/5, 62220, Putrajaya, sekitar jam 2.18 pagi pada hari sama pertuduhan dilakukan. Mahmood, ketika dihubungi semalam, berkata keputusan tatatertib dibuat Pihak Berkuasa Tata Tertib SPA selepas 14 hari tempoh rayuan diberikan kepada Dr Hasan sejak beliau dibawa ke mahkamah. Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengakuan bersalah Dr Hasan tidak menentukan kedudukannya dalam perkhidmatan awam, sebaliknya bergantung kepada keputusan Pihak Berkuasa Tata Tertib. Dari muka 1 Tahun ini saja lebih 1,000 pengamal LGBT datang menemui saya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar” Hushim Salleh, Pakar motivasi dan kaunselor Keputusan akhir tatatertib 3 Disember Oleh Noor Aznida Alias bhkt@bharian.com.my Kuala Terengganu G ejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini semakin membimbangkan kerana ia dikesan sudah menular ke bandar-bandar kecil. Turut membimbangkan ia juga membabitkan golongan terpelajar dan profesional daripada semua kaum. Malah, lebih buruk lagi, wanita dan lelaki yang berstatus suami dan isteri turut terjebak dalam hubungan songsang ini, terutama di kawasan bandar. Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh, berkata kemajuan teknologi seperti kemudahan internet, laman sosial facebook dan twitter menyebabkan gejala itu mudah menular. Beliau yang juga pemilik Hushim Motivational & Counseling Consultancy berkata, tahun ini saja lebih 1,000 pengamal LGBT datang menemuinya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk kembali ke pangkal jalan. Amalan semakin serius “Terus-terang, amalan LGBT di negara kita semakin membimbangkan. Jika dulu ia banyak berlaku di bandar besar membabitkan golongan tertentu, tetapi kini di bandar kecil pun ia semakin menular. “Masalah ini berlaku kerana pada zaman serba moden ini, masyarakat mudah berkomunikasi dan mendapat maklumatmelalui internet. Jika tidak bijak menilai dan mudah terpengaruh, kesannya » Kemajuan teknologi mudahkan penularan cukup buruk,” katanya selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT di sini, semalam. Lebih 2,000 orang, termasuk 292 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menghadiri seminar itu yang dirasmikan Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali. Masyarakat harus sedar Sementara itu, Raja Arif berkata, masyarakat harus sedar dan mengelak daripada memilih individu yang menyokong atau mengamalkanLGBT daripada menjadi pemimpin negara. Katanya, LGBT perlu dicegah sebelum parah dan menjadi penyakit masyarakat yang sukar dibendung. “Kita tidak mahu orang sebegini mewarisi kepemimpinan negara pada masa depan. Masyarakat terutama ibu bapa harus bersama-sama mengambil langkah pencegahan terhadap gejala LGBT daripada terus merebak serta merosakkan institusi keluarga dan negara. “Ibu bapa perlu peka dan sentiasa dekat dengan anak supaya dapat memantau pergerakan mereka kerana banyak contoh berlaku, ibu bapa sendiri tidak menyedari ada kalangan ahli keluarga terbabit dengan gejala ini,” katanya.
40 DUNIA − SELASA 27 NOVEMBER 2012 PDI-P calon Megawati, Kalla »Bekas presiden Indonesia diminta tanding semula pilihan raya 2014 J akarta: Bekas Naib Presiden, Yusuf Kalla kini men imbang untuk meminta bekas Presiden Megawati Sukarnoputri bertanding sebagai calon presiden pilihan raya 2014, kata ahli politik kanan Parti Golkar, Akbar Tandjung. “Jika Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) memberikan isyarat positif, saya jangkakan JK akan berpasangan dengan Megawati kerana beliau dilihat lebih bersedia sebagai calon naib presiden,” kata Akbar merujuk kepada nama singkatan Kalla, dipetik portal berita Detik.com. Populariti meningkat Akbar berkata beliau sememangnya memantau pergerakan politik Kalla dan mereka yang hampir dengannya. Beliau menyifatkan populariti meningkat PDI-P dalam pilihan raya baru-baru ini adalah faktor bagi Kalla untuk didekati oleh parti berkenaan. Dhaka: Beribu-ribu pekerja tekstil yang marah mengadakan tunjuk perasaan di pinggir ibu kota Bangladesh semalam selepas kebakaran memusnahkan bengkel pakaian hujung minggu lalu, membunuh lebih 100 orang dalam kebakaran kilang paling buruk di negara itu. Satu lagi kebakaran berlaku di bangunan kilang pakaian di Dhaka semalam, tetapi pegawai bomba berkata ia berjaya dikawal dan tiada laporan kehilangan nyawa dalam kejadian terbaru itu. Pekerja Tazreen Fashions dan penduduk menghalang jalan raya dan memaksa penutupan kilang lain di pinggir bandar perindustrian Ashulia, lokasi kebakaran bermula Sabtu lalu, menuntut pihak bertanggungjawab dihukum. “Saya tidak dapat mencari ibu saya. Saya mahukan kea“Saya berpendapat ini berkaitan dengan pilihan raya gabenor Jakarta dan pilihan raya Jawa Barat akan datang di mana kadre PDI-P memberikan sokongan yang besar,” katanya. “Populariti dan pemilihan Ibu Mega pula adalah tinggi, sementara pemilihan Pak JK dilan, saya mahukan pemilik ditangkap,” kata seorang pekerja yang memperkenalkan diri sebagai Shahida. Polis dan pegawai berkata, jalan keluar sempit di bangunan sembilan tingkat itu memerangkap pekerja di dalam, mengorbankan 111 orang dan mencederakan lebih 150 lagi. amat baik.” Satu kajian pendapat yang disiarkan pada Oktober oleh Political Weather Station menunjukkan bahawa Kalla adalah calon presiden paling popular berdasarkan pemilihan oleh 22.14 peratus respondan. Sementara itu kira-kira 20 peratus pengundi memilih Megawati. Perbincangan mengenai tiket Megawati-Kalla bukanlah baru di mana sumber politik dipetik sebelum ini mengatakan bahawa keduanya mengadakan perbincangan serius mengenai rancangan berkenaan. Guru selatan Thailand gantung kelas Bangkok: Guru di selatan Thailand yang bergolak semalam memutuskan untuk menggantung kelas di beratus-ratus sekolah di wilayah itu berhubung pembunuhan pekerja pendidikan oleh pemisah Islam. “Kami meletakkan tekanan ke atas pasukan keselamatan dan kerajaan untuk lebih mengambil berat mengenai keselamatan kami,” kata pengerusi persatuan guru di wilayah itu, Boonsom Thongsriply. Langkah itu bermakna 321 sekolah akan ditutup buat sementara bermula hari ini di Pattani, salah satu wilayah paling selatan yang digegarkan dengan keganasan sejak lapan tahun lalu. Tidak jelas bila ia akan dibuka semula. Keganasan mendakwa lebih 5,300 nyawa penduduk Buddha dan Muslim, dengan hampir setiap hari berlaku serangan bom dan senjata. Guru yang mengajar di sekolah bukan aliran agama kerap menjadi sasaran kerana dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan. Pemisah melihat sistem sekolah sebagai usaha Bangkok m e n y e r a p budaya Buddha di selatan. Lebih 150 pekerja pendidikan dibunuh di selatan Thai sejak 2004. Mangsa terbaru ialah guru besar yang ditembak mati minggu lalu. Pengkritik menuduh kerajaan gagal menangani penderitaan minoriti Melayu Islam Thailand, termasuk dakwaan didera tentera dan kurang dihormati kerana identiti etnik, bahasa dan agama mereka. REUTERS AGENSI AFP “Kejadian kebakaran dahsyat ini adalah akibat pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja berterusan. Setiap kali kebakaran berlaku, kerajaan menubuhkan badan siasatan dan pihak berkuasa termasuk pemilik kilang Pekerja tekstil, penduduk tunjuk perasaan INFO − 5,300 nyawa penduduk Buddha dan Muslim terkorban sejak keganasan melanda Selatan Thailand − 150 pekerja pendidikan dibunuh di selatan Thai sejak 2004.Mangsa terbaru ialah guru besar yang ditembak mati minggu lalu. membayar wang dan memberi jaminan memperbaiki piawaian keselamatan dan keadaan pekerjaan. Namun mereka tidak pernah melakukannya,” kata presiden Persekutuan Pekerja Pakaian Kebangsaan, Amirul Haque Amin. Pekerja tekstil Bangladesh mengangkat seorang lelaki yang cedera keluar dari sebuah kilang yang baru terbakar di pinggir Dhaka semalam. Megawati (kiri)dan Kalla menunjukkan perjanjian yang mereka tandatangani di Jakarta menjelang pilihan raya umum negara 2009. Amirul Haque Amin, Presiden Persekutuan Pekerja Pakaian Kebangsaan Kejadian kebakaran dahsyat ini adalah akibat pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja berterusan”
Benarkahbarangan dijual dengan harga murah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) disebabkan produk itu tidak berkualiti. Amalina Jaafar Kota Tinggi, Johor Dakwaan itu tidak benar sama sekali, sebaliknya semua barangan keperluan dijual di KR1M sudahmendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Jika Kementerian Kesihatan memutuskan barangan keperluan dijual di KR1M berkualiti rendah atau tidak sesuai, kita tidak teragak-agak menarik balik barangan terbabit. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jika menunda kenderaan ke bengkel panel AAM, mereka akan menikmati kos peralatan lebih murah dan berkualiti, malah jika mereka ahli AAM tidak perlu membayar upah kerja. Setakat ini, 10 unit perkhidmatan WOW ada di lebuh raya PLUS kawasan Selatan iaitu dari Seremban hingga ke Johor Baharu dan diperluas ke kawasan lain Mac tahun depan. Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, pengguna perlu mendail talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau menggunakan telefon kecemasan disediakan. Datuk Noorizah Abd Hamid Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Barangan di KR1M berkualiti Saya kerap menggunakan laluan lebuh raya UtaraSelatan (PLUS) untuk berulang alik antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jika kenderaan menghadapi masalah, apakah khidmat disediakan PLUS bagi membantu pengguna. Zarina Zahari Kuchai Lama, Kuala Lumpur Kita sudah mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) untuk membantu pengguna lebuh raya PLUS jika mengalami kerosakan kenderaan. Ia tambahan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada, sekali gus dapat mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel yang mengenakan caj melampau. WOW yang mendapat kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (AAM) akanmemberi perkhidmatan pada harga atau caj lebih berpatutan. Kos menunda kenderaan keluar dari kawasan lebuh raya adalah percuma dan pengguna hanya membayar jika kenderaan ditunda ke bengkel. Rakan saya berjaya mencipta produk inovasi, tetapi beliau merungut kerana sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan untuk memasarkan produk itu. Apakah langkah kerajaan untukmengatasinya. Noor Aishah Abdul Jalil Seremban, Negeri Sembilan Kerajaan memang menyedarimasalah kebanyakan pencipta produk inovasi, termasuk membabitkan penggunaan teknologi hijau untuk mendapatkan pinjaman kerana kebanyakan institusi kewangan mempunyai persepsi negatif terhadap kemampuan mereka. Antara soalan paling kerap ditanya ialah kemampuan produk 32 ≤NASIONAL − SELASA 27 NOVEMBER 2012 Noorizah menunjukkan bengkel bergerak WOW di Kawasan rehat Seremban arah Selatan. [FOTO AMIRUL NUBLI WAN AHMAD /BH] Kementerian Kesihatan tidak akan teragak-agak menarik kembali barangan yang didapati tidak berkualiti di Kedai Rakyat 1Malaysia. Bengkel bergerak bantu pengguna lebuh raya Setakat ini, 10 unit perkhidmatan WOW ada di lebuh raya PLUS kawasan Selatan iaitu dari Seremban hingga ke Johor Baharu dan diperluas ke kawasan lain Mac tahun depan” ciptaan baru itu dipasarkan kerana institusi kewangan tidak mempunyai rujukan kejayaan lampau. Ini menyebabkan pencipta sukar memperoleh dana diperlukan. Jadi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Kewangan sedang menyelaras kaedah bagi membantu pencipta berkenaan. Usaha sedang dibuat untuk mempermudah proses pemberian pinjaman kepada pencipta kerana kerajaan mahu bidang penciptaan dan inovasi terus berkembang di negara ini. Kita mahu pemohon pinjaman dibantu lebih cepat, sekali gus menyelesaikan masalah pertimbangan institusi kewangan yang memproses permohonan itu mengikut prinsip perbankan biasa. Kementerian sedang mengkaji untuk meminta institusi kewangan mempertimbangkan memberi nilai kepada hak intelek sesuatu produk inovasi yang dibentangkan pencipta untuk mendapatkan pinjaman. Untuk menjadi negara maju, kita perlu menjadi negara yang menghasilkan ciptaan dan inovasi baru, bukan kekal menjadi orang yang hanya tahu menggunakan produk dicipta negara lain. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi SUARA KOMUNITI Suara Komuniti mengetengahkan masalah rakyat dan akhbar ini akan membantu pembaca mendapatkan maklum balas pihak berwajib. Sila hantarkan aduan anda ke Suara Komuniti Berita Harian, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel ke suarakomuniti@ bharian.com.my. Jika Kementerian Kesihatan memutuskan barangan keperluan dijual di KR1M rendah atau tidak sesuai, kita tidak teragak-agak menarik balik barangan terbabit” Kaedah bantu pencipta produk dapat pinjaman
27 NOVEMBER 2012 SELASA 43 SUKAN ‘Fuleco' maskot Piala Dunia Brazil 2014 SAO PAULO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah menetapkan nama maskotPialaDuniaBrazil 2014sebagaiFuleco, yang membawa maksud kepada mesej kesedaran persekitaran, kata penganjur. Hampir separuh dari 1.7 juta orang memilih Fuleco berbanding Zuzeco dan Amijubi dalam satu undian atas talian. Maskot itu berbentuk armadillo, satu spesis haiwan terancam di Brazil. Tradisi maskot Piala Dunia bermula dari 1966 denganbermotifkan singa digelar ‘World Cup Willie' untuk kejohanan di England. Milik poster sendiri Sejak itu, ia beralih kepada dua kanakkanak Jerman ‘Tip and Tap' pada 1974 dan seterusnya ‘Pique' di Mexico pada 1986. ‘Zakumi' adalah maskot ketika di Afrika Selatan pada 2010. Fuleco dijangka muncul buat kali pertama di Sao Paulo minggu ini pada hari undian untuk Piala Konfederasi 2013 tatkala undian kejohanan pemanas badan Piala Dunia dijadual berlangsung, Sabtu ini. Penamaan maskot berkenaan hadir pada hari sama ketika FIFA mengumumkan poster yang bakal digunakan untuk menghebahkan kejohanan empat tahun sekali itu. Setiap 12 bandar tuan rumah memiliki poster tersendiri. Reuters QPR harap Redknapp cetus kebangkitan London: Pengurus baru Queens Park Rangers, Harry Redknapp digesa untuk melakukan perubahan dengan pantas ketika mengambil alih tugas di kelab yang mendiami posisi tercorot liga itu, buat pertama kali ketika menentang Sunderland, hari ini. Redknapp yang menggantikan Mark Hughes, Sabtu lalu hanya menyaksikan perlawanan kelmarin di bangku penonton ketika kelab barunya itu mendahului menentang Manchester United sebelum mencatat kekalahan 3-1. “Saya tidak berada di sini untuk jangka masa pendek. Saya mahu membina sesuatu di sini,” kata Redknapp yang sedar kelab barunya hanyamemiliki empatmata daripada 13 perlawanan, permulaan terburuk dalam liga. “Saya mahu kekal dan kemudian membina pasukan tahun depan yang mampu meningkat dan kemudian berada di pertengahan liga setiap musim.” Redknapp lihat potensi Dengan Hughes sudah membelanjakan wang besar musim panas lalu membuatkan Redknapp mengerti tidak banyak ruang dibuka buat dirinya pada perpindahan Januari nanti namun dapat melihat beberapa potensi ketika di Old Trafford. “Untuk 60 minit kami berada di landasan betul sehingga di depan 1-0. Kami melakukannya dengan beberapa pemain dan mampu menyamai Man United sepanjang masa malah mampu di depan dengan dua gol,” kata Redknapp yang sebelum ini menyelamatkan Tottenham daripada posisi sama namun mengakui kerja di QPR lebih sukar. AFP Espanyol 0 Getafe 2 Athletic Bilbao 1 Deportivo La Coruna 1 Atletico Madrid 4 Sevilla 0 Levante 0 Barcelona 4 Produk ‘La Masia' terus gah » Barcelona gegar Levante 4-0 menerusi bekas pemain akademi Madrid S elain menyamai permulaan terbaik dalam La Liga, kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Levante, kelm a r i n t u r u t m e n j a d i kebanggaan tambahan buat kelab Catalan itu yang meraih kejayaan dengan menggunakan keseluruhan pemain daripada akademi pembangunan mereka hampir di setiap perlawanan. Selepas Martin Montoya menggantikan pertahanan Brazil, Daniel Alves pada minit ke-14, semua 11 pemain yang berada di atas padang adalah produk pembangunan akademi remaja Barca “La Masia” diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi, perancang Sepanyol, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas, yang mencari angin di Arsenal. Menakjubkan Iniesta menampilkan persembahan menakjubkan, dua kali menjadi perancangan gol Messi, mencipta peluang buat Fabregas sebelum meledak gol buat dirinya sendiri dengan Barca kini menghuni puncak liga d e n g a n m engumpul 37 mata daripada 13 perlawanan musim ini, menyamai pencapaian R e a l M a d r i d p a d a mu s im 1991-92. “Ia adalah fakta yang sepatutnya membuatkan kami bangga,” kata jurulatih Barca, Tito Vilanova yang juga produk “La Masia”. “Kerana lebih daripada tujuh atau lapan dari mereka adalah dari Catalonia.” Sebagai perbandingan, hanya dua daripada skuad yang dimiliki Real ketika ini hadir daripada akademi kelab itu iaitu penjaga gol Iker Casillas dan pertahanan Alvaro Arbeloa sambil dibimbing jurulatih Portugal, Jose Mourinho yang juga bekas penolong jurulatih di Barca. “Ia menakjubkan, lebih-lebih lagi bagi kami semua berlatih di Masia,” kata pemain tengah Xavi, yang ketika ini dianggap antara perancang terbaik generasinya. “Ia adalah bukti tambahan kepada kerja baik yang sudah kami lakukan beberapa tahun ini. (Bekas jurulatih Barca, Louis) van Gaal sebelum ini berkata impiannya adalah untuk menyaksikan 11 pemain dari akademi berada di atas padang dan hari ini ia menjadi realiti.” Reuters INFO KEPUTUSAN La Liga Sepanyol Kejutan Milan, Robinho ledak gol pertama Messi (tengah) diasak dua pemain Levante, Vicente Iborra (kiri) dan Pape Diop dalam saingan La Liga di Stadium Ciudad de Valencia, kelmarin. Milan: AC Milan meraih kemenangan mengejut 1-0 ke atas penyandang juara dan pendahulu Serie A Itali, Juventus, kelmarin di San Siro hasil penalti kontroversi yang disempurnakan pemain Brazil, Robinho (gambar) yang meledak gol pertamanya musim ini. “Saya percaya semua pemain layak untuk menang, tidak kira sama ada penalti itu harus diberikan atau tidak,” kata pengurus Milan, Massimiliano Allegri. “Selepas melihat kepada rakaman, ia nampak seperti bukan penalti. “Kami sentiasa bermain pada tahap tinggi seperti ini, sekalipun berdepan pasukan tercorot... Semua orang berkata sebelum perlawanan di Napoli kami adalah pasukan yang mati dan akhirnya kami meraih minggu yang hebat.” Ia hanya kekalahan kedua buat Juve selepas 53 perlawanan liga, selepas Mauricio Isla dikatak a n m en y e n t u h bola di kawasan pen a l t i d en g a n t an g a n seka l ipun r a k a m a n me nu n j u kkan sebaliknya. Juventus cuba bangkit namun cubaan terbaik Sebastian Giovinco gagal menghasilkan jaringan. “Kami tidak bermain sebagai satu pasukan malam ini, kami gagal untuk menggunakan corak permainan kami,” kata pembantu jurulatih Juve, A n g e l o A l e s s i o . “Apabila kamu tewas p e r l a w anan seperti i n i k am i s e n t i a s a melihat kepada masal a h ny a n amun ia hanya pemain tidak bermain seperti sepatutnya seperti kami lakukan dalam tiga atau empat perlawanan sebelum ini.” AP
27 NOVEMBER 2012 SELASA 45 SUKAN Anuar serah nasib kepada pasukan lama Kuala Lumpur: Pelumba negara, Anuar Manan (atas) ketika ini bagai ‘aur atas bukit' dengan menyerahkan nasib kepada pasukan lamanya Terengganu Cycling Team (TSG) untuk menyediakan tawaran semula selepas kontraknya bersama Champion System di Hong Kong tamat penghujung, tahun ini. Pelumba dari Kuala Terengganu itu yang berpindah ke Champion System awal tahun ini berkata, ketika ini dia sedang menunggu tawaran kontrak dari pasukan Pantai Timur itu, tatkala dia sudah meletak sasaran beraksi bersama TSG, tahun depan. “Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) sebelum ini ada menyatakan untuk menawarkan saya kembali bersama TSG,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran dua kayuhan santai sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 - Hot Ride Putrajaya (27 Januari 2013) dan Naturally Langkawi Round Island (20 Februari 2013) - di Bukit Jalil, semalam. Sasar Jelajah Asia, LTdL “Keadaan saya ketika ini agak sukar kerana sudah menolak tawaran pasukan lain termasuk Champion System. Sekarang ini saya menunggu tawaran TSG saja kerana sasaran saya adalah Jelajah Asia serta LTdL tahun depan bersama pasukan itu. “Saya meletak sasaran itu kerana percaya cabaran di Jelajah Asia lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan,” kata pelumba berusia 26 tahun itu. 4x4 Offroad Antarabangsa Malaysia sasar 1,000 penyertaan Kuala Lumpur: Bagi menghangatkan lagi Rainforest Challenge (RFC) 2012 yang memasuki edisi ke-15 tahun ini, penganjur kejohanan Cabaran 4x4 Offroad Antarabangsa Malaysia mensasarkan penyertaan kira-kira 1,000 kenderaan pada kemuncak acara di Pantai Klebang, Melaka, 1 dan 2 Disember ini. Pengasas kejohanan, Luis J A Wee berkata, ketika ini pihaknya mendapat reaksi positif penyertaan dengan 731 kenderaan tempatan dan luar negara sudah berdaftar dan jumlah itu dijangkameningkat pada kemuncak acara nanti. “Ia adalah tahun istimewa buat RFC kerana sudah 15 tahun diadakan. Kejohanan akan berlangsung dari 1 hingga 10 Disember ini dan kami mensasarkan untuk memecah rekod penyertaan sebelum ini kepada 1,000 kenderaan 4x4 dalam satu acara nanti di Pantai Klebang. Kalendar Siri Dunia “Lebih 30 negara seperti dari Indonesia, Vietnam, Poland, Russia sudah mengesahkan penyertaan,” kata Luis kepada media selepas menerima tajaan dua buah kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd sebagai kenderaan rasmi, semalam. “Kami juga mengharapkan kejayaan kejohanan kali ini bakal merealisasikan harapan kami iaitu untukmelihatRFCmemasuki kalendar Siri Dunia pada tahun depan sekali gus membawa banyak penyertaan dari luar datang ke Malaysia.” Turut hadir pada majlis penyerahan tajaan itu ialah Presiden RFC, Datuk Razali Idris dan Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Ang Bon Beng. Podium di Qatar sandaran Fitri ‘tawan' Batu Kawan Dua kayuhan santai rancak promosi LTdL » Hot Ride Putrajaya, NLRI bakal diperkenal Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bharian.com.my Kuala Lumpur B agi merancakkan lagi promosi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, dua kayuhan santai bakal dianjurkan seawal Januari tahun depan iaitu Hot Ride Putrajaya pada 27 Januari dengan disusuli Naturally Langkawi Round Island (NLRI) yang julung kali dianjurkan, bermula 20 Februari 2013. Kayuhan santai yang bermula di Putrajaya itu bakal memperlihatkan dua bentuk kayuhan iaitu sejauh 60 kilometer di sekitar pusat pentadbiran negara dengan menggunakan basikal lebuh raya dan 20 kilometer untuk kayuhan basikal pelbagai seperti MTB, fixie atau pun basikal lipat. “LTdL adalah milik seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan kepada jelajah ini sejak diperkenalkan pada 1996. Jadi seharusnya, mereka tidak melepaskan peluang untuk menyambut edisi ke-18 ini di samping meluangkan masa beriadah dan berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2013, Emir Abdul Jalal pada sidang media selepas pelancaran dua kayuhan santai itu di Bukit Jalil, semalam. Setiap peserta yang ingin menyertai kayuhan di Putrajaya perlu membayar RM60 dan akan menerima baju-T Hot Ride, nombor basikal dan sijil penyertaan untuk mereka yang menamatkan kayuhan. 10 peringkat Bagi kayuhan NLRI, Emir berkata, penganjurannya adalah bagi menyokong penjenamaan ‘Naturally Langkawi' seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, barubaru ini selain menyaksikan ‘kepulangan' kejohanan berkenaan ke Langkawi. Borang penyertaan untuk kedua-dua kayuhan boleh dimuat turun daripada laman web LTdL dan Facebook komuniti berbasikal. LTdL 2013 bakal membuka tirainya 21 Februari tahun depan, membabitkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 1466.6 kilometer bermula laluan dari Kangar ke Kulim. Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini. Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara. Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perl umbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s. Bakar semangat Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s. “Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas,” kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak denganKejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya. Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini. Fitri tak sabar hadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.
27 NOVEMBER 2012 SELASA 3 Taksub jadi calon musnahkan parti » Dorong tindakan sabotaj jika tidak dipilih Oleh Nazura Ngah dan Fatin Hafizah Mohd Shahar bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur S ikap ahli UMNO yang terlalu ghairah dan berasakan diri paling layak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh memusnahkan parti itu. Malah, tindakan mereka untuk melakukan apa saja bagi meraih perhatian pucuk pimpinan termasuk melobi, mengumpul sokongan dan kroni juga dikhuatiri akan mewujudkan unsur sabotaj jika tidak dipilih. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, mengingatkan tindakan ahli mengetepikan semangat parti untuk kepentingan diri akhirnya akan merugikan UMNO sendiri. Katanya, keadaan itu lazimnya disaksikan setiap kali menjelang pilihan raya sehingga memesongkan semangat sebahagian kecil ahli mahupun pemimpin yang lebih mementingkan untuk menjadi calon daripada memberi sumbangan untuk menguatkan parti. Beliau berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2012 harus menjadi pentas untuk ahli parti menumpukan usaha menggembleng semula semangat, memperbetulkan kesilapan dan memperkuatkan jentera di peringkat akar umbi supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapatmemulihkan kedudukan pada pilihan raya umum akan datang. Akur keputusan “Saya rasa semangat UMNO memang kuat, tetapi apabila menje lang pi l ihan raya umum, kadangkala ada antara kita terpesong kerana akan ada individu yang lebih pentingkan untuk menjadi calon daripada menguatkan parti. “Jika terlalu ghairah menjadi calon, kita lupa kita tertakluk kepada disiplin parti, disiplin parti kata kalau pucuk pimpinan memilih calon, maka kita harus patuh pada pilihan yang dibuat. “Kalau calon dipilih menggunakan simbol UMNO dan BN, maka kita bertanggungjawab untuk sokong sepenuhnya calon itu, suka atau tidak, itu bukan kerja kita, kita harus ketepikan perasaan peribadi dan pasti calon kita menang,” katanya kepada BH, semalam. Kurangkan undi parti Bekas Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, berkata keghairahan individu menjadi calon akan menyebabkan mereka mencari pelbagai sebab untuk memastikan pihak yang dipilih pucuk pimpinan tidak menjadi calon atau tidak akan mendapat sokongan. Katanya, tindakan itu dengan sendirinya akan mengurangkan undi untuk parti dan kemungkinan kerusi itu menyebabkan parti kalah dan gagal membentuk kerajaan. “Jika calon Parlimen dan kita tidak sokong, kemungkinan kerusi itu yang menyebabkan kita tidak mendapat majoriti dua pertiga dan jangan lupa semua ini ada kesan kepada kedudukan kita sebagai parti yang hendak menubuhkan kerajaan,” katanya. Kita dapat melihat bagaimana Perdana Menteri menerusi laman sosial Twitter sentiasa mendekati hati generasi muda. Malah, Pemuda UMNO juga melakukan pelbagai inisiatif bagi bersama mencari penyelesaian terhadap masalah mereka” Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Orang muda tak pernah dipinggir Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia tidak pernah meminggirkan pandangan generasi muda, sebaliknya sentiasa memberi perhatian kepada suara mereka. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) turut mengambil kira pandangan orang muda dalam proses transformasi politik yang dilaksanakan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Fahami kebimbangan Beliau berkata, BN memahami segala kebimbangan yang disuarakan golongan itu, khususnya membabitkan pembangunan kerjaya, ekonomi, politik dan sistem perundangan negara. “Suara golongan ini tidak boleh dipinggirkan begitu saja oleh parti politik kerana di Malaysia hampir 49 peratus pengundi adalah generasi muda. “Kita dapat melihat bagaimana Perdana Menteri menerusi laman sosial Twitter sentiasa mendekati hati generasi muda. Malah, Pemuda UMNO juga melakukan pelbagai inisiatif bagi bersama mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Tak perlu ubah kerajaan “Oleh itu, generasi muda tidak perlu mengubah kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana kerajaan sentiasa membuat perubahan,” katanya berucap sebagai Ahli Panel Forum Anta rabangsa UMNO 2012 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC di sini, semalam. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Perhubungan Antarabangsa Al-Fatah Palestin, Dr Abdullah MI Abdullah, pula berkata negaranya kini berdepan cabaran mendidik generasi muda mengenai usaha menyelesaikan konflik dengan Israel secara damai. Bagaimanapun, beliau menjelaskan usaha itu sukar dilakukan secara pantas kerana proses rundingan damai yang dicadangkan Palestin kerap ditolak Israel. Ahli Kanan Majlis Eksekutif Kebangsaan Pergerakan Demokratik Wiper Kenya, Victor Swanya Ogeto, berkata pemimpin perlu bergerak ke depan dengan bersedia menerima pelbagai pandangan. “Kita boleh mengambil contoh Wawasan 2020 yang diilhamkan Malaysia dan Visi Kenya 2030 untuk membasmi kemiskinan, selain merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin di samping menentang rasuah," katanya. Kuala Lumpur: Seramai 5,447 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Ke-66 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, bermula hari ini hingga Sabtu ini. Majlis dimulakan dengan Taklimat Presiden secara tertutup petang ini. Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dijangka memberi amanat kepada perwakilan. Difahamkan, antara tumpuan amat itu nanti adalah persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Malam ini pula, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti perhimpunan penuh, esok. Perhimpunan Agung UMNO 2012 dimulakan secara rasmi pada Khamis hingga Sabtu serta tumpuan perwakilan pastinya terarah kepada ucapan dasar Presiden pada majlis perasmiannya Khamis ini. Perhimpunan kali ini meliputi 2,759 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO. serta masing-masing 991 perwakilan bagi Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri. 5,447 wakil hadiri sidang Petugas melakukan persiapan terakhir di Dewan Merdeka sempena perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bermula esok di PWTC, Kuala Lumpur. [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Pelukis, Ismail Embong memberi sentuhan terakhir kepada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, PWTC, semalam. [ F O T O E f f e n d y Rashid/BH] NASIONAL
SELASA 27 NOVEMBER 2012 4 NASIONAL Mercy Malaysia aktifkan semula tabung Palestin Dasar keluar caruman kekal » KWSP belum naikkan usia had pengeluaran caruman Sedia jemput wakil negara kongsi idea OLeh Faiza Zainudin, Haspaizi Mohd Zain dan Nor Fariza Ramlan bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur D asar Kumpulan Wang S impanan Peke r j a (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan semua simpanan saraan pada umur 55 tahun kekal buat masa ini. Selaras usia persaraan baru Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pelbagai cadangan untuk menaikkan umur bagi pengeluaran penuh sebelum ini adalah selaras dengan pelaksanaan umur persaraan minimum pada usia 60 tahun. “Ini adalah selepas Akta Umur Persaraan Minimum 2012 sudah diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu dan dibentangkan di Dewan Negara pada 16 Julai lalu. “Oleh kerana Skim KWSP adalah suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja, maka saya kira wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kerana tujuannya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan dan tanggungan sara hidup apabila tidak bekerja,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu). Idris ingin mengetahui sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran KWSP keseluruhan pada usia 60 tahun berbanding usia persaraan 55 tahun dan apakah rasional kerajaan memperkenalkan usia pengeluaran pada usia 60 tahun. Maka saya kira wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kerana tujuannya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan” Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan Kuala Lumpur: Mercy Malaysia semalam mengaktifkan semula Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin bagi memenuhi keperluan mendesak beberapa hospital di wilayah konflik itu. Hospital Al Shifa yang juga hospital terbesar di Gaza, dikatakan mengalami kekurangan kritikal bekalan ubat-ubatan bagi merawat mangsa yang cedera berdasarkan laporan wakilnya di Gaza, Dr Khamis Elessi. Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata pihaknya memantau perkembangan di Gaza dan Dr Khamis yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Al Shifa memaklumkan bekalan ubatan kecemasan kini berkurangan. Katanya, bekalan ubat-ubatan di Hospital El Wafa di selatan Gaza yang dibantu Mercy Malaysia sejak 2009 juga berdepan situasi sama. Dana beli ubat-ubatan “Dana akan digunakan untuk bekalan ubat-ubatan di Hospital El Wafa ketika krisis dan meneruskan projek sedia ada. “Mercy Malaysia juga melihat kemungkinan untuk meluaskan bantuan kepada hospital lain di Gaza City,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook Mercy Malaysia, semalam. Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 22 November lalu selepas konflik lapan hari menyaksikan 162 rakyat Palestin mati akibat serangan udara rejim selain lima penduduk Yahudi turut terbunuh. Persetujuan itu dicapai selepas Mesir sebagai orang tengah bersama Amerika Syarikat, dengan sokongan pemimpin dunia lain, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga menggesa sekatan ke atas Gaza yang didiami 1.7 juta penduduk Palestin dihentikan. Mereka boleh menyumbang menerusi akaun MAYBANK (MERCY HUMANITARIAN FUND, nombor akaun: 5621-7950-4126, ABA Swift Code: MBBEMYKLA) atau CIMB Bank (MERCY Malaysia, nombor akaun: 1424-000-6561053, ABA Swift Code: CIBBMYKL) atau sumbangan melayari www.mercy.org.my. Dari muka 1 Permaisuri Agong serah sumbangan Raja Pemaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena majlis berkhatan anjuran Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah dan MSAR Group Berhad. di Alor Setar, semalam. [FOTO LIM POH CHIN/BH] “Malaysia adalah negara aman contoh yang banyak mencapai kemajuan. Banyak boleh dipelajari daripada Malaysia. “Saya akan menjemput pihak dari Malaysia seperti Khairy Jamaluddin (Ketua PemudaUMNO) untuk berkongsi pengalaman mendekati belia dan memberi perhatian serius kepada suara golongan itu, termasuk membabitkan soal dasar. “Penyelesaian konflik secara aman sangat penting. Peperangan hanya membawa kemusnahan, kematian, penderitaan dan kesedihan, tiada pembangunan, aktiviti, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Lihatlah peperangan di Darfur dan Somalia,” katanya Cermin imej Malaysia Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim berkata, Forum Antarabangsa UMNO jelas melangkaui perspektif politik domestik untuk mencerminkan imej Malaysia menghormati ummah serta menunjukkan persahabatan dalam hubungan asing. “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang pengamal transformasi. “Saya juga mengambil perhatian dengan minat terhadap pendekatan kesederhanaan beliau dalam menangani krisis pada mesyuarat pemimpin dalam Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini. Puji keterbukaan Kabinet “Kita boleh terima pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN sebagai relevan kepada forum ini,” katanya sambil menegaskan UMNO boleh dipuji secara terbuka atas keputusan Kabinet memberi sokongan untuk Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina. Naib Presiden Partai Demokrat, Indonesia, Max Sopacua, pulamenyifatkanNajib sebagai pentadbir kerajaan yang baik kerana melaksanakan pelbagai langkah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini. Max Sopacua Assoumana Malam Issa
SELASA 27 NOVEMBER 2012 8 NASIONAL ‘Doa PAS Johor lain' » Situasi politik berbeza, mahu tarik golongan muda Kerajaan Selangor didakwa sekat usaha SYABAS Kelantan tumpu bina apartmen Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan kini menumpukan pembinaan apartmen sederhana mewah dan mewah berharga antara RM100,000 hingga lebih RM1 juta di bandar ini berbanding rumah mampu milik untuk rakyat. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata ini berikutan peningkatan kuasa beli rakyat di negeri ini terhadap pembelian pemilikan kediaman seumpama itu termasuk apartmen. Kuasa membeli meningkat “Saya rasa tidak menjadi masalah membina banyak apartmen di Kota Bharu kerana kuasa membeli kediaman seperti itu sudah meningkat di Kelantan dan untuk rakyat biasa, mungkin tidak dapat (mendiami kediaman) di tengah bandar ini. “Kerajaan negeri serta pemaju mendapati tidak ekonomi lagi untuk membina rumah secara sebuah, selain mendapati konsep seperti apartmen ini sudah mendapat tempat di kalangan pengguna,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Hotel Apartment Embunuri@Sireh di Seksyen 18, Kampung Sireh, di sini, semalam. Beliau menyatakan demikian ketika ditanya ada pembinaan apartmen yang semakin banyak di bandar ini akan memberi kesan kepada rakyat biasa, terutama berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. BN Melaka tak iktiraf Sit Har Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail smohd@bharian.com.my Johor Bahru P AS Johor menolak doa kehancuran UMNO daripada dibacakan ketika perhimpunan penyokong pakatan pembangkang yang dirancang mereka pada 1 Disember ini. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata doa itu tidak sesuai dengan strategi menarik sokongan pengundi negeri ini, khususnya orang Melayu dan pengundi muda. Katanya, Johor yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) memerlukan pendekatan lebih berhemah. “Pada majlis sebelah malam ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, kita akan adakan solat hajat tapi mungkin kita tidak buat doa kehancuran UMNO seperti yang dibuat ketika di Kelantan. “Situasi di Kelantan berbeza, di sana (Kelantan) kedua-dua parti politik sama kuat. PAS kuat dan BN pun kuat, di Johor kita hendak mencari undi termasuk pengundi daripada ahli BN,” katanya di sini semalam. Beliau berkata demikian pada sidang media Himpunan KebangkitanRakyat yang akan diadakan di Dataran Rakyat Parit Raja, Batu Pahat 1 Disember ini. Mahfodz berkata, tekanan yang diterima di Kelantan dan Johor berbeza, itu antara sebab mengapa doa kehancuran tidak sesuai diadakan di kubu kuat BN itu. Pada masa sama, katanya, pakatan pembangkang di Johor hampir memuktamadkan agihan kerusi yang ditandingi oleh parti dalam pakatan itu. Beliau berkata, PAS yang bertanding pada 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum 2008, akan mengurangkan jumlah itu kepada 29 dengan menyerahkan lima lagi kerusi kepada PKR dan DAP. Bukti kesepakatan parti “Langkah ini sebahagian daripada pendekatan yang membuktikan wujud kesepakatan dan kerjasama antara semua parti dalam pakatan pembangkang di Johor,” katanya. Mahfodz turut mendedahkan yang semua bakal calon PAS kini mula mendekati rakyat, khususnya pengundi di kawasan masing-masing. Katanya, pendekatan itu antara lain dibuat menerusi pengendalian operasi pusat aduan rakyat di kawasan masing-masing. Shah Alam: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional di Selangor mendakwa kerajaan negeri menyekat usaha Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) di negeri itu sejak 2009. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Sulaiman Abdul Razak, berkata kerajaan negeri menyekat perbelanjaan modal (Capex) mengakibatkan syarikat konsesi air berkenaan tidak mampu melaksanakan kerja penyelenggaraan untuk mengurangkan kadar NRW. Bekukan semua Capex “Kerajaan negeri membekukan semua Capex yang mengkhususkan kepada kerja pemulihan paip NRW sejak 2009. “Justeru, kerajaan negeri tidak boleh menyalahkan SYABAS atas kegagalan mengurangkan NRW, tetapi sepatutnya ditanggung oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini, semalam. Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Karim Mansor (BN-Tanjung Sepat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui perjanjian antara SYABAS, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, SYABAS perlu mengurangkan kadar NRW kepada paras 27 peratus pada 2009, 19 peratus pada 2012, dan sebanyak 15 peratus pada 2015. “NRW yang dicapai pada 2012 ialah sebanyak 32.6 peratus. Apa yang jelas, SYABAS tidak fokus kepada apa yang dipanggil ‘water resources management',” katanya. Dewan turut menjadi tegang seketika apabila Khalid menuduh Sulaiman sebagai wakil SYABAS ketika bangun untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu NRW di Selangor. BERNAMA Melaka Tengah: Barisan Nasional (BN) Melaka tidak lagi mengiktiraf Datuk Kian Sit Har sebagai Ketua Wanita MCA negeri. Ini susulan tindakan beliau menyertai demonstrasi anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, kelmarin. Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan Sit Har itu sudah melampau. “Ini kali kedua dia berbuat demikian selepas menyertai demonstrasi Bersih di Dataran Pahlawan pada Mei lalu. Bagi saya dia bukan Ketua Wanita MCA Melaka lagi... kita tak iktiraf beliau. Dia ibarat dah tak ada dalam BN. “Bergerak sendirian lone ranger, cari publisiti murah... ambil gambar bersama pemimpin oportunis.. satu sen tak guna dan tak laku dalam BN. Beliau ambil gambar dengan Lim Kit Siang supaya dapat keluar akhbar, itu saja kerjanya,” katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam. Beliau mengulas penyertaan Sit Har pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka yang dianjurkan pembangkang, kelmarin. Beberapa laman blog semalam turut menyiarkan gambar menunjukkan pemimpin Wanita MCA Melaka itu berpakaian hijau dan bersalaman dengan pemimpin DAP. Mei lalu, Mohd Ali meminta Sit Har melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA Melaka kerana terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih di Dataran Pahlawan, dekat sini. Tekanan yang diterima di Kelantan dan Johor berbeza, itu antara sebab mengapa doa kehancuran tidak sesuai diadakan di kubu kuat BN itu” Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor PM, TPM hadir majlis resepsi anak Nong Chik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman makan semeja dengan pasangan pengantin, Raja Farhana Raja Nong Chik, 26, dan Mohd Ary Zulkarnain Zainal Abidin, 26, pada majlis resepsi perkahwinan anak sulung Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur, malam tadi. [FOTO SAIFULLIZAN TAMADI/BH] FF
27 NOVEMBER 2012 SELASA 15 NASIONAL FAKTA NOMBOR RM40 juta kos bina Malaysia Eye ‘Bapa sanggup jual motosikal' » Penerima Anugerah Naib Canselor UiTM balas pengorbanan Oleh Norrasyidah Arshad bhnews@bharian.com Shah Alam “B apa sanggup jual motosikalnya untuk saya masuk universiti dan kini saya balas pengorbanan itu dengan menghadiahkan pula anugerah kecemerlangan akademik kepadanya”. Bagi Suziyanah Ahmad, 23, pengorbanan bapanya, Ahmad Pandi akan terus dikenang kerana ia turut menyuntik semangatnya sehingga berjaya meraih Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini semalam. Pelajar Fakulti Perakaunan yang lulus cemerlang peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (SCCA) pada setiap semester itu, menerima anugerah berkenaan daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Abdul Rahman Arshad. Tampung yuran “Saya masih ingat bapa terpaksa menjual motosikalnya semata-mata bagi menampung yuran pengajian ketika saya melangkah kaki ke menara gading,” kata anak peneroka FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi itu. Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut berterima kasih kepada kerajaan serta FELDA yangmenghadiahkan durian runtuh RM5,000 kepada generasi kedua FELDA melalui fasa ketiga awal bulan lalu dan akan menggunakan wang berkenaan untuk membuat persiapan melangkah ke alam pekerjaan di sebuah firma audit, bulan depan. Pada majlis sama, tiga rakan serumah, Ibrahim Mohd Saleh, Muhd Hanis Afiq Bahari dan Mohamad Aizat Abd Hadi, semua berusia 19 tahun, turut menerima Anugerah Naib Canselor bagi Kursus Profesional Perakaunan Persatuan Akauntan Bertauliah (CATSCCA). Ulang kaji bersama Ibrahim berkata, mereka sering mengulang kaji bersama setiap kali menjelang peperiksaan serta menyiapkan tugasan, malah menyifatkan hubungan dengan dua rakannya seperti adik beradik. “Untuk jimat belanja kami makan di rumahdengan tugas memasak diserahkan sepenuhnya kepada Afiq,” katanya yang tetap akan tinggal serumah apabila menyambung pengajian peringkat ijazah profesional SCCA, tahun depan. Malaysia Eye operasi April depan Melaka Tengah: Struktur roda gergasi ke13 tertinggi dunia yang dibangunkan di Pulau Melaka di sini, dengan kos RM40 juta, dijangka beroperasi April depan. Dikenali dengan nama Malaysia Eye, projek terbabit dibangunkan The Eye Sdn Bhd bagi menggantikan EyeOnMalaysia di muara Sungai Melaka yang ditamatkan perkhidmatannya pertengahan 2010. Struktur baru berkenaan bakal dilengkapi 54 gondola berhawa dingin bagi memberi keselesaan kepada pelanggan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meninjau projek itu bersama Pengurus The Eye Sdn Bhd, Alica Tan, semalam, berkata bagi menjadikan produk terbabit antara yang terbaik, ia akan turut dilengkapi sebuah taman tema air dan taman cahaya. “Projek pada peringkat menanam cerucuk. Kita sasarkan struktur gondola dipasang bermula Februari depan dan insyaAllah, pembinaannya dijadual siap sepenuhnya menjelang cuti sekolah penggal pertama akan datang,” katanya. Penerima Anugerah Naib Canselor UiTM, Farah Othman (kiri) dan Suziyanah melihat sijil penghargaan pada Majlis Konvokesyen UiTM ke-77 di Shah Alam, semalam. [FOTO ADIB RAWI YAHYA/BH] THE ASEAN – INDIA CAR RALLY 2012 25 November - 20 Disember Laman-laman web berikut juga boleh diakses untuk maklumat lanjut mengenai India-ASEAN Car Rally 2012: www.aseanindia.com / www.indianhighcommission.com.my Rangkaian Media Sosial : facebook.com/aseanindia, twitter.com/aseanindia, youtube.com/aseanindia, flickr.com/aseanindia, foursquare.com/asean RALI KERETA ASEAN - INDIA 2012 ADVERTORIAL B ersempena Ulang Tahun Peringatan Ke-20 Perkongsian Dialog ASEAN-India, Kerajaan India berkerjasama erat dengan negara-negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN menganjurkan Rali Kereta ASEAN-India Ke-2 dari 25 November hingga 20 Disember 2012. Setiap negara yang mengambil bahagian, termasuk India dan Malaysia, masing-masing akan menghantar dua buah kereta bagi menyertai Rali Kereta ini, yang akan berlepas dari Yogyakarta, Indonesia pada 26 November 2012. Sebanyak 31 kereta yang dipandu oleh para peserta rasmi dari 11 negara, termasuk India akan bergerak melalui Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Republik Laos dan Myanmar sebelum memasuki India, dengan jumlah jarak merangkumi 7,816 kilometer dalam masa 23 hari. Rali kereta India-ASEAN, yang akan melalui Malaysia pada 28 dan 29 November 2012, akan menjana kesedaran awam mengenai hubungan India-ASEAN dan menggalakkan perhubungan, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan rangkaian individu antara India dan negara-negara anggota ASEAN. 31 buah kereta (XUV 500) yang dibekalkan oleh Mahindra & Mahindra (M&M), India akan memasuki Malaysia dari Singapura pada pagi Rabu, 28 November 2012. Kereta-kereta itu boleh dilihat di Putrajaya dari jam 4.30-6 petang pada hari sama sebelum bertolak ke Ipoh. Selepas berhenti untuk bermalam di Ipoh, rombongan kereta tersebut akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand pada pagi Khamis, 29 November 2012. Rali Kereta India-ASEAN akan berakhir pada satu majlis rasmi di New Delhi, India pada Khamis, 20 Disember 2012 dengan dihadiri Perdana Menteri India dan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan sepuluh negara ASEAN. Sidang Kemuncak ASEANIndia Kesambungan akan dianjurkan oleh Gabungan Industri India (CII) dengan kerjasama Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) di Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 29 November 2012. Mesej dari Perdana Menteri India Hubungan kukuh antara tamadun, jalinan manusia pelbagai latar belakang dan peluang komersil luas menyokong sinergi sebenar perkongsian India dengan ASEAN. Selama lebih dua dekad selepas pelancaran dasar “Pandang ke Timur” India, senario politik dalam hubungan kita juga berkembang, bermula dengan Perkongsian Dialog dan diperkukuhkan dengan pertemuan tahunan di peringkat Kemuncak. Pembangunan perkongsian India dengan ASEAN menyumbang ke arah pembinaan ruang dan integrasi serantau, manakala kerjasama kita dalam menyahut cabaran keselamatan mengukuhkan keamanan dan kestabilan kita. Hari ini, India amat beruntung menjadi sebahagian daripada evolusi dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan yang sedang berlaku di rantau ini. Saya amat berbesar hati kerana Gabungan Industri India menganjurkan Rali Kereta ASEAN-India bagi mempromosikan kesedaran, penerokaan dan persefahaman bersama. Dalam pengembaraan merentasi beberapa negara ASEAN, rali ini akan merapatkan manusia daripada pelbagai latar belakang di India dan ASEAN, sekaligus mengukuhkan kembali hubungan fizikal dan emosi yang telah lama terjalin antara dua wilayah ini. Rali ini juga berperanan merapatkan jarak yang telah kita harungi di samping meraikan ulang tahun ke-20 Perkongsian Dialog kita serta sedekad Sidang Kemuncak India-ASEAN. Selain itu, rali ini juga merupakan pembuka tirai kepada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India yang akan dihoskan oleh India di New Delhi pada Disember tahun sebagai mercu permulaan baru hubungan antara kita. Saya menghargai usaha CII atas inisiatif yang mereka lakukan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada misi Rali Kereta ini dalam perjalanan mereka. (Manmohan Singh) New Delhi 10 Oktober 2012
27 NOVEMBER 2012 SELASA 25 RENCANA Kaedah berkesan tangani konflik S ebelum melepaskan jawatan dalam UMNO dan kerajaan, seorang tokoh berpesan: “Jagalah UMNO baik-baik. Jangan sampai lupakan akar umbi di luar bandar!” Ungkapan lebih dua dekad lalu itu sepatutnya menjadi pedoman kepada 3.2 juta ahli UMNO di seluruh Malaysia. Hari ini parti umat Melayu bersidang lagi. Harapan pemimpin dan perwakilan membawa mesej yang hampir sama. UMNO perlu kekal untuk Melayunya dan dengan akar umbi. Sebarang usaha melupakan akar umbi akan membawa padah kepada UMNO. Sejak penubuhan pada 11 Mei 1946, UMNO sentiasa dilihat untuk Melayu. Sejarah mentakdirkan UMNO parti Melayu yang kekal berkuasa sejak 55 tahun lalu. Sejarah juga yang merakamkan kesepakatan, pengorbanan dan semangat menentang Malayan Union sebagai paksi kekuatan bangsa yang tidak ternilai. Namun, sejarah juga yang mencatatkan UMNO bergelora apabila ahlinya berpecah selepas pemilihan parti 1987 kerana pertandingan jawatan presiden antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Dr Mahathir menang dengan majoriti 43 undi tetapi beliau tidak menang sepenuhnya. Razaleigh juga tidak kalah sepenuhnya. UMNO berpecah dan masalah parti dibawa ke mahkamah. UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988 di bawah Akta Pertubuhan. Sejak itu UMNO dewasa bersama masalah dalaman untuk menguji kekuatan jiwa ahli dan pemimpinnya. Kaya dengan kepelbagaian Sebagai antara parti yang paling lama berkuasa di dunia, UMNO sentiasa kaya dengan kepelbagaian. Kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) meletakkan Melayu di antara pemain penting dalam pentadbiran dan sektor perusahaan. Kuala Lumpur yang dulunya dianggap milik pihak lain berubah wajah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kita wajar berterima kasih kepada sejarah kerana menjadikan rusuhan kaum membentuk Melayu moden yang lebih ampuh dalam pelbagai bidang. Sekitar 1980-an dan 1990-an, kewujudan usahawan Melayu agak drastik walaupun gagal memenuhi sasaran 30 peratus DEB. Kewujudan istilah Melayu baru memberi tafsiran lebih meluas. Melayu baru sepatutnya yang berilmu, berminda taraf dunia dan tauke korporat yang tahan ujian. Ada yang berjaya dan ramai juga gagal. Lebih malang, istilah Melayu baru dikaitkan pula dengan politik wang. Lebih mengecewakan, segelintir ahli UMNO dikaitkan dengan wang untuk menjadi ketua cawangan, perwakilan bahagian dan menjadi ahli majlis tertinggi parti. Cita-cita menghayati akar umbi sentiasa dibayangi keperluan lain sehingga ada tohmahan UMNO bukan lagi milik petani, nelayan dan penoreh getah. Seorang tokoh secara sinis menggelarkan Desawan Joe bukan lagi berkain dan berbaju Melayu, bahkan bergaya moden dengan kenderaan mewah di Kuala Lumpur. Imej UMNO sebagai parti kampung secara evolusi menjadi milik korporat dan usahawan pasca DEB. Jika dulu perwakilan UMNO guru lulusan maktab perguruan kini bertukar kepada jutawan muda yang mempunyai ribuan lot saham di Bursa Malaysia. Suara keramat UMNO sentiasa disangsi walaupun masih ada yang berhati luhur membela Melayu luar bandar. Cabaran terbesar Cabaran terbesar UMNO berlaku pada 2 September 1998 apabila pergolakan dalaman membabitkan isu moral seorang pemimpinnya. Pemuda UMNO ketika itu hampir lumpuh apabila ramai tokoh berpindah kem dan mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti. Media baru menjadi wadah lebih canggih dan eksklusif melaporkan masalah dalaman. Persidangan kali ini sepatutnya dilakukan usaha mengukuhkan perpaduan Melayu. Lihatlah masalah rakyat dan dekatilah akar umbi. Jika UMNO mahu dipandang gah untuk sekian lama, ahli dan pimpinan perlu wujudkan saf yang kukuh bagi membina benteng parti. Tradisi intelektual dan muafakat yang sudah lama tertanam di jiwa Melayu perlu disemarakkan. Lebih penting,UMNO jangan sekadar melihat dirinya di bandar. Desawan Joe perlu menjenguk ke desa, mengenal akar umbi dan menterjemahkan perjuangan dalam bentuk baru. Semangat dan rohUMNOperlu kekal. Lebih penting tradisimembela rakyat perlu tersemat di hati pemimpinnya agar sebahagian Melayu tidak menjauhkan UMNO lagi! Mendekati akar umbi teras kekuatan UMNO P erubahan yang dialami dunia kini tentu memerlukan pendekatan baru dalam penyelesaian konflik sebagai alternatif kepada peperangan atau tindakan bersemuka yang boleh mencetuskan perbalahan. Konflik boleh berlaku di mana saja dan tidak dapat dielakkan dalam mana-mana masyarakat atau negara. Namun, untuk menyatakan konflik boleh dielakkan sepenuhnya adalah mustahil. “Tapi kita perlu menguruskan konflik dengan sebaik mungkin agar ia tidak menimbulkan porak-peranda. Atas sebab demikianlah, maka pada hari ini pimpinan kita mengambil pendekatan wasatiyah,” kata Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah, Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Beliau berkata, perbezaan pandangan serta kepentingan harus diuruskan sebaik mungkin supaya timbul suasana produktif dan bukan kemusnahan. “Pepatah Melayu ‘bersilang kayu di bawah tungku, di sana api mahu dinyalakan' adalah manifestasi yang menunjukkan masyarakat Melayu dari dulu sudah memahami dan menerima perbezaan yang wujud sebagai realiti dalam kehidupan,” katanya. Dr Firdaus mengulas ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Forum Antarabangsa Ketiga bertajuk ‘Konflik dan perdamaian dalam politik rakyat – menoleh ke belakang atau memandang ke depan' sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Budayakan keamanan Dalam ucapannya, Perdana Menteri mahukan budaya keamanan dan bukannya konflik, disebarkan dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Beliau menegaskan jika masyarakat ingin melepaskan diri daripada belenggu konflik dan mengorak langkah baru dalam kehidupan mereka, anggotanya perlu diterapkan dengan budaya keamanan. Dr Firdaus berpendapat konflik sememangnya tidak dapat dihapuskan, tetapi semua pihak hendaklah menyedari salah satu cara menguruskan konflik itu, yang mempunyai potensi kemusnahan, ialah dengan memberinya idea baru. “Pada zaman dulu orang Melayu menggunakan kebijaksanaan dalam menguruskan konflik dan ia diamalkan secara naluriah sejak merdeka. Perbezaan pendapat dan kepentingan memang wujud dalam masyarakat berlainan latar belakang seperti di Malaysia. Bagaimana perbezaan itu diuruskan adalah kelebihan yang ada dalam kalangan pemimpin di negara ini,” katanya. Beliau berkata, kita kini menggunakan istilah seperti wasatiyah atau kesederhanaan iaitu perbendaharaan baru dalam bahasa Melayu tapi pendekatannya seperti pada zaman kemerdekaan. Katanya, rahsia kejayaan Malaysia ialah kesediaan kita berkongsi dan mengiktiraf kepentingan orang lain tanpa mengorbankan kepentingan sendiri. Dari segi realitinya, dalam masyarakat majmuk, penduduk berlainan kaum seperti Melayu, Cina dan India tentu mempunyai kepentingan masingmasing yang berpotensi mencetuskan konflik jika tidak ditangani dengan baik. Sementara itu, Timbalan Presiden (Ketua Umum 1) Partai Demokrat Indonesia, Max Sopacua, berkata negara berkenaan ingin menimba pengalaman Malaysia dan UMNO dalam usaha mentadbir dan menyelesaikan konflik dengan baik. Contohi UMNO “Langkah UMNO harus dicontohi oleh negara lain termasuk Indonesia. UMNO sudah sukses selama lebih 60 tahun. Itu satu acuan atau model politik masa depan. Ini bersangkut dengan kesedaran berpolitik. “Saya minta pidato Najib dibukukan dibukukan dan diberi kepada delegasi,” katanya yang menyertai 23 wakil parti berkenaan ke forum antarabangsa tersebut. Beliau yakin semua parti politik yang hadir pada forum antarabangsa itu semalam akan kembali membawa bersama model perdamaian disyorkan Najib. “Banyak negara yang sedang berkonflik termasuk Syria memerlukan satu sistem bagi mengorak langkah ke arah perdamaian. Peperangan hanya membazir wang dan membuang masa. “(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga menyatakan perang tidak bagus dan semua negara yang sedang menghadapi konflik hendaklah mengadakan rundingan,” katanya merujuk pidato Dr Mahathir pada majlis makan tengah hari bersama peserta forum semalam. “Renungi apakah kita hendak menoleh ke belakang atau memandang ke depan, seperti tajuk forum ini,” katanya. Wasatiyah diamalkan Melayu sejak dulu Pada zaman dulu orang Melayu menggunakan kebijaksanaan menguruskan konflik dan ia diamalkan secara naluriah sejak merdeka” Dr Firdaus Abdullah, Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu
.
Retrieve your Password
Enter the e-mail address given at registration,
your login data will be sent at that address:
Privacy Policy
Personal Information.
In order to process your application for NSTP Group E-Paper Application Service we would need to collect your Personal Information to determine your identity and for record purposes. You need to provide information such as name, billing and permanent address, email address, phone, fax and other information. You would also need to provide your credit card number and all related information for billing purposes. From time to time, we may request further information. As and when you use other services and/or participate in contest, you would need to give further details. All request and communication will be kept and recorded. Information such as IP address, computer's name, web browser information, tracking and statistical information and other general log information may be taken automatically. We may not be able to provide service(s) that we otherwise would if certain information is not provided. Cookies may be used to identify any subscriber as a visitor and/or customer to our website for various purposes to upgrade and improve our services. We may also allow our partners and/or third parties permitted to upload content to set their own cookies wherein it will be subjected to their own privacy policies of such parties. Personal Information may be disclosed under the following circumstances:- i. In the event third parties perform functions on our behalf; ii. In the event such information or any additional information is requested by publishers of third party products available in NSTP Group E-Paper Application Service iii. To protect our Intellectual Property and other rights iv. If we believe you are interfering, violating and/or misusing the NSTP Group E-Paper Application Service v. If we believe that you are abusing other users of the NSTP Group E-Paper Application Service vi. Where we are required by law to provide such information. vii. If there are changes to the ownership of the Company and/or sale of business or part thereof. We will not disclose your Personally Identifiable Information to unaffiliated third parties without your express consent except in the under noted circumstances: (i) When we employ other companies to perform functions on our behalf, such as fulfilling orders, providing customer service, sending mail, processing credit card payments, processing currency conversions, or other functions necessary to our business. (ii) If publishers of the products available through NSTP Group E-Paper Application Service request additional Personally Identifying Information from us. The information practices of those publishers are covered by their own privacy policies. (iii) If we believe that the user is harming or interfering with other users of NSTP Group E-Paper Application service, anyone else, or violating our Subscription Agreement or NSTP Group E-Paper Application Service Terms of Use Agreement, or infringing any of our legal rights. (iv) If we are required by law to provide any of your Personally Identifiable Information we will, if permitted by law, attempt to notify you via the e-mail address you supplied during registration within a reasonable amount of time before we respond to the request. (v) In the event of a sale of all or most of the assets of the company, this information may be transferred to the purchaser. We may collect Anonymous Information which means any information other than Personally Identifiable Information including information derived from Personal Information. You may change your Registration and/or Subscription by following instructions on our website. You may delete your Registration or Subscription information by emailing us at subscribe@nstp.com.my . All information will be deleted provided all payments are made. We may retain the information in the event such information is needed for legal action and if we have legal obligation to retain such information. Upon deletion of Personal Information, any unfulfilled subscription will be cancelled and the balance sums forfeited. Should you require further service of NSTP Group E-Paper Application Service you will have to re-register again. We will use reasonable security measures to maintain our database and the accuracy of data and prevent unauthorised access. We wish to caution that no transmission over the Internet can be guaranteed to be secured. Any transmission of data shall be done at your own risk. We may change the data policy from time to time and post a notice of the same on our home page. If you have any questions regarding our Privacy Policy or our use of your information, please email to subscribe@nstp.com.my
Close
|